Thursday 19 September 2013


BAB 25: SESUNGGUHNYA..DIA LELAKI PELINDUNGKU

Cawan teh diletakkan. Roti Gardenia yang telah disapu mentega dan peanut butter dikunyah perlahan. Selera Zara mati. Hanya memaksa diri supaya kembali bertenaga. Dari segi fizikal, demam Zara sudah kebah. Dari segi hati dan perasaan, Zara cukup terdera. Zara terdiam lama sambil merenung roti yang masih bersisa. Zara banyak berfikir tentang isu virgin. Malah, tangannya juga gatal meng’google’ isu virgin di internet. Zara ingin tahu pendapat orang di luar sana. Zara ingin bersedia betul-betul sebelum berterus-terang dengan Daris. Sepanjang kegatalan tangannya meng’google’ Zara terlihat satu artikel. Sesuatu yang membuatkan dirinya merasakan sesuatu. Artikel berlandaskan satu hadis..

“Lelaki baik untuk perempuan baik, Lelaki tidak baik untuk perempuan tidak baik”

Melekat kuat di dasar hati Zara. Entah kenapa hati Zara sangat-sangat down setiap kali terfikirkan artikel itu. Layakkah dia untuk lelaki sebaik Daris?

Kemudian, Zara google lagi..

“Not to be a virgin is to be dirt”

Tidak semestinya bukan dara bermakna kotor..

Definitely, not to be a virgin is to be a whore..

Bukan kehendak dirinya pun..

Letak duduknya seorang perempuan adakah kerana kesuciannya?

Zara termenung lagi..

Jika dahulu, Zara tidak mengambil kisah tentang isu dara. Kini, Zara tidak dapat menerima kenyataan pahit itu. Satu waktu dulu, Zara berusaha mempersiapkan dirinya sesempurna yang mungkin untuk menjadi seorang isteri kepada lelaki bernama Megat Qaiser Zulkarnain. Isteri kepada CEO yang disegani, Zara sanggup belajar bermacam-macam dan menjaga virginnya hanya untuk lelaki itu. Andai Qaiser menginginkannya sebelum pernikahan Zara juga tidak kisah. Semata-mata, hanya untuk lelaki itu. Zara tidak tahu apa yang ada di kepalanya waktu itu. Terlalu naïf! Menyedihkan!

“Kita keluar awak!” tiba-tiba saja Zara menghubungi Daris mengajak Daris keluar. Zara dah nekad!

“NAK ke mana ni?” tanya Daris. Terkejut Zara mengajaknya keluar tetapi ajakan Zara bukan setakat keluar biasa-biasa tetapi keluar dari Kuala Lumpur..keluar dari Malaysia. Daris masih dengan perasaan terkejutnya. Tak percaya!

Tapi, mereka kini sudah bersiap sedia dan bila-bila masa akan berlepas sebentar lagi. Ke mana? Daris masih blur. Nasib baik passportnya masih belum tamat tempoh. Moga-moga belum tamat tempoh..sempat hati kecilnya menyanyi. Ish, perasaan penasaran masih belum terungkai selagi Zara belum memberitahu mereka akan ke mana? Begini agaknya, kehidupan anak-anak orang kaya. Asalkan hati terlintas ke mana saja pun boleh pergi. Tiba-tiba Daris terasa kerdil pula bila berada disamping Zara.

“Bandung!” ringkas.

“Hah!” mata Daris membulat besar. Tak percaya!

Zara hanya mengangguk.

“Saya perlukan kedamaian..awak temankan saya, ya? Tak apa, bukan jauh pun. Esok kita baliklah!” begitu mudah anak seorang kaya berkata.

Daris hanya tarik nafas dalam. Kedamaian?

Akhirnya, mereka sampai di Puncak, Indonesia

Mereka menginap di sebuah cottage yang sangat cantik dan mendamaikan. Tempatnya juga sejuk, sebenarnya terlalu sejuk. Hampir menggigil Daris dibuatnya. Dah lama tidak merasa suasana dingin seperti ini. Dah banyak tahun berada di US pun Daris masih belum betah dengan suasana dingin. Winter, musim yang paling ditunggu setiap orang tetapi bukan untuk dirinya. Daris benci winter! Kaki yang selalu bermain bola sepak ini selalu buat hal kalau musim sejuk menjengah. Tak tahan sengalnya!

“Cottage ni..cantik..” ujar Daris sewaktu mereka menapak ke depan cottage itu. Daris menarik nafas dalam-dalam. Udara dingin, bau tanah dan pokok-pokok yang menghijau. Sungguh..mendamaikan jiwa. Daris menghayati kehijauan sambil kedua belah tangannya menyeluk poket dan mengangkat kedua belah bahunya sambil menghirup persekitaran yang segar. Sempat hatinya beristirghfar dan memuji kebesaran ciptaan Allah.

“Ini hadiah papa untuk mama..cantikkan?! Tempat istirehat favourite mama. Di sini mendamaikan jiwa. Saya suka di sini, buat hati saya tenang.” Zara memejamkan mata. Menghirup udara segar di sekeliling sambil mendepakan kedua belah tangannya. Berpusing satu kitaran, cuba menyatukan diri dengan alam semulajadi. Menghayati..

Daris hanya memerhati Zara yang cantik menghayati keindahan alam. Terpegun melihat kecantikan Zara bersatu dengan alam semula jadi. Keduanya ciptaan Allah yang hebat. Hati Daris yang sedia jatuh terjatuh lagi melihat Zara yang polos. Tahukah kamu, setiap kali tidurku..ku kagumi wajahmu, setiap kali itu jantung ini berdetak kamulah pemilik hati ini. Renungan mata Daris melekat hanya untuk wajah itu. Asyik..

Zara bila bersama dengan lelaki dicintai di tempat yang mendamaikan ini membuatkan jiwa Zara lebih bertenang. Tiada apa yang diinginkan olehnya lagi selain pemilik hatinya itu, Daris! Zara buka mata lantas tersenyum manis untuk buah hati tersayang. Sungguh..hatinya jatuh cinta untuk lelaki itu. Cinta yang sukar untuk dinyatakan, tiada unsur berlandaskan nafsu atau kepentingan hati, hanyalah semata-mata kerana cinta. Zara membalas renungan Daris. Sama-sama tenggelam dalam asyik.

“Hm..jom awak..pasti Bapa Yunus sudah menunggu kita..” ujar Zara selepas seketika dengan sedikit loghat Indonesia. Sengaja! Kemudian, tersengih ke arah Daris yang sudah terangkat keningnya.


“Bisa..bisa..” Daris membalas. Mata Daris hampir sepet dengan sengihan nakalnya.

Zara tergelak kecil.

“Awak..” panggil Daris sebelum sempat Zara melangkah ke hadapan.

Zara berpaling dan tersenyum. “Hm..?”

“Apa tujuan awak bawa saya ke sini?” soal Daris tiba-tiba. Daris masih penasaran untuk itu.


“Ingin bersama dengan lelaki saya cintai..” balas Zara dengan senyuman manis.

Daris tersenyum membalas. Sejuk hati Daris mendengarnya, sesejuk udara di sekeliling mereka. Zara benar-benar membuatkan dirinya hidup.

Zara datang menghampiri Daris lalu ditarik kedua belah tangan Daris. Berjalan membelakang. Masih tersenyum. Kemudian, melepaskan pegangan tangan dan menolak Daris dari belakang pula sehingga ke pintu. Daris sengaja mengeraskan dirinya supaya Zara berusaha gigih menolaknya. Zara ketawa mengekek di belakang Daris.

“Awak..” Zara menolak lagi.

Daris mengalah. Berpusing lalu dipeluk pinggang Zara dengan sebelah tangannya. Kehangatan mereka bersatu. Daris sempat menggosok kepala Zara beberapa kali. Lalu dicium tepi kepala Zara dengan hidungnya. Harum..

“Jom! Tak tahan sejuk dah ni.” rengek Zara.

“Jom!”

Mereka melangkah masuk ke dalam cottage yang cantik.

Mata Daris memerhati sekeliling..

Binaan colonial bercirikan english cottage..

“Rumah lama?” tanya Daris.

“Taklah! Cottage ni..papa bina untuk mama.” Ujar Zara. Ini bukan rumah tinggalan penjajahan Belanda di Indonesia dulu. Dibina oleh papa bercirikan English cottage. Kalau diikutkan cottage ni dah berusia juga mungkin 15 tahun ke 20 tahun agaknya kerana sewaktu Zara berumur lingkungan empat tahun cottage ini sudah wujud. Zara pun ingat-ingat lupa.

“Tapi..dah lama..mungkin 20 tahun kut usia cottage ni.” beritahu Zara.

“Oh..cantik dan terjaga cottage ni.” Daris memerhati sekeliling rumah. Matanya tertancap ke arah fireplace. Api sedang marak membakar kayu api di dalam pendiang. Bau kayu api dibakar memberi aroma menenangkan di persekitaran dalaman cottage dan seterusnya menghangatkan segenap tubuh badannya. Tenang sekali!

“Bapa Yunus yang menjaga cottage ini. Itu yang bersih dan terjaga.” Beritahu Zara lagi.

Daris masih memerhati..

“Meh, saya tunjukkan bilik awak.” ajak Zara.

Mereka ke tingkat atas. Zara menunjukkan bilik tetamu yang luasnya boleh tahan juga kerana siap ada pendiang api sendiri di dalam bilik itu. Persekitaran bilik pula berdindingkan batu-batu alam. Katil kayu dari jenis kayu jati bersaiz king sangat-sangatlah besar. Kelihatan sangat selesa di pandangan mata Daris. Dah macam bilik hotel bertaraf lima bintang – Luxury hotel room.

“Nice and really comfortable room..” puji Daris.

“Suka awak suka..awak rehatkan diri. Dah hampir sore ni..” tak habis-habis dengan loghat Indonya.

Daris sengih.

“Cewek genit nih, memang! Lucu bangat!” Daris menggiat Zara.

“Lucu di sini..namanya comel..am I so cute?!” Zara buat muka comel.

“Yes you are..sampaikan..buatkan saya nak menggigit-gigit hidung awak..” balas Daris siap membuat aksi menggigit.

Comelnya! Bila Daris buat aksi macam tu. Zara tergelak.

“Awak pergi mandi. Kita jumpa di bawah sebentar lagi.” Zara senyum sebelum menutup pintu.

Pintu ditahan..

Zara membuka kembali pintu dengan wajah berkerut hairan. “Hm..?”

“Saya ada cakap tak..yang awak..sangat cantik!” ucap Daris dengan wajah romantis.

Wajah Zara terus berubah merah dengan pujian Daris. Cukup gula kata-kata itu. Zara senyum sebelum menutup pintu sepenuhnya.

Mereka bertemu kembali di meja makan. Hidangan makan malam telah tersedia. Siap ada ayam panggang beserta makanan enak yang lain. Ditemani cahaya lilin.

“Candle light dinner?” Daris duduk.

“Technically..yes it is..but actually cottage ni pengcahayaannya tak berapa nak cukup. So..dinner time memang kena pasang candle.” Terang Zara.

“Frust pula mendengarnya..ingat tadi betullah candle light dinner.”

“Not really..but..we can assume..this is candle light dinner for us.”

“Hm..apa yang penting makan dengan orang yang tersayang.” Tambah Daris lantas tersenyum.

“Yes..it is..” Zara juga senyum.

Sesudah makan malam mereka berehat di depan fireplace. Masing-masing hanya mendiamkan diri. Tidak tahu apa yang harus dibualkan.

“Hm..”

“Er..”

Awkward scene..

“Okay..awak..saya rasa..hm..I feel strange..” Zara tiba-tiba bersuara. Awkward sangat!

Daris tidak bersuara hanya merenung Zara.

“Are you angry with me?” tiba-tiba meluncur di bibir Zara.

“About what?”

“Everything..”

“Banyak perkara yang saya nak bertanya tapi apa yang awak nak berterus-terang dengan saya?” Daris merenung Zara dengan mendalam. Zara kelihatan gelisah di matanya. Seperti ada sesuatu.

“Er..hm..” Zara tiba-tiba senyap. Renungan mata Daris amat sukar untuk ditentang. Inikah waktunya?

“Zara..” seakan memaksa

“I don’t know..” betul tak tahu. Hati Zara masih berbelah bagi dan ragu-ragu. Mungkin belum masanya. Zara amat takut kehilangan Daris. Hatinya tak mampu..

“Zara..”

“Apa yang saya tahu..hati saya..” Zara membawa tangannya ke dada kiri. “Hanya untuk awak..” keberanian datang untuk membalas renungan mata Daris. Sinar mata Daris terpancar api dari cahaya api dari pendiangan di belakangnya. Melankolik cinta yang menyala-nyala untuk dirinya. Hati Zara cukup tersentuh.

“Itu sudah memadai untuk saya.” Daris senyum seraya mengelus pipi Zara dengan mesra.

Zara memegang tangan Daris. Menggenggam erat. Dikala Zara hampir melepaskan tangannya..

“Jangan lepaskan..” tangan Zara ditangkap kembali. Daris tidak ingin melepaskan tangan Zara seperti takut Zara akan pergi jauh darinya selamanya jika tangan mereka dileraikan.

“Awak..” perasaan bersalah mula melilit diri. Zara terus menarik tangannya. Tindakan refleksi dari hati diselubungi rasa bersalah. Namun..

“Five minutes..” Daris menahan lantas membawa tangan Zara ke wajahnya lalu dicium dengan hidungnya. Dilekapkan ke pipinya selepas itu. Merasai kehangatan tapak tangan Zara yang menghangatkan hatinya.

Zara berlagu sendu dalam diam. Lidah Zara kelu. Bila tiba, segalanya mungkin berakhir.

“Awak baik..saya tak tahu adakah saya cukup baik untuk awak?” Zara bersuara tiba-tiba kerana hatinya semakin terdera dengan perasaan bersalah. Zara terus menarik tangannya. Menunduk.

“Jangan menilai diri Zara..kita bukan sesiapa untuk menilai..bukan hak kita..itu ketentuan Allah..milik kita hanya berusaha. Saya juga tidak sempurna. Saya juga ada cacat celanya.” Bicara seorang lelaki yang tidak tahu kepastiannya. Mungkin diketika ini. Tapi, jika kebenaran terbuka luas bisakah bicara itu dipertahankan? Zara ragu-ragu.

“Saya hargai..” Zara hanya mampu tersenyum.

“Zara..” suara Daris terhenti, seperti ingin menyatakan sesuatu tetapi tidak diteruskan.

“Saya mengantuklah awak..saya pergi tidur dulu, ya?” Zara terus bingkas bangun. Sukar untuknya berlama lagi di situ.

“Kita bercakap lagi esok, ya? Kita bangun pagi-pagi sebab saya nak bawa awak lihat panorama matahari terbit di sini. Awak pasti sukakannya! Sekali melihatnya, pasti ingin melihatnya lagi di sini.” Zara baru teringat aktiviti kesukaannya bila berada di Puncak.

“Okay..” Daris mendongak lantas tersenyum. Menyukai cadangan dari Zara.

“Awak?” tanya Zara.

“Don’t worry about me! Kejap lagi saya masuk tidur.” Ujar Daris.

Zara senyum sebelum beredar.

“Er..awak..kat sini ada tak minyak panas?” tiba-tiba Daris bertanyakan minyak panas. Malu pun ada bertanyakan minyak panas waktu-waktu begini tapi itulah kelemahannya yang tidak dapat dielakkan. Kakinya akan merasa sengal di tempat dingin begini. Dengan suhu sejuk semakin menggigit perasaan Daris tahu dia pasti terseksa sehingga ke pagi jika kakinya tidak disapu minyak panas. Inilah padahnya bermain bola sepak tak hengat! Daris pernah mengalami soft tissue injury di lutut ketika bermain bola sepak di zaman remajanya. Kesannya membawa sehingga ke hari ini.

Minyak panas? Mana nak mencari? Zara menggaru-garu kepalanya.

“Kalau tak ada,  tak apalah!” melihat Zara tergaru-garu kepalanya Daris dapat mengagak pasti Zara tidak tahu minyak panas ada atau tidak di dalam cottage itu.

“Awak sakit perut ke?” tanya Zara sedikit kesal.

“Eh,taklah! Nak sapu kat kaki saya ni. Kaki saya cepat lenguh kalau sejuk-sejuk begini. Ada minyak panas tu kaki saya okay sikit.” Jelas Daris.

“Oh..nanti saya call Bapak Yunus..mungkin dia ada kot!” Zara bergerak ke tangga, ingin ke tingkat atas mencari handphonenya.

“Tak perlulah, Zara! Dah lewat ni, mungkin dah tidur.” Daris menegah Zara. Tak mahu menyusahkan orang lain.

“Awak..sorry, ek! Kalau saya tak terburu-buru bawa awak ke sini. Mungkin saya boleh sediakan apa yang patut untuk awak. Saya ni tuan rumah tak berhemah, kan?!” Zara rasa bersalah lagi.

“Awak..saya okaylah..don’t worry!” Daris menyedapkan hati Zara. Kesal pula bertanyakan pasal minyak panas.

“Betul?”

“Betul, Zara! Awak pergilah tidur.” Mengiyakan kata-kata Zara lalu menyuruh Zara pergi tidur. Biarpun kakinya mungkin akan lenguh-lenguh dan sakit nanti. Tidak mengapalah, sekurang-kurangnya Daris gembira berada di samping kekasih hati.

“Saya pergi tidur dulu. Apa-apa ketuk pintu bilik saya tau!” dalam terpaksa Zara melangkah juga sambil mengingatkan Daris jika memerlukan apa-apa segera memberitahunya.

Daris hanya mengangguk.

Tidak sampai sejam berbaring Daris dah terasa lenguh-lenguh kakinya. Terseksanya! Daris menarik comforter dan menggulung dirinya biar menjadi tebal namun kesengalan masih belum berkurangan. Homak aihh..

Daris cuba statik tidak mahu banyak pergerakan yang akan membuatkan kakinya bertambah sengal nanti. Kehangatan dari pendiang api tidak sampai sepenuhnya sehingga ke katil. Mana taknya, katil sebesar alam macam ni!

Daris terdengar pintu bilik diketuk. Tak lain, itu pasti Zara. Teringat telatah Zara di Port Dickson. Tak dapat tidur lagilah tu! Daris bangun lambat-lambat. Nak menapak..huuuu..sejuk gila! Menggigil dibuatnya.

“Apa awak?” tanya Daris sebaik membuka pintu. Bila mata dicelik sepenuhnya terkejut melihat Zara membawa comforter tebal sehingga menenggelamkan Zara dari pandangan matanya.

“Buat apa angkut comforter ni?” tanya Daris hairan. Jangan dibuat akal panjang Zara cakap nak tidur sebilik dengannya lagi sudah. Mereka berdua dah banyak lepas laku sangat semenjak declare couple ni. Daris tidak biasa dan bimbang. Dia bukan malaikat.

“Bagi awak la!” terhuyung-hayang Zara membawa comforter tebal masuk ke bilik Daris. Selepas itu, Zara membentangkan comforter tebal itu berdekatan pendiang api. Comforter yang berada di atas katil di ambil. Biar banyak comforter, pasti Daris akan tidur dengan selesa nanti bila berada dekat dengan pendiang api.

Daris senyum. Akhirnya, Daris tahu apa yang ingin Zara lakukan. Daris tersentuh dengan kebaikan Zara.

“Meh, la..sini..syok ni tidur dengan comforter tebal-tebal macam ni.” ajak Zara lantas tersengih comel.

Daris senyum membalas. Terkesima melihat karektor manja plus comel yang ditonjolkan oleh Zara. Dengan rambut panjang hitam ditoncang sedikit di tepi kepala dengan getah rambut comel. Zara kelihatan keanak-anakan. Daris menyenangi situasi itu.

Daris menghampiri..baru saja nak duduk..kaki Daris bersilang terus terjatuh. Nasib baik badannya tercampak ke atas comforter tebal yang sudah terbentang.

Zara mengekek ketawa.

“Oh..ketawa, ek! Tak lucu..” Daris geram kena gelak.

Zara mengekek ketawa lagi. Wajah Daris cukup lucu bila terjatuh tadi.

“Stop laughing! Zara..awak..” Daris merangkak ke arah Zara dengan renungan tajam. Persis seekor harimau merenung mangsanya. Zara seakan mencabar dirinya.

Zara terdiam tiba-tiba. Entah dari mana, muncul idea gila di kepala Zara.

“Awak!” Zara duduk bersila di atas comforter membiarkan Daris semakin rapat.

Zara hanya tersenyum menggoda. Membiarkan Daris memerhati wajahnya dengan jarak yang dekat.

“Awak..” seru Zara dengan lembutnya.

Suara lembut Zara terlalu kuat menggoda perasaan hatinya. Setegar manapun hatinya cuba menepis. Ternyata Daris masih tak mampu.

Dengan kerelaan Zara membiarkan dirinya dibaringkan menyemarakkan lagi geruh nafsu beraja di hati. Dia bukan malaikat, dia seorang lelaki yang mempunyai sembilan akal namun tewas dengan satu nafsu.

Daris menunduk cuba merapatkan wajahnya dengan wajah Zara. Ingin sekali menyentuh bibir itu. Saat semakin hampir..

Tangan Zara lembut menahan kemaraan bibir Daris ke bibirnya. Menolak wajah Daris jauh dari wajahnya.

Perbuatan Zara membuatkan Daris terpinga-pinga! Fikirnya, Zara merelakan..

“Awak..cukup..saya bukan perempuan baik! Awak faham maksud saya?” terus menolak dada Daris sehingga Daris terpaksa bangun.

“Hah?”

“Saya sengaja, awak! Nak tengok awak..supaya awak faham saya ni jenis perempuan bagaimana? Awak faham tak?” cuba menjelaskan. Riak wajah Daris masih terpinga-pinga membuatkan Zara merasakan mereka tiada harapan untuk bersama lagi. Tidak mengapalah, inilah akhir cintanya. Sekurang-kurangnya, dia boleh berlapang dada tanpa kepalsuan.

Zara bangkit. Berlinang lagi air matanya.

Menuju ke pintu..

“Tunggu!”

Langkah Zara terhenti..

“Maafkan saya!” kata maaf Daris lebih membuatkan Zara faham ertinya.

“Tak apa!” tipikal lelaki..

Zara terus melangkah.

“Bukan, awak!” langkah Zara terhenti lagi. Tanpa berpaling. Hanya telinga menanti.

“Saya bukan sesiapa untuk menghukum atau menilai, awak..” perlahan suara Daris seakan kesalkan sesuatu.

“Saya juga bukan lelaki baik-baik. Saya juga pernah bergelumang dengan dosa. Bukan sedikit, awak..tak terhitung..dan  saya masih belum serik mengulanginya lagi.” akui Daris dengan penuh penyesalan. Terduduk sambil menunduk. Benarlah, kata-kata dari sepotong hadis..

“Lelaki baik untuk perempuan baik, Lelaki tidak baik untuk perempuan tidak baik”

Sudah dijelaskan di dalam Al-Quran..

Lidah Zara kelu apabila mendengar kata-kata dari Daris. Lantas, Zara juga teringatkan artikel yang dibaca sebelum ini. Mereka adalah sama. Haruskah dia gembira?

 
“TENGOK tu!” tunjuk Zara ke arah matahari yang mula memancarkan cahaya merahnya sewaktu langit mula menukar kelam kepada warna biru kekelabuan.

Mereka berdua duduk bertenggek di atas batu sama-sama menghayati keindahan ciptaan Allah.

“Kita lupakan segalanya, awak..” tiba-tiba Daris bersuara memecah hening pagi yang masih terlalu dingin.

“Hah?”

“Lupakan tentang masa lalu..” cetus Daris lagi.

“Kita saling mempunyai kekurangan..dengan kekurangan itu kita saling melengkapi diri kita masing-masing..” sambung Daris seraya menoleh ke arah Zara dengan renungan redup.

Zara kelu lagi, hanya air mata mengalir.

“Awak..” Daris memeluk bahu Zara dari belakang. Melentokkan kepalanya di sisi kepala Zara. Menciumi pipi Zara dari tepi.

“Tak pernah saya cuba melupakan awak..biar pun seminit..saya terlalu cintakan awak.” Sekian lama, itulah kata dari hatinya.
 
PESANAN PENULIS:
Ini last entry..selepas itu sy akan sudahkan skrip SDLP untuk dinilai terbit. Doakan saya ye..  THANK YOU untuk semua yang mengikuti cerita ini..

Saturday 14 September 2013


BAB 24: SESUNGGUHNYA..DIA LELAKI PELINDUNGKU


ZARA sangat kepenatan. Fizikal dan lebih-lebih lagi mentalnya. Terlalu penat sehinggakan Zara hanya mendiamkan diri saja sepanjang berada di dalam kereta mewah Qaiser. Kepalanya masih lagi terasa sakit, Zara memejamkan matanya dengan pipi basah dengan air mata. Membiarkan saja tanpa niat untuk menghapuskan air mata yang mengalir itu. Jiwa Zara sangat terbeban.

Ketika sampai di perkarangan kediaman mewah Zara, barulah Zara membuka matanya. Zara membuka pintu kereta sebaik saja sampai di hadapan kediamannya. Tanpa bersuara atau menoleh sedikit pun ke arah Qaiser, Zara terus keluar.

Menghentam pintu kereta Qaiser sekuat yang mungkin.

Beberapa tapak..pandangan menjadi kelam dengan tiba-tiba..

Qaiser bengang Zara keluar dari keretanya begitu saja. Kemudian, menyirap pula bila Zara menghempas pintu keretanya dengan kuat. Ego Qaiser mencanak naik lagi dengan tingkah protes Zara apalagi terus keluar dari kereta untuk mendapatkan Zara. Mungkin Zara masih belum faham sepenuhnya dan harus diberi peringatan lagi agaknya.

Baru nak pergi mendapatkan Zara, bayang Zara terus hilang. Masakan begitu cepat? Qaiser menapak lagi. Matanya terpaku pada tubuh Zara yang sudah terbaring di bawah. Zara pengsan!

Besar mata Qaiser melihat Zara terbaring di atas tar yang keras.

“Zara!” Qaiser cepat pergi mendapatkan Zara.

“Zara! Zara!” banyak kali menyedarkan Zara namun tiada tindak balas.

Akhirnya, Qaiser terpaksa mencempung Zara sehingga ke kamar. Qaiser cuba menyedarkan Zara lagi tetapi Zara masih tidak memberi respon. Qaiser meneliti keadaan Zara lantas merasa dahi Zara dengan tapak tangannya. Terasa membahang dengan suhu badan Zara. Rupanya Zara demam.

“Zara!” panggil Qaiser lagi. Berharap Zara akan sedar. Namun, masih tidak memberi respon.

“Zara!” cuba memanggil lagi. Qaiser menyebak rambut Zara ke belakang dan membelai beberapa kali. Qaiser dapat merasakan kulit Zara semakin membahang. Terlalu panas!

Qaiser bingkas bangun sambil mengeluarkan handphone. Niat untuk menelefon doktor peribadi keluarganya, Dr Ishak. Baru saja nak mendail, telinga Qaiser tiba-tiba terdengar suara Zara bercakap sesuatu. Terus berpaling dan pergi mendapatkan Zara di katil.

Qaiser melihat Zara sedang menangis teresak-esak di dalam lenanya dengan tangan sedang menepis-nepis sesuatu. Qaiser menahan kedua belah tangan Zara dari menepis-nepis entah apa-apa. Qaiser menepuk pipi Zara perlahan cuba menyedarkan Zara. Namun, mata Zara masih terpejam rapat malah tangan Zara semakin rancak menepis-nepis sehinggakan Qaiser terpaksa mengalah.

“Zara okay tak ni?” tanya Qaiser. Mungkin Zara sudah sedarkan diri. Tapi, mata Zara masih terpejam rapat dan sedang menangis teresak-esak. Qaiser blur sekejap dengan telatah Zara. Kenapa ni? Cemas pula hatinya  melihat Zara begini. Terbit rasa bersalah di sebalik hatinya yang dibaluti kemas dengan perasaan selfish dan ego melangit.

“Abang..jangan..kasihanilah Zara..” Zara mengongoi di dalam tidurnya  merayu dikasihani.

Qaiser terdiam kerana dia tahu sangat dengan siapa Zara merayu.

“Kenapa abang benci sangat dengan Zara..” Zara mengongoi lagi.

Tangan Qaiser yang cuba membelai rambut Zara terhenti tatkala mendengar rintihan Zara.

“Kenapa buat Zara macam ni..kenapa..” suara Zara semakin lirih, perlahan dan terus hilang selepas itu. Hanya tinggal wajah Zara yang basah dengan air mata.

Qaiser merenung Zara dengan renungan yang sukar ditafsirkan. Tidak tahu apa yang sedang bermain di fikiran Qaiser? Namun, wajah khuatir Qaiser amat jelas kelihatan.

Untuk seketika..

Kemudian, Qaiser telah menelefon doktor peribadi keluarganya untuk datang melihat Zara yang demam. Selepas, kedatangan doktor peribadi keluarganya merawat Zara, Qaiser tidak terus pulang malah duduk bersama dengan Zara. Doktor menyarankan supaya mengelap badan Zara dengan air bagi menurunkan suhu badan. Qaiserlah yang mengelap badan Zara dari atas sehinggalah ke ke kaki. Pembantu rumah Filipina awal-awal lagi telah dihalau pergi oleh  Qaiser yang ingin melakukannya sendirian.

Qaiser merasa suhu badan Zara semakin menurun. Bingkas bangun menuju ke closet Zara yang sebesar alam, penuh dengan segala macam pakaian. Huh! Sempat Qaiser mengeluh, apa taknya nak mencari pyjama pun dah satu cerita. Menarik satu persatu drawer yang ada. Bila matanya tertancap pada drawer yang berisi pakaian dalam dan lingerie. Jari telunjuk Qaiser sempat menarik bra berwarna shocking pink ke depan mata. Tersungging senyuman herot.

Akhirnya, Qaiser menemui juga closet yang dipenuhi pyjama dan gaun pelbagai warna. Namun, yang menjadi pilihan Qaiser gaun tidur spegeti singkat berwarna putih bersih. Kemudian, berjalan menuju keluar closet sewaktu melalui drawer yang dipenuhi pakaian dalam Zara sempat pula mencapai bra shocking pink tadi dengan seluar dalam yang berpadanan. Tersenyum herot lagi.

Bila Zara siap dipakaikan baju dan dirapikan. Qaiser membelai seketika wajah Zara dengan renungan lama. Tak tahu kenapa hatinya tersentuh dengan wajah pucat Zara. Bila sudah berpuas hati, suhu badan Zara telah menurun ke suhu normal barulah Qaiser beredar. Sebelum beredar, Qaiser mengarahkan pembantu Filipina Zara menjaga Zara sehingga sedar dengan sepenuhnya. Siap mengugut diberhentikan kerja jika lalai menjaga Zara. Pucat lesi pembantu Filipina Zara dibuatnya.

SEBAIK saja mendengar Zara tidak sihat dari pembantu rumah. Daris tidak mengambil masa yang lama untuk sampai di kediaman Zara. Daris menunggu Zara turun dari biliknya. Daris sangat susah hati apabila mendapat tahu Zara sakit, bimbang mungkin kesihatan Zara terganggu disebabkan bersedih dengan sikap degilnya. Berdecit mulutnya menyalahkan diri. Tersangat kesal.

“Lama tunggu?” Zara muncul dengan wajah lemah dan pucat. Zara hanya memakai seluar panjang dan sweater hoodie berwarna biru lembut.

“Zara..” Daris terus bingkas bangun. Mereka saling bertatapan.

“Are you, okay?” tanya Daris jatuh simpati melihat wajah pucat tak bermaya Zara.

“Saya tak sihat, Daris..” adu Zara. Semuanya tak sihat, fizikal dan mental. Tak tahu bagaimana nak menghadapi dugaan perit ini. Zara merenung Daris lama cuba mencari sesuatu dalam diri Daris. Sebuah keikhlasan, mungkin? Dengan keikhlasan cinta mampukah Daris menutup mata dengan kenyataan dirinya bukan seorang yang suci lagi. Tipikal lelaki yang berasal dari kampung seperti Daris walaupun belajar tinggi sehingga ke luar negara mungkin masih menginginkan perempuan yang suci sebagai pasangan hidupnya. Kalau dulu mungkin Zara tak hairankan sangat tentang isu virgin kerana dia dibesarkan di dalam keluarga open minded dan mengamalkan budaya barat. Bila-bila masa jika Qaiser menginginkan dirinya dulu Zara rela menyerahkan dirinya demi cinta. Tapi, Zara tidak lagi berfikiran begitu setelah mengenali Daris dan keluarganya. Daris banyak mengajar dirinya supaya menyayangi dan menghargai dirinya sendiri. Menyokong dirinya supaya menjadi seorang yang kuat, tidak lagi bersedih dan terluka dengan penolakan Qaiser terhadapnya dulu. Kini, Zara menjadi ragu-ragu perlukah dia berterus terang dengan Daris? Terimakah Daris jika dia berterus terang? Zara resah sendiri.

“Meh, sini..saya nak tengok awak..” panggil Daris supaya Zara mendekatinya. Tapi, tak sempat Zara melangkah Daris dahulu yang menghampiri. Hoodie di atas kepala Zara dilurutkan ke bawah. Rambut Zara yang hitam bersinar dibelai dengan kedua belah tangannya. Melurut rambut Zara dari atas sehingga ke bawah beberapa kali dengan lembut. Kemudian, meraup kedua belah pipi Zara yang masih terasa suam-suam.

Zara hanya membiarkan Daris meraup kedua belah pipinya. Hanya matanya mencari sinar keikhlasan di mata Daris untuknya. Tersentuh dengan renungan mata Daris yang tulus mengambil berat akan dirinya. Jika Daris tahu?

“Awak tak sihat betul lagi ni..masih terasa panas.” Tangan Daris berpindah ke dahi Zara pula. Daris risau jika demam Zara belum kebah sepenuhnya.

“Saya dah makan ubat tadi. Mungkin selepas ni saya okaylah kot.” Zara cuba menyedapkan hati Daris. Mungkin sekarang Zara elok sedikit kerana baru lepas makan ubat. Apabila kesan ubat telah berkurangan panas badannya pasti kembali lagi.

“Saya rasa tak..badan awak ni dah panas balik ni. Jom, saya bawa awak pergi berehat di bilik. Last makan ubat tadi pukul berapa?” tanya Daris sambil memeluk bahu Zara dan mendorong Zara ke tangga.

Zara terdiam berfikir. Sebenarnya, Zara tak ingat waktu bila dia dah makan ubat? Ada tanda tanya mengenai dirinya sebaik saja dia bangun. Bukan apa, bangun-bangun tadi Zara sudah melihat dirinya berada di atas katil dengan pakaian telah bertukar. Kepala pula basah dengan tuala kecil yang dibasahkan. Melihat dirinya memakai gaun tidur singkat dengan pakaian dalam yang striking. Zara terfikir, pasti Si Jenny pembantu rumah Filipinanya yang menukar pakaiannya. Zara tak percaya boleh pula Si Jenny itu terfikir nak memakaikan dirinya dengan pakaian begitu. Boleh tahan juga citarasa Si Jenny tu, menyeramkan!

“Awak..tadi makan ubat pukul berapa?” tanya Daris sekali lagi bila melihat Zara boleh pula berangan entah ke mana.

“Eh, hurmm..lupalah awak!” kata Zara baru tersedar.

“Sampai atas nanti makan ubat lagi. Rasanya dah lama ni..kalau tak badan takkan panas macam ni. Ha..makin panas ni!” Daris melekap tapak tangannya di pipi Zara dalam keadaan tangannya yang lagi satu masih memeluk bahu Zara. Dah macam berpeluk sakan di atas tangga pula.

“Hei..you!” terdengar suara kuat dari belakang mereka. Zara dan Daris sama-sama menoleh. Terkejut melihat Qaiser berada di belakang mereka dengan wajah serius pembunuh upahan. Zara dah pucat.  

“Nak ke mana tu?” tanya Qaiser serius. Renungan helang pembunuh terlalu tajam menikam redup mata Zara.

Lutut Zara terus terasa lemah. Nasib baik Daris sedang memeluk bahu Zara. Kalau tidak mungkin Zara dah lama rebah di situ.

“Saya nak bawa Zara ke atas. Zara demam ni.” jelas Daris. Berharap CEO syarikatnya itu tidak berfikir lain. Niat dan tujuannya hanya mahu membawa Zara berehat di kamarnya. Itu saja.

“Sudah, kamu boleh balik! Nanti saya sendiri hantar Zara ke atas.” Dengan kuasa CEO Qaiser menyuruh Daris beredar.

Daris terdiam. Arahan dari CEO menyuruh Daris beredar. Tapi, rasa cinta Daris terhadap Zara melebihi segalanya. Lagipun, mereka bukannya berada di pejabat untuk tunjuk kuasa dan diarah. Daris hampir nak membuka mulut untuk membantah tetapi Zara pula yang terlebih dahulu membuka mulut.

“Inikan teman lelaki Zara..biarlah Daris hantar Zara ke atas.” Walaupun agak gentar Zara cuba mempertahankan Daris.

“Oh..teman lelaki..belum ‘kahwin’ lagi, kan?” sengaja menekan perkataan ‘kahwin’ supaya Zara menggelabah. Kening diangkat dengan renungan sinikal. Cuba membuatkan Zara faham dengan maksud ‘kahwin’ yang ingin disampaikan.

Zara bengang gila! Kerana Zara faham sangat maksud yang ingin disampaikan oleh Qaiser. Badan yang sudah sedia panas bertambah panas suhunya. Takat suhu paling tinggi 40’C. Ini takat berapa pun tak tahu, unread!

Daris tak faham apa yang sedang berlaku di antara mereka berdua ini. Seperti ada sesuatu yang sulit disembunyikan. Daris pandang Zara dan CEOnya silih berganti. Curiga!

“Daris..awak balik dulu. Pasal saya, awak jangan risau. Jenny nanti bawakan ubat untuk saya.” Zara terpaksa menyuruh Daris pergi. Zara tidak mahu Qaiser terlepas cakap sesuatu yang akan membuatkan dirinya menyesal tak sudah nanti. Zara terlalu sayangkan Daris. Zara tidak mahu Daris tersalah sangka terhadap dirinya. Biarlah mulutnya sendiri memberitahu Daris perkara yang sebenar. Jika, sudah tersurat Daris tidak dapat menerimanya sekurang-kurangnya Zara sudah berterus terang.

“Betul ni?” Daris macam tak percaya Zara menyuruhnya pergi. “If you want me to stay..I will stay..” Daris berat hati nak beredar. Daris berharap Zara tidak menyuruhnya pergi.

“Baliklah..nanti kita jumpa, okay?” Zara cuba memujuk Daris pergi. Zara sempat menjeling Qaiser. Mata Qaiser seperti menunggu masa saja nak meledakkan segalanya. Zara tidak punya kekuatan untuk menghadapi fasa begitu lagi. Berharap Daris cepat-cepat pergi.

“Okay?” Zara seakan memaksa Daris supaya bersetuju dan beredar dengan secepatnya. Membuatkan Daris merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Hatinya berdetak semacam. Tidak sedap hati-tidak keruan-bercampur-baur.

“Kalau macam tu..okay..tapi..bagi saya hantar awak ke atas dulu. Bagi awak rehat dulu. Then, saya balik.” Daris tidak gentar dengan CEOnya. Sudah terang dia adalah teman lelaki kepada Zara Diandra. Rasanya tak salah mengambil berat terhadap teman wanita sendiri. Cuma, Kenapa CEOnya nak menyibuk hal orang lain bukan girlfriend dia pun?! Daris sebal.

Dengar saja kata-kata Daris mata Zara terus memandang Qaiser yang berubah terus riak wajahnya. Zara tahu jika membiarkan Daris berada di situ seminit lagi Qaiser pasti meletus-meledak-meletup. Zara tak sanggup!

“Daris! Saya boleh pergi sendiri ke bilik saya. Awak baliklah dulu.” Zara terus berlari memanjat tangga ke atas. Walaupun, badan terasa sakit dan lemah digagahi juga. Straight tanpa menoleh lagi.

Daris tersentak melihat Zara pergi begitu saja seperti terlalu takutkan sesuatu. bertambah perasaan curiga di hatinya. Wajah CEO dipandang telus. Hanya senyuman sinis dihadiahkan untuknya.

“Well..you should leave..” dengan selamba menghalau. Qaiser berpuas hati dengan tindakan Zara.

Daris hanya diam dan beredar perlahan-lahan. Matanya masih mengharap Zara menunjukkan diri dan tidak membenarkannya pergi. Namun, hampa..

 
ZARA berpura-pura memejamkan matanya sewaktu pintu kamarnya diketuk beberapa kali dari luar. Zara tahu sudah pasti Qaiser. Sengaja Zara berpura-pura tidur supaya Qaiser tidak mengganggunya lagi.

Terdengar pintu dibuka. Zara pejam mata rapat-rapat.

“Dah tidur?” terdengar suara Qaiser bertanya. Zara membeku.

“Hm..cepatnya sudah tertidur.” Omel Qaiser terus berlalu ke pintu.

Zara terdengar pintu ditutup. Lega!

Zara bingkas bangun. Zara tak nak tidur kerana badannya terasa lenguh-lenguh dan sakit-sakit badan. Baru berkira-kira nak memanggil Jenny supaya menyediakan air mandian untuknya. Mungkin selepas mandi badannya akan lebih segar.

Zara baru nak memanggil Jenny. Matanya terus membulat besar tidak percaya Qaiser berada di muka pintu dengan senyuman sinis. Tak pergi lagi rupanya! Zara betul-betul tak percaya. Qaiser memang licik dengan helahnya, mati-mati Zara ingat Qaiser telah pergi tadi.

“Pura-pura tidur, konon!” Qaiser senyum sinis sambil menghampiri katil. Qaiser tak bodoh dengan tipu helah Zara. Mudah sangat nak diteka.

“Kenapa tak pergi lagi?” Zara mencebik geram. Berpeluk tubuh. Bengang tipu helahnya tidak berjaya.

“Saja nak tengok tuan puteri ni dah sihat ke belum?” Qaiser cuba meletakkan tangannya ke dahi Zara tetapi Zara cepat mengalihkan kepalanya ke lain.

Sebal! Bengang! Lelaki itulah penyebab Zara menjadi tidak sihat begini. Lagi mau tanya! Huh!

Qaiser duduk di sebelah Zara. Terlalu rapat.

Zara mengelak dengan badan dan kepalanya dipalingkan ke arah lain. Risau jika Qaiser buat gila lagi.

Nampak saja Zara mengelak Qaiser bertindak memaut bahu Zara dari belakang dan memaksa Zara berpusing ke arahnya. Saling berhadapan. Wajah ditundukkan  rapat ke wajah Zara.

“Tepilah!” Zara mengalihkan wajahnya. Hati Zara dah cuak. Kalau nak melawan, Zara mengaku kalah awal-awal kerana badannya terasa tersangat lemah. Kalau Qaiser buat kepala gilanya tak mustahil Qaiser akan mengulangi lagi perbuatan jahat kepadanya. Zara tak sanggup menampung beban perasaan itu lagi. Sungguh terseksa!

Qaiser tak peduli terus mara. Sengaja buat Zara takut.

“Jangan nak buat tak senonoh dengan Zara lagi! Zara..” terus menjarakkan diri. Tangan pantas mencapai vas kecil yang comel di meja sisi. Tak serik lagi agaknya nak kena baling dengan pasu! Zara dah mengacu.

“Kalau tak nak kepala tu bocor lagi. Jangan nak dekat-dekat dengan Zara lagi.” ugut Zara mengacu-acu vas comel di wajah Qaiser. Nak capai apa pun tak tahu, lampu tidur besar sangat memerlukan kedua belah tangannya untuk mengangkat. Tangan sempat mencapai vas comel di tepi lampu tidur. Zara dah takut gila.

“Tak habis-habis dengan pasu bunga dia! Dahi abang dah macam Harry Potter ada scar!” Qaiser tergelak kecil mengejek Zara. Setakat vas kecil tu? Apa barang!

Qaiser mara lagi.

“Jangan nak loyar sangatlah! Karang Zara hempuk pasu ni, biar retak kepala abang tu. Bukan setakat parut je dapat nanti. Doktor pun tak dapat tolong nak betulkan balik kepala abang yang mereng tu!” Zara menyumpah walaupun kedengaran agak lucu di telinga Qaiser. Dengan pasu kecil tu! Qaiser sengih.

“Dengan pasu tu! Okay..just try..” Qaiser menyerah. Seraya tergelak sinis.

Zara geram gila! Oho..ingat pasu ni kecik ingat tak boleh membutakan mata orang?! Karang kalau dah transformed menjadi Kassim Selamat jangan nak banyak bunyi! Zara dah bersedia nak menghempuk sekuat hati. Target tak ada tempat lain selain kedua biji mata helang pembunuh Qaiser.

Zara hayun kuat-kuat.

Qaiser selamba menangkap pergelangan tangan Zara.

“Cukup satu scar Harry Potter hadiah dari Cik puan Zara.” tersengih sinis. Sengaja mengacah Zara tadi.  Ingat betul-betul nak menyerah diri kena hempuk senang-senang macam tu je. Sorry banyak!

“Lelaki tak guna!” maki Zara. Bengang gila dipermainkan.


“Tak guna?” Qaiser sengaja mengangkat kening tebalnya. Mengejek!

“I’m functioning well! Mana yang rasa tak guna tu? Kita boleh testing lagi.” tak habis bengangkan Zara.

Zara cuba bingkas bangun. Betul-betul tak tahan dengan kerenah Qaiser.

Qaiser pantas pula menarik Zara rebah ke atas katil. Bergelut! Kesudahannya Zara terkunci di dalam pelukan Qaiser.

“Hei!” Zara pukul-pukul dada Qaiser.

Qaiser yang tak tahan kena pukul. Lantas, menangkap kedua belah tangan Zara lalu dihenyak Zara terlentang di atas katil. Tunduk rapat-rapat di wajah Zara sehingga membuatkan mata Zara terpejam rapat.

Qaiser tersengih lalu dicium pipi Zara kuat-kuat. Kemudian, melepaskan kedua belah tangan Zara dan berbaring senang hati di sebelah Zara sambil meletakkan kedua belah tangannya pula ke belakang kepala.

“Ingat apa? Dengan muka pucat lesi macam ni ingat abang selera nak tidur dengan Zara? Macam tidur dengan mayat!” Qaiser tergelak sinis.

“Tak guna!” pekik Zara geram.

“Rehat cukup-cukup. Simpan tenaga banyak-banyak sebab abang suka Zara struggling dengan abang. Seducing me..luring me in..” gigit bibir dengan sengihan nakal.

Zara dah berasap. Huh!


“Hmm..” Qaiser bingkas bangun. Siap buat senaman regangan pinggang seminit sebelum melangkah ke pintu. Sengaja membakar Zara dengan sengihan sinisnya.

“Tak guna!” Zara membaling bantal ke arah Qaiser. Sakit hati punya pasal!

“Lupa pulak! Okay tak pakaian abang pilih tadi? White gown..with shocking pink..hm..” Qaiser sengaja membuat pembakaran terbuka lagi.

Jelingan tajam Zara memanjangkan lagi sengihan sinis Qaiser.

“Upah ada? Upah tolong lap badan Zara dan pakaikan baju Zara tadi!” tambah Qaiser lagi. Tak habis-habis nak membakar.

Zara gigit bibir kuat. Baru tergerak hati nak membaling pasu bunga. Qaiser dah lenyap di sebalik pintu. Patutlah! Serentak itu pasu dibaling geram ke pintu. Nasib kaulah, pintu!
 
PESANAN PENULIS:
Really2 sorry..keep u olls waiting..this week sampai ahad sy kene keje. Sebelum tu kene hadiri conference medical. 2 hari kene kene ngadap dgn Venous Thromboembolism sampai nk mnth ijo. Nak tune balik kepala otak dengan daris n zara. garu kepala jgklah kat depan lappy. tapi, Alhamdulillah dpt jugak siapkan entry tak seberapa ni.
P/S: Daris will slowly..masuk dalam hidup Zara balik..walaupun Qaiser mendominasi entry buat beberapa bab ni. Inshaa..Allah..

Monday 9 September 2013


BAB 23: SESUNGGUHNYA..DIA LELAKI PELINDUNGKU

HATI Daris sayu sangat sewaktu tiba di balai ketibaan. Tidak tahu kenapa dirinya menjadi terlalu sayu begini. Fikirannya terlalu rungsing memikirkan Zara, menyesal pula kerana berdegil. Kalaulah dia bersabar dan mendengar apa yang ingin Zara sampaikan..

“Zara..” berserta keluhan panjang.

Daris mengintai teksi yang kosong untuk dinaiki. Setelah mendapatkan teksi, Daris menyandar dan merenung handphonenya. Bila terfikirkan handphonenya Daris menjadi pelik kerana fikirnya semalam dia ketinggalan handphonenya di dalam bilik hotel sewaktu mengejar Zara di lapangan terbang. Tetapi, terlalu terkejut bila receptionist menyapanya sewaktu dia melalui kaunter memberitahu mereka terjumpa handphonenya di ruang lobi pula. Yang membuatkan Daris terlalu pelik, bagaimana pihak hotel tahu pula handphone itu miliknya? Daris yang rungsing memikirkan Zara tidak dapat meneruskan pertanyaan hatinya mengenai handphonenya lagi.

Jari-jemarinya membelek skrin handphone di tangan. Membelek aplikasi yang tertera pada skrin handphone. Matanya tertumpu pada permainan Scrabble. Inilah permainan favourite dia dan Zara secara on line. Daris mengusap perkataan-perkataan yang sudah mereka letakkan pada papan scrabble di alam maya. Sebenarnya, giliran Daris tetapi masih tidak dipenuhi lagi. Daris mengamati huruf-huruf  yang tinggal dan perkataan yang telah di upload. Jarinya menolak huruf-huruf yang dikehendaki pada papan scrabble di alam maya..

   S
LORRY
   R
   R
   Y

Daris berharap Zara melihat apa yang dia lakukan. Daris terlalu cintakan Zara, cinta yang mengalir menyelusuri segenap jiwanya hanyalah untuk Zara Diandra. Maafkan saya, Zara..



ZARA membeku di tempat duduk ruang menunggu, pesawat peribadi Tan Sri Megat Arman Zainal Abidin masih belum mendarat. Tiada sepatah perkataan yang keluar sebaik saja Zara keluar dari villa yang mengjahanamkan hidupnya. Zara tiada niat langsung nak bercakap dengan Qaiser. Di dalam hatinya, sibuk menggumpal kebencian menggunung untuk lelaki itu. Sungguh..dia terlalu membenci lelaki itu!


“Come..” sejak bila Qaiser sudah berdiri di hadapannya Zara tidak perasan. Zara hanya diam-berpeluktubuh-membeku tidak menghiraukan Qaiser yang sedang menghulurkan tangannya.

“Cuba jangan berdegil, Zara..” dalam nada tertahan.

Zara buat pekak.

“Zara..” suara sudah naik satu oktaf.

Zara terus bangun bukan kerana dia takutkan Qaiser. Zara hanya malas nak melayan perangai Qaiser yang entah apa-apa nanti. Lagipun, Zara ingin cepat-cepat pulang supaya dia tidak lagi mengadap muka tembok Qaiser yang terlalu menyakitkan hatinya.

“That’s my girl!” bahu Zara dipeluk dari belakang.

Tangan Qaiser yang mendarat selamba di bahunya, Zara tepis dengan kedua belah tangannya dengan kasar. Jangan nak berani sentuh, okay! Bengkak pula hati Zara dengan sikap Qaiser yang tak sudah-sudah.

Qaiser hanya mencebik dan menjungkitkan bahunya. Namun, Zara harus diberi peringatan!

Qaiser cepat menghampiri Zara lalu dibisikkan ayat membuatkan Zara terkedu dan terkunci langkahnya.

“No matter what..jangan lupa hal semalam..you’re mine..” bisikan halus di telinganya membuatkan Zara menggigit bibirnya dengan geram sekali.

Zara membiarkan Qaiser mendahuluinya, sengaja supaya Zara dapat melihat Qaiser duduk di mana. Bila melihat Qaiser telah duduk dengan selesanya di seat VIP nya. Zara mencari tempat duduk paling jauh dari Qaiser. Lantak!

Zara mengeluarkan handphone, cepat-cepat membuka aplikasi sebelum pesawat berlepas. Melihat jika ada pesanan untuknya dari Daris. Inbox dan FB , tiada! Zara hampa. Namun, bila matanya terpandang ikon permainan Scrabble Zara terus skrol tangannya mencari aplikasi Scrabble. Membuka!

Mata Zara tertancap pada perkataan baru, SORRY. Air mata Zara mula bergenang di tubir mata. Sepatutnya, dialah orangnya yang perlu memohon maaf bukan Daris. Air mata Zara mula meleleh perlahan. Zara melihat perkataan yang ada untuknya. Jarinya menarik huruf untuk disambungkan di papan Scrabble bersama deraian air mata yang mula deras menuruni lurah pipinya.

           W
   S      H
LORRY
   R
   R
   Y


SENT!


Tidak lama kemudian, ikon Scrabble muncul lagi.


          W
   S     HURT
LORRY
   R
   R
   Y
 
HURT! Zara faham kenapa? Zara tahu Daris bukan sengaja melukakan hatinya dan tidak mempedulikannya. Kalaulah Daris tahu apa yang telah berlaku terhadap dirinya pasti hati Daris lagi terluka dari dirinya. Air mata Zara semakin laju. Zara tidak sanggup meneruskannya lagi. Zara sudah tiada perkataan seperti dirinya kini tiada lagi perkataan untuk Daris. Segalanya telah menjadi buntu, tiada jalan keluar lagi.

Zara tertunduk menahan perasaannya yang terlalu sakit. Menangis dalam esakan yang ditahan-tahan. Zara tidak mahu Qaiser yang berada di hadapan mendengar tangisannya.


“Menangis lagi?! Tak habis-habis lagi ke?” entah bila makhluk kejam seorang ini dah tercegat di tepi seat pun tak tahu. Zara berpaling keluar tingkap tak rela memandang Qaiser yang terlalu menyakitkan hati. Sungguh..kalaulah dia punyai kekuatan dan keberanian dah lama dibunuh jantan paling teruk di muka bumi ini.

“Mulut tu dah bisu?” bengang Zara tidak mempedulikan dirinya.

Zara buat pekak. Air mata yang mengalir dikesat cepat. Dia takkan membiarkan Qaiser melihat dirinya menangis begini. Zara takkan membiarkan Qaiser merasakan telah menang sepenuhnya. Tidak!

“Zara!” suara Qaiser memetir.

Pramugari yang baru keluar dari kokpit terkejut besar mendengar Qaiser menjerit. Niat nak menyuruh anak kapal VIPnya bersiap sedia terbantut. Sebelum, dia dimarahi atau dipecat baik dia masuk ke dalam kokpit memberitahu pilot supaya delay penerbangan untuk seketika.

“Listen here, young lady! Oh..not really..or..what should I call you now..madam?!” Qaiser tunduk dan berbisik di telinga Zara dengan penuh sinikal.

Zara berpaling dengan muka masam mencuka. Sakit betul hatinya!


“Ha..tau pun! Mulut tu jangan nak bisu sangatlah! Apa pun perkara dah berlaku, Zara! No turning back! You’re mine..only mine..” tak habis-habis mengingatkan Zara.

“Until my last breath..you’ll never get over me!” Zara tidak menjerit tetapi terlalu tegas diperdengaran Qaiser dan terlalu menyakitkan hati Qaiser mendengarnya. Seperti hampir dikalahkan.

“Okay..wait until your last breath..then, I release you.” Qaiser maksudkan apa yang dikatakannya.

“I.HATE.YOU!” Zara terus menghambur kebencian dari dalam hatinya. Biar terzahir keras di mata Qaiser betapa dia terlalu membenci lelaki itu.

“Me neither..don’t love you at all, Zara!” balas Qaiser kesat. Tidak mahu kalah walaupun hatinya sakit mendengar Zara terlalu membenci dirinya.

“Glad to hear!” Zara tambah lagi semarak api di dada Qaiser. Mencabar!

“Get up! I said get up!” Qaiser memaksa Zara bangun. Zara dah cukup mencabar dirinya. Qaiser takkan membenarkan Zara menang.

Zara berdegil. Tidak mahu bangun. Biar Qaiser terjerit-jerit macam orang gila.

“Oho..” Qaiser sakit hati tak hengat dengan kedegilan Zara.

Qaiser menarik Zara bangun secara paksa. Bila Zara berdegil Qaiser bertindak kasar mencekak kolar leher baju Zara membuatkan Zara terpaksa juga bangun. Kasar gila!

Zara dah tak hairan dengan kekasaran Qaiser hanya membiarkan dirinya disakiti berkali-kali. Membeku walaupun kolar lehernya dicekak kasar dan masih belum dilepaskan.

Zara berpaling tidak ingin langsung memandang wajah Qaiser yang amat menjengkelkan hatinya.

Qaiser semakin naik darah dengan Zara yang hanya membeku tidak melawan. Sakit hatinya melihat Zara nampaknya tidak terkesan langsung dengan perbuatannya. Sekurang-kurangnya bila Zara melawan dia tahu apa yang sedang bermain difikiran Zara. Tetapi, dengan sikap membeku seperti ini Qaiser merasakan dirinya kalah.

“Membisu lagi? Nak kena cium?” ugut Qaiser sengaja menyakitkan hati Zara supaya Zara bertindak balas dengannya.

Zara masih membeku.

“Betullah ni nak kena cium..boleh je..” Qaiser mengacah bibirnya ke bibir Zara.

Zara berusaha menjauhkan wajahnya, tidak rela dirinya diperlakukan sesuka hati lagi.

“Sumpah..wherever you go..I cursed you..go to hell!!” Zara menyumpah Qaiser tanpa berfikir banyak kali.

“Fine with me, Zara! Coz..I was in heaven last night. Worth it! Trust me!” Qaiser gelak sinis. Sengaja menyakitkan hati Zara lagi. Siapa tak bengang kena sumpah pergi ke neraka? Huh, bila dibiarkan bercakap menyakitkan hati pulak! Menyesal, baik membisu saja.

“Kau!” Zara dah mula angkat pelempang tapi Qaiser cepat menangkap tangan Zara.

“It’s happened, Zara! Kalau Zara dengar cakap abang dan tak melawan. Perkara semalam takkan berlaku..I’m not gay or tok imam..looking at you..seduce me with your play-hard-to-get attitude tu..ingat abang nak lepas Zara macam tu je! Dah tentu taklah, kan?!” kata Qaiser dengan nada mengejek.

“You’re such a jerk! Totally..a JERK!!” maki Zara dah geram gila. Sakit hati maruahnya diperlekehkan oleh Qaiser. Dia bukan perempuan murahan!

Qaiser hanya tersengih sinis. Kening diangkat mengejek.

“Dengar sini..bedebah!” Zara dah tak peduli penggunaan bahasanya lagi dengan lelaki jahat seperti Qaiser. Tak guna pun!

“Sampai di KL nanti, aku akan buat laporan tentang apa yang telah kau lakukan terhadap aku. I’ll put you in jail!! Mengerti?!!” Zara dah tak tahan lagi dengan Qaiser. Lelaki itu harus mendapat pembalasan yang setimpal. Zara dah tak peduli pasal maruah dan nama baik. Apa yang Zara mahu Qaiser mendapat pembalasan yang sepatutnya.

“Wah, sudah berani nampaknya! Tapi, Zara harus ingat..you’re not underage anymore. Lagipun, Zara dah hapus bukti utama tau tak?” provoke Qaiser. Zara salah orang nak mengugut, dia lulusan law, okay!

“Hah?” Zara pula yang tak mengerti apa yang ingin disampaikan oleh Qaiser.

“Zara dah mandi tadi, kan! Seterusnya melupuskan segala bukti yang ada. Kalau pun, doktor buat pemeriksaan..secara paksa or sowhatever..ingat mudah nak percayakan juri dan hakim? Gaya hidup Zara sebelum ini pun, dah buatkan orang melihat Zara perempuan yang suka berpeleseran.” Sambung Qaiser supaya Zara faham.

Zara betul-betul tak percaya dengan kata-kata Qaiser yang amat menyakitkan hati. Walaupun sukar untuk mengakuinya, kata-kata Qaiser sememangnya betul dan Zara semakin sakit hati terpaksa mengakui kata-kata Qaiser itu. Undang-undang terlalu percayakan bukti dari penjelasan seorang perempuan yang hilang kesuciannya. Terlalu pahit!

“Jangan nak tunjuk pandai sangatlah, Zara! Tak fikir tentang harga diri? Tak fikir tentang maruah keluarga? Press suka sangat dengan berita sensasi macam ni..tujuh keturunan pun tak basi berita sensasi ni!” Qaiser mengingatkan Zara tentang press dan paparazzi yang suka sangat mengambil tahu hal keluarga mereka. Hatta, sekecil-kecil hama pun dihebahkan di akhbar.

Zara terus terdiam dengan wajah pucat seperti mayat. Baru terfikirkan hal itu.

“Tak fikir kalau budak tu tahu apa yang terjadi? Fikir banyak kali, Zara..”  Qaiser tak puas mengingatkan Zara lagi tentang Daris jika mengetahui kebenaran tentang dirinya.

Wajah Zara semakin pucat bila teringatkan Daris.

Zara terduduk!

“The only thing you have to worry about is..when you might get pregnant, Zara!”

Zara berpaling ke arah Qaiser dengan wajah terlalu pucat lesi. Terkejut dengan statement Qaiser yang kemungkinan besar bakal berlaku. Bertimpa-timpa!

“Forget about him, Zara! Zara tak mungkin akan bersama dengan budak tu kalau dia dapat tahu. Percayalah!” ujar Qaiser terlalu yakin. Siapa yang nak yang sudah ditebuk tupai?

“I..really..really..hate you..” perlahan. Tiada yang lain selayaknya untuk Qaiser hanyalah kebencian yang mendalam.

“Hate..love..it’s just so ridiculous!” Qaiser bosan mendengarnya.
 
DI BALAI Ketibaan..
Zara tidak mahu berlama lagi dengan Qaiser walaupun sesaat.  Sebaik saja keluar dari balai ketibaan Zara terus melencong ke arah lain tidak ingin mengikuti Qaiser. Cukuplah! Zara tidak akan membiarkan dirinya di bawah telunjuk Qaiser lagi.
“Zara nak ke mana tu?” sempat menahan Zara. Lengan Zara dipegang kejap.
“Balik!” Zara merentap kuat lengannya. Tangan Qaiser terlepas.
“Balik dengan abang!” tarik lengan Zara lagi.
“Tak perlu!” Zara rentap lagi tangannya dan terus melarikan dirinya. Cepat menyelinap di antara orang ramai. Biar Qaiser tidak dapat mengesan dirinya lagi.
Zara telah jauh dari Qaiser dan baru dapat menarik nafas dengan tenang sedikit walaupun hatinya berantakan. Zara melambai tangan menahan limo yang ada. Sebelum sempat Zara pergi mendapatkan limo badan Zara telah diheret kasar ke kereta Lambourghini milik Qaiser.
Terpinga-pinga!
Dihenyak dan pintu dihempas kuat!
Zara terkedu.
“Don’t try to escape! I’ll never let go..what’s mine is mine!” bentak Qaiser kasar. Sakit hati Zara boleh meluru keluar macam tu saja. Huh!
“Jangan ingat Zara ni barang!!” bentak Zara pula.
“Biasakan diri..” tersungging senyuman herot di bibir Qaiser. Lambourghini dipandu laju.
 
PESANAN PENULIS:
Nak lariiikk..tapi..menyerah sajalah..what to do..Qaiser memang macam ni..hurmmm..
 

Tuesday 3 September 2013


BAB 22: SESUNGGUHNYA..DIA LELAKI PELINDUNGKU

“BERHENTI..Zara cakap berhentikan kereta ni!!” Zara menjerit kuat memaksa Qaiser memberhentikan kereta Bumble Beenya ke tepi jalan. Zara harus berjumpa dengan Daris walau apa pun terjadi. Daris perlukannya.

“Stop yelling, Zara! Sakit telinga abang!” marah Qaiser perit mendengar Zara menjerit kuat di telinganya. Suara high pitch Zara boleh pekakkan telinganya nanti.

“Ha..tau pun! Turunkan, Zara! Daris perlukan Zara sekarang ni.” gesa Zara tidak lagi menjerit.

“No! I won’t!!” Qaiser pula yang menjerit takkan melepaskan Zara begitu mudah. Sakit hati! Zara tak habis-habis menyebut nama lelaki lain dengannya.

“Kenapa abang gila sangat ni? Apa yang abang nak sebenarnya?” Zara tak dapat nak bersabar lagi. Qaiser langsung tidak mempedulikan perasaannya. Sesuka hati! Ingat dia patung?! Boleh berbuat sesuka hati tanpa bantahan. Dia manusia..ada perasaan..dari dulu Qaiser tak pernah menjaga hatinya langsung!

“Abang nak Zara putuskan hubungan Zara dengan budak tu!” dengan kuasa veto Qaiser memberi arahan. Wajib putus!

Bulat besar mata Zara pandang Qaiser dengan perasaan sungguh tak percaya.

“Apa?”

“Putuskan! Dengar cakap abang ni! Zara tak boleh ada hubungan dengan sesiapa pun kecuali abang!” bentak Qaiser kuat.

 Zara terkedu. Memori terus melayang ke masa lalu mereka. Qaiser masih tetap sama dengan sikap diktaktornya mengarah Zara supaya memutuskan hubungan dengan lelaki lain. Kalau tak diikutkan, Zara tahu pasti Qaiser akan mengugutnya. Itu dulu..bukan sekarang..Zara takkan mengalah..dia bukan budak-budak lagi nak mengugut bagai.

“Dengar sini abang..Zara takkan putuskan hubungan Zara dengan Daris. Tak kira apa pun berlaku! Abang tak ada hak nak menentukan hidup Zara.” tegas Zara. Dia takkan sesekali mengalah.

“Zara kena dengar cakap abang! Putuskan! Kalau tak..” belum sempat Qaiser mengugut Zara cepat memintas.

“Kalau tak kenapa? Grounded? No more Disneyland? Shopping? Zara dah besar nak mengugut macam tu la abang! Lagipun, mama dan papa Zara tak kisah! Diorang lagi suka dengan Daris. Abang siapa nak halang, Zara? BUKAN SESIAPA!” hambur Zara dengan sinis sekali.

Qaiser sentap tak hengat mendengar kata-kata Zara yang benar-benar mencabar kewibawaannya.

“Oho..betul-betul berlagak sekarang ni, eh! Zara ni nak kena ajar! Baru nak dengar..” Qaiser membentak keras.

Qaiser yang panas hati terfikirkan sesuatu. Zara harus diberi pengajaran paling keras dan akan diingati sampai bila-bila.

Qaiser melajukan lagi kereta Bumble Beenya menuruni perbukitan dan menyusuri jalan di  tepian laut.

Ke mana? Zara dah cuak gila kerana Qaiser menghala ke arah jalan raya yang gelap dan tiada orang.

“Abang nak bawa Zara ke mana ni?” Zara pusing kepalanya ke kiri dan ke kanan. Kalau dibuat terejal Qaiser berhentikan dia di tempat gelap dan tinggalkan dia di sini untuk membalas dendam memang padan muka sangat-sangat dengan dirinya. Gerenti terngadah menapak di dalam gelap. Siapa nak menolong? Malam semakin larut sah-sah puan ponti (pontianak) takpun encik poco-poco (pocong) yang keluar karang menolongnya. Yelah, tolong bagi semangat dia lari pecut 1000 kilo. Jangan Qaiser buat gila tinggalkan dia di sini sudah. Zara takut gila!

“Kenapa? Takut?!” Qaiser sengih sinis. Sengaja membrek keretanya di tempat gelap.

“Turunlah! Tadi nak sangat turun, kan!” halau Qaiser tanpa perasaan.

“Tak nak!” Zara membeku. Memang taklah!

“Tadi heboh sangat nak keluar! Apalagi keluarlah!” bentak Qaiser.

“Jangan jadi macam budak-budaklah, abang! Abang buat apa pun kat Zara, Zara tetap dengan teman lelaki Zara. Zara cintakan Daris!” Zara betul-betul malas nak melayan perangai tak semengah Qaiser ni. Entah apa-apa! Nonsense!

“Zara tak nak keluar? Okay, abang paksa Zara keluar!” Qaiser buka pintu dan berlalu ke pintu di sebelah Zara. Memaksa Zara keluar dengan kasar dan menolak Zara jauh dari keretanya.

“Abang ni, kenapa? Suka sangat sakitkan, Zara! Abang buat Zara macam ni, ingat Zara takut dan ikut cakap abang? Jangan harap! You know, you’re such a loser!! Loser je yang buat perkara bukan-bukan macam ni!” kan, dah keluar perkataan kesat. Zara betul-betul sakit hati. Lantaklah! Kalau tinggalkan dia di sini pun. Nanti kita kawan ye puan ponti and encik poco-poco! Be nice to me, I orang baik-baik! Zara sedapkan hati.

Tanpa menunggu Qaiser membalas balik Zara menolak badan Qaiser yang menghalang laluannya sekuat hati. Hambik kau! Geram punya pasal.

Terus berjalan sambil membentak-bentak. Memang patut dia bersikap begitu, kena tinggal der..dekat jalan tak ada orang. Sah-sah hangin giler!

Belum sempat melangkah banyak tapak lengan Zara direntap dari belakang. Ditarik kasar sehingga ke kereta dan dah tentu kena henyak kasar  di seat kereta. Seperti biasa! Qaiser mana nak layan dirinya dengan baik-baik. Nasib baik tak kena campak saja!

“Huh, tercabar ke?” Zara tak habis lagi menyakiti hati Qaiser. Bagi cukup-cukup! Ingat dia seorang saja yang boleh menyakiti? Aku pun bolehlah! Zara puas hati sangat-sangat.

“Zara..Zara..jangan kerana mulut badan binasa..” sinis.

Qaiser meneruskan pemanduannya.

Zara lega, Qaiser memandu pergi dari situ. Zara gembira mungkin Qaiser sudah mengalah dan akan menghantarnya balik ke hotel dan dia akan berjumpa dengan Daris.

Qaiser menghala keretanya bukan ke hotel tetapi ke villa persendiriannya yang berada jauh dari Pekan Kuah dan sudah tentu jauh dari orang.

Zara sebentar tadi gembira dan lega Qaiser akan menghantarnya balik ke hotel terus berubah wajahnya. Ternyata sangkaannya silap.

“Kenapa bawak Zara ke sini? Zara nak balik ke hotel!” Zara bengang! Qaiser tak habis-habis lagi dengan perangai bukan-bukannya. Nak apa lagi ni?

Kereta dibrek mengejut nasib baik kepala Zara tidak terhantuk. Menjeling mata Zara dengan sikap kasar Qaiser terhadapnya tak sudah-sudah.

Mereka berada di hadapan villa yang Zara tidak pernah tahu pun kewujudannya. Ini bukan villa rasmi Armada di Langkawi. Zara amat pasti.

Qaiser tidak mempedulikan kata-kata Zara terus keluar pergi mendapatkan Zara di pintu sebelah.

“Keluar!” herdik Qaiser kuat. Setelah membuka pintu kereta selebarnya.

Zara membeku. Berpeluk tubuh. Mendongkol geram.

“NO!” percuma! Zara takkan sesekali keluar.

“Zara tak habis-habis nak berdegil! Dah! Ikut abang masuk!” Paksa Qaiser sambil menarik Zara keluar dari keretanya.

“Tak nak! Jangan paksa, Zara! Zara nak balik!” Zara masih berdegil.

“Keluar, Zara!” paksa Qaiser lagi. Berjaya mengeluarkan Zara dari kereta.

Zara terpinga-pinga dengan sikap Qaiser.

“Ikut abang!” Qaiser menarik Zara supaya mengikutnya masuk ke dalam villa.

Zara meronta-ronta cuba melepaskan tangannya dari pegangan tangan Qaiser.  Mengeraskan badannya supaya Qaiser berhenti menariknya ke dalam.

Qaiser terus menarik sehingga masuk ke dalam villa. Lampu dibuka dan pintu ditutup rapat-rapat. Zara pula ditolak ke depan.

“Buat apa kat sini? Zara nak baliklah!” Zara meluru ke pintu tetapi sempat ditahan oleh Qaiser dengan lengan memeluk leher Zara.

“Not so fast..” Qaiser berbisik di telinga Zara.

Zara geram gila! Tanpa berfikir panjang menggigit lengan Qaiser kuat-kuat. Ha kau..suara Qaiser menjerit satu pulau boleh mendengarnya. Padan muka!

Zara meluru ke pintu lagi.

“Zara ni degil betullah!” Qaiser juga meluru mendapatkan Zara. Menarik dan menghumban Zara ke dinding.

Zara yang terhumban ke dinding terasa sakit di bahu. Memegang bahunya dengan pandangan tajam ke arah Qaiser. Ini sudah melampau!

“Sampai hati abang buat Zara macam ni?” Zara bengang kerana dia selalu dikasari oleh Qaiser. Tak pernah nak berlembut! Huh!

“Kalau Zara dengar cakap abang, tak adalah abang buat Zara macam ni! Tinggalkan budak tu, habis cerita!” Qaiser bangkitkan kembali permintaannya.

“Kalau Zara tinggalkan Daris..selepas tu abang nak buat apa kat Zara? Biarkan Zara..terkontang-kanting sendiri..abang pula bertunang dan berkahwin dengan perempuan lain.” Mungkin itu yang Qaiser nak. Biarkan dirinya sendirian tanpa teman dan Qaiser pula berbahagia dengan perempuan lain. So..selfish!

“Zara takut sangat tak kahwin ke?” sakat Qaiser sinis.

“Tak lucu..” Zara mencebik. Menyampah gila!

“Apa susah sangat, Zara! Kahwin saja dengan abang! Tapi, abang tak janji yang nombor berapa!” jenaka sinis dan nakal. Qaiser senyum lebar menyakitkan sungguh hati Zara.

“Jadi isteri robot abang? Dalam mimpi! Zara rela tak bersuami kalau pilihan terakhirnya abang!” balas Zara dengan sinis juga.

“Hai..dulu tak ingat apa yang Zara sanggup lakukan untuk abang? Nak ambil hati abang? Belum terlewat lagi ni..” Qaiser tak habis-habis mengingatkan Zara dengan peringatan yang terlalu sinikal.

“Pergi mampuslah! Jangan harap! Aku nak balik!” Zara dah bosan Qaiser selalu mengingatkan kebodohan masa lalunya. Tak guna bercakap elok-elok dengan manusia tak reti bahasa dan selfish macam ni! Zara meluru ke pintu lagi.

Qaiser menahan lagi.

“Lepaslah!! Lepaslah, bodoh!! Hii..” jerit Zara geram-geram. Suaranya pula bergegar satu pulau.

“Stop shouting, Zara!”

“Tolong! Tolong!” Zara tak peduli terus meminta tolong. Berharap seseorang akan menolongnya. Dia harus keluar dari villa ini, Daris tak tahu apa kisahnya? Janganlah jadi apa-apa dengan Daris. Zara sempat terfikirkan Daris.

“Jeritlah! Ingat ada orang dengar?!” Qaiser memegang kemas pergelangan tangan Zara. Sakit hati Zara bercakap kasar dengannya tadi.

“Tolong! Tolong!” tak percaya, takkan tak ada orang langsung. Pembantu rumah ke? Tukang kebun ke? Siapa-siapa sajalah!

“Dah habis jerit? Tak guna nak menjerit macam orang gila. Tiada siapa yang mendengar! Seluruh kawasan ni, semua abang yang punya!” dengan angkuh sekali sambil bercekak pinggang.

Zara menjerit lagi meminta tolong. Tak peduli! Ada tak ada..janji jerit kuat-kuat biar putus urat halkum pun tak apa. Biar Qaiser stress dengan jeritannya.

“Zara ni bisinglah!” Qaiser dah sakit telinga mendengar Zara duk terjerit-jerit sedari tadi. Telinga dah rasa berdengung dah ni. Stress!

Zara masih terjerit-jerit! Macam orang gila menjerit tak sudah-sudah. Lantak! Selagi tak bawa dia keluar dari sini sampai esok pagi pun dia sanggup menjerit biar Qaiser sakit jiwa mendengarnya.

“Stop shouting, Zara!” herdik Qaiser kuat. Bengang kerana Zara tidak berhenti menjerit macam orang gila.

Zara menjerit lagi. Sengaja menaikkan darah Qaiser.

“Oho..suka menjerit sangatkan?! I’ll make you stop shouting!” Qaiser menangkap kedua belah tangan Zara lalu dihenyak ke dinding.

Zara meronta..

Qaiser memaksa dan menciumi Zara dengan rakus dan kasar. Terus tiada jeritan lagi.

“You..psycho!” pekik Zara berang. Selepas bibirnya dilepaskan kasar oleh Qaiser.

Qaiser hanya tersenyum herot. Puas hati!

Sakit hati melihat senyuman sinis tersungging di bibir Qaiser membuatkan Zara meronta macam orang gila lagi. Zara nak lempang muka jantan tak guna ni! Yang hanya pandai menggunakan kekuasaannya sebagai lelaki menundukkan perempuan yang lemah. Sungguh, seorang pengecut!! Maki Zara dalam hatinya.

Zara meronta dan meronta..

Qaiser menahan Zara dari meronta dan tunduk mencium Zara dengan rakus sehinggakan Zara lemas dan tidak berdaya melawan.

“Stop shouting, Zara! Or..I’ll stand here kissing you all night!” ugut Qaiser. Tiada perasaan bersalah langsung memperlakukan Zara sesuka hati.

“Abang teruk gila! Such a jerk!” jerit Zara dah tak tertahan lagi. Qaiser langsung tidak menghormati dirinya.

Air mata yang mengalir di pipi Zara tidak dapat memancing simpati di hati batu Qaiser.


“Ini sikit je, Zara! Malam ni Zara taulah untung nasib Zara. Kalau Zara dengar cakap abang dari tadi. Kita takkan berakhir begini.”

Mendengar saja kata-kata Qaiser yang amat mencurigakan Zara bertindak lebih agresif untuk melepaskan dirinya. Sekali dia diheret masuk ke dalam kamar utama villa itu Zara takkan tahu apa untung nasibnya nanti? Zara meronta-ronta sekuat-kuat hatinya.

Qaiser dah malas nak melayan rontaan Zara terus mengangkat Zara dan membawa Zara masuk ke dalam kamar utama. Zara tidak dapat melepaskan dirinya lagi.

 
KEPALA Zara sakit sangat ketika dia bangun dari tidur. Badannya sakit, lemah dan lesu. Zara meraba pipinya yang masih melekat dengan air mata yang telah kering. Semalaman dia mengongoi kesedihan. Segalanya telah berakhir. Qaiser boleh bertepuk tangan sekarang dengan kemenangannya sebagai seorang lelaki durjana.

Walaupun kepalanya masih sakit kerana terlalu lama menangis namun digagahi juga untuk bangun. Pakaian yang bertaburan di atas lantai ingin dikutip dan dipakai kembali menutupi badannya. Zara tahu walaupun dia lengkap berpakaian dirinya masih seorang yang kotor dan tercemar. Zara terlalu bersedih bila mengenangnya. Air mata mengalir lagi.

Zara menarik rapat comforter dan ingin turun dari katil. Belum sempat kakinya jejak ke lantai lengannya ditarik. Zara menoleh.

“Kenapa menangis?” tanya Qaiser dengan wajah mendatar tanpa riak bersalah langsung.

Soalan apa tu? Zara betul-betul menyirap. Sebelum dia bertambah-tambah sakit hati baik dia keluar dari villa jahanam ni secepat mungkin. Tanpa mempedulikan Qaiser Zara cuba turun lagi dari katil.

“Nanti dulu!” kejap pegangan tangan Qaiser di pergelangan tangan Zara. Menyakitkan!

Zara cuba melepaskan tangannya.

“Nak menangis bagai ni, apa hal! Zara yang minta semua ni terjadi.”  Mudahnya berkata-kata. Tangan Zara dilepaskan begitu saja seperti membuang sampah lagaknya.

Pang!! Tamparan ketiga dari Zara singgah kuat di pipi Qaiser. Dia juga punya maruah.

“How dare you?!” Zara cukup melenting.

“Dare? Abang dah dapat Zara..ingat budak tu nak Zara ke selepas ini?” tersenyum sinis sambil merasa pipinya selepas ditampar oleh Zara. Kebas tapi berpuas hati sangat!

“Melampau!” Zara cuba menampar lagi tetapi dengan cepat Qaiser menangkap pergelangan tangan Zara.

“Whatever, Zara! Last night..I’m your first one. I’m sorry..that I don’t feel impressed with it that much. Zara kaku sangat! Tak ada feel!” sengaja menambah tahap sakit hati Zara ke skala ritcher gunung berapi meletup.

Zara terlalu marah sehinggakan dia tidak tahu nak berkata apa-apa lagi. Hanya jari telunjuknya diangkat dan dijatuhkan dengan keluhan berat. Zara terus turun dari katil dan mengutip pakaiannya satu persatu. Kemudian, ke bilik air dan bersiap pantas. Zara keluar lima minit selepas itu.

Menonong ke pintu tanpa menoleh dan berkata apa-apa dengan Qaiser. Dia harus pergi. Buat apa dia di sini lagi? Nasi sudah menjadi bubur.

“Where are you going?” Qaiser bingkas bangun dari katil.

 “Go away from you!” Zara melangkah laju ke pintu.

“I won’t let you go!” Qaiser tangkas menghalang selepas cepat-cepat membalut tubuhnya dengan tuala putih.

“Abang nak apa lagi? Zara dah tak ada apa lagi dah! Nak nyawa Zara ni? Baru puas hati abang? Kill me..if that can satisfied you!” Zara mengongoi menangis. Dia penat sangat dengan kerenah Qaiser. Tak tahu apa yang lelaki itu mahukan sebenarnya?

“Buatlah! Puaskan hati, abang! Kalau Zara ni tak layak untuk hidup dengan lelaki lain. Bunuh, Zara!” tangan Qaiser dicapai lalu dengan tangan Qaiser dia menampar wajahnya sendiri banyak kali dengan penuh geram dan sakit hati. Biar!

“Enough! Enough, Zara!” Qaiser terkejut sangat dengan tindakan Zara menyakiti dirinya sendiri dengan tangan lelakinya. Tangan ditarik pantas.

“Zara juga seorang manusia, abang! Bernafas..ada hati..ada perasaan sama macam abang. Tapi, kenapa abang tak pernah nak faham Zara. Abang hanya tahu menyakiti Zara dari dulu sehinggalah sekarang. Apa dosa Zara pada abang? Cakaplah abang! Apa salah Zara?” paksa Zara sambil memukul Qaiser. Zara dah macam orang sasau. Kepalanya terlalu sakit akibat terlalu banyak menangis dan tekanan perasaan yang dihadapi benar-benar membuatkan dirinya menjadi terlalu bingung.

Qaiser hanya diam.

Zara terus memukul, memaksa Qaiser berterus terang dengannya. Apa yang Qaiser tidak puas hati dengannya? Apa yang Qaiser nak sebenarnya?

Zara terduduk di lantai sambil menangis teresak-esak.

“Abang nak Zara putuskan hubungan Zara dengan budak itu saja! Tapi, Zara degil tak nak dengar! Kalau Zara dengar cakap abang..” kata-kata Qaiser mati di situ.

“Zara siapa buat abang? Kenapa nak sangat Zara putuskan hubungan dengan Daris? Abang cintakan Zara ke?” tanya Zara cuba memahami Qaiser. Cintakah lelaki itu kepadanya? Keliru sangat dengan sikap Qaiser.

“Tak! Abang pasti bukan kerana cinta. Zara terlalu mencabar abang! Semuanya kerana tidak mahu kalah!” jawapan kejam seorang lelaki.

Terlalu luluh perasaan Zara mendengarnya. Adakah hatinya, perasaannya, tubuh badannya hanya permainan bagi Qaiser?

Zara menangis semahunya..

PESANAN PENULIS:
Lariiiikkkkk..nak nyorok3..sori byk3..tau ramai yang xpuas hati..sabar2..this story hard to explain just follow the flow..er..aloo..jangan marah kat sy ye.. ( ^_^ )