Tuesday 31 December 2013

TEASER No. 3: SESUNGGUHNYA..DIA LELAKI PELINDUNGKU


ZARA mengekor Daris dari belakang. Tidak tahu lelaki itu nak bawa dia ke mana lagi. Selepas turun dari motosikal, Daris menonong berjalan ke depan dahulu. Mereka berada di Tasik Titiwangsa. Ramai warga kota sedang berjoging dan bersenam. Manakala, mereka berdua? Rupa orang berdating saja. Lelaki itu harus dihentikan..

“Hello..nak cakap apa dengan saya? Kaki saya rasa nak tercabut duk mengekor awak dari tadi!” Zara sudah hilang sabar. Separuh trek jogging sudah mereka redah.

“Awak masih sakit kepala lagi sekarang?” tiba-tiba Daris bertanya tentang migraine Zara. Buat Zara menoleh dan pandang Daris dengan mata terkelip-kelip. Itu saja ke?

“Thanks for your concern. Saya okay je, dah biasa.” Jawab Zara acuh tidak acuh. Zara tayang muka bosan.

“Haa..pasal tu saya bawa awak ke sini. Relaxation therapy..udara segar..pemandangan yang hijau..dan..awak tak perlukan caffe latte, gantikan saya sebagai kafein awak pagi ini.” ujar Daris dengan ceria. Sempat pula kenyit matanya dengan Zara. Secara halus Daris mengingatkan Zara tentang masa lalu mereka.

“Betullah tu, kafeinkan vasoconstrictor macam awaklah buat sempit kepala otak saya pagi-pagi.” Kutuk Zara tanpa sedar dia mengimbau kembali kenangan lama di antara mereka. Daris pernah menasihati Zara tentang keburukan kafein yang akan membuatkan salur darah menjadi sempit.

Daris tergelak pahit. Pandangan di hala ke arah tasik.

“The truth may hurt for a little while, but a lie hurts forever. Pernah dengar tak Zara?” Daris pusing wajahnya lalu memandang tepat ke wajah Zara. Penafian Zara sangat jelas. Bagaimana ingin menyedarkan Zara?

“The fact is the truth, nothing hurts more than the truth.” Sambung Daris dengan falsafah yang berbelit-belit.

Zara pula yang tergelak sinis.

“Sejak bila kerja dengan dewan bandaraya ni? So..ini tujuan awak kidnap saya pagi-pagi ni..berfalsampah!” sekarang Zara tayang muka malas pula. Pagi-pagi kena hadap falsampah ‘high level’ macam ni. Benak seketika otaknya.

“Selalu tengok saya buruk-buruk saja, kan?” Daris gelak buat-buat. Zara sungguh sarkastik!

“Okay, macam ni la..straight to the point, saya tak kisah awak nak kawan ke, nak dating ke dengan Erin. Saya tiada bantahan.” Tiba-tiba..

“Hah, apa? Awak cakap apa ni?” Daris tidak faham. Dari falsampah tiba-tiba terkeluar pasal lain, apa hal ni? Keliru sekejap.

“Awak heret saya ke sini, tanya saya lagi?” Zara tunding jari ke mukanya.

“Tak faham!” Daris blur.

“Yelah, awak corner sana, awak corner sini..siap berfalsampah la, apa la..cakaplah tak nak saya bantah hubungan awak dengan Erin kan senang!” pada fikiran Zara.

“Kenapa berubah fikiran?” tanya Daris pelik. Sebelum ini, beriya-iya membantah.

“Awak ni sewel ke apa? Hari tu beriya-iya sangat. Jangan, awak..adik saya tu dah angau gila dengan awak, tau tak?!” Zara bagi amaran keras.

“Then what about us?” tujuan utama Daris bawa Zara ke sini bukan kerana Erin atau sesiapa tetapi kerana mereka berdua.

“Hah, kita? Apa yang awak mengarut ni?” wajah Zara terus berubah.

“Awak memang tak nak ingat saya lagi?” Daris berharap Zara tidak pernah melupakan dirinya. Berterus-teranglah, Zara.

“Ingat awak buat apa?! Banyak benda saya kena ingat la.” Zara cuba berlagak sambil lewa.

“Tak nak ingat? Betul ni? Fine..” Daris naik angin. Kenapa susah sangat dengan Zara ni?

“Slap me!” Daris suruh Zara tampar pipinya.

“Hah?” terkejut!

“Hit me!” cabar Daris.

“Apa awak merepek ni?” Zara tak faham.

Daris ambil tangan Zara lalu menggunakan tangan lembut Zara menampar pipinya kuat-kuat berkali-kali.

“Pukul saya sepuas hati awak. Legakan perasaan awak dari perasaan marah, terluka dan dendam, Zara!” Daris pasrah biarkan luarannya disakiti kalau itu bisa mengembalikan Zara Diandra satu masa dulu.

Zara betul-betul terkejut dengan tindakan Daris.

“Kenapa awak buat macam ni?” Zara pula yang teresak. Kepala sudah terasa sakit. Mata pula semakin berpinau. Inilah yang akan berlaku bila memaksa pintu ingatannya dibuka.

“Demi awak Zara.” berharap sangat Zara kembali.

Zara pejam mata lalu dihela nafas berat..

“Saya tiada bantahan awak dengan Erin. Jadi, hantar saya balik ke kafe.” Zara pegang kepalanya yang semakin memberat. Tiba-tiba, alam sekeliling menjadi gelap.

********************************************************************************
KAU jalan macam perempuan, cepatlah sikit!” gesa Ghaz tatkala melihat Erin jauh ketinggalan ke belakang. Mereka menuju ke wad yang menempatkan bos mereka.

“Kau jalanlah dulu, aku nak whatssup Abang Daris aku ni.” Erin lambat pasal sibuk nak berwhatssup dengan Daris. Dari semalam Abang Darisnya offline. Risau pulak hatinya.

“Tak habis-habis! Aku doa kau terlanggar tiang la kejap lagi. Sibuk sangat dengan whatssup kau tu.” Celupar betul mulut Ghaz.

“Amboi, mulut..yelah..yelah..aku jalan laju-laju.” Bengang kena bebel siap kena doa terlanggar tiang baik dia berhenti whatssup. Apa punya kawan daa..doa yang bukan-bukan! Gerutu hati Erin.

“Tau pun!” Ghaz puas hati tengok Erin berhenti whatssup bagai tu. Bukan apa hati macam kena cuka getah rasanya. Pedih semacam!

Mereka sudah berada di bilik Zara berada..

“Bos, okay dah?” tanya Ghaz sambil meletakkan thermos panas berisi bubur. Disediakan khas untuk bosnya yang cantik jelita. Erin nak cuba rasa sikit tadi pun dipukul-pukul tangannya. Erin tarik muncung boleh buat penyangkut baju pun Ghaz buat tak heran demi bos cantiknya. Tapi, serius Ghaz suka bila Erin buat muka macam tu nampak macam jeles. Wuhuu..yo oww la tu!

“Oh, korang! Okay dah, sikit je ni!” senyuman menghiasi bibir Zara tetapi tidak dapat menyembunyikan wajahnya yang masih pucat.

“Bos dah makan? Saya bawa bubur ni, khas untuk bos sorang.” Ghaz sengaja tekankan perkataan ‘sorang’ membuatkan Erin mencebik. Erin rasa cemburu tiba-tiba melihat kakaknya mendapat perhatian Ghaz.

“Yeke, terima kasih Ghaz. Nanti saya makan.” Ucap Zara.

“Betul ke Kak Za dah okay?” tanya Erin masih ragu. Erin tahu bagaimana keadaan Zara kalau penyakit migrainnya datang. Sungguh teruk!

 Erin tunjuk muka risau. Zara yang melihatnya agak tersentuh.

“Don’t worry! Kak Za okay dah ni.” Zara cuba meyakinkan Erin.

“Hm..baguslah! Erin risau la..” melihat awek brutal tiba-tiba jadi prihatin dan lembut membuatkan Ghaz terpukau seketika. Erin..Erin..ku sangka hatimu keras rupanya ada lembutnya juga. Ghaz senyum tanpa sedar.

Pintu bilik diketuk..

Masing-masing memandang ke pintu..

Erin paling teruja melihat Daris berdiri di muka pintu dengan senyuman. Terlalu yakin Daris datang ingin menemui dirinya. Erin berdiri dengan senyuman paling manis. Menunggu pujaan hati..

“Are you, okay?” Erin melihat Daris meluru dengan senyuman. Hati Erin kembang setaman. Teramat yakin Daris akan berhenti tepat di hadapannya nanti. Tapi, kenapa bertanya dia baik atau tidak? Bukan dia yang sakit. Erin pelik.

Daris berjalan terus dan berselisih bahu dengan Erin. Erin ingat mungkin Daris tidak sempat nak brek kakinya tadi. Tapi, bila dia menoleh ke belakang. Rahang Erin hampir jatuh. Mata melotot tidak percaya.

“Saya sangat risaukan awak. Sakit kepala lagi?” Daris tanpa segan memegang kedua belah bahu Zara. Kemudian, tangannya beralih ke pipi Zara dan  tidak semena-mena menarik leher Zara lalu dipeluk rapat. Zara terpinga-pinga..

Erin dan Ghaz terlopong..

“Apa yang awak buat ni?” Zara tolak tubuh Daris yang sedang memeluk dirinya. Zara betul-betul terkejut dengan tindakan Daris. Sepantas itu juga, Zara memandang Erin. Riak wajah Erin juga turut terkejut dengan tindakan Daris.

“Erin..bukan..bukan..Kak Za..” tak tahu apa yang harus dia terangkan kepada Erin. Sakit kepalanya datang kembali, berdenyut-denyut menghentak setiap sudut otak. Zara picit kepalanya.

“Patutlah Kak Za tak suka Erin rapat dengan Abang Daris rupanya Kak Za ada hati dengan Abang Daris. Cakaplah awal-awal, tak adalah Erin macam orang bodoh hari-hari sukakan lelaki yang sama.” Erin rasa dirinya ditipu hidup-hidup. Sangat kecewa dan sakit hati.

“Erin..bukan salah Zara..salah abang..tak patut abang buat Erin salah sangka.”  Daris cuba memberi penjelasan.

“Oh..Erin dah faham sekarang. Abang sengaja dekat-dekat dengan Erin sebab nak rapat dengan Kak Za, kan? Teruk betullah korang ni!” Erin dah mengerti sekarang. Bijak betul permainan dia orang ni! Rasa nak menjerit biar satu hospital dengar. Urghhhh..

“Erin..abang akan jelaskan..”

“Nak jelaskan apa? Memang hebat betul korang ni!” Erin terus keluar selepas memarahi mereka berdua.

Ghaz yang tak faham apa, menonong mengikuti Erin dari belakang.

“Puas hati awak buat kami berdua bergaduh!” Zara pula memarahi Daris. Sekarang, tak pasal-pasal dia bermasalah dengan Erin.

“Nanti saya akan jelaskan dengan dia pasal kita.” Daris beriak tenang  sahaja. Baginya masalah mengenai Erin boleh diselesaikan kemudian. Yang penting, perempuan yang berada di hadapannya sekarang.

“Apa maksud awak dengan kita? Antara awak dan saya, tiada istilah kita.”

“Will see, dear..” Daris kenyit mata seperti tiada apa-apa pernah berlaku sebelumnya.

“Gila!” itu saja perkataan yang mampu Zara katakan. Lelaki di hadapannya memang sudah gila. Satu kerja pula dia nak menjelaskan tentang apa yang terjadi kepada Erin. Apa kenalah dengan mamat ni? Alih-alih datang terus peluk bagai. Bila ingat balik pelukan hangat lelaki itu Zara dapat merasakan pipinya berbahang pula.

“Betul tu! Saya memang dah gila, gilakan awaklah..”  ujar Daris selamba.

Mendengar saja kata-kata lelaki itu Zara terus menghembus nafas dengan mulutnya. Udara keluar masuk sistem pernafasannya banyak terganggu sejak dua menjak ini. Sekejap sesak, sekejap semput, tidak teratur membuatkan Zara terpaksa menghembus nafas menggunakan mulutnya supaya lelaki di hadapannya tahu dia betul-betul dah penat nak melayan.

Daris boleh pula tergelak dengan tingkah Zara seperti naga comel sedang menghembuskan nafas panasnya.

“Seriously, baik awak pergi pujuk Erin.” dengan tangan-tangan Zara tunding ke pintu, isyarat supaya Daris pergi memujuk Erin. Kalau berlari dapatkan Erin lagi bagus.

“Dia akan baik nanti, don’t worry! Dia masih muda lagi.” selamba Daris  menjawab tapi panas pula hati Zara mendengarnya.

Zara hembus nafas lelahnya lagi..

“Adik saya tu, suka sangat dengan awak. Erin pasti sedih sangat awak buat dia macam tu,” Zara dapat merasakan kesedihan Erin. Pasti Erin sangat kecewa dan sakit hati dipermainkan.

“I never loved Erin. Saya dekat dengan Erin kerana saya ingin dekat dengan awak. I know I was wrong, tapi saya sukakan awak. Saya tak boleh tipu perasaan saya lagi.”

“Hei..awak tak patut tau tak! Erin tu budak baik, awak patut sukakan dia, bukan saya! Baik awak kejar Erin sekarang. Saya rasa Erin tak jauh lagi tu, pergilah!” paksa Zara.

“What about us?”

“Awak ni tak faham bahasa ke?! There is no us! Don’t you get it?!” Zara sikit lagi nak menjerit kuat biar lelaki di hadapannya faham bahasa. Sudahlah kepala duk berdenyut-denyut, Zara pejam mata kuat-kuat.

“Yes, there is us between us..in the past..today..and for the future. You’ll get used to it soon, don’t worry!” Daris dah tak kisah, apa nak jadi pun jadilah. Jika Zara tidak ingin mengingati dirinya tidak mengapa. Mereka akan bermula semula biarpun dari sifar. Janji mereka bersama semula.

“Betul-betul gila!” Zara hembus nafas bengang pula. Sudahnya, hari ini memang sistem pernafasannya tunggang terbalik.

“Tak apa, kita gila sama-sama.” Daris selamba, siap bukakan thermos bubur Zara.

Zara pula peluk tubuh geram-geram.

“Macam sedap je.” Daris senyum ke arah Zara yang sedang cemberut. Kemudiannya, boleh pula tergelak melihat muncung Zara dah berdepa-depa. Karang buat penyangkut baju baru tau!

“Baik awak keluarlah!” halau Zara. Muka Zara stress sangat. Ditambah kepalanya berdenyut-denyut tanpa henti. Rasa nak hantuk kepala ke dinding rasanya.

“Tak mau stress-stress, nanti kepala awak bertambah sakit. Tengok sini,” Daris tahu Zara sedang menahan sakit kepalanya. Wajah Zara kelihatan berkerut-kerut. Daris tahu dia harus tenang menangani Zara, jangan memaksa, pendek kata pendekatan yang lembut. Mungkin dengan cara itu, dapat mengubati hati Zara.

“Nak tengok apa?” Zara marah.

“Tengok saya!” Daris tunjuk wajahnya yang sedang senyum paling manis.

“Fuhhhh…” Zara hembus nafas naganya lagi. Penat..

“Comel tak, kak tonnn..” Daris letak jarinya di pipi tunjuk muka comel.

 Zara dah tak terkata dah, akhirnya..

Zara gelak sambil urut dahinya yang berdenyut-denyut. Nak marah pun tak jadi dengan perangai sengal lelaki itu.

“Tau jugak awak gelak, ye?!” Daris juga gelak.

“Habis, awak ingat saya ni tak ada nerve untuk gelak!”

“Mana la tau kan, cucuk botox ke, habis semua nerve kat muka awak, nak gelak pun tak boleh, nak senyum pun susah.” Daris sengaja buat Zara tergelak lagi. Kan orang bilang, laughter is the best medicine. Daris senyum paling manis lagi.

“Fuhhhh..”

“Dragon cute!” Daris gosok kepala Zara beberapa kali.


Zara renung Daris seperti nak makan hidup-hidup.

“Baik awak makan bubur ni, sedap ni..” Daris tunjuk bubur di dalam thermos bila Zara merenungnya seperti nak makan hidup-hidup.

“Saya suap, nak?” Daris sudukan bubur untuk Zara.

Zara renung lagi muka Daris dengan mulut menggumam entah apa-apa.

“Nah..” Daris suakan bubur ke mulut Zara.

Renungan tajam Zara tidak beralih, perlahan-lahan Zara buka mulut lalu menghirup bubur Daris suakan kepadanya.

Daris senyum senang hati.
 
PESANAN PENULIS:
Teaser lagi..manuskrip SDLP semakin di penghujung..harap sgt dpt sudahkan dalam masa yg tdekat ni. Selamat membaca. TQ.

Friday 20 December 2013

TEASER No.2: SESUNGGUHNYA..DIA LELAKI PELINDUNGKU


ZARA kepayahan membawa tong gas dari stor yang berada di belakang kedai. Ghaz pembantu dapur bercuti pula hari ini kalau tidak sudah lama disuruhnya budak itu mengangkat tong gas ke dapur. Boleh pula hari ini gas nak habis! Rungut Zara kepenatan menggelek tong gas sendirian dari luar. Nak sampai ke dapur sikit punya mengah.


“Kak Za ni..kenapa tak panggil Erin?” Erin muncul tetapi tidak bersendirian. Ada lelaki di sebelah Erin.


“Meh, saya tolong!” lelaki itu dengan gentlemannya ingin menolong.


“Eh, tak apa! Tak apa! Saya boleh buat.” Tolak Zara tanpa memandang lelaki itu. Zara sengaja bersikap dingin dengan lelaki itu. Tanpa mempedulikan mereka berdua Zara menunduk bersedia untuk menggelek tong gas itu lagi.

“Saya tolong, okay!” tanpa menunggu persetujuan Zara lelaki itu terus mengangkat tong gas lalu diletakkan ke atas bahu. Tong gas yang berat itu kelihatan ringan saja lelaki itu mengangkat terus diletakkan ke atas bahu. Zara terlopong seketika. Berat tu!

“Nak letak ke mana?” tanya lelaki itu.

Zara boleh pula terlongo mendengar pertanyaan lelaki itu. Terkagum pula  melihat kegagahan lelaki itu mengangkat tong gas dengan selamba. Setakat angkat tong gas aje kot, Zara! Wake up, Zara! Zara geleng kepalanya moga cepat sedar diri.

“Kat situ!” Zara terus menunjukkan tempat tong gas diletakkan.

“Kuatnya Abang Daris!” Erin siap bertepuk tangan kononnya kagum sangat dengan lelaki pujaannya selamba saja mengangkat tong gas yang berat. Zara mencebik.

“Erin, kat sini rupanya, order melambak kat depan ni!” panggil Nana dari tadi mencari Erin. Pelbagai pesanan kopi diterima tetapi tukang baristanya boleh pula lesap entah ke mana.

“Yelah! Yelah!” Erin tergelak melihat muka cemberut Nana. Tanpa menunggu Abang Daris, Erin terus ke depan.

Mereka berdua ditinggalkan bersendirian di dapur. Zara hanya berpeluk tubuh melihat Daris meletakkan tong gas dan memasang kepala tong gas. Hanya memerhati.

“Dah siap!” Daris bersuara.

“Terima kasih!” ringkas. Kemudian berpusing bersedia untuk melangkah ke bahagian tempat simpanan bahan-bahan kering. Baik dia pergi mengambil bahan untuk dibuat pastry dari berlama-lamaan dengan lelaki itu lagi.

“Sekejap!” Daris menahan.

“Hm..?” Mata Zara terkelip-kelip memandang lelaki itu. Muka blur!

“Ada apa-apa lagi nak saya tolong?” tanya Daris. Masih belum puas bersama dengan Zara. Dia harus bijak mengambil peluang yang sudah berada di depan mata.

“Tak ada apa lagi. Terima kasih!” ucap Zara dengan tidak ikhlasnya. Masih menunjukkan sikap dingin dengan lelaki itu.

“Okay..” Daris senyum tetapi jelas hampa kerana Zara sudah mematah percubaan sulungnya untuk merapati Zara dengan lebih dekat. Dengan berat hati Daris terpaksa beredar ke depan.

“Jauhkan diri awak dengan Erin?” kata-kata Zara yang tiba-tiba membuatkan langkah Daris terhenti dengan tiba-tiba juga.

“Hah?” Daris nyata terkejut.

“Awak tak ikhlas dengan Erin. Jangan mainkan hati dia!” tegas Zara memberi amaran.

“Macam mana awak tahu yang saya ni ikhlas atau pun tidak? Awak tak rasa ayat awak tu macam biadap sikit?” Daris pamer senyum. Berlagak bersahaja cuba mengawal dirinya. Mungkin inilah pendekatan yang diharapkan. Kasar tetapi tidak mengapalah dari tidak ada langsung komunikasi.

“Biadap? Oh, really? Hantar anak dara orang balik lewat malam siapa yang biadap sebenarnya? Erin adik saya, dia budak baik-baik dan tidak patut berjumpa dengan lelaki player seperti awak ni.” Zara menuduh melulu. Bercekak pinggang dengan wajah garang.

“Player?” Daris tersenyum lagi. Sah, memang Zara! Hanya Zara suka menuduh dirinya seorang player.

“Yelah, girlfriend sana-sini.” Fakta mana dipakai oleh Zara pun dia tidak tahu main tuduh melulu saja. Sabar sajalah!

“Amboih, awak! For your information..I. DON’T. HAVE. A. GIRLFRIEND.” Daris sebut satu-satu sambil tergelak. Tuduhan Zara sungguh menggelikan hatinya. Sikap comel-comel Zara masih ada rupanya. Layankan sajalah!

“Boleh percaya ke?” Zara mencebik. Tidak percaya.

“Cara awak bertanya ni macam bertanya bagi pihak awak aje? Cik Zara minat kat saya ke?” acah Daris sengaja menduga hati Zara.

“Jangan nak perasan, ya! Saya tak nak awak main-mainkan adik saya, itu saja!” Zara sangat melenting.

“Oh, begitu! Kenapa bimbang sangat? Awak ada experiences kena main dengan lelaki ke? Tapi, apa yang saya nampak, macam awak yang selalu mainkan hati lelaki.” Bidas Daris belum puas mengenakan Zara. Bila Zara melenting macam ni, Daris dapat melihat Zara yang dulu. Zara yang sangat dirinduinya.

“Jangan sesuka hati cakap orang macam-macam, ya! Jaga mulut tu sikit!” Zara semakin naik angin. Ringan saja tangannya mencapai penutup periuk di tepi sinki hampir nak melibas lengan lelaki itu tetapi cepat pula lelaki itu memegang tangannya.

Mata mereka bersatu..

“Dengan attitude macam ni, lelaki mana yang boleh tahan dengan perempuan macam awak ni, ya?!” sindir Daris. Tidak puas membuat Zara melenting. Daris sengaja membuat Zara marah supaya Zara mengaku mengenali dirinya. Zara yang berada di hadapannya kini berlagak tidak mengenali dirinya? Atau sengaja berpura-pura tidak mengenalinya? Daris sungguh terseksa ingin tahu kenapa.

“Saya tak perlu lelaki tahan dengan perangai saya!” terus menendang betis Daris. Sakit betul hatinya mendengar kata-kata lelaki itu.

“Arghh..” Daris mengaduh sakit.

“Padan muka!” Zara buat muka mengejek.

“Awak emosi sangat ni kenapa? Sanggup tendang saya macam ni? Awak kakak angkat sajakan dengan Erin. Jadi dengan siapa Erin nak dating dia punya sukalah.” Balas Daris. Bengang ditendang oleh Zara. Tidak menyangka Zara seagresif begini sekarang. Kenapa Zara boleh berubah jauh sebegini? Daris benar-benar ingin tahu.

“Hei, awak! Kakak angkat pun, saya dah anggap Erin macam adik kandung saya sendiri tau! Saya takkan biarkan awak yang tak ikhlas ni mainkan hati dia.” Zara memberi amaran. Zara tahu sangat lelaki itu tidak ikhlas dengan Erin. Zara tahu agenda sebenar lelaki itu. Zara tidak mahu hati Erin terluka kerananya.

“Dah! Dah! Keluar! Keluar!” Zara menghalau sambil menolak kasar Daris. Tetapi, tubuh sasa Daris langsung tidak bergerak ditolak Zara.

Daris pejam mata dan tarik nafas dalam-dalam. Zara ni, harus diberikan pencerahan sedikit. Kemudian, Daris buka mata dengan wajah paling serius. Daris menghampiri Zara sehingga Zara terpaksa mengundur sehingga tidak dapat bergerak lagi kerana dihalang dengan peti ais.

“Beginilah, ikhlas atau tidak terpulang kepada awak sendiri, Cik Zara! I don’t care! Saya dan Erin serius! Saya suka dengan Erin! From now on, Erin and I..officially dating!” dengan tegas Daris berkata. Tajam mata Daris menyapu segenap wajah Zara.
 
PESANAN PENULIS:
Maaf sangat2 hanya dapat bagi sedikit teaser. Next time, saya bagi lagi, ya. Rindu sangat2 dgn kamu2 semua. TQ.

Thursday 31 October 2013

TEASER PERTAMA: SESUNGGUHNYA..DIA LELAKI PELINDUNGKU
Audi R8, berhenti seketika di lampu isyarat. Sambil menanti lampu merah bertukar hijau, Zara masih membuang pandang ke arah luar. Memerhati keadaan Kuala Lumpur yang sesak. Sedang Zara asyik merenung keluar tiba-tiba kelihatan ada tangan mengetuk cermin tingkap kereta. Konsentrasi berangan Zara terganggu. Zara melihat siapa yang mengetuk cermin tingkap keretanya sesuka hati itu. Zara melihat seorang perempuan berusia mungkin tiga puluh tahun lebih. Nampak masih muda. Sedang mengendong anak kecil yang hanya memakai pakaian nipis dan comot. Perempuan itu juga kelihatan tidak terurus. Zara terkelip-kelip memandang perempuan itu tanpa membuka tingkap keretanya. Perempuan itu masih mengetuk tingkap sambil menayang bekas minuman plastik yang hanya berisi duit syiling beberapa keping. Kemudian, mengangkat anaknya dalam kendongan ke depan supaya Zara dapat melihat anak kecilnya yang sedang menangis supaya kasihankan mereka. Zara memerhati dengan mata dikecilkan.
“Just ignore them! Jangan percayakan mereka, ada sindiket di belakang mereka.” George bersuara.

Zara pandang George. Jauh di lubuk hati, Zara jatuh kasihan terhadap perempuan itu.

Lampu bertukar hijau, Audi R8 mula bergerak perlahan-lahan..

“Berhenti di tepi, uncle!” arah Zara.

“Hah?” George agak terkejut.

“Berhenti di tepi!” tegas.

Audi R8 berhenti seperti yang di arahkan oleh Zara.

“Panggil perempuan tadi!” arah Zara lagi.

George tak banyak soal terus turun dan pergi mendapatkan perempuan dengan anak kecil tadi.

Zara menanti.

George kembali bersama perempuan dengan anak kecil itu. Zara membuka cermin tingkap tanpa turun dari kereta.

“You masih muda, kenapa nak mengemis macam ni?” tanya Zara straight tanpa tapis-tapis. Zara tak faham kenapa perempuan itu memilih mengemis untuk mencari rezeki. Padahal, perempuan itu cukup sifat dan masih muda lagi.

“Maaf, cik..saya..tak apalah cik..saya pergi dulu.” Perempuan itu gelisah dan serba tak kena. Bila mendengar Zara hanya bertanya dan tidak memberikan apa-apa kepadanya perempuan itu terus meminta diri. Wajah nampak kalut dan takutkan sesuatu.

“Nanti!” Zara menahan.

“Nah!” Zara mengeluarkan beberapa keping duit kertas.

Perempuan itu terkejut melihat beberapa kepingan wang berwarna ungu dihulurkan kepadanya. Seperti tidak pernah melihat rupa wang itu bagaimana sebelum ini.

“Ambil!” Zara menghulur lagi.

“Banyak ni, cik!” perempuan itu serba-salah sambil matanya melilau melihat sekeliling dengan wajah takut-takut.

“Ambil!” Zara mula bosan. Pantang betul dengan adegan ‘tarik-tarik tali’ macam ni.

“Baiklah! Terima kasih, cik!” walaupun dalam ragu-ragu dan takut perempuan itu mengambil pemberian Zara. Nampak sangat perempuan itu terketar-ketar sewaktu menerima wang pemberian Zara. Kemudian, berlalu sambil melilau kepalanya melihat sekeliling.

Zara hanya memerhati perempuan itu pergi.

“Buat apa Zara bagi banyak-banyak. Dia tak dapat apa pun yang dapat ketua sindiket mereka.” George tak setuju dengan apa yang Zara telah lakukan. Sambil bercakap George terus melepaskan handbreak dan bersedia untuk bergerak kembali.

“Tunggu!” Zara masih memerhati perempuan itu yang telah menjauh. Sampai di hujung bangunan Zara nampak perempuan itu ditarik kasar oleh dua orang lelaki.

“Uncle ingat perempuan tu, kan?” tanya Zara.

“Hm..” George hanya ‘hm’ aje.

“Lepas hantar Zara cari perempuan tu.” Arah Zara.

“Dia orang sindiket, Zara! Banyak kaki. Zara tolong seorang yang ni, ramai lagi mangsa mereka di merata Kuala Lumpur ni.” George masih tak setuju Zara masuk campur. George faham sangat dengan dunia kongsi gelap dan sindiket. George cuba membuatkan Zara faham. Niat nak menolong tu dah baik tetapi tak sesuai untuk dipraktikkan bila melibatkan dunia kongsi gelap. Banyak risikonya.

“Biarlah seorang dari tak tolong langsung, uncle! Anggap saja perempuan itu bertuah bertembung dengan Zara.” ujar Zara sambil menaikkan cermin tingkap keretanya kembali.

Zara dapat mendengar George mengeluh selepas mendengar kata-katanya.

“Uncle, perkara macam ni uncle boleh settle, kan? Zara hanya nak tahu selepas ini, perempuan tu ada pekerjaan dan tempat berlindung. Anak kecil tadi dapat segalanya seperti budak-budak lain dapat.” Ujar Zara mudah. Lain-lain, Zara tahu George boleh diharap. Tidak kira bagaimana cara sekali pun. Zara tahu George akan menunaikan permintaannya.

DI ARMADA..
Segalanya telah selesai, secara rasmi ZARA Communication tiada apa-apa lagi hubungan dengan Armada Group. Zara lega sangat-sangat, seperti memutuskan hubungan dengan Qaiser sepenuhnya. Qaiser tidak akan ada lagi dalam kehidupannya selepas ini. Yang ada hanyalah Daris.

Zara sempat memerhati Qaiser sebentar sewaktu mesyuarat pemegang saham tadi. Wajah Qaiser kelihatan keruh dan masam sahaja. Zara sedar Qaiser juga banyak memerhatikannnya. Zara hanya buat tak tahu.

Selesai mesyuarat, Zara mencari Daris di pejabatnya. Masih ditemani pengawal peribadinya yang setia, George. Waktu dah tengahari semua staf sudah keluar lunch. Zara tahu pasti Daris sudah lama menunggunya. Sampai di muka pintu ofis Daris, Zara menyuruh George menunggu di luar. Manakala, Zara masuk ke dalam ofis Daris.

Masuk-masuk saja ke dalam, Zara tersenyum-senyum melihat Daris tidur di atas sofa sambil berpeluk tubuh. Kepala terlentok. Zara duduk disamping Daris yang masih tidak sedar dengan kedatangannya. Zara masih lagi tersenyum-senyum. Raut wajah Daris diperhatikan dengan jarak seinci. Cair betul! Zara sengih.

Zara mengetuk hidung mancung Daris dengan jari telunjuknya dua, tiga kali. Mata Daris terus terbuka. Celik-celik mata dengan ekspresi wajah serius. Zara mengetuk lagi hidung Daris. Zara tergelak kecil melihat Daris melarikan wajahnya. Geli hati melihat Daris masih lagi mamai.

“Jom, awak! Kita pergi lunch!” ajak Zara terus bangun. Daris yang masih mamai terus menarik Zara duduk kembali lalu dipeluk kemas dari belakang sambil dagunya mendarat di bahu kiri Zara.

“Daris..” Zara menoleh ke belakang sedikit melihat Daris masih menutup matanya.

“Daris..” Mengantuk lagi rupanya. Matapun tak larat nak dibuka sewaktu Zara memanggil Daris lagi.

“Awak..lima minit..” rengek Daris tanpa membuka matanya.

“Cakap tadi lapar.” Zara tergelak. Daris whassup cakap dia lapar gila. Sekarang, heboh nak tidur pula. Mengantuk sangat kot!

Tiada respon dari Daris. Zara pusing kepalanya untuk melihat Daris. Sambung tidur balik rupanya. Zara menolak bahunya supaya Daris sedar.

“Awak..bangunlah..” Zara dapat merasa Daris sedang menggelengkan kepalanya beberapa kali dari belakang. Zara tergelak lagi.

“Bangun..awak..” Zara cuba bangun. Nanti Daris akan ditariknya supaya bangun.

“Nantilah..” tetapi Daris mengemaskan pelukannya lagi. Zara tergelak lagi.

“Hm..awak mengantuk sangat, ya?” Zara jatuh kasihan pula melihat Daris kelihatan tak cukup tidur. Mungkin bekerja semalaman menyiapkan plan projek agaknya.

“Hm..jom..” Daris buka mata dengan malasnya. Membiarkan Zara bangun dahulu baru menarik dirinya bangun.

“Kita makan dekat-dekat sini saja, okay?” saran Zara. Kasihan pula melihat Daris.

Keluar dari ofis, mata Daris terus terbuka lebar tatkala melihat men in black tanpa senyum. Mereka berdua berjalan dahulu dan George mengekor mereka dari belakang. Daris sempat menjeling ke arah pengawal peribadi Zara yang sukar memberi senyuman. Kemudian, berbisik di tepi telinga Zara.

“Dating dengan awak memang mencabar sungguh..” bisik Daris perlahan tidak mahu George mendengarnya. Daris menjeling sekilas. Memang tak reti senyum!

“Anggap saja tiang lampu..” bisik Zara balik.

“What to do..” Daris kurang selesa tetapi terpaksa menerima kenyataan kalau dah berdating dengan anak billionaire.

QAISER pandang dari jauh dengan pandangan mata sengaja diredupkan. Mengetap bibir menahan perasaan yang membuku. Sukar benar ingin menghampiri Zara kini. Sentiasa bersama bodyguard atau teman lelaki bangsatnya itu. Jika datang ke kediaman Zara juga, Qaiser tidak dapat menghampiri Zara kerana bodyguard Zara bernama George begitu ketat menjaga Zara. Qaiser bengang. Sudah lama Qaiser mengintai peluang tetapi  sukar. Keinginan hati untuk memiliki Zara sepenuhnya semakin membuak-buak. Zara harus dimiliki tidak kira walau bagaimana pun caranya. Qaiser merasakan dirinya tewas jika tidak dapat memiliki Zara. Dia tidak mahu tewas dengan sesiapa pun lebih-lebih lagi dengan jurutera hingusan itu. Budak itu bukan lawannya.

DATO’ SERI FARID telah mengadakan majlis kecil di kediamannya. Menjemput teman baiknya Tan Sri Megat Arman Zainal Abidin dan isterinya dan beberapa kenalan rapat yang lain. Dato’ Seri Farid merasakan telah lama tidak bertemu mesra dengan rakan taulan yang terdekat kerana terlalu sibuk dengan urusan perniagaannya.
Majlis barbeque diadakan di tepi kolam renang dengan suasana santai. Majlis berjalan lancar diiringi band music. Zara juga tidak terkecuali menjemput Daris. Majlis bertambah meriah walaupun terdiri dari kenalan rapat sahaja. Zara dan Daris sentiasa bersama, bergelak ketawa dan bergembira menikmati keindahan malam bersama-sama dibawah restu orang tua.
Dato’ Seri Farid memerhati anak gadisnya kelihatan gembira dan sentiasa tersenyum. Dato’ Seri Farid gembira kerana Zara telah menemui cinta sejatinya dan hidup gembira. Zara juga dilihatnya sudah mula matang, dengan penubuhan yayasan membantu wanita kesusahan. Dari hasil laporan George, Zara banyak berubah dan membuatkan Dato’ Seri Farid terlalu bangga dengan anaknya. Tanpa sedar bibir seorang ayah mekar dengan senyuman bangga. Datin Seri Delilah menghampiri lalu memeluk lengan suaminya.
“Anak kita dah besar, pa!” Datin Seri Delilah juga tersenyum bangga.
Dato’ Seri Farid dan isterinya menghampiri anak gadisnya dan teman lelakinya.
“What are you guys doing?” sapa Dato’ Seri Farid dan isterinya. Dari tadi mereka perhatikan Zara dan teman lelakinya bergelak ketawa saja. Apa yang lucu sangat?
“Ni ha..Daris cakap dia boleh nyanyi dan main gitar. Pemalu macam dia ni nak menyanyi? Zara tak percayalah, papa!” Zara tergelak-gelak. Sejak dari tadi Zara mengusik Daris dan Daris layankan saja perangai mengada-ngada Zara.
“Betul ke, Daris? Kamu pandai menyanyi?”
“Sikit-sikit tu bolehlah, Dato’” Daris merendah diri.
“Oh..so..you have to give us a song..barulah si budak ni percaya, Daris!” Dato’ Seri Farid menepuk bahu Daris dengan mesra. Kemudian, tangannya mengamit budak band di atas pentas membawa gitar ke bawah.
“Go ahead, Daris!” Dato’ Seri Farid mengambil tempat duduk di sebelah mereka.
Daris berdiri lalu mencapai gitar dari budak band. Zara tergelak-gelak tidak percaya Daris ingin melakukannya.
“Are you sure, Daris?” Zara bertanya masih tak percayakan Daris.
Daris hanya tersenyum sambil memetik gitar perlahan dan humming lagu yang bakal dinyanyikan. Petikan gitar Daris membuatkan semua yang hadir di majlis merapati mereka.
Zara diam dan hanya mendengar
“What’s this?” tetamu yang datang menghampiri.
“Come on! Come on! We’re having a concert here!” Dato’ Seri Farid memanggil semua yang ada supaya merapati.
Petikan gitar Daris bertukar dari irama perlahan menjadi rancak. Dengan senyuman kacak ke arah Zara. Daris mula menyanyi.
“Matamu..lembut bagai bayu..juga awan biru di langitku..” Daris menghampiri Zara sambil tersua-sua wajahnya mendekat dengan wajah Zara. Sinar mata Daris bercahaya sewaktu merenung Zara. Sungguh, Daris terlalu mencintai Zara.
Zara membalas senyuman Daris dengan jiwa disimbah kegembiraan dan kebahagiaan yang sukar diungkap. Zara merasakan percintaannya seindah warna pelangi berharap mereka akan sentiasa begini untuk selamanya.
Zara menghayati setiap bait lagu yang dinyanyikan oleh Daris. Zara bangun lalu bertepuk-tepuk tangan mengiringi nyanyian rancak Daris. Semua yang ada turut bertepuk-tepuk tangan juga menggamatkan suasana. Happening!
Daris meneruskan nyanyian..
Matamu redup bagai bayu
Juga awan biru di langitku
Senyummu seindah mentari
Selalu menerangi mimpi sepi
Cubalah cuba sayang teka
Siapa yang bertakhta dalam jiwa
Adakah kau rasa?
Daris sengaja melanggar bahu Zara sewaktu menyanyikan “ Adakah kau rasa?”. Zara tergelak lalu mencubit pipi Daris dengan manja.
Sayang ku selalu ada waktu tuk menyayangimu menjagamu
Seluruh hidupku..
Daris sempat meletakkan tapak tangannya di pipi Zara dengan renungan redup dan senyuman tak pernah lepas di bibirnya demi Zara.
Semua yang ada bersorak melihat betapa romantisnya Daris melayani Zara sambil menyanyikan lagu dan bermain gitar.
Keadaan semakin rancak..
“Oh..Oh..Oh..da..da..dum..matamu redup bagi bayu..juga awan biru di langitku..” tiba-tiba Daris menarik Zara masuk ke dalam pelukannya dan Daris masih memegang gitarnya. Zara dah macam sandwich – Daris – Zara – gitar. Zara berada ditengah-tengah di antara gitar dan Daris. Zara terkejut tetapi bahagia.
“Senyummu seindah mentari..selalu menerangi mimpi sepi..” Zara meletakkan dahinya pada dahi Daris dan mereka bertentangan mata sambil masing-masing membalas senyum.
“Ah..ah..oh da ra ra ra dum dum..caramu mempersona kalbu..sesungguhnya aku tahu kamu terbaik untuk diriku..” Daris sudahkan nyanyiannya dengan ciuman hangat di dahi Zara.
Zara terpejam mata. Sungguh, dia bahagia..
PESANAN PENULIS:
Musim bahagia Zara & Daris..
Harap teaser ni dapat mengubat rindu dgn abam Daris..sy spt biasa sentiasa sibuk dgn tugas & urusan harian..dh lama xmenjenguk blog..dh bsawang dh ni..aaaaachuuuuummm..mmg kene 'bersih' blog ni..hehe..hm..slagi SDLP xmncapai percentage yg mbolehkan sy update story Irfan, DBH ditangguhkan buat smntra wktu..mohon maaf dari sy..big2 hug from me..love u olls..                                                                                                         

Thursday 19 September 2013


BAB 25: SESUNGGUHNYA..DIA LELAKI PELINDUNGKU

Cawan teh diletakkan. Roti Gardenia yang telah disapu mentega dan peanut butter dikunyah perlahan. Selera Zara mati. Hanya memaksa diri supaya kembali bertenaga. Dari segi fizikal, demam Zara sudah kebah. Dari segi hati dan perasaan, Zara cukup terdera. Zara terdiam lama sambil merenung roti yang masih bersisa. Zara banyak berfikir tentang isu virgin. Malah, tangannya juga gatal meng’google’ isu virgin di internet. Zara ingin tahu pendapat orang di luar sana. Zara ingin bersedia betul-betul sebelum berterus-terang dengan Daris. Sepanjang kegatalan tangannya meng’google’ Zara terlihat satu artikel. Sesuatu yang membuatkan dirinya merasakan sesuatu. Artikel berlandaskan satu hadis..

“Lelaki baik untuk perempuan baik, Lelaki tidak baik untuk perempuan tidak baik”

Melekat kuat di dasar hati Zara. Entah kenapa hati Zara sangat-sangat down setiap kali terfikirkan artikel itu. Layakkah dia untuk lelaki sebaik Daris?

Kemudian, Zara google lagi..

“Not to be a virgin is to be dirt”

Tidak semestinya bukan dara bermakna kotor..

Definitely, not to be a virgin is to be a whore..

Bukan kehendak dirinya pun..

Letak duduknya seorang perempuan adakah kerana kesuciannya?

Zara termenung lagi..

Jika dahulu, Zara tidak mengambil kisah tentang isu dara. Kini, Zara tidak dapat menerima kenyataan pahit itu. Satu waktu dulu, Zara berusaha mempersiapkan dirinya sesempurna yang mungkin untuk menjadi seorang isteri kepada lelaki bernama Megat Qaiser Zulkarnain. Isteri kepada CEO yang disegani, Zara sanggup belajar bermacam-macam dan menjaga virginnya hanya untuk lelaki itu. Andai Qaiser menginginkannya sebelum pernikahan Zara juga tidak kisah. Semata-mata, hanya untuk lelaki itu. Zara tidak tahu apa yang ada di kepalanya waktu itu. Terlalu naïf! Menyedihkan!

“Kita keluar awak!” tiba-tiba saja Zara menghubungi Daris mengajak Daris keluar. Zara dah nekad!

“NAK ke mana ni?” tanya Daris. Terkejut Zara mengajaknya keluar tetapi ajakan Zara bukan setakat keluar biasa-biasa tetapi keluar dari Kuala Lumpur..keluar dari Malaysia. Daris masih dengan perasaan terkejutnya. Tak percaya!

Tapi, mereka kini sudah bersiap sedia dan bila-bila masa akan berlepas sebentar lagi. Ke mana? Daris masih blur. Nasib baik passportnya masih belum tamat tempoh. Moga-moga belum tamat tempoh..sempat hati kecilnya menyanyi. Ish, perasaan penasaran masih belum terungkai selagi Zara belum memberitahu mereka akan ke mana? Begini agaknya, kehidupan anak-anak orang kaya. Asalkan hati terlintas ke mana saja pun boleh pergi. Tiba-tiba Daris terasa kerdil pula bila berada disamping Zara.

“Bandung!” ringkas.

“Hah!” mata Daris membulat besar. Tak percaya!

Zara hanya mengangguk.

“Saya perlukan kedamaian..awak temankan saya, ya? Tak apa, bukan jauh pun. Esok kita baliklah!” begitu mudah anak seorang kaya berkata.

Daris hanya tarik nafas dalam. Kedamaian?

Akhirnya, mereka sampai di Puncak, Indonesia

Mereka menginap di sebuah cottage yang sangat cantik dan mendamaikan. Tempatnya juga sejuk, sebenarnya terlalu sejuk. Hampir menggigil Daris dibuatnya. Dah lama tidak merasa suasana dingin seperti ini. Dah banyak tahun berada di US pun Daris masih belum betah dengan suasana dingin. Winter, musim yang paling ditunggu setiap orang tetapi bukan untuk dirinya. Daris benci winter! Kaki yang selalu bermain bola sepak ini selalu buat hal kalau musim sejuk menjengah. Tak tahan sengalnya!

“Cottage ni..cantik..” ujar Daris sewaktu mereka menapak ke depan cottage itu. Daris menarik nafas dalam-dalam. Udara dingin, bau tanah dan pokok-pokok yang menghijau. Sungguh..mendamaikan jiwa. Daris menghayati kehijauan sambil kedua belah tangannya menyeluk poket dan mengangkat kedua belah bahunya sambil menghirup persekitaran yang segar. Sempat hatinya beristirghfar dan memuji kebesaran ciptaan Allah.

“Ini hadiah papa untuk mama..cantikkan?! Tempat istirehat favourite mama. Di sini mendamaikan jiwa. Saya suka di sini, buat hati saya tenang.” Zara memejamkan mata. Menghirup udara segar di sekeliling sambil mendepakan kedua belah tangannya. Berpusing satu kitaran, cuba menyatukan diri dengan alam semulajadi. Menghayati..

Daris hanya memerhati Zara yang cantik menghayati keindahan alam. Terpegun melihat kecantikan Zara bersatu dengan alam semula jadi. Keduanya ciptaan Allah yang hebat. Hati Daris yang sedia jatuh terjatuh lagi melihat Zara yang polos. Tahukah kamu, setiap kali tidurku..ku kagumi wajahmu, setiap kali itu jantung ini berdetak kamulah pemilik hati ini. Renungan mata Daris melekat hanya untuk wajah itu. Asyik..

Zara bila bersama dengan lelaki dicintai di tempat yang mendamaikan ini membuatkan jiwa Zara lebih bertenang. Tiada apa yang diinginkan olehnya lagi selain pemilik hatinya itu, Daris! Zara buka mata lantas tersenyum manis untuk buah hati tersayang. Sungguh..hatinya jatuh cinta untuk lelaki itu. Cinta yang sukar untuk dinyatakan, tiada unsur berlandaskan nafsu atau kepentingan hati, hanyalah semata-mata kerana cinta. Zara membalas renungan Daris. Sama-sama tenggelam dalam asyik.

“Hm..jom awak..pasti Bapa Yunus sudah menunggu kita..” ujar Zara selepas seketika dengan sedikit loghat Indonesia. Sengaja! Kemudian, tersengih ke arah Daris yang sudah terangkat keningnya.


“Bisa..bisa..” Daris membalas. Mata Daris hampir sepet dengan sengihan nakalnya.

Zara tergelak kecil.

“Awak..” panggil Daris sebelum sempat Zara melangkah ke hadapan.

Zara berpaling dan tersenyum. “Hm..?”

“Apa tujuan awak bawa saya ke sini?” soal Daris tiba-tiba. Daris masih penasaran untuk itu.


“Ingin bersama dengan lelaki saya cintai..” balas Zara dengan senyuman manis.

Daris tersenyum membalas. Sejuk hati Daris mendengarnya, sesejuk udara di sekeliling mereka. Zara benar-benar membuatkan dirinya hidup.

Zara datang menghampiri Daris lalu ditarik kedua belah tangan Daris. Berjalan membelakang. Masih tersenyum. Kemudian, melepaskan pegangan tangan dan menolak Daris dari belakang pula sehingga ke pintu. Daris sengaja mengeraskan dirinya supaya Zara berusaha gigih menolaknya. Zara ketawa mengekek di belakang Daris.

“Awak..” Zara menolak lagi.

Daris mengalah. Berpusing lalu dipeluk pinggang Zara dengan sebelah tangannya. Kehangatan mereka bersatu. Daris sempat menggosok kepala Zara beberapa kali. Lalu dicium tepi kepala Zara dengan hidungnya. Harum..

“Jom! Tak tahan sejuk dah ni.” rengek Zara.

“Jom!”

Mereka melangkah masuk ke dalam cottage yang cantik.

Mata Daris memerhati sekeliling..

Binaan colonial bercirikan english cottage..

“Rumah lama?” tanya Daris.

“Taklah! Cottage ni..papa bina untuk mama.” Ujar Zara. Ini bukan rumah tinggalan penjajahan Belanda di Indonesia dulu. Dibina oleh papa bercirikan English cottage. Kalau diikutkan cottage ni dah berusia juga mungkin 15 tahun ke 20 tahun agaknya kerana sewaktu Zara berumur lingkungan empat tahun cottage ini sudah wujud. Zara pun ingat-ingat lupa.

“Tapi..dah lama..mungkin 20 tahun kut usia cottage ni.” beritahu Zara.

“Oh..cantik dan terjaga cottage ni.” Daris memerhati sekeliling rumah. Matanya tertancap ke arah fireplace. Api sedang marak membakar kayu api di dalam pendiang. Bau kayu api dibakar memberi aroma menenangkan di persekitaran dalaman cottage dan seterusnya menghangatkan segenap tubuh badannya. Tenang sekali!

“Bapa Yunus yang menjaga cottage ini. Itu yang bersih dan terjaga.” Beritahu Zara lagi.

Daris masih memerhati..

“Meh, saya tunjukkan bilik awak.” ajak Zara.

Mereka ke tingkat atas. Zara menunjukkan bilik tetamu yang luasnya boleh tahan juga kerana siap ada pendiang api sendiri di dalam bilik itu. Persekitaran bilik pula berdindingkan batu-batu alam. Katil kayu dari jenis kayu jati bersaiz king sangat-sangatlah besar. Kelihatan sangat selesa di pandangan mata Daris. Dah macam bilik hotel bertaraf lima bintang – Luxury hotel room.

“Nice and really comfortable room..” puji Daris.

“Suka awak suka..awak rehatkan diri. Dah hampir sore ni..” tak habis-habis dengan loghat Indonya.

Daris sengih.

“Cewek genit nih, memang! Lucu bangat!” Daris menggiat Zara.

“Lucu di sini..namanya comel..am I so cute?!” Zara buat muka comel.

“Yes you are..sampaikan..buatkan saya nak menggigit-gigit hidung awak..” balas Daris siap membuat aksi menggigit.

Comelnya! Bila Daris buat aksi macam tu. Zara tergelak.

“Awak pergi mandi. Kita jumpa di bawah sebentar lagi.” Zara senyum sebelum menutup pintu.

Pintu ditahan..

Zara membuka kembali pintu dengan wajah berkerut hairan. “Hm..?”

“Saya ada cakap tak..yang awak..sangat cantik!” ucap Daris dengan wajah romantis.

Wajah Zara terus berubah merah dengan pujian Daris. Cukup gula kata-kata itu. Zara senyum sebelum menutup pintu sepenuhnya.

Mereka bertemu kembali di meja makan. Hidangan makan malam telah tersedia. Siap ada ayam panggang beserta makanan enak yang lain. Ditemani cahaya lilin.

“Candle light dinner?” Daris duduk.

“Technically..yes it is..but actually cottage ni pengcahayaannya tak berapa nak cukup. So..dinner time memang kena pasang candle.” Terang Zara.

“Frust pula mendengarnya..ingat tadi betullah candle light dinner.”

“Not really..but..we can assume..this is candle light dinner for us.”

“Hm..apa yang penting makan dengan orang yang tersayang.” Tambah Daris lantas tersenyum.

“Yes..it is..” Zara juga senyum.

Sesudah makan malam mereka berehat di depan fireplace. Masing-masing hanya mendiamkan diri. Tidak tahu apa yang harus dibualkan.

“Hm..”

“Er..”

Awkward scene..

“Okay..awak..saya rasa..hm..I feel strange..” Zara tiba-tiba bersuara. Awkward sangat!

Daris tidak bersuara hanya merenung Zara.

“Are you angry with me?” tiba-tiba meluncur di bibir Zara.

“About what?”

“Everything..”

“Banyak perkara yang saya nak bertanya tapi apa yang awak nak berterus-terang dengan saya?” Daris merenung Zara dengan mendalam. Zara kelihatan gelisah di matanya. Seperti ada sesuatu.

“Er..hm..” Zara tiba-tiba senyap. Renungan mata Daris amat sukar untuk ditentang. Inikah waktunya?

“Zara..” seakan memaksa

“I don’t know..” betul tak tahu. Hati Zara masih berbelah bagi dan ragu-ragu. Mungkin belum masanya. Zara amat takut kehilangan Daris. Hatinya tak mampu..

“Zara..”

“Apa yang saya tahu..hati saya..” Zara membawa tangannya ke dada kiri. “Hanya untuk awak..” keberanian datang untuk membalas renungan mata Daris. Sinar mata Daris terpancar api dari cahaya api dari pendiangan di belakangnya. Melankolik cinta yang menyala-nyala untuk dirinya. Hati Zara cukup tersentuh.

“Itu sudah memadai untuk saya.” Daris senyum seraya mengelus pipi Zara dengan mesra.

Zara memegang tangan Daris. Menggenggam erat. Dikala Zara hampir melepaskan tangannya..

“Jangan lepaskan..” tangan Zara ditangkap kembali. Daris tidak ingin melepaskan tangan Zara seperti takut Zara akan pergi jauh darinya selamanya jika tangan mereka dileraikan.

“Awak..” perasaan bersalah mula melilit diri. Zara terus menarik tangannya. Tindakan refleksi dari hati diselubungi rasa bersalah. Namun..

“Five minutes..” Daris menahan lantas membawa tangan Zara ke wajahnya lalu dicium dengan hidungnya. Dilekapkan ke pipinya selepas itu. Merasai kehangatan tapak tangan Zara yang menghangatkan hatinya.

Zara berlagu sendu dalam diam. Lidah Zara kelu. Bila tiba, segalanya mungkin berakhir.

“Awak baik..saya tak tahu adakah saya cukup baik untuk awak?” Zara bersuara tiba-tiba kerana hatinya semakin terdera dengan perasaan bersalah. Zara terus menarik tangannya. Menunduk.

“Jangan menilai diri Zara..kita bukan sesiapa untuk menilai..bukan hak kita..itu ketentuan Allah..milik kita hanya berusaha. Saya juga tidak sempurna. Saya juga ada cacat celanya.” Bicara seorang lelaki yang tidak tahu kepastiannya. Mungkin diketika ini. Tapi, jika kebenaran terbuka luas bisakah bicara itu dipertahankan? Zara ragu-ragu.

“Saya hargai..” Zara hanya mampu tersenyum.

“Zara..” suara Daris terhenti, seperti ingin menyatakan sesuatu tetapi tidak diteruskan.

“Saya mengantuklah awak..saya pergi tidur dulu, ya?” Zara terus bingkas bangun. Sukar untuknya berlama lagi di situ.

“Kita bercakap lagi esok, ya? Kita bangun pagi-pagi sebab saya nak bawa awak lihat panorama matahari terbit di sini. Awak pasti sukakannya! Sekali melihatnya, pasti ingin melihatnya lagi di sini.” Zara baru teringat aktiviti kesukaannya bila berada di Puncak.

“Okay..” Daris mendongak lantas tersenyum. Menyukai cadangan dari Zara.

“Awak?” tanya Zara.

“Don’t worry about me! Kejap lagi saya masuk tidur.” Ujar Daris.

Zara senyum sebelum beredar.

“Er..awak..kat sini ada tak minyak panas?” tiba-tiba Daris bertanyakan minyak panas. Malu pun ada bertanyakan minyak panas waktu-waktu begini tapi itulah kelemahannya yang tidak dapat dielakkan. Kakinya akan merasa sengal di tempat dingin begini. Dengan suhu sejuk semakin menggigit perasaan Daris tahu dia pasti terseksa sehingga ke pagi jika kakinya tidak disapu minyak panas. Inilah padahnya bermain bola sepak tak hengat! Daris pernah mengalami soft tissue injury di lutut ketika bermain bola sepak di zaman remajanya. Kesannya membawa sehingga ke hari ini.

Minyak panas? Mana nak mencari? Zara menggaru-garu kepalanya.

“Kalau tak ada,  tak apalah!” melihat Zara tergaru-garu kepalanya Daris dapat mengagak pasti Zara tidak tahu minyak panas ada atau tidak di dalam cottage itu.

“Awak sakit perut ke?” tanya Zara sedikit kesal.

“Eh,taklah! Nak sapu kat kaki saya ni. Kaki saya cepat lenguh kalau sejuk-sejuk begini. Ada minyak panas tu kaki saya okay sikit.” Jelas Daris.

“Oh..nanti saya call Bapak Yunus..mungkin dia ada kot!” Zara bergerak ke tangga, ingin ke tingkat atas mencari handphonenya.

“Tak perlulah, Zara! Dah lewat ni, mungkin dah tidur.” Daris menegah Zara. Tak mahu menyusahkan orang lain.

“Awak..sorry, ek! Kalau saya tak terburu-buru bawa awak ke sini. Mungkin saya boleh sediakan apa yang patut untuk awak. Saya ni tuan rumah tak berhemah, kan?!” Zara rasa bersalah lagi.

“Awak..saya okaylah..don’t worry!” Daris menyedapkan hati Zara. Kesal pula bertanyakan pasal minyak panas.

“Betul?”

“Betul, Zara! Awak pergilah tidur.” Mengiyakan kata-kata Zara lalu menyuruh Zara pergi tidur. Biarpun kakinya mungkin akan lenguh-lenguh dan sakit nanti. Tidak mengapalah, sekurang-kurangnya Daris gembira berada di samping kekasih hati.

“Saya pergi tidur dulu. Apa-apa ketuk pintu bilik saya tau!” dalam terpaksa Zara melangkah juga sambil mengingatkan Daris jika memerlukan apa-apa segera memberitahunya.

Daris hanya mengangguk.

Tidak sampai sejam berbaring Daris dah terasa lenguh-lenguh kakinya. Terseksanya! Daris menarik comforter dan menggulung dirinya biar menjadi tebal namun kesengalan masih belum berkurangan. Homak aihh..

Daris cuba statik tidak mahu banyak pergerakan yang akan membuatkan kakinya bertambah sengal nanti. Kehangatan dari pendiang api tidak sampai sepenuhnya sehingga ke katil. Mana taknya, katil sebesar alam macam ni!

Daris terdengar pintu bilik diketuk. Tak lain, itu pasti Zara. Teringat telatah Zara di Port Dickson. Tak dapat tidur lagilah tu! Daris bangun lambat-lambat. Nak menapak..huuuu..sejuk gila! Menggigil dibuatnya.

“Apa awak?” tanya Daris sebaik membuka pintu. Bila mata dicelik sepenuhnya terkejut melihat Zara membawa comforter tebal sehingga menenggelamkan Zara dari pandangan matanya.

“Buat apa angkut comforter ni?” tanya Daris hairan. Jangan dibuat akal panjang Zara cakap nak tidur sebilik dengannya lagi sudah. Mereka berdua dah banyak lepas laku sangat semenjak declare couple ni. Daris tidak biasa dan bimbang. Dia bukan malaikat.

“Bagi awak la!” terhuyung-hayang Zara membawa comforter tebal masuk ke bilik Daris. Selepas itu, Zara membentangkan comforter tebal itu berdekatan pendiang api. Comforter yang berada di atas katil di ambil. Biar banyak comforter, pasti Daris akan tidur dengan selesa nanti bila berada dekat dengan pendiang api.

Daris senyum. Akhirnya, Daris tahu apa yang ingin Zara lakukan. Daris tersentuh dengan kebaikan Zara.

“Meh, la..sini..syok ni tidur dengan comforter tebal-tebal macam ni.” ajak Zara lantas tersengih comel.

Daris senyum membalas. Terkesima melihat karektor manja plus comel yang ditonjolkan oleh Zara. Dengan rambut panjang hitam ditoncang sedikit di tepi kepala dengan getah rambut comel. Zara kelihatan keanak-anakan. Daris menyenangi situasi itu.

Daris menghampiri..baru saja nak duduk..kaki Daris bersilang terus terjatuh. Nasib baik badannya tercampak ke atas comforter tebal yang sudah terbentang.

Zara mengekek ketawa.

“Oh..ketawa, ek! Tak lucu..” Daris geram kena gelak.

Zara mengekek ketawa lagi. Wajah Daris cukup lucu bila terjatuh tadi.

“Stop laughing! Zara..awak..” Daris merangkak ke arah Zara dengan renungan tajam. Persis seekor harimau merenung mangsanya. Zara seakan mencabar dirinya.

Zara terdiam tiba-tiba. Entah dari mana, muncul idea gila di kepala Zara.

“Awak!” Zara duduk bersila di atas comforter membiarkan Daris semakin rapat.

Zara hanya tersenyum menggoda. Membiarkan Daris memerhati wajahnya dengan jarak yang dekat.

“Awak..” seru Zara dengan lembutnya.

Suara lembut Zara terlalu kuat menggoda perasaan hatinya. Setegar manapun hatinya cuba menepis. Ternyata Daris masih tak mampu.

Dengan kerelaan Zara membiarkan dirinya dibaringkan menyemarakkan lagi geruh nafsu beraja di hati. Dia bukan malaikat, dia seorang lelaki yang mempunyai sembilan akal namun tewas dengan satu nafsu.

Daris menunduk cuba merapatkan wajahnya dengan wajah Zara. Ingin sekali menyentuh bibir itu. Saat semakin hampir..

Tangan Zara lembut menahan kemaraan bibir Daris ke bibirnya. Menolak wajah Daris jauh dari wajahnya.

Perbuatan Zara membuatkan Daris terpinga-pinga! Fikirnya, Zara merelakan..

“Awak..cukup..saya bukan perempuan baik! Awak faham maksud saya?” terus menolak dada Daris sehingga Daris terpaksa bangun.

“Hah?”

“Saya sengaja, awak! Nak tengok awak..supaya awak faham saya ni jenis perempuan bagaimana? Awak faham tak?” cuba menjelaskan. Riak wajah Daris masih terpinga-pinga membuatkan Zara merasakan mereka tiada harapan untuk bersama lagi. Tidak mengapalah, inilah akhir cintanya. Sekurang-kurangnya, dia boleh berlapang dada tanpa kepalsuan.

Zara bangkit. Berlinang lagi air matanya.

Menuju ke pintu..

“Tunggu!”

Langkah Zara terhenti..

“Maafkan saya!” kata maaf Daris lebih membuatkan Zara faham ertinya.

“Tak apa!” tipikal lelaki..

Zara terus melangkah.

“Bukan, awak!” langkah Zara terhenti lagi. Tanpa berpaling. Hanya telinga menanti.

“Saya bukan sesiapa untuk menghukum atau menilai, awak..” perlahan suara Daris seakan kesalkan sesuatu.

“Saya juga bukan lelaki baik-baik. Saya juga pernah bergelumang dengan dosa. Bukan sedikit, awak..tak terhitung..dan  saya masih belum serik mengulanginya lagi.” akui Daris dengan penuh penyesalan. Terduduk sambil menunduk. Benarlah, kata-kata dari sepotong hadis..

“Lelaki baik untuk perempuan baik, Lelaki tidak baik untuk perempuan tidak baik”

Sudah dijelaskan di dalam Al-Quran..

Lidah Zara kelu apabila mendengar kata-kata dari Daris. Lantas, Zara juga teringatkan artikel yang dibaca sebelum ini. Mereka adalah sama. Haruskah dia gembira?

 
“TENGOK tu!” tunjuk Zara ke arah matahari yang mula memancarkan cahaya merahnya sewaktu langit mula menukar kelam kepada warna biru kekelabuan.

Mereka berdua duduk bertenggek di atas batu sama-sama menghayati keindahan ciptaan Allah.

“Kita lupakan segalanya, awak..” tiba-tiba Daris bersuara memecah hening pagi yang masih terlalu dingin.

“Hah?”

“Lupakan tentang masa lalu..” cetus Daris lagi.

“Kita saling mempunyai kekurangan..dengan kekurangan itu kita saling melengkapi diri kita masing-masing..” sambung Daris seraya menoleh ke arah Zara dengan renungan redup.

Zara kelu lagi, hanya air mata mengalir.

“Awak..” Daris memeluk bahu Zara dari belakang. Melentokkan kepalanya di sisi kepala Zara. Menciumi pipi Zara dari tepi.

“Tak pernah saya cuba melupakan awak..biar pun seminit..saya terlalu cintakan awak.” Sekian lama, itulah kata dari hatinya.
 
PESANAN PENULIS:
Ini last entry..selepas itu sy akan sudahkan skrip SDLP untuk dinilai terbit. Doakan saya ye..  THANK YOU untuk semua yang mengikuti cerita ini..

Saturday 14 September 2013


BAB 24: SESUNGGUHNYA..DIA LELAKI PELINDUNGKU


ZARA sangat kepenatan. Fizikal dan lebih-lebih lagi mentalnya. Terlalu penat sehinggakan Zara hanya mendiamkan diri saja sepanjang berada di dalam kereta mewah Qaiser. Kepalanya masih lagi terasa sakit, Zara memejamkan matanya dengan pipi basah dengan air mata. Membiarkan saja tanpa niat untuk menghapuskan air mata yang mengalir itu. Jiwa Zara sangat terbeban.

Ketika sampai di perkarangan kediaman mewah Zara, barulah Zara membuka matanya. Zara membuka pintu kereta sebaik saja sampai di hadapan kediamannya. Tanpa bersuara atau menoleh sedikit pun ke arah Qaiser, Zara terus keluar.

Menghentam pintu kereta Qaiser sekuat yang mungkin.

Beberapa tapak..pandangan menjadi kelam dengan tiba-tiba..

Qaiser bengang Zara keluar dari keretanya begitu saja. Kemudian, menyirap pula bila Zara menghempas pintu keretanya dengan kuat. Ego Qaiser mencanak naik lagi dengan tingkah protes Zara apalagi terus keluar dari kereta untuk mendapatkan Zara. Mungkin Zara masih belum faham sepenuhnya dan harus diberi peringatan lagi agaknya.

Baru nak pergi mendapatkan Zara, bayang Zara terus hilang. Masakan begitu cepat? Qaiser menapak lagi. Matanya terpaku pada tubuh Zara yang sudah terbaring di bawah. Zara pengsan!

Besar mata Qaiser melihat Zara terbaring di atas tar yang keras.

“Zara!” Qaiser cepat pergi mendapatkan Zara.

“Zara! Zara!” banyak kali menyedarkan Zara namun tiada tindak balas.

Akhirnya, Qaiser terpaksa mencempung Zara sehingga ke kamar. Qaiser cuba menyedarkan Zara lagi tetapi Zara masih tidak memberi respon. Qaiser meneliti keadaan Zara lantas merasa dahi Zara dengan tapak tangannya. Terasa membahang dengan suhu badan Zara. Rupanya Zara demam.

“Zara!” panggil Qaiser lagi. Berharap Zara akan sedar. Namun, masih tidak memberi respon.

“Zara!” cuba memanggil lagi. Qaiser menyebak rambut Zara ke belakang dan membelai beberapa kali. Qaiser dapat merasakan kulit Zara semakin membahang. Terlalu panas!

Qaiser bingkas bangun sambil mengeluarkan handphone. Niat untuk menelefon doktor peribadi keluarganya, Dr Ishak. Baru saja nak mendail, telinga Qaiser tiba-tiba terdengar suara Zara bercakap sesuatu. Terus berpaling dan pergi mendapatkan Zara di katil.

Qaiser melihat Zara sedang menangis teresak-esak di dalam lenanya dengan tangan sedang menepis-nepis sesuatu. Qaiser menahan kedua belah tangan Zara dari menepis-nepis entah apa-apa. Qaiser menepuk pipi Zara perlahan cuba menyedarkan Zara. Namun, mata Zara masih terpejam rapat malah tangan Zara semakin rancak menepis-nepis sehinggakan Qaiser terpaksa mengalah.

“Zara okay tak ni?” tanya Qaiser. Mungkin Zara sudah sedarkan diri. Tapi, mata Zara masih terpejam rapat dan sedang menangis teresak-esak. Qaiser blur sekejap dengan telatah Zara. Kenapa ni? Cemas pula hatinya  melihat Zara begini. Terbit rasa bersalah di sebalik hatinya yang dibaluti kemas dengan perasaan selfish dan ego melangit.

“Abang..jangan..kasihanilah Zara..” Zara mengongoi di dalam tidurnya  merayu dikasihani.

Qaiser terdiam kerana dia tahu sangat dengan siapa Zara merayu.

“Kenapa abang benci sangat dengan Zara..” Zara mengongoi lagi.

Tangan Qaiser yang cuba membelai rambut Zara terhenti tatkala mendengar rintihan Zara.

“Kenapa buat Zara macam ni..kenapa..” suara Zara semakin lirih, perlahan dan terus hilang selepas itu. Hanya tinggal wajah Zara yang basah dengan air mata.

Qaiser merenung Zara dengan renungan yang sukar ditafsirkan. Tidak tahu apa yang sedang bermain di fikiran Qaiser? Namun, wajah khuatir Qaiser amat jelas kelihatan.

Untuk seketika..

Kemudian, Qaiser telah menelefon doktor peribadi keluarganya untuk datang melihat Zara yang demam. Selepas, kedatangan doktor peribadi keluarganya merawat Zara, Qaiser tidak terus pulang malah duduk bersama dengan Zara. Doktor menyarankan supaya mengelap badan Zara dengan air bagi menurunkan suhu badan. Qaiserlah yang mengelap badan Zara dari atas sehinggalah ke ke kaki. Pembantu rumah Filipina awal-awal lagi telah dihalau pergi oleh  Qaiser yang ingin melakukannya sendirian.

Qaiser merasa suhu badan Zara semakin menurun. Bingkas bangun menuju ke closet Zara yang sebesar alam, penuh dengan segala macam pakaian. Huh! Sempat Qaiser mengeluh, apa taknya nak mencari pyjama pun dah satu cerita. Menarik satu persatu drawer yang ada. Bila matanya tertancap pada drawer yang berisi pakaian dalam dan lingerie. Jari telunjuk Qaiser sempat menarik bra berwarna shocking pink ke depan mata. Tersungging senyuman herot.

Akhirnya, Qaiser menemui juga closet yang dipenuhi pyjama dan gaun pelbagai warna. Namun, yang menjadi pilihan Qaiser gaun tidur spegeti singkat berwarna putih bersih. Kemudian, berjalan menuju keluar closet sewaktu melalui drawer yang dipenuhi pakaian dalam Zara sempat pula mencapai bra shocking pink tadi dengan seluar dalam yang berpadanan. Tersenyum herot lagi.

Bila Zara siap dipakaikan baju dan dirapikan. Qaiser membelai seketika wajah Zara dengan renungan lama. Tak tahu kenapa hatinya tersentuh dengan wajah pucat Zara. Bila sudah berpuas hati, suhu badan Zara telah menurun ke suhu normal barulah Qaiser beredar. Sebelum beredar, Qaiser mengarahkan pembantu Filipina Zara menjaga Zara sehingga sedar dengan sepenuhnya. Siap mengugut diberhentikan kerja jika lalai menjaga Zara. Pucat lesi pembantu Filipina Zara dibuatnya.

SEBAIK saja mendengar Zara tidak sihat dari pembantu rumah. Daris tidak mengambil masa yang lama untuk sampai di kediaman Zara. Daris menunggu Zara turun dari biliknya. Daris sangat susah hati apabila mendapat tahu Zara sakit, bimbang mungkin kesihatan Zara terganggu disebabkan bersedih dengan sikap degilnya. Berdecit mulutnya menyalahkan diri. Tersangat kesal.

“Lama tunggu?” Zara muncul dengan wajah lemah dan pucat. Zara hanya memakai seluar panjang dan sweater hoodie berwarna biru lembut.

“Zara..” Daris terus bingkas bangun. Mereka saling bertatapan.

“Are you, okay?” tanya Daris jatuh simpati melihat wajah pucat tak bermaya Zara.

“Saya tak sihat, Daris..” adu Zara. Semuanya tak sihat, fizikal dan mental. Tak tahu bagaimana nak menghadapi dugaan perit ini. Zara merenung Daris lama cuba mencari sesuatu dalam diri Daris. Sebuah keikhlasan, mungkin? Dengan keikhlasan cinta mampukah Daris menutup mata dengan kenyataan dirinya bukan seorang yang suci lagi. Tipikal lelaki yang berasal dari kampung seperti Daris walaupun belajar tinggi sehingga ke luar negara mungkin masih menginginkan perempuan yang suci sebagai pasangan hidupnya. Kalau dulu mungkin Zara tak hairankan sangat tentang isu virgin kerana dia dibesarkan di dalam keluarga open minded dan mengamalkan budaya barat. Bila-bila masa jika Qaiser menginginkan dirinya dulu Zara rela menyerahkan dirinya demi cinta. Tapi, Zara tidak lagi berfikiran begitu setelah mengenali Daris dan keluarganya. Daris banyak mengajar dirinya supaya menyayangi dan menghargai dirinya sendiri. Menyokong dirinya supaya menjadi seorang yang kuat, tidak lagi bersedih dan terluka dengan penolakan Qaiser terhadapnya dulu. Kini, Zara menjadi ragu-ragu perlukah dia berterus terang dengan Daris? Terimakah Daris jika dia berterus terang? Zara resah sendiri.

“Meh, sini..saya nak tengok awak..” panggil Daris supaya Zara mendekatinya. Tapi, tak sempat Zara melangkah Daris dahulu yang menghampiri. Hoodie di atas kepala Zara dilurutkan ke bawah. Rambut Zara yang hitam bersinar dibelai dengan kedua belah tangannya. Melurut rambut Zara dari atas sehingga ke bawah beberapa kali dengan lembut. Kemudian, meraup kedua belah pipi Zara yang masih terasa suam-suam.

Zara hanya membiarkan Daris meraup kedua belah pipinya. Hanya matanya mencari sinar keikhlasan di mata Daris untuknya. Tersentuh dengan renungan mata Daris yang tulus mengambil berat akan dirinya. Jika Daris tahu?

“Awak tak sihat betul lagi ni..masih terasa panas.” Tangan Daris berpindah ke dahi Zara pula. Daris risau jika demam Zara belum kebah sepenuhnya.

“Saya dah makan ubat tadi. Mungkin selepas ni saya okaylah kot.” Zara cuba menyedapkan hati Daris. Mungkin sekarang Zara elok sedikit kerana baru lepas makan ubat. Apabila kesan ubat telah berkurangan panas badannya pasti kembali lagi.

“Saya rasa tak..badan awak ni dah panas balik ni. Jom, saya bawa awak pergi berehat di bilik. Last makan ubat tadi pukul berapa?” tanya Daris sambil memeluk bahu Zara dan mendorong Zara ke tangga.

Zara terdiam berfikir. Sebenarnya, Zara tak ingat waktu bila dia dah makan ubat? Ada tanda tanya mengenai dirinya sebaik saja dia bangun. Bukan apa, bangun-bangun tadi Zara sudah melihat dirinya berada di atas katil dengan pakaian telah bertukar. Kepala pula basah dengan tuala kecil yang dibasahkan. Melihat dirinya memakai gaun tidur singkat dengan pakaian dalam yang striking. Zara terfikir, pasti Si Jenny pembantu rumah Filipinanya yang menukar pakaiannya. Zara tak percaya boleh pula Si Jenny itu terfikir nak memakaikan dirinya dengan pakaian begitu. Boleh tahan juga citarasa Si Jenny tu, menyeramkan!

“Awak..tadi makan ubat pukul berapa?” tanya Daris sekali lagi bila melihat Zara boleh pula berangan entah ke mana.

“Eh, hurmm..lupalah awak!” kata Zara baru tersedar.

“Sampai atas nanti makan ubat lagi. Rasanya dah lama ni..kalau tak badan takkan panas macam ni. Ha..makin panas ni!” Daris melekap tapak tangannya di pipi Zara dalam keadaan tangannya yang lagi satu masih memeluk bahu Zara. Dah macam berpeluk sakan di atas tangga pula.

“Hei..you!” terdengar suara kuat dari belakang mereka. Zara dan Daris sama-sama menoleh. Terkejut melihat Qaiser berada di belakang mereka dengan wajah serius pembunuh upahan. Zara dah pucat.  

“Nak ke mana tu?” tanya Qaiser serius. Renungan helang pembunuh terlalu tajam menikam redup mata Zara.

Lutut Zara terus terasa lemah. Nasib baik Daris sedang memeluk bahu Zara. Kalau tidak mungkin Zara dah lama rebah di situ.

“Saya nak bawa Zara ke atas. Zara demam ni.” jelas Daris. Berharap CEO syarikatnya itu tidak berfikir lain. Niat dan tujuannya hanya mahu membawa Zara berehat di kamarnya. Itu saja.

“Sudah, kamu boleh balik! Nanti saya sendiri hantar Zara ke atas.” Dengan kuasa CEO Qaiser menyuruh Daris beredar.

Daris terdiam. Arahan dari CEO menyuruh Daris beredar. Tapi, rasa cinta Daris terhadap Zara melebihi segalanya. Lagipun, mereka bukannya berada di pejabat untuk tunjuk kuasa dan diarah. Daris hampir nak membuka mulut untuk membantah tetapi Zara pula yang terlebih dahulu membuka mulut.

“Inikan teman lelaki Zara..biarlah Daris hantar Zara ke atas.” Walaupun agak gentar Zara cuba mempertahankan Daris.

“Oh..teman lelaki..belum ‘kahwin’ lagi, kan?” sengaja menekan perkataan ‘kahwin’ supaya Zara menggelabah. Kening diangkat dengan renungan sinikal. Cuba membuatkan Zara faham dengan maksud ‘kahwin’ yang ingin disampaikan.

Zara bengang gila! Kerana Zara faham sangat maksud yang ingin disampaikan oleh Qaiser. Badan yang sudah sedia panas bertambah panas suhunya. Takat suhu paling tinggi 40’C. Ini takat berapa pun tak tahu, unread!

Daris tak faham apa yang sedang berlaku di antara mereka berdua ini. Seperti ada sesuatu yang sulit disembunyikan. Daris pandang Zara dan CEOnya silih berganti. Curiga!

“Daris..awak balik dulu. Pasal saya, awak jangan risau. Jenny nanti bawakan ubat untuk saya.” Zara terpaksa menyuruh Daris pergi. Zara tidak mahu Qaiser terlepas cakap sesuatu yang akan membuatkan dirinya menyesal tak sudah nanti. Zara terlalu sayangkan Daris. Zara tidak mahu Daris tersalah sangka terhadap dirinya. Biarlah mulutnya sendiri memberitahu Daris perkara yang sebenar. Jika, sudah tersurat Daris tidak dapat menerimanya sekurang-kurangnya Zara sudah berterus terang.

“Betul ni?” Daris macam tak percaya Zara menyuruhnya pergi. “If you want me to stay..I will stay..” Daris berat hati nak beredar. Daris berharap Zara tidak menyuruhnya pergi.

“Baliklah..nanti kita jumpa, okay?” Zara cuba memujuk Daris pergi. Zara sempat menjeling Qaiser. Mata Qaiser seperti menunggu masa saja nak meledakkan segalanya. Zara tidak punya kekuatan untuk menghadapi fasa begitu lagi. Berharap Daris cepat-cepat pergi.

“Okay?” Zara seakan memaksa Daris supaya bersetuju dan beredar dengan secepatnya. Membuatkan Daris merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Hatinya berdetak semacam. Tidak sedap hati-tidak keruan-bercampur-baur.

“Kalau macam tu..okay..tapi..bagi saya hantar awak ke atas dulu. Bagi awak rehat dulu. Then, saya balik.” Daris tidak gentar dengan CEOnya. Sudah terang dia adalah teman lelaki kepada Zara Diandra. Rasanya tak salah mengambil berat terhadap teman wanita sendiri. Cuma, Kenapa CEOnya nak menyibuk hal orang lain bukan girlfriend dia pun?! Daris sebal.

Dengar saja kata-kata Daris mata Zara terus memandang Qaiser yang berubah terus riak wajahnya. Zara tahu jika membiarkan Daris berada di situ seminit lagi Qaiser pasti meletus-meledak-meletup. Zara tak sanggup!

“Daris! Saya boleh pergi sendiri ke bilik saya. Awak baliklah dulu.” Zara terus berlari memanjat tangga ke atas. Walaupun, badan terasa sakit dan lemah digagahi juga. Straight tanpa menoleh lagi.

Daris tersentak melihat Zara pergi begitu saja seperti terlalu takutkan sesuatu. bertambah perasaan curiga di hatinya. Wajah CEO dipandang telus. Hanya senyuman sinis dihadiahkan untuknya.

“Well..you should leave..” dengan selamba menghalau. Qaiser berpuas hati dengan tindakan Zara.

Daris hanya diam dan beredar perlahan-lahan. Matanya masih mengharap Zara menunjukkan diri dan tidak membenarkannya pergi. Namun, hampa..

 
ZARA berpura-pura memejamkan matanya sewaktu pintu kamarnya diketuk beberapa kali dari luar. Zara tahu sudah pasti Qaiser. Sengaja Zara berpura-pura tidur supaya Qaiser tidak mengganggunya lagi.

Terdengar pintu dibuka. Zara pejam mata rapat-rapat.

“Dah tidur?” terdengar suara Qaiser bertanya. Zara membeku.

“Hm..cepatnya sudah tertidur.” Omel Qaiser terus berlalu ke pintu.

Zara terdengar pintu ditutup. Lega!

Zara bingkas bangun. Zara tak nak tidur kerana badannya terasa lenguh-lenguh dan sakit-sakit badan. Baru berkira-kira nak memanggil Jenny supaya menyediakan air mandian untuknya. Mungkin selepas mandi badannya akan lebih segar.

Zara baru nak memanggil Jenny. Matanya terus membulat besar tidak percaya Qaiser berada di muka pintu dengan senyuman sinis. Tak pergi lagi rupanya! Zara betul-betul tak percaya. Qaiser memang licik dengan helahnya, mati-mati Zara ingat Qaiser telah pergi tadi.

“Pura-pura tidur, konon!” Qaiser senyum sinis sambil menghampiri katil. Qaiser tak bodoh dengan tipu helah Zara. Mudah sangat nak diteka.

“Kenapa tak pergi lagi?” Zara mencebik geram. Berpeluk tubuh. Bengang tipu helahnya tidak berjaya.

“Saja nak tengok tuan puteri ni dah sihat ke belum?” Qaiser cuba meletakkan tangannya ke dahi Zara tetapi Zara cepat mengalihkan kepalanya ke lain.

Sebal! Bengang! Lelaki itulah penyebab Zara menjadi tidak sihat begini. Lagi mau tanya! Huh!

Qaiser duduk di sebelah Zara. Terlalu rapat.

Zara mengelak dengan badan dan kepalanya dipalingkan ke arah lain. Risau jika Qaiser buat gila lagi.

Nampak saja Zara mengelak Qaiser bertindak memaut bahu Zara dari belakang dan memaksa Zara berpusing ke arahnya. Saling berhadapan. Wajah ditundukkan  rapat ke wajah Zara.

“Tepilah!” Zara mengalihkan wajahnya. Hati Zara dah cuak. Kalau nak melawan, Zara mengaku kalah awal-awal kerana badannya terasa tersangat lemah. Kalau Qaiser buat kepala gilanya tak mustahil Qaiser akan mengulangi lagi perbuatan jahat kepadanya. Zara tak sanggup menampung beban perasaan itu lagi. Sungguh terseksa!

Qaiser tak peduli terus mara. Sengaja buat Zara takut.

“Jangan nak buat tak senonoh dengan Zara lagi! Zara..” terus menjarakkan diri. Tangan pantas mencapai vas kecil yang comel di meja sisi. Tak serik lagi agaknya nak kena baling dengan pasu! Zara dah mengacu.

“Kalau tak nak kepala tu bocor lagi. Jangan nak dekat-dekat dengan Zara lagi.” ugut Zara mengacu-acu vas comel di wajah Qaiser. Nak capai apa pun tak tahu, lampu tidur besar sangat memerlukan kedua belah tangannya untuk mengangkat. Tangan sempat mencapai vas comel di tepi lampu tidur. Zara dah takut gila.

“Tak habis-habis dengan pasu bunga dia! Dahi abang dah macam Harry Potter ada scar!” Qaiser tergelak kecil mengejek Zara. Setakat vas kecil tu? Apa barang!

Qaiser mara lagi.

“Jangan nak loyar sangatlah! Karang Zara hempuk pasu ni, biar retak kepala abang tu. Bukan setakat parut je dapat nanti. Doktor pun tak dapat tolong nak betulkan balik kepala abang yang mereng tu!” Zara menyumpah walaupun kedengaran agak lucu di telinga Qaiser. Dengan pasu kecil tu! Qaiser sengih.

“Dengan pasu tu! Okay..just try..” Qaiser menyerah. Seraya tergelak sinis.

Zara geram gila! Oho..ingat pasu ni kecik ingat tak boleh membutakan mata orang?! Karang kalau dah transformed menjadi Kassim Selamat jangan nak banyak bunyi! Zara dah bersedia nak menghempuk sekuat hati. Target tak ada tempat lain selain kedua biji mata helang pembunuh Qaiser.

Zara hayun kuat-kuat.

Qaiser selamba menangkap pergelangan tangan Zara.

“Cukup satu scar Harry Potter hadiah dari Cik puan Zara.” tersengih sinis. Sengaja mengacah Zara tadi.  Ingat betul-betul nak menyerah diri kena hempuk senang-senang macam tu je. Sorry banyak!

“Lelaki tak guna!” maki Zara. Bengang gila dipermainkan.


“Tak guna?” Qaiser sengaja mengangkat kening tebalnya. Mengejek!

“I’m functioning well! Mana yang rasa tak guna tu? Kita boleh testing lagi.” tak habis bengangkan Zara.

Zara cuba bingkas bangun. Betul-betul tak tahan dengan kerenah Qaiser.

Qaiser pantas pula menarik Zara rebah ke atas katil. Bergelut! Kesudahannya Zara terkunci di dalam pelukan Qaiser.

“Hei!” Zara pukul-pukul dada Qaiser.

Qaiser yang tak tahan kena pukul. Lantas, menangkap kedua belah tangan Zara lalu dihenyak Zara terlentang di atas katil. Tunduk rapat-rapat di wajah Zara sehingga membuatkan mata Zara terpejam rapat.

Qaiser tersengih lalu dicium pipi Zara kuat-kuat. Kemudian, melepaskan kedua belah tangan Zara dan berbaring senang hati di sebelah Zara sambil meletakkan kedua belah tangannya pula ke belakang kepala.

“Ingat apa? Dengan muka pucat lesi macam ni ingat abang selera nak tidur dengan Zara? Macam tidur dengan mayat!” Qaiser tergelak sinis.

“Tak guna!” pekik Zara geram.

“Rehat cukup-cukup. Simpan tenaga banyak-banyak sebab abang suka Zara struggling dengan abang. Seducing me..luring me in..” gigit bibir dengan sengihan nakal.

Zara dah berasap. Huh!


“Hmm..” Qaiser bingkas bangun. Siap buat senaman regangan pinggang seminit sebelum melangkah ke pintu. Sengaja membakar Zara dengan sengihan sinisnya.

“Tak guna!” Zara membaling bantal ke arah Qaiser. Sakit hati punya pasal!

“Lupa pulak! Okay tak pakaian abang pilih tadi? White gown..with shocking pink..hm..” Qaiser sengaja membuat pembakaran terbuka lagi.

Jelingan tajam Zara memanjangkan lagi sengihan sinis Qaiser.

“Upah ada? Upah tolong lap badan Zara dan pakaikan baju Zara tadi!” tambah Qaiser lagi. Tak habis-habis nak membakar.

Zara gigit bibir kuat. Baru tergerak hati nak membaling pasu bunga. Qaiser dah lenyap di sebalik pintu. Patutlah! Serentak itu pasu dibaling geram ke pintu. Nasib kaulah, pintu!
 
PESANAN PENULIS:
Really2 sorry..keep u olls waiting..this week sampai ahad sy kene keje. Sebelum tu kene hadiri conference medical. 2 hari kene kene ngadap dgn Venous Thromboembolism sampai nk mnth ijo. Nak tune balik kepala otak dengan daris n zara. garu kepala jgklah kat depan lappy. tapi, Alhamdulillah dpt jugak siapkan entry tak seberapa ni.
P/S: Daris will slowly..masuk dalam hidup Zara balik..walaupun Qaiser mendominasi entry buat beberapa bab ni. Inshaa..Allah..