BAB
1: Di Penghujung Cintaku..Adelia
Mata terpaku melihat sekujur tubuh yang begitu sempurna. Kacaknya..desis hati Adelia. Seorang pemuda yang mungkin sebaya dengan dirinya. Berdiri di hadapan Adelia tanpa senyum. Dingin. Adelia masih terpegun melihat pemuda kacak itu.
“Apa tercegat kat situ?!! Macam patung buruk aku tengok.” perlahan tetapi menusuk suara lelaki itu. Bisanya kata-kata. Adelia tersentak lantas tersedar yang dia terlalu teruja mengamati wajah lelaki itu. Malunya..tetapi lelaki itu tidak sepatutnya berkata begitu. Rupa sahaja yang kacak tetapi sombong. Adelia cuma mampu tertunduk malu. Inikan rumah dia bolehlah bercakap sesuka hati. Dia harus bertahan. Ayah pun satu, pergi ke Dubai tidak mahu mengajak aku. Sanggup ayah tinggalkan aku di sini dengan keluarga yang tidak pernah aku kenal. Kata ayah kawan rapat sewaktu di universiti dulu. Ayah tak takut ke nanti aku kena dera ke? Apa ke? Percaya betul ayah kat kawan rapat dia. Tolong..aku tak nak ada cop mohor seterika kat badan aku yang putih mulus ni. Imaginasi karut datang berlumba-lumba menyesakkan kepala. Tak nak!! Adelia pantas memegang kedua belah pipinya sambil menggeleng kepala. Matanya bulat besar. Takutnya..
“Eh,budak
kecik! Kau ni kenapa?” tergaru-garu kepala Nik Pasha bila melihat
telatah gadis poyo di hadapannya. Kepala otak budak ini ada masalah
agaknya macam tak betul aje. Mama ni pun satu nak ambil anak angkat
pun tengoklah dulu orangnya. Ini poyo je aku tengok. Nik Pasha
menggelengkan kepalanya beberapa kali.
“Siapa
budak kecik?!! Ada budak kecik kat sini ke?!! Tak nampak pun!! ”
Kepala Adelia ligat mencari kelibat budak kecil. Tertoleh-toleh
Adelia mencari budak kecil di belakangnya. Tak ada pun. Adelia
hairan..Dia ni saja nak kenakan aku apa. Adelia pandang lelaki di
hadapan dengan muka confused.
“Kaulah
budak kecik tu. Bengap betul!” apasallah budak ni lembap sangat.
Nik Pasha geram. Kecil je gadis itu di lihat oleh Nik Pasha. Kalau
boleh di penyek macam semut dah lama dia buat.
“Aku
ke?!!” Adelia tunjuk jari ke wajahnya dengan muka tidak puas hati.
Lelaki sombong itu buat muka kerek.
“Siapa
lagi kat sini cik adik oii..” balas Nik Pasha masih dengan muka
kerek.
“Kau
panggil aku budak kecik! Nama aku Adelia Nur Qaireen la” jerit
Adelia geram bengang kerana lelaki itu memanggilnya dengan panggilan
budak kecil. Ingat aku ni budak darjah satu ke?!! aku dah berumur 16
tahun tau. Tajam mata bulat Adelia memandang wajah lelaki itu.
“Badan
je besar tapi IQ macam budak sekolah tadika.” sedapnya mulut Nik
Pasha berkata tanpa menghiraukan perasaan Adelia. Nik Pasha relaks
dengan berpeluk tubuh. Jarinya di cuit sekali di hidungnya yang
mancung. Berlagak macho konon.
“Kau..mulut
macam longkang.” eii..rasa nak bagi penampar sebijik kat muka
mangkuk ni. Ingat kau hensem sesuka hati nak kutuk orang. Geram!
Geram! Bentak hati Adelia.
“Poyo
betul! Apa yang mama nampak kat kau pun aku tak tau.” malas nak
bertekak Nik Pasha beredar dengan muka selamba naik ke tingkat atas.
Bang!! Pintu bilik di hempas kuat. Tersentak Adelia dibuatnya.
Adelia
cuma mampu menahan geram di dalam hati. Hish..mulut memang nak kena
cili. Kurang ajar betul! Ayah..nak pergi Dubai tak nak duduk sini.
Dia mencemik muka. Muka kesian..isk..isk..
“Setahun
je sayang..nanti bila dah habis SPM bolehlah ikut ayah ke Dubai.
Auntie Maria dan Uncle Nik baik orangnya. Ayah percaya dia orang
boleh jaga Yaya dengan baik. Dia orang ada anak sebaya dengan Yaya
tau nanti boleh dibuat teman study. Dengar kata Pasha tu pelajar
terbaik di sekolah. Boleh ajar Yaya nanti tak adalah keputusan corot
aje.” hidung Adelia di cuit manja oleh ayahnya Encik Helmi. Anak
nakal yang comel itu akan di rindui nanti. Terpaksa meninggalkan buah
hati kesayangannya di Malaysia kerana dia tahu Adelia bukanlah
tergolong orang yang cerdik. Dia tidak mahu pelajaran anaknya
terganggu lagipun tinggal setahun saja lagi untuk habiskan pelajaran.
Maria dan Nik Nazrin sudah berjanji mahu menjaga anaknya seperti anak
mereka sendiri. Maria yang begitu beria-ria ingin menjaga Adelia
kerana terlalu inginkan anak perempuan.
Adelia
termangu di atas sofa teringat perbualan dia dan ayahnya. Ayah..rindu
kat ayah..nak nangis ni..Air muka Adelia berubah mendung.
“Eh..Yaya
kenapa ni? Sedih je auntie tengok.” tegur auntie Maria sewaktu
melabuhkan badannya ke sofa bersebelahan dengan Adelia. Bahu gadis
sunti itu di pegang matanya menyorot mencari wajah Adelia yang suram.
Kenapa ya? Soal Maria di dalam hati.
“Ingat
ayah ke? Janganlah sedih sayang auntiekan ada.” Maria menepuk
lembut bahu Adelia anak gadis yang comel pada pandangannya. Maria
telah jatuh kasih terhadap gadis comel di hadapannya itu ketika
pertama kali diperkenalkan oleh teman rapat sewaktu di universiti
dulu iaitu Helmi ayah kepada Adelia.
“Tak
adalah auntie. Yaya ok je.” Adelia senyum paksa. Bila teringatkan
tingkah laku anak auntie Maria yang macam bagus tu Adelia bengang
tahap gaban. Auntie Maria baik dan lemah lembut orangnya tetapi
kenapa anaknya kurang ajar sangat. Mungkin kerana terlebih belajar
agaknya. Terlebih bijak pun bermasalah juga. Iyelah..kepala asyik
hendakkan straight A itu yang kepala jadi macam biul je aku tengok.
Manners totally out!!
“Betul
ni..tadi auntie tengok macam nak nangis je. Pasha kacau Yaya ke? Tadi
auntie macam dengar suara orang nak bergaduh je.” tanya Maria
bimbang jika anak sulungnya mempermainkan Adelia. Dia maklum sangat
dengan tingkah laku anaknya itu. Dingin. Macam bagus. Ish..mengutuk
anak sendirilah pula. Tak baiknya aku. Tertawa kecil di dalam hati.
Di luar Maria sekadar senyum tipis menjaga hati si gadis comel.
“Eh..tak
adalah auntie. Tadi kita orang berbual je. Mungkin bunyi tv tadi yang
kuat yang auntie sangka ada orang bergaduh.” jelas Adelia perkara
yang tidak benar sama sekali. Takkan nak cakap anak auntie teramatlah
kurang ajar. Aku dahlah hidup menumpang buatlah cara hidup menumpang.
Adelia senyum mengambil hati.
“Auntie
tau anak auntie macam mana Yaya tapi apapun Yaya jangan terasa hati
ye. Pasha memang macam tu. Sabar ye..” Maria senyum sambil memeluk
bahu Adelia dengan lembut. Adelia yang tidak pernah merasai kasih
sayang ibu begitu terharu dengan kemesraan auntie Maria. Hm..ni nak
nangis ni..hm..muka dah mendung semacam tunggu nak jatuh je air mata
ni.
Adelia mencebik sayu.
“Baiklah
auntie. Yaya ok je.” suara Adelia kedengaran sebak. Maria sedar
Adelia dalam kesedihan. Jauh dari ayah kandungnya dan terpaksa
tinggal dengan keluarga yang tidak pernah dikenali. Baiklah,mulai
sekarang Adelia Nur Qaireen adalah anak perempuannya dan akan di
manja di tatang sepenuh hati. Janji Maria.
“Jom
kita pergi ke dapur Auntie ada buat kek tau. Sedap..” tangan Adelia
di tarik dan dengan tergesa-gesa Auntie Maria menolak badan Adelia
menghala ke arah dapur. Tidak sabar untuk menunjukkan kek buatannya
yang disediakan khas untuk Adelia.
“Wah..cantiknya
kek!” Kecur liur Adelia melihat kek yang dihias cantik di
hadapannya. Auntie Maria senang melihat wajah comel Adelia ceria
semula.
“Mari
Auntie potongkan kek ini untuk Yaya.” pantas Auntie Maria mengambil
pisau dan memotong kek buatannya sendiri dan meletakkannya di atas
piring berbunga kecil. Lalu di letakkan berhadapan Adelia.
“Jemputlah
makan.” Auntie Maria tersenyum senang melihat Adelia mula mencapai
sudu untuk menjamu kek yang diberi. Adelia cuma senyum.
Apalagi..nyum..nyum..lazatnya kek. Rasa coklatnya moist sangat.
Bestnya..
“ Sedapnya
Auntie kalah Secret Recepie rasanya” Puji Adelia ikhlas. Dengan
muka tak malu Adelia dengan gopoh menghabiskan kek coklat di
hadapannya. Sedap mana boleh tak makan. Nanti nak tambah lagi. Hehe..
“Tambahlah
lagi,kek ni Auntie buat khas untuk Yaya.” bahagianya bila mempunyai
anak perempuan. Adelia yang mendengar kata Auntie Maria terus je
mencapai pemotong kek. Sepotong lagi selamat di kendurikan olehnya
lagi. Pucuk dicita ulam mendatang. Rezeki jangan di tolak.
Hehe..Adelia riang. Terlupa terus episod sentap dengan Nik Pasha
tadi.
“Ini
bilik Yaya ke Auntie?” tanya Adelia tidak percaya. Wow! Kamarnya
seperti kamar tuan puteri hendak beradu. Elegan. Dipenuhi dengan lace
dan warna pink. Seperti cerita fantasi Barbie. Cutenya. Aku dah jadi
budak girly la pula. Kalau di rumahnya dulu penataan kamar tidur
biasa-biasa saja. Warna biru pula tu. Ayah yang minat sangat. Ingat
aku ini anak lelaki agaknya. Ayah nakkan yang maskulin je di matanya.
Sedikit sebanyak mempengaruhi Adelia juga. Sikap Adelia yang agak
boyish akhirnya membuka mata Helmi bila satu waktu dia terpaksa akur
Adelia adalah seorang anak perempuan apabila Adelia menjangkau umur
13 tahun Adelia di datangi haid. Sebagai lelaki menggelabah juga
mencari pad di kedai seven eleven. Malu pun ada tapi apabila
teringatkan wajah ketakutan dan kesakitan anak gadisnya. Helmi
kuatkan semangat dan buat muka tebal belikan pad. Yang kelakarnya
siap bertanya sales girl nak beli yang mana satu. Sale girls yang
berkerut muka akhirnya tertawa geli hati bila di terangkan oleh
Helmi. Tersentuh pun ada iyalah ayah mithali. Adelia pula ada kisah
lucunya bila terlihat ada darah di atas cadar mahu bergegar satu
rumah dengan jeritannya.
“Ayah!!!
Yaya berdarah! Yaya berdarah! Luka! Luka kat mana Yaya tak tahu.”
jerit Adelia cemas sambil mencari punca perdarahan berlaku. Di pusing
kanan dan kiri. Selepas itu di pandang atas dan bawah. Apabila sampai
ke bawah di lihat ada darah terkeluar pada seluarnya. Perut sakit
memulas teramat sangat. Apa ni..tak faham aku! Helmi yang macam tak
cukup tanah berlari mengetuk pintu bilik anak perempuannya bagai nak
pecah. Bila pintu terbuka melihat anak perempuannya berwajah
ketakutan dia pun dilanda cuak. Ketika matanya melihat darah pada
cadar. Ok..oww..Ah..sudah..Helmi tepuk dahi. Sejak itu Helmi
sedar
Adelia Nur Qaireen adalah seorang anak perempuan. Ciri-ciri
kewanitaan perlu di terapkan.
“Cantikkan!
Auntie sediakan khas untuk Yaya. Dah lama Auntie nantikan anak
perempuan supaya Auntie dapat hiaskan bilik seperti ini. Nampak girly
and cute kan!” seronok melihat 'anak perempuannya' teruja dengan
pengubahsuaian bilik yang comel. Adelia tersenyum sampai ke telinga
melihat kamar yang bakal didudukinya. Bayangan mengarut yang dia akan
didera dengan teruk dengan seterika hilang begitu sahaja. Adelia
sedar Auntie Maria seorang yang baik dan penyayang. Ayah benar..I
love you ayah..Adelia salah kerana terlalu cepat memberi tafsiran
negatif.
“Thanks
Auntie! Yaya hargai apa yang Auntie lakukan untuk Yaya. Baru sekarang
Yaya dapat merasai kasih seorang ibu.” hampir menitis air mata
Adelia terharu dengan penerimaan Auntie Maria.
“Tak
apalah Yaya! Auntie memang teringin sangat anak perempuan. Dengan
kehadiran Yaya impian Auntie tercapai. Okay,Yaya rehat dulu ye!
Auntie nak sediakan makan malam yang istimewa hari ini.” dengan
lembut Maria mengusap bahu Adelia sebelum berlalu. Adelia
bersendirian ketika ini. Pintu bilik yang terbuka di biarkan. Adelia
memerhati persekitaran bilik. Terasa kehangatan dan kemesraan. Adelia
tidak perasan yang ada seorang memerhati di muka pintu bilik. Nik
Pasha memerhati dengan tajam. Gadis itu tersenyum bila melihat bukan
main banyak lagi teddy bear dan soft toy yang comel-comel di
persekitaran biliknya. Mak oii..macam kedai jual anak patung je. Tapi
tak apa..aku suka sangat. Comel-comel anak patung yang ada ini rasa
nak peluk kesemuanya. Di capai teddy bear yang besarnya hampir
menyamai Adelia. Di peluk sekuat hati. Hm..geramnya..
“Tak
malu dah besar panjang pun nak main dengan teddy bear lagi. Macam
budak kecik dahlah gedempol.” berdesing telinga Adelia mendengar
suara dajal yang menyakitkan hati. Budak ini lagi tak habis-habis nak
menyakitkan hati aku. Aku ada hutang apa dengan dia suka sangat buat
aku sakit hati. Aku tahulah aku ini gemuk tapi tak adalah gemuk
sangat pun cuma chubby je. Ini ayah punya pasallah suka sangat
belikan aku coklat. Ah..aku pun salah juga yang pelahap sangat makan
coklat tu kenapa. Salah siapa? Aku jugak..
“Terima
kasih! Aku memang dah tau aku ni siapa. Kau boleh pergi tak mata aku
ni berbulu tengok kau yang kurang ajar ni.” dengan pantas Adelia
menutup pintu dengan kuat. Geram. Nik Pasha yang tidak bersedia
dengan tindakan Adelia tekejut sakan kerana hidungnya hampir mencium
pintu. Kalau terkena pintu tadi mahu patah hidungnya yang mancung.
Nik
Pasha menggosok hidungnya berkali-kali. Aset penting ni.
“Eh..budak
ni!” tangan Nik Pasha dengan kasar menepuk pintu bilik Adelia.
Geram! Tak padan menumpang rumah orang. Nik Pasha merengus kasar.
Sakit hati.
Adelia
yang baru nak ceria dan gembira duduk di sini berasa tidak senang
dengan sikap anak Auntie Maria yang jelas menunujukkan dia tidak suka
dan mengalu-alukan kedatangan nya di rumah ini. Tapi..aku harus
lakukan apa? Terima seadanya. Hm..ayah..
Pasha tamak dan zalim...tolonglah cik penulis bahagiakan hati adelia. dah lama sangat menderita...huhu
ReplyDeleteboleh tolong email saya tak
ReplyDeleteredskat7@gmail.com