Tuesday 15 May 2012


Bab 9: Di Penghujung Cintaku..Adelia


Motosikal Kawasaki ER6N dipandu laju. Jentera moden itu dengan laju memintas dan mencilok kenderaan yang berada di jalan raya. Motosikal itu tidak mengeluarkan banyak bunyi. Berdesup saja. Jentera moden itu dikendalikan dengan penuh kecekapan. Bukan calang-calang orang yang membawa motosikal itu pasti telah lama berkecimpung di dalam arena permotoran. Sesiapa pun tidak akan menyangka penunggang motosikal berkuasa 650cc itu adalah seorang perempuan. Malah disebalik helmet fullface dia sebenarnya memakai tudung. Penuh bergaya mengendalikan jentera moden itu ke kiri dan ke kanan. Itulah Adelia Nur Qaireen. Dia bukan lagi budak manja yang cepat menggelabah. Peredaran masa membuatkan dia berubah seiring dengan suasana persekitaran. Berubah untuk kebaikan. Dia kini menjadi seorang yang tenang dan matang.


Berderum motosikalnya masuk keperkarangan rumah mertuanya. Perlahan Adelia parking motosikalnya di hadapan rumah. Helmet full face di tanggal dan di letakkan di tempat tangki minyak. Glove tersarung ditangan di tanggalkan juga. Serentak itu dia turun dari motosikal dan bersedia untuk masuk ke dalam rumah. Di hadapan pintu Adelia nampak sepasang kasut bertumit tinggi. Siapa punya agaknya? Nak kata mama tak mungkin. Adelia lantas berlalu masuk. Mata pantas melihat sekeliling. Di ruang tamu tiada. Mungkin di ruang makan. Lantas kaki di hayun ke arah ruang makan. Kedengaran suara orang berborak dan diselang-seli dengan gelak tawa. Amboi! Happeningnya..Jealous nih! Adelia muncul di ruang makan dengan senyuman manis. Orang yang lama dia tidak jumpa memandangnya dengan muka berkerut-kerut. Silap makan apa ni kat atas flight? Macam sakit perut aku tengok. Adelia tersengih menampakkan giginya yang putih bersih bak mutiara itu. Adelia tahu Nik Pasha sekarang ni tengah berusaha untuk mengenali siapa dirinya kini. Dia dah banyak berubah. Gemuk? Aku dah kuruslah. Mama yang melihat dia tersengih datang dekat dengannya dan terus memeluk kemas. Macam aku pula yang baru pulang dari abroad. Apalah mama ni? Jealous pula Nik Pasha nanti.


Yaya ni buat mama risaulah. Cakap nak balik awal. Sekarang Yaya yang paling lambat.” Maria cubit pipi Adelia dengan geram. Adelia mengaduh sakit manja. Terpinga-pinga Nik Pasha dengan kelakuan mereka berdua. Siapa ni? Yaya? Benarkah? Tak Percaya!


Sorry mama! Kereta tak siap lagi ada nak ganti barang sikit. Itu yang lambat.” beritahu Adelia sambil memeluk bahu ibu mertuanya dengan mesra. Kehadiran Nik Pasha dia buat selamba. Tak heran pun! Bukan Justin Bieber yang datang. Kalau Justin Bieber yang cute tu tak pelah jugak. Perempuan di sebelah Nik Pasha yang konon cantik itu dia sekadar sedekahkan senyum. Lagi tak heran! Kehadiran Nik Pasha langsung tidak berbekas di hatinya lagi. Selamba Adelia menapak ke meja makan dan terus duduk berdepan dengan Nik Airil dan disebelah mamanya. Lauk pauk yang terhidang di pandang dengan wajah ceria. Semuanya kelihatan sedap dimatanya. Hm..yummy..


Papa,cepatlah baca doa makan. Lapar ni..” manja betul Adelia menyuruh Nik Nazrin membaca doa makan. Nik Pasha yang masih tidak lepas memandang perempuan di hadapannya kini sedar itu adalah Adelia. Tersasar jauh apa yang difikirkan tentang perempuan itu tadi. Berubah habis budak hippo ni. Dah kurus dan paling berubah Adelia sekarang telah berhijab. Tudung yang dipakai nampak complicated je nak pakai, berbelit-belit. Tapi..nice..


Nik Pasha banyak berdiam kini tidak seperti tadi sebelum kehadiran Adelia. Dia yang banyak bercerita tentang pengalamannya belajar di luar negara.


Ini Darwina special girlfriend Pasha.” mama memperkenalkan Darwina kepada Adelia dengan senyum manis. Nik Pasha yang melihat senyuman mamanya tahu mama sedang menyindir akan dirinya apabila menyebut perkataan 'special girlfriend'. Adelia pula kelihatan ceria siap tersengih-sengih dengan Darwina.


Hai,saya Adelia.” Adelia memperkenalkan dirinya dengan Darwina.


Adelia..cantik nama tu.” balas Darwina ramah.


Eh..nama awak pun cantik jugak. Darwina...macam orangnya.” Adelia puji melambung dengan Darwina. Tak ada niat menyindir pun. Ikhlas. Namun tidak pula diperdengaran telinga Nik Pasha. Pedas.


Pasha cakap dia dua beradik je. Adelia ni siapa ya?” soal Darwina ingin tahu. Nampak mesra siap panggil mama dan papa. Darwina sebenarnya cemburu melihat kecantikan Adelia. Walaupun berhijab Adelia masih nampak cantik malah jelita. Terlalu jelita. Pemakaian tudung yang trendy siap lilit-lilit itu membuatkan Adelia kelihatan terlalu cantik jika nak dibandingkan dengan dirinya yang tidak bertudung. Risau jika Nik Pasha akan tertarik. Tidak mustahil kerana dilihatnya kekasih hatinya tidak berkelip melihat Adelia. Siap papa dan mama gadis itu membahasakan mama dan papa Nik Pasha meninggalkan tanda tanya kuat di hati.


Ini anak angkat parent I.” cepat Nik Pasha mencelah. Dia tidak mahu sesiapa pun memberitahu kebenaran yang Adelia adalah isterinya sebenarnya. Dia tidak mahu Darwina tahu. Belum masanya lagi. Semua pandang Nik Pasha.


Kami sayang macam anak sendiri.” celah Nik Nazrin terusik dengan kata-kata anak sulung lelakinya. Pasha! Pasha! Nik Nazrin pandang Nik Pasha dengan pandangan tidak puas hati. Nanti bila Darwina balik banyak perkara hendak dibincangkan dengan Nik Pasha.


Masih single ke?” soal Darwina macam tidak puas hati. Nik Pasha yang sedang minum air nasib baik tidak tersedak. Sempat dia tahan. Kalau tak habis air tersembur ke muka mama. Darwina dia pandang pelik. Apa pasal ramah sangat ni? Siap macam nak temuduga calon menantu tanya single ke belum. Adelia dilihatnya senyum panjang dengan pertanyaan Darwina. Tenang saja wajah Adelia pada pandangan matanya lantas hati kecilnya tercuit sesuatu.


Saya dah bersuami Darwina. Dah enam tahun berkahwin.” bersahaja Adelia berkata. Nik Pasha membulatkan mata terkejut dengan statement Adelia. Nasib baik ketika Adelia bersuara dia tidak minum air atau makan kalau tidak dah tentu tersembur ke muka mama. Nik Pasha gelisah. Habislah jika Adelia beritahu Darwina tentang status mereka. Ish..budak ni tak habis-habis nak balas dendam. Ingatkan dah berubah. Benci..


Eh,ye ke! Awalnya kahwin.” Darwina tidak percaya. Kalau Adelia sudah berkahwin dia tidak perlu takut atau curiga Nik Pasha sukakan Adelia. Status berkahwin penutup jalan setiap lelaki yang teringin mencuba memikat perempuan itu. Hati Darwina lega yang teramat. Risau juga bila melihat kecantikan Adelia yang bisa mencairkan hati mana-mana lelaki yang melihatnya. Tergugat.


Dah jodoh terima je la.” ujar Adelia agak sinis kedengaran di telinga Nik Pasha.


Suami mana? Tak ikut sekali?” Darwina tidak habis-habis bertanya. Nik Pasha berpeluh sakan. Dia kini berada di red zone. Danger.


Dia baru balik dari abroad. Malas nak buat dia penat. Bagi dia rehat puas-puas.” Adelia siap menjeling Nik Pasha yang semakin gelisah. Ni ha..kat sebelah awak tu! Nak je Adelia beritahu siapa suaminya tapi Adelia tahu perkara nikah kahwin mereka bukan seperti pasangan yang lain berkahwin kerana cinta. Biarlah Nik Pasha yang mulakan segalanya. Jika berakhirnya perkahwinan mereka. Adelia dah lama redha.


Okay,sesi suai kenal karang-karang je la. Aril dah lapor ni. Papa, baca doa makan please..” Nik Airil mencelah. Kasihan pula melihat abangnya yang dah macam cacing kepanasan. Takut sangat rahsia bocor. Geram tapi dengan suasana tegang di meja makan macam ini Nik Airil jadi malas. Makanan dahlah sedap belaka kalau rahsia abang bocor di meja makan tak pasal-pasal berterbangan pinggan mangkuk pulak kang. Melepas nak makan makanan sedap yang dah dihidang cantik di atas meja. Kecur air liur melihat hidangan di atas meja. Makan nombor satu gaduh-gaduh later-later ye.


Jemput makan Darwina. Ini semua makanan kesukaan Pasha. Yelah,dah lama benar tak balik Malaysia Auntie masaklah apa yang Pasha suka.” Maria menjemput Darwina supaya makan dengan senyuman manis. Nampak plastik tak? Adelia yang pandang mamanya tersengih. Lucu. Tau mamanya sedang berlakon sakan. Depan tetamu takkan nak di balun si mangkuk ayun ni pulak.


Pasha suka ketam cili tapi Wina tak suka pedas-pedas.” ujar Darwina sambil mengambil ketam dan diletakkan ke atas pinggan Nik Pasha. Sungguh memahami apa yang Nik Pasha suka dan tidak suka. Adelia sekadar pandang. Maria pandang Adelia. Nik Airil dan Nik Nazrin pula pandang mama dan Adelia. Kemudian pandang Nik Pasha dan Darwina. Dah jadi acara pandang memandang pula. Nik Pasha pula cuba kontrol diri sebaik mungkin. Acara makan-makan berlangsung dengan suasana perlahan tidak serancak sebelum kehadiran Adelia. Ada malaikat lalu ke?!!


Nik Pasha dan Darwina sedang berada di ruang tamu sedang berbual sambil mengopi. Kopi buatan Adelia yang kaw punye. Nik Pasha kelihatan begitu asyik mengopi sambil melayan Darwina dengan mesra. Maria sempat meninjau Nik Pasha dan Darwina sebentar semasa mengemas meja makan. Susah hati melihat Nik Pasha dan Darwina yang rapat tersangat tu. Bercinta bagai nak rak. Isteri sendiri buat derk..je! Betullah isteri paksa tapi isteri tetap isteri. Hormatlah perasaan isteri sikit. Maria berasa nak sekeh je kepala Nik Pasha yang lembap tu. Cakap genius! Huh..geram betul dengan anak lelakinya yang seorang itu.


Ma,apa terhendap-hendap tu?” tangan Adelia menepuk lembut bahu mamanya. Adelia tahu mama sedang mengendap pasangan uda dan dara itu. Pasha suka ketam cili! Ajuk Adelia di dalam hati. Meluat. Tapi..dalam hati je la. Siapalah dia di hati Nik Pasha dari dulu sampai sekarang...NOBODY! Nobody! Nobody! But you..siap nyanyi lagu Wonder Girl lagi. Hei..melalut betullah kau ni. Terasa ke? Entah..lain kali kena inject Lignocaine ( dalam bahasa nak faham ubat bius – Lignocaine nama ubat bius tu la )dulu kot baru kebas hati aku ni dari rasa entah apa-apa yang entah apa-apa. Kan dah terkeluar jagoan perubatan aku. Teringat pulak kat wad. Berapa patient agaknya sekarang?


Eh,Yaya! Terkejut mama..ayat klise” sempat melawak mama walaupun sebenarnya memang benar dia terkejut dengan Adelia yang tiba-tiba berada di sisi. Adelia sengih nakal.


Mama,sudahlah! Bagilah chance kat dia orang nak loving.” Adelia sengih. Kebas betul hati aku ini. Macam tiada perasaan tengok suami sibuk bercinta dengan perempuan lain. Nasib..Hm..lepas ini aku rasa dah patut aku pikir tentang diri aku pulak. Takkan selamanya nak macam ini. Mama? Harap faham. Dah anak dia tak nak kat aku takkan nak tersua-sua lagi kot! Enam tahun kot! Lama tu..orang lain ada yang dah cerai kahwin balik dalam tempoh enam tahun tapi aku tetap setia. Mungkin kerana mama. Tak sampai hati atau hati aku yang tak ada itu yang tak sampai-sampai. Lawak! Lawak! Okay,now serious..


Apa perasaan Yaya sekarang?” soal Maria sambil menarik Adelia ke dapur. Menantu kesayangan didudukkan di kerusi. Kepala Adelia diusap berkali-kali. Siap cium ubun-ubun kepala menantunya itu. Adelia sengih suka dimanja begitu. Siap membalas dengan pelukan erat. Sambil peluk mama Adelia berkata..


Hm..Tak rasa apa pun! Macam orang asing.” luah Adelia jujur. Hati dan fikiran tidak tahu nak menafsir perasaan yang sedang melanda dirinya kini. Terlalu lama bersendirian walaupun telah enam tahun menyandang gelaran isteri. Hidupnya berjalan bagai orang bujang. Nak bereaksi sebagai isteri. Tak tahu.


No comments:

Post a Comment