Tuesday 15 May 2012


BAB 2: Di Penghujung Cintaku..Adelia


“Pasha nanti pergi sekolah dengan Yaya. Dia baru mula sekolah hari ini. Tak tahu apa-apa lagi. Okay,anak mama?” ujar Maria sewaktu mereka semua sedang bersarapan. Adelia yang sedang makan roti bakar hampir tercekik mendengar kata-kata Auntie Maria. Oh..no! Habislah aku..


Nik Pasha yang juga sedang makan cereal lantas mendongak dan melemparkan pandangan tajam ke arah Adelia. Gadis itu dengan pantas menundukkan muka. Takut. Alamak..dia ingat aku suka ke nak jalan pergi sekolah dengan dia. Sorry..


“Dia dah besar kenapa nak Pasha temankan. Bukan budak kecik. Dia boleh pergi sendiri.” Nik Pasha tidak menyukai cadangan dari mamanya. Aku nak bawak anak hippo naik motor dan pergi ke sekolah lagi. Sorry..


“Eh..Auntie tak payah susah-susah Yaya boleh pergi dengan bas.” tolak Adelia. Dia tahu Nik Pasha tidak suka dengan cadangan Auntie Maria supaya membawanya ke sekolah. Dah terang lelaki di hadapannya tidak menyukainya sejak awal. Tempah bala kalau pergi dengan dia. Wajah cemberut Nik Pasha agak gerun Adelia melihatnya. Jangan cari pasal.


“Yayakan first time mula persekolahan di sini. Banyak tak tahu lagi. Nak naik bas pun tak tahu yang mana lagi. Biarlah Pasha yang bawa Yaya pergi sekolah. Lepas Yaya dah tahu bas apa nak naik nanti pergi sendirilah. Okay?”ujar Maria. Dia tidak mahu Adelia kesusahan memulakan persekolahan di tempat yang baru.


“Pasha tolong mama ye?!” kata-kata mamanya bukan meminta pertolongan tetapi wajib di tunaikan. Bukan Nik Pasha tak tahu perangai mamanya. Nanti sampai tahun depan pun leteran mamanya tak habis-habis. Nak tak nak dia terpaksa juga menumpangkan hippo tak tahu malu ini ke sekolah. Oh..my god! Ranap motor aku. Kalau motor kapcai tak apalah jugak ini motorcross. Habis motor aku..


Seperti yang dijangka Adelia di tinggalkan di perhentian bas berhampiran rumah mereka. Nik Pasha tidak sanggup membawa Adelia yang di rasakan akan merosakkan reputasinya sebagai pelajar paling popular dan bijak di sekolah. Budak itu sudahlah bimbo..hippo pulak tu. Ishh..jatuh saham aku di sekolah nanti. Dengan tiada perasaan kasihan sedikit pun Adelia ditinggalkan begitu sahaja di perhentian bas. Siap di bentak gadis itu supaya turun dengan segera dari motosikalnya. Adelia terbatuk-batuk tertelan asap dari motosikal Nik Pasha. Kasihan..


Hampir menitis air mata Adelia bila di tinggalkan sendirian di perhentian bas. Dengan kasar Nik Pasha menyuruh dia turun dari motosikal. Dengan perasaan tidak bersalah Nik Pasha meninggalkan Adelia di perhentian bas. Macam kucing kurap di tinggalkan. Adelia berasa terhina dengan sikap lelaki itu. Buruk sangatkah aku? Matanya berkaca-kaca.
Sudahnya Adelia sampai lewat ke sekolah kerana dia tidak biasa dengan tempat baru. Puas dia bertanya dengan orang untuk sampai ke sekolah barunya. Kesian..
Bertembung dengan Nik Pasha di kaki lima kantin membuatkan Adelia cuma memandang dan Nik Pasha pula langsung tidak menghiraukan Adelia. Seperti tidak pernah mengenali. Pandang sebelah mata pun tidak. Buat Adelia sebal. Huh..berlagak betul! Aku tah heranlah..
Sampai lewat ke sekolah membuatkan dirinya haru-biru. Bila dalam keadaan tidak bersedia memang tidak tahu apa yang perlu di lakukan. Nasib baik ada seorang gadis berkaca mata tebal menolongnya berjumpa dengan pengetua. Karina budak kaca mata tebal. Mereka akhirnya menjadi teman baik dan membuatkan mereka lebih akrab bila mereka dapat bersama di dalam satu kelas. Sejak itu Adelia menjalani hidup baru tanpa ayah di sisi dan keluarga baru yang ada Auntie Maria yang penyayang, Uncle Nik yang baik hati yang selalu menghadiahkannya coklat seakan menggantikan ayah, adik lelaki yang comel tetapi garang si Airil perangainya lebih kurang sama dengan Nik Pasha tetapi Nik Pasha lagi teruk memang tak dapat di ubati penyakitnya yang suka menyakitkan hati Adelia tidak kira masa. Asal bertemu ada saja perkara untuk membuat Adelia sakit hati. Adelia mula menjadi kalih dengan keluarga barunya terutama dengan Nik Pasha. Lelaki berdarah sejuk tapi bikin hati aku panas selalu.


“Eh..hippo! Kau yang habiskan kek coklat dalam peti aiskan?” tuduh Nik Pasha sebaik saja membuka pintu bilik Adelia yang ketika itu sedang menyudahkan homework yang di berikan oleh gurunya. Adelia berpaling dengan muka tidak puas hati. Perangai Nik Pasha yang selalu membuka pintunya sesuka hati memang selalu membuat Adelia bengang. Memang kulit muka Nik Pasha tebal mengalahkan kulit buaya. Tidak reti berasa malu selamba aje buka pintu anak dara orang sesuka hati. Kalau aku sedang berkemban tak ke parah. Tak pun tengah bersalin baju ke. Langsung tiada perasaan hormat. Nasib setakat ini belum pernah terjadi. Dengan wajah yang teramat tidak puas hati Adelia berkata..
“Aku yang habiskan,kenapa? Tak puas hati?!” dengan memek muka mengejek Adelia cuma tersenyum sinis. Sebenarnya yang habiskan kek coklat itu adalah Airil. Adelia terserempak dengan Airil yang sedang enak menghabiskan kek coklat buatan Auntie Maria. Adelia pun sebenarnya terliur juga dengan kek coklat itu tetapi dia telah berjanji pada dirinya sendiri untuk berdiet. Dia bertekad untuk menjadi kurus. Gelaran hippo yang selalu Nik Pasha bahasakan kepadanya menjadikan dirinya bertekad supaya dia tidak mahu di gelarkan hippo lagi.


“Dasar hippo! Pantang nampak benda berlemak habis semua disapunya. Orang lain pun nak makan jugak.” marah Nik Pasha. Dia sebenarnya bukan hendakkan sangat kek coklat itu cuma sengaja nak menyakitkan hati Adelia kerana itu perkara wajib yang perlu dilakukannya di dalam satu hari.


“Dah,misi nak sakitkan hati aku hari ini sangatlah menjadi. Aku sakit hati ni. Sekarang kau boleh berambus!!”dengan wajah selamba Adelia menghalau Nik Pasha keluar dari biliknya. Nik Pasha masih tidak berpuas hati melihat Adelia seakan tidak terkesan dengan ejekannya. Tak boleh jadi ni! Sekurang-kurangnya perempuan itu perlu menangis atau marah kepadanya semula baru dia tahu misi sakitkan hati perempuan itu accomplish. Ini selamba je muka. Nik Pasha agak bengang.


“ Apa yang kau buat ni,hippo? Kerja rumah ke? Kau bukannya pandai pun. Belajar macam mana pun tetap bodoh juga.” Nik Pasha ketawa mengejek. Dia tahu tahap pembelajaran Adelia memang lemah. Adelia pekakkan telinga. Konsentrasinya terganggu dengan kehadiran Nik Pasha yang menyakitkan hati. Adelia bangun dia perlu melakukan sesuatu untuk menghalau Nik Pasha keluar dari biliknya. Nik Pasha agak tersentak bilaAdelia tiba-tiba bangun dari kerusi. Mereka berhadapan kini. Nik Pasha melihat Adelia agak lain sekarang tapi Nik Pasha tak tahu apa kelainan itu. Adakah kerana rambut Adelia sudah panjang melepasi bahu menyebabkan rambutnya yang pendek lurus dulu menjadi curly di hujung rambut. Nampak kurus sedikit wajah Adelia. Apa yang lain ye? Nik Pasha seakan terpaku. Sebenarnya Adelia dapat menurunkan berat badannya dari 62kg ke 52kg. Berkat tidak makan nasi dan bersenam membuatkan dia kehilangan berat badan. Walaupun kelihatan masih chubby tapi dia akan cuba menurunkan lagi berat badannya.


“Aku malas nak layan orang yang berlagak macam kau ni. Tak guna nak membalas membazir tenaga aku je.” pantas kaki di hayun untuk keluar dari bilik itu. Rimas dengan kehadiran Nik Pasha yang menyemakkan mata. Tak habis-habis nak sakitkan hati aku. Apa yang dia dapat pun tak tau. Trofi piala bola sepak suzuki agaknya dia dapat kalau sakitkan hati aku. Adelia selamba melangkah tetapi ditahan oleh Nik Pasha menyebabkan mereka berdua hampir berlaga. Tindakan drastik Nik Pasha membuatkan Adelia hilang imbangan diri dan terbalik ke belakang. Sebelum dia terbalik ke belakang Adelia sempat berpaut pada lengan Nik Pasha supaya dia tidak jatuh tetapi lain pula jadinya kerana mereka berdua jatuh bersama. Nik Pasha jatuh tertindih atas badan Adelia. Wajah mereka hampir bersentuhan. Mata bertentangan. Klik!! Mereka berdua sama-sama memandang ke arah pintu. Auntie Maria sedang mengambil gambar kandid mereka yang lucu. Dari tadi lagi Maria memerhati anak muda berdua itu bertengkar. Sekadar memerhati. Dia suka jikalau Nik Pasha jatuh hati dengan Adelia kerana dia begitu berkenan dengan Adelia. Kalau boleh Adelia hendak di jadikan anak perempuannya selamanya. Dia tidak rela Adelia pergi jauh dan berkeluarga dengan orang lain. Pasti ikatan ibu dan anak perempuannya akan renggang.
“Sweetnya..” Maria mengambil gambar lagi. Nik Pasha bengang dengan telatah mamanya yang suka mengambil gambar kandid. Ada saja gambar kandid yang di ambil curi-curi. Tengah makan. Tengah lepak depan tv. Tengah basuh motosikal. Tengah bergaduh dengan Adelia lagilah banyak. Siap dibingkaikan, di gantung di dinding sebelah tangga naik ke tingkat atas. Macam-macam aksi. Kandid yang ini tidak tahu pula mamanya hendak dibuat apa. Jangan dibuat bukan-bukan sudah. Mama bukannya boleh dipercayai. Ada sahaja idea mengarutnya. Keanakan pun ada mamaku ini.


“Mama..apa ni?! Pasha tak sukalah.” Nik Pasha cepat-cepat bangun. Dia berasa janggal dengan insiden yang terjadi. Kalau tak sempat nak break tadi mungkin dah tercium hippo tadi. Eii..geli!! Yakk!! Tak rela..tapi.. tadi baru pertama kali Nik Pasha sedar yang Adelia mempunyai mata yang cantik. Bulat dan irisnya berwarna hazel bercahaya. Comel. Eh..apa aku ni! Ingat! Dia tu hippo! Bimbo! Nik Pasha mengingatkan diri supaya terus membenci.


“Auntie..”cuma itu yang mampu Adelia berkata. Sebenarnya dia malu dengan insiden yang memalukan tadi. Mereka berdua hampir bercium. Oh..tidak..wajahnya memerah. Darah panas menyerbu ke wajah. Adelia mengipas-ngipas wajahnya yang panas. Comel pula tatkala Nik Pasha melihat wajah Adelia yang sedang blushing. Malulah tu..ini mama punya pasal.


“Sweet betul Auntie tengok korang berdua. Sepadan.”giat Maria dengan harapan Nik Pasha dan Adelia sama-sama jatuh hati. Harapan yang satu itu membuatkan Maria selalu melakukan sesuatu yang drastik supaya Nik Pasha akan terjatuh hati pada Adelia. Hati Adelia? Maria tahu telah lama tersentuh



dengan Nik Pasha. Dia pasti anak lelakinya itu mampu mencairkan hati mana-mana perempuan pun hatta Adelia. Bukan hendak berbangga tetapi anak lelakinya sememangnya tergolong sebagai lelaki kacak. Siapa tidak akan jatuh hati pada lelaki kacak.


“Dengan hippo ni mintak simpang la mama. Pasha tak sukalah.” tak ada tapis terus shoot kata-kata yang memedihkan hati Adelia.
Kau tak suka, aku seribu kali tak hingin la. Macam bagus je!” balas Adelia dengan cebikan menyampah. Jangan ingat aku tak tahu melawan. Aku akan berjuang sehabis-habisan melawan malaun mangkuk tingkat yang tak ada hati, tak ada jantung, tak ada limpa mengutuk mengata aku sesuka hati. Ingat aku takut. Wajah Adelia membengis. Aku pun tahu marah juga. Mata di jegil garang ke arah Nik Pasha.


“Jangan tak suka..tak suka..tapi akhirnya tersuka pulak. Mama kalau dapat tahu korang berdua tersuka terus mama suruh korang nikah je. Baru tahu!” seloroh Maria tetapi dalam diam kepalanya ligat sedang mencari strategi baru untuk menyatukan mereka berdua. Hehe..banyak idea nakal berlegar-legar di dalam kepala otak nakal Maria. Cuma tinggal timing yang sesuai je.


“Mama,jangan harap Pasha nak suka dengan hippo gedempol ni. Sorry! Dahlah mama, Pasha nak keluar!” pantas kaki di hayun. Sebelum keluar dari bilik hippo gedempol Nik Pasha sempat menjelir lidahnya. Adelia pula sempat membalas dengan kepalan penumbuk dan mencebik.


“Ada aku kisah!” jerit Adelia geram kerana terlalu sakit hati. Berjaya juga misi Nik Pasha untuk menyakiti hati Adelia seperti biasa. Adelia menyebak rambutnya dengan geram. Berpeluh juga panas hati dengan sikap azazil Nik Pasha.


“Pedulikan dengan perangai Pasha tu. Nanti tahulah Auntie nak ajar si Pasha tu.” pujuk Maria bagi menenangkan hati Adelia. Hati seorang ibu tersentuh juga dengan sikap kasar Nik Pasha. Aku ni tak cukup mengajar anak ke? Sampai Nik Pasha tidak tahu menghormati orang. Sedih juga hatinya. Nanti perangai Nik Pasha akan di beritahu kepada suaminya supaya menasihati Nik Pasha supaya berkelakuan baik dengan Adelia.


“Tak apalah Auntie! Yaya dah biasa. Biarkanlah Pasha tu nanti bila Yaya dah habis SPM Yaya ikut ayah ke Dubai. Pasha tak payah tengok muka Yaya lagi. “ sayu suara Adelia. Lagi enam bulan untuk dia menghadapi peperiksaan SPM selepas itu dia akan mengikuti ayahnya ke Dubai. Waktu itu Nik Pasha tak perlu membuang masa dan menghabiskan tenaga untuk menyakitkan hatinya lagi.
Perkara yang menakutkan dan menghantui fikiran Maria selama ini terluah juga dengan kata-kata Adelia. Dia bakal kehilangan Adelia apabila gadis itu menamatkan persekolahannya tidak lama lagi. Maria tidak sanggup kehilangan Adelia. Anak perempuan yang diharapkan selama ini.




No comments:

Post a Comment