Tuesday 15 May 2012


BAB 5: Di Penghujung Cintaku..Adelia


Hari minggu yang indah..Nik Pasha menghirup udara pagi yang dingin lalu menghembuskannya perlahan-lahan. Segar. Hari ini dia berpakaian sut lengkap seperti seorang pelumba motorcross. Dia menyarung glove kulit di kedua belah tangannya. Helmet fullface jenama Arai dipakai. Motosikal motorcross Kawasaki KLX150S ditunggang. Dia memacu keluar perlahan-lahan jentera dirt bike itu menghala keluar jalan. Apabila berada di jalan besar dengan penuh keyakinan jentera itu dipacu laju. Berdesup melalui celah-celah kenderaan di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MMR2). Hanya satu perkara yang bermain difikirannya supaya mahu segera tiba ke destinasi yang bakal di tuju. Tak sabar! Dia pasti rakan-rakannya sedang menunggu di Trek Kemensah. Tekaannya ternyata benar rakan-rakan dirt bike sedang menanti dengan suasana riuh rendah dengan jentera masing-masing. Kelihatan dari jauh rakan-rakannya sedang asyik menguji skil-skil kemahiran yang ada pada mereka. Nik Pasha sudah dapat membayangkan keseronokan rakan-rakannya menguji kemahiran permotoran motorcross mereka di trek seluas lebih satu hektar itu.


Orang 'kuat' sudah datang. Apalagi bro takkan nak tengok saja kot!” usikan seorang rakannya bernama Kota membuatkan diri berasa tercabar. Oh,tengok saja ye! Hm..nanti aku tunjuk skill baru ternganga semua orang. Nik Pasha sekadar tersengih. Chill! Belum tiba waktunya lagi.


Chill bro! Jap-jap lagi turn aku tunjuk skill kasi ternganga semua orang.” ujar Nik Pasha sambil membuka helmet di kepala. Dua tiga orang gadis yang berada bersama mereka bukan main asyik memandang Nik Pasha tanpa berkelip. Maklumlah jejaka kacak terhangat dipasaran. Kota mencebik. Nik Pasha sekadar tersenyum kacak ke arah kumpulan gadis itu. Saja tunjuk macho. Rakan-rakan kelab dirt bike yang ada di situ makan hati berulam jantung melihat cikaro yang cantik-cantik dan comel-comel tanpa segan silu tergedik-gedik menayang body masing-masing ke arah Nik Pasha. Konon bersaing siapa yang lebih cantik dan mengancam. Sebelum Nik Pasha sampai bukan main lagi cikaro sekelian itu mengendeng dan menggesel mereka. Sekali Nik Pasha datang semuanya angkat kaki ke tempat Nik Pasha. Semua cikaro berlumba-lumba cuba menarik perhatian lelaki itu. Mana tak hangin!


Tengok! Kan main gedik lagi cikaro tu ushar kau. Hii..tak malu langsung!” meluat pula Kota melihatnya. Nik Pasha cuma mengangkat kedua belah bahunya. Malas hendak mengambil tahu. Tujuan dia datang ke sini nak release tension di trek. Cikaro-cikaro tiada dalam senarai. Lagipun cikaro yang gedik-gedik itu bukan taste dia. Buat cuci mata yang masih bersisa dengan perasaan mengantuk menggantikan kafein pun jadilah. Cun-cun semuanya tetapi sayang harga diri mudah dijual beli. Nik Pasha masih berpegang kepada agama dan prinsip. Skandal. Dadah. Arak. Say NO!!!


Jomlah,test power!” kata Nik Pasha lantas helmet di sarung di kepala. Kawasaki KLX150S itu dihidupkan enjinnya. Mengaum deruman enjin membingitkan telinga. Waktu untuk beraksi telah tiba. Nantikan semua kehebatan aku. Tanpa berlengah Nik Pasha memulakan aksinya. Dia memulas pendikit minyak jenteranya dan mula menjalar di atas trek. Seakan satu kepuasan pada dirinya apabila menunggang pada kelajuan tinggi melepasi selekoh tajam disamping melakukan beberapa aksi lompatan di udara. Padanya,sukan ekstrem berlitarkan jalan tanah dan debu itu merupakan permainannya sejak berumur 15 tahun lagi. Sukan motorcross bukan sahaja memerlukan keberanian malah melibatkan kemahiran mengawal motosikal. Ia penting bagi membolehkan dirt biker sepertinya berhadapan dengan rintangan seperti laluan berbukit,tidak rata dan berlumpur. Balik ke rumah dengan keadaan selekeh terpalit debu,tanah dan lumpur membuatkan mamanya dah resistance. Nik Pasha tahu mamanya bengang tapi apa boleh buat dah hobinya begitu. Kalau hujan lagi best dan lagi best bila mata mama menjegil garang padanya tatkala melihatnya di muka pintu. Berlumpur sampai ke muka. Dua biji mata aje yang berkelip-kelip dengan gigi putih tersusun cantik tersenyum melihat mamanya. Peace No War! Dah ini addict aku. My passion..


Di satu sudut yang lain..



Show off betul!” Kota menjuih bibirnya pada aksi Nik Pasha yang sedang melompat bukan main tinggi lagi mengalahkan lompatan dirt biker yang lain. Rakan-rakan kelab yang ada di situ cuma memandang iri pada kemahiran Nik Pasha yang hebat. Cikaro yang ada di situ apalagi bukan main gedik bertepuk tangan. Sudahlah masing-masing pakai baju macam balut sarung nangka. Siap terangkat-angkat menampakkan pusat. Jelik pula Kota melihatnya. Perempuan macam inilah jangan harap hendak dijadikan isteri. Buat stok touch and go bolehlah. Darjah menyampahnya rasanya dah sampai ke tahap apa pun tidak tahu.


Dah lama Kota memendam perasaan tidak puas hati dan dengki dengan Nik Pasha. Kota merasakan lelaki bernama Nik Pasha itu terlalu banyak keistimewaan, kelebihan dan keberuntungan. Kacak. Tahap IQ nya tinggi. Kategori pelajar terpintar di sekolah. Keluarga pun dari yang 'ado-ado' juga. Dan yang paling membuatkan Kota cemburu adalah Chempaka Rania. Gadis cantik dan pintar malah paling popular di sekolahnya tidak terkecuali juga tertarik dengan Nik Pasha. Chempaka Rania adalah pujaannya sejak ditingkatan satu lagi. Berbagai cara dia telah lakukan untuk menambat hati Chempaka Rania tetapi hampa. Terus terang Chempaka Rania memberitahu Kota yang gadis itu terlalu meminati Nik Pasha. Kecewa dengan penolakan Chempaka Rania membuatkan Kota terlalu sakit hati dan berdendam dengan Nik Pasha. Kota mengetap bibir.


Tak boleh jadi ni! Aku pun power jugak!” enjin motosikalnya dihidupkan. Helmet disarung pantas. Sesaat berdesup motosikal Kota menjalar ke trek. Dengan lajunya dia menyaingi Nik Pasha sambil membuat lompatan di udara seberapa tinggi yang boleh. Aku pun tererlah!


Woi,tercabar nampak!” jerit Nik Pasha dalam suasana bising dengan bunyi motosikal yang mengaum kuat. Kota cuma membuat thumbs up dan angkat kening double jerk. Huh! Berlagak eh..


Nik Pasha memulas pendikit minyak lantas memacu enjinnya menuruni laluan berbukit dan berhenti betul-betul di laluan rata yang berselut. Mengaum-ngaum motosikalnya menanti tuannya memulakan skil lompatan yang paling hebat. Seperti yang dijangka Nik Pasha membuat lompatan tinggi tetapi tidak berhenti begitu sahaja malah diteruskan lompatan berkali-kali bila melalui perbukitan kecil-kecil. Melantun-lantun motosikal Nik Pasha dan kesudahannya dengan lompatan yang paling tinggi yang tidak pernah dibuat dirt biker yang lain. Sungguh terer! Kota lagi tercabar dengan skill Nik Pasha yang terlebih advance itu. Lantas dia pun turut sama melakukan seperti gaya Nik Pasha tetapi dengan sikap terburu-burunya membawa padah. Terperusuk motosikalnya di dalam lumpur. Terjatuh tanpa sempat membuat apa-apa lompatan hebat tetapi tersungkur malu bertemankan selut. Kota geram sambil menyepak lumpur dengan kuat. Kemudian dia terus mengangkat motosikalnya. Kota menyorot pandang mencari kelibat Nik Pasha. Kelihatan dari jauh Nik Pasha pula dikerumuni cikaro gedik melampau menambahkan lagi tahap sakit hati pada lelaki itu. Tunggulah..jangan ingat kau sorang je hebat dalam dunia ini. Kota menyimpan dendam. Hasad dengki beraja dihati.


Makan selutkah bro?! Chill..practice make perfect!” Nik Pasha menepuk bahu Kota dengan harapan Kota tidak putus asa mencuba gayanya tadi. Kata-kata Nik Pasha membuat hati Kota bertambah panas. Berlagak betul! Jaga kau! Nanti aku kenakan kau cukup-cukup. Kota sengih menutup segala yang terbuku di dada. Nik Pasha menyambung semula perbualannya dengan cikaro-cikaro gedik yang tidak pernah putus asa mencari perhatian Nik Pasha yang serba-serbi hebat. Wajah kacak. Bergaya. Mempesona.


Kota gigit bibir. Dah lah Chempaka Rania pun kau rembat. Cikaro gedik pun kau nak sapu. Nik Pasha harus diajar. Berdendam..


Seperti biasa Nik Pasha pulang dengan rupa yang terlampaulah comot dan selekeh. Maria cuma mampu menggelengkan kepalanya beberapa kali. Nik Pasha tidak terus masuk ke dalam rumah tetapi menjerit pada bibik supaya mengambil tuala. Sambil menanti bibik membawa tuala yang diminta Nik Pasha membuka paip air di laman dan menyiram badannya yang dipenuhi dengan pasir dan lumpur. Bila dia puas hati ke seluruh badannya telah bersih dari lumpur yang melekat. Nik Pasha membuka satu persatu pakaiannya kecuali seluarnya sahaja. Terpampang bentuk badannya yang kelihatan maskulin. Titik-titik air yang melekat pada tubuhnya membuatkan diri Nik Pasha bertambah seksi. Tuala pada tangan bibik diambil. Bibik nampak tersengih-sengih melihat anak muda ganteng seperti Nik Pasha menunjukkan bentuk badannya. Waduh..bisa cair bibik dibuatnya. Mencicit bibik masuk ke dalam rumah tidak tahan matanya melihat panorama seksi. Nik Pasha selamba melilit tuala pada pinggang lantas menarik seluar yang basah. Kini,Nik Pasha hanya mengenakan tuala sahaja. So..seksi..


Dengan bertuala melilit dipinggang Nik Pasha selamba mencuci motosikal kesayangannya yang comot dan kotor. Tekun menjirus air sabun pada motosikal dan menyental kekotoran pada rim dan tayar. Kasi kilat-kilat. Sesiapa yang lalu lalang di hadapan rumah lelaki itu tertoleh-toleh hatta lelaki yang lalu pun turut menoleh. Perempuan lagilah sekali terpadang terus mencair macam ais krim. Ada yang tanpa segan bersuit-suit. Nik Pasha sekadar tersenyum. Malas hendak melayan perangai perempuan sekarang yang terlalu berani. Santun perempuan melayu terakhir sudah tiada di dalam kamus hidup mereka. Sorrylah..nak berkenan.


Adelia yang baru pulang dari rumah Karina terkejut cimpanzi jugalah melihat Nik Pasha di laman hanya dengan bertuala. Lelaki itu kelihatan begitu leka membelek motosikal motorcrossnya. Sekejap bangun sekejap duduk. Entah apa yang dibelek kusyuk benar. Teragak-agak Adelia hendak melintas di hadapan Nik Pasha. Segan. Dengan kepala menunduk Adelia berjalan cepat-cepat. Jantungnya melantun bukan main laju lagi. Sikit lagi nak tembus keluar dari dinding dada. Berdebar. Sambil itu sempat pula terngiang-ngiang di telinga Adelia lagu Makhluk Tuhan Paling Seksi siap dengan yang ahh..ahh..tu..meremang bulu roma Adelia lebih-lebih lagi ketika berlalu di hadapan Nik Pasha. Rasa nak terbang terus sampai ke bilik. Auntie, pleaselah tolong ajar anak teruna Auntie ni dress code kat depan rumah seperti yang selayaknya. Pakai kain pelikat pun memadai dah. Bukan macam ni. Ini penderaan pancaindera nih. Ishh..zina mata ni. Adelia beristighfar banyak kali.


Nik Pasha terpandang Adelia yang berjalan laju di hadapannya. Terangkat kening lelaki itu melihat telatah Adelia. Kena sampuk apa? Jalan macam tidak cukup tanah. Nik Pasha mencebik. Tiada perasaan. Selamba meneruskan kerjanya membelek motor tak habis-habis.


Sampai saja di dalam bilik Adelia menarik nafas lega. Show off betul! Tak segan langsung tayang body. Konon seksi sangatlah tu. Adelia mencebik meluat. Beg galas di baling selamba ke atas katil dan dengan dirinya sekali dia baling ke atas katil. Terus landing cantik. Kemudian dia meletakkan kedua belah tangannya di belakang kepala. Mata menatap siling tetapi wajah Nik Pasha pula yang menjelma. Sebenarnya bukan sekadar wajah tetapi badan Nik Pasha yang tough dan maskulin terhidang di depan mata. Ulang tayang balik keperkasaan badan lelaki itu yang menggetarkan jiwa. Serentak itu datang kembali lagu Mulan Jamilah eh..Jameela dengan tonenya yang seksi ahh..ahh.. Adelia cepat-cepat menggelengkan kepala. Kemudian menepuk kedua belah pipinya supaya cepat sedar. Panas di pipi dapat dirasakan ketika ini. Blushing gila-gila.


Adelia tersengih bila teringat Nik Pasha dan motosikalnya. Teringat karektor Azroy di dalam filem Gila-Gila Remaja. Ku jejak..jalan yang berliku..siap menyanyi di dalam hati. Hehe..Faizal Hussein teramatlah hensem di dalam filem itu maklumlah tengah budak-budak lagi waktu itu. Mat rempit zaman 80-an. Siap merajuk bawa diri sambil bawa motorcrossnya jalan jauh-jauh. Siap jenguk Rosyam Nor dipenjara bagai. Rosyam Nor pun boleh tahan cute giler. Hehe..kumpulan gagak hitam. Memang tak boleh blah. Kih..kih..kih..hilang terus bayangan seksi Nik Pasha bila diganti dengan bayangan hero Azroy. Nik Pasha..Azroy..Nehh..










No comments:

Post a Comment