Tuesday 15 May 2012


BAB 4:  Di Penghujung Cintaku..Adelia

Eh,Yaya! Balik dengan siapa pula tu?” Auntie Maria menyelak langsir dari dalam rumah apabila mendengar bunyi deruman kereta di hadapan rumahnya. Nik Pasha yang sedang menonton televisyen memandang mamanya. Nik Pasha tidak sabar menunggu info dari mamanya yang masih memerhati Adelia di luar rumah dengan entah siapa. Nik Pasha dalam diam berminat juga hendak tahu. Maria mengecilkan matanya untuk melihat siapa yang menghantar Adelia pulang dari tuisyen. Dari jauh Maria melihat seorang lelaki muda yang berumur lebih kurang 25 tahun mungkin lebih umurnya Maria cuma mengagak. Handsome juga orangnya macam ada iras-iras Remy Ishak hero drama Nur Kasih. Berbual mesra dengan Adelia sebelum Adelia masuk ke dalam rumah. Maria kurang senang melihat keakraban Adelia dengan lelaki itu. Risau impiannya untuk menyatukan Nik Pasha dan Adelia tidak kesampaian. Harapannya tinggi.


Ada lelaki hantar Yaya pulang. Handsome jugak orangnya,ada iras-iras Remy Ishak.”ujar Maria. Nik Pasha dan Nik Airil yang berada di situ mendengar kata-kata mama mereka. Airil yang lincah cepat-cepat pergi ke tempat mamanya berdiri dan terus menyelak langsir.


Haahlah..macam Remy.” jerit Airil. Nik Pasha agak tersentak. Hippo macam itu pun ada lelaki yang berkenan. Buta apa?!! Cemuh Nik Pasha. Tak puas hati.


Shh..Yaya datang!” cepat -cepat Maria dan Airil meluru ke arah sofa dan duduk. Berlagak seperti biasa. Adelia masuk dan duduk di sofa. Dia tersenyum memandang Auntie Maria yang pada pandangannya kelihatan aneh sedikit. Ada hal apa agaknya? Pelik je aku tengok mereka semua ini.


Ada apa,Auntie?” soal Adelia bila semua orang memandangnya dengan semacam.


Siapa hantar Yaya tadi?” soal Maria pula tanpa menjawab soalan Adelia. Maria curious hendak tahu. Teman lelaki Yayakah? Tidak pula Adelia bercerita sebelum ini.


Oh,yang tu Cikgu Syam guru tuisyen Yaya. Dia ajar add math. Baik orangnya auntie,selalu tolong Yaya.”jelas Adelia. Wajahnya berseri-seri bila bercerita tentang guru tuisyen itu. Riak wajah Adelia membuatkan Nik Pasha tidak senang hati. Tergugat.


Dah tentu kena tolong namanya dah guru tuisyen.” kata Nik Pasha sinis. Adelia cuma mencemik mendengar kata Nik Pasha.


Yeah..you're right! Yaya naik dulu auntie. Nak mandi.” Adelia meluat dengan perangai setan gondol yang tidak habis-habis menyakitkan hatinya. Adelia cuma pandang Nik Pasha sekilas sebelum dia menapak ke tingkat atas. Malas hendak melayan. Dia seboleh-bolehnya mahu mengelak dari bertembung dengan Nik Pasha sejak dari kejadian di kamar tidurnya. Adelia tidak mahu dirinya dicop terhegeh-hegeh pula. Tak kuasa.


Pasha,boleh tak berlembut dengan Yaya. Buka mata Pasha tu. Yaya ada kelebihannya sendiri. Jangan tolak permata yang dah ada di hadapan mata Pasha.” nasihat Maria bila melihat anak lelaki bujangnya tidak habis-habis menyakat dan menyakiti hati Adelia menantu pilihan.


Apa mama ni! Tak habis-habis nak promote hippo tu kat Pasha. Pasha tak sukalah mama. Tak berkenan. Bukan taste Pashalangsung.” balas Nik Pasha. Dia yakin yang dia langsung tidak menyukai budak gedempol itu. Bulat macam kuih donat. Sorry..


Sooner or later you will know Pasha! Jangan time tu Pasha menyesal sudah bila Yaya berpaling pada yang lain. Hati perempuan sekali di sakiti susah hendak dilupa.” Maria menepuk bahu Nik Pasha sebelum beredar. Nik Pasha terdiam.

Adelia termenung di jendela biliknya memandang keluar. Hisyam, guru Add Mathnya yang handsome terlintas di fikiran. Lelaki itu baik orangnya,selalu menolongnya di dalam pelajaran add math dengan sabar walaupun dia begitu payah hendak faham. Adelia tercuit hati juga dengan gurunya itu tetapi tidaklah sampai terjatuh hati. Adelia tahu tahapnya sampai mana. Tidak sesuai untuk bercinta pada saat genting seperti sekarang. SPM sudah semakin hampir. Ayah nampaknya berharapan tinggi supaya dia lulus yang membolehkan Adelia melayakkan dirinya ke menara gading. Jadi,harapan ayah tidak akan di sia-siakan. Guru add math itu juga tidak mungkin suka akan dirinya. Tetapi,perhatian guru muda itu selalu tertumpu pada dirinya mungkin pasal aku slow sangat nak faham kut. Ah..jangan perasanlah! Adelia menyedapkan hati.


Nik Pasha juga sedang termenung juga di jendela. Kata-kata mamanya terngiang-ngiang di telinga. Hari-hari telinganya asyik di sogok dengan nama Adelia. Mama tidak pernah bosan supaya dia selalu merapatkan dirinya dengan budak poyo itu. Masalahnya dia tidak suka dan tidak berkenan langsung dengan hippo gedempol itu. Bukan citarasanya. Jauh sekali. Akhir-akhir ini, hatinya selalu membuat perkara bertentangan dengan dirinya. Perkara yang paling dia tidak percaya boleh pula dia dengan selamba memeluk budak hippo itu, pada hal dia tahu hippo tidak sengaja terpeluk dirinya dan dia pula dengan sengaja memeluk hippo. Dan,yang paling dia pelik hippo dah tak macam hippo lagi. Macam..dah kurus sedikit agaknya. Stress hendak SPM barangkali sampai kurus jadinya tapi Nik Pasha yakin habis SPM hippo akan kembali gedempol lagi. Iyelah..dah lalu makan SPM sudah selesai. Sekejap je tu. Tak habis-habis Nik Pasha mengutuk di dalam hati.


Tiga hari lagi SPM akan ditempuhinya seakan medan peperangan yang dahsyat yang terpaksa di lalui. Adelia dan Nik Pasha kelihatan serius menelaah dan mencari soalan spot SPM yang mungkin bakal keluar. Adelia masih berusaha walaupun tahap mindanya perlahan tetapi dia cukup berusaha. Nik Pasha pula ternyata pelajar yang bijak cuma perlu mencari soalan spot yang dia telah diagak akan keluar. Dia pelajar kesayangan guru di sekolah kerana kepintaran otaknya. Sentiasa berada di tempat yang pertama tidak kira pelajaran atau pun sukan. Seimbang.


Hello,cikgu! Saya tengah jawab soalan add math ni. Tapi,pening la cikgu. Ada yang tak faham.”rungut Adelia sebaik saja menerima panggilan telefon dari Cikgu Hisyam. Guru muda itu tergelak mendengar rungutan Adelia. Gadis comel itu selalu mencuit hati lelakinya.


Apa yang tak faham ni,Adel?” soal Hisyam mesra.


Pakai formula yang di beri pun Adel tak dapat nak jawab. Susahlah.”rengek Adelia. Hisyam tergelak lagi.


Susah ye! Nak cikgu pergi rumah Adel tak? Nanti cikgu boleh ajar soalan yang Adel tak tahu.” tawar Hisyam. Sebenarnya dia teringin hendak bertemu Adelia. Sudah agak lama tidak berjumpa Adelia. Rindu pula rasanya.


Datang sini?!! Nak! Nak! Cikgu datang sekarang ye. Nanti Adel beritahu Auntie Maria cikgu nak datang.” Gembira hati Adelia mendengar Cikgu Hisyam hendak datang ke rumah.


Tunggu cikgu datang tau. Okay,cikgu nak siap-siap ni.”


Okay,cikgu! Adel tunggu.” segera talian di tamatkan dan dengan tangkas dia melompat bangun. Hati gembira bukan kepalang.

Adelia berlari turun ke bawah pergi mendapatkan Auntie Maria yang sibuk mengadun kek coklat di dapur.


Auntie,nanti Cikgu Hisyam nak datang. Dia nak tolong Yaya study.”ujar Adelia agak tercungap-cungap. Maria agak terpaku. Adelia dan guru muda itu kelihatan agak rapat sekarang. Perkara yang kurang menyenangkan bagi Maria. Dia perlu lakukan sesuatu supaya Nik Pasha dan Adelia harus disatukan. Nik Pasha pun satu. Anak sulung lelakinya itu sebenarnya telah terpaut hati pada Adelia tetapi berdegil tidak mahu mengakuinya. Naluri ibu kuat mengatakan Nik Pasha sebenarnya sudah terpikat dengan Adelia. Dalam pelajaran Nik Pasha sentiasa mendahului semua rakan sebayanya tetapi soal hati terlalu ke belakang. Maria mengeluh.


Eh,auntie buat kek coklat ya! Bestnya,boleh makan dengan Cikgu Syam nanti. Bolehkan,auntie?” ujar Adelia ceria. Tidak sabar menunggu cikgu pujaannya datang. Lelaki satu-satunya yang melihat dirinya.


Apa kecoh-kecoh ni?” muncul makhluk Tuhan yang paling Adelia alergik. Nik Pasha tiba-tiba muncul di dapur. Adelia menyampah betul. Dia patut beredar dengan cepat sebelum si mulut puaka itu membuka mulut yang bisa menyakiti hatinya lagi. Dia dah tak sanggup. Dan yang pasti Adelia sebolehnya mahu mengelak dari Nik Pasha. Nanti dikata tersua-sua pula.


Cikgu tuisyen Yaya nak datang kejap lagi.”beritahu Maria. Wajah anak lelakinya di tilik dalam-dalam. Riak wajah Nik Pasha agak berubah sedikit tetapi di tahan agar tidak kelihatan yang dia berasa kurang senang bila mendengar omongan ibunya. Naluri ibunya tidak silap menilai. Tahu pula jealous! Hai..


Oh,ingat siapa nak datang tadi. Kalau Fasha Sandha yang datang kecoh tak apalah juga.” cemuh Nik Pasha seperti selalu. Adelia yang dapat mengagak persepsi Nik Pasha sekadar mencebik. Dengkilah tu. Ingat kau seorang lelaki di dalam dunia ini. Ada lagilah lelaki, malah cukup sempurna. Macam Remy Ishak lagi. Teringat kembali kata-kata Nik Pasha yang bersungguh menyuruh dia supaya jangan sukakan dirinya dan jangan jatuh hati padanya. Geram bila teringat balik kata-kata lelaki itu. Berlagak betul.


Klon Remy Ishak yang datang,okay what?”seloroh Maria. Sengaja dia berlawak melihat situasi agak tegang kala itu.


Poyo je! Remy Ishak konon.” cemuh Nik Pasha lagi. Perasaannya berasa semacam. Hatinya berdetak tidak mengikut rhythm yang sepatutnya. Gusar.


Aku lupa yang kau ni kan Mr Perfect. Boring!” Adelia mencebik dengan wajah yang dibuat-buat poyo. Mengejek Nik Pasha yang selalu berlagak dialah hebat dan bagus di dalam dunia ini.


Okay,what! Dari jadi macam kau LOSER!!!” Nik Pasha membalas sambil jarinya di buat L. Perkataan looser di tekan supaya Adelia bengang gila dengannya. Nik Pasha mengulang perkataan looser itu berkali-kali. Mengejek Adelia dengan muka dibuat berbagai ragam.


Shut up!!” jerit Adelia bengang. Terlalu bengang. Tadi ingat hendak menjauhkan diri secepat mungkin tetapi pantas benar Nik Pasha memulakan langkah menyakiti hatinya.


You..still LOSER!!!” balas Nik Pasha hampir menjerit juga. Keadaan menjadi tidak terkawal. Adelia geram tahap gaban. Tahap kesabarannya menipis. Adunan kek Auntie Maria yang berada di atas meja di ambil. Dengan cepat dia meluru ke arah Nik Pasha. Serentak adunan kek yang berada di dalam loyang pembakar di humban ke muka Nik Pasha. Habis muka Nik Pasha terkena adunan kek coklat ibunya. Maria terkejut besar dengan tindakan Adelia. Mulutnya ternganga. Adelia pula tersangat berpuas hati dapat melakukan perkara tersebut.


Nik Pasha terkesima tetapi tidak lama. Tepung kek yang berada di atas meja di ambil dan dengan pantas di baling ke arah Adelia. Tepat ke muka Adelia. Dah jadi tepung gomak muka Adelia ketika itu. Adelia bertambah geram. Sepapan telur yang berada di atas meja di ambil dengan pantas. Peperangan tidak dapat di elakkan. Maria tidak dapat berbuat apa-apa. Sekadar memerhati mereka berdua yang bertindak di luar kawalan. Alamak! Macam mana
hendak menahan mereka berkelakuan seperti orang hendak berperang ini. Maria buntu.


Jaga kau,Pasha! Kau rasa telur ni pulak!” serentak itu telur di baling ke arah Nik Pasha. Pap! Tepat ke muka. Bau hanyir telur meloyakan tekak Nik Pasha. Dia berlari keluar. Adelia mengikuti Nik Pasha dari belakang. Sebiji telur lagi hinggap di belakang kepala Nik Pasha. Lelaki itu kelam kabut melarikan diri. Adelia lagi galak membaling telur ke arah Nik Pasha. Pap! Pap!


Nak perang pergi keluar rumah.” jerit Maria bimbang rumahnya berantakan dengan peperangan mereka berdua. Biarlah mana tahu mula-mula berperang nanti bercinta pula. Mungkin itu cara mereka berkomunikasi. Terima sajalah. Maria berfikiran positif. Nampak lucu juga mereka berdua itu. Comel. Tapi yang parah nanti bibiklah yang kena mengemas.


Waduh! Waduh! Bisa terbalik rumah ini ibu.” Bibik menepuk dahi berkali-kali pening melihat sekitar rumah yang berantakan. Maria cuma tersenyum sambil menjungkit bahu. Bibik dah berlari mendapatkan mop di dapur. Ini anak-anak bikin ribut saja! Omel Bibik geram.


Mereka berlari sampai ke halaman rumah. Adelia mengejar Nik Pasha sambil membaling telur. Nik Pasha berlari sambil menyorok di belakang pokok mangga di hadapan rumahnya. Tidak boleh jadi ni asyik aku yang kena sejak dari tadi. Nik Pasha mencari akal. Sambil itu dia terpandang hos paip air di tepi dinding rumah. Dengan lagak seperti tentera yang tidak mahu terkena bidikan peluru di medan perang. Nik Pasha merangkak seperti ada kawat duri di belakang badannya meluru ke arah hos paip air. Dramatis betul lagaknya. Apabila tangannya dapat mencapai hos paip air dengan geram dia membuka air dan menghala ke arah Adelia. Hos paip air itu di tekan supaya dapat mengeluarkan air yang kuat menyembur badan Adelia. Terjerit-jerit gadis itu menahan dirinya di sembur air. Habis basah seluruh badan. Adelia semakin geram dia cuba mendapatkan Nik Pasha dan cuba merampas hos paip air di tangan Nik Pasha. Mereka berebut sambil berguling-guling cuba merampas hos paip air. Nik Pasha menolak badan Adelia yang berusaha mendapatkan hos paip air di tangannya. Air di sembur ke muka Adelia. Hampir kelemasan Adelia dengan semburan air di mukanya. Terbatuk-batuk Adelia tertelan air paip. Mau sakit perut terminum air tak masak. Adelia tidak mahu mengalah dia bangun dan bertindak melompat ke arah Nik Pasha sambil memegang tangan Nik Pasha yang memegang hos paip air. Tindakan Adelia menyebabkan Nik Pasha jatuh terlentang dan Adelia sedang berada di atas badannya. Wajah mereka hampir. Tangan Adelia masih berusaha merampas hos paip air di tangan Nik Pasha. Mereka berdua terlalu sibuk berebutkan hos paip air sampai terlupa dengan keadaan mereka yang extreme. Maria yang melihat dari beranda rumah terkekeh-kekeh ketawa. Ditangannya ada kamera video. Setiap perlakuan mereka berdua dirakam. Lucu betul mereka berdua. Comel.
Tak marah pula melihat aksi terlampau budak-budak itu. Tak apa nanti-nanti halal juga.


Lepas! Cepat lepas! Nanti aku cium kau baru tahu.” ugut Nik Pasha masih tidak mahu melepaskan hos paip air. Sorry la kalau nak aku mengalah. Satu badan dah bau telur ni. Jangan harap nak rebut dari aku. Dia pegang kuat.


Tak nak! Nak kena sepak dengan aku cubalah.” masih berusaha merampas hos paip air di tangan Nik Pasha. Aku pun tak nak mengalah la. Sorry..Siap nak ugut bagai. Tak lut ugutan kau tu la. Cubalah kalau nak tengok aku mengamuk macam orang gila.


“Kau ni degil betullah!” Nik Pasha nekad mereka berdua perlu berhenti berebut benda bodoh ini. Nik Pasha melepaskan hos paip air itu dengan tiba-tiba menyebabkan Adelia jatuh berdebuk di atas dada Nik Pasha dengan tangannya yang memegang hos paip air di atas kepala Nik Pasha. Betul-betul bersusun sudu kedudukan mereka. Wajah mereka berdua dengan tidak sengaja bersentuhan. Bibir Adelia bertemu hujung bibir Nik Pasha walaupun sentuhan sedikit di bibir tetapi consider seperti bercium. Malah bibir Adelia melekap penuh di pipi Nik Pasha. Apalagi,bulat betul mata Adelia memandang mata Nik Pasha. Seperti drama korea yang selalu di tontonnya di televisyen. Sesaat pipi Adelia blushing gila-gila punya. Malu toksah kiralah.


Nick pula lagilah terkejut tidak pernah seumur hidup dia bercium hari ini sejarah terlakar. First kiss sepatutnya berlaku dengan perempuan yang dia cintai, yang menjadi isterinya yang sah tetapi dengan hippo poyo ini pula. Aduh..Bingai betullah hippo ni.


Weh,yang sepatutnya kena sepak kaulah. Suka hati cium aku!” marah Nik Pasha. Tanpa diduga oleh Adelia serentak itu Nik Pasha menyepak punggung Adelia. Tak kuat tapi berkali-kali Nik Pasha menyepak punggung dan kaki Adelia. Asal boleh Nik Pasha terus menyepak. Adelia menjerit sambil melindungi punggungnya dari terkena sepakan.


Sudahlah tu! Sakitlah!” jerit Adelia. Mencicit Adelia melarikan diri. Nik Pasha tidak peduli dengan jeritan Adelia. Masih mengejar. Semput Adelia asyik berlari macam nak masuk lumba lari,lompat pagar gaya mereka berdua berkejaran.


Aku tak kira! Sapa suruh kau cium aku. Suka hati kau je. Gatal boleh tahan jugak kau ni hippo! Tak padan dengan hippo!” Nik Pasha menuduh. Adelia berhenti melarikan diri. Ini sudah lebih. Adelia bercekak pinggang.


Weh,ingat aku hadap sangat nak cium kau ke?!! Yang kau lepaskan hos air tiba-tiba tu kenapa? Mana tak tercampak aku kat kau.” ingat aku suka sangat dapat bercium dengan dia agaknya. Nanti aku gosok gigi kuat-kuat biar hilang kesan ciuman yang masih dapat dirasakan melekat dibibirnya. Wekk!! Adelia mencebik geram. Pandangan mata Nik Pasha di tentang berani. Ingat aku takut! Adelia masih bercekak pinggang. Nik Pasha tetapkan pandangannya pada Adelia. Mereka berdua bertentangan mata dengan wajah bengis. Masing-masing tidak mahu mengalah.


Ketawa mama di beranda begitu kuat sekali kedengaran menyebabkan mereka berdua mengalih pandangan serentak ke arah wanita ayu yang sedang ketawa terbahak-bahak. Di tangan mamanya ada kamera video dan sudah pasti peristiwa tadi dapat di rakam dengan jelas. Oh my god! Mereka berdua serentak menepuk dahi bersama. Habis! Mereka serentak memandang antara satu sama lain. Mereka tahu video itu pasti menjadi bahan tontonan mereka nanti. Mungkin diulang-ulang berkali-kali siap wajib paksa tengok bersama di waktu lapang mereka sekeluarga nanti. Harus. Apa yang mama fikir mereka sudah dapat meneka. Jangan mama buat haru upload dalam blog dia sudah. Mama bukan boleh percaya. Hantu tenet pun boleh tahan juga. Sempat Nik Pasha mengutuk mamanya. Aduhai..mama..


Ehem..” kedengaran batuk yang dibuat-buat dari belakang mereka. Mereka berdua serentak berpaling pada empunya suara. Tercegat badan sasa Cikgu Hisham yang klon Remy Ishak. Machonya siap pakai jaket kulit warna hitam. Sudah tentu cikgunya itu datang dengan motosikal Ducatinya. Teringat Remy Ishak pun kegemarannya juga motosikal berkuasa besar. Cair Adelia dibuatnya. Hm..Adelia senyum manis pada Cikgu Hisyam yang macho. Sesaat bila teringat keadaan diri yang serabai dan lintang-pukang. Adelia pantas menyorok di belakang Nik Pasha. Habis aku punya keayuan di hadapan cikgu kesukaannya.


Hisyam tergelak besar melihat Adelia lari bersembunyi di balik seorang lelaki. Siapa ya? Persoalan timbul. Hati agak tergugat dengan kemesraan Adelia dengan lelaki itu. Siap berlari-lari dan berkejaran macam filem hindustan. Apa pasal? Tanda soal besar dalam kepala Hisyam kini.


Kehadiran Hisyam pada petang itu membuatkan Nik Pasha berasakan sesuatu tetapi dia tidak tahu apa. Yang pasti dia tidak suka. Apa mamat ni datang rumah aku ni? Menyibuk je!


Aku blah! Kau selamat kali ni. Lain kali jangan harap.” siap mengugut Adelia dan sempat pula tangannya menunjal dahi Adelia beberapa kali. Adelia mengelak rimas dan sempat menjelirkan lidahnya. Nik Pasha menjegilkan matanya. Hisyam pula tersengih melihat telatah mereka berdua. Bergaduh ke? Tapi..nampak mesra melampau je aku tengok. Gaduh-gaduh manja kot. Hisyam menghulurkan tangan untuk bersalam sebelum Nik Pasha memulakan langkah.


Saya Hisyam cikgu tuisyen Adel.” tangan masih di hulur kepada Nik Pasha. Mata Nik Pasha memandang Hisyam atas dan bawah dengan muka ketat. Adelia geram melihat Nik Pasha yang selalu nak berlagak. Tak patut betul badigol ni. Sambut sajalah salam cikgu aku tu! Rasa nak menjerit Adelia pada Nik Pasha. Hisyam masih tersenyum dengan tangan masih setia dihulur. Dah datang rumah orang kenalah jaga budi bahasa. Tapi..mamat ni nak kerek pula dengan aku. Kalau tak difikir ini rumahnya mahu dihentak kepala budak sombong ini supaya tahu berbudi bahasa. Tak rugi pun budi bahasakan budaya kita sebagai rakyat Malaysia. Eceh..macam iklanlah pula.


Tangan aku kotor berbau 'telur' nanti bau pulak tangan kau.” jelas Nik pasha siap menekan perkataan telur sambil menjeling Adelia. Geram..habis satu badan bau busuk dengan bau telur. Sebenarnya dia langsung tiada hati dan malas hendak bersalam dengan cikgu klon Remy Ishak di hadapannya. Tak hingin aku! Hisyam menurunkan tangan sambil tersenyum. Alah..bukan aku tak boleh basuh tangan aku ni lepas bersalam. Lantak kaulah kalau tak mahu bersalam. Aku tak kisah sikit pun. Hisyam senyum lagi konon memahami keadaan Nik Pasha. Adelia senyum cair melihat ketampanan cikgu kesukaannya. Gentleman macam ni lah yang membuat aku terasa nak terjatuh hati ni. Tepat matanya melihat Hisyam. Nik Pasha perasan mata Adelia melekat kuat pada cikgu perasan hensem ni. Poyo betul hippo gedempol ni! Pantang nampak mamat hensem macam perempuan gedik pula aku tengok. Nik Pasha meluat gila melihat perangai gedik Adelia dikala itu.


Aku masuk dulu. Layanlah budak OKU ni baik-baik. Lembap tak boleh nak diajar langsung.” sempat Nik Pasha mengutuk Adelia sebelum berlalu ke dalam rumah. Rasa nak termuntah dengan perangai Adelia yang tergedik-gedik dengan cikgu kesayangannya itu. Loya tekak aku! Alah.. setakat klon Remy Ishak apalah sangat. Aku ni macam pelakon korea Lee Min Ho lagi hensem dan hot kot. Ada aku kisah! Boleh pula Nik Pasha memuji dirinya sendiri. Adelia bengang dengan 'statement' Nik Pasha memanggilnya OKU lembap. Siap dihentak kaki kerana geram melampau. Kehadiran Hisyam tidak di hirau geram sangat dengan mulut longkang Nik Pasha. Habis semua santun aku terbang. Ini Nik Pasha punya pasal. Adelia bercekak pinggang masih tak berpuas hati dengan Nik Pasha. Hisyam tergelak. Apa kenalah dengan mereka berdua? Dahsyat betul bergaduh.


Hisyam dan Adelia duduk di bangku kayu mengadap air terjun buatan yang cantik. Debur air yang jatuh dan mengalir ke dalam kolam yang di penuhi ikan kap dan beberapa spesies ikan yang lain menenangkan jiwa. Hisyam tersenyum melihat Adelia yang comot tetapi comel di sisinya. Sempat matanya meneliti Adelia dari sisi. Bau telur menerpa hidungnya. Busuk. Tetapi Hisyam cuba bertahan nanti Adelia terasa pula. Hendak tergelak pun ada melihat Adelia comot tak hengat ini. Apa yang digaduhkan sangat sampai comot gila semacam ini. Hisyam tertanya-tanya. Budak lelaki tadi bukan main sombong dan kerek pula tu. Mungkin pasal perangai budak lelaki itu yang membuatkan mereka bergaduh kut. Hisyam cuba serkap jarang. Aku pun rasa hendak menghentak pun ada tadi bila melihat perangai budak lelaki itu yang sombong tak bertempat. Sudah dihulur tangan hendak bersalam boleh pula sekadar memandang siap pandang aku atas dan bawah. Semacam ada yang tidak berpuas hati pula. Aku ada rampas buah hati diakah? Yang hendak kerek dengan aku.


Apa yang korang buat tadi? Nampak kecoh aje.” tanya Hisyam ingin tahu. Keadaan Adelia yang comot dan kebasahan menjadi tanda tanya kuat di kepala. Harus tahu ni.


Kita orang main perang-perang!” Adelia tersengih dengan wajah lucu.


Perang?!!” macam tidak percaya Hisyam mendengarnya.


Haah,famili kita orang memang macam ni. Main perang-perang. Baling tepung gandum. Baling telur. Siram air. Happy family!” kelentong Adelia sambil tersengih menampakkan giginya yang putih bersih. Takkan hendak bercerita perkara yang sebenar pula. Malulah!Sambil itu dia berusaha menguis kulit telur yang melekat kuat dirambutnya. Ish..susah betul nak tanggal. Bau badan pun semacam. Duduk pula dekat-dekat dengan Cikgu Hisyam. Alamak! Habis aku punya control cun wanita melayu terakhir. Hish..ini kau punya pasal Nik Pasha. Adelia menggigit bibir geram. Asal ingat Nik Pasha dia geram. Bila geram ingat Nik Pasha. Sinonim.


Auntie Adel tak mengamuk? Habis satu rumah bersepah.” tanya Hisyam. Kalau ibunya sudah pasti satu rumah bergegar dengan jeritan. Teringat pula pada ibunya. Balik nanti aku telefon sebentar untuk melepaskan rindu yang datang dengan tiba-tiba. Hisyam senyum.


Mengamuk?!” Adelia ketawa. Auntie Maria begitu sporting orangnya. Siap ketawa terbahak-bahak lagi tadi. Yang tak bestnya Auntie Maria sempat merakamkan aksi terlampau mereka tadi. Selepas ini Auntie Maria ada point kuat nak mengenakan mereka berdua. Nanti tidak habis-habis dia menjadi bahan usikan Auntie Maria bila mereka bersama satu keluarga. Oh..tidak..


Taklah,siap ketawakan kita orang tadi lagi ada la. Auntie sporting orangnya.” beritahu Adelia siap tersengih. Hm..macam mana hendak delete video terlampau mereka agaknya? Harus delete. Ahh..Auntie tak patut. Adelia masih tidak dapat nak fokus dengan kehadiran cikgu muda di sisinya kini. Mana nak fokus asyik duk teringat ciuman Nik Pasha sedari tadi. Apa?! Sebenarnya aku yang cium dialah. Adoii..lupakan cepat! Lupakan cepat!


Bagusnya,sporting!” Hisyam senyum. Rambut Adelia basah sehinggakan air bertitik-titik menitis. Adelia meramas-ramas rambutnya supaya kering. Hisyam dengan senang hati menolong Adelia dengan mengelap wajah Adelia yang comot dengan lumpur dengan sapu tangannya. Perbuatan Hisyam yang 'caring' sempat di lihat oleh Nik Pasha dari jendela kaca biliknya di tingkat atas. Nik Pasha sedang mengintai mereka berdua sedari tadi lagi. Nik Pasha mengetap bibirnya tanpa di sedari. Bagi Adelia pula perbuatan Cikgu Hisyam padanya 'sweet' sekali. Terbuai dengan kebaikan dan sikap gentleman Cikgu Hisyam. Hilang sebentar ingatan pada Nik Pasha. Budak tengkorak ayam itu memang patut jangan diingat langsung. Buat sakit hati je.


Jom,Cikgu! Masuk dalam rumah tapi sebelum itu Cikgu tarik nafas dalam-dalam dulu sebab kat dalam rumah tu ada disaster tadi. Habis satu rumah.” Adelia buat muka comel sambil tersengih. Harap cikgu muda itu tidak pening kepala melihat di dalam rumah yang berantakan.


Okay,saya cuba kuatkan semangat.” tanpa sedar Cikgu Hisyam mengenyit mata tanda dia tidak kisah dan cuba berlucu dengan anak muridnya yang semakin lama semakin mencuit hati lelakinya. Adelia agak terkejut hampir nak 'blackout' jugalah melihat cikgu tampan di hadapannya mengenyit mata. Oh my...cair hatiku..dahlah muka nak macam Remy Ishak..Coolnya..


Seperti yang dijangka apabila Cikgu Hisyam melangkah kakinya ke dalam rumah tidak semena-mena tangannya menepuk dahi. Apa sudah jadi...Adelia apalagi senyum sajalah..Control cun..


Yang kesiannya Bibik yang sedang berusaha menyental telur pada dinding. Mulut orang tua itu tidak habis-habis mengomel entah apa-apa. Sorry,bik! Nanti Yaya belanja ABC special ya! Janji Adelia. Rasa bersalah menghuni kamar hati Adelia. Ini Nik Pasha punya pasal asyik hendak menaikkan darahnya selalu. Selepas ini Adelia janji tidak mahu 'hardcore' lagi berperang dengan Nik Pasha. Selagi boleh mengelak mangkuk ayun itu selagi itu dia akan mengelak. Malas! Lagipun dia malu tercium mangkuk tingkat malaun itu tadi. Mana hendak diletakkan muka aku ni. Malu..woi..


Eh,Cikgu Hisyam! Masuklah..cikgu terus ke bilik bacaan. Kat luar ni tadi ada taufan Katrina lawan Tsunami kat Acheh sebab tu jadi macam ni.” Auntie Maria yang baru turun dari tingkat atas menyuruh mereka berdua terus ke bilik bacaan. Cikgu Hisyam sekadar tersengih. Melihat perwatakan makcik Adelia yang lembut wajarlah seperti yang di kata Adelia. Sporting. Bagus dapat ibu sporting macam Puan Maria ini tidak macam ibunya tahu nak menjerit saja kerjanya maklumlah anak kesemuanya 9 orang. Kalau baik-baik semuanya tidak apa ini semuanya nakal-nakal. Tambah lagi kesemuanya hero. Tetapi..aku sayang ibuku. Tidak dapat dibandingkan dengan ibu yang lain. Syahdu pula rasanya.


Assalamualaikum,makcik!” Cikgu Hisyam memberi salam. Terlupa pula hendak memberi salam manakan tidak terlupa apabila melihat rumah seperti dilanda bencana.


Waalaikumussalam. Yaya bawalah cepat cikgu ke bilik bacaan nanti tak pasal-pasal 'blank' pula otak nak mengajar tengok rumah macam baru lepas kena disaster.”suruh Auntie Maria. Dalam hati malu juga melihat rumah tunggang terbalik macam ini kepada tetamu.


Okay,Auntie! Jom! Cikgu ikut saya.” pantas tanpa rasa segan Adelia menarik lengan cikgu muda itu ke tingkat atas. Maria cuma terangkat keningnya melihat perilaku Adelia. Ish..tak boleh jadi ni. Aku harus lakukan sesuatu. Sebelum terlambat aku harus satukan Pasha dengan Yaya secepat mungkin.


Yaya! Pergi mandi dulu bersihkan diri. Auntie tengok tak lulus langsung rupa Yaya sekarang. Biar Bibik tunjukkan bilik bacaan.” tegur Maria. Sengaja Maria berbuat begitu. Dia tidak mahu Adelia terlalu rapat dengan guru muda itu. Adelia tersengih-sengih menapak naik ke tingkat atas menuju ke biliknya. Sempat dia bau ketiaknya yang mashem..Haha..jangan dilihat Cikgu Hisyam sudah. Tuala diambil dan lantas ke kamar mandi. Dia harus mandi wangi-wangi. Naikkan balik percentage keayuanya dihadapan Cikgu Hisyam. Harus! Harus!

No comments:

Post a Comment