Tuesday 31 December 2013

TEASER No. 3: SESUNGGUHNYA..DIA LELAKI PELINDUNGKU


ZARA mengekor Daris dari belakang. Tidak tahu lelaki itu nak bawa dia ke mana lagi. Selepas turun dari motosikal, Daris menonong berjalan ke depan dahulu. Mereka berada di Tasik Titiwangsa. Ramai warga kota sedang berjoging dan bersenam. Manakala, mereka berdua? Rupa orang berdating saja. Lelaki itu harus dihentikan..

“Hello..nak cakap apa dengan saya? Kaki saya rasa nak tercabut duk mengekor awak dari tadi!” Zara sudah hilang sabar. Separuh trek jogging sudah mereka redah.

“Awak masih sakit kepala lagi sekarang?” tiba-tiba Daris bertanya tentang migraine Zara. Buat Zara menoleh dan pandang Daris dengan mata terkelip-kelip. Itu saja ke?

“Thanks for your concern. Saya okay je, dah biasa.” Jawab Zara acuh tidak acuh. Zara tayang muka bosan.

“Haa..pasal tu saya bawa awak ke sini. Relaxation therapy..udara segar..pemandangan yang hijau..dan..awak tak perlukan caffe latte, gantikan saya sebagai kafein awak pagi ini.” ujar Daris dengan ceria. Sempat pula kenyit matanya dengan Zara. Secara halus Daris mengingatkan Zara tentang masa lalu mereka.

“Betullah tu, kafeinkan vasoconstrictor macam awaklah buat sempit kepala otak saya pagi-pagi.” Kutuk Zara tanpa sedar dia mengimbau kembali kenangan lama di antara mereka. Daris pernah menasihati Zara tentang keburukan kafein yang akan membuatkan salur darah menjadi sempit.

Daris tergelak pahit. Pandangan di hala ke arah tasik.

“The truth may hurt for a little while, but a lie hurts forever. Pernah dengar tak Zara?” Daris pusing wajahnya lalu memandang tepat ke wajah Zara. Penafian Zara sangat jelas. Bagaimana ingin menyedarkan Zara?

“The fact is the truth, nothing hurts more than the truth.” Sambung Daris dengan falsafah yang berbelit-belit.

Zara pula yang tergelak sinis.

“Sejak bila kerja dengan dewan bandaraya ni? So..ini tujuan awak kidnap saya pagi-pagi ni..berfalsampah!” sekarang Zara tayang muka malas pula. Pagi-pagi kena hadap falsampah ‘high level’ macam ni. Benak seketika otaknya.

“Selalu tengok saya buruk-buruk saja, kan?” Daris gelak buat-buat. Zara sungguh sarkastik!

“Okay, macam ni la..straight to the point, saya tak kisah awak nak kawan ke, nak dating ke dengan Erin. Saya tiada bantahan.” Tiba-tiba..

“Hah, apa? Awak cakap apa ni?” Daris tidak faham. Dari falsampah tiba-tiba terkeluar pasal lain, apa hal ni? Keliru sekejap.

“Awak heret saya ke sini, tanya saya lagi?” Zara tunding jari ke mukanya.

“Tak faham!” Daris blur.

“Yelah, awak corner sana, awak corner sini..siap berfalsampah la, apa la..cakaplah tak nak saya bantah hubungan awak dengan Erin kan senang!” pada fikiran Zara.

“Kenapa berubah fikiran?” tanya Daris pelik. Sebelum ini, beriya-iya membantah.

“Awak ni sewel ke apa? Hari tu beriya-iya sangat. Jangan, awak..adik saya tu dah angau gila dengan awak, tau tak?!” Zara bagi amaran keras.

“Then what about us?” tujuan utama Daris bawa Zara ke sini bukan kerana Erin atau sesiapa tetapi kerana mereka berdua.

“Hah, kita? Apa yang awak mengarut ni?” wajah Zara terus berubah.

“Awak memang tak nak ingat saya lagi?” Daris berharap Zara tidak pernah melupakan dirinya. Berterus-teranglah, Zara.

“Ingat awak buat apa?! Banyak benda saya kena ingat la.” Zara cuba berlagak sambil lewa.

“Tak nak ingat? Betul ni? Fine..” Daris naik angin. Kenapa susah sangat dengan Zara ni?

“Slap me!” Daris suruh Zara tampar pipinya.

“Hah?” terkejut!

“Hit me!” cabar Daris.

“Apa awak merepek ni?” Zara tak faham.

Daris ambil tangan Zara lalu menggunakan tangan lembut Zara menampar pipinya kuat-kuat berkali-kali.

“Pukul saya sepuas hati awak. Legakan perasaan awak dari perasaan marah, terluka dan dendam, Zara!” Daris pasrah biarkan luarannya disakiti kalau itu bisa mengembalikan Zara Diandra satu masa dulu.

Zara betul-betul terkejut dengan tindakan Daris.

“Kenapa awak buat macam ni?” Zara pula yang teresak. Kepala sudah terasa sakit. Mata pula semakin berpinau. Inilah yang akan berlaku bila memaksa pintu ingatannya dibuka.

“Demi awak Zara.” berharap sangat Zara kembali.

Zara pejam mata lalu dihela nafas berat..

“Saya tiada bantahan awak dengan Erin. Jadi, hantar saya balik ke kafe.” Zara pegang kepalanya yang semakin memberat. Tiba-tiba, alam sekeliling menjadi gelap.

********************************************************************************
KAU jalan macam perempuan, cepatlah sikit!” gesa Ghaz tatkala melihat Erin jauh ketinggalan ke belakang. Mereka menuju ke wad yang menempatkan bos mereka.

“Kau jalanlah dulu, aku nak whatssup Abang Daris aku ni.” Erin lambat pasal sibuk nak berwhatssup dengan Daris. Dari semalam Abang Darisnya offline. Risau pulak hatinya.

“Tak habis-habis! Aku doa kau terlanggar tiang la kejap lagi. Sibuk sangat dengan whatssup kau tu.” Celupar betul mulut Ghaz.

“Amboi, mulut..yelah..yelah..aku jalan laju-laju.” Bengang kena bebel siap kena doa terlanggar tiang baik dia berhenti whatssup. Apa punya kawan daa..doa yang bukan-bukan! Gerutu hati Erin.

“Tau pun!” Ghaz puas hati tengok Erin berhenti whatssup bagai tu. Bukan apa hati macam kena cuka getah rasanya. Pedih semacam!

Mereka sudah berada di bilik Zara berada..

“Bos, okay dah?” tanya Ghaz sambil meletakkan thermos panas berisi bubur. Disediakan khas untuk bosnya yang cantik jelita. Erin nak cuba rasa sikit tadi pun dipukul-pukul tangannya. Erin tarik muncung boleh buat penyangkut baju pun Ghaz buat tak heran demi bos cantiknya. Tapi, serius Ghaz suka bila Erin buat muka macam tu nampak macam jeles. Wuhuu..yo oww la tu!

“Oh, korang! Okay dah, sikit je ni!” senyuman menghiasi bibir Zara tetapi tidak dapat menyembunyikan wajahnya yang masih pucat.

“Bos dah makan? Saya bawa bubur ni, khas untuk bos sorang.” Ghaz sengaja tekankan perkataan ‘sorang’ membuatkan Erin mencebik. Erin rasa cemburu tiba-tiba melihat kakaknya mendapat perhatian Ghaz.

“Yeke, terima kasih Ghaz. Nanti saya makan.” Ucap Zara.

“Betul ke Kak Za dah okay?” tanya Erin masih ragu. Erin tahu bagaimana keadaan Zara kalau penyakit migrainnya datang. Sungguh teruk!

 Erin tunjuk muka risau. Zara yang melihatnya agak tersentuh.

“Don’t worry! Kak Za okay dah ni.” Zara cuba meyakinkan Erin.

“Hm..baguslah! Erin risau la..” melihat awek brutal tiba-tiba jadi prihatin dan lembut membuatkan Ghaz terpukau seketika. Erin..Erin..ku sangka hatimu keras rupanya ada lembutnya juga. Ghaz senyum tanpa sedar.

Pintu bilik diketuk..

Masing-masing memandang ke pintu..

Erin paling teruja melihat Daris berdiri di muka pintu dengan senyuman. Terlalu yakin Daris datang ingin menemui dirinya. Erin berdiri dengan senyuman paling manis. Menunggu pujaan hati..

“Are you, okay?” Erin melihat Daris meluru dengan senyuman. Hati Erin kembang setaman. Teramat yakin Daris akan berhenti tepat di hadapannya nanti. Tapi, kenapa bertanya dia baik atau tidak? Bukan dia yang sakit. Erin pelik.

Daris berjalan terus dan berselisih bahu dengan Erin. Erin ingat mungkin Daris tidak sempat nak brek kakinya tadi. Tapi, bila dia menoleh ke belakang. Rahang Erin hampir jatuh. Mata melotot tidak percaya.

“Saya sangat risaukan awak. Sakit kepala lagi?” Daris tanpa segan memegang kedua belah bahu Zara. Kemudian, tangannya beralih ke pipi Zara dan  tidak semena-mena menarik leher Zara lalu dipeluk rapat. Zara terpinga-pinga..

Erin dan Ghaz terlopong..

“Apa yang awak buat ni?” Zara tolak tubuh Daris yang sedang memeluk dirinya. Zara betul-betul terkejut dengan tindakan Daris. Sepantas itu juga, Zara memandang Erin. Riak wajah Erin juga turut terkejut dengan tindakan Daris.

“Erin..bukan..bukan..Kak Za..” tak tahu apa yang harus dia terangkan kepada Erin. Sakit kepalanya datang kembali, berdenyut-denyut menghentak setiap sudut otak. Zara picit kepalanya.

“Patutlah Kak Za tak suka Erin rapat dengan Abang Daris rupanya Kak Za ada hati dengan Abang Daris. Cakaplah awal-awal, tak adalah Erin macam orang bodoh hari-hari sukakan lelaki yang sama.” Erin rasa dirinya ditipu hidup-hidup. Sangat kecewa dan sakit hati.

“Erin..bukan salah Zara..salah abang..tak patut abang buat Erin salah sangka.”  Daris cuba memberi penjelasan.

“Oh..Erin dah faham sekarang. Abang sengaja dekat-dekat dengan Erin sebab nak rapat dengan Kak Za, kan? Teruk betullah korang ni!” Erin dah mengerti sekarang. Bijak betul permainan dia orang ni! Rasa nak menjerit biar satu hospital dengar. Urghhhh..

“Erin..abang akan jelaskan..”

“Nak jelaskan apa? Memang hebat betul korang ni!” Erin terus keluar selepas memarahi mereka berdua.

Ghaz yang tak faham apa, menonong mengikuti Erin dari belakang.

“Puas hati awak buat kami berdua bergaduh!” Zara pula memarahi Daris. Sekarang, tak pasal-pasal dia bermasalah dengan Erin.

“Nanti saya akan jelaskan dengan dia pasal kita.” Daris beriak tenang  sahaja. Baginya masalah mengenai Erin boleh diselesaikan kemudian. Yang penting, perempuan yang berada di hadapannya sekarang.

“Apa maksud awak dengan kita? Antara awak dan saya, tiada istilah kita.”

“Will see, dear..” Daris kenyit mata seperti tiada apa-apa pernah berlaku sebelumnya.

“Gila!” itu saja perkataan yang mampu Zara katakan. Lelaki di hadapannya memang sudah gila. Satu kerja pula dia nak menjelaskan tentang apa yang terjadi kepada Erin. Apa kenalah dengan mamat ni? Alih-alih datang terus peluk bagai. Bila ingat balik pelukan hangat lelaki itu Zara dapat merasakan pipinya berbahang pula.

“Betul tu! Saya memang dah gila, gilakan awaklah..”  ujar Daris selamba.

Mendengar saja kata-kata lelaki itu Zara terus menghembus nafas dengan mulutnya. Udara keluar masuk sistem pernafasannya banyak terganggu sejak dua menjak ini. Sekejap sesak, sekejap semput, tidak teratur membuatkan Zara terpaksa menghembus nafas menggunakan mulutnya supaya lelaki di hadapannya tahu dia betul-betul dah penat nak melayan.

Daris boleh pula tergelak dengan tingkah Zara seperti naga comel sedang menghembuskan nafas panasnya.

“Seriously, baik awak pergi pujuk Erin.” dengan tangan-tangan Zara tunding ke pintu, isyarat supaya Daris pergi memujuk Erin. Kalau berlari dapatkan Erin lagi bagus.

“Dia akan baik nanti, don’t worry! Dia masih muda lagi.” selamba Daris  menjawab tapi panas pula hati Zara mendengarnya.

Zara hembus nafas lelahnya lagi..

“Adik saya tu, suka sangat dengan awak. Erin pasti sedih sangat awak buat dia macam tu,” Zara dapat merasakan kesedihan Erin. Pasti Erin sangat kecewa dan sakit hati dipermainkan.

“I never loved Erin. Saya dekat dengan Erin kerana saya ingin dekat dengan awak. I know I was wrong, tapi saya sukakan awak. Saya tak boleh tipu perasaan saya lagi.”

“Hei..awak tak patut tau tak! Erin tu budak baik, awak patut sukakan dia, bukan saya! Baik awak kejar Erin sekarang. Saya rasa Erin tak jauh lagi tu, pergilah!” paksa Zara.

“What about us?”

“Awak ni tak faham bahasa ke?! There is no us! Don’t you get it?!” Zara sikit lagi nak menjerit kuat biar lelaki di hadapannya faham bahasa. Sudahlah kepala duk berdenyut-denyut, Zara pejam mata kuat-kuat.

“Yes, there is us between us..in the past..today..and for the future. You’ll get used to it soon, don’t worry!” Daris dah tak kisah, apa nak jadi pun jadilah. Jika Zara tidak ingin mengingati dirinya tidak mengapa. Mereka akan bermula semula biarpun dari sifar. Janji mereka bersama semula.

“Betul-betul gila!” Zara hembus nafas bengang pula. Sudahnya, hari ini memang sistem pernafasannya tunggang terbalik.

“Tak apa, kita gila sama-sama.” Daris selamba, siap bukakan thermos bubur Zara.

Zara pula peluk tubuh geram-geram.

“Macam sedap je.” Daris senyum ke arah Zara yang sedang cemberut. Kemudiannya, boleh pula tergelak melihat muncung Zara dah berdepa-depa. Karang buat penyangkut baju baru tau!

“Baik awak keluarlah!” halau Zara. Muka Zara stress sangat. Ditambah kepalanya berdenyut-denyut tanpa henti. Rasa nak hantuk kepala ke dinding rasanya.

“Tak mau stress-stress, nanti kepala awak bertambah sakit. Tengok sini,” Daris tahu Zara sedang menahan sakit kepalanya. Wajah Zara kelihatan berkerut-kerut. Daris tahu dia harus tenang menangani Zara, jangan memaksa, pendek kata pendekatan yang lembut. Mungkin dengan cara itu, dapat mengubati hati Zara.

“Nak tengok apa?” Zara marah.

“Tengok saya!” Daris tunjuk wajahnya yang sedang senyum paling manis.

“Fuhhhh…” Zara hembus nafas naganya lagi. Penat..

“Comel tak, kak tonnn..” Daris letak jarinya di pipi tunjuk muka comel.

 Zara dah tak terkata dah, akhirnya..

Zara gelak sambil urut dahinya yang berdenyut-denyut. Nak marah pun tak jadi dengan perangai sengal lelaki itu.

“Tau jugak awak gelak, ye?!” Daris juga gelak.

“Habis, awak ingat saya ni tak ada nerve untuk gelak!”

“Mana la tau kan, cucuk botox ke, habis semua nerve kat muka awak, nak gelak pun tak boleh, nak senyum pun susah.” Daris sengaja buat Zara tergelak lagi. Kan orang bilang, laughter is the best medicine. Daris senyum paling manis lagi.

“Fuhhhh..”

“Dragon cute!” Daris gosok kepala Zara beberapa kali.


Zara renung Daris seperti nak makan hidup-hidup.

“Baik awak makan bubur ni, sedap ni..” Daris tunjuk bubur di dalam thermos bila Zara merenungnya seperti nak makan hidup-hidup.

“Saya suap, nak?” Daris sudukan bubur untuk Zara.

Zara renung lagi muka Daris dengan mulut menggumam entah apa-apa.

“Nah..” Daris suakan bubur ke mulut Zara.

Renungan tajam Zara tidak beralih, perlahan-lahan Zara buka mulut lalu menghirup bubur Daris suakan kepadanya.

Daris senyum senang hati.
 
PESANAN PENULIS:
Teaser lagi..manuskrip SDLP semakin di penghujung..harap sgt dpt sudahkan dalam masa yg tdekat ni. Selamat membaca. TQ.

Friday 20 December 2013

TEASER No.2: SESUNGGUHNYA..DIA LELAKI PELINDUNGKU


ZARA kepayahan membawa tong gas dari stor yang berada di belakang kedai. Ghaz pembantu dapur bercuti pula hari ini kalau tidak sudah lama disuruhnya budak itu mengangkat tong gas ke dapur. Boleh pula hari ini gas nak habis! Rungut Zara kepenatan menggelek tong gas sendirian dari luar. Nak sampai ke dapur sikit punya mengah.


“Kak Za ni..kenapa tak panggil Erin?” Erin muncul tetapi tidak bersendirian. Ada lelaki di sebelah Erin.


“Meh, saya tolong!” lelaki itu dengan gentlemannya ingin menolong.


“Eh, tak apa! Tak apa! Saya boleh buat.” Tolak Zara tanpa memandang lelaki itu. Zara sengaja bersikap dingin dengan lelaki itu. Tanpa mempedulikan mereka berdua Zara menunduk bersedia untuk menggelek tong gas itu lagi.

“Saya tolong, okay!” tanpa menunggu persetujuan Zara lelaki itu terus mengangkat tong gas lalu diletakkan ke atas bahu. Tong gas yang berat itu kelihatan ringan saja lelaki itu mengangkat terus diletakkan ke atas bahu. Zara terlopong seketika. Berat tu!

“Nak letak ke mana?” tanya lelaki itu.

Zara boleh pula terlongo mendengar pertanyaan lelaki itu. Terkagum pula  melihat kegagahan lelaki itu mengangkat tong gas dengan selamba. Setakat angkat tong gas aje kot, Zara! Wake up, Zara! Zara geleng kepalanya moga cepat sedar diri.

“Kat situ!” Zara terus menunjukkan tempat tong gas diletakkan.

“Kuatnya Abang Daris!” Erin siap bertepuk tangan kononnya kagum sangat dengan lelaki pujaannya selamba saja mengangkat tong gas yang berat. Zara mencebik.

“Erin, kat sini rupanya, order melambak kat depan ni!” panggil Nana dari tadi mencari Erin. Pelbagai pesanan kopi diterima tetapi tukang baristanya boleh pula lesap entah ke mana.

“Yelah! Yelah!” Erin tergelak melihat muka cemberut Nana. Tanpa menunggu Abang Daris, Erin terus ke depan.

Mereka berdua ditinggalkan bersendirian di dapur. Zara hanya berpeluk tubuh melihat Daris meletakkan tong gas dan memasang kepala tong gas. Hanya memerhati.

“Dah siap!” Daris bersuara.

“Terima kasih!” ringkas. Kemudian berpusing bersedia untuk melangkah ke bahagian tempat simpanan bahan-bahan kering. Baik dia pergi mengambil bahan untuk dibuat pastry dari berlama-lamaan dengan lelaki itu lagi.

“Sekejap!” Daris menahan.

“Hm..?” Mata Zara terkelip-kelip memandang lelaki itu. Muka blur!

“Ada apa-apa lagi nak saya tolong?” tanya Daris. Masih belum puas bersama dengan Zara. Dia harus bijak mengambil peluang yang sudah berada di depan mata.

“Tak ada apa lagi. Terima kasih!” ucap Zara dengan tidak ikhlasnya. Masih menunjukkan sikap dingin dengan lelaki itu.

“Okay..” Daris senyum tetapi jelas hampa kerana Zara sudah mematah percubaan sulungnya untuk merapati Zara dengan lebih dekat. Dengan berat hati Daris terpaksa beredar ke depan.

“Jauhkan diri awak dengan Erin?” kata-kata Zara yang tiba-tiba membuatkan langkah Daris terhenti dengan tiba-tiba juga.

“Hah?” Daris nyata terkejut.

“Awak tak ikhlas dengan Erin. Jangan mainkan hati dia!” tegas Zara memberi amaran.

“Macam mana awak tahu yang saya ni ikhlas atau pun tidak? Awak tak rasa ayat awak tu macam biadap sikit?” Daris pamer senyum. Berlagak bersahaja cuba mengawal dirinya. Mungkin inilah pendekatan yang diharapkan. Kasar tetapi tidak mengapalah dari tidak ada langsung komunikasi.

“Biadap? Oh, really? Hantar anak dara orang balik lewat malam siapa yang biadap sebenarnya? Erin adik saya, dia budak baik-baik dan tidak patut berjumpa dengan lelaki player seperti awak ni.” Zara menuduh melulu. Bercekak pinggang dengan wajah garang.

“Player?” Daris tersenyum lagi. Sah, memang Zara! Hanya Zara suka menuduh dirinya seorang player.

“Yelah, girlfriend sana-sini.” Fakta mana dipakai oleh Zara pun dia tidak tahu main tuduh melulu saja. Sabar sajalah!

“Amboih, awak! For your information..I. DON’T. HAVE. A. GIRLFRIEND.” Daris sebut satu-satu sambil tergelak. Tuduhan Zara sungguh menggelikan hatinya. Sikap comel-comel Zara masih ada rupanya. Layankan sajalah!

“Boleh percaya ke?” Zara mencebik. Tidak percaya.

“Cara awak bertanya ni macam bertanya bagi pihak awak aje? Cik Zara minat kat saya ke?” acah Daris sengaja menduga hati Zara.

“Jangan nak perasan, ya! Saya tak nak awak main-mainkan adik saya, itu saja!” Zara sangat melenting.

“Oh, begitu! Kenapa bimbang sangat? Awak ada experiences kena main dengan lelaki ke? Tapi, apa yang saya nampak, macam awak yang selalu mainkan hati lelaki.” Bidas Daris belum puas mengenakan Zara. Bila Zara melenting macam ni, Daris dapat melihat Zara yang dulu. Zara yang sangat dirinduinya.

“Jangan sesuka hati cakap orang macam-macam, ya! Jaga mulut tu sikit!” Zara semakin naik angin. Ringan saja tangannya mencapai penutup periuk di tepi sinki hampir nak melibas lengan lelaki itu tetapi cepat pula lelaki itu memegang tangannya.

Mata mereka bersatu..

“Dengan attitude macam ni, lelaki mana yang boleh tahan dengan perempuan macam awak ni, ya?!” sindir Daris. Tidak puas membuat Zara melenting. Daris sengaja membuat Zara marah supaya Zara mengaku mengenali dirinya. Zara yang berada di hadapannya kini berlagak tidak mengenali dirinya? Atau sengaja berpura-pura tidak mengenalinya? Daris sungguh terseksa ingin tahu kenapa.

“Saya tak perlu lelaki tahan dengan perangai saya!” terus menendang betis Daris. Sakit betul hatinya mendengar kata-kata lelaki itu.

“Arghh..” Daris mengaduh sakit.

“Padan muka!” Zara buat muka mengejek.

“Awak emosi sangat ni kenapa? Sanggup tendang saya macam ni? Awak kakak angkat sajakan dengan Erin. Jadi dengan siapa Erin nak dating dia punya sukalah.” Balas Daris. Bengang ditendang oleh Zara. Tidak menyangka Zara seagresif begini sekarang. Kenapa Zara boleh berubah jauh sebegini? Daris benar-benar ingin tahu.

“Hei, awak! Kakak angkat pun, saya dah anggap Erin macam adik kandung saya sendiri tau! Saya takkan biarkan awak yang tak ikhlas ni mainkan hati dia.” Zara memberi amaran. Zara tahu sangat lelaki itu tidak ikhlas dengan Erin. Zara tahu agenda sebenar lelaki itu. Zara tidak mahu hati Erin terluka kerananya.

“Dah! Dah! Keluar! Keluar!” Zara menghalau sambil menolak kasar Daris. Tetapi, tubuh sasa Daris langsung tidak bergerak ditolak Zara.

Daris pejam mata dan tarik nafas dalam-dalam. Zara ni, harus diberikan pencerahan sedikit. Kemudian, Daris buka mata dengan wajah paling serius. Daris menghampiri Zara sehingga Zara terpaksa mengundur sehingga tidak dapat bergerak lagi kerana dihalang dengan peti ais.

“Beginilah, ikhlas atau tidak terpulang kepada awak sendiri, Cik Zara! I don’t care! Saya dan Erin serius! Saya suka dengan Erin! From now on, Erin and I..officially dating!” dengan tegas Daris berkata. Tajam mata Daris menyapu segenap wajah Zara.
 
PESANAN PENULIS:
Maaf sangat2 hanya dapat bagi sedikit teaser. Next time, saya bagi lagi, ya. Rindu sangat2 dgn kamu2 semua. TQ.