Tuesday 15 May 2012


Bab 8: Di Penghujung Cintaku..Adelia


Enam tahun berlalu...


Di KLIA. Nik Pasha baru tiba dari Russia. Kepala dijengah mencari kelibat papa dan adik kesayangannya Nik Airil. Mama awal-awal lagi memberitahu tidak dapat menjemput dia. Nak masak kata mama. Nik Pasha berdiri. Ramai perempuan di KLIA yang lalu-lalang di hadapannya terpandang-pandang. Bukan 'ter' saja malah tanpa segan silu memandang terus ke arah Nik Pasha yang handsome. Nik Pasha telah berubah banyak semakin matang. Badannya semakin segak dan tough. Tinggi. Rambutnya di dandan ala korea. Side burn yang panjang dan rambut di hadapan yang menutupi dahi tetapi di belakangnya pendek. Gaya rambut Lee Min Ho di dalam City Hunter. Smart. Bisa mencairkan hati mana-mana perempuan yang melihatnya. Mata masih tercari-cari papa dan adiknya.


Kemudian dia tersenyum lebar ketika matanya terpandang wajah yang di cari. Papa masih tetap sama cuma kaler rambut dah berubah sikit dah ada kaler putih menghiasi rambutnya. Nik Airil lagilah banyak berubah. Wajah adiknya telah jauh berubah maklumlah dah berada di tingkatan lima. Misai pun dah ada sikit-sikit. Hehe..dah besar pun adikku.


Papa.” tangkas dua beranak itu berpeluk sakan. Kemudian diikuti dengan Nik Airil. Sambil bertepuk bahu buat seketika. Masing-masing dengan wajah ceria. Gembira.


Ehem..gembira sangat sampai lupa orang kat sebelah ye!” deheman seseorang membuatkan mereka bertiga memandang terus ke arah seorang gadis cantik yang tiba-tiba berdiri di sebelah Nik Pasha. Gadis itu tersenyum manis. Nik Pasha tersengih siap menggosok belakang kepalanya. Terlupa pula buah hati seorang ini.


Siapa ni?” soal Nik Airil cepat. Tidak sabar hendak tahu siapa gadis cantik di sebelah abangnya. Cantik macam Julia Zigler.


Ini Darwina my special girlfriend.” Darwina diperkenal oleh Nik Pasha kepada papa dan adiknya dengan senyuman tidak lekang di bibirnya. Papa dan Nik Airil saling memandang buat seketika. Nik Pasha sedar reaksi itu tapi dia buat bodoh saja. Nik Nazrin tidak mahu berlama-lama lagi di situ mereka seharusnya beredar. Isterinya sedang menunggu ketibaan anak sulungnya yang tersayang. Tapi..apalah reaksi isterinya nanti melihat Nik Pasha membawa perempuan lain?


Di dalam kereta Nik Pasha dan Darwina duduk di bahagian belakang. Manakala Nik Nazrin bertindak sebagai pemandu dan Nik Airil duduk di sebelah papanya. Nik Pasha perasan papa dan adiknya berubah riak wajahnya bila dia memperkenalkan Darwina sebagai special girlfriendnya. Nik Pasha tidak peduli. Kepulangan dia ke Malaysia setelah menghabiskan pengajiannya di luar negara ada banyak perkara yang perlu diselesaikan. Perkara pertama adalah menamatkan perhubungan tiada makna di antara dia dan perempuan yang malas betul dia hendak sebut nama. Perempuan yang terlalu dia benci. Hasrat untuk bercerai akan dia beritahu kepada mama dengan segera. Pasti! Huh..macam manalah perempuan itu sekarang? Mesti gemuk sakan. Nik Pasha membayangkan rupa Adelia yang gemuk. Jelik betul! Darwina melihat perubahan mimik muka Nik Pasha yang pelik.


Kenapa ni,you?” Darwina pelik melihat telatah kekasih hatinya. Darwina siap meletakkan tangannya pada pipi lelaki itu. Nik Pasha sekadar menggelengkan kepala dan tersengih. Perbuatan Darwina di lihat oleh papa Nik Pasha menerusi cermin pandang belakang. Nik Nazrin tidak menyukai situasi yang sedang berlaku kini. Kalaulah isterinya tidak terburu-buru mengahwinkan anak dan menantunya dulu perkara sebegini tidak akan berlaku. Kasihan Adelia.


Maria pandang Nik Pasha dan perempuan cantik di sebelah anaknya dengan pandangan lama. Dia tidak tahu hendak bereaksi bagaimana. Hendak mengamuk atau buat tidak tahu saja. Tapi hatinya berasa tidak puas hati dengan tingkah anak. Geram dengan anak yang masih belum menerima hakikat. Nik Pasha membalas pandangan mata mamanya dengan selamba. Dia tidak kisah kerana dia tahu mama tidak akan berkata apa-apa kerana dengan adanya Darwina di situ.


Mama nak ke dapur hidangkan makan tengahari. Darwina makan di sini ya!” ajak Maria separuh hati sebenarnya. Dia sedang menunggu menantu kesayangannya pulang sejak dari tadi tetapi Adelia masih juga belum muncul walaupun Nik Pasha sudah sampai. Risau pula dengan menantu tidak sampai-sampai lagi. Naik kereta atau motor Yaya ni? Lupa pula nak call menantunya tadi. Ada rasa kesal sikit bertandang di hati. Kaki di langkah ke dapur.


Nik Pasha pula mengekor mamanya sehingga ke dapur. Ada perkara penting hendak diberitahu kepada mamanya. Tidak sabar.


Mama,Pasha ada hal nak cakap dengan mama ni.” ujar Nik Pasha sambil menarik bangku tinggi dan duduk sambil tangan diletakkan ke atas breakfast table. Maria yang sedang mengacau minuman sejuk memandang ke arah anak lelakinya. Menunggu setiap butir bicara dari Nik Pasha. Maria macam tahu saja apa yang hendak Nik Pasha cakap ketika ini.


Pasha harap mama faham ya.” belum cakap perkara utama Nik Pasha menyuruh mamanya supaya memahami apa yang hendak diperkatakan nanti. Dia tahu mamanya tahu apa yang hendak dia cakap cuma secara officialnya belum terluah lagi.


Cakap sajalah Pasha.” Maria berasa nak hangin juga sekarang ni. Tapi dia cuba menyabarkan dirinya. Dia perlu ligat berfikir sekarang. Mencari jalan.


Pasha nak bercerai.” lega Nik Pasha dapat meluahkan rasa hati. Maria tajam memandang anak lelakinya. Nik Pasha sedia menerima segala kemungkinan yang akan dilakukan oleh mamanya ketika ini. Nak kena tampar? Tamparlah..Nak kena pukul? Pukullah..Dia tidak peduli. Bersedia..


Okay.” jawab Maria ringkas bersetuju. Nik Pasha pula terkesima. Macam tidak percaya dengan jawapan ringkas mamanya. Benarkah? Begitu mudah?


Okay,mama?” Nik Pasha menyoal tidak percaya. Ingatkan nanti dia akan di hamun habis-habisan oleh mamanya tetapi tidak pula.


Okaylah.” jawab Maria siap senyum lagi. Nantilah Pasha. Jangan menyesal pula nanti. Maria sekadar berkata di dalam hati.


Thanks ma! Pasha tahu mama memahami.” gembira hati bukan kepalang. Maria pula sekadar senyum. Buat masa sekarang ikutkan rentak anaknya dulu. Lagipun anaknya baru saja pulang dari luar negara. Rindunya baru nak terubat. Kalau dia bertindak terburu-buru. Tidak mustahil dia akan kehilangan anak lelakinya. Dia tidak mahu itu terjadi. Dia harus bijak mencari solusi untuk menangani masalah di antara anak dan menantunya. Mencari jalan supaya mereka bersama. Satu strategi.


Tapi Pasha bukan sekarang. Tunggu ayah Yaya balik dari Australia dulu ye. Nanti kita bincang sama-sama. Tinggal lagi 6 bulan ayah Yaya nak balik. Pasha boleh bersabar tak?” tanya Maria lembut. Dia harus lengah-lengahkan perceraian itu dulu baru fikirkan strategi menyatukan mereka berdua. Kebetulan pula Helmi akan balik ke Malaysia 6 bulan dari sekarang. Dah penat katanya asyik bekerja di negara orang.


Kenapa tak sekarang? Sama juga bercerai sekarang dan 6 bulan lagi. Tak ada beza!” protes Nik Pasha. Dia balik ke Malaysia tujuannya satu bercerai dan teruskan kehidupan.


Kita kena pulangkan Yaya baik-baik pada orang tuanya Pasha. Kita orang melayu ada budi bahasa, ada adat kita harus ikuti. Bercerai bukan perkara mudah. Kita perlu duduk dan bincang. Faham..” ujar Maria dengan lembut supaya Nik Pasha memahami apa yang dia perkatakan. Nik Pasha termenung seketika. Berfikir tentang kata-kata mama. Betul juga! Enam tahun aku boleh tunggu inikan enam bulan. Tiada perbezaan pun. Hatinya masih sama tetap membenci dengan perempuan itu. Nik Pasha yakin terlalu yakin.


Okay,mama! Pasha setuju tapi mama kena cakap dengan perempuan tu Pasha dah ada Darwina. Pasha betul-betul sayang Darwina. Harap mama faham.” kata Nik Pasha. Berharap mama menerima Darwina.


Apa mama boleh buat Pasha. Hati Pasha bukan hati mama nak paksa-paksa. Mama faham.” lemah suara Maria agak terasa dengan kata-kata anaknya. Kenapa susah sangat anaknya itu hendak menerima Adelia. Tiada cacat cela menantunya itu malah kini dah bertambah cantik. Sebenarnya terlalu cantik. Maria saban hari risau jika Adelia terpaut hati dengan lelaki lain. Mana tidaknya menantunya itu sentiasa menjadi perhatian lelaki. Nik Pasha betul-betul menolak tuah.


Thanks ma! Sayang....mama sangat-sangat.” Nik Pasha senyum. Lega permintaannya dapat diterima oleh mama. Selesai satu perkara.


Sayang sangat konon tapi tak pernah sekali pun balik rumah sepanjang belajar kat oversea. Nasib ada Yaya temankan mama kat sini. Nak harapkan Aril duduk di hostel pula.” rajuk Maria dengan anak lelakinya itu yang tidak pernah sekali pun pulang setelah melanjutkan pelajaran di luar negara. Ada saja alasan. Ada program universitilah. Nak bekerja part timelah. Nak travel dengan kawan-kawanlah. Tapi..Maria tahu itu cuma alasan Nik Pasha kerana tidak mahu berjumpa dengan Adelia. Tidak tahan menanggung rindu sudahnya dia dan suami yang pergi menemui Nik Pasha di sana.


Mama,Pashakan dah balik. Tak payah nak harapkan orang lain lagi.” Nik Pasha dah jemu asyik di jamu dengan nama perempuan yang tidak disukai itu. Sudah-sudahlah mama. Naik bosan Nik Pasha dibuatnya.


Kalau Yaya bukan menantu mama lagi dia tetap anak perempuan mama forever. Pasha harus terima tu.” bercerai bukan penghalang kasih sayangnya pada Adelia.


Suka hati mamalah. Janji Pasha tak ada kena mengena dengan perempuan tu sudah.” balas Nik Pasha bersahaja. Boring bercerita tentang perempuan itu sejak dari tadi. Topik lain tak ada ke? Pasal Darwina mama langsung tak tanya apa pun. Kecil hati Nik Pasha dengan ibunya. Nanti-nantilah biar mama sejuk dahulu baru berbincang serius tentang Darwina.


Eh,lambat betul Yaya ni. Selalu tak adalah macam ni.” baru teringat Adelia yang masih belum sampai lagi. Risau di hati bertandang dengan tiba-tiba. Jarang Adelia lambat bila berjanji. Mungkin ada hal kot! Nik Pasha mencebik melihat mamanya begitu risau dengan perempuan yang buat dia muak hendak menyebut namanya. Tiba-tiba Nik Airil datang ke dapur dengan wajah tersengih-sengih.


Dak Akak call Aril tadi cakap lambat sikit. Kereta Dak Akak service ingat cepat siap tapi lambat pulak kena tukar alat ganti baru. Last sekali Dak akak cakap nak balik naik motor je.” beritahu Nik Airil tentang Adelia yang lambat sampai. Percakapan Nik Airil yang memanggil Adelia Dak Akak nampak begitu mesra. Meluat pula Nik Pasha dengan pengaruh Adelia yang begitu kuat di dalam rumah itu.


Oh,ye ke?! Risau betul mama dengan Dak Akak kenapa tak sampai-sampai lagi. Pergi service kereta rupanya.” Maria lega mendengar kata-kata Nik Airil. Siapa tak sayang menantu yang dianggap macam anak perempuan sendiri.














No comments:

Post a Comment