BAB 21: SESUNGGUHNYA..DIA
LELAKI PELINDUNGKU
APA sebenarnya yang berlaku tadi? Kenapa CEOnya keluar dari bilik Zara dengan kepala berdarah? Daris puas berfikir, menyesal pula tidak menemui Zara tadi. Kalaulah dia boleh bersabar seminit mungkin dia akan tahu apa yang telah berlaku di antara Zara dan CEOnya?
Daris tidak berhenti berfikir perkara yang bukan-bukan. Sekarang, dia tidak senang duduk. Gelisah!
ZARA merenung lengannya yang berbirat kemerahan, jika dia keluar dengan Daris dalam keadaan begini tidak mustahil Daris akan syak wasangka yang bukan-bukan terhadap dirinya. Bila Daris membatalkan acara mereka pada petang tadi, Zara sedikit lega walaupun kecewa. Perasaan Zara sedang kacau-bilau. Dia perlu bertenang dahulu barulah dapat berterus terang dengan Daris. Dia tidak mahu menyembunyikan apa-apa daripada Daris tetapi keadaan tidak mengizinkan. Zara bimbang akan menimbulkan salah faham. Zara harap Daris dapat menunggunya..
DI LAPANGAN Terbang
Antarabangsa, Langkawi..
Zara bersama mama dan
papanya. Manakala Qaiser bersama daddy dan mummynya. Masing-masing berkumpul di
airport untuk pulang ke Kuala Lumpur. Sedang menunggu flight peribadi Tan Sri
Megat Arman Zainal Abidin tiba tetapi terpaksa menunggu kerana flight delay
akibat faktor perubahan cuaca dengan tiba-tiba. Kalau tidak setengah jam yang
lalu mereka semua sudah berlepas balik ke Kuala Lumpur.
Jengkel betul hati Zara
melihat wajah pura-pura Qaiser yang berada tidak jauh daripadanya berada.
Hambik kau! Puas hati melihat dahi mamat tu bertampal plaster. Plaster besar
pula tu! Memang padan sangat dengan muka, kurang ajar sangat! Kutuk Zara sepuas-puasnya
di dalam hati.
“Son, what happened with
your head?” tanya Puan Sri Raja Qarlina sebaik saja Qaiser muncul di hadapan
mereka semua.
Qaiser bukan memandang
mummynya dahulu tetapi memandang Zara dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.
Dahi yang bertampal disentuh seketika. Sakitnya masih terasa sehingga kini.
Qaiser mengetap gigi sehingga rahangnya boleh kelihatan bergerak-gerak.
Melepaskan perasaan geram dan sakit hati di dalam diam. Kemudian, barulah
memandang mummynya.
“Oh..yang ni? Tadi, ada
orang baling pasu bunga terkena kepala Qaiser. Budak tu tak taulah kenapa? Dia
practice main baseball kot!” kembali merenung Zara dengan renungan helang
pembunuhnya.
Semua yang berada di situ
memandang Qaiser..
Zara pula buat tak tahu..
“Ish, macam teruk luka
tu?” Datin Seri Delilah juga menilik dahi Qaiser.
“Kamu kacau perempuan ke,
Qaiser? Kalau tak , tak adalah bocor kepala kamu tu?!” Tan Sri Arman Zainal
Abidin tidak percaya. Pasti anak lelakinya ada melakukan sesuatu? Takkanlah
orang saja-saja nak membaling pasu bunga kalau tak ada pasal.
“Qaiser tak kacau..tapi
ada orang yang kacau hak, Qaiser!” bengang melihat Zara buat tak tahu sedari
tadi. Sibuk dengan handphone di tangan.
“Habis tu kamu biarkan
saja orang tu?” Puan Sri Raja Qarlina terlalu geram dan sakit hati mendengar
anak kesayangannya dicederakan oleh orang sesuka hati.
“Ini Qaiserlah mummy..I
won’t let her go so easily..silap besar!” Qaiser menyorot renungan helangnya ke
arah Zara. Jemarinya tanpa sedar digenggam kuat.
Zara berpaling setelah
mendengar kata-kata Qaiser yang cukup mendalam. Renungan helang pembunuh
menusuk ke kalbu. Hati Zara tercuit perasaan tidak enak.
“Jangan lepaskan orang
tu! Suka hati nak mencederakan anak orang!” Puan Sri Raja Qarlina tidak berpuas
hati, Qaiser masih belum melakukan apa-apa dengan orang yang mencederakan
Qaiser. Kenapa dibiarkan? Sepatutnya disaman sampai sehelai sepinggang,
merempat! Puan Sri Raja Qarlina cukup geram dengan orang yang tidak tahu
keturunan dan darjatnya.
“Don’t worry
mummy..tahulah nasib dia..” ujar Qaiser dengan tertahan. Perasaan dendam
menyelubungi hatinya. Zara..wait and see..
Zara kembali mengadap
handphone di tangan. Kata-kata Qaiser dibiarkan seperti angin lalu. Dia ada
perkara yang lebih penting untuk difikirkan. Daris!
Zara sibuk menelefon
Daris sedari tadi tetapi gagal menghubungi, tidak tahu kenapa? Hatinya cukup
gelisah kerana Daris tidak menjawab satu pun daripada panggilannya. Rasanya dah
berpuluh panggilan dibuat namun satu pun tidak berjawab. Ada sesuatu
terjadikah? Hati Zara berdetak tidak keruan. Tak sedap hati!
Sebelum datang ke airport
tadi, Zara sempat mengetuk pintu bilik Daris dan memanggil beberapa kali tetapi
tidak berjawab. Terpaksa mengalah kerana dia terpaksa bekejar ke airport pula
selepas itu. Apabila sudah berada di airport, Zara masih mencuba banyak kali
menelefon Daris tetapi Daris masih tidak menjawab panggilannya.
Zara susah hati dan tidak
senang duduk. Akhirnya, Zara bingkas bangun. Tidak tahan dengan perasaan
tertekan yang dihadapinya. Menunggu Daris menjawab panggilan seperti menunggu
keputusan exam pula rasanya. Berdebar!
“Zara nak ke mana?” tanya
mama tatkala melihat Zara tiba-tiba bangun.
“Pergi ladies jap, ma!”
Zara memberi alasan. Stress level semakin meningkat, baik dia keluar menghirup
udara segar di luar. Moga dapat menenangkan perasaaan gelisahnya. Daris..where
are you? Getus hati kecil Zara yang kebimbangan.
Mendengar alasan Zara,
Datin Seri Delilah hanya mengangguk dan meneruskan perbualannya dengan Puan Sri
Raja Qarlina.
Zara keluar..
Tanpa sedar Qaiser
mengekori dari belakang..
“Zara..” Zara yang sedang
sibuk memanggil Daris melalui talian menoleh.
Zara buat muka malas nak
melayan. Zara sedang tertekan Daris tidak menjawab panggilannnya, Qaiser pula datang
menyibuk. Memang taklah! Zara buat tak tahu menganggap Qaiser seolah-olah udara
yang tidak kelihatan.
“I’m sorry..Zara..” mohon
Qaiser cuba bersabar walaupun Zara buat tidak tahu dengannya.
Zara hanya menjeling.
Malas betul nak melayan lelaki biadap itu. Dia belum amnesia untuk melupakan
apa yang telah Qaiser lakukan terhadapnya pada petang tadi. Huh, sorry? Jangan
harap! Tunggu lain dimensi la kalau nak memaafkan pun! Zara mencemuh di dalam
hatinya.
“Zara..abang..tak
sengaja..” ucap Qaiser dengan suara kedengaran kesal.
Tak sengaja?
Zara terus berpusing. Tak
sengaja kata kau? Pecah masuk bilik orang, harassment orang, tak sengaja? Huh!
Tak masuk dek akal langsung.
“Tak sengaja? Okay..”
Zara senyum buat-buat. Kemudian, melotot matanya ke atas dan berpusing
membelakangkan Qaiser. Bengang betul! Damn!
“Zara..janganlah macam ni..” pujuk Qaiser memegang bahu Zara.
Zara menolak bahunya ke
belakang supaya tangan Qaiser jatuh. Tidak rela dirinya disentuh lagi oleh
Qaiser. Jijik!
“Zara..abang betul tak
sengaja..” Qaiser mengeluarkan sekuntum bunga ros merah dari dalam kot yang
dipakainya. Berharap sekuntum bunga ros itu dapat memujuk hati Zara. Qaiser sempat
membeli bunga ros itu sebentar tadi di kiosk. Bunga biasa macam ni saja yang
tinggal. Kalau ikutkan dia boleh belikan bertan-tan bunga ros dari luar negara
tetapi ini saja pilihannya yang ada disaat ini.
Zara berpusing kembali
melihat Qaiser menghulurkan sekuntum bunga ros merah dengannya. Hanya sekuntum
bunga ros merah untuk memohon maaf? Sejuta bunga ros pun tidak akan melunturkan
apa yang telah Qaiser lakukan terhadapnya. Apa yang Qaiser lakukan hanyalah
sia-sia. Dia tidak terpujuk dengan ros itu.
“Jangan nak sweet
sangatlah, abang! Pergilah! Jangan ganggu Zara lagi!” tak menghargai apa yang diberikan
oleh lelaki itu terus menghalau.
“Zara..please..” masih
menghulurkan bunga ros merah memujuk. Walaupun hati tengah membengkak dengan
penolakan Zara.
Zara bosan. Lantas, mengambil bunga ros di tangan Qaiser. Zara
mencium keharuman bunga ros itu seketika lalu tersenyum lebar.
Qaiser tersenyum kembali
melihat Zara tersenyum. Mungkin Qaiser ingat Zara telah menerima permohonan
maaf darinya.
Zara masih senyum. Bunga
ros di tangan dipandang seketika. Kemudian, tanpa perasaan bersalah Zara
menjatuhkan bunga ros itu ke lantai.
Qaiser melihat Zara
menjatuhkan bunga ros yang diberikannya ke lantai. Pandang Zara dengan wajah
tidak mengerti.
Zara senyum sambil
menekan bunga ros yang berada di lantai dengan tapak kasutnya. Kuat-kuat! Seperti
melenyek hati Qaiser sekejam-kejamnya.
Zara senyum sinis..
“Dalam mimpi Zara akan
memaafkan abang. Apa yang abang lakukan pada Zara tak boleh dimaafkan langsung!
Pergilah, abang! Jangan bazirkan waktu dengan perempuan macam Zara ni. Pergi
balik dengan tunang abang tu!” cemuh Zara sepuas hati. Sakit hatinya masih
berbekas bukan setakat apa yang berlaku di dalam bilik hotelnya tadi tetapi
setiap apa yang Qaiser pernah lakukan terhadapnya sebelum ini. Terlalu banyak
kelukaan yang telah ditinggalkan oleh lelaki itu untuknya. Dia takkan pernah
melupakannya. Terlalu pahit!
“You’re so..arrogant,
Zara!” tiba-tiba Qaiser bersuara perlahan namun kedengaran amat berdendam. Qaiser
sakit hati dengan penolakan Zara. Kewibawaannya benar-benar tercabar.
Zara hanya menjungkitkan
bahunya dan terus berlalu.
Qaiser menahan geram..
PENANTIAN Zara berakhir
apabila satu pesanan ringkas masuk.
Zara..saya tak sihat..
Pendek! Tetapi,
membuatkan Zara terus bingkas bangun. Daris tak sihat? Jantung Zara berdetak
laju. Hatinya yang berasa tidak sedap sedari tadi akhirnya berasas juga. Zara
terlalu bimbangkan Daris. Tanpa berfikir panjang Zara telah membuat keputusan.
“Papa..mama..Zara tak
dapat nak hantar papa dan mama ke France malam ni. Zara akan balik sendiri
esok.” Ujar Zara dengan wajah cemas.
“Kenapa ni?” tanya mama.
Risau melihat wajah kalut anak perempuannya.
“Ada hal penting! Nanti
sampai France call Zara, okay?” beritahu Zara dengan kalut.
Dia harus segera ke hotel melihat Daris.
“Okay, but..promise me to
take care of yourself.” Datin Seri Delilah berat hati membenarkan Zara pergi
tetapi tidak menghalang niat anaknya itu. Berfikir yang baik-baik saja. Datin
Seri Delilah cuba berfikiran positif.
“Orait, ma..” Zara senyum
mendatar. Kalut nak bergegas keluar dari airport dengan segera.
Qaiser hanya memerhati..
DARIS bergegas ke
airport. Dia sepatutnya sudah sampai ke airport sejam yang lalu tetapi kereta
yang dinaikinya boleh pula rosak di tengah jalan. Kalau tidak, dah lama dia
dapat berjumpa dengan Zara. Daris kesal kerana melayan kedegilan hatinya tadi, kalau
tidak, dia sudah berjumpa dengan Zara dan meleraikan persoalan yang menyesakkan
hati. Kalaulah dia membuka pintu biliknya tadi, sewaktu Zara mengetuk pintu dan
memanggilnya banyak kali tak adalah dia begini. Daris terlalu kesal kerana
terbawa-bawa dengan perasaan cemburu dan curiga.
Mungkin Zara telah pergi.
Daris menyeluk poket seluar cuba mencapai handphone tetapi tiada. Ah,
tertinggal agaknya! Agak Daris dengan perasaan kesal lagi. Oh..waktu-waktu macam
inilah handphone boleh tertinggal. Rungut Daris bertambah kesal. Terpaksa
menunggu kereta siap dibaiki dahulu. Namun, Daris amat pasti dia takkan bisa
mengejar Zara lagi. Zara mungkin sudah berada berada di awan. Melankolik!
Seakan sukar digapai lagi.
Daris mengeluh untuk
kesekian kalinya lagi..
BERGEGAS mendapatkan
teksi, Zara cuba menelefon Daris lagi. Namun, panggilannya tidak dijawab
membuatkan Zara bertambah risau. Jangan-jangan Daris jatuh pengsan? Sorang-sorang
di dalam bilik hotel? Oh, Tuhan..janganlah sesuatu yang buruk berlaku terhadap
Daris. Pohon Zara bimbang.
“Could you hurry, sir? I
have an urgency.” Zara menyuruh pemandu teksi supaya cepat-cepat memandu ke
hotel. Tak tahu apa yang sedang berlaku terhadap Daris? Zara benar-benar takut.
Sampai di hotel, Zara
terus bergegas..
Baru nak melangkah ke
anak tangga, kereta Chevrolet Camaro Bumble Bee milik Qaiser khas untuk
bersantai menghalang Zara dari melintas. Zara terkejut! Bila masa pula Qaiser
mengekorinya? Takkan tak faham-faham lagi kot, makhluk sorang ni! Zara
menyampah. Sudahlah, dia nak cepat menemui Daris, Qaiser pula menghalang. Kalau
nak cari pasal dan bergaduh cari hari lain, boleh?! Bukan hari ini!!
Zara tiada masa nak melayan perangai budak darjah satu yang ditunjukkan Qaiser sekarang ni. Tanpa mempedulikan Qaiser, Zara terus berjalan ke arah lain untuk melintas. Kereta Qaiser mengundur, menghalang jalan Zara lagi.
“Ish, dia ni!” Zara geram
kerana dia hampir terjatuh.
Zara tidak mempedulikan
Qaiser terus melangkah mengikut arah lain pula.
Tiba-tiba, Qaiser turun
dari keretanya dan menarik Zara dengan paksa masuk ke dalam keretanya. Sekuat mana
pun Zara meronta, Qaiser tetap menarik Zara masuk ke dalam kereta.
Zara dihenyak kuat..pintu
ditutup keras..
“Hei! Apa ni?” Zara
menjerit marah. Apa yang Qaiser cuba lakukan ni? Zara tak faham.
Qaiser hanya diam tidak
mempedulikan jeritan Zara, memandu keluar dari kawasan hotel.
“Abang ni kenapa? Kenapa
paksa Zara ikut abang macam ni? ” tanya Zara cemas bila Qaiser mula memandu
laju. Terasa kering darahnya dengan aksi memandu laju begitu.
Qaiser masih tidak
mempedulikan setiap kata-kata Zara. Terus memandu laju.
“Turunkan, Zara! Turunkan
Zara sekarang jugak!” Zara menjerit lagi. Bahu Qaiser digoncang memaksa Qaiser
memberhentikan keretanya.
“Berhenti kereta ni,
abang! Zara nak pergi jumpa dengan Daris. Daris mungkin tak sihat tu!” Zara
memaksa lagi. Dia harus berjumpa dengan Daris. Dia tak tahu apa yang terjadi
dengan Daris? Zara terlalu bimbangkan Daris. Tapi, Qaiser buat perangai gila
pula. Urghhh..geram betul hati Zara.
Terdengar nama lelaki lain
di bibir Zara, Qaiser semakin naik angin. Tangan Zara yang tak reti duduk diam
sedari tadi asyik menggoncang bahunya ditangkap dan diramas kuat.
“Jangan berani-berani
sebut nama lelaki lain depan, abang!” wajah Zara direnung tajam seperti ingin
menelan Zara hidup-hidup. Renungan cukup serius.
“Kenapa tak boleh pulak? Bukan
urusan abang pun! Turunkan Zara! Kalau tak Zara terjun dari kereta ni!” ugut
Zara. Dia memang tak berani tetapi mungkin dengan mengugut terjun dari kereta
Qaiser akan memberhentikan keretanya.
“Terjunlah! Kalau nak
kulit cantik Zara tersiat-siat! Kalau hidup lagilah.” Qaiser tak hairan dengan
ugutan Zara. Malah, menakutkan Zara pula.
Dah tentulah Zara tiada
keberanian untuk terjun dari kereta ni. Zara pandang Qaiser dengan geram. Apa yang
Qaiser nak ni? Tak faham langsung!
“Habis tu! Kenapa abang
buat Zara macam ni?” tanya Zara bengang. Kalau nak sambung bergaduh dan
menyakitkan hati pasal tak puas hati dengannya di airport tadi. Tunggu bila dia
ada masa, bila ada masa nanti nak bergaduh dari pagi ke malam sambung ke esok
pagi pun boleh. Sekarang ni, dia perlu berjumpa dengan Daris.
“Zara akan tahu nanti..”
PESANAN PENULIS:
Ohoo..Qaiser ni..main paksa-paksa pulak! Buat pengetahuan semua SDLP akan diberhentikan bila sampai bab 25, ye. SDLP terpilih untuk dinilai terbit. Kalau ada rezeki SDLP akan menemui anda semua tahun depan. Doakan saya, ye. Big..big..hug from me..
yay..xsabar nak tunggu terbit..ish..geram dgn qaiser ni..
ReplyDeletethx awk..Alhamdulillah ada penerbit yg bminat juga dgn novel ni..
Deletemmg hampeh qaiser nih!!!makin melampau..wah...tk sabar nyer nk peluk ketat2 novel zara n daris...tahniah dek...mmg superb lh...
ReplyDeletethx kak..appreciate so much..
DeleteWAH TAHNIAH X SABAR TUNGGU PELUK NOVEL.
ReplyDeleteTahun dpn tau mgkin bulan 2..klu ada rezeki..
Deletesaya doa kan supaya lulus penilaian dan diterbitkan...amin.
ReplyDeletewish u good luck!!!;-)
thx..harap begitulah..klu lulus thn dpn dpt peluk SDLP ni..
DeleteDPCA.......bila akan kuar? Nk tahu progress nyer
ReplyDeleteDPCA hujung September ni..dah dekat dah..klu nak tahu cpt ttg pkembangan tbaru DPCA ayu salina add FB sy..
Delete