Sunday, 27 May 2012


Bab 12: Di Penghujung Cintaku..Adelia


Dah masuk tiga minggu Adelia tidak pulang ke rumah mama. Entah kenapa Adelia merasakan tempat dia bukan di situ lagi sejak kepulangan Nik Pasha ke Malaysia. Kalau bukan mama yang tidak pernah putus asa menelefon supaya dia pulang memang sukar nak melangkah ke rumah itu lagi. Mama siap buat drama air mata kat dalam telefon siap teresak-esak katanya rindu sangat. Takut kehilangan pun ada. Adelia faham mama memang terlalu takut kalau dia bawa diri pergi jauh dari mereka. Takkanlah..Adelia sayang sangat pada mama,papa dan Aril. Pasha? Itu..Adelia garu kepala. Sayang ke?


Akhirnya,Swift putih hitam menjalar masuk ke halaman rumah keluarga Encik Nik Nazrin. Adelia mengenakan kurung moden kain chiffon bersulam manik kaler kuning air siap bertudung satin ala Hana Tajima dari warna yang sama. Cukup sweet..
Adelia menutup pintu kereta sambil mata di hala ke halaman rumah sekali terpandang dua merpati sejoli lagi. Kali ini mesra alam sikit siap berpeluk sakan ala Jack and Rose dalam Titanic dekat beranda rumah kononnya kat hujung kapal la tu. Adelia mencebik. Adelia tak pasti mereka berdua sedar atau tidak akan kehadirannya di bawah ini. Adelia tiba-tiba jadi malas nak masuk ke dalam rumah. Hai..hadap je la. Kebalkan hati kebaskan jiwa je la.


Maria bukan main happy lagi bila melihat menantu kesayangannya dah balik. Siap berpeluk sakan macam tak jumpa setahun.


Cantiknya menantu mama!” puji Maria melambung. Adelia siap menunjukkan jari telunjuk dibibir menandakan supaya diam. Perkataan menantu itu sensitif tak pasal-pasal terdengar pulak Darwina nanti.


Ma,Darwinakan ada nanti terdengar susah pulak Pasha nanti.” semenyampah mana pun Adelia pada Nik Pasha tak sampai hati pula nak buat Nik Pasha susah. Biarlah segalanya bermula dari lelaki itu sendiri.


Alamak,mama terlupalah!” mama siap tepuk mulutnya perlahan dan tersenyum.


Okay,Jom! Mama ada buat kek coklat tau.” umpan Maria. Dia tahu Adelia suka sangat dengan kek coklat buatannya. Adelia girang bila terdengar perkataan kek coklat. Ini sayang ibu mertuaku ini. Hehe..


Yaya dari mana ni? Cantik sangat ni. Dating eh..” mama serkap jarang. Harap taklah. Dalam hati.


Mana ada mama! Yaya dari kenduri kahwin budak wad Yaya kat Bangi. Dari sana terus ke sini.” jelas Adelia. Kek coklat di suap ke mulut. Hm..sedapnya! Nescafe susu buatan mama yang kaw di hirup sedikit. Sambil berborak dengan mama tiba-tiba muncul dua merpati sejoli dengan wajah riang. Maria pandang dengan pandangan tidak puas hati. Tak sepatutnya anaknya itu membawa Darwina pulang ke rumah mereka. Kalau sekali dua tak apalah ini kerap sangat. Sampai terlupa terus status dipegang. Rasa nak sekeh kepala anaknya itu tapi bila teringat kata-kata Adelia yang menghalang disabarkan hati. Adelia nak segalanya biarlah waktu yang tentukan hala tuju mereka. Maria masih tidak berterus-terang tentang perihal Nik Pasha yang bersungguh benar nak berpisah dalam masa enam bulan ini. Dia tidak mahu Adelia berkecil hati dan menjauhkan diri dari mereka sekeluarga. Nantilah dia slow talk tapi waktu semakin meninggalkan mereka. Suntuk sangat..


Auntie,Wina balik dulu ye!” ujar Darwina riang. Selamba je mereka berdua bersilang tangan. Mesra..


Jemput minum petang dulu dengan kami sebelum balik.” ajak Maria. Hormat tetamu.


Eh,tak apalah Wina kurang makan kek coklat ni takut gemuk.” gedik je Adelia mendengar kata-kata Darwina. Takut gemuk..tak boleh blah la minah ni. Meluat pulak.


Okay,bawak kereta tu elok-elok. Jalan tengah jem ni.” nasihat Maria sekadar berbasa-basi.
Darwina mengangguk mengerti nasihat bakal mertua. Hehe..sayang bakal menantu ek..kembang hati Darwina.


Bye,Darwina!” Adelia senyum plastik. Nik Pasha di sebelah Darwina nampak terkaku saja, kenapa ye? Eh,macam biasalah mana suka aku balik ke rumah ini. Diakan terlalu bencikan aku. Isu lama...Adelia malas nak ambil pusing.


Nik Pasha terpempan melihat penampilan Adelia pada petang itu. Terlalu cantik nampak macam model muslimah pulak. Teringat iklan shampu yang memperkenalkan wanita bertudung sebagai model mereka. Dengan gaya tudung begitu trendy. Nik Pasha terpanar.


Jom,sayang!” Darwina selamba menarik tangan Nik Pasha apabila melihat Nik Pasha bagai terpukau melihat Adelia yang begitu cantik dengan busana serba kuning. Darwina juga kagum melihat gadis bertudung begitu bergaya. Tapi..hatinya cemburu melihat Nik Pasha memberi perhatian pada perempuan itu. Ish,mana boleh isteri orang pulak tu.


Adelia sekadar menjeling tangan merpati dua sejoli itu bertaut. Maria membuntang matanya pada Nik Pasha. Siap memberi amaran melalui pandangan mata tidak menyukai perbuatan Darwina yang agak melampau. Iyelah,suka hati nak pegang suami orang. Adelia menggelengkan kepalanya supaya mama tidak terlalu exposed perasaaannya. Jangan mama! Dalam hati.
Nik Pasha pula macam kerbau dicucuk hidung menurut saja langkah Darwina...


Adelia bermalam di rumah mama malam ini selepas dipujuk berkali-kali. Nasib baik esok dia bercuti selama tiga hari. Kalau difikirkan Adelia kini berasa berat hati jika nak bermalam atau keluar masuk ke rumah ini sesuka hati seperti dulu-dulu. Nak melepaskan rambutnya di dalam rumah ini pun Adelia berasa tidak patut. Seakan ada dinding besar menghalang dirinya untuk bergaya bebas. Nik Pasha walaupun seorang suami kepada dirinya tetapi seorang yang asing. Akhirnya,Adelia keluar dari bilik dengan bertudung ekspress saja. Mudah. Selepas makan malam Adelia berkurung di dalam bilik yang telah dihuni sejak zaman remaja lagi. Masih tema pink and girlish. Kalau tidak kerana tekaknya yang haus tak ada makna nak keluar dari bilik. Baik berkurung layan facebook dari bertembung dengan mamat frozen aka stone tu. Nama baru..iyelah sekarang ni suaminya dah tak macam dulu waktu zaman remaja yang suka sangat cari pasal dan bertekak dengan dirinya. Nik Pasha kini tak banyak cakap tapi kalau dah buka mulut masih tetap berbisa dan menyakitkan hati. Teringat peristiwa di kafe. Huh..Walaupun Nik Pasha tak banyak cakap dengan panahan mata dan gerak-gerinya bikin hati Adelia dibuai sesuatu. Nik Pasha nampak berkarisma dan misteri. Laki siapa? Laki aku jugakkk..


Adelia turun dari tingkat atas ke dapur. Satu rumah dah bergelap. Semua dah masuk tidur. Adelia suka hati. Percentage nak bertembung mamat frozen tu tipislah. Haha..siap gelak dalam hati. Tapi..ternyata sangkaan Adelia meleset Adelia mendengar ada orang sedang berbual di dapur. Macam suara mama dan papa je. Tak tidur lagi ke?! Hehe..kalau kejutkan mereka pun best jugak. Adelia dah sedia nak sergah tapi..


Macam mana ni bang? Pasha tetap nak bercerai. Bila Helmi balik Pasha cakap nak jumpa peguam syarie. Nak bincang pasal perceraian.” beritahu Maria dengan wajah gusar. Nik Nazrin yang sedang mengopi memandang isterinya yang kalut. Rasa menyesal bertandang di hati Nik Nazrin bila teringat kembali keputusan mereka mengahwinkan budak bertuah dua orang itu. Dahlah kahwin tak seperti orang. Seorang ke barat seorang ke timur. Enam tahun berlalu sia-sia saja. Kahwin atas nama saja. Nik Pasha siap bawak girlfriend balik dari abroad lagi. Bila melihat kedua budak bertuah itu waktu makan malam tadi mereka tak nampak langsung macam suami isteri. Macam baru bertemu lagaknya. Hai..Nik Nazrin mengeluh.


Nak buat macam mana Mar! Semua dah terjadi..” ayat macam copy dialog Mail dalam animasi Upin dan Ipin je. Maria geram dengan kata-kata suaminya. Nampak sudah mengalah.


Takkan nak biarkan mereka bercerai,bang!” Maria tak puas hati.


Habis,Mar nak buat macam mana? Kalau Pasha dah nekad nak dipaksakan macam mana lagi. Budak tu dah besar panjang. Nak paksa-paksa macam zaman remaja dulu? Dah tak boleh dah Mar. Silap haribulan Pasha putuskan hubungan dengan kita. Pasha tak balik sepanjang dia study pun Mar tak boleh nak tahan ini kalau budak tu bawak diri. Boleh ke hadap?” ujar Nik Nazrin panjang lebar. Kasihan Adelia jadi mangsa keadaan. Sikit masa lagi dah jadi janda to be. Menyesal buat anak perempuan orang jadi macam ini anak teman baik sendiri pulak tu. Nak dijelaskan pada Helmi macam batu besar menghempap dikepala. Berat.


Mar,menyesal bang! Mar sayang Yaya. Jangan kerana mereka bercerai Yaya jauh dari kita bang. Tak sanggup Mar!” Maria mula menitiskan air mata.


Nak menyesal dah tak guna dah Mar! Tak pasal-pasal pasal anak kita buat anak kawan baik kita sendiri jadi janda.” sindirankah itu? Lagi buat Maria menangis tersedu-sedan.


Adelia..terkedu. Bercerai? Oh..begitu rupanya. Janda to be lah aku nanti ye. Nak menangis rasanya macam tak ada air mata nak menangis. Lebih kepada terkejut. Tak sangka Nik Pasha sudah membuat perancangan yang teliti. Hala tuju hubungan tiada makna ini telah ditetapkan oleh Nik Pasha. Lagi enam bulan lebih kurang kerana ayah akan balik dalam tempoh tersebut. Adelia berpaling. Tak jadi nak membasahkan tekak. Tekak kering lantaklah..hatinya yang dah kering sekarang ini. Berpusing 360 darjah. Sekali badannya terus terkaku. Nik Pasha berada di belakangnya sudah berapa lama ye? Cukupkah masanya ketika mama dan papa berbual dari tadi. Tajam saja pandangan mamat frozen tu. Dengarlah tu kot! Adelia cepat-cepat beredar tanpa menghiraukan Nik Pasha yang teramat dekat dengan dirinya kini. Siap boleh bau haruman Georgio Armani lagi. Lelah pulak Adelia rasakan ketika ini..

1 comment: