Wednesday 27 June 2012


Bab 17: Di Penghujung Cintaku..Adelia



Hari ini Adelia cuma berkereta ke tempat kerja. Relaks saja tiada hati nak terkejar-kejar waktu. Berpakaian santai bukan beruniform. Adelia ditugaskan oleh Sister untuk mengemaskini fail peribadi ke semua staf yang bekerja di dalam wadnya. Ini pasal akreditasi punya pasallah ni..
Adelia bergerak malas ke wad. Tiada hati langsung nak bekerja. Sah-sah kena hadap jugak mamat sengal tu di wad nanti. Hai..langkah Adelia berat. Dia dah berjanji pada diri supaya menjadi kuat. Namun,setiap hari bila terpaksa bekerja bersama dengan Nik Pasha Adelia berasa resah sepanjang waktu. Jiwanya tiada ketenangan. Fokusnya hilang. Seperti hari ini. Malasnya..
Sampai saja di wad, Sister dengan wajah selamba tanpa rasa bersalah meletakkan sebeban fail untuk dikemaskini. Tingginya melepasi kepala Adelia. Siap disuruh fotokopi beberapa salinan. Adoila..paperwork macam ni memang membuatkan Adelia bisa diserang migrain. Tension woo..
Adelia membawa kesemua fail ke bilik seminar dan bersedia untuk mengadap fail-fail tersebut seharian. Biar sampai muntah! Yerkk!!!
Bawa fail banyak-banyak dengan mata tak nampak lagi memang saja cari adegan terlanggar. Harap taklah...
Belum sempat Adelia habis mengomel di dalam hati dia dah terlanggar seseorang.


Kot!!!!”Adelia tersebut perkataan tidak habis di dalam hatinya tadi. Berteraburan fail-fail di lantai. Adelia pandang wajah segerombolan manusia berkot putih dihadapannya. Kenapalah..malang suka sangat dengan bau aku?!! wangi sangat ke?!! Adelia segera tunduk mengutip fail-fail yang terjatuh. Berlagak selamba seboleh yang mungkin di hadapan Mr Adzreil dan 'konco-konconya' termasuk mamat sengal tu yang tak sudah-sudah nak pandang dirinya dengan panahan mata 'Hawk Eyenya'. Sengal!
Ada jugalah HO yang baik hati menolong Adelia mengutip fail-fail yang terjatuh. Adelia bersyukur sangat sekurang-kurangnya adalah yang sudi menolong dari sekadar memandang tanpa menolong. Adelia senyum dan seraya ingin mengucapkan terima kasih kepada HO yang sudi menolongnya. Tetapi,apabila matanya tepat memandang orang yang menolongnya tadi adalah Mr Adzreil. Mata Adelia membulat secara tiba-tiba. Tidak percaya! Terkedu Adelia dibuatnya.


Mana nak letak fail ni?” soal Adzreil apabila siap menyusun fail yang berteraburan. Entah kenapa ringan pula tangannya membantu. Tanpa dorongan apa-apa secara gerakan semulajadi tangannya dan badannya bergerak menunduk dan membantu jururawat yang sedang memukau pandangan matanya. Asyik..


Eh,Tak pe! Tak pe! Saya boleh buat sendiri.” Adelia cuba mengambil fail dari tangan Mr Bossy di hadapannya. Baik pula mamat angin kus-kus hari ini?! Semalam mimpi apa agaknya baik hati sangat hari ini?! Adelia hairan.


Cepat beritahu saya mana nak letak fail ini semua.” Adzreil bertegas. Pantang betul jika ada orang yang membantah cakapnya. Dan,jururawat dihadapannya ini adalah satu-satunya manusia yang tak habis-habis membantah cakapnya dan menjawab cakapnya. Tentang hal remeh ini pun nak di bantah. Saja nak naikkan temperature akulah cik misi ni. Adzreil panas hati juga. Bila dah terbiasa berangin tiba-tiba nak jadi mamat cool memang menggunakan full strenght kekuatan hatilah. Nak-nak berhadapan dengan cik misi yang cun tak hengat ni. Sudahlah mata terlalu asyik merenung wajah polos itu dan terpanar dengan penampilan gadis itu yang sempoi tetapi menarik di matanya dengan blouse longgar kaler lilac dan dipadankan dengan jeans lusuh. Tudung bawal biasa dipakai secara luar biasa caranya tidak pernah pula Adzreil melihat cara pemakaian itu lagi setakat ini. Cukup trendy..


Tak payahlah,bos!” Adelia masih lagi membantah. Para doktor yang ada memandang pelik ke arah surgeon yang terkenal dengan perwatakan stone tiba-tiba berbaik hati pula menolong. Selepas itu,semua para doktor yang ada di situ memandang Adelia pula. Oh..patutlah! Rata-rata menyetujui di dalam hati patutlah surgeon stone boleh menjadi mamat cool penangan wanita cantik ini rupanya. Awek cun tak hengat! Siapa tak cair..


Cepat cik misi! Saya ni nak tengok pesakit lagi ni.” kalau dah azali perangainya suka berangin nak cool macam mana pun dapat orang yang macam Adelia yang suka sangat membantah memang tak dapat der..


Okay,kat dalam bilik seminar bos!” cepat Adelia berkata bila wajah Mr Bossy sikit lagi nak bertukar hijau. Tengah angin sepoi-sepoi ni kang tiba-tiba bertukar angin Taufan Katrina pulak kang! Adelia tidak sanggup.


Ha..kan bagus follow je cakap saya. Kalau tak, nak naikkan temperature saya selalu awak ni.” sempat pulak surgeon poyo ni buat lawak sarkastik. Adelia harus ketawa atau buat muka bodoh je dengan kata-kata lawak tak berasas surgeon yang terkenal stone itu. Memang betul spesies mamat sengal itu jugak rupanya.


Terima kasih,bos!” Adelia sengih segan. Takkanlah nak buat bodoh pulak. Macam tak manis pula. Tak luak pun setakat berterima kasih pahala lagi. Adelia tiba-tiba tersenyum manis. Hatinya ikhlas..
Lain pula Adzreil apabila melihat senyuman Adelia. Terpesona..


Bos! Round tengok pesakit tak habis lagi ni!” panggil salah seorang dari 'konco-konco' Adzreil yang sedari tadi melihat ketua mereka yang tak habis-habis menjual minyak urat dengan cik misi cantik. Sudah-sudahlah tu bos!
Adzreil menoleh. Wajahnya tiba-tiba memerah menahan perasaan malu. Macam mana boleh terlayan perasaan pula di depan 'konco-konconya' dia ni? Menurun lagi percentage kredibilitinya sebagai seorang surgeon yang disegani. Cik misi ni betullah..


Ehem..okay,jalan tengok pesakit.” Adzreil berdehem mencari kredibilitinya balik. Now,serious! Siaplah korang semua kalau tak dapat jawab soalan aku nanti. Kenakan aku lagi!
Adzreil berjalan mendahului 'konco-konconya'. Sempat pula matanya memandang sekilas ke arah cik misi yang sedang duduk mengadap fail. Hatinya sempat berkata. Kalaulah dia hadir dulu di dalam hidupku..


Adelia leka menyusun segala mak nenek kertas di dalam fail secara berperingkat. Naik berpinar matanya memandang ke sana dan ke mari. Sakit kepala dowh..ingat tak sakit ke duk mengadap timbunan fail sejak dari pukul 8 pagi tadi. Sekarang dah pukul 10 pagi. Perut pun dah berkeroncong minta diisi sesuap nasi. Nak berhenti tapi tangan duk ligat lagi mencari kertas dan menyusun. Kejap lagi kot!


Tiba-tiba..


Kau memang macam ini kan!” satu suara kedengaran dicuping telinga Adelia. Dekat sekali. Adelia berpusing pantas dengan kerusi yang boleh di putar senang saja dia berpusing. Terpempan sejenak..
Makhluk ini tak habis-habis membuat sesuatu yang unpredictable..


"Hah!” riak wajah Adelia haruslah terkejut apabila melihat Nik Pasha berada di dalam bilik itu. Mata sempat pula melihat pintu bilik seminar telah ditutup rapat. Adelia langsung tidak menyedari kehadiran Nik Pasha yang persis seperti seorang pencuri. Langsung tiada bunyi.
Nik Pasha betul-betul berada di hadapan Adelia kini. Terpaksalah Adelia mendongak. Sudahlah mamat itu tingginya 6 kaki. Sakit tengkuk dibuatnya melihat secara duduk begitu.


Apa kau buat kat sini?” Adelia hairan.


Nak guna PC ke? Kat luarkan ada banyak lagi.” sambung Adelia tidak menaruh syak yang bukan-bukan. Mungkin PC di luar sudah digunakan oleh doktor lain agaknya sampai ke sini mamat itu masuk. Mengacau je la..


Kau tak faham aku cakap tadi? Aku cakap kau memang selalu macam ini kan?!! Suka mencari perhatian orang! Suka mencari perhatian lelaki! Kau tak ada kerja lain ke?!!” marah Nik Pasha dengan suara yang ditahan-tahan. Cuba mengurangkan volume suaranya seminimum yang mungkin. Kalau tidak bergema satu bilik ini dengan amarah yang membuak-buak. Hangin betul melihat Adelia yang tak sudah-sudah mencari tumpuan dan perhatian lelaki. Budget artis ke? Yang memang kerjanya cari tumpuan dan perhatian. Ini setakat nurse je kot! Lagak macam primadona. Cemuh Nik Pasha. Perasaan geramnya memuncak tidak dapat ditahan.


Apa maksud kau?” soal Adelia tidak mengerti. Apa pasal nak marah-marah ni?!! Adelia bengang.


Kaulah..kenapa datang ke wad berpakaian macam ni? Saja nak tunjuk yang kau ni cantiklah dengan fesyen tudung pelik-pelik kau ni. Konon model tudung la?! Ingat..kau tu cuma nurse!” Mak aii!! Pedihnya kata-kata hinaan Nik Pasha terhadap dirinya. Adelia terkedu. Hatinya cukup tersentap. Ingat aku hadap sangat nak datang ke wad ini kalau tidak pasal kerja. Masalahnya kenapa nak marah-marah aku dengan perkara tidak masuk akal macam ini? Adelia tilik pakaian yang dipakai. Ini baju dua tahun sudah. Jeans yang di pakai lagilah banyak tahun dah dipakai. Lusuh. Tudung ini pulak aku beli sepuluh ringgit je kot di pasar malam. Cara pakai tudung ni aku ikut Dian Pelangi. Salahkah?
Tapi..marahkan aku macam aku pakai baju tak cukup sifat. Terdedah ke? Seksi ke? Aku rasa tak kot! Habis yang dimarahnya aku macam ni sekali,kenapa?


Weh,kau ni kenapa? Aku pakai seksi ke?! Tak pakai baju ke?! Kepala aku nak tutup dengan tudung saji pun apa kau kisah kalau dah itu fesyen tudung masa kini aku nak ikut. Kau apa kisah!!!!” Adelia melawan. Ingat aku nak diam ke? Sorry ek !!


Kau memang saja! Dah gatal sangat?! Nak perhatian lelaki sangat kan..” lengan Adelia dicengkam kuat dan Nik Pasha menarik kuat Adelia ke dalam pelukannya. Adelia yang tidak bersedia dengan serangan tersembam di dada Nik Pasha. Pelukan diperkemaskan. Adelia lemas dan cemas.


Weh,ini hospitallah bongok!” Adelia cuba melepaskan diri siap menghamun Nik Pasha supaya sedar mereka kini berada di hospital. Di dalam bilik seminar dan di sebelah bilik Sister pula tu. Dibuatnya Sister tiba-tiba datang dan melihat mereka di dalam keadaan berpelukan macam ini memang cari nahas. Nik Pasha bagaikan baru tersedar terus melepaskan pelukannya. Entah rasukan mana membuatkan dirinya teralpa pun Nik Pasha tidak tahu. Dia kalah dengan hatinya yang diamuk perasaan marah apabila melihat Adelia yang tidak sudah-sudah mencabar hati lelakinya.


Baik kau keluar sekarang! Sekali Darwina kau datang kau nak cakap apa?!! Nak peluk-peluk pergi cari Darwina kaulah.” Marah Adelia berapi. Penghinaan dan cemuhan Nik Pasha kepadanya membuatkan Adelia terlalu bengangkan Nik Pasha. Maruahnya bagai di pijak-pijak.


Keluarlah,bongok!!!” Adelia menahan suaranya dari menjerit. Nik Pasha memandangnya tajam tanpa sepatah kata. Bagi Nik Pasha dia masih belum berpuas hati. Masih ada perhitungan yang perlu dilangsaikan. Oleh kerana mereka berada di tempat yang salah Nik Pasha perlu pendamkan dahulu. Nanti-nantilah..


Kau lepas kali ini. Lain kali kau buat lagi perkara yang menaikkan darah aku. Siaplah kau!” ugut Nik Pasha tanpa perasaan bersalah. Perasaannya masih berbuku. Adelia perlu diajar supaya jangan terlalu menjaja pesonanya ke merata tempat. Duduk diam-diam tak boleh ke?!! Sudahnya Nik Pasha ingin keluar tetapi sebelum itu tangannya sempat menunjal dahi Adelia perlahan. Pulak dah!


Adelia langsung tidak faham dengan sikap Nik Pasha. Itu cemburukah? Teragak-agak Adelia hendak membuat kesimpulan yang Nik Pasha sedang dikuasai perasaan cemburu. Adelia takut dia tersalah tafsir. Apa sikap yang nak ditonjolkan oleh Nik Pasha itu sebenarnya? Kekuasaannya sebagai suamikah? Buntu.


Suraya dengan muka bersahaja merampas buku request cuti dari Adelia yang sedang rancak menulis. Adelia hangin! Dahlah kepalanya sakit melayan angin Nik Pasha yang pelik dan mengadap fail yang menimbun membuatkan Adelia sikit lagi nak termuntah hijau dibuatnya. Minah senget ini menguji kesabarannya ditengahari ini pula. Adoila..kesabarannya rasanya sudah berada di takat sikit lagi nak ke sifar. Sabar hati! Sabar Jiwa!


Tengok ni! Adel nak cuti panjang...” Suraya berlelucon memanaskan hati. Ingat lucu sangatlah tu!


Bak sini Suraya!” Adelia malas nak naikkan volume suara kerana dia dah penat mengadap perangai jelik Nik Pasha hari ini. Dia kalau boleh nak cepat-cepat cabut dari wad itu. Kalau tak diingatkan Sister nak mengambil buku request untuk roster baru tak ada makna nak lepak di kaunter dengan Suraya yang otak tak berapa nak betul ni.


Kau nak pergi mana ni start dari hari Jumaat sampai ke selasa ni?” soal Suraya kecoh. Nik Pasha yang kebetulan berada berhampiran memasang telinga. Cuti panjang? Nik Pasha terngadah mendengar Adelia yang tidak akan berada di wad beberapa hari. Dia rasa kehilangan pula.


Tak payah nak sibuklah Suraya!” Adelia malas betul nak melayan perangai Suraya. Aku punya cuti ikut suka mak tiri atuk jiran nenek akula nak pergi mana pun. Adelia lantas bangun. Baik dia blah..


Adelia amat memerlukan cuti yang panjang untuk menghilangkan stress yang melanda perasaannya kini. Jadi,ajakan Cikgu Hisyam untuk berkonvoi ke Pantai Timur dia bersetuju. Bawa diri jauh-jauh dari lelaki bernama Nik Pasha. Itu pilihan yang dia rasakan bagus ketika ini.
Perasaannya cukup terdera..


Friday 22 June 2012


Bab 16: Di Penghujung Cintaku..Adelia


Pagi esoknya Adelia bertugas shif pagi..


The bad news..Nik Pasha HO incharged Ortho di wadnya. Jadi,bagaikan satu sumpahan pula Adelia rasakan. Iyelah,orang yang sebolehnya dia tidak mahu bertemu sentiasa berada di hadapan batang hidungnya pula. Buat-buat bodoh je la. No way out! Face it! Adelia yang kuat..
Yang tak boleh blah tu rupa-rupanya HO yang disebut-sebut dan digembar-gemburkan oleh budak-budak wad yang kononnya handsome melampau itu adalah Nik Pasha rupanya. Handsome sangat ke?! Adelia mencebik. Suraya yang juga bertugas pagi bersama dengannya lagilah buat Adelia menyampah. Tergedik-gedik!
Malas nak di pandang makhluk poyo dua orang itu Adelia dengan berbesar hati offer diri pergi mengambil Penjaga Gawang Malaysia di OT lagi bagus. Fairul Fahimi telah selamat menjalani pembedahan.


Bersama dengan Encik Murad PPK wad sedang menunggu Fairul Fahimi di muka pintu OT. Dari luar pintu kaca pemisah Adelia dapat melihat dua orang nurse menolak Fairul Fahimi keluar. Pintu kaca yang memisahkan kawasan suci hama dengan kawasan biasa terbuka apabila kedua nurse OT membuka pintu kaca dari dalam. Suhu sejuk dari dalam OT menyerbu ke wajah. Brrr..sejuknya! Macam duk oversea je rasanya. Adelia dan Encik Murad sudah bersedia dengan stretcher pesakit di luar. Stretcher di letakkan di luar garisan merah. Jangan tersalah masuk tidak pasal-pasal free kena marah dengan nurse OT pula nanti. Maklumlah itukan wilayah jajahan mereka. Hehe..tetapi sebenarnya mereka begitu strict tentang kebersihan kerana tidak mahu semikro kuman tahap paling nano pun tidak akan menembusi dinding OT kalau boleh. Meminimumkan faktor pembawaan kuman. Oleh kerana itu,bilik OT tertutup dan sejuknya melampau kerana kuman tidak dapat membiak di dalam suasana sejuk. Waktu menjadi student nurse dulu pernah posting di dalam OT dan pernahlah merasai kesejukan OT yang tahap melampau itu. Menggigil! Sudahlah OT suit sahaja yang dibenarkan memasuki OT bukannya tebal pakaian itu. Mau menggigil sakan macam duk negara omputih bermusim sejuk. Bila diri tidak dapat menahan kesejukan melampau mulalah mencari warmer. Macam anak ayam kesejukan duduk di bawah warmer. Hehe..kenangan..
Teringat akan Dr Irfan Farel. Agaknya Dr Irfan buat apa di dalam ye?! Pasti sedang menidurkan pesakit selena yang mungkin supaya tidak merasai kesakitan walau sedikit pun. Tugas Anaest menidurkan pesakit dan menzerokan sensori sakit sepanjang pembedahan berjalan membuatkan Adelia kagum. Bukan sebarang orang yang boleh memikul tanggungjawab itu. Teringin Adelia melihat Dr Irfan dengan suit lengkap OT siap dengan memakai facemask. Nampak seperti seorang pejuang...?!! POWER RANGER..Hehe..Ikhlas ni pejuang yang bertarung dengan skil-skil perubatan untuk menyelamatkan nyawa manusia. Mulia bukan!


Fairul Fahimi selamat dipindahkan ke katil di dalam wad. Fairul Fahimi nampak masih bingung dengan kesan bius masih belum hilang sepenuhnya. Adelia sempat menilik wajah Penjaga Gawang Malaysia yang terkenal itu. Memang handsome tak hengat! Mata Fairul Fahimi masih tertutup di pandang. Keningnya tebal. Hidungnya agak mancung. Bibirnya merah nampak sangat bukan perokok tegar. Suka hati nak tilik lelaki lain. Ingat sikit awak tu isteri orang tau. Adelia sengih.
Selepas merapikan Fairul Fahimi dengan selesa. Adelia keluar sempat terpandangkan Nik Pasha yang sedang mengadap PC. Suraya pula berada dekat dengan lelaki itu berusaha mencuri perhatian Nik Pasha yang terkenal dengan stone itu. Adelia nak tergelak pun ada, berusaha kuatlah Suraya. Adelia berlalu ke pantry mencari ais di dalam peti sejuk untuk diletakkan di dalam tabung Cryocuff. Cryocuff itu nanti akan diletakkan ke atas lutut Fairul Fahimi yang telah di bedah supaya dapat mengurangkan bengkak dan sakit. Tanpa menghiraukan Nik Pasha, Adelia masuk lagi ke dalam bilik Fairul Fahimi untuk meletakkan Cryocuff. Sewaktu memasuki bilik itu Adelia dapat mendengar Fairul Fahimi sedang mengerang sakit. Aik! Cepatnya ubat bius dah hilang. Adelia senyum ke arah Fairul Fahimi yang sedang berkerut mukanya menahan sakit yang amat.


Encik,dah berasa sakit?” soal Adelia dengan lembut.


Sakit sangat ni,nurse! Tak tahan saya!” adu Fairul Fahimi dengan suara tertahan-tahan.


Encik,boleh bagi tahu saya tahap kesakitan Encik rasa dengan skor sakit ye. Tak sakit – Skornya Kosong! Kalau sakit sangat sampai tak boleh tahan – skornya 10. Antara 0 hingga 10 skor Encik berapa?” soal Adelia. Soalan lazim Adelia berikan kepada Fairul Fahimi supaya senang doktor membuat penilaian untuk diberikan ubat penahan sakit nanti.


Sepuluh,nurse! Sepuluh! Please quick! Saya betul tak boleh tahan ni.” ujar Fairul Fahimi. Kakinya sekarang berasa disiat-siat. Mak! Abah! Sakit ni..
Depan awek Fairul Fahimi seboleh-bolehnya cuba berlagak dia masih boleh bertahan. Kalau menangis kan haru..dahlah awek cun. Jatuh saham oii..Tapi..sakit yang amat ni.


Okay,saya letakkan cryocuff ini di atas lutut yang sakit tu. Ini pun boleh buat sakit kurang sedikit. Rasanya sejuk. Encik bertahan ye saya nak beritahu doktor ubat apa nak diberi.” ujar Adelia sambil meletakkan dahulu cryocuff di lutut Fairul Fahimi.


Okay,tapi awak cepat tau! Saya takut lutut saya ni tercabut pulak pasal sakit sangat.” Fairul Fahimi masih sempat berlucu di dalam kesakitan. Awek cun punya pasal..


A.S.A.P! Don't Worry!” Adelia sengih dan terus keluar. Nak inform keadaan pesakit dengan Dr Nik Pasha yang lemah ni. Nik Pasha masih mengadap PC. Adelia datang dekat. Suraya entah ke mana. Putus asa ke?!!


Dr Nik! Pesakit Fairul Fahimi tu tak tahan sakitlah. Skor sepuluh. Nak bagi analgesic apa?” soal Adelia dengan muka tanpa riak. Formal. Nik Pasha yang sedang menaip mendongak ke arah Adelia. Keningnya terangkat. Wajah kerek terpamer.


Pardon!” Nik Pasha sengaja buat pekak.


Patient Fairul Fahimi in pain. Pain score is ten. What should I give him,doc? Pethidine? Morphine?”soal Adelia dengan muka malas. Sengajalah tu nak tunjuk dialah doktor. Poyo!


You follow post op plan analgesiclah! Itu pun nak beritahu ke?” masih dengan kerektor doktor poyonya. Saja nak kenakan Adelia. Sikit pun tak dipandangnya Adelia. Sombong!


Okay,doc! Sorry interrupted you!”Adelia berasa dialah manusia yang paling bodoh sekali. Dah tentulah kena tengok post op plan pesakit. Buat apalah mulutnya ringan sangat bertanya dengan makhluk itu. Kan dah kena! Saja je la! Tak pasal mamat tu ingat aku saja nak cari peluang bercakap dengan dia. Oh..mintak simpanglah! Gumam Adelia.


Adelia cepat mencari PC dan mencari post op plan Fairul Fahimi. IM Pethidine 75mg TDS. Okay..Adelia terus ke bilik injection dan menyediakan ubat penahan sakit. Ketika ini Adelia berasakan mukanya pijar dek malu. Macam mana boleh buat muka tak tahu malu ni. Adelia tepuk mulutnya dua,tiga kali. Aku ni hadap sangat ke nak bercakap dengan dia tu. Tak kuasa!
Adelia ke bilik Fairul Fahimi semula dengan membawa jarum suntikan. Sewaktu keluar dari bilik injection Nik Pasha sudah tiada di depan PC. Aman dunia..


Encik,saya nak bagi injection ni.” beritahu Adelia.


Okay,nurse!” Fairul Fahimi setuju tanpa banyak soal.

Saya nak bagi injection ini di punggung ye!” beritahu Adelia lagi dengan muka selamba. Mata Fairul Fahimi tiba-tiba menjadi bulat. Terkejut mendengar kata-kata cik misi yang cun. Kat punggung?!! Biar betul!!!


Eh,kenapa di punggung?” soal Fairul Fahimi tidak percaya. Seganlah awek cun cucuk bontot! Tak mau! Tak mau! Fairul Fahimi geleng kepala.


Memang kena cucuk dipunggung.”Adelia garu kepala. Dah tentulah di punggung takkan kat lengan kot. Tak sesuai dengan dos ubat dan kekuatan ubat. Adelia pandang wajah Fairul Fahimi yang tergeleng-geleng.


Tempat lain tak boleh ke?”Fairul Fahimi malu tetapi sakit yang sedang bermaharajalela semakin menjadi-jadilah pulak. Lutut yang dibedah pula seperti sengaja menaikkan darjah kesakitannya supaya bersetuju saja hendak dicucuk di mana-mana misi suka. Oh..


Pain killer ni strong,Encik! Kawasan yang sesuai cuma di otot yang tebal. Otot yang tebal punggunglah,Encik!” terang Adelia cuba memujuk. Macam anak kecillah pulak takutkan injection. Alooloolo..Bucuk! Bucuk! Adelia mengajuk jahat di dalam hati.


Yeke,nurse!” Adelia angguk. Fairul Fahimi telan liur. Ini kena berserah je la ni. Tak ada jalan lainlah ni. Fairul Fahimi rasakan wajahnya panas. Malu kawasan privasi jadi bahan tontonan cik misi cun. Fairul Fahimi rasakan pasaran saham terhangatnya jatuh merudum.


Inject sajalah nurse!” pahit air liur dirasakan oleh Fairul Fahimi ketika bersetuju.


Sila pusing ke arah sana ye,Encik!” arah Adelia. Jarum suntikan diambil di dalam tray. Fairul Fahimi telan liur dan berpusing sedikit. Nak pusing banyak kaki tengah sakit. Disengetkan sedikit punggungnya. Bila kain menutupi punggungnya diselak sedikit Fairul Fahimi lagi menelan liur. Kali ini macam batu dia rasakan. Gulp!!!


Auwww!!” secara tidak sengaja Fairul Fahimi menjerit sakit bila tusukan jarum masuk ke dalam kulit. Adelia nak tergelak pun ada tetapi ditahan di dalam hati. Badan tough tapi hati kecik! Inject je kot! Bukannya apa pun..


Okay,Encik! Rehat ye! Encik tak boleh makan berat lagi. Kalau nak minum sikit-sikit jangan minum banyak-banyak terus takut termuntah. Kesan bius belum hilang sepenuhnya lagi sekarang” nasihat Adelia sambil merapikan Fairul Fahimi dengan selesa. Fairul Fahimi senyum. Perasaan malu dia tolak jauh-jauh. Buat muka selamba. Inilah gadis pertama yang melihat kawasan privasinya. Akan diingat sampai bila-bila. Harus! Wajah yang jelita ini kalau dia terlupa memang dia sudah nyanyuk di usia muda.


Okay,nurse!” Fairul Fahimi senyum. Awek cun macam ni takkan nak pandang saja kot!


"Rehat ye!” Adelia segera berpusing dan belum sempat dia mengatur langkah tangan Adelia di sentuh. Adelia pantas menjatuhkan matanya ke arah tangannya. Fairul Fahimi dengan selamba memegang tangan Adelia. Walapun pegangannya lembut tetapi membuatkan Adelia tidak menyenanginya. Suka hati nak sentuh-sentuh pulak! Adelia tarik tangannya pantas. Tak suka!


Terima Kasih Adelia!” Fairul Fahimi berterima kasih dengan senyuman tidak lekang dibibir. Walaupun sakit masih beraja tapi wajah harus tunjuk macho.


Tak pe!” Adelia ingin segera keluar. Merenyam tak hengat jugak ahli sukan ni. Ingatkan baiklah tapi hampeh. Sempat tu ambil kesempatan dalam tengah sakit-sakit. Suka hati mak tiri atuk sebelah nenek jiran rumah kau je nak pegang-pegang aku. Adelia mendengus geram.


Nurse! Wait..” Fairul Fahimi menahan Adelia dari keluar. Adelia yang dah hampir memegang tombol pintu menoleh dengan riak tidak senang.


Awak wanita pertama yang melihat peribadi saya dan saya akan pastikan hanya awak seorang yang dapat melihat peribadi saya selamanya.” Fairul Fahimi berkata dengan penuh keyakinan. Seakan berjanji dengan diri.


Hah!” tercengang Adelia dengan bicara Fairul Fahimi yang tiada ribut tiada angin tiba-tiba nak berdramatik ala-ala K-Drama pulak dengannya. Sedar ke tidak Penjaga gol ini atau ubat bius masih belum hilang sepenuhnya? Lalok lagi ke? Aku bagi tadi Pethedine je kot! Takkan khayal macam kena Valium pulak.


Encik! Rehat ye! Tidurlah..”Adelia menyuruh Fairul Fahimi tidur. Tanpa mahu mendengar apa-apa lagi Adelia terus keluar. Hai..Pesakit! Pesakit!


Selepas shif pagi berakhir..


Adelia mengambil beg galas di dalam loker. Selesai pass over report Adelia terus cabut. Lelah nak melihat adegan boring antara Nik Pasha dengan Darwina yang boleh pulak berkepit di wad. Tengahari tadi tiba-tiba muncul Darwina dengan bungkusan makanan untuk si kekasih hati. Mata Adelia berbulu melihat Nik Pasha tanpa paksa tersenyum lebar bila ditapau makanan oleh si buah hati. Senyum tanpa paksaan! Untuk aku..dulu tu ikhlas ke? Hm..
Darwina agak terkejut melihat dia juga berada di wad yang sama dengan Nik Pasha bertugas. Darwina sekadar tersenyum tiada sapaan. Melihat mereka berdua itu berlalu ke pantry di depan mata Adelia berasakan sesuatu. Hatinya berdegup tidak senada temponya dah lari lintang-pukang entah ke mana.
Suraya cuma ternganga O besar melihat Nik Pasha yang tersenyum ke arah Darwina. Patah hati ke?!! Itu baru kekasih hati Nik Pasha dan aku isterinya harus Suraya pengsan terus tak bangun agaknya. Itu Suraya..aku pula??!!


Adzreil baru hendak membuka pintu kereta tatkala melihat jururawat yang mencuri perhatiannya sejak akhir-akhir ini terpamer di matanya. Gadis itu bergaya dengan jaket kulit dan helmet fullface ditangan sedang menghampiri motosikal berkuasa tinggi berwarna putih. Adzreil memerhati. Adelia dilihatnya lagi sedang membuka segala mak nenek kunci yang ada pada motosikalnya. Kemudian menaiki motosikal berkuasa tinggi itu dan di hidupkan enjin. Helmet fullface di pakaikan dikepala. Bunyi deruman motosikal yang di pulas minyak kedengaran. Adzreil tergamam. Dahsyat tak hengat nurse ni!! Bila dengan penuh bergaya Adelia mengendalikan motosikalnya. Adzreil kagum. Jururawat itu memang sesuatulah..


Saturday 16 June 2012


Bab 15: Di Penghujung Cintaku..Adelia

Tertoleh kepalanya ke sana dan ke sini cuba melihat jika makhluk Tuhan yang dia tak nak jumpa kotlah ada di mana-mana. Buat mamat tu tiba-tiba muncul memang harulah. Baik ambil langkah precaution mengelak sebelum terjumpa mamat tu. Tak sanggup! Baik tak payah jumpa sampai bila-bila pun tak apa. Jadi invisible pun bagus jugak ni tapi mustahillah. Kot ye pun realitikanlah sikit! Inikan kehidupan yang sebenarnya bukan drama tv atau novel. Hakikat! Tapi..tak sanggup! Kang jumpa mesti awkward tak sudah. Nik Pasha bukan boleh ditelah mysteriousnya tak sudah. Adelia nampak line clear. Kawasan dalam jangkauan mata nampak bebas dari anasir Nik Pasha. Okay,baru boleh berjalan dengan selesanya. Bukan nak menyorok cuma kalau boleh tak nak ada eye contact atau apa-apa contact lagi dengan mamat tu. Dahlah sikit masa lagi nak bercerai. Lebih baik jarakkan diri sejauh yang mungkin.

Adelia menilik smartphonenya seketika kerana ada mesej masuk. Siap sebelah tangannya bercekak pinggangnya yang langsing. Adelia melihat mesej di skrin. Oh..dari Cikgu Hisyam rupanya. Hehe..Adelia berpusing 360 darjah selepas selesai membaca pesanan ringkas itu. Sekali terpandang surgeon kerek siapa lagi kalau bukan Mr Adzreil tu. Siap boleh pandang antara satu sama lain sebelum berselisih. Dalam gerakan lambat bayangkanlah..
Boleh pulak terjumpa surgeon poyo ni memang tak boleh hadaplah. Sengal! Adelia mencebik. Tak sesuai langsung!Adelia cepat-cepat masuk ke dalam lif apabila ada lif yang terbuka. Okay,selamat! Hehe..
Apa punya penakutlah..Eh,aku tak takutlah! Cuma..entah..aku sebenarnya takut dengan diri sendiri kut! Takut tersalah jatuh di tempat yang salah. Tak salah bukan jika berfikir sedemikian. Adelia termangu sendiri di dalam lif. Fikirannya melayang tak tentu hala. Teringat perangai Nik Pasha yang merimaskan Adelia sewaktu berjumpa dengan Abang Luqman. Suka hati nak peluk-peluk nak pegang-pegang. Abang Luqman pandang semacam je. Jatuh saham aku! Dahlah Abang Luqman tak tahu aku ni dah kahwin. Mesti Abang Luqman fikir yang bukan-bukan tentang aku. Adelia mendengus geram bila mengingati kembali perangai Nik Pasha.
Tapi..Bila berada di rumah pula mamat tu stone je tak cakap apa. Sudahnya Adelia malas nak melayan terus masuk tidur di dalam bilik tak keluar-keluar lagi. Lantaklah..mamat tu nak tidur macam mana. Pagi-pagi hantar Nik Pasha ke hospital pun mamat tu tak banyak bunyi. Adelia je yang heboh bertanya itu dan ini. Buat malu je! Dahlah mamat tu blah macam tu je terima kasih pun tidak. Tak mengenang budi langsung. Hangin satu badan! Lepas ni jangan harap nak tolong. Bila fikir balik memang itulah perangai azali Nik Pasha yang selalu menyakitkan hati. Bukan sesuatu yang baru..

Adelia ceria melangkah masuk ke dalam wad. Suasana wad kelihatan lain. Tengok kawan sekerja nampak happy semacam je buat Adelia tertanya-tanya. Kenapa ek? Adelia senyum melihat Edlin sedang rancak berborak dengan Suraya dan beberapa staf yang lain. Apalagi..

Rancak borak! Apa yang happy sangat ni?” tanya Adelia nak tahu. Mereka berdua itu cuma tersengih. Adelia semakin nak tahu. Gaji naik ke? Atau dapat bonus? Haha..ini belum hujung tahun lagi jadi macam mustahil. Adelia angkat kening ke arah Edlin. Tak sabar nak tahu.

Ada Adel ni habislah.. tak dipandangnya kita.” kata Suraya macam tak puas hati. Gadis itu pandang Adelia atas dan bawah. Lagi buat Adelia penasaran nak tahu. Apa ni? Tak fahamlah..

Apa?! Jangan buat aku suspen!” Adelia tanya lagi dengan wajah suspen tak hengat.

Tak ada benda penting sangat pun just adalah dua orang mamat handsome ni. Actually,melampau handsomenya ada kat dalam wad ni. Sorang HO baru posting and satu lagi patient.” beritahu Edlin dengan wajah teruja yang amat sangat. Edlin dan Suraya tersengih-sengih pasti sedang membayangkan wajah dua orang lelaki yang dikatakan handsome melampau itu. Adelia pula..Ceh..ingat apa! Rupanya pasal lelaki. Haru betullah..

Aku ingatkan apalah..” Adelia mencebik. Setakat lelaki handsome je kot. Hati belum tau handsome ke tidak macam makhluk Tuhan yang seorang itu. Tak mengenang budi punyer orang!

Eh,kau tak tengok lagi! Yang HO tu memang handsome tak hengatlah Kak Ain yang dah kahwin yang hati kering tu sekali nampak je terus cakap handsome. Ini pulak kita yang bujang trang tang tang ni. Yang patient tu pulak kau mesti kenal selalu nampak kat tv penjaga gol Harimau Malaya Fairul Fahimi yang banyak kontroversi tu. Bila tengok live handsome tak hengat jugak badan dia berketul-ketul. Hai..” Sambung Suraya pula dengan wajah keterujaan melampau. Macam tak pernah tengok lelaki handsome. Nampaknya wad ni dah kebanjiran lelaki handsome. Itu yang dapat syndrome perasanitis semua nurse di wad ni. Adelia berasa nak tergelak dengan statement 'Kita yang bujang trang tang tang ni' iyolah tu..bujanglah sangat!

Yelah,handsome!” Adelia buat muka poyo. Semua lelaki budget nak handsome muka yang suam-suam kuku bagaimana pula? Diskriminasi betullah..

Jangan kau pulak yang terlebih sudah bila tengok mamat dua orang tu dahlah.” Suraya mencebik. Budget cantik sangatlah tu! Suraya memang mencemburui Adelia kerana selalu menjadi tumpuan. Adelia pandang wajah Suraya yang mencebik ke arahnya. Aii..budak ni! Selalu buat aku hangin je la!

Terlebih sudah..” Adelia mengajuk cara percakapan Stacy. Siap tergelak sakan saja nak menyakitkan hati Suraya yang terlebih-lebihlah pulak. Aku tak lebih-lebih suka hati cakap aku terlebih pulak. Apada..pasal mamat handsome pun nak bertikam-lidah.

Adelia..” Suraya geram.

Yelah! Yelah! Handsome! Handsome! Nanti aku pergi tengok mamat dua orang tu. Kalau berkenan terus aku buat pakwe.” Adelia berlawak. Cakap di mulut je. Nak berpakwelah sangat. Suami seorang itu pun dah cukup buat hidup dia tunggang-langgang. Mintak ampun..

Eh,jangan nak menggedik ye Adel! Kasi can orang lain pulak. Asal handsome kau je nak rembat.” Suara Suraya makin serius. Apa tidaknya hatinya selalu panas apabila ada HO baru posting di wadnya bertanya siapa Adelia dan nak berkenalan bagai. Aku yang kat depan mata yang begini vouge tak di pandang. Nak jugak kenal dengan budak yang perasan Yunalah, Hana Tajimalah, Dian Pelangilah. Maklumlah Adelia kalau bab bertudung memang ikut fesyen semasa. Kerana bertudung itulah yang membuatkan Adelia yang sedia cantik bertambah-tambah cantik. Menjuih mulut Suraya yang tak berapa Angelina Jolie itu.

Weh,aku tak ke bulur jantan handsomelah. Aku suka lelaki baik hati je rupa jatuh no.2 tapi kalau rezeki dapat lelaki baik hati dan handsome bonuslah tu.” Adelia gelak lagi saja menaikkan darah Suraya. Adelia sebenarnya tak faham dengan sikap Suraya yang selalu tidak berpuas hati dengan dirinya. Ada saja perkara yang membuatkan gadis itu tidak senang dengannya. Selalu sangat mencari pasal dengannya. Mulut Suraya yang selalu mengadu-domba perihalnya dengan rakan sekerja memang buat Adelia bengang dan sakit hati. Hari-hari ada saja hal yang sampai di telinganya. Yang paling tak boleh dengar tu siap cakap dirinya ada hubungan dengan banyak lelaki. Ingat aku ni playgirl apa!

Eh,korang ni macam nak bergaduh pulak!” Edlin menyampuk di tengah perbualan Adelia dan Suraya. Nampak wajah Suraya yang sekejap merah sekejap pink itu membuatkan Edlin harus menghentikan perbualan yang tiada faedah itu. Dia pun tak faham kenapa Suraya anti sangat dengan Adelia.

Mana ada! Aku bergurau jelah dengan Suraya ni. Kalau tak boleh bergurau duk suraulah.” Adelia tidak putus asa menaikkan darah Suraya. Itulah siapa suruh tuduh aku macam-macam. Ingat aku hadap sangat lelaki handsome. Takut nauuu..aku potong jalan! Aku dah kahwinlah! Handsome laki aku,kau tak tengok lagi mau tersungkur berdarah hidung tengok Nik Pasha. Kalaulah..Nik Pasha itu benar-benar suaminya harus dia tayang pada Suraya sampai muntah budak tu. Biar puas hati! Tak sudah-sudah nak cemburu.

Dah! Jom,amik report ni!” panggil Kak Mira yang sudah bersedia di tepi laptop. Bosan dengan perangai gedik Suraya yang menyemakkan mata semua orang. Hari ini pesakit taklah ramai sangat tetapi nak melayan pesakit yang berkelas satu itu yang meletihkan sangat tu. Dah namanya kerja hadap je la! Nasib baik hari ini ada pencuci mata yang menyegarkan urat saraf dari selalu tension yang entah apa-apa duk melayan kerenah pesakit yang entah apa-apa. Hehe..

Okay,semua dah sedia ke?! Suraya! Kau balik jelah dulu..tak payah tunggu report habis.” halau Kak Mira malas nak melayan kerenah Suraya yang entah apa-apa itu. Menggedik je pandai! Kerja cincai! Buat kerja nak dipantau selalu. Kalau dibiarkan akak senior ini jugak yang kena dengan sister kalau ada yang tak kena.

Iyelah kak!” Suraya sengih gembira dilepaskan awal. Sambil itu sempat dia mencanang aktiviti petangnya nanti saja nak show off. “Petang ni aku ada facial tau korang semua. Esok korang semua mesti jealous tengok muka aku yang vouge da vas ni dah licin dan gebu” Suraya gelak dibuat-buat. Semua orang yang ada di situ mencebik. Semua yang ada menyampah betul dengan minah seorang itu. Memang dah terkena wabak PERASANITIS betullah..

Muka macam tak cukup acuan ada hati nak cakap vouge da vas.” JM Alia mengajuk cara percakapan Suraya apabila kelibat Suraya sudah tiada. Meluat tak hengat! Semua yang ada ketawa mengekek. Tak faham ada juga manusia macam itu di dunia ni. Pendengki no.1! Reporter tak bertauliah no.1! Semua bagi kat dialah! Giler kuasa!

Kau kena sabar Adel! Dia memang anti sangat dengan kau. Ada je perkara nak mengata kau tapi kami tahu kau bukanlah macam tu.” ujar Kak Mira. Kesian pula pada Adelia yang selalu menjadi mangsa mulut jahat Suraya.

Biarlah,kak! Dia ada mulut! Janji korang tahu siapa Adelia sebenarnya dah cukup.” ujar Adelia dengan senyum nipis. Ada lagi makhluk Tuhan yang paling menyakitkan hati dari si minah gedik itu siapa lagi kalau bukan orang yang tak megenang budi itu. Nik Pasha!

Okay,kita mula dengan Fairul Fahimi penjaga gol Harimau Malaya ni. Umur 26 tahun. Handsome tak hengat!” sempat pula Kak Mira memuji. Semua yang mendengar tergelak. Boleh tahan juga Kak Mira ni. Ingat kat cik abang kat rumah tu kak oii!!

Diagnosed Meniscus Tear and ACL Tear. Esok nak buat operation Meniscus tear repair and ACL Recon under Mr Adzreil. Kes pertama confirmed with Stafnurse GOT Farhana. Anaest for pre med and Mr Adzreil will see patient PM. To inform HO Dr Nik for insert branula and taking pre operation blood for CM. Consent blood and Operation require MO to counter sign” panjang lebar penjelasan Kak Mira mengenai penjaga gawang Malaysia ni. Adelia tekun mendengar dan mendengar report pesakit dari Kak Mira.

Adelia mula melakukan kerja di wad setelah selesai mendengar dan mencatat report. Perkara pertama telefon klinik untuk mengambil appointment pesakit. Selesai. Kedua memberi ubatan kepada pesakit. Selesai. Ketiga menerima pesakit dari department lain untuk ke kelas pertama. Dalam progres. Bukan seorang dua yang nak masuk ke kelas pertama tetapi perlu ikut turutan siapa dululah. Ke empat discharged pesakit. Ke lima..ini yang malas..nak kena call Mr Adzreil untuk melihat pesakitnya. Dari tadi tak nampak batang hidung. Dah tahu pesakit dah masuk tu datanglah cepat ini nak kena bertelefon bagai. Haish..Si HO incharged Ortho ini pun dah sama naik dengan bossnya sampai sekarang tak nampak batang hidung jugak. Tahulah incharged bukan total di wad ini tetapi kat atas ini pun nak kena tengok jugak. Ini pun nak..haish..

Adel! Dah call HO Dr Nik ?” soal Irma rakan sekerja yang sama bertugas pada petang itu.

Belum! Nak calllah ni.” ujar Adelia sambil memegang telefon dan menekan operator. Apabila sambungan di sambung kepada doktor yang hendak dihubungi. Adelia menunggu talian di jawab. Menunggu siap boleh dengar lagu caller ringtone Fiction B3EAST pulak tu. Teringat Nik Pasha yang terjatuh hati dengan lagu itu ketika di kedai mamak.

Hello!” suara lelaki kedengaran buat Adelia sedar akan kelekaannya. Eh?!!

Hello! Ini Dr Nik Ke?” soal Adelia. Mana tahu tersilap dail ke operator ni.

Ye,saya!” jawab suara itu. Adelia terangkat keningnya mendengar suara yang seakan dikenali. Takkanlah dia kut?!

Er..Ini dari wad 8 Mawar ni ada Pesakit nak di masukkan branula dan ambil darah pre op,doktor!” beritahu Adelia dengan suara agak bergetar. Tak kot! Bukan dia..

Okay,saya datang!” doktor itu tidak banyak soal dan menyetujui untuk datang.

Okay,thanks!” Adelia letak telefon. Termenung seketika..

Adel! Mr Adzreil datang tu kau follow ye!” Irma terus letak tanggungjawab besar di bahu Adelia. Takut nak mengikuti surgeon berangin itu berjumpa pesakit.

Irma! Kau nikan..” Adelia tak sempat habis cakap muncul wajah kerek yang selalu lokek dengan senyuman di hadapan mereka. Berdiri dengan penuh karisma tanpa senyum. Walaupun gayanya begitu mengujakan hati wanita tetapi dengan kerektor seperti hampeh. Haram tiada siapa nak dekat. Dia ni angin kus-kus selalu tak pernah nak ceria. Kenapa ek?!! Muncul soalan dibenakknya. Apa yang menyebabkan lelaki ini begini? Kalau serius dengan kerjaya pun takkanlah sampai teruk sangat perangai anginnya macam ada sesuatu..

Tanpa disedari Adelia merenung tepat ke arah Mr Adzreil. Lama. Adzreil yang sudah lama tidak direnung oleh perempuan terkedu seketika. Jururawat di hadapannya ini sering menaikkan darahnya setiap kali membuat rondaan melihat pesakit. Ada saja nak dijawabnya. Malah terlalu berani bersuara jika tidak berpuas hati jika dia memperlekehkan kerja jururawat. Adzreil terpesona melihat kejernihan anak mata jururawat itu. Hitam dan bersinar. Melekakan mereka berdua berpandangan antara satu sama lain. Tenggelam di dalam fikiran yang menerawang entah ke mana. Sesuatu yang baru sedang menyuntik ke segenap salur-salur darahnya meningkatkan hormon endorphine melajukan pecutan jantung apabila adrenalin mula menjalankan peranannya yang memuncakkan emosi Adzreil. Sudah lama perasaan itu pergi kini pencetusnya ada di hadapannya masih di dalam lamunan.

Ehem..” ada deheman mengganggu kelekaan mereka berdua. Adzreil dan Adelia sama-sama memandang ke arah empunya suara. Mulut Adelia dah macam O besar dah ni. Siapa lagi kalau bukan suami 'tersayang' sedang memandangnya dengan pandangan tajam. Hai..ingatkan boleh mengelak tetapi harapannya tidak ditunaikan oleh Allah nampaknya. Mahu atau tidak mahu. Rela atau tidak rela. Nak tak nak. Hadap je la! Adelia berlagak selamba. Ingat Adelia! Ini budak tak mengenang budi punyer orang!!!

Bos! Sorry lambat,ada hal kat wad periphery yang lain.” beritahu Nik Pasha. Matanya sempat dijelingkan ke arah Adelia yang tadi bukan main lama bermain mata dengan surgeon Ortho yang boleh tahan kacak ini. Nik Pasha tidak menyukai apa yang dilihatnya. Budak inikan tak sudah-sudah menggetarkan hati semua lelaki. Cuba duduk diam-diam di dalam wad ini. Mata tu jaga. Tingkah tu jaga. Ini tidak dengan lenggang-lengguk berjalan pun mengundang banyak mata memandang membuatkan Nik Pasha panas hati. Apa yang ada pada budak itu pun tidak tahu?! Diam-diam dari jauh Nik Pasha pernah memerhati Adelia. Berbulu matanya melihat bukan sedikit duk bertegur sapa dengan Adelia sepanjang berjalan nak ke wad kalah pak menteri. Pesona Adelia keterlaluan. Nik Pasha berasa nak disarungkan jubah besar ke badan Adelia yang langsing dan menggiurkan dari tatapan mata lelaki. Dengan uniform jururawat yang mengikut bentuk badan menyeksakan hati lelaki Nik Pasha jika melihat mata lelaki lain memandang nakal. Dahlah putih! Rasanya nak je komplen kat kementerian kesihatan supaya menukarkan saja uniform jururawat kepada jubah dan purdah. Itu lagi bagus! Macam kat Arab tu.

Tengok Ct scan pesakit ini dulu bos! Reportnya dah keluar.” Nik Pasha berlalu ke arah PC di kaunter jururawat lalu duduk dan membuka profile pesakit. Adzreil mengikuti Housemannya dan sama duduk. Sewaktu hendak melabuhkan duduknya Adzreil sempat memandang Adelia yang sedang menarik troli round. Lenggang-lengguk Adelia membawa troli itu membuatkan mata Adzreil menakal. Boleh tahan jugak nurse ni! Hati kecil nakal Adzreil berkata. Adelia dikala itu sedang menyiapkan troli round dengan dressing towel kerana nanti hendak di buka wound pesakit. Adelia tidak perasan tingkahnya diperhatikan.

Nik Pasha pula dah menyirap dengan kenakalan mata surgeon yang terkenal tiada perasaan sehingga dipanggil RoboDoc oleh houseman yang lain. Ish..dia ni! Korek biji mata tu kang! Adelia ini pun satu. Sekeh karang!

Bos! Tengok ni!” Nik Pasha bersuara berusaha mengalihkan perhatian surgeon Ortho itu. Adzreil berpaling dan berlagak seselamba yang boleh walaupun tertangkap berpandangan nakal dengan nurse comel-lote. Sedikit sebanyak menurunkan percentage kredibilitinya sebagai surgeon yang disegani. Ini pasal nurse itulah. Lain macam saja perasaannya ketika ini. Suntikan endorphine begitu menyengat.

Di kamar pesakit yang terkenal dengan kejaguhannya di dalam arena sukan bola sepak. Fairul Fahimi penjaga gawang Malaysia begitu tenang menyandarkan badannya di katil yang di pro-up 90 darjah. Dengan bantuan katil yang boleh dilentur sesuka hati dengan remote controller membuatkan Fairul Fahimi begitu santai. Di meja kardiaknya pula terdampar ipad2 dengan skrin terpamer ikon facebook. Adelia sempat menjeling. Orang terkenal pasti ramai peminatnya pasti beribu friends agaknya. Telah Adelia.

Di dalam kamar itu, Mr Adzreil dan Dr Nik Pasha sedang menemubual Fairul Fahimi mengenai operasi pembedahan ahli sukan itu pada keesokan harinya. Adelia tekun mendengar penjelasan yang dibuat oleh Mr Adzreil kepada ahli sukan yang boleh tahan kacaknya itu. Sesekali mata Fairul Fahimi beralih ke arah Adelia. Nik Pasha menjeling. Adelia yang tidak senyum pun kelihatan tersenyum pada pandangan mata Nik Pasha. Melihat Fairul Fahimi yang kelihatan tidak jemu memandang isterinya membuatkan Nik Pasha geram. Kenapalah hatinya sentiasa hangat bila melihat situasi begini. Tarikan fizikal Adelia melampau menyebabkan Nik Pasha gelisah saban waktu. Oleh kerana itu,dia seboleh-boleh cuba mengekalkan jarak di antara mereka berdua. Ingat Darwina,Pasha! Dialah wanita yang kau cintai Adelia hanyalah tarikan fizikal semata-mata.

Kedengaran pintu bilik Fairul Fahimi di ketuk. Tak lama kemudian muncul seseorang yang amat Adelia kenali juga. Dr Irfan Farel! Buat apa di sini? Adelia berkerut kening. Wajah Adelia yang berkerut kening dapat dilihat jelas oleh Irfan. Ceria hatinya kerana dapat juga berjumpa Adelia walaupun di dalam lingkungan waktu bekerja. Agak lama juga mereka berdua tidak ke temu. Masing-masing sibuk dengan hal masing-masing. Cuma facebook pengantara mereka berdua sejak dua,tiga hari ini. Rindu pula pada dara pujaan. Doanya termakbul berharap kedatangannya ke wad kelas pertama itu tidaklah mengecewakan. Dengar saja ada pesakit untuk pre med di wad kelas pertama Irfan segera menawarkan diri. Harapannya tidak sia-sia. Tersenyum berjela bila wajah pertama dilihatnya adalah Adelia.

Adelia senyum. Gembira melihat Irfan di kala itu. Sambil memeluk buku report Adelia cuma memandang Irfan dengan senyum tanpa pudar dibibirnya. Tiba-tiba Adelia terfikir sesuatu. Nik Pasha. Dr Irfan Farel. Mr Adzreil. Fairul Fahimi. Adelia baru tersedar ke semua lelaki yang berada di dalam bilik itu dan hanya dia saja bunga di situ. Seganlah pulak! Semua lelaki itu pula kacak-kacak belaka. Bila di kelilingi lelaki-lelaki kacak tiba-tiba terasa perutnya macam ada butterflylah pulak. Gugup. Sungguh kebanjiran lelaki kacak di dalam wad ini.

Hai,saya Dr Irfan! Anaest for pre med today.” Irfan memperkenalkan diri. Lelaki-lelaki kacak yang ada di sekitar Adelia cuma mengangguk tanpa senyum.

Okay,Encik Fairul! Harap you dah faham dengan prosedur pembedahan itu nanti ye!” ujar Mr Adzreil yang tidak lagi betah di situ.

Okay,saya faham!” Fairul Fahimi mengangguk faham. Kemudian matanya masih setia mencari wajah nurse yang jelita. Terpikat!

Mr Adzreil juga memandang Adelia di kala itu. Nik Pasha yang berada di situ berasa seperti tunggul pula melihat para lelaki yang hebat-hebat memandang wajah isterinya sedari tadi. Nik Pasha panas terutama melihat lelaki yang memboncengkan isterinya dulu ada di hadapannya kini. Rupa-rupanya doktor juga. Orangnya pun boleh tahan kacak. Nik Pasha bengang melihat ramai lelaki kacak sedang memberi perhatian terhadap isterinya. Kalaulah mereka pernah melihat wajah comot Adelia waktu di sekolah dulu alangkah bagus. Tapi..bila diingati balik wajah Adelia dulu teramatlah comel sebenarnya. Entah kenapa bila dah tak suka ada saja perkara yang nampak jelik di mata. Adelia..kusut betullah hati ini dengan kehadiranmu. Nik Pasha berlalu pantas mendapatkan pintu. Baik dia keluar!

Thursday 7 June 2012

Bab 14: Di Penghujung Cintaku..Adelia


Apartment Adelia duduki kelihatan kecil saja tetapi dengan susun atur perabot moden dan simple membuatkan ruang yang kecil kelihatan selesa. Kemudian dilatari warna dinding dari hijau epal membuatkan pandangan mata Nik Pasha sejuk dan segar. Dari luar pintu rumah lagi kelihatan anak pokok kaktus bersusun cantik di atas rak yang tergantung di dinding membuatkan Nik Pasha mengulas keperibadian Adelia yang comel tetapi awas berduri bermaksud sukar untuk di dekati.


Masuklah! Rumah aku kecik je.” pelawa Adelia dengan senyum manis. Ikhlas tau bukan dibuat-buat. Nik Pasha membalas senyum Adelia. Senang hati dengan penerimaan Adelia. Iyelah,masing-masing dah dewasa takkan selamanya nak bertekak dan bergaduh macam anak remaja. Mungkin ini jalan yang terbaik untuk mereka. Selepas enam bulan mereka berdua akan berpisah. Biarlah perpisahan mereka berlaku dengan baik tiada sengketa. Mama pun taklah menangis sakan kerana anak perempuannya masih ada walaupun menantunya sudah tiada. Mungkin itu yang terbaik.


Cantik rumah kau walaupun kecik. Kemas!” puji Nik Pasha ikhlas. Dia berlalu ke sofa dan melabuhkan punggung. Segar dan harum persekitaran rumah isterinya. Selesa betul.


Rumah bujang je! Simple!” Adelia sengih. Kembang hatinya bila dipuji. Tapi yang membuatkan Adelia suka hati sebab Nik Pasha nampak mesra dan talkative pulak. Selalunya bila mereka berhadapan wajah serius yang dipamerkan. Sekarang Nik Pasha macam dah bertukar menjadi orang lain. Sisi Nik Pasha yang tidak pernah dia lihat. Ini mungkin sisi bersama Darwina agaknya patutlah Darwina tertawan. Kalau dengan aku sisi macam pembunuh upahan pun ada. Menakutkan..


Okaylah ni.” Nik Pasha senyum lagi. Adelia macam tak percaya sejak dari kereta lagi Nik Pasha duk menghulur senyum tak sudah-sudah membuatkan Adelia terpanar. Ish..mamat ni! Janganlah baik sangat. Tak biasa..


Duduklah dulu ye! Nak minum apa-apa tak? Lapar tak?” banyak pula pertanyaan Adelia yang cuba menghilang rasa gugup di hati dan menyembunyikan perasaannya yang dah kelam kalibut ni. Rentak jantung dah bertukar. Semacam je..


Lapar jugak ni! Last makan malam tadi. Sibuk..tau jelah kalau posting medical third class ni. Begging..intubated..ventilator..sibuk sampai ke pagi itu yang tak dapat nak tidur langsung.” adu Nik Pasha dengan muka dibuat sedih. Adelia nak tergelak melihat raut wajah Nik Pasha yang nampak macam budak cengeng je ni. Ini sisi Nik Pasha yang tak pernah Adelia lihat. Rasa nak di tangkap gambar wajah Nik Pasha sekarang ni dan di framekan. Nampak cute betul!


Kesiannya..Okay, kalau macam tu kau pergi mandi dulu. Then,kita pergi Mamak pekena roti canai dengan teh tarik. Amacam?” Adelia memberi cadangan. Perut pun lapar ni.


Hm..Dah tengahari ni makan nasi campur je la.” manja suara Nik Pasha. Adelia dah berasa lemah urat sendi. Apasal mamat ni? Suuweet je..


Haahla..okay!” Adelia masuk ke dalam bilik dan kemudian keluar dengan tuala dan berus gigi ditangan.


Nak mandi bilik air ada kat dapur. Peralatan mandi semua ada di dalam. Ini berus gigi baru.” Adelia menghulur barangan yang dibawa kepada Nik Pasha.


Thanks..” Nik Pasha senyum. Kemudian terus menapak ke bilik air. Dalam hati sedang bermonolog sakan walaupun sedang membersihkan diri. Nik Pasha tahu mereka berdua harus memulakan lebaran yang baru di dalam hidup mereka. Mereka tak perlu bermasam muka dan bergaduh lagi. Mereka berdua sudah cukup dewasa. Selesaikan secara dewasa. Nak ingatkan balik peristiwa lama rasanya dah tak perlu lagi. Biarkan segalanya berlalu dengan aman. Forget about the past..


Di kedai mamak..


Mereka berdua sedang enak menjamu selera. Adelia mengambil peluang lepak di kedai mamak dengan mengdownload lagu-lagu terbaru di dalam smart phonenya. Free Wifi siapa tak nak. Nik Pasha sekadar memerhati. Maklumlah dia cuma pakai handphone Sony Ericsson yang biasa yang lipat tu. Sungguh ketinggalan dia rupanya. Isteri yang dia duk bimbo-bimbokan dulu sekarang bukan main advanced lagi tentang teknologi ni. Tadi di rumah isterinya Nik Pasha melopong melihat begitu bersusun gadget terkini di meja komputer. Serba-serbi ada. Komputer flat skrin jenama Apple. Laptop jenama Apple. Ipad 2 ..Apple. I Phone 4..Apple. Ipod 4 Touch..Apple. Samsung Tablet pun ada. Samsung Galaxy Note pun ada. Samsung Galaxy S II pun ada. Pendek kata..semua gadget terkini ada. Bukan itu saja kamera DSLR Canon 600D, 550D dengan Nikon model D3200 tersusun cantik di rak. Membuatkan Nik Pasha kagum. Giler betul dengan gadget.


Download apa tu?” soal Nik Pasha apabila selesai makan. Adelia sengih. Dia tengah download lagu-lagu k-pop ni.


Lagu k-pop.” ringkas Adelia menjawab. Nik Pasha yang duduk berhadapan Adelia beralih tempat duduk dan duduk di sisi Adelia. Matanya sibuk melihat apa yang Adelia sedang buat.


Ingat tengah download 18S...” gurau Nik Pasha. Adelia menjegilkan matanya.


Aish..mana ada! Fitnahtul sungguhlah awak ni.” eh..tiba-tiba berawaklah pulak. Adelia tersasul. Geli pulak Adelia rasa macam girlfriend boyfriend bercakap pulak gayanya. Nik Pasha mengekek ketawa. Adelia terpempan. Sisi Nik Pasha ini membuatkan Adelia terpanar sungguh. Lemah iman den..


Habis tu dari tadi tak habis-habis download. Saya fikir satu je download benda berat la..18s..” sakat Nik Pasha lagi. Adelia muncung dipermainkan oleh Nik Pasha. Aku yang versi anak baik-baik ni dia cakap download tuutt..memang tak patut. Adelia buat muka tak puas hati dengan Nik Pasha siap berkerut-kerut muka dan mulut diherot ke sana-sini. Nik Pasha geram pula melihatnya. Comel sangat!


Tak percaya tengoklah sendiri.” Adelia tunjuk skrin yang sedang memuat turun lagu Fiction dari kumpulan B3EAST. Nik Pasha pandang skrin kemudian selamba mengambil smartphone Adelia lalu ditelek. Di tekan play lagu tersebut. Muzik pembukaan yang lain dari yang lain membuatkan Nik Pasha terpikat. Video itu di lihat dengan kusyuk. Ha..tau pun! Jangan main serkap jarang je bro..Adelia sengih.


Best jugak layan k-pop ni.” kata Nik Pasha. Mereka langsung tidak perasan yang mereka tengah duduk berkepit sakan. Terlalu dekat saling menyandarkan badan masing-masing. Kusyuk melayan k-pop punye pasal.


Adel!” tiba-tiba adalah umat melaung nama Adelia dari jarak semeter mereka. Mendongak kedua mereka bersama.


Eh,Abang Luq!” Adelia senyum menyapa lelaki berbadan tegap yang dah tegak di hadapan mereka. Nik Pasha pandang lelaki yang menegur itu dengan muka tak puas hati. Kacau betullah..


Buat apa kat sini,Del!” Kejap Adel! Kejap Del! Budget rapat sangatlah tu dengan isteri aku. Ish..mamat ni! Nik Pasha berasa terganggu.


Buat kuih koci bang! Apalagi mamam la abang ni.” Adelia berlawak. Apada tanya buat apa kat kedai makan?! Dah tentu-tentu nak makan.


Tak adalah mana tau cari abang nak masukkan software apa-apa ke?” Luqman sengih ke arah Adelia. Lelaki di sebelah Adelia di pandang sekilas. Tak bestnya ada watak pengganggu kat sebelah ni. Siapa ni? Boyfriend Adel ke? Melepas aku..


Taklah bang! Datang nak makan je ni.” jelas Adelia. Dulu dia selalu cari brader ni kalau nak jailbreak gadget Applenya. Sekarang semua dah jailbreak tak ada maknalah nak jumpa brader ni lagi selagi tak ada keperluan. Hehe..tak baik betul!


Okaylah,abang tengah tunggu customer ni. Nak jailbreak ipad2.” beritahu Luqman.


Eh,I pad 2 dah boleh jailbreak ke?” soal Adelia betul-betul nak tahu. Kalau macam ni bolehlah dia jailbreak Ipad2 kepunyaannya. Baru je beli sebulan yang lalu selepas dia dengan senang hati let go Ipad lama dekat Mudah.Com. Hehe..Thank you Mudah kerana menyenangkan ku..Cewah..macam iklanlah pulak!


"Dah boleh dah! Kenapa? Adel dah beli Ipad 2 ke?” bukan dia tak tahu gadis itu terlalu giler dengan gadget. Serba-serbi mak nenek gadget ada. Tak mustahil gadis itu dah beli ipad2.


Biasalah abang! Macam tak kenal Adel lagi.” Adelia tergelak. Luqman yang dari tadi berdiri selamba menarik kerusi dan duduk di hadapan Adelia. Nik Pasha dah tak senang duduk. Ai..siap duduk pulak! Ada jemput duduk ke?!! Nik Pasha bertambah-tambah tidak menyenangi kehadiran Luqman di antara mereka.


Bila nak jumpa abang? Abang free anytime kalau pasal Adel.” selamba badak Luqman berkata. Tak cover langsung depan Nik Pasha. Tak heran! The best man win,okay!


Malam nanti kita jumpa kat sini,okay tak?” Adelia dah tak sabar-sabar nak jailbreak ipad2 yang baru dibeli. Nik Pasha menoleh pantas ke arah Adelia. Amboi..tak ingat langsung suami kat sebelah ni. Suka-suka arrange time nak jumpa jantan depan suami. Berani betul..


Okay,set!” Luqman sengih. Macam arrange berjanji temu pula rasanya. Sukanya..
Nik Pasha pula muncung tidak suka Adelia bertemu lelaki itu.


Okay,Del! Customer dah tunggu tu.” Luqman bangun sambil tersenyum manis melihat Adelia. Dia dah lama jatuh hati dengan gadis itu. Pertama kali melihat terus tersangkut hatinya. Lelaki di sebelah Adelia malas nak dipeduli. Habis kuat pun pakwe je kot. Takpe..ada can lagi. Janji jangan kahwin sudah.


Adelia senyum mengangguk. Nik Pasha di sebelah yang sudah berubah wajah langsung dia tidak sedari. Maklumlah,selama ini diakan hidup bujang. Tak ada yang nak marah..


Malam ni aku ikut!” ujar Nik Pasha tiba-tiba.


Nak ikut? Eh,kau tak nak balik rumah ke?” tanya Adelia hairan. Mereka dah sepakat yang petang nanti Adelia akan menghantar Nik Pasha ke hospital semula mengambil keretanya dan pulang ke Gombak.


Aku tidur rumah kau malam ni.” balas Nik Pasha dengan muka selamba. Adelia terpempan. Eh,suka hati nak tidur rumah orang pulak! Dah bagi betis nak paha pulak. Orang dah tolong nak lebih-lebih pulak.


Eh,kenapa pulak nak tidur rumah aku pulak?” soal Adelia tak puas hati. Mana boleh! Aku dah tolong bagi tumpang tidur sekejap nak lebih-lebih pulak.


Kau nak keluar dengan lelaki sorang-sorang risau aku.” Nik Pasha meluahkan kerisaun hatinya. Lelaki bukan boleh percaya. Tak boleh..Tak boleh..


Aku dah kenal lamalah. Selalu jumpa. Tak payah nak temankan, aku boleh jaga diri.” Adelia tak setuju. Adelia hairan dengan keprihatinan Nik Pasha yang tiba-tiba itu. Tak pernah-pernah nak ambil tahu hari ini boleh pulak nak berlagak baik. Pergilah risaukan girlfriend kesayangan dia tu lagi bagus. Nak risaukan aku pulak. Tak ada maknalah..


Dah kenal lamalah lagi tak boleh percaya. Aku ikut kau malam ni dan malam ni aku tidur rumah kau jugak. Esok aku kerja shif pagi aku dah malas nak balik rumah.” tegas Nik Pasha berkata. Adelia dia pandang serius.


Eh..mana bo..” tak sempat nak kata habis Nik Pasha menyampuk.


Boleh je..” tegas. Nik Pasha bangun lantas ke kaunter pembayaran tanpa mempedulikan Adelia. Selepas pembayaran dibuat Nik Pasha selamba menarik tangan Adelia dan menggenggam erat. Mereka berjalan sambil berpegangan tangan ke arah motosikal Adelia. Luqman yang ada di situ melopong melihat Adelia dipimpin oleh lelaki lain. Nik Pasha puas hati. Ini isteri akulah..


Bab 13: Di Penghujung Cintaku..Adelia


Dua bulan berlalu..


Hari ini Adelia tumpang Dr Irfan pergi ke tempat kerja. Dengan Ducati Monster tau. Syok giler! Dengan kelajuan yang dipandu oleh Irfan tadi membuatkan Adelia rasa nak bertukar tempat pula. Bagi dia yang memandu jentera hebat itu. Pasti suatu pengalaman yang menakjubkan akan tercipta.


Adelia tak menyangka yang dia boleh serapat itu dengan Irfan. Sesiapa yang bergelar perempuan pasti akan terjatuh hati dengan lelaki bernama Dr Irfan Farel. Tapi..bagi Adelia, Irfan seorang teman yang memahami dan yang paling penting minat pada permotoran berkuasa besar yang membuatkan mereka serapat itu. Kalau bukan kerana Irfan terlalu berkeras nak menumpangkan dirinya ke tempat kerja Adelia memang tidak mahu. Masih menjaga status diri tapi bila teringat perkataan janda to be. Gasaklah..


Adelia turun dari motosikal Irfan siap pegang kedua belah bahu Irfan sewaktu turun. Bergetar hati lelaki Irfan. Tadi sewaktu Adelia memeluk belakangnya ketika menunggang motosikal walaupun tak melekap masih membuatkan jantungnya macam nak berlumba dengan schumacher. Lemah urat sendi. Adelia pula memeluk belakang Irfan berpada-pada tak adalah sampai tangannya boleh bertemu tangannya semula. Sikit-sikit saja. Nasib berlapik dengan jaket tebal dan glove. Apabila dah turun dari motosikal Irfan, Adelia membuka jaket dan helmet lantas diberikan kepada Irfan. Lelaki itu punyalah. Irfan menggelengkan kepala.


Awak simpanlah nantikan saya hantar awak balik.” ujar Irfan dengan senyuman menawan. Lemah urat sendi Adelia melihat senyuman Irfan aka Vic Zhou ni. Comelnya..


Okay,thanks tau!” Adelia berterima kasih. Adelia tahu dia berdosa. Dia dah jadi isteri curang. Selamba keluar dengan lelaki lain walaupun bersuami. Biarlah..Allah tahu dan di tempat kerjanya ini tiada siapa tahu dia sebenarnya telah berkahwin hatta zaman kolej pun tiada siapa yang tahu. Masih dengan watak bujang. Jadi tiada orang yang akan memandangnya serong. Tapi..Adelia masih diburu rasa bersalah dan berdosa. Ampunkan aku,Ya Allah..


Nik Pasha kagum melihat sebuah motosikal melintas di hadapannya. Matanya melirik sehingga motosikal itu berhenti di hadapan hospital. Ducati Monster motosikal pujaan. Nik Pasha nampak seorang wanita berhelmet fullface turun dari motosikal tersebut siap berpegang pada bahu lelaki yang membawa motosikal itu. Nampak mesra dan romantik. Kalau Darwina suka naik motosikal besar macam tu dah lama dia angkut datang kerja macam tu. Tapi Darwina seorang yang cerewet dan terlalu menjaga dirinya. Tak mungkin nak merempit dengannya seperti itu. Itu yang leceh bercinta dengan cik fussy ni tapi nak buat macam mana kalau hati dah suka. Nik Pasha pandang lagi ke arah dua orang yang tidak dikenali itu. Ketika wanita itu membuka helmet Nik Pasha terkejut bukan kepalang. Adelia? Matanya pandang tepat ke arah Adelia yang sedang berbual dan tersenyum dengan lelaki yang membawa motosikal besar itu. Hatinya berdetak sesuatu yang menyakitkan. Weh..itu isteri aku..


Setelah Adelia mengambil ubatan di farmasi di tingkat tujuh Adelia berjalan balik ke wad. Adelia mengambil keputusan menggunakan tangga sahaja pulang ke wadnya di tingkat lapan. Nak naik lif macam pemalas sangat. Ala..setakat setingkat je kot berpeluh pun tak sempat nak keluar. Adelia membuka pintu kecemasan lalu menapak menaiki tangga satu persatu. Menunduk je mengira tangga nak didaki. Sekali mata terpandang sepatu betul-betul di hadapannya. Ini nak hangin ni..dah tau ada orang nak lalu ke tepilah. Itu pun tak faham-faham ke?! Adelia geram lantas mendongak. Hah! Ok..Oww..terjumpa mangkuk tingkat kat tingkat tujuh nak ke tingkat lapan rasa bertingkat-tingkat pulak rasanya. Adelia tak dapat nak tahan panahan mata Nik Pasha yang tajam menikam. Bisa tembus jantungku..Teringat ikon bentuk love yang dipanah dengan anak panah. Ha..macam tu la agaknya hatinya dikala ini. Adelia bosan dengan kebetulan yang berlaku seperti sekarang bertembung dan bertembung. Macam tak ada umat manusia lain nak bertembung. Asal bertembung je dia. Boring! Dari menyeksakan hati baik dia blah cepat-cepat. Adelia selamba melintasi Nik Pasha yang betul-betul di hadapannya. Huh..malas betul! Sekali langkah Adelia terhenti dengan tiba-tiba. Lengannya dipaut kuat nasib baik tak tersembam. Apa hal? Adelia hangin. Suka hati nak pegang-pegang tak rela you..
Adelia pandang Nik Pasha dengan pandangan marah. Pantang betul ada lelaki sentuh-sentuh ni terutama mangkuk frozen kat depan ni. Walaupun seinci kulitnya disentuh Adelia tak rela. Rasa nak dipotong tangan mamat frozen ni. Apa hak dia? Dia tak berhak okay hatta seinci pun tidak. Gelaran suami tu dah lama Adelia tong sampahkan sejak terdengar perbualan mama dan papa tak lama dulu. Amboi-amboi..tunggu ayah balik nak ceraikan aku. So..


Hands off! Will you..” Adelia berkata sinis. Tangan Nik Pasha dipandang kemudian dipandang mata Nik Pasha sebagai isyarat supaya melepaskan tangan yang memegang kuat lengannya. Langsung tak tergugat dengan renungan mata Nik Pasha yang tajam.


Dengan siapa kau naik motor tadi?” tanya Nik Pasha serius dan menguatkan pegangan tangannya. Masih tidak mahu melepaskan tangannya. Mata Adelia membulat tidak percaya dengan kata-kata lelaki itu. Apahal nak tahu? Selama ini lelaki itu mana pernah nak ambil tahu tentang dirinya. Hangin betul..


Mind your own business Dr Pasha.” Adelia senyum sinis. Terhantuk apa kepala badigol ni? Dah sewel? Buat apa nak tau? Adelia cuba berpusing sambil cuba melepaskan tangannya. Malas nak layan. Sesaat terlintas di hatinya inilah pertama kali sejak lelaki itu pulang ke Malaysia bercakap face to face dengannya. Terkejut voltan elektrik TNB Adelia rasakan ketika ini.


Aku tak suka kau keluar dengan lelaki. Naik motor pulak tu. Ingat! Kau tu isteri orang.” Nik Pasha mengingatkan Adelia tentang status dipegang sambil menolak Adelia ke dinding dengan kuat siap merapatkan badannya dengan badan Adelia rapat-rapat. Suara Nik Pasha kedengaran tegas dan keras di telinga Adelia. Terpempan Adelia. Jantungnya bergetar hebat. Dengusan nafas begitu dekat dengan telinganya. Serapat itu Nik Pasha menghimpitnya. Ini tak boleh jadi.


Saya isteri orang ke Dr Pasha? Saya tak ingat yang saya ni isteri orang Dr Pasha! Isteri siapa ye?” kata Adelia mengejek betul-betul di telinga Nik Pasha. Suara Adelia betul-betul di telinga Nik Pasha dan kedengaran seakan mendesah. Nik Pasha tersentak bagai terkena aliran elektrik. Tergoda..


Kealpaan Nik Pasha membuatkan Adelia mengambil peluang merentap kasar tangannya dari pegangan tangan Nik Pasha dan terlepas. Kuat betul mau lebam tangan aku ni. Adelia menggosok tangannya beberapa kali. Sakit..Isk! Isk!


Adelia..” Nik Pasha geram apabila Adelia dapat melepaskan diri dengan tipu muslihat. Pandai betul menggoda. Patutlah ramai lelaki duk nak ushar. Hish..aku yang macam ni pun teralpa inikan lelaki lain. Ini tak boleh dibiarkan. Nik Pasha pandang Adelia macam nak telan orang. Adelia berasa dia berada di zon bahaya kini. Sebelum mamat ni buat yang bukan-bukan baik dia blah cepat-cepat. Selamatkan diri..


Saya gerak dululah ye Dr Pasha. Nak marah-marah carilah girlfriend sendiri ye bukan pada saya.” Adelia cepat-cepat beredar rasa nak berlari terus ke wad. Melihat wajah Nik Pasha yang mungkin bertukar jadi Hulk bila-bila masa baik dia cap alip but. Cabut!


Adelia..”


Nik Pasha tak tahu apa yang sedang bergelora dihatinya kini. Hatinya sakit bila melihat Adelia sering menjadi tumpuan lelaki. Macam gula asyik kena hurung je. Ahh..kenapa dengan aku ni? Lantak dialah kalau ramai lelaki yang suka. Aku apa kisah! Tak heran! Yang pasti mereka harus berpisah juga nanti tak kiralah. Tapi..mata ni naik berbulu je bila tengok budak poyo tu selamba naik motosikal dengan entah lelaki mana. Ducati Monster pulak tu. Mat rempit manalah yang duk berkepit dengan bini aku tu agaknya? Desis hati Nik Pasha. Rasa macam dayus pula membiarkan isteri bersukaria naik motosikal dengan entah mana jantan. Cemburu? Entahlah..mungkin aura seorang suami buat aku tak boleh nak tengok saja jantan duk kelek bini aku sesuka hati kot! Mungkinlah..
Tapi..kenapa hati ini sakit? Tak kuat untuk menahan kesakitan yang berdenyut di sini. Nik Pasha menyentuh dadanya terasa degup jantung berirama pelik. Perlahan Nik Pasha menepuk dadanya supaya hilanglah segera kesakitan yang beraja di hati. Wajah Adelia terbayang di mata dengan senyuman menawan, bibir Adelia yang basah merekah merah, gerak langkah Adelia yang membuai perasaan dan suara Adelia bagai kedengaran berbisik di telinga begitu mendayu. Oh..bikin hati dan jiwa Nik Pasha penasaran.


Adelia menghempas badannya ke tilam dengan penuh perasaan. Betul-betul lepas geram punyer..Ini pasal malaun tingkat tadi la boleh pulak terjumpa kat tangga macam tak ada tempat lain nak terjumpa. Siap pegang-pegang pulak tu. Yang paling tak boleh nak blah siap warning suruh jaga diri selayaknya seorang isteri. Tersalah makan ubat apa?! Nama dah doktor takkan tersalah makan ubat kot?! Tak pun dah jadi drug user? Amik Midazolam apa?! Tuduh Adelia melulu. Iyelah..tiba-tiba je jadi busybody nak tahu keluar dengan siapa. Cemburu ke? Takkanlah..Impossible..
Tapi..bila teringat betapa rapatnya badan mereka tadi. Pipi Adelia menyerbu rasa panas. Adelia mengipas wajahnya berkali-kali. Huh..boleh pulak mamat tu buat aksi melampau macam tu. Kang aku repot polis dengan tuduhan sexual harrasment.. Kang! Kang! Hai..Tolonglah..suamiku jangan seksa hati dan jiwaku lagi. Ketenangan hati berkocak hebat.
Adelia buka lagu di dalam smart phonenya lagu kegemarannya sejak akhir-akhir ini. Lagu K-Pop..Severely FT Island. I Love Lee Hong Ki. Hehe... Layan mamat cute ni lagi bagus dari mamat frozen aka stone tu. Suara powerful betul walaupun muka jambu..


Severely – FT Island with English Lyrics

Letting you go without any expression, as if it's nothing

I practice doing that everyday but it's still awkward

I also practiced how to secretly cry while smilling but

I feel like my trembling voice will give it away quickly

Loving is probably hundreds and thousands of times

More difficult than breaking up

But i'm fool that can't live without you – what do you want me to do?

Severely – I guess I loved you too severely

I don't even breath and I look around for you I don't know when I'll be able to stop

Severely, I guess I loved you too severely

I think letting you go is more severe than dying

No matter how much it hurts, everyday I practiced

Trying to get used to spending a day as if it's nothing

I don't think I can forget you anyway

Even if i'm sick with an incurable disease

I'm a fool that can't live without you – what do you want me to do?

Severely, I guess I loved you too severely

I don't even breath and I look around for you I don't knowwhen I'll be able to stop

Severely, I guess I loved you too severely

I think letting you go is more severe than dying

If this was how it's going to be, I shouln't have loved

When will I forget you?

Foolishly, I guess I loved you so foolishly

Because of you, I can't even dream of another love

I'm a fool that only knows you – What do you want me to do?

Severely, I guess we broke up so severely

What's so hard about saying goodbye that I can't even open my lips and am hesitating

Severely, I guess we broke up so severely

You remain deeper than a scar in my heart so I can't erase you


Adelia pejam mata sambil mendengar lagu itu. Penuh perasaan..Ingat boleh alihkan perhatian dari ingatkan suaminya tapi bila mendengar lagu dan melihat liriknya buat Adelia makin susah nak lupa. Begitu menyentuh jiwa..You remain deeper than a scar in my heart so I can't erase you..Betullah walau macam mana pun dia tak ambil pusing atau tak ambil kisah dengan kepulangan Nik Pasha suaminya tetapi masih tetap berbekas di hati. Parut yang ditinggalkan begitu sukar nak dilupa. Haiiiih..Adelia mengeluh.


Adelia baru lepas mendapat panggilan dari mama. Termenung lama bila teringat balik perbualannya dengan mama. Permintaan mama membuatkan dirinya tak sanggup. Adelia sanggup lakukan apa saja kerana mama tapi kalau berkaitan dengan makhluk Tuhan yang paling dia tak boleh hadap tu memang tak sanggup. Hm..nak tolong ke tak ni? Adelia sedang berkira-kira. Aku ni dahlah isteri yang bakal diceraikan tapi mama selamba je suruh bawak balik mamat frozen tu balik rumah. Berat hati nak tolong ni. Dahlah mamat tu on call dua hari berturut-turut pasal nak cover kekasih hati tak sihat. Aku pulak yang jadi mangsa nak kena tumpangkan mamat tu qada balik hours tidurnya dua hari on call. Banyak cantik! Darwina pun satu baru sekali kena on call dah demam. Haih..nak jadi doktor sangat tu! On call pun tak boleh nak tahan. Anak manja betul!! Sudahnya isteri terbuang ini jugak yang kena take care.


"Yaya,tolong Pasha ye! Kesian Pasha dah dua hari tak tidur kena on call. Mama risau Pasha drive kereta dalam keadaan setengah conscious ni” teringat suara mama seakan merayu. Siap boleh buat lawak lagi tu. Mama! Mama! Setengah conscious?!! Ingat telur setengah masak apa.


Tak sampai hati pula nak mengecewakan mama. Walaupun hatinya separuh je nak tolong tapi nak tak nak hadap je la. Adelia pandang jam gantung pada dadanya dah pukul 8.30 pagi. Sepatutnya dia dah pulang ke rumah pukul 7 pagi tadi selepas syif malamnya berakhir tapi oleh kerana permintaan mama dia terpaksa menunggu Nik Pasha habis syif kerjanya pada pukul 11 pagi. Nak tunggu sampai pukul 11 pagi memang mengantuk tak hengat. Sudahnya Adelia pergi tidur sekejap di bilik solat di wadnya.


Dari pintu kaca utama hospital, Adelia nampak Nik Pasha sedang duduk di kerusi panjang yang disediakan khas untuk para pelawat hospital. Hati Adelia dah tunggang-langgang. Gugup. Kali pertama nak berinteraksi baik-baik dengan Nik Pasha dan kali pertama nak bawa balik suami ke rumahnya. Dalam kepayahan Adelia menapak ke arah Nik Pasha.


Jom ikut aku!” Ajak Adelia dengan muka bersahaja. Kontrol jangan tak kontrol. Nik Pasha dia pandang sekejap. Mak aii..muka toya betul dah macam mata panda aku tengok. Lebam. Adelia nak tergelak tapi ditahannya. Itulah nak berlagak hero sangat kat awek sudahnya yang teraniaya badan sendiri.


Nik Pasha cuma mengikut Adelia tanpa bersuara. Menonong je. Kepala dah pening semacam pandangan sekejap menjadi satu sekejap menjadi dua. Berjalan pun macam terawang-awang siap rasa macam dah tertidur sambil berjalan. Mamai..sampai kereta lalu kat depan mata pun nak aci redah je. Nasib baik Adelia sempat menarik tangan Nik Pasha kalau tak free je kena langgar dengan kereta. Nik Pasha macam tak terkesan dengan apa yang hampir terjadi tadi. Adelia geleng kepala ini dah tahap kritikal ngantuk ni. Sedar ke tak ni tengah berjalan ni entah-entah ingat tengah tidur kat atas katil mamat ni. Nak tak nak Adelia terpaksa memimpin Nik Pasha sehingga ke kereta. Nasib baik bawak Swift kalau ER6N tadi tak tergamak nak bawa orang mengantuk tak hengat macam ni. Membahayakan kesihatan je kalau terjatuh. Sampai di kereta Nik Pasha dah tak hengat apa dah terus tidur terlentok sedap di bahu Adelia. Nak ditepis kesian pulak sudahnya sampai di rumah Adelia mamat tu tak sedarkan diri. Sedap je tidur terlena di bahu isteri terbuang. Sedih betul statement isteri terbuang. Hm..
Adelia panggil Nik Pasha beberapa kali tetapi no response. Haih..tidur apa pun tak tahu ni. Kalau bunyi bom kat tepi telinga pun harus tak sedar. Adelia mengambil kesempatan itu menilik wajah suaminya. Bentuk wajah terbentuk sempurna. Kacak..Tapi sayang kau bukan tercipta untukku..
Teralpa Adelia sejenak..


Dah puas telek muka aku!” sergah Nik Pasha dengan membuka matanya dengan tiba-tiba. Adelia yang tak bersedia serentak membulatkan matanya. Terkejut. Sudahlah wajah mereka agak rapat. Bila Adelia terkejut dan membulatkan mata Nik Pasha mengambil peluang itu merapatkan wajahnya lagi. Membalas menelek wajah Adelia pula. Adelia terkaku. Tapi..matanya pula terkelip-kelip. Nik Pasha terpesona..


"Boleh tak jangan buat muka macam tu!” Nik Pasha bersuara apabila dia tidak bisa menahan hati. Ada perasaan halus sedang menular seakan wabak yang bisa memudaratkan perasaannya. Serentak itu dia menggosok kepala Adelia berkali-kali. Cuba menghilangkan perasaan yang entah apa-apa yang ada apa-apa sebenarnya bukan kosong tetapi sesuatu... Tercengang Adelia dibuatnya.


Hah!” Adelia lagi membulatkan matanya. Nik Pasha yang melihatnya jadi geramlah pulak. Haihh..dia ni saja nak menguji iman akulah..


Kau ni saja nak kena cium apa?!!” Nik Pasha senyum nakal. Buat julung-julung kalinya Adelia melihat senyuman di bibir lelaki itu yang tersenyum kepadanya seorang. Macam tak percaya. Lagi bulat mata Adelia.


"I'm warning you..Adelia!” Nik Pasha memberi amaran. Adelia segera tersedar lantas cepat menutup mulutnya cepat-cepat. Okay,wake up Adelia! Sebenarnya kau yang mengantuk tahap petala lelangit dah ni. Adelia cepat pandang ke hadapan. Sedarlah diri tu sikit Adelia. Jangan perasanlah..


Ehem..Em..” Adelia berdehem mencari suara yang entah ke mana hilang.


Jom!” Ajak Adelia dan kemudian keluar dari kereta. Nik Pasha tersengih dengan wajah kalut Adelia. Entah kenapa hatinya begitu tercuit dengan wajah comel Adelia. Entah kenapa lagi naluri lelakinya bergetar aneh.