Tuesday 15 May 2012


Bab 6: Di Penghujung Cintaku..Adelia



SPM berlalu..


Party berakhirnya SPM dan perpisahan budak tingkatan lima diadakan di rumah Kota. Kesemua rakan sekolah tingkatan lima di ajak ke majlis itu. Orang tua Kota pula tiada di rumah ke luar negara kerana ada urusan perniagaan. Menyenangkan kerja Kota mengaturkan majlis perpisahan sekolah mereka dan merancang strategi jahat untuk mengenakan Nik Pasha. Sambil menyelam sambil minum air. Rumah banglo milik Kota dipenuhi dengan ramai budak-budak sekolah mereka. Tidak terkecuali Nik Pasha dan Adelia. Kota atau nama lainnya Megat Khairuddin mengadakan majlis itu untuk meraikan penat lelah mereka yang bertungkus-lumus mengharungi peperiksaan SPM. Di samping itu dia ada agenda yang tersembunyi. Nik Pasha yang sedang berbual dengan Chempaka Rania di pandang dari jauh. Terbit rasa dendam yang tersimpan kemas. Malam ini Nik Pasha pasti malu besar. Kota akan pastikan saat kegemilangan Nik Pasha akan berakhir. Pasti. Kota senyum jahat.


Tiba-tiba muncul budak lelaki bernama Haris di sisi Kota. Mereka berbisik sesuatu. Kota cuma mengangguk beberapa kali. Apa yang dibisikkan pun tidak tahu. Bunyi muzik yang hingar-bingar membuatkan Kota dan beberapa kroni yang tidak sukakan Nik Pasha membuat agenda jahat. Satu komplot untuk membuat Nik Pasha jatuh.


Adelia dengan Karina bukan main bergaya lagi di majlis perpisahan yang dibuat di rumah Kota. Adelia mengenakan gaun labuh berwarna merah. Gaun yang dipilih oleh Auntie Maria. Rambut pula ditoncang satu. Wajah cuma bersolek tipis. Badan pula semakin kurus membuatkan Adelia berani menggayakan gaun merah itu. Karina pula menggayakan blaus merah dan skirt labuh berwarna hitam. Tema majlis colour merah dan hitam. Mereka datang dengan pakaian mengikut tema. Majoriti mengenakan warna merah pada pakaian mereka. Sekali macam nak sambut raya cina pun ada majlis ini. Hehe..Adelia riang kerana SPM akhirnya berlalu juga. Bila rakan sekolah membuat party perpisahan ini Adelia tidak banyak soal terus saja bersetuju apabila Karina sepupu kepada Kota mengajaknya ke majlis itu. Hari-hari terakhir bersama dengan teman-teman sekolah. Selepas ini belum tentu mereka akan berjumpa lagi apabila mereka semua pergi membawa haluan masing-masing. Inilah masanya untuk bergembira membayar penat dan lelah mereka yang berusaha kuat menelaah pelajaran supaya berjaya meraih kejayaan di dalam SPM. So..apa lagi..


Let's get party tonight! Kaki Adelia dari tadi duk tergedik-gedik mengikut alunan muzik yang rancak. Lagu Bad Romance Lady Gaga tu. Dah macam disko pula Adelia rasakan majlis ini. Layankan je la..janji pandai jaga diri. Mata menyorot pandang sekeliling majlis yang berlangsung. Semua yang hadir nampaknya happy maklumlah beban berat sebagai pelajar sekolah menengah telah berakhir. Sekali mata terpandang Nik Pasha yang sedang berbual mesra dengan seorang gadis cantik. Chempaka Rania budak perempuan paling popular di sekolah. Hati Adelia seakan tercuit melihat Nik Pasha sedang bergelak ketawa dengan Chempaka Rania. Apa nama bunga mak bapak minah ini letak?! Tiada nama bunga lainkah? Bunga raya ke? Bunga carnation ke? Bunga tahi ayam ke?!! Lagi bagus tu..Bunga Tahi Ayam Rania tak pun Bunga Tahi Ayam Romania tak pun Buruk romance ke?!!! Pergh..aku ni macam bengang tahap jurus lelangit ni bila tengok kemesraan mamat poyo aka mangkuk tingkat tu,kenapa??!!!! cemburu???? No..No..Dan..No..Adelia geleng kepala. Awek dia ke? Mentang-mentang Nik Pasha budak lelaki paling popular di sekolah gandingannya dengan budak perempuan paling popular juga di sekolah. Cliché. Adelia mencebik. Perasaannya bercelaru. Ada cemburu bertamu di hati sebenarnya. Susah hendak mengaku.


Kar,toilet mana?” tanya Adelia. Mata tengah berbulu baik pergi toilet fresh up kan diri dan make up mind supaya menolak jauh-jauh anasir bernama Nik Pasha. Tiba-tiba pula natural call memanggil. Cantiklah tu..


Jom,aku bawa kau pergi cari toilet.” tangan Adelia ditarik masuk ke dalam rumah. Ketika kakinya melangkah masuk ke dalam rumah telinganya di hidang pula dengan alunan muzik lembut dan mendayu pula. Lagu Sephia nyanyian kumpulan dari seberang Sheila on 7 berkumandang. Mood romantis. Di dalam rumah ramai pasangan couple duduk rapat-rapat siap berpeluk bagai. Patutlah..mood di dalam rumah ini bukan main romantis lagi. Ini lepas perasaan apa! Takut nanti dah tak selalu jumpa itu yang berkepit macam dah kena gam UHU makhluk-makhluk couple ni. Adelia jeling sikit nak tengok lagi panorama yang menjelikkan..erkk!!! Hei..apa tangan kat dalam baju tu. Ya,Allah..Huh..runtuh akhlak betul. Adelia jeling lagi sebelum di bawa ke tingkat atas. Bilik siapa yang di bawa oleh Karina dia pun tidak tahu. Tapi..memang cantiklah dekorasi bilik itu. Adelia cepat-cepat masuk ke dalam bilik air. Apabila dia keluar Karina tersengih dengan segelas jus oren di tangan. Adelia suka hati betul. Syabas,kawanku..aku pun tengah haus giler ni. Sempat pula si Karina mencari air. Hehe..tanpa banyak soal satu gelas jus oren di teguk rakus untuk menghilangkan dahaga. Fuhh..leganya. Tapi..apa pasal ada rasa semacam ni. Gelas tak basuh bersih ke? Erkk!!..Tak kot!


Panas betul!!” Karina mengibas-ngibas kedua belah tangannya ke muka. Panas! Panas!Seraya itu Karina mencari remote control air cond. Ditekan. Tett!! Udara sejuk menerjah dan badan mula dapat merasai kedinginan. Baru nyaman. Adelia sengih. Karina pun sengih. Tanpa disangka Karina budak kaca mata tebal dengan selamba landing di atas katil bersaiz king itu. Bukan main penuh perasaan Karina berbaring siap buat kuak lentang kuak kupu-kupu di atas katil. Wah! Nampak macam seronok je. Hati Adelia pun teringin tetapi siapalah dia bukan siapa-siapa pun dengan Kota. Lainlah Karina sepupu dia. Bolehlah lanyak sesuka hati.


Adel! Jomlah baring kat sebelah aku ni.” ajak Karina sambil menepuk-nepuk tilam di sebelahnya. Adelia sengih. Boleh ke? Terliur juga. Hehe..kat rumah saiz queen je. Nak lompat-lompat tak dapat der..mau kena sergah dengan si mangkuk tingkat Pasha pula nanti.


Boleh ke?” segan pula hendak ikut berbaring walaupun hatinya teringin sangat hendak merasa keempukan katil bersaiz king itu. Besar giler katil ni. Agaknya sepuluh orang pun boleh tidur di atas katil ni.


Jomlah,ini kan rumah uncle aku no hal punye. Lagipun diorang bukan ada kat sini pun.” Karina masih mengajak. Aku apa lagi pucuk di cita salad mayonis coming mari dengan tidak Bismillah..Bamm!! Menghempas badanku dengan nikmatnya di atas katil King ni. Dah rasa macam KING sangat ni. Pergh..syok giler! Lembut..Nyaman..Selesa..rasa nak tidur pula. Hmmm..Hmm..Hm..Comforter yang rasa dingin dan so..comfortable tu di tarik menutupi badannya. Karina di sebelah langsung tidak dipedulikan. Menikmati. Mata dah memberat. Sayup-sayup suara kedengaran di telinga. Apa ni? Kacaulah..


Budak tu dah tidur ke?” Soal seseorang. Karina angguk kepala.


Okay,kau keluar! Ini passport ke Paris. Nanti tunggu aku di KLIA.” sambung suara itu lagi.


Ak..aku..tak sampai hatilah K. Aku dan dia BFF tau.” Karina ragu-ragu. Kota yang sedang berdiri di tepi katil memandang Karina dengan tajam. Karina cuak. Takut dengan panahan mata Kota yang seperti bilahan pedang. Perasaan menyesal bertandang. Adelia tidak bersalah tetapi malangnya terheret sama di dalam konspirasi jahat Kota untuk menjatuhkan Nik Pasha.


Jangan nak sabotaj plan aku ek!! Aku dah plan cantik ni nak balas dendam kat Prince Perasan Bagus tu!” marah Kota dengan suara ditekankan. Adelia yang berselubung dengan comforter begitu pulas dengan lenanya sesekali bibir mungil gadis itu seakan berkata sesuatu tetapi tiada suara yang terkeluar cuma desahan nafas halus. Terliur juga Kota melihat wajah Adelia yang kelihatan ayu sekali. Tak sangka gadis yang gemuk dulu dah kurus sekarang. Mata Kota begitu ligat memerhati wajah Adelia yang dirasakan terlalu cantik malam ini.


Tapi..” Karina masih takut-takut dan susah hati. Adelia dipandang dengan perasaan bersalah sangat-sangat. Tengok tu! Kan main suci lagi Adel tidur. Kasihan BFF aku.


Tak ada tapi-tapi. Ini passport kau. Nak ke Paris tak? Seronok tu. Aku tak pernah ajak mana-mana girl pergi Paris tau. Kau sorang aje.” pujuk Kota lembut. Karina didakap erat. Sambil membelai belakang Karina dengan lembut. Karina yang terlalu menyayangi Kota terpaksa mengorbankan BFF nya demi cintanya yang mendalam pada Kota sepupunya sendiri. Maafkan aku Adel! Aku tiada pilihan.


Tiba-tiba Adelia meracau di dalam tidurnya. Siap ketawa mengekek seperti ada orang menggeleteknya. Karina yang sedang di dakap oleh Kota menoleh laju. Aik!! Tadi bukan main lena tidur sekarang boleh pula tergelak-gelak. Kota cuma tersengih.


Pil tu dah absorb sepenuhnya. Revenge time! Kar ada baiknya kau balik rumah dan bersedia untuk ke Paris malam ni.” ujar Kota. Karina harus pulang. Gadis itu tidak harus berada di situ. Kota bimbang Karina akan merosakkan plan jahatnya nanti.


Ok..okay..” dengan berat hati Karina berlalu. Kota menggesa Karina supaya beredar dengan segera. Karina terpaksa menurut. Bila kelibat Karina sudah tidak kelihatan Kota cepat menyeluk saku mencari telefon bimbit.


Okay,guys! Everything is ready. Budak bedebah tu dah lalok belum?” tanya Kota cuba mencari kepastian yang Nik Pasha sudah berada di dalam separuh sedar atau belum.


Bagus! Bagus! Bawa budak bedebah tu masuk. Chempaka Rania kau letak ke dalam bilik aku.” begitu terperinci plan Kota untuk menjatuhkan Nik Pasha. Kasihan Chempaka Rania dan Adelia kerana terpaksa terheret sama di dalam dendam Kota.

No comments:

Post a Comment