Tuesday 15 May 2012

Di Penghujung Cintaku..Adelia


BAB 1: Di Penghujung Cintaku..Adelia

Mata terpaku melihat sekujur tubuh yang begitu sempurna. Kacaknya..desis hati Adelia. Seorang pemuda yang mungkin sebaya dengan dirinya. Berdiri di hadapan Adelia tanpa senyum. Dingin. Adelia masih terpegun melihat pemuda kacak itu.

Apa tercegat kat situ?!! Macam patung buruk aku tengok.” perlahan tetapi menusuk suara lelaki itu. Bisanya kata-kata. Adelia tersentak lantas tersedar yang dia terlalu teruja mengamati wajah lelaki itu. Malunya..tetapi lelaki itu tidak sepatutnya berkata begitu. Rupa sahaja yang kacak tetapi sombong. Adelia cuma mampu tertunduk malu. Inikan rumah dia bolehlah bercakap sesuka hati. Dia harus bertahan. Ayah pun satu, pergi ke Dubai tidak mahu mengajak aku. Sanggup ayah tinggalkan aku di sini dengan keluarga yang tidak pernah aku kenal. Kata ayah kawan rapat sewaktu di universiti dulu. Ayah tak takut ke nanti aku kena dera ke? Apa ke? Percaya betul ayah kat kawan rapat dia. Tolong..aku tak nak ada cop mohor seterika kat badan aku yang putih mulus ni. Imaginasi karut datang berlumba-lumba menyesakkan kepala. Tak nak!! Adelia pantas memegang kedua belah pipinya sambil menggeleng kepala. Matanya bulat besar. Takutnya..

Eh,budak kecik! Kau ni kenapa?” tergaru-garu kepala Nik Pasha bila melihat telatah gadis poyo di hadapannya. Kepala otak budak ini ada masalah agaknya macam tak betul aje. Mama ni pun satu nak ambil anak angkat pun tengoklah dulu orangnya. Ini poyo je aku tengok. Nik Pasha menggelengkan kepalanya beberapa kali.

Siapa budak kecik?!! Ada budak kecik kat sini ke?!! Tak nampak pun!! ” Kepala Adelia ligat mencari kelibat budak kecil. Tertoleh-toleh Adelia mencari budak kecil di belakangnya. Tak ada pun. Adelia hairan..Dia ni saja nak kenakan aku apa. Adelia pandang lelaki di hadapan dengan muka confused.

Kaulah budak kecik tu. Bengap betul!” apasallah budak ni lembap sangat. Nik Pasha geram. Kecil je gadis itu di lihat oleh Nik Pasha. Kalau boleh di penyek macam semut dah lama dia buat.

Aku ke?!!” Adelia tunjuk jari ke wajahnya dengan muka tidak puas hati. Lelaki sombong itu buat muka kerek.

Siapa lagi kat sini cik adik oii..” balas Nik Pasha masih dengan muka kerek.

Kau panggil aku budak kecik! Nama aku Adelia Nur Qaireen la” jerit Adelia geram bengang kerana lelaki itu memanggilnya dengan panggilan budak kecil. Ingat aku ni budak darjah satu ke?!! aku dah berumur 16 tahun tau. Tajam mata bulat Adelia memandang wajah lelaki itu.

Badan je besar tapi IQ macam budak sekolah tadika.” sedapnya mulut Nik Pasha berkata tanpa menghiraukan perasaan Adelia. Nik Pasha relaks dengan berpeluk tubuh. Jarinya di cuit sekali di hidungnya yang mancung. Berlagak macho konon.

Kau..mulut macam longkang.” eii..rasa nak bagi penampar sebijik kat muka mangkuk ni. Ingat kau hensem sesuka hati nak kutuk orang. Geram! Geram! Bentak hati Adelia.
Poyo betul! Apa yang mama nampak kat kau pun aku tak tau.” malas nak bertekak Nik Pasha beredar dengan muka selamba naik ke tingkat atas. Bang!! Pintu bilik di hempas kuat. Tersentak Adelia dibuatnya.

Adelia cuma mampu menahan geram di dalam hati. Hish..mulut memang nak kena cili. Kurang ajar betul! Ayah..nak pergi Dubai tak nak duduk sini. Dia mencemik muka. Muka kesian..isk..isk..

Setahun je sayang..nanti bila dah habis SPM bolehlah ikut ayah ke Dubai. Auntie Maria dan Uncle Nik baik orangnya. Ayah percaya dia orang boleh jaga Yaya dengan baik. Dia orang ada anak sebaya dengan Yaya tau nanti boleh dibuat teman study. Dengar kata Pasha tu pelajar terbaik di sekolah. Boleh ajar Yaya nanti tak adalah keputusan corot aje.” hidung Adelia di cuit manja oleh ayahnya Encik Helmi. Anak nakal yang comel itu akan di rindui nanti. Terpaksa meninggalkan buah hati kesayangannya di Malaysia kerana dia tahu Adelia bukanlah tergolong orang yang cerdik. Dia tidak mahu pelajaran anaknya terganggu lagipun tinggal setahun saja lagi untuk habiskan pelajaran. Maria dan Nik Nazrin sudah berjanji mahu menjaga anaknya seperti anak mereka sendiri. Maria yang begitu beria-ria ingin menjaga Adelia kerana terlalu inginkan anak perempuan.

Adelia termangu di atas sofa teringat perbualan dia dan ayahnya. Ayah..rindu kat ayah..nak nangis ni..Air muka Adelia berubah mendung.

Eh..Yaya kenapa ni? Sedih je auntie tengok.” tegur auntie Maria sewaktu melabuhkan badannya ke sofa bersebelahan dengan Adelia. Bahu gadis sunti itu di pegang matanya menyorot mencari wajah Adelia yang suram. Kenapa ya? Soal Maria di dalam hati.

Ingat ayah ke? Janganlah sedih sayang auntiekan ada.” Maria menepuk lembut bahu Adelia anak gadis yang comel pada pandangannya. Maria telah jatuh kasih terhadap gadis comel di hadapannya itu ketika pertama kali diperkenalkan oleh teman rapat sewaktu di universiti dulu iaitu Helmi ayah kepada Adelia.

Tak adalah auntie. Yaya ok je.” Adelia senyum paksa. Bila teringatkan tingkah laku anak auntie Maria yang macam bagus tu Adelia bengang tahap gaban. Auntie Maria baik dan lemah lembut orangnya tetapi kenapa anaknya kurang ajar sangat. Mungkin kerana terlebih belajar agaknya. Terlebih bijak pun bermasalah juga. Iyelah..kepala asyik hendakkan straight A itu yang kepala jadi macam biul je aku tengok. Manners totally out!!

Betul ni..tadi auntie tengok macam nak nangis je. Pasha kacau Yaya ke? Tadi auntie macam dengar suara orang nak bergaduh je.” tanya Maria bimbang jika anak sulungnya mempermainkan Adelia. Dia maklum sangat dengan tingkah laku anaknya itu. Dingin. Macam bagus. Ish..mengutuk anak sendirilah pula. Tak baiknya aku. Tertawa kecil di dalam hati. Di luar Maria sekadar senyum tipis menjaga hati si gadis comel.

Eh..tak adalah auntie. Tadi kita orang berbual je. Mungkin bunyi tv tadi yang kuat yang auntie sangka ada orang bergaduh.” jelas Adelia perkara yang tidak benar sama sekali. Takkan nak cakap anak auntie teramatlah kurang ajar. Aku dahlah hidup menumpang buatlah cara hidup menumpang. Adelia senyum mengambil hati.

Auntie tau anak auntie macam mana Yaya tapi apapun Yaya jangan terasa hati ye. Pasha memang macam tu. Sabar ye..” Maria senyum sambil memeluk bahu Adelia dengan lembut. Adelia yang tidak pernah merasai kasih sayang ibu begitu terharu dengan kemesraan auntie Maria. Hm..ni nak nangis ni..hm..muka dah mendung semacam tunggu nak jatuh je air mata
ni. Adelia mencebik sayu.

Baiklah auntie. Yaya ok je.” suara Adelia kedengaran sebak. Maria sedar Adelia dalam kesedihan. Jauh dari ayah kandungnya dan terpaksa tinggal dengan keluarga yang tidak pernah dikenali. Baiklah,mulai sekarang Adelia Nur Qaireen adalah anak perempuannya dan akan di manja di tatang sepenuh hati. Janji Maria.

Jom kita pergi ke dapur Auntie ada buat kek tau. Sedap..” tangan Adelia di tarik dan dengan tergesa-gesa Auntie Maria menolak badan Adelia menghala ke arah dapur. Tidak sabar untuk menunjukkan kek buatannya yang disediakan khas untuk Adelia.

Wah..cantiknya kek!” Kecur liur Adelia melihat kek yang dihias cantik di hadapannya. Auntie Maria senang melihat wajah comel Adelia ceria semula.

Mari Auntie potongkan kek ini untuk Yaya.” pantas Auntie Maria mengambil pisau dan memotong kek buatannya sendiri dan meletakkannya di atas piring berbunga kecil. Lalu di letakkan berhadapan Adelia.

Jemputlah makan.” Auntie Maria tersenyum senang melihat Adelia mula mencapai sudu untuk menjamu kek yang diberi. Adelia cuma senyum. Apalagi..nyum..nyum..lazatnya kek. Rasa coklatnya moist sangat. Bestnya..

Sedapnya Auntie kalah Secret Recepie rasanya” Puji Adelia ikhlas. Dengan muka tak malu Adelia dengan gopoh menghabiskan kek coklat di hadapannya. Sedap mana boleh tak makan. Nanti nak tambah lagi. Hehe..

Tambahlah lagi,kek ni Auntie buat khas untuk Yaya.” bahagianya bila mempunyai anak perempuan. Adelia yang mendengar kata Auntie Maria terus je mencapai pemotong kek. Sepotong lagi selamat di kendurikan olehnya lagi. Pucuk dicita ulam mendatang. Rezeki jangan di tolak. Hehe..Adelia riang. Terlupa terus episod sentap dengan Nik Pasha tadi.

Ini bilik Yaya ke Auntie?” tanya Adelia tidak percaya. Wow! Kamarnya seperti kamar tuan puteri hendak beradu. Elegan. Dipenuhi dengan lace dan warna pink. Seperti cerita fantasi Barbie. Cutenya. Aku dah jadi budak girly la pula. Kalau di rumahnya dulu penataan kamar tidur biasa-biasa saja. Warna biru pula tu. Ayah yang minat sangat. Ingat aku ini anak lelaki agaknya. Ayah nakkan yang maskulin je di matanya. Sedikit sebanyak mempengaruhi Adelia juga. Sikap Adelia yang agak boyish akhirnya membuka mata Helmi bila satu waktu dia terpaksa akur Adelia adalah seorang anak perempuan apabila Adelia menjangkau umur 13 tahun Adelia di datangi haid. Sebagai lelaki menggelabah juga mencari pad di kedai seven eleven. Malu pun ada tapi apabila teringatkan wajah ketakutan dan kesakitan anak gadisnya. Helmi kuatkan semangat dan buat muka tebal belikan pad. Yang kelakarnya siap bertanya sales girl nak beli yang mana satu. Sale girls yang berkerut muka akhirnya tertawa geli hati bila di terangkan oleh Helmi. Tersentuh pun ada iyalah ayah mithali. Adelia pula ada kisah lucunya bila terlihat ada darah di atas cadar mahu bergegar satu rumah dengan jeritannya.

Ayah!!! Yaya berdarah! Yaya berdarah! Luka! Luka kat mana Yaya tak tahu.” jerit Adelia cemas sambil mencari punca perdarahan berlaku. Di pusing kanan dan kiri. Selepas itu di pandang atas dan bawah. Apabila sampai ke bawah di lihat ada darah terkeluar pada seluarnya. Perut sakit memulas teramat sangat. Apa ni..tak faham aku! Helmi yang macam tak cukup tanah berlari mengetuk pintu bilik anak perempuannya bagai nak pecah. Bila pintu terbuka melihat anak perempuannya berwajah ketakutan dia pun dilanda cuak. Ketika matanya melihat darah pada cadar. Ok..oww..Ah..sudah..Helmi tepuk dahi. Sejak itu Helmi
sedar Adelia Nur Qaireen adalah seorang anak perempuan. Ciri-ciri kewanitaan perlu di terapkan.

Cantikkan! Auntie sediakan khas untuk Yaya. Dah lama Auntie nantikan anak perempuan supaya Auntie dapat hiaskan bilik seperti ini. Nampak girly and cute kan!” seronok melihat 'anak perempuannya' teruja dengan pengubahsuaian bilik yang comel. Adelia tersenyum sampai ke telinga melihat kamar yang bakal didudukinya. Bayangan mengarut yang dia akan didera dengan teruk dengan seterika hilang begitu sahaja. Adelia sedar Auntie Maria seorang yang baik dan penyayang. Ayah benar..I love you ayah..Adelia salah kerana terlalu cepat memberi tafsiran negatif.

Thanks Auntie! Yaya hargai apa yang Auntie lakukan untuk Yaya. Baru sekarang Yaya dapat merasai kasih seorang ibu.” hampir menitis air mata Adelia terharu dengan penerimaan Auntie Maria.

Tak apalah Yaya! Auntie memang teringin sangat anak perempuan. Dengan kehadiran Yaya impian Auntie tercapai. Okay,Yaya rehat dulu ye! Auntie nak sediakan makan malam yang istimewa hari ini.” dengan lembut Maria mengusap bahu Adelia sebelum berlalu. Adelia bersendirian ketika ini. Pintu bilik yang terbuka di biarkan. Adelia memerhati persekitaran bilik. Terasa kehangatan dan kemesraan. Adelia tidak perasan yang ada seorang memerhati di muka pintu bilik. Nik Pasha memerhati dengan tajam. Gadis itu tersenyum bila melihat bukan main banyak lagi teddy bear dan soft toy yang comel-comel di persekitaran biliknya. Mak oii..macam kedai jual anak patung je. Tapi tak apa..aku suka sangat. Comel-comel anak patung yang ada ini rasa nak peluk kesemuanya. Di capai teddy bear yang besarnya hampir menyamai Adelia. Di peluk sekuat hati. Hm..geramnya..

Tak malu dah besar panjang pun nak main dengan teddy bear lagi. Macam budak kecik dahlah gedempol.” berdesing telinga Adelia mendengar suara dajal yang menyakitkan hati. Budak ini lagi tak habis-habis nak menyakitkan hati aku. Aku ada hutang apa dengan dia suka sangat buat aku sakit hati. Aku tahulah aku ini gemuk tapi tak adalah gemuk sangat pun cuma chubby je. Ini ayah punya pasallah suka sangat belikan aku coklat. Ah..aku pun salah juga yang pelahap sangat makan coklat tu kenapa. Salah siapa? Aku jugak..

Terima kasih! Aku memang dah tau aku ni siapa. Kau boleh pergi tak mata aku ni berbulu tengok kau yang kurang ajar ni.” dengan pantas Adelia menutup pintu dengan kuat. Geram. Nik Pasha yang tidak bersedia dengan tindakan Adelia tekejut sakan kerana hidungnya hampir mencium pintu. Kalau terkena pintu tadi mahu patah hidungnya yang mancung.
Nik Pasha menggosok hidungnya berkali-kali. Aset penting ni.

Eh..budak ni!” tangan Nik Pasha dengan kasar menepuk pintu bilik Adelia. Geram! Tak padan menumpang rumah orang. Nik Pasha merengus kasar. Sakit hati.

Adelia yang baru nak ceria dan gembira duduk di sini berasa tidak senang dengan sikap anak Auntie Maria yang jelas menunujukkan dia tidak suka dan mengalu-alukan kedatangan nya di rumah ini. Tapi..aku harus lakukan apa? Terima seadanya. Hm..ayah..

2 comments:

  1. Pasha tamak dan zalim...tolonglah cik penulis bahagiakan hati adelia. dah lama sangat menderita...huhu

    ReplyDelete
  2. boleh tolong email saya tak
    redskat7@gmail.com

    ReplyDelete