Tuesday 18 June 2013


BAB 9: SESUNGGUHNYA..DIA LELAKI PELINDUNGKU


“DENGAR sini, adik! Lepas ni, abang tak nak tengok adik layan budak form six tu lagi. Ingat! Adik jangan nak berbalas surat dengan budak form six tu lagi. Faham tak?” marah Qaiser. Dia cukup menyirap dengan budak lelaki form six yang selalu mengirim surat dengan Zara.

Apsal pulak? Zara suka dialah, abang! Dia budak lelaki form six yang paling hensem tau kat sekolah ni. Budak-budak perempuan sekolah lain pun ramai yang minat dengan dia. Tapi..dia minat Zara.” Zara sengih tidak peduli dengan teguran Qaiser. Dia memang sukakan Abang Riyan. Mereka dah declare couple dah!

“Abang tak suka adik berkawan dengan budak perasan bagus tu! Nak termuntah abang!” Qaiser cukup meluat dengan Riyan yang begitu terkenal dikalangan pelajar perempuan. Huh! Macam bagus!

“Zara dah couple dengan Abang Riyan la..” Zara tak suka Qaiser menghalangnya dari berkawan dengan Abang Riyan.

“Putuskan! Dengar cakap abang ni! Adik tak boleh ada hubungan dengan sesiapa pun kecuali abang!” bentak Qaiser kuat. Sakit betul hatinya melihat Zara berbual mesra dengan budak form six itu di perpustakaan tadi. Kalau tak disabarkan hati mau ditibai budak form six tu kat tengah jalan karang.

“Kenapa Zara nak dengar cakap abang? Zara bukan adik betul abang pun. Abang anak Auntie Qarlina kawan mama Zara je, kan?” bantah Zara dengan sakit hati. Dia tak pernah kata apa pun bila kawan-kawan perempuannya meminati lelaki itu. Dia yang selalu menjadi orang tengah kepada mereka yang meminati Qaiser. Dia sekali pun tak pernah merungut.

“Adik kena dengar! Kalau tak abang report kat papa dan mama adik bercinta dengan budak form six! Adik nak kena grounded ke? No more Disneyland, no more shopping..kelas persendirian..duduk rumah dua puluh empat jam siap bodyguard, nak?” ugut Qaiser.

“Abang jahat!” air mata Zara terus tumpah. Qaiser telah menakutkan dirinya. Dia mana boleh hidup dua puluh empat jam di rumah saja. Siapa boleh tahan dikurung walaupun di dalam sangkar emas? Zara tak rela. Dia sanggup mengakhiri hubungannya dengan abang Riyan jika dapat mengekalkan kebebasannya seperti sekarang.

“Ingat, adik! Kalau abang nampak adik dengan mana-mana lelaki lain lagi. Abang terus report dengan Auntie Delilah.” Qaiser tak habis-habis dengan mengugut. Sakit betul hatinya Zara menjadi rebutan budak-budak lelaki sekolahnya.

“Abang ni memanglah! Zara benci abang!” Zara merajuk terus berpeluk tubuh dengan geram lalu dipalingkan badannya ke arah lain. Tunjuk protes!

“Adik..abangkan ada! Buat apa berkawan dengan budak lelaki lain. Adik nak keluar dengan abang bila-bila masa pun boleh. Mama adik percayakan abang. Dengan budak lelaki lain adik tak boleh berkawan sesuka hati. Nak keluar pun tak dapat tanpa bodyguard. Hm..?” pujuk Qaiser. Dia sangat-sangat tahu Zara amat menghargai kebebasan, Hanya dia satu-satunya pintu kebebasan Zara.

“Adik..” pujuk Qaiser lembut. Rambut Zara dielus dari belakang.

Okay..Zara putus..” ujar Zara dengan wajah paling monyok. Abang Riyan..sob..sob..putus kerana terpaksa..

“Macam tu la adik abang.” Qaiser mengusap rambut Zara yang lembut beralun.

“Zara nak balik!” dah tak ada mood! Mood dah diambil oleh Encik Mahmood. Bergurau dengan hatinya sendiri yang dah tentu-tentu bengang giler! Urghhh..

“Abang hantar?” pelawa Qaiser.

“Tak payah!” masih menunjuk protes.

Okay..karang abang ambil adik tengok wayang, nak?” tanya Qaiser cuba mengembalikan keriangan Zara.

“Tak de mood!” pendek.

Hm..kalau tak nak tak apa. Abang tak paksa. Abang balik dulu. Make sure adik balik dengan Uncle George. Kalau abang tahu adik balik dengan orang lain abang tak teragak-agak beritahu Auntie Delilah adik tak nak dengar nasihat abang.” Sakit hati dengan penolakan Zara yang banyak kali, masih sempat mengugut.

Huh!” Zara menghentak kakinya membentak tanda protes dan teramat geramkan Qaiser yang terlalu mengawal dirinya.

Qaiser tergelak. “Adik..” tangan Zara ditarik supaya Zara mendekat. Wajah comel Zara dipandang dekat. Geram betul melihat bibir mungil Zara yang merah asli sedang muncung sedepa. Kepala Zara digosok-gosok perlahan dengan sengihan nakal. Dengan tidak semena-mena Qaiser meraup kedua belah pipi Zara lalu memberi satu ciuman di dahi.

Zara terus tersedu. Terkejut!

ZARA tersedar dari lamunan. Teringat zaman kanak-kanak, remaja dan menginjak dewasa yang sentiasa membesar bersama Qaiser. Satu waktu dulu, mereka terlalu rapat. Qaiser terlalu menyayangi dirinya. Namun, tidak lagi..Qaiser bukan seperti dulu. Dia bukan lagi keutamaan Qaiser. Dia bukan sesiapa bagi lelaki itu lagi. Hati Zara terlalu bersedih apabila terfikirkan kenangan lama.

Zara terus berjalan. Langit mendung seperti memahami perasaan Zara yang terlalu terluka. Air mata Zara jatuh berderaian. Serentak itu, hujan mula menitik. Zara meneruskan langkahnya langsung tidak mempedulikan rintik hujan yang mula terasa keras jatuh di kulitnya.

“Zara..” terasa lengannya dicapai. Zara menoleh dan kelihatan Daris dengan sekaki payung. Zara hanya dapat merasakan badannya ditarik dan dipeluk. Sedar-sedar dia sudah berada di bawah sekaki payung bersama Daris. Bahunya dipeluk erat dari belakang dan kehangatan dapat dirasai kerana mereka begitu melekat seperti gam UHU. Terus terngiang kata-kata Daris.

For every girl with broken heart there is a guy with a glue. Untuk cantum semula hati yang berkeping-keping tu, don’t worry!” Zara merenung lama wajah Daris tanpa Daris sedari. Zara seperti tersedar akan sesuatu.

Daris yang melihat Zara dari jauh dibasahi hujan terus mencari sekaki payung di tempat security guard yang menjaga di hadapan lobi syarikat.

“Payung ada, uncle?” tanya Daris kepada security guard yang menjaga.

Security guard tak banyak bunyi terus meminjamkan sekaki payung kepada Daris.

Daris dengan tergesa-gesa berlari mendapatkan Zara yang sudah menjauh. Bila sudah hampir dengan Zara terus menarik Zara berteduh di bawah sekaki payung yang dibawanya semata-mata kerana perempuan itu.. Tanpa diduga dia memeluk bahu Zara dan menarik badan mereka supaya rapat di antara satu sama lain. Niat Daris hanya satu tidak mahu Zara kebasahan lagi.


“Kenapa berhujan? Nanti demam, Zara!” tanya Daris. Kedengarannya seperti marahkan Zara berhujan.

Zara kelu nak bersuara. Sikap Daris membuatkan dia sukar nak berkata-kata. Dia tidak tahu kenapa harus ada Daris di setiap saat dia terluka? Pelindung? Malaikat penjaga? Zara tidak tahu. Apa yang dia rasakan kini? Dia mula menerima seorang lelaki lain selain Qaiser di dalam hidupnya.

“Zara? Are you listen what I’m saying? Zara? Awak okay tak ni? Jangan takutkan saya, Zara?” kedengaran suara Daris cemas pula.

Zara masih memerhati wajah Daris dari riak wajah tegang marahkan dirinya bertukar menjadi cemas risaukan dirinya. Hati Zara tersentuh.

“Zara?” Daris cukup risau melihat Zara merenung dirinya tanpa berkelip. Apa yang tak kena? Daris tidak dapat menangkap apa yang sedang berlaku dengan Zara? Seperti Zara baru mengalami shock sehinggakan tiada kata-kata yang mampu diucapkan.

“Bertenang, Zara! Ikut saya ke café, okay?” Daris cuba menenangkan Zara ingin membawa Zara ke café yang berdekatan.

Daris mendorong Zara dengan memeluk bahu Zara disepanjang perjalanan mereka ke café.

“Daris!” Zara tiba-tiba bersuara sewaktu mereka masih berjalan menuju ke café di dalam renyai-renyai hujan. Mendongakkan wajah merenung Daris.

Daris menundukkan  wajah melihat Zara dengan pandangan tidak mengerti.

Mereka saling memandang..

“Saya akan mengingati awak setiap kali hujan mula menitik. Perasaan hujan dan kehangatan di samping awak membuatkan saya kuat. Awak balut jiwa saya dengan sikap hangat awak. Terima kasih, awak! Kerana selalu ada..” tangan Daris yang sedang memegang pemegang payung di genggam lembut. Zara merenung lembut ke dasar mata Daris biarpun matanya masih berkaca-kaca.

Mereka masih berpandangan.

“Zara..” Daris dapat merasakan hati Zara yang bersedih. Tidak semena-mena menarik Zara rapat ke dadanya.

“Menangislah sepuas-puas hati..” Daris rela dadanya basah dek air mata jika dapat mengembalikan keriangan di wajah Zara.

“Daris..” Zara teresak-esak di dada Daris dengan semahu-mahunya.

Hujan semakin deras membasahi bumi. Mereka berdua di bawah sekaki payung. Saling menyandarkan hati masing-masing.

TAN SRI Megat Arman Zainal Abidin menganjurkan majlis makan malam tahunan syarikatnya. Kesemua pekerja tidak kira pekerja atasan atau bawahan dijemput memeriahkan majlis. Tidak terkecuali Zara sebagai pemegang saham dan rapat dengan keluarga Qaiser dia tiada alasan untuk tidak menghadiri majlis itu. Zara menghadiri majlis itu separuh hati. Bila teringatkan Daris juga menghadiri majlis itu barulah Zara bersemangat sedikit untuk menghadirinya.

Zara berhias cantik dengan gaun malam berwarna keemasan. Gaun yang terdedah di dada dan belakang. Fesyen berkemban! Rekaan dari rumah fesyen terkemuka di New York. Bila sudah berpuas hati, Zara turun ke bawah. Dia akan mengikuti papa dan mama ke majlis itu. Dia tidak mengharapkan Qaiser datang menjemputnya seperti waktu yang sudah-sudah. Dia dan Qaiser sudah lama tidak berhubungan.

Dato Sri Farid hanya menggelengkan kepala melihat anak daranya berfesyen dengan gaun malam yang terlalu terdedah. Matanya dijelingkan pula ke arah isterinya menunjukkan perasaan tidak puas hati dengan sikap anak dara yang terlalu berani dengan fesyen tidak cukup kain. Datin Sri Delilah hanya menjungkitkan bahu. Dato Sri Farid masih menggeleng-gelengkan kepalanya sewaktu George membukakan pintu limo.

George juga menjungkitkan bahu sewaktu Dato Sri Farid melabuhkan punggungnya ke seat yang empuk. Huh! Ramai betul yang menyebelahi anak manjanya itu termasuk ketua securitynya. Zara! Zara!

MAJLIS berlangsung dengan gilang gemilang sewaktu Zara melangkah masuk. Lampu disorot ke arahnya sewaktu dia sedang berjalan masuk ke dalam ballroom. Zara tidak gentar kerana dia sudah biasa begitu. Menjadi perhatian setiap mata di dalam majlis itu. Zara umpama patung cendana ada yang menggelarkan Zara seperti patung Barbie pun ada. Dengan rambut yang keemasan dan gaun malam yang juga keemasan. Terlalu menarik dan menjadi perhatian.

Zara mengikuti papa dan mamanya ke meja makan VVIP.  Tidak sampai beberapa minit dia duduk di situ Zara mula tidak betah. Dia dilanda kebosanan. Selalunya dia bersama dengan Qaiser setiap masa jika menghadiri apa-apa majlis. Tetapi, perkara itu tidak lagi menjadi kebiasaannya lagi.

Zara tidak tahu dia harus lakukan apa? Dia langsung tidak teringatkan Daris. Sewaktu pengacara majlis mengumumkan ketibaan Tan Sri Megat Arman Zainal Abidin pengerusi Armada. Zara menoleh kerana dia tahu pasti Qaiser juga berada di situ. Dia ingin tahu adakah Qaiser juga berseorangan seperti dirinya? Ternyata sangkaannya meleset sama sekali. Zara melihat Qaiser begitu megah bergandingan dengan seorang gadis yang lembut dan ayu dengan gaun malam berwarna hijau emerald. Semangat Zara terus down dengan tiba-tiba. Tubir matanya mula panas dek takungan air mata. Zara cuba kuat tetapi dia tidak berdaya. Hatinya terlalu sakit melihat perempuan lain berjalan bergadingan dengan Qaiser sambil memeluk lengan perkasa Qaiser yang satu waktu dulu dia juga terlalu megah apabila berjalan bergandingan dengan lelaki itu.

Qaiser dilihatnya terlalu kacak dengan tuksedo putihnya. Alam bagaikan terhenti sewaktu melihat Qaiser melangkah masuk ke dalam ballroom seperti seorang putera raja sedang melangkah ke singgahsana. Qaiser nampak begitu gembira dengan pasangannya. Hati Zara tidak berdaya memandang Qaiser tersenyum lebar memandang pasangannya. Senyuman semanis itu tidak pernah terukir sekali pun untuk dirinya. Hati Zara menjadi sayu.

Hati yang sudah terluka bagai disiram cuka bila Qaiser dan pasangannya mengambil tempat di meja yang sama dengan Zara duduki. Zara cuba tersenyum walaupun awkward sewaktu Qaiser menyapa. Tanpa sedar Zara menggenggam napkin di atas riba dengan kuat cuba menahan dirinya sedaya yang mungkin. Wajah Qaiser yang bersahaja sewaktu mata mereka berlaga membuatkan Zara mengetap bibir dengan tiba-tiba. Lelaki itu benar-benar tiada perasaan! Qaiser melayannya seolah-olah dia seorang yang asing. Setiap yang pernah berlaku di dalam hidup mereka tidak  memberi apa-apa makna bagi lelaki itu. Every moment..every kiss..even the fight and the pain. Zara amat kecewa.

Excuse me..” Zara bingkas bangun. Dia tidak dapat bertahan lagi. Dia harus pergi. Mata, telinga dan lebih-lebih lagi hatinya tidak dapat bertahan jika dia masih berada di situ. Tanpa memandang Qaiser dan pasangannya Zara terus beredar. Zara sempat menjeling mama yang memandang simpati ke arahnya. Zara hanya memandang mama dengan mata yang sudah berkaca-kaca. Zara menggelengkan kepala sebelum berlalu.

Baru separuh jalan Zara melangkah, kedengaran pengumuman dari pengacara majlis. Jelas di telinga Zara pengacara majlis menjemput Qaiser memberi ucapan. Zara berpusing ke belakang. Entah kenapa dia teringin melihat Qaiser di atas pentas. Mungkin itulah kali terakhir dia melihat Qaiser. Zara tersenyum nipis melihat Qaiser yang segak dengan tuksedo pilihannya. Zara baru teringat itulah pilihannya yang terakhir untuk lelaki itu. Selepas ini, tak akan ada lagi.

Zara menunduk dan mula melangkah. Dia tidak sepatutnya berada di situ dari awal lagi. Langkah Zara tiba-tiba terhenti. Telinganya dapat menangkap suara Qaiser sedang mengumumkan sesuatu. Zara berpusing lagi.

Terpempan!

Kelihatan Qaiser begitu erat memeluk pinggang bakal tunangannya yang akan berlangsung tidak lama lagi. Itulah pengumuman Qaiser sebentar tadi. Zara hampir tumbang mendengar pengumuman dari Qaiser. Hatinya seakan ditikam berkali-kali sehinggakan dia sukar untuk bernafas. Zara cuba bernafas seperti biasa namun dia terasa semput. Salur pernafasannya terasa sempit dan membuatkan Zara memegang dada dan leher. Ditambah tepukan gemuruh bergema di seluruh ballroom membuatkan Zara memejamkan mata. Dia dapat merasakan badannya ringan dan semakin ringan.

“Zara!”

“Daris..” terus memeluk Daris. Kakinya teramat longlai dan sukar untuk berdiri dengan dayanya sendiri. Dia terpaksa berpaut pada Daris.

“Bertenang Zara..” Daris menyokong Zara dari rebah. Memaut bahu Zara dengan erat. Kemudian, mendorong Zara keluar dari ballroom. Zara perlukan udara segar.

Okay sikit tak?” tanya Daris sambil menghulur air mineral kepada Zara yang duduk di sofa di ruang lobi.. Daris lihat wajah Zara kelihatan amat pucat walaupun dilitupi mekap.

Zara hanya mengangguk lesu sambil meneguk sedikit air mineral pemberian Daris.

“Zara..saya hantar awak balik.” Daris fikir yang dia patut menghantar Zara pulang. Zara kelihatan terlalu lemah pada pandangan matanya. Dia tahu Zara tidak dapat menerima kenyataan yang CEO mereka akan bertunang dengan perempuan lain. Dia tahu hati Zara amat terluka tetapi dia buntu tidak tahu bagaimana harus memujuk?

Tanpa menunggu Zara bersuara Daris memegang kedua belah bahu Zara dan membangunkan Zara supaya berdiri. Zara hanya menurut dengan lemah. Hatinya lesu.

Zara masih mendiamkan diri di dalam kereta. Daris hanya mampu mengeluh. Dia terlalu kasihankan Zara. Perempuan itu walaupun pada luarannya kelihatan angkuh dan sombong namun bukan begitu dalamannya. Daris melihat Zara dari sudut berlainan. Dia nampak sisi Zara yang bersedih dan terluka. Zara seorang yang amat memerlukan perhatian dan  perlindungan. Oleh kerana itu, dia selalu terdorong untuk menjaga dan melindungi perempuan itu. Terjadi begitu saja tanpa alasan..

Dear..” seru Daris cuba memujuk. Bukan dia sengaja mengada-ngada memanggil Zara begitu. Ia hanya perkataan lembut untuk memujuk. Dia tiada niat lain.

“Daris..hug me!” Zara yang lama berdiam diri tiba-tiba bersuara.

Hah?” Permintaan Zara amat mengejutkan Daris.

“Buat saya lupakan Qaiser!” suara Zara kedengaran bukan meminta tetapi seperti arahan. Daris blur dengan sikap Zara yang tiba-tiba berubah dari lesu kecewa bertukar menjadi agresif dan menggoda.

“Saya tak faham, Zara?” Daris merenung Zara dari sisi tanpa berkelip. Sedang berfikir apa yang dimaksudkan oleh Zara sebenarnya.

“Saya akan buat awak faham, Daris!” Zara yang hanya memandang ke hadapan nekad melakukan sesuatu yang berani. Dia hanya ingin melupakan lelaki bernama Qaiser. Jika begini jalan yang boleh membuatkan dia melupakan Qaiser sampai bila-bila dia sanggup!

Zara terus membawa badannya merapati Daris dan terus mengucup bibir Daris.
 
Dunia seakan terhenti..


Daris tercengang dengan kucupan Zara yang masih melekat di bibirnya. Tidak berkelip merenung Zara. Terkejut pada mulanya kemudian naluri lelakinya menjalar ke segenap salur darah. Dia juga seorang lelaki.

Wajah Zara direnung tajam.

Zara kembali menyandar. Dia tidak percaya dengan dirinya kerana terlalu nekad. Tangannya tanpa sedar menyentuh bibirnya yang masih basah. Zara menoleh ke arah Daris. Lelaki itu sedang merenungnya dengan renungan yang tajam. Zara mengagak Daris marah dengan sikap nekadnya. Perasaan kesal mula bertandang di hati kerana membuat Daris begitu. Dia cuba mempergunakan Daris bagi tujuan melupakan Qaiser. Betapa selfishnya dia!

I’m sorry, Daris! Saya tak patut! Oh..” Zara rasa bersalah sangat-sangat.

Situasi mereka menjadi janggal dan Zara tidak senang duduk.

“Kita balik, Daris!” ajak Zara cuba menjernihkan suasana. Seat belt yang berada di sisi ditarik bersedia untuk memulakan perjalanan namun belum sempat dia lock seat belt tangan Zara ditarik pantas oleh Daris sehingga rapat.

Terlalu rapat! Hidung bertemu hidung.

Zara pula yang tercengang. Tidak faham dengan sikap Daris pula.

Sewaktu Daris mula mendekatkan wajahnya Zara memejamkan matanya. Dia dapat merasakan bibirnya dikucup lembut. Zara membuka matanya. Terasa bibirnya dikucup lembut kemudian bertukar rentak menjadi liar. Zara sukar bernafas dan perasaannya mula dilanda sesuatu yang sukar diungkap. Tanpa sedar Zara mula membalas kucupan demi kucupan sehingga tidak terkawal lagi.

“Hotel?” desah Daris di telinga Zara kerana dia tidak dapat menahan dirinya lagi. Nafsunya tidak dapat dibendung lagi. Dia hanyalah manusia biasa. Kehidupan yang cuba dia tinggalkan sewaktu di US tersingkap satu persatu. Bila cuba berubah kepada yang lebih baik cubaan semakin keras menghujani diri.

Melihat anggukan Zara membuatkan Daris menjadi lebih tidak terkawal.
 
PESANAN PENULIS:
What will happen next? Big hug from  me.. ;p

Monday 10 June 2013


BAB 8: SESUNGGUHNYA..DIA LELAKI PELINDUNGKU

“CAKAP bukan player tapi the way you act..such a big player! You player!” Zara mencebik. Tiba-tiba dia merasakan lelaki di hadapannya seorang yang merbahaya pula. Bahaya untuk para gadis dengan sikap caring terlebihnya. Boleh buat para gadis salah faham. Bibirnya digigit tanpa sengaja. Masih terasa kehangatan jari Daris mengusap bibirnya. Jantungnya juga masih belum berdenyut normal.

You mean..yang tadi tu? Sorry..sikap saya tadi tu buat awak salah faham. It’s just a little help from me. Forget it!” Daris sengih. Tak menyangka pertolongannya dicap player pula. Tak habis-habis dengan statement playernya! Daris tersengih.

Dear..awak betul-betul tak tahu hati perempuankah?” Zara menggelengkan kepala dengan sikap Daris yang terlalu perhatian dengan perempuan. Dia tidak tahu hanya dengan dirinya sajakah atau dengan perempuan lain juga Daris bersikap perhatian begitu? Jika memang sifat azali Daris sememangnya begitu memang seorang lelaki yang merbahaya.

Well, dear..lelaki tidak akan pernah tahu hati perempuan, Zara! Jenis spesies susah nak faham. Bila lelaki faham A, perempuan fahamnya Z. Jauh dari jangkauan fikiran. Awak tak rasa perempuan tu, merbahaya!” selamba Daris meluahkan buah fikirannya.

Zara tergelak bengang. Amboih!


Girls fact! Millions of things are running in her mind. Itu yang merbahaya!” tambah Daris sengaja memanaskan Zara. Tergelak bila melihat Zara sudah kembang kempis menahan marah. Nampak comel dengan pipi memerah.

So..apa yang ada dalam fikiran lelaki pula? Millions of things are running in his mind to break girl’s heart, right?” balas Zara geram.

Hm..Zara..you know what? For every girl with broken heart there is a guy with a glue. Untuk cantum semula hati yang berkeping-keping tu, don’t worry! Mans fact! Believe me!” Daris tersengih kemudian tergelak.


Zara dah cemberut. Wah! Wah! Ini sudah lebih! Sakit pula hatinya mendengar kata-kata Daris. Bila sakit hati dia teringatkan Qaiser yang tidak pernah cuba memahami dirinya, perasaannya dan hatinya. Tidak pernah sedikit pun mencuba. Sayu pula hatinya.

 “Daris! Awak pernah terluka? I mean..sentiasa dilukai..to be hurt, to feel lost, to be left out in the dark, to be kicked when you’re down, to feel like you’ve been pushed around, to be on edge of breaking down and no one’s there to save you. No, you don’t know what it’s like!” teringat setiap perkara Qaiser pernah lakukan terhadap dirinya satu persatu. Adakah dia yang terlalu bodoh membiarkan dirinya dipergunakan oleh lelaki itu sesuka hati?

“Ada lelaki dengan gam UHU ke? Gam gajah ke? Dapat ke tampal balik hati yang dah berkeping-keping tu? Dapat?”  dia marahkan siapa sebenarnya? Marah dengan kata-kata Daris atau marahkan Qaiser yang selama ini memperkotak-katikkan perasaannya? Urghh..

“Zara..I’m so..sorry..my fault! Saya tak patut buat awak tersinggung. Saya agak saya dah terlebih bergurau ni! I didn’t mean anything to hurt your feeling. Ah, mulut ni!” Daris tepuk mulutnya yang lancar sangat berkata-kata. Dia dapat merasakan Zara di dalam kekecewaan yang teramat sangat. Mungkinkah kerana CEO mereka?

I really don’t know, Daris..” Zara menundukkan wajah. Kenapa hatinya begini? Kenapa berdenyut demi untuk lelaki bernama Qaiser?

“Zara..walau seremuk mana hati dilukai, bentuklah ia semula dan serahkannya kepada Allah. Sesungguhnya..Allah sentiasa ada untuk hamba-Nya.” Itu saja yang mampu Daris katakan. Dia bukan siapa-siapa dengan gadis itu dan dia tidak tahu hujung pangkal perihal gadis itu. 

Kata-kata Daris membuatkan hati Zara bagai diregut sesuatu. Dia terasa diri amat kekurangan. Walaupun dia kaya harta tetapi seperti dia miskin sesuatu? Ada kekosongan di dalam hatinya.

Zara membuang pandang ke arah luar menerusi cermin lutsinar. Dari dalam café, Zara terlihat seseorang yang amat dia kenali berada di luar sedang berjalan berduaan dengan seorang perempuan yang tidak dikenali. Kemudian, dia tergelak pahit.

Daris pelik dengan riak wajah Zara seperti terlihat sesuatu. Lantas, menoleh ke arah yang sama. Dia nampak CEO mereka berjalan dengan seorang perempuan. Daris tarik nafas dan menghembus nafas dengan keluhan. Mungkin Zara terlalu menyukai CEO mereka? Daris dapat merasakan kepedihan hati Zara kini. Barulah dia mengerti setiap kata-kata Zara tadi.

Be that girl who never backed down, Zara! Be that strong girl that everyone knew would make it through the worst,” Daris membawa badannya sekali lagi mendekati wajah Zara yang suram. Wajahnya sengaja mendekat mencari anak mata Zara yang kehilangan cahaya. Lantas, Daris meletakkan tapak tangannya ke pipi Zara. Hangat tapak tangan Daris menghangatkan hati Zara yang kedinginan dengan cinta.

Zara mendongak. Tersentuh..


Mereka bertatapan dengan perasaan berbaur.

 
“TAK mau la..ma! Abang Qaiser dah ada orang lain. Buat apa Zara pergi ofis dia lagi.” Zara malas nak bangun dari katil. Dia sedang bersedih. Meratapi kepedihan yang Qaiser mustahil untuk dimiliki lagi kerana lelaki itu telah menemui cinta sejatinya.

Is that true?” Datin Sri Delilah terkejut mendengar kata-kata anak kesayangannya.

“Betullah, ma! Abang Qaiser betul-betul bersungguh dengan perempuan tu. Pertama kali Zara melihat Abang Qaiser begitu serius dengan perempuan. Zara nak buat apa lagi, ma?” luah Zara dengan perasaan membuku. Sungguh dia sakit hati tetapi dia bukan siapa-siapa dengan lelaki itu. Mereka tidak pernah bercinta. Hanya dia yang memburu Qaiser sedari dulu lagi. Qaiser tidak pernah membalas cintanya.

Poor my little girl! Come to mama, Zara! Sini, sayang..” panggil Datin Sri Delilah cuba memujuk hati anak perempuan kesayangannya. Dia tahu Zara pasti terluka dengan begitu teruk. Dia tahu hati Zara bagaimana dengan Qaiser. Datin Sri Delilah mengeluh. Mereka teramat kaya namun ternyata dengan harta kekayaan mereka tidak dapat membeli kebahagiaan anak mereka sendiri. Datin Sri Delilah kesal.

Zara terus mendapatkan mama dan tanpa dapat ditahan lagi jatuh berderaian air matanya. Dia memeluk mama dengan erat sekali.

 It’s okay..shh..dah jangan menangis lagi. Nanti mama bincang dengan Puan Sri pasal Qaiser,” Datin Sri Delilah menepuk perlahan belakang anak kesayangannya memberi semangat.

“Jangan mama! Tak ada gunanya lagi..Abang Qaiser memang tak pernah sukakan Zara dari dulu lagi. Kalau dia ada perasaan dengan Zara dah lama dia terima Zara, Ma! Jangan paksa Abang Qaiser lagi. Lagipun, perempuan yang dia sukakan tu perempuan baik-baik dan Abang Qaiser nampaknya terlalu sukakan perempuan tu. Biarlah..Zara rela, ma! Demi kebahagiaan Abang Qaiser Zara terima.” Dia terlalu mencintai Qaiser. Kegembiraan dan kebahagiaan lelaki itu adalah kebahagiaan dan kegembiraan dirinya juga. Cinta tidak semestinya memiliki. Walaupun pahit dan terlukanya hati. Biarkan saja perasaan ini, pasti suatu masa akan pergi jauh-jauh melewati masa.

“Tapi, anak mama yang terluka. Mama sakit hati melihatnya, Zara.” Datin Sri Delilah tidak dapat menerima hati anak kesayangannya disakiti sewenang-wenangnya.

“Ma..biarlah..selepas ini..Zara tidak mahu mengambil tahu tentang Abang Qaiser lagi. Zara akan berhenti, ma!” Sepatutnya begitu. Selama ini dia ibarat penjaga kepada Qaiser. Segalanya dia yang uruskan padahal mereka tidak pernah punyai apa-apa hubungan istimewa. Hanya kerana mereka berdua berkawan rapat sedari remaja lagi dan juga kerana keluarga mereka berkawan rapat. Selepas ini, dia akan mengikut hala tujunya sendiri dan tiada kena mengena lagi dengan lelaki bernama Qaiser. Lagipun, Qaiser sudah mempunyai perempuan lain yang akan menjaga dan mengambil tahu. Buat apa dia menyibuk lagi.

“Kita pergi bercuti sayang? Pergi Europe nak?” Datin Sri Delilah memberi cadangan cuba menggembirakan hati anak kesayangannya. Mungkin dengan bercuti anaknya dapat  melupakan Qaiser. Mungkin tidak sepenuhnya sekurang-kurangnya dapat menenangkan fikiran.


Zara menganggukkan kepalanya bersetuju dengan cadangan mama. Dia inginkan ketenangan hati. Biarlah dia membawa hati yang retak berjuta ini pergi. Qaiser tidak memerlukan dirinya lagi.

HATI Zara berbelah-bagi, dia sebenarnya tidak mahu melangkah lagi ke Armada namun dia harus juga kerana dia pemegang saham terbesar selepas Tan Sri Megat Arman Zainal Abidin, Megat Qaiser dan papanya sendiri. Dia terpaksa mengikuti papa ke mesyuarat agung syarikat mereka. Terpaksa!

Zara seperti biasa sentiasa cantik dengan pemakaiannya tetapi ada perubahan sedikit dengan gayanya pada hari ini kerana selalunya Zara gemar mengikuti fesyen Paris Hilton. Tetapi, tidak pada hari ini dia mengenakan pakaian dari rekaan pereka fesyen terkenal iaitu Zang Toi. Dari atas sehinggalah ke bawah semuanya berwarna putih gading. Rambutnya yang keemasan dan curly dibiarkan lepas bebas dan diselit pin rambut bertatahkan berlian di tepi kepalanya. Terlalu cantik dan sofisikated.

Kehadiran Zara di bilik mesyuarat mengundang banyak mata ke arahnya. Zara hanya tersenyum. Papa hanya melirik ke arahnya perasan begitu banyak mata memandang ke arah anak daranya. Sempat dilihat papa menggelengkan kepala. Zara nak tergelak di dalam hati. Bukannya dia salah apa-apa pun. Zara mengikuti papa dari belakang. Dia langsung tidak mencari di mana Qaiser berada. Dia dah tahu sangat tempat Qaiser di mana dan dia tidak peduli langsung. Sewaktu dia duduk, sempat jugalah matanya memandang ke arah Qaiser yang berada betul-betul di hadapannya. Dia memandang tanpa riak dan kosong. Kemudian, dia mengeluarkan Ipad dari briefcase comelnya. Baik dia melayan facebook lagi bagus.


Mesyuarat berlangsung tidak lama kemudian tetapi Zara dengan dunianya sendiri. Bila memerlukan persetujuan darinya dia hanya memandang papa dan mengangguk setuju jika papa menganggukkan kepala. Dia tidak tahu apa-apa. Dia hanya pemegang saham sekadar pada nama sahaja. Kemudian, perhatiannya lebih kepada  mengadap Ipad. Zara tersenyum-senyum sendiri sewaktu chatting dengan Daris di facebook. Lelaki itu terlalu sweet orangnya. Terlalu perhatian. Senang berkawan dengan lelaki itu.

Ehem..sudah-sudahlah tu! Meeting dah habis.” Tegur papa sewaktu dia sedang leka membalas mesej dari Daris.

Zara mendongak dengan wajah tersengih. Kemudian, cepat-cepat bangun dan mengikuti papa dari belakang. Dia ingin menemui Daris di bawah. Daris sedang menunggunya.

“Zara pulang dulu! Papa ada hal dengan Uncle Man.” Ujar papa menyuruh Zara beredar terlebih dahulu tanpa menunggu papa. Zara hanya tersenyum mendengar kata-kata papa kerana dia sememangnya terburu-buru ingin berjumpa dengan Daris di bawah.

Kaki cepat dihayun ke arah lif. Sewaktu melalui bilik Qaiser, tiba-tiba lengannya ditarik dari belakang. Zara terpinga-pinga. Matanya pantas mencari siapa yang suka-suka hati menarik lengannya dengan kasar.

“Lepaslah! Buat apa tarik-tarik Zara macam ni? Sakitlah!” Zara terus merentap tangan Qaiser yang sedang memegang tangannya dengan kuat. Rupanya Qaiser yang mengasarinya.


“Ikut abang!” Qaiser tidak peduli terus menarik tangan Zara sehingga ke ofis. Arni pula yang terpinga-pinga dengan sikap kasar bosnya menarik Zara masuk ke dalam ofis.

“Apa kena dengan mereka berdua tu?” getus hati Arni hairan. Dah lama Miss Zara tidak muncul di pejabatnya. Alih-alih hari ini muncul pula. Bila muncul drama sebabak pula terhidang di depan mata. Apa hal?

You..sit down!” paksa Qaiser menyuruh Zara duduk dengan paksaan.

“Kenapa dengan abang ni? Sakit lengan Zara ni.” keluh Zara sambil menggosok lengannya yang sudah berbirat merah.

“Zara pergi mana malam tu?” tanya Qaiser geram. Teringat Zara yang hilang dengan tiba-tiba sewaktu di hotel dulu. Dia menyuruh Zara mengorek rahsia perniagaan boleh pula Zara menghilangkan diri. Yang membuatkan dia lebih menyirap melihat Zara menonong mengikuti seorang lelaki tidak dikenali. Entah pergi ke mana? Jangan-jangan pergi ke tempat yang tidak elok bagi memuaskan nafsu. Qaiser begitu mudah membuat penilaian.

“Zara balik rumah! Tak sihat!” dalih Zara. Malas nak memberitahu perkara yang sebenar. Bukannya Qaiser mahu mendengar kata-katanya pun.

“Tak sihat atau pergi menggatal mengikut jantan. Abang nampak Zara, mata abang belum buta. Zara mengikut jantan mana entah malam tu? Pergi puaskan nafsu, kan?” tuduh Qaiser tanpa berfikir panjang.

“Dah tau kenapa bertanya lagi!” urghh..Zara rasa nak meletup dituduh yang bukan-bukan. Kalaulah Qaiser tahu apa yang berlaku terhadap dirinya malam itu, apa agaknya tindakan Qaiser? Menyelamatkan dirinyakah? Atau membiarkan dirinya dibaham lelaki-lelaki tua kerepot yang nak mampus tu?

“Pasal Zara, abang kalah dengan tender Mr Jang tu! Syarikat kerugian berjuta ringgit tahu tak?” Qaiser memaki Zara seenaknya. Sakit hatinya bila mendapat tahu Global yang memenangi tender AXL industries. Kredibilitinya sebagai CEO dipertikaikan lagi oleh pemegang-pemegang saham tadi dan dia melihat Zara hanya tersengih-sengih dan tersenyum-senyum mengadap Ipad. Mau tak bertambah-tambah sakit hatinya.

So what? Kalau dah tahu Zara tak boleh diharap kenapa harapkan Zara. Carilah perempuan lain untuk menjayakan rancangan abang tu!” Zara terus bangun. Buat apa dia di sini hanya sekadar mendapat maki hamun orang. Dia juga ada harga diri.


Sit down, Zara! Abang tak habis lagi ni.” Qaiser menahan dan memaksa Zara duduk kembali.

Why should I care, hah?” Zara hangin.

Tangan Qaiser menahan. Kedengaran bunyi ring tone handphone Qaiser dari dalam poket seluarnya. Tangan masih menahan Zara dari bangun. Zara terdiam. Malas nak melawan. Hanya mendengar suara Qaiser yang sedari tadi kasar bertukar lembut apabila bercakap di talian. Zara tahu pasti perempuan itu, kekasih hati Qaiser. Hati Zara mendongkol geram.

Well..abang tengah meeting tadi sayang. Pasal tu tak dapat menjawab panggilan sayang.” Lembut saja suara Qaiser memujuk kekasih hatinya.

Wajah Zara masam. Sakit telinganya mendengar suara lembut Qaiser berbicara dengan kekasih hatinya. Kalau dengan dia entah berapa skala ritcher suara halalintar membelah bumi. Huh! Sebal..sebal..

I’m sorry..It’s my fault..Abang  banyak kerjalah sayang. Jangan marah dengan abang.” Zara mendengar lagi. Terkejut juga mendengar Qaiser memohon maaf kerana itulah perkara yang paling susah Qaiser ingin lakukan. Perempuan itu benar-benar istimewa di hati Qaiser. Hati Zara terasa sayu pula. Dirinya tidak pernah dilayan sebegitu baik oleh Qaiser.

No, I haven’t eaten anything yet! I’m so hungary, sayang.”

Yes, I’m so tired..”

But,It’s all gone when I hear your voice.” Rengekan Qaiser membuatkan Zara tidak percaya. Sudah lama dia tidak melihat Qaiser yang manja begitu. Qaiser yang manja begitu hanya pernah dilihat sewaktu zaman remaja mereka. Satu waktu dulu mereka teramat rapat dan sering berdua. Apabila menginjak dewasa, sikap Qaiser banyak berubah. Dingin dan tidak lagi rapat dengannya. Hanya dia yang terhegeh-hegeh mencari perhatian Qaiser. Dia tidak dapat melupakan kenangan masa remaja mereka yang seindah pelangi.

“Senyum untuk abang! Jangan tipu abang tahu sayang tengah tarik muncung. Tengok tu! Dah boleh buat sangkut baju dah.” Kedengaran Qaiser berseloroh dengan kekasihnya. Zara makan hati dengan sikap Qaiser yang tidak peduli dengan kehadirannya di situ seperti sengaja mahu menunjukkan kemesraannya dengan kekasih hatinya.

Do you love me?” That’s it! Zara rasa dia sudah cukup mendengar perbualan pasangan kekasih yang bahagia. Dia harus keluar dari situ sebelum hatinya terbakar dengan perasaan cemburu dan sakit hati yang melampau.

Yes, I love you too..”

Zara bingkas bangun dengan kasar. Dia dah hampir nak meletup sekarang ni.

I’m not done with you yet!” bisik Qaiser cepat di telinga Zara sebelum Zara sempat melangkah. Lengan Zara dipegang kuat. Dalam waktu yang sama dia masih berbual di talian.

Tajam mata Zara memandang Qaiser. Tidak percaya Qaiser masih sanggup menahan dirinya dari beredar walaupun sedang berbual dengan kekasih hatinya. Masih belum puas menyakiti hatinyakah?

“Sayang..I got to go now. I’ll see you at exactly eight! Kita dinner sama-sama, okay?” perbualan masih belum ditamatkan.

Zara berusaha membebaskan dirinya.

Okay, bye sayang.”

Let go of me!” tinggi suara Zara menyuruh Qaiser melepaskan dirinya. Lengannya terlalu sakit dipegang kuat begitu. Malah hatinya juga terlalu sakit dengan kemesraan Qaiser dan kekasih hatinya.

“Kita belum habis lagi, Zara!” suara Qaiser juga meninggi.

“Apa yang abang nak lagi ni? Kalau pasal malam tu? Okay, Zara memang ikut jantan tu! Puas hati! Tapi, kalau nak salahkan Zara kerana kehilangan tender tu? Okay, salah Zara! Puas hati! Jadi, selepas ini jangan nak harap apa-apa lagi dengan Zara.” jerit Zara geram. Bagi Qaiser menyalahkan dirinya jika itu membuatkan Qaiser berpuas hati.

“Oh..tahu nak mengaku! Keluar dengan entah mana-mana jantan! Zara ni betul-betul rosak tau tak? Rosak! Bibir ni..dah lumat dikerjakan jantan tu, kan? Tapi, masih nak melawan cakap abang!” bibir Zara dicuit kasar.

Zara cuba mengelak jari Qaiser yang mencuit bibirnya. Air matanya tidak dapat ditahan lagi. Mudahnya mulut Qaiser menuduhnya bukan-bukan setelah begitu banyak pengorbanan yang telah dia lakukan untuk lelaki itu. Sampainya hati..

“Kalau Zara rosak pun abang peduli apa? Bibir Zara, tubuh badan Zara suka hati Zara nak bagi kat siapa pun. Siapa abang dengan Zara? Bukan sesiapa, okay!” balas Zara. Hatinya terlalu sakit dengan kata-kata Qaiser yang tajam menikam tangkai hatinya.

“Oh..macam tu! Dari bagi kat entah mana-mana jantan baik bagi kat abang, kan? Biar abang yang puaskan Zara. Kenapa tak cakap dengan abang kemaruk sangat dengan jantan? Abang boleh puaskan Zara.” serentak itu Qaiser memagut bibir Zara dengan kasar. Kelakiannya amat tercabar dengan kata-kata Zara.

Terkejut Zara dengan tindakan Qaiser memagut bibirnya dengan kasar dan mengucup tanpa henti. Zara meronta-ronta cuba melepaskan diri. Tangannya memukul-mukul dada Qaiser.

Qaiser yang tidak dapat menahan dirinya dipukul terpaksa melepaskan Zara. Dadanya terasa sangat sakit dengan pukulan Zara.

Ahhh..You..jerk!!” Zara menjerit nyaring. Dia sudah tidak peduli. Biar semua orang mendengarnya.

Do you have any respect for me, hah! At least, once!” Zara menangis semahunya. Zara tidak dapat menahan perasaan geram dan sakit hatinya lagi bertindak memukul Qaiser lagi. Pukul dengan kuat dan semahunya. Dia benar-benar sakit hati.

Qaiser terpaksa melawan dengan memegang tangan Zara yang tidak sudah-sudah memukul dirinya.

“Hei..sudahlah tu, perempuan!” Qaiser pula menjerit tidak tahan dengan Zara yang asyik memukul.

 Zara menolak dada Qaiser dengan kuat. Qaiser terdorong ke belakang hampir terjatuh ke belakang tetapi masih dapat mengawal dirinya dari terjatuh.

Zara telah tiada. Bagai taufan Zara terburu-buru keluar meninggalkan pejabat Qaiser.
 
Qaiser terpaku. Tidak menyangka Zara menjadi terlalu agresif seperti itu. Masih terasa bibirnya yang basah dengan kucupan mereka.
 
Pesanan penulis:
As salam..
Dah tau dah..pasti ramai yang sakit hati dengan Qaiser..
Mana Daris ni?
Big hug for everyone of you..
Jangan pernah lupa menjenguk blog saya, okay! TQ you all..
 

Thursday 6 June 2013


BAB 7: SESUNGGUHNYA..DIA LELAKI PELINDUNGKU

 BUAT pertama kalinya, Zara hanya termangu di atas katil tanpa berbuat apa-apa atau berfikir apa-apa. Dia hanya bermalasan. Dia tidak tergesa-gesa untuk bangun melakukan aktiviti kebiasaannya. Dia hanya terfikirkan seorang lelaki bernama Daris. semakin lama dia merasakan Daris seolah-olah utusan Tuhan menjadi pelindungnya. Dia tidak tahu kenapa dia boleh terfikirkan begitu. Daris istimewa orangnya, melihat seseorang bukan dari lahiriah tetapi dengan mata hati. Walaupun dia berlagak dingin dan sombong, Daris masih tetap tersenyum dan melayaninya dengan penuh penghormatan. Zara terasa dirinya sangat dihargai oleh lelaki itu. Hatinya sentiasa tenang disamping lelaki itu. Daris sememangnya lelaki yang baik. Zara akui itu.

 Zara berpusing badan menghala mengadap siling. Terkelip-kelip matanya memandang siling. Kemudian, matanya dihala ke arah jam di dinding.  Dia sudah terlewat banyak untuk melakukan rutin hariannya. Hari ini, dia tiada angin nak menjejakkan kaki ke pejabat Qaiser. Hatinya masih sakit. Tidak sekali pun panggilan dari Qaiser selepas majlis di hotel semalam. Zara betul-betul berkecil hati dengan Qaiser yang langsung tidak mengambil tahu apa yang telah berlaku terhadap dirinya. Siapakah dia di mata Qaiser pun dia tidak tahu? Dia mula tertanya pada diri, kenapa dia boleh jatuh cinta dengan lelaki bernama Qaiser?

 “Zara, sayang..belum bersiap lagi? Tak nak pergi pejabat Qaiserkah?” Tanya mama. Pelik melihat Zara masih bermalasan di atas katil. Selalunya, anak perempuannya yang seorang itu pagi-pagi lagi sudah bangun dan bersiap-siap untuk ke pejabat Qaiser dan selepas itu akan menghadiri beberapa kelas khas.

“Tak kot, ma! Malas la..” ujar Zara dengan senyum nipis. Dia betul-betul tiada angin dan lebih kepada tawar hati. Perasaan excited tu semakin hari semakin pudar setiap hari apabila dilayan oleh Qaiser sesuka hati. Dia juga punya perasaan. Dia bukan Barbie doll buat pelepas kebosanan dan nafsu. Dia..hm..tak kuasalah!

“Lepas tu? Kelas macam mana, sayang?” Tanya mama. Mungkin anaknya nak berehat agaknya. Setiap hari melalui banyak rutin yang telah disediakan khas. Penat agaknya tu! Telah Datin Sri Delilah.
 
Zara pandang mama dengan tersengih. “Tuang boleh, ma?
 
Hm..penat ke?” Tanya mama lagi.

“Penat, ma! Campur malas sekali..hehehe.” Zara sengih comel. Dia penat mental sebenarnya.


Hm..” mama geleng kepala. Sebelum bangun sempat dibelai rambut anak perempuan kesayangannya. Itulah satu-satunya permata hatinya. Tiada yang lain.


“Jangan amalkan selalu. Kita perlu ada prinsip dan ada ketetapan di dalam hidup.” Datin Sri Delilah mengingatkan anaknya itu. Benar, dia manjakan anaknya namun bukan bermakna dia membiarkan anaknya tidak berdisiplin dan tiada matlamat di dalam hidup. Oleh kerana itu, dia sedaya upaya menyediakan Zara Diandra sebagai seorang isteri CEO yang disegani. Bukan sekadar isteri CEO semata-mata tetapi sebagai pemangkin dan penggerak kepada seorang CEO yang berkaliber.


Behind every successful man there is a woman..” getus hati kecil Datin Sri Delilah.

I know, ma! Just for today..I need rest.” Zara merengek kasihan.

Just for today!” Datin Sri Delilah mengingatkan lagi anaknya. Siap dengan jari telunjuk ditunjuk berkali-kali.


I..I..ma’am.” Zara memberi tabik ke arah mama sambil tersenyum lebar.


Good..”  Datin Sri Delilah senyum sebelum keluar.

QAISER meneliti fail tetapi tidak dapat menumpukan perhatiannya. Seperti ada sesuatu yang kurang hari ini. Apa, ya? Qaiser cuba berfikir tetapi masih tidak dapat menelah perasaannya. Seminit, dia menjungkit bahunya sambil mencebik. Buat apa susah-susah fikir ni! Tak penting!

 Qaiser menekan butang memanggil setiausahanya.

 “Arni, masuk!” arah Qaiser pendek.

 Call bahagian marketing saya nak jumpa managernya. Bawa laporan bulan lepas.” Arah Qaiser. Tidak terkesan dengan ketidakhadiran Zara pada hari ini.

 “Baik, bos!” Arni mengangguk faham.

Ketika keluar, Arni sempat memandang jam di tangan hampir ke tengahari tetapi Miss Zara belum muncul seperti kebiasaan. Terasa sesuatu yang kurang pada hari ini. Tetapi, bosnya pula tidak bertanya apa-apa pun pasal Miss Zara. Arni menggelengkan kepalanya.

 Qaiser bangun dari kerusi lalu berlalu ke tepi tingkap memandang suasana kota di bawah yang jelas kelihatan padat dengan hiruk-pikuk manusia dan kenderaan. Entah kenapa dia teringatkan Dhamirah pula, teringat sewaktu mereka berada di bumbung bangunan. Entah kenapa dia senang dengan gadis itu. Hatinya begitu tercuit.

 Dengan tidak semena-mena, Qaiser lantas mencapai kot Armani pilihan Zara lalu dipakainya. Hatinya tiba-tiba teringin sangat ingin menemui Dhamirah dikala ini. Kakinya dihayun ke arah pejabat human resource. Dia berjalan dengan wajah berseri-seri seperti dilamun cinta.

 Demi terpandangkan Dhamirah yang sedang berada di meja kerjanya. Qaiser terus meletakkan kedua belah tangannya di atas meja lalu tersenyum ke arah gadis idaman hati. Dia nampak mata bulat Dhamirah yang terkejut besar dan amat menggelikan hatinya. Nampak comel sangat!

 Jom?” ajak Qaiser dengan senyuman melumpuhkan segala sendi setiap wanita yang melihatnya. Dhamirah tidak terkecuali, lututnya dah lembik melihat senyuman seorang lelaki kacak yang terlampau. Sikit lagi jantungnya mungkin tembus menerusi dinding dada agaknya. Terlalu berdebar.

Hah?” terpinga-pinga apabila diajak ‘Jom’. Ke mana? Hanya terlintas di hati. Bibir masih terkelu.

Dhamirah menonong ditarik oleh Qaiser keluar dari pejabat human resource. Banyak mata memandang. Masing-masing tercengang melihat drama sebabak yang menimbulkan pelbagai spekulasi.

 Qaiser membawa Dhamirah ke sebuah restoran eksklusif di ibu kota. Dhamirah hanya berbaju kurung cotton perlahan-lahan mengikuti bos besar dari belakang. Perasaannya terlalu segan dan malu dengan kekurangan diri apabila dibawa ke tempat eksklusif seperti ini. Sungguh..dia terlalu janggal. Bukan tempatnya di sini. Bukan tarafnya.

Namun, dipaksa kakinya melangkah dengan wajah hanya ditundukkan sedari tadi.

 Seorang pelayan dengan bertuksedo datang menunjukkan tempat mereka. Mereka dibawa ke sebuah bilik persendirian dan mejanya berada di tepi tingkap lutsinar dan boleh melihat suasana di luar sana. Dhamirah sempat menjenguk ke bawah. Tingginya! Dhamirah menelan air liurnya.

 Nevermind!” Qaiser menunjukkan tangannya dengan ‘sign’ tidak mengapa. Dia sendiri akan menarik kerusi untuk gadis idaman hati.

 “Silakan duduk!” pelawa Qaiser dengan hormat kepada Dhamirah dengan senyuman paling menawan.

 Dhamirah dah terpaku dan terkelu. Terpinga-pinga!

 “Dhamirah..” seru Qaiser dengan sengihan yang cukup sweet.

 Er..” dengan wajah teragak-agak Dhamirah duduk di kerusi yang disediakan oleh CEO company tempat dia bekerja. Sekali lagi diulang CEO, okay! Mau tak terkedu.

 Dhamirah benar-benar ‘culture shock’ dengan apa yang sedang dilaluinya kini. Dia awkward. Dia tidak tahu apa yang harus dia katakan.

“Dhamirah macam orang terkejut je? Kenapa?” Qaiser menyoal lembut.

Dhamirah mengangkat kepalanya cuba memandang CEO yang paling disegani berada di hadapannya.
 
 “Taklah, saya..er..okay je ni..” tergagap-gagap nak menghabiskan ayat. Nafasnya semput.

 Qaiser ketawa kecil. Dia tahu Dhamirah malu-malu dan segannya. “Relaks..hari tu awak belanja saya makan, so..kali ni saya belanja awak makan pula.” Ujar Qaiser tentang niatnya. Dalam masa yang sama cuba mengurangkan perasaan tidak selesa di hati gadis itu.

 Eh, bos! Itu tak seberapa, setakat nasi berlauk je pun. Saya masak sendiri. Berapalah sangat, bos! Saya tak minta balasan pun. Saya ikhlas, bos!” bersungguh Dhamirah menolak. Kalau nak membalas budi pun bawa pergi makan di kedai mamak di hadapan company mereka yang cekik darah tu pun dah okay sangat-sangat. Ini, di sini? Dhamirah telan liur. Tidak tercapai dek akalnya dia boleh sampai ke tempat eksklusif begini.

 It’s, okay! My treat..don’t worry.” Qaiser senyum. Begitu tercuit dengan telatah innocent gadis itu. Dia terpikat!

 Er..” Dhamirah tidak tahu nak berkata apa lagi. Kiranya rezeki tergolek-golek dialah hari ini. Syukur..Ya, Allah..bukan selalu tetapi kalau selalu dua lalu pun terima kasih..Ya, Allah..

“Dah..jangan difikirkan lagi. Kita makan, ya?” ajak Qaiser. Perutnya dah menggelodak dah. Lapar!

 “Saya ikut bos je!” balas Dhamirah dengan perasaan segan tidak pernah surut.

 Ha..macam tu la..” Qaiser senyum menawan lagi.

 Dhamirah beristirghfar di dalam hati kerana hatinya lemah geliut melihat senyuman menawan itu. Dhamirah tarik nafas dan cuba membalas senyuman walaupun nampak sangat canggungnya.

Sewaktu pelayan mengambil order tadi dia memberi sepenuhnya tanggungjawab mengorder dengan bos besarnya. Gila tak! Mana dia tahu nak sebut semua menu yang tertera di dalam buku menu tu. Tulisan perancis maa..nak menyebut pun boleh tergeliat lidah. Dia redha je la apa-apa saja makanan yang diorder oleh bos besarnya. Telan saja la labu!

Makanan sampai..

 Dhamirah dah tertelan liur melihat stik apa entah masih berasap-asap di dalam pinggang. Nampak menyelerakan! Hm..kontrol weh, karang air liur terluaq? Buat malu company,  ja!

“Jemput makan!” pelawa Qaiser tidak habis-habis dengan senyuman menawannya.

 Nak makan ni..Dhamirah teragak-agak mencapai sudu yang bersusun. Tidak tahu menggunakan yang mana? Terkial-kial!

Qaiser ketawa kecil. Bukan sengaja nak gelak cuma tidak dapat menahan hatinya yang begitu tercuit dengan telatah comel gadis itu.

Look here!” panggil Qaiser.

 Tangannya sedang menunjuk sudu dan garfu yang perlu diambil. Dia faham keadaan Dhamirah dan latar belakang Dhamirah. Oleh kerana itu, dia tidak kisah.

 Oh, I forget!” Qaiser terlupa mengingatkan Dhamirah. Dia terus bangun mengambil napkin di atas meja lalu di buka dan dengan penuh gentleman meletakkan napkin di atas riba gadis itu. Qaiser boleh nampak wajah gadis itu terkejut. Tersengih!

 Selepas makan, mereka keluar beriringan..

Qaiser membukakan pintu kereta untuk gadis idaman hati. Lagi-lagi muka terkejut yang ditunjukkan oleh Dhamirah sedari tadi. Cute sangat!

 Di dalam kereta, Qaiser tidak terus memandu tetapi menatap wajah Dhamirah dari sisi. Gadis itu tersangat ayu. Membuatkan hatinya terpaut. Dia tahu hatinya sedang menyukai gadis itu. Mungkin dia telah jatuh cinta.

“Sejuk, eh?” perasan Dhamirah duk asyik bermain dengan tangannya. Qaiser berpusing ke seat belakang dan mencapai mafela dari material kashmir yang diberi oleh Zara. Dengan penuh perhatian, Qaiser meletakkan mafela ke atas tangan Dhamirah yang sejuk.

 Dhamirah terpinga-pinga lagi dan lagi. Dia betul-betul ‘culture shock’. Dia gadis biasa dan dibesarkan di dalam keluarga biasa. Apabila diri dilayan dengan begitu istimewa dia memang terkejut gila. Hatinya dengan mudah mencair dan tidak mengambil masa yang lama untuk jatuh hati dengan lelaki kacak seperti Qaiser. Sungguh..dia merasakan hidupnya seperti fairytale.

 HUJAN..

 Zara tidak dapat keluar dari Audi R8nya kerana hujan. Dia menjenguk keluar. Hm..

 Dari dalam kereta, Zara nampak susuk tubuh yang amat dikenali sedang berlari dengan beg sandang dijadikan perlindungan dari terkena air hujan yang menimpa. Zara cepat-cepat membuka tingkap keretanya, melaung nama lelaki itu kuat-kuat melawan bunyi hujan yang turun dan membasahi bumi. Lelaki itu berpaling lalu tanpa banyak soal meredah hujan dan berlari ke arah kereta Zara.

Daris tersenyum sewaktu melabuhkan punggungnya di seat kereta Zara. Hampir basah keseluruhan baju yang dipakainya. Dia cuba mengelap air hujan yang membasahi bajunya bimbang buatkan kereta Zara basah dengan air hujan yang dibawa olehnya.

I don’t mind!” Zara tahu Daris serba-salah dengan dirinya yang kebasahan.

 Aaachumm..” Daris terbersin.

Zara terus pandang Daris.


Excuse me..sorry! Tindakan luar kawalan.” Sempat melawak sebenarnya segan.

 It’s, okay!” Zara tergelak kecil.

“Macam nak kena selsema je?” Zara berkata lagi.

“Mungkin kot! Ermm..aachuummm..” Daris terbersin sekali lagi.

“Bukan kot lagi dah..memang betul dah selsema.” Zara tergelak lagi. Orang sakit dia gelakkan lagi. Ish, tak patut!

Ermm..tak kesian kat saya ke?” rengek Daris tidak semena-mena. Tidak terlintas pun di hati nak mengada-ngada sebenarnya.

Aloo..” tanpa sedar Zara meletakkan tapak tangannya di bahu Daris. tindakan spontan.

Daris pandang tangan Zara yang jatuh ke bahunya. Bibirnya membuahkan senyum.

“Awak nak ke mana sebenarnya?” Tanya Zara teringat tadi Daris meredah hujan. Entah dari mana?

 “Oh..baru balik dari site. Hujan pulak!” jawab Daris tersengih. Hidungnya dah mula berair.

 “Nah, ambil tisu ni.” Zara menghulurkan tisu untuk Daris.

 Thanks!

 “Lepas ni nak pegi mana?” Tanya Zara lagi.

 “Balik ofis jap! Hantar barang then tunggu pukul lima sharp saya balik la,” jawab Daris setelah berfikir apa yang harus dia lakukan selepas ini.

“Balik teruslah! Awakkan dah basah ni.” Zara tidak setuju.

 “Saya ni kerja makan gaji kenalah ikut masa bekerja, kan?” balas Daris.

 I forget..awak ni bakal pekerja cemerlang tahun ni, kan?” perli Zara. Senyum herot.

“Saya setakat pekerja biasa je, Zara.” Daris bersuara perlahan. Terasa hati kot?

 I’m sorry..saya tak patut cakap macam tu,” mohon Zara terlajak katalah pula. Mulut ni betullah!

 I don’t mind! Saya ni siapa, kan? Kuli je kot!” Daris menyembunyikan senyum. Gelihati kerana Zara boleh feeling pula dengan kata-katanya. Dia okay je..nak terasa hati bagai tak adalah.

Jom, kita pergi mana-mana café. Punch card karang saya hantar awak balik ofis. Jangan argue dengan saya! Just ikut je!” Zara memberi arahan. Dia juga mempunyai kuasa di dalam board director. Setakat bawa staf pergi minum kopi, no hallah!

 Di Coffee Bean Café..

 “Awak duduk di sini dulu. Jangan pergi mana-mana! Saya nak pergi somewhere, jap! Awak order apa saja, saya nak caffe latte.” Zara menyuruh Daris menunggu di situ sementara dia pergi ke satu tempat yang tidak diketahui oleh Daris.

Daris hanya sengih. Lucu dengan pesanan Zara. Jangan pergi mana-mana!

 “Saya maksudkannya, Daris!” geram Daris gelakkan dirinya.

Okay..” Daris tergelak kecil.

 Daris menghirup hot chocolate dengan penuh nikmat. Sejuk-sejuk begini jika mendapat minum panas seperti ini. Memang heaven!

 Daris masih menunggu Zara..


Hampir dua puluh minit, baru nampak kelibat Zara sedang membawa satu beg kertas berjenama. Hm..perempuan..shopping memanjang..

“Lama tunggu?” soalan yang malas betul Daris nak menjawab.

 “Tak adalah lama sangatt..” saja Daris menekan suaranya.

 Zara tergelak.

“Saya belikan awak pakaian baru ni. Pakaian kasual je! Nanti awak tukar, ya? Kalau tak makin melarat selsema awak tu pakai baju basah?” Zara menolak beg kertas berjenama ke arah Daris. Dia risaukan Daris selsema nanti. Dia hanya ingin membalas jasa lelaki itu yang selalu menolongnya dikala dia kesusahan.

Eh, tak payah susah-susah, Zara! Baju basah sikit je ni!” tolak Daris yang tak menyangka Zara pergi lama-lama tadi sebenarnya mencari pakaian kering untuknya. Berjenama pula tu! Segan pula dirinya.

“Saya penat la..nak main tarik tali. Awak ambil je la! Nanti pergi tukar, okay!” arah Zara dengan suara tegas. Penat-penat dia mencari pakaian yang bersesuaian nak menolak pula. Terasa hatinya!

Hm..saya sebenarnya tak nak susahkan awak tapi kalau itu yang awak nak saya terima je.” Jawab Daris dengan suara serba-salah.

“Macam tu la..” Zara senyum sambil menghirup caffe latte.

Hm..dah sejuk!” omel Zara dengan caffe lattenya yang dah sejuk.

 “Awak pergi lama sangat! Tukar yang baru, okay!” Daris terus menggamit pelayan untuk memesan caffe latte  yang baru.

Zara menghirup caffe latte yang baru dan masih panas dengan penuh nikmat. Dia memang penggemar coffee.

 “Sedap sangatkah?” Tanya Daris apabila melihat memek wajah Zara yang terlalu lega sewaktu menghirup coffee itu.

 Coffee? I’m addicted with coffee. Satu hari tak lengkap tanpa coffee secawan.” Akui Zara.

You know, it’s vasoconstrictor? Banyak disease berpunca dari coffee. Yang common, gastric. Tahap aciditynya tinggi.” Daris menjelaskan tanpa dipinta.

Zara sengih. Dah jadi Dr Daris pulak!

“Macam yang saya cakap tadi..I’m addicted with coffee.” Ulang Zara dengan senyuman.

 “Hm..saya just bagi nasihat tak bertauliah je.” Daris jungkit bahu. Kemudian, tunduk menghirup hot chocolatenya.

 Okay, saya dengar nasihat awak tu! Tapi, saya ni penagih tegar coffee.” Zara juga menjungkit bahunya dan menghirup caffe lattenya. Buih-buih caffe latte melekat pada bibir atasnya.

 Daris nampak bibir Zara comot dengan buih-buih caffe latte tanpa berfikir panjang terus membawa badannnya ke depan dan tangannya ringan saja menyapu buih-buih caffe latte pada atas bibir Zara. Menyapu dengan ibu jarinya seakan membelai bibir Zara yang kebasahan.

 Mata Zara membulat. Terkejut dengan perbuatan Daris yang berani dan tidak dijangka. Jantungnya terus berdegup laju.

 Sorry, ada foam caffe latte pada bibir awak. Nampak comot!” jelas Daris masih memegang sedikit kulit pipi Zara. Mengelus buih-buih caffe latte yang tersisa sedikit di tepi bibir.

 Daris masih memerhatikan wajah Zara secara dekat.

 Zara baru tersedar dari lamunan terus memalingkan wajahnya ke arah lain. Dia pasti wajahnya pasti sedang memerah sekarang. Erti kata lain, blushing!

 Ehem..” Zara cuba menutup perasaan awkwardnya dengan batuk dibuat-buat.

“Kenapa ni?” tanya Daris tidak faham dengan wajah Zara yang berubah benar. Nampak merah seperti dipanggang.

 Nothing!” cepat mengelak dari ditanya yang bukan-bukan. Dia tak sanggup nak menjawab jika bertanya riak wajahnya sekarang.

Jantungnya masih berdebar. Dia tak tahu kenapa setiap perbuatan dan pergerakan lelaki itu selalu membuatkan jantung dan perasaannya bergetar aneh.

 
Pesanan penulis:
New entry..harap sukalah..
Masing-masing cuba membalas budi..
Enjoy, reading..
TQ..