Thursday 24 April 2014




                             ~ SESUNGGUHNYA..DIA LELAKI PELINDUNGKU ~

~ SUDAH BERADA DI PASARAN - JOM SEMUA DAPATKAN DI BOOTH LOVE NOVEL PUBLICATION DI PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR DI PWTC, KL - BERMULA HARI INI 24 APRIL - 4 MEI 2014.

~ SAYA AKAN BERADA DI BOOTH LOVE NOVEL PADA 26 APRIL & 27 APRIL & 3 MEI & 4 MEI - HARAP DAPAT BERJUMPA KAMU SEMUA DI SANA.

~ SELAIN TANDATANGAN, ADA JUGA GIFT COMEL UNTUK KALIAN SEMUA.



TEASER:

“Terima kasih awak..sesungguhnya, awaklah makhluk Tuhan yang paling saya sayang dan cinta. Saya inginkan awak selalu bahagia walaupun tanpa saya. Awak..” air mata yang berlinang menyukarkan Daris menuturkan kata-katanya lagi. Lelaki itu teresak dan Zara juga turut sama teresak.
“Saya lepaskan awak..” Daris terus melepaskan ke semua jari jemarinya walaupun hatinya amat berat.

“Demi cinta, saya relakan akhiri segalanya tentang kita..” Daris mengalah..

“Awak..” Zara tidak dapat menahan dirinya lagi, menangis semahunya.

“Saya tak sanggup lihat awak menitiskan air mata lagi, cukuplah! Berhenti menangis, awak..” Daris tidak sanggup melihat perempuan yang paling disayangi menangis lagi.

Daris tidak sanggup lagi melihat, terus berpaling. Biar dia saja yang pergi, satu harapannya supaya Zara bahagia walaupun tanpanya.

“Jangan pergi awak..” Zara sempat pegang tangan Daris.

“Zara!” tangan Zara dipegang seseorang dari belakang. Zara berpaling ke belakang. Sangat terkejut, Qaiser sedang memegang tangannya.

Saling memandang antara satu sama lain. Zara kebingungan..

Adakah ini waktunya dia harus memilih?


~ ADAKAH DARIS ATAU QAISER? DAPATKAN SECEPAT MUNGKIN KERANA BANYAK ELEMEN SURPRISE ~








Monday 31 March 2014

BAB 3: SUNNY: PROTOKOL CINTA





~ Aku tak pernah merancang untuk jatuh cinta denganmu ~

BIJA pelik, sudah masuk kali ketiga dia menerima bantuan dari badan NGO yang tidak diketahui organisasinya. Dia tidak pernah memohon apa-apa dari  mana-mana perbadanan kerana kesusahannya. Dia masih mampu bertahan, walaupun gajinya hanya cukup-cukup makan. Lambat-laun dia yakin dapat mengatasinya juga kerana gajinya akan meningkat setiap tahun. Hanya masa akan menolongnya.

“Saya dari perbadanan persendirian mendapat maklumat yang puan memerlukan pertolongan. Puan jangan risau, bantuan kami ikhlas dan boleh dipercayai. Jika puan ragu-ragu, puan boleh hubungi NGO kami,” lelaki bertali leher dan berkemeja kemas itu menghulurkan kad. Bija ragu-ragu sewaktu mencapai kad itu.

“Yayasan Cahaya?” Bija masih curiga. Dunia sekarang bukan boleh percaya semua bersebab, tidak mustahil perbadanan ini juga. Bija tidak ingin terjebak dengan perkara-perkara tidak betul yang mungkin melibatkan jenayah atau akidahnya.

“Silakan puan hubungi admin kami, percayalah kami hanya NGO biasa yang hanya nak menolong,” lelaki itu cuba meyakinkan Bija.

“Baiklah, terima kasih,” Bija tidak mahu bercakap lebih lama di depan pintu rumahnya. Nanti menjadi fitnah pula. Sudahlah, dia selalu menjadi buah mulut di flat itu. Bija tidak mahu menambah lagi fitnah yang sudah sedia ada.

“Puan kena terima barangan makanan yang kami bawa ni,” beberapa plastik Giant berisi pelbagai barangan makanan dihulur kepada Bija.

“Saya tak boleh terima, maaf..” Bija tidak ingin menerima, dia tidak tahu siapa yang memberi. Bija tidak tahu niat dan asal barangan itu, perasaannya was-was, bila was-was dia tidak akan mengambilnya.

“Maaf juga sebab saya tak boleh bawa semua barang-barang ni balik. Ini amanah NGO, saya harus sampaikan,” lelaki itu berkeras terus meletakkan semua barangan di depan pintu Bija.

“Eh, encik..” Bija masih ingin membantah tetapi lelaki itu terus pergi. Langsung tidak menyahut panggilannya. Sudahnya, Bija terpaksa juga bawa masuk segala barangan yang ada.

Selepas meletakkan semuanya di dapur, Bija tengok kad yang diberikan oleh lelaki itu tadi. Kemudian, terus mendail nombor yang tertera pada kad nama itu.

“Hello..” Bija dengan suara teragak-agak.

“Hah, hello!” kasar suara yang menyambut panggilan daripada sana. Bija terkejut!

“Er..hello..ini Yayasan Cahaya ke?” tanya Bija ragu-ragu. Mungkin dia silap dail.

Lama talian dibiar sepi..

“Hm..betul..Yayasan Cahaya..siapa yang bercakap di talian,” suara yang menjawab kasar tadi sudah bertukar lunak. Bija semakin curiga.

“Saya Nurbijaseri..pihak tuan ada datang ke rumah saya bawa bantuan dari perbadanan tuan. Saya cuma nak cakap saya tak pernah mohon apa-apa dari mana-mana perbadanan pun. Saya rasa pihak tuan salah orang ni,” ujar Bija menyatakan ketidakpuasan hatinya.

“Begini puan, saya Haji Sani pemilik Yayasan Cahaya. Pihak kami telah menerima permohonan puan dari pihak hal ehwal pekerja di tempat kerja puan. Puan salah seorang nama yang telah diberikan untuk menerima bantuan kami. Mungkin mereka dah pilih, dah tapis dan nama puan tersenarai,” jelas Haji Sani dengan suara bersahaja.

“Yeke?” Bija masih ragu-ragu. Tetapi, dia pernah juga dipanggil oleh pihak atasan kerana gajinya ditakat negative satu waktu dulu. Mungkin juga..

“Ya, puan!”

“Baiklah, tetapi selepas ini saya rasa cukuplah apa yang tuan bagi tu. Saya tak perlukannya,” Bija mengalah tetapi memberitahu itulah kali terakhir dia menerima bantuan dari perbadanan lelaki bergelar haji itu.

“Terima kasih..” Bija matikan talian. Kemudian ke dapur, mengemas segala barangan yang ada di dalam plastik. Sewaktu mengemas barangan, Bija dikejutkan lagi dengan penemuan sampul surat berisi beberapa keping wang bernilai seratus. Bila dikira-kira, kesemuanya berjumlah seribu ringgit. Biar betul!

Bija bukan jadi senang hati tetapi bertambah susah hati.

 

 

KAU ni! Terperanjat beruk la perempuan tu tiba-tiba dapat bantuan makanan. Lepas tu, kau masukkan lagi duit seribu ringgit. Aku pasti, mesti dia terkejut gila!” Malik gelak dengan apa yang dilakukan oleh Sunny. Nak tolong, tolong la jugak tapi biarlah natural sikit.

“Jangan sibuklah!” Sunny merengus kerana ditertawakan. Dia hanya nak menolong. Dia terlalu kasihan dan tak sampai hati melihat perempuan itu makan tak tentu hala. Mia tu, hari-hari makan mee segera, memang tak sihat!

“Haji Sani? Terbaik! Hahaha..” Malik gelak lagi.

“Baik kau diam! Tak pasal aku bagi makan dengan tapak kasut aku ni, kan!” Sunny berang kena gelak.

Kata-kata amaran Sunny tidak diendahkan, Malik bantai gelak lagi kuat!

Sunny bawa diri ke dalam biliknya, malas nak melayan Malik lagi. Tak pasal betul-betul mamat tu makan tapak kasut karang!

“Nurbijaseri..” tercetus di bibir Sunny. Baru Sunny tahu nama perempuan itu yang sebenarnya. Sunny senyum nipis.

 

 

BIJA pulang dari bekerja petang, selepas turun dari LRT dia menapak menuju ke rumah. Dia pulang agak lewat kerana urusan kerjanya belum selesai. Biasalah, sebagai jururawat bekerja di jabatan kecemasan dia sudah siap sedia dengan sebarang kemungkinan termasuklah pulang lambat.

“Hai, cik misi! Baru balik?” Bija ditegur seorang lelaki. Bija menoleh, rupanya suami kak Midah. Bija tidak mengendahkan lelaki itu terus berjalan.

“Kenapa cepat sangat jalannya, kita jalan sama la..” suara suami kak Midah lembut semacam. Bija buat tidak tahu teruskan langkahnya. Kalau dilayan nanti semakin menjadi-jadi. Karang dia juga yang dicop menggatal. Huh!

“Bija makin cantik sekarang lepas bercerai, geram je abang tengok!” Khalil suami Midah cuba mengorat janda cantik itu. Mata Khalil menjelajah penuh nafsu ke belakang cik misi. Khalil geram je tengok tubuh cik misi dengan uniform putih. Ikut bentuk badan dan putih. Mata kurang ajar tak berkelip melihat punggung lentik cik misi. Ooo..la..la..

Bija geli-geleman mendengarnya, langkah dilajukan lagi. Suami kak Midah macam tak faham bahasa menyaingi langkahnya selepas itu suka-suka hati menyenggol bahunya beberapa kali. Hii..geli tahu!

“Ish, tepilah!” Bija merengus marah. Bengang dengan sikap miang suami kak Midah yang sesuka hati sentuh badannya.

“Mesti Bija dah lama gersang, kan..” kata Khalil tanpa rasa malu. Bahu Bija dipaut tanpa izin.

“Hei..” Bija menjerit. Terkejut sangat dengan sikap kurang ajar suami kak Midah.

Khalil pandang sekeliling. Keadaan sekeliling senyap dan sunyi, Khalil sengih. Urusannya semakin mudah apabila melihat sekeliling sunyi sepi.

“Meh la ikut abang..” Khalil tangkap pergelangan tangan Bija. Nafsunya bergelora setiap kali melihat perempuan itu, sewaktu bergelar isteri orang sementelah sudah menjadi janda berhias seperti sekarang. Dia tidak akan melepaskan peluang yang sudah berada di depan mata.

“Apa ni? Janganlah!” Bija cuba merentap lengannya. Khalil memperkemaskan pegangan malah menarik Bija ke tempat gelap.

“Ikut abang! Bija pasti akan suka, abang pandai layan perempuan. Midah isteri abang tu, hari-hari nak, cuma abang dah tak lalu. Badan dah la kepam..tembam..tak selera abang,” Khalil sempat merungut tentang isterinya, Midah.

“Lepaskan! Bija ni janda, ada anak, jangan buat Bija macam ni. Kasihankan Bija..” Bija merayu jangan diapa-apakan dirinya.

“Janda la abang nak sangat. Jom, jom..abang dah tak tahan ni..” Khalil cuba memeluk. Bija sempat menendang kaki Khalil lalu melepaskan diri dengan berlari selajunya.

“Jangan nak lari!” Khalil sempat menarik lengan Bija. Lantas dipegang kedua belah bahu Bija.

Bija cuba meloloskan dirinya tetapi pegangan lelaki itu kuat. Bija meronta-ronta.

“Bija, bukan luak pun, bukan Bija tak pernah buat sebelum ni. Sekali je..” pujuk Khalil di telinga Bija. Seluruh badan menggeletar menahan nafsu. Kalau diikutkan, di sini juga nak direntap uniform putih janda itu tetapi tempat seperti tidak mengizinkan. Kalau dapat ke rumah janda itu lagi bagus. Dia perlu pandai memujuk.

“Nanti abang bagi duit, Bija perlukan duit, kan? Abang tahu Bija banyak hutang. Kalau Bija pandai layan, abang boleh tolong Bija langsaikan hutang, kita pergi rumah Bija, ya..” pujuk Khalil dengan suara paling lembut dan menggoda.

“Lepas! Lepas!” Bija berang mendengar kata-kata lelaki itu. sepertinya dia seorang perempuan yang sangat terdesak. Dia masih boleh bertahan, okey!

“Bija sayang..” bicara lembut di lidah tetapi Khalil mengasari sehingga Bija terperusuk di tepi dinding. Dihentak kuat!

“Tolong! Tolong!” serentak itu juga Bija menjerit nyaring meminta pertolongan.

“Shh..jangan jerit!” Khalil tangkas menekup mulut Bija. Tetapi, Bija pantas memijak kaki bedebah itu kuat-kuat dan lari semahunya.

“Tolong saya! Tolong saya!” Bija berlari menonong sehingga tidak sedar merempuh seseorang di depannya kerana kepalanya sibuk pandang ke belakang.

“Aahhh..” Bija berlaga dengan seseorang. Momentum perlanggaran sangat kuat! Bija hampir terjatuh tetapi sempat ditahan oleh tangan orang yang dirempuh.

Bija mendongak..

“Awak?”

“Kau?”

Mereka berdua saling berbalas pandang. Bija di pihak paling terkejut kerana terjumpa lagi dengan lelaki yang pecah masuk keretanya dan mengugutnya dulu. Ingatkan dah arwah kena tetak, rupanya hidup lagi!

“Kau, kenapa lari macam kena kejar polong ni?” Sunny bertanya kasar. Tadi, dia sibuk memerhati rumah janda itu tetapi langsung tak nampak bayang setelah lama berada di situ. Dia tidak sedap hati, itu yang nak bergegas ke stesen LRT mana tahu baru pulang dari bekerja. Alih-alih, orang yang dinanti berlari macam orang kena kejar polong. Apa hal?

“Jangan lari!” Khalil yang mengejar daripada belakang baru saja sampai. Terkejut melihat Bija dengan seorang lelaki tidak dikenali.

Nampak saja kelibat Khalil, Bija terus pegang lengan lelaki itu lalu bersembunyi di belakang.

“Kau siapa?” tanya Khalil kasar. Sakit matanya melihat janda itu selamba memegang lengan lelaki lain. Dengannya tidak mahu tetapi dengan jantan lain boleh pula pegang-pegang. Khalil cemburu gila, kerana lelaki di depannya nyata seorang lelaki tampan. Huh, yang tampan saja kau pandang, ya perempuan!

“Aku?” Sunny tunjuk jari pada dirinya sendiri. Pegangan erat perempuan itu di lengannya membuatkan dia macam orang bingung sekejap.

“Oo..dengan lelaki lain boleh, dengan abang tak boleh. Lelaki macam ni nak buat suami ke? Tak pasal kena main saja nanti!” cemuh Khalil bengang Bija lebih memilih lelaki lain daripadanya.

“Hei..hei..siapa cakap aku nak jadi suami perempuan ni? Kau pandai-pandai je!” Sunny menafikan.

“Hei..hei..kenapa? Teruk sangat ke kalau jadi suami saya?” Bija pula yang berang. Kenapa? Dia tak layak bersuamikah? Pasal tu dia ditinggalkan? Urghhh..tiba-tiba Bija jadi geram gila dengan kerenah lelaki di sekelilingnya.

Bija terus melepaskan pegangan tangannya pada lengan lelaki itu. Huh, semua lelaki sama! Dah pupuskah lelaki baik di dalam dunia ni? Bija rasa nak menjerit kuat-kuat. Sakit hati!

“Dengan aku? Kau? Nehhh..” Sunny geleng kepala dengan memek muka menidakkan.

Bija berkerut dahi tanpa sedar gigi diketap-ketap. Penghinaan tu!

“Hei..hei..aku ni ada lagi kat sini!” Khalil bengang dia macam halimunan pula di situ. Macam tengok pasangan bercinta bergaduh. Huh, tak boleh jadi!

“Kau apa hal main kejar-kejar ni? Tadika dulu tak puas lagi ke?” tanya Sunny kasar. Sunny mengagak lelaki tak semengah itu cuba berniat tidak baik dengan perempuan ‘jagaannya’. Silap besar, bro!

“Kau tak minat dengan perempuan ni, kan? Baik kau blah!” halau Khalil apabila melihat reaksi lelaki itu hanya bersahaja dengan janda itu.

“Kalau aku tak minat, itu aku punya pasal! Baik kau yang blah!” Sunny senyum sinis dengan Bija. Sengaja nak kenakan Bija sebenarnya. Riak cemberut di wajah perempuan itu sangat menggelikan hatinya.

“Aku cakap blah!” Khalil terkam dengan penumbuk di muka. Sedas mengenai pipi Sunny. Okey, Sunny akui dia boleh cuai pula kali ini kerana leka senyum sinis dengan perempuan itu. Dan-dan itu jugak Tuhan bayar cash! Hambik kau!

Sunny membetulkan kepalanya yang terasa bengang akibat ditumbuk. Okey, sekarang masa buku bertemu dengan ruas!

Sunny senyum cool, menanti gerak langkah samdol di depannya. Jenis samdol macam ni, gaya pasar lambak semua keluar ikut suka hati. Khalil serang lagi, kali ini setiap tumbukan hanya merasa angin kerana Sunny tangkas mengelak. Tatkala, melihat samdol sudah penat pukul angin sekali libas macam sepak takraw samdol jatuh tak bangun-bangun. Strike!

Sunny pusingkan badannya, ingat nak tengok perempuan itu apa cerita. Sekali, tak sangka perempuan itu boleh pula betul-betul berada di belakangnya. Kakinya terpijak kaki perempuan itu, perempuan itu menjerit menyebabkan dia terkejut dan hilang imbangan. Mereka sama-sama terjatuh tetapi perempuan itu pula yang kena hempap. Landing tempat baik..ehem..

“Sakitlah!” rungut Bija cuba menggerak-gerakkan dirinya supaya samseng di depannya cepat mengalihkan badannya. Berat gila!

Sunny bangun.

“Aduhh..” Bija tak habis merungut. Badannya sakit-sakit kena hempap tak pasal-pasal!

“Sikit je tu!” Sunny mencebik. Tadi jatuh bukannya kena hempap betul-betul pun, sipi-sipi je. Macam tu pun tak habis nak merungut! Perempuan..

“Nasib saya selalu malang kalau jumpa awak, hari tu suka hati awak karate tengkuk saya sampai saya tak sedar diri. Saya tak pergi kerja hari tu, sister tuduh saya absent tahu tak!” Bija mengungkit kisah dua bulan sudah, sister tidak mahu menerima alasannya terus mengklasifikasi dia sebagai absent. Apa lagi, surat tunjuk sebab perlu dihantar segera. Rosak habis reputasi pekerjaannya. Bukan itu saja, disebabkan lelaki itu dia jadi sangat trauma. Balik kerja selagi tak puas hati memeriksa ke dalam kereta dia tidak akan masuk. Lelaki itu buat hidupnya ketakutan sebulan lamanya. Selepas itu, dia dirundung kesedihan melampau pula apabila diceraikan begitu saja oleh bekas suaminya. Bertimpa-timpa!

Kini, lelaki itu muncul lagi. Hairan kerana dia tidak pula takut seperti sewaktu mula-mula bertemu dahulu. Wajah lelaki itu kelihatan bersih dan jernih, tidak macam dulu dipenuhi dengan darah. Dalam diam, Bija baru perasan lelaki itu tampan juga rupanya.

“Habis kau nak call polis, ingat aku nak biar je?” balas Sunny. Aii..kenapa perempuan ni tak takut pula dengannya? Tak boleh jadi, Sunny tunjuk muka garang.

Bija beranikan diri. Dia tidak akan biarkan dirinya terjebak dengan orang sebegini lagi.

“Okey, beginilah..kita seri! Saya pernah tolong awak, awak pernah tolong saya. Selepas ini, buat hal masing-masing. Kalau awak kena tetak ke apa ke, jangan masuk kereta saya lagi. Eh, jangan libatkan saya lagi,” baru teringat mana dia ada kereta lagi. Kan, dah kena tarik!

“Okey, selepas ni kalau kau kena rogol depan aku. Aku tak peduli!” Sunny bengang. Sakit hatinya mendengar kata-kata perempuan itu. Selama ini, dia selalu menjaga perempuan itu dari jauh, begini pula balasan yang diterimanya. Huh!

“Hm, okey..” Bija mencebik. Macam dia hadap sangat nak minta pertolongan lelaki itu. Samseng macam tu, baik dia minta pertolongan dengan polis baru betul!

Bija terus berpusing. Dia sudah terlalu lambat mengambil anaknya dengan pengasuh baru yang rumahnya jauh dua blok dari rumahnya. Terpaksa kerana tiada siapa yang sudi menjaga anaknya. Bija tarik nafas dalam-dalam. Dia perlu kuat!

“Hei..tunggu!” selamba Sunny pegang tangan Bija, menahan perempuan itu daripada pergi.

“Kau tak nak report polis ke pasal samdol tadi tu ganggu kau?” tanya Sunny tiba-tiba. Pertanyaan yang mengundang ketawa di bibir Bija.

“Baik saya report pasal awak yang pecah masuk kereta saya, rumah saya, mengugut, lepas tu serang saya!” Bija mengingatkan Sunny tentang perbuatannya dulu. Perbuatan suami kak Midah kalau nak dibandingkan dengan samseng ini dahulu, lagi teruk samseng ini lagi.  

“Weh, mulut kau boleh tahan , heh! Aku kerat lidah kau karang!” Sunny bertukar jadi bengis supaya perempuan itu takut dengannya.

“Tak habis-habis, saya ni dah lambat nak ambil Mia. Apa pun, terima kasih tolong saya,” Bija tidak peduli dengan amaran lelaki itu. Apa nak jadi, jadilah! Mia dah lama di rumah orang, pasti Mia tertunggu-tunggu mamanya.

“Hei..hei..” Sunny tahan lagi.

“Apa? “ Bija pusing, sudahlah dia lambat ambil Mia. Apa lagi ni?

“Tadi, kau hampir kena rogol. Kau boleh buat tak tahu je?” Sunny tak berpuas hati tiada sebarang tindakan daripada perempuan itu. Hanya membiarkan saja? Esok, lusa samdol itu pasti mengulangi lagi perbuatan tidak elok dengan perempuan itu. Sunny risau!

“Jadi?” Tak faham kenapa samseng ni nak risau sangat? Tak kena dengan lagaknya sebagai samseng terhormat.

“Pasal kau janda? Kau takut orang sekeliling tuduh kau menggatal goda jantan, macam tu?” kata-kata Sunny seakan menuduh Bija seperti janda gatal pula.

“Jangan ingat dah tolong saya tadi, awak boleh suka-suka nak kata saya macam-macam! Jaga sikit mulut tu! Sudahlah!” Bija naik angin terus buka langkah. Baik dia pergi!

“Hei, dengar sini!” Sunny tarik kasar lengan Bija yang laju sangat nak pergi dari situ. Dia pantang kalau dia bercakap, orang tidak mengendahkannya.

“Ouch, sakitlah!”

“Kau nampaknya dah tak takut dengan aku! Kau ni nak kena diingatkan balik!” Sunny cekak kolar leher baju Bija tiba-tiba. Bija pejam mata, dia dapat merasakan mukanya bakal ditumbuk. Seluruh badannya menggeletar ketakutan. Okey, lelaki itu berjaya menakutkannya sekali lagi.

Tetapi, tidak semena-mena Sunny hanya meluku dahi Bija. Tidaklah kuat sangat tetapi tetap meninggalkan kesan merah di dahi Bija.

Bija terpinga-pinga, sewaktu membuka matanya. Ingat tadi kena tumbuk?

“Walaupun aku macam ni, aku ada maruah aku sebagai samseng terhormat!” Sunny tepuk bahu Bija beberapa kali, senyum puas hati tatkala melihat muka pucat perempuan itu sebelum beredar. Tahu takut!

Bija pula pandang lelaki samseng itu sehingga tidak kelihatan lagi. Sungguh, dia bingung dengan karektor lelaki itu!
 
P/S: The beginning of Sunny & Bija..

Sunday 30 March 2014


BAB 2: SUNNY: PROTOKOL CINTA

 

DASAR janda! Kerjanya rampas laki orang saja tahu! Aku jaga anak kau, kau main mata dengan laki aku!” terjerit-jerit Kak Midah memaki-hamun Bija di depan rumahnya. Bija menangis teresak-esak, dimaki dan dihina di depan semua jiran tetangga. Tidak sampai sebulan bergelar janda, khabar angin dan fitnah terus melanda dirinya. Setiap hari dia kenyang dengan umpat keji jiran tetangga yang sentiasa mencari kesalahan dan kesilapannya.

“Apa Kak Midah cakap ni, mana saya ada buat apa-apa dengan suami akak! Jangan tuduh saya bukan-bukan!” Bija cuba bela dirinya.

“Ingat mata aku buta, ingat aku bodoh! Setiap kali kau ambil anak haram kau tu, yang kau duk intai-intai suami aku tu apa?! Tak cukup intai, tanya pulak suami aku ada, tak ada!” tuduh Kak Midah berapi-api.

Semua jiran tetangga yang keluar melihat mereka, berbisik-bisik sesama mereka dan mencebik-cebik ke arahnya. Bija sakit hati yang teramat sangat kerana dia tidak pernah ada apa-apa dengan suami Kak Midah apatah lagi nak merampas. Salahkah bergelar janda? Gelaran janda hanya layak menjadi perampaskah? Bija sungguh tidak faham.

“Kak Midah, Mia bukan anak haram! Mulut tu jangan celupar cakap anak saya bukan-bukan!” Bija berang apabila Mia turut dihina, kalau dia yang dihina masih boleh bersabar lagi tetapi Mia juga diheret sama. Apa salah Mia?

“Ah, anak kau dengan kau sama aje! Dua-dua anak haram! Pasal tu suka merampas!” Kak Midah semakin menjadi-jadi.

“Kak Midah jangan melampau! Apa hak Kak Midah panggil kami macam tu! Kak Midah tu yang kena jaga suami tu elok-elok dengan mulut celupar macam Kak Midah ni memang patut suami tak tahan, cari perempuan lain!” Jangan ingat dia akan berdiam diri selepas dihina sesuka hati, dia juga punya maruah!

“Ha, kan aku dah kata! Mengaku jugak menggatal dengan suami aku! Kau memang nak kena! Sini kau!” Kak Midah meluru terus menarik rambut Bija kuat-kuat. Bija yang tidak bersedia tidak dapat melawan kerana rambutnya sudah ditarik dahulu. Bija menjerit-jerit kesakitan tetapi tiada seorang yang datang membantu. Mia yang tidak mengerti apa-apa hanya mampu menangis di tepi pintu melihat mamanya dizalimi.

“Hei!!” terdengar jeritan dari arah belakang, semua mata tertumpu dengan dua orang lelaki tiba-tiba meluru. Tidak tahu datang dari arah mana, datang-datang terus menarik Kak Midah daripada mengasari Bija.

Bija terpinga-pinga!

“Kau tarik-tarik rambut dia kenapa? Laki kau yang banyak hutang tu tak maunya perempuan ni la! Cakap sama kau punya laki, lagi dua hari hutang tak bayar, suruh dia tukar warganegara Nepal, sekali aku jumpa dia. Zasss!!” lelaki berlagak gangster itu mengugut siap dengan isyarat macam nak sembelih leher ayam. Midah terus pucat lesi mendengar ugutan lelaki itu.

“Hah, kau pulak buat apa tercegat kat sini lagi, masuk la dalam!” marah seorang gangster lagi bila melihat Bija masih terpinga-pinga di luar.

Kehadiran dua orang gangster itu menyelamatkan Bija daripada diganyang percuma dengan Kak Midah. Bija sangat berterima kasih dengan dua orang gangster itu walaupun jahat. Cepat-cepat Bija tarik Mia dan masuk ke dalam rumah. Tutup pintu rapat-rapat!

Midah pula terkulat-kulat, misi mengganyang nampaknya tidak menjadi, dia pula menjadi sasaran lagi hebat. Hii, laki aku ni!

 
MACAM mana?”

“Aku dah pergi tengok perempuan kau tu. Perempuan yang cari pasal tu , laki dia banyak berhutang dengan kita. Sekali sergah terus kecut perut, aku dah warning kalau kacau perempuan kau lagi, siap la dia!” Malik selamba letak kaki atas meja. Seorang lagi pula sibuk menghidupkan api rokoknya. Lelaki yang bertanya mula-mula hanya menganggukkan kepalanya.

“Bagus! Aku nak budak-budak kita selalu perhatikan perempuan tu. Kalau ada apa-apa terus beritahu aku!” kata lelaki itu. Riaknya serius bukan main-main.

“Yelah..” Malik sengih semacam.

“Tak pernah aku tengok kau macam ni!” sampuk Zamri selepas menyalakan api rokoknya.

Lelaki itu hanya diam, tidak menyuarakan sebarang alasan dengan kata-kata Zamri.

“Sunny, kau sedar kita siapa, kan? Selagi tak selesai kau tak boleh macam ni!” Malik mengingatkan Sunny. Harus sedarkan teman seperjuangan tentang matlamat mereka.

“Dia pernah tolong aku.. itu je.. ” ujar Sunny sambil meraba pipi sebelah kanan, dengan kemahirannya tidak kelihatan langsung parut. Ini semua kerana perempuan itu. Sunny tersenyum nipis bila teringatkan perempuan itu dengan anaknya. Dia tidak akan pernah lupa budi perempuan itu kepadanya. Oleh kerana itu, dalam diam dia ‘menjaga’ perempuan itu dari jauh. Berita perpisahan perempuan itu dengan bekas suaminya cepat saja sampai di telinganya. Dia juga pernah memerhati dari jauh, perempuan itu dengan anaknya menghadapi banyak kesukaran. Bukan itu saja, dengan mudah dia juga mendapat tahu perempuan itu mempunyai banyak hutang dengan bank. Gaji bulanan, cukup-cukup makan selepas ditolak hutang. Kalau diikutkan, scenario sebegini bukan asing lagi dengan pekerja sektor kerajaan yang berhutang dengan pihak bank tetapi perempuan itu sudah dikategori tahap teruk. Dari risikan, semuanya kerana bekas suami perempuan itu membuatkan perempuan itu banyak berhutang. Sunny, jatuh kasihan pula dengan kehidupan perempuan itu. Tetapi, dia hanya mampu melihat saja. Dia tidak akan mengaitkan kehidupan perempuan itu dengan hidupnya.

 
BIJA buka bekas simpanan beras. Sebaik saja penutup dibuka, Bija tiba-tiba mengeluh kerana rumahnya telah kehabisan beras. Periuk nasi diletakkan kembali ke atas rak. Kemudian, pergi membuka almari dapur mencari bahan untuk dimasak. Bija mengeluh lagi yang tinggal hanya mee segera. Terpaksa, walaupun dia tahu sangat makanan itu tidak elok untuk perkembangan anaknya. Malam nanti dia akan bekerja, Mia terpaksa dibawa sekali. Dia akan tidurkan Mia awal-awal di sana supaya tidak mengganggu tugasnya nanti. Kak Midah tidak lagi menjaga anaknya, dia cuba mencari pengasuh baru tetapi ramai yang menolak kerana kak Midah kecoh menjaja cerita tidak baik mengenai dirinya yang suka bermain mata dengan lelaki dan selalu lambat membayar duit mengasuh. Bija terlalu penat dengan kerenah Kak Midah yang tidak sudah-sudah menyusahkan hidupnya.

“Mia, kita makan Maggie ye..” dada Bija sebak. Semangkuk mee segera disua ke arah Mia.

“Mia suka..Mia suka..” Mia tepuk tangan.

Bija hampir mengalirkan air matanya. budak-budak apa tahu, dapat makan Maggie cukup suka padahal makanan sebegitu tidak elok untuk mereka. Sebagai ibu, Bija sangat sedar dia gagal menjadi seorang ibu yang baik.

 
SUNNY berkerut melihat perempuan itu mendukung anaknya dengan uniform kerja di depan stesen LRT.

“Takkan nak bawak Mia sekali pergi kerja?” Sunny cuba menelah. Berkerut-kerut matanya memerhati perempuan itu. Bila LRT yang ditunggu tiba, Sunny juga ikut masuk. Sunny memakai army cap supaya perempuan itu tidak dapat mengecam dirinya. Sekejap-kejap dia akan mencuri pandang ke arah perempuan itu yang sedang menepuk-nepuk anaknya. Hati Sunny tersentuh.

Sunny mengekori perempuan itu daripada belakang, Sunny berhati-hati tidak mahu perempuan itu perasan dengan kehadirannya. Dia berjaga-jaga melihat keadaan sekeliling, suasana terlalu gelap. Kasihan perempuan itu terpaksa berjalan kaki jauh selepas turun dari LRT dan terpaksa melalui belakang-belakang bangunan yang sunyi. Kereta Myvi perempuan itu tidak silap kena tarik kerana banyak bulan tidak bayar pinjaman kenderaan. Sunny semakin jatuh kasihan. Tiba-tiba..

Mata Sunny berkerut lagi tatkala melihat seorang lelaki baru keluar dari lorong gelap mengekori belakang perempuan itu. Sunny biarkan mungkin hanya pejalan kaki biasa tetapi firasatnya musykil apabila lelaki itu melajukan langkahnya. Sunny cepatkan langkahnya, dengan langkah tanpa bunyi dia sudah berada di belakang lelaki itu terus menyambar kolar leher lalu ditekup mulut lelaki itu dan dibawa ke celah bangunan. Tangkas tanpa sebarang bunyi!

“Kau kenapa ikut perempuan tu? Nak ragut perempuan tu?” tanya Sunny dengan nada keras. Leher lelaki itu sudah dicekak sehingga kaki lelaki itu terangkat.

“Ak..aku jalan je..mana ada nak buat apa-apa!” nafi lelaki itu dengan gagap walaupun niatnya memang nak meragut.

“Kau ingat aku nak percaya!” serentak itu penumbuk hinggap ke muka. Tanpa belas kasihan Sunny membelasah lelaki itu dengan teruk.

Selesai, Sunny berlari mencari perempuan itu. Dengan langkah susup-sasap dia dapat menyaingi perempuan itu kembali. Perempuan itu sedang menunggu lampu isyarat pejalan kaki, Sunny tarik nafas lega. Sampai di sini saja dia mengekori, dia tahu selepas lampu isyarat bertukar hijau perempuan itu sudah selamat ke tempat kerjanya.

“Entah bila aku akan berhenti risaukan kau perempuan..” Sunny seakan mengeluh. Dia sudah terjebak dan sukar untuk buat tidak tahu lagi.



SUNNY pusing belakangnya yang bertatu di depan cermin,  lama ditilik..

“Tak lama lagi Sunny..” Malik dapat menyelami apa yang difikirkan oleh Sunny.

“Oh, kau! Macam mana dengan benda baru tu, Si gila tu dah dapat?” tanya Sunny terus menyarung kembali singlet pada tubuhnya.

“Zamri cakap dah dapat, kejap lagi mesti si gila tu call kau. Dia nak harapkan siapa kalau bukan kau,” balas Malik.

Betul kata Malik, handphonenya berbunyi tidak lama kemudian. Sunny jawab panggilan.

“Hm..dah dapat, nanti aku bawak benda tu pergi jumpa Young, kau jangan risaulah. Okey, okey, aku fahamlah!” terus matikan talian. Riak Sunny kelihatan sangat serius.

“Gila! Memang gila! Si gila tu nak edar benda tu kat Karnival Music. Budak-budak ramai, dowh..”

Sunny geleng kepala. Si gila yang hangat diperkatakan itu digelar ayahanda Waris. Nama saja macam pendekar melayu tetapi sebenarnya lintah darat, bapa ayam dan di antara pengedar dadah terbesar di Malaysia. Pemusnah masyarakat demi haloba dunia.

“Benda baru tu, test pun belum. Hu.. memang penghisap darah bangsa!” Malik juga geleng kepala. Mereka sedang berbicara tentang dadah sintetik baru, belum diuji sepenuhnya tetapi si gila itu sudah sibuk nak menjual.

“Nanti pandailah aku..” Sunny sarat berfikir. Dia harus melakukan sesuatu.




“Kita kena cepat!” Malik runsing seperti mereka kesuntukan masa sangat-sangat.

“Jangan risau tahulah aku!” Sunny seorang yang berfikiran tetap.  Protokolnya mudah, cari..tawan..penjarakan.

Malik senyum senget. Tahu sangat protokol lelaki itu.
 
P/S: The other side of Sunny..


Saturday 22 March 2014


BAB 4: DIA PEMILIK CINTA AKU

EDLIN letak skuternya di barisan parking motosikal. Tak lama kemudian, Shasha pula tiba dengan motosikalnya. Mereka berdua baru balik dari bekerja pagi. Sewaktu berjalan ke arah Shasha, tiba-tiba sebuah kereta Honda CRZ berhenti di sebelah Shasha. Edlin nampak Shasha berbual-bual dengan pemandu kereta mahal itu. Belum sempat Edlin sampai ke tempat Shasha, Honda CRZ telah berlalu.

“Siapa tu?” tanya Edlin.

“Oo..tu Dr Azrul, MO ENT..” beritahu Shasha siap tersengih. Malu-malu..

“Bila masa kenal?” pelik, masa bila pula teman serumahnya berdating dengan doktor? Selama mereka tinggal serumah, tak nampak pula Shasha ni ligat keluar dengan mana-mana lelaki. Itu yang buat dia terkejut!

“Baru kenal semalam,” selamba.

Edlin buat muka suspicious.

“Rileks la kak..semalam pergi ENT hantar pesakit, Sha bagi fail pesakit sambil tu Sha selit call number Sha,” terang Shasha tak habis tersengih dari tadi.

“Hah?” Edlin susah nak percaya, biar betul Shasha ni, selamba gila!

“Rileks la kak..untung-untung dia call Sha, paling tak pun kena tong sampah. Cuba nasib aje..” mudahnya budak seorang ni berkata-kata. Mana perasaan malu seorang perempuan?

“Biar betul Sha, tak malu eh?” tak percaya sungguh!

“Buat apa nak malu, Siti Khadijah isteri Nabi Muhammad yang mulakan dahulu perhubungan dengan nabi kita, inikan kita umatnya. Cuba aje, lain-lain fikir kemudian..” memang tebal betul muka tembok cina Shasha ni. Edlin tak terkata.

“Sha tak rasa mudah sangat bagi call number kat lelaki?” perempuan yang  mulakan dahulu seperti pergi mencari timba, nampak tak elok di mata orang. Shasha pula begitu mudah memberi nombornya kepada lelaki. Kalau terbagi kepada orang yang salah, yang berniat jahat bagaimana? Tidakkah merbahaya?

“Call number aje, bukan nombor mesin ATM, kalau bagi pun berapa sen sangatlah yang ada kat dalam tu, kenapa nak susah sangat!” tak habis-habis dengan selambanya.

“Sha, kalau terbagi pada orang yang salah bagaimana? Gila seks ke?”

“Kak, nak bagi pun tengoklah dulu orangnya, macam Dr Azrul ni..” Shasha sengih lagi, teringat kembali bagaimana dia begitu nekad memberi nombornya. Shasha benar-benar jatuh hati melihat Dr Azrul mengagah, mengambil bayi berada di dalam babycot yang nak dihantar ke NICU. Shasha perhatikan, doktor itu selamba memeluk, mencium bayi yang baru ditemui di hadapan lif tanpa rasa malu biarpun ramai pelawat hospital melihat telatahnya. Sweet gila! Sebab itu, bila terjumpa doktor itu di klinik ENT tanpa rasa malu Shasha nekad. Jika jodoh sudah ditentukan..

“Kak..perasaan tu..bila tiba masanya, akak akan tahu nanti,” ujar Shasha. Ada perkara tidak dapat diterangkan, kena praktikal dahulu baru tahu.

Edlin jeda, cuba nak faham tapi macam susah nak faham.

 

AWAK! Awak! Ed..” Edlin pusing kepala, siapa yang sibuk panggil dia di tengah-tengah alam macam ni. Kacau orang nak berjogging aje! Edlin pandang sekeliling Tasik Putrajaya. Terus tegak lehernya tatkala terlihat doktor anaest Adel. Doktor anaest Adel? Istimewa sungguh sleeping beauty seorang itu!

“Larh..doktor ke?!” Edlin terkejut, boleh pula terjumpa doktor lemau seorang ini di sini. Dari riak wajah terkejut bertukar riak curiga. Stalker ke apa ni? Selalu sangat bertembung.

“Kat mana saya pergi selalu terjumpa doktor, suratan atau kebetulan? Atau, doktor ni stalk saya..” kata Edlin dengan keningnya diangkat sekali bersama renungan curiga.

“Anggap saja suratan sebab saya memang tak stalk awak pun, saya pun pelik selalu sangat bertembung dengan awak sejak akhir-akhir ini. Padahal, sebelum ni bertahun saya kerja sebumbung dengan awak, saya tak perasan pun awak,” kata Irfan sewaktu mendekati Edlin.

“Doktor perasan Adel aje, kan!” Edlin mencebik, terasa siot! Iyelah, siapalah kita ni sampai nak buat orang perasan, kan..

“Sorry awak..kehidupan kita memang macam tu, kan..” Irfan mohon maaf.

“Hm..betul la tu..” kenyataan hidup, kan..

“Kak Ed!” panggil Shasha, baru sampai.

“Kawan saya dah sampai,” Edlin tunjuk ke arah Shasha yang semakin mendekati mereka.

“Oo..” Irfan senyum.

“Siapa ni?” tanya Shasha bila sudah sampai di depan mereka.

“Ni doktor kita jugak, anaest!” beritahu Edlin.

“Ye ke, patutlah tak pernah nampak, selalu dalam OT, kan, kenal Dr Azrul tak?” tanya Shasha dengan ramahnya. Sempat pula bertanya pasal doktor telinga, hidung dan tekaknya. Edlin mencebik. Angau kot!

“Dr Azrul, MO ENT tu?” tanya Irfan balik.

“Ha, betul la tu!” semangat Edlin mengiyakan pertanyaan Irfan. Sengih-sengih..

“Sama-sama housemanship kat sini dulu, kenapa?” Irfan bertanya lagi.

“Dia baik, kan?!” Shasha sengih, nampak gedik gila di mata Edlin. Huu..orang tengah angau, kan! Melotot mata Edlin ke atas.

Irfan macam terkedu sekejap sebelum kepalanya mencerna. Kemudian, tersenyum. Baru faham..

“Haah, baik sangat!” Irfan iyakan saja. Dia tak rapat sangat dengan Azrul. Baik macam-macam tu aje.

“Ha, kan! Betul tak cakap Sha,” riang sungguh Shasha bila lelaki dipuja dikatakan baik.

“Hm, iyelah..” Edlin mencebik.

Irfan tumpang ketawa, gelihati dengan telatah dua orang gadis itu.

“Lupa, ini Shasha,” Edlin lupa nak kenalkan mereka berdua. “Teman serumah!” sambung Edlin.

“Saya Irfan,” Irfan juga kenalkan dirinya. Senyum.

“Hai,” Shasha balas senyum sambil tunjuk peace dua jari.

“Saya jogging dulu, ya!” Irfan minta diri. Sudah hampir ke pukul tujuh, satu lap pun dia tak pusing lagi.

“Kalau jumpa Dr Azrul dalam OT kirim salam, ya!” pinta Shasha tanpa malu.

“Oh, boleh, boleh..” Irfan ketawa, sempat lagi.

“Doktor seorang aje ke? Mana isteri dan anak-anak?” Shasha sibuk bertanya lagi padahal tahu doktor itu dah bersedia nak berjogging.

Edlin yang mendengar buka mata luas-luas. Apasal sibuk sangat ni?

“Saya belum kahwin,” jawab Irfan hampir nak tersedak mendengar pertanyaan gadis itu. Dia nampak macam suami orang ke? Aduh..

“Tak percaya, semua lelaki akan cakap macam tu bila jumpa perempuan comel, kan?” Shasha tunjuk jari telunjuknya berkali-kali, tidak percaya.

“Saya akan cakap macam ni juga kalau jumpa perempuan tak comel pun,” Irfan gelak kecil, kawan Edlin ni banyak benar celotehnya. Menghiburkan, sampai niat nak berjogging pun terbantut.

“Doktor pergilah jogging, jangan kisah pasal kami. Budak ni kalau dilayan, tak habis-habis!” Edlin segan dengan perangai lepas laku teman serumahnya. Sejak bila, Shasha selamba macam ni pun dia tak tahu.

“Tak apa, seronok juga berbual macam ni,” Irfan senyum lagi.

Mereka rancak berborak..

“Kak Ed, lupa nak tanya pasal handphone akak. Saya call akak banyak kali tadi tak dapat, handphone akak hilang ke?” tiba-tiba Shasha bertanya pasal handphonenya. Edlin kerutkan dahinya. Sebab, Shasha tahu sangat kalau mereka berdua berjogging hanya dia seorang yang bawa handphone. Shasha tak pernah bawa handphone katanya beratlah, takut hilanglah. Handphonenya ada aje dalam poket. Handphone murah, kecil sikit dari tapak tangan. Senang nak dibawa ke sana dan ke mari, tak macam handphone sekarang, semua leper-leper dan besar-besar. Peredaran model handphone sekarang dah kembali seperti zaman dulu-dulu,  besar-besar, cuma tak leper macam sekarang. Teringat model handphone dulu-dulu, handphone botol air! Suka sangat bawak air dengan botol air handphone tu dulu. Rindunya nak pergi sekolah balik.

“Ada la..” Edlin baru nak seluk poket tapi cepat pula ditahan oleh Shasha. Lengannya dicengkam kuat.

“Cakap hilang, ada ke?’ Irfan juga sibuk bertanya.

“Apa la akak ni, handphone hilang pun tak sedar,” lengan Edlin masih dicengkam kuat, mata Shasha macam sesuatu. Edlin sungguh tak faham. Handphonenya ada aje, boleh terasa dalam poket. Apa jadahnya, cakap handphonenya hilang. Tak fahamnya!

“Doktor tolong call number Kak Ed, boleh? Kut la terjatuh kat sini-sini aje,” pinta Shasha sungguh-sungguh. Semangat nak menolong kakak serumahnya yang telah kehilangan handphone. Mulia sungguh!

“Ah, okey!” Irfan setuju terus keluarkan smartphone dari dalam poket. “Call number berapa?” tanya Irfan siap sedia nak mendail.

Belum sempat Edlin buka mulut nak cakap handphonenya ada aje dalam poket, Shasha cepat pintas memberikan nombornya laju-laju. Buat Edlin lagi tak faham!

“Saya call sekarang,” Irfan tekan memanggil.

Kedengaran bunyi nada dering kuat-kuat dari dalam poket Edlin. Buat Irfan dan Edlin terpinga-pinga!

“Terima kasih, doktor! Ada kat dalam poket Kak Ed rupanya. Kenapa tak cakap awal-awal ada dalam poket? Akak ni..susahkan doktor aje!” Shasha tepuk bahu Edlin kuat-kuat, selepas itu ketawa.

Irfan juga ketawa. Macam faham saja niat kawan serumah Edlin. Nakal tapi  ideanya sungguh brilliant! Irfan geleng kepala dalam ketawanya. Sungguh, dia terhibur. Hilang seketika perasaan sedihnya bila teringatkan Adelia yang masih belum sedar.

“Shasha..” Edlin tak puas hati. Kenakan dia atau apa ni? Tapi, nombor doktor anest itu sudah selamat tersimpan kemas dalam memori handphone cabuknya. Teringat strategi Shasha mengorat doktor telinga, hidung dan tekaknya. Edlin geleng kepala juga. Shasha, Shasha..idea bengong sungguh tapi menjadi pula tu. Nak respek atau tidak ni, nak terima kasih atau tidak ni?! Berkira-kira dalam hati.

Mereka berpisah, selepas berborak lama. Irfan sudah menghilang dengan Ducati Monster merahnya. Sudahnya, langsung tak jadi nak berjogging. Masing-masing sibuk berborak.

Edlin pusing kepala ke arah Shasha, serentak itu juga tangannya ringan sekeh kepala Shasha kuat-kuat.

“Adoi!” Shasha mengaduh sakit, apahal tiba-tiba kena sekeh ni?

“Sha buat apa tadi? Malu akak tau,” baru dapat lepaskan perasaan tak puas hati yang tersimpan sejak dari tadi.

“Apa akak ni..sakit la..” Shasha gosok kepalanya yang terasa sakit sikit-sikit.

“Habis tu, handphone akak ada aje tadi, kenapa cakap handphone akak hilang?” tanya Edlin.

“Akak ni, kepala tu jangan lurus macam rambut kena rebonding, boleh..” kata Shasha. Mereka sudah sampai ke motosikal masing-masing. Shasha terus naik motosikalnya.

“Apa?”

“Itu namanya strategi, macam tak tahu akak suka kat dia, kan?” giat Shasha. Dari pandangan mata kakak serumahnya dengan doktor anaest itu dah buat Shasha faham. Kak Ed ada hati dengan doktor itu. Macam tak tahu!

“Akak ni slow sangatlah, cuba kembangkan sikit otak tu,” selamba mengutuk kakak serumahnya.

“Sha, otak kau memang bengong!” itu saja yang mampu Edlin kutuk. Geleng kepala, tetapi dalam hati berbunga setaman pasal dapat nombor doktor anaest itu. Persoalannya, siapa nak call siapa dulu? Perigi cari timba? Edlin keliru sedikit di situ.
“Yang penting bukan suami orang, single! Lepas tu, call number pun dah ada, cuma tunggu akak aje. Guna sebaik-baiknya peluang yang ada ni,” nasihat terejal seorang teman serumah.

P/S: Please komen..haha..sunyi sepi..dgr bunyi cengkerik aje ni.. ;P