Thursday 1 August 2013


BAB 15: SESUNGGUHNYA..DIA LELAKI PELINDUNGKU

DARIS mengekori Zara dari belakang dengan motosikalnya manakala Zara memandu Audi R8nya sehingga sampai ke kediamannya. Sebelum Daris beredar dengan motosikal besarnya mereka sempat berbual seketika. Bibir Zara yang mula membiru Daris tatap dengan pandangan penuh kasihan.

“Hm..” Daris tunduk  menilik wajah Zara dengan jemarinya. Tak sampai sesaat Daris berdecit sambil menggelengkan kepalanya. Wajah Zara yang cantik telah tercemar dengan lebam dan kemerahan. Kasihannya..

“Dah lebam bibir tu..tuam sikit kat bibir yang bengkak tu. Kalau malas, saya boleh kurangkan sikit bengkak tu dengan magic kiss. Sekali kiss terus elok, nak?” usik Daris tiba-tiba. Sengaja berlelucon mengalih perasaan menyakitkan bermain di fikiran.

“Jangan nak terejal!” ditolaknya pipi Daris ke tepi sampai terteleng kepala budak tu ke kiri. Daris berpaling kembali dengan sengihan nakal siap menjelir lidahnya sedikit. Zara tersenyum kerana Daris kelihatan sangat comel bila buat muka nakal seperti itu.

“Ayat copy paste umi yang tak menahan tu..nak jadi menantu umi, eh?” usik Daris lagi sambil tergelak-gelak.

“Daris..jangan bergurau lagi, boleh? Saya nak masuk dah ni. Awak baliklah saya dah okay.” Halau Zara dengan muka tak mengenang budi.

“Halau saya, ya? Tak apa..saya akan bawa diri saya ni.” Daris buat muka merajuk.

“Dah malam ni..awak baliklah..saya risau awak balik rumah awak nanti dah lewat sangat. Nanti call saya bila awak dah sampai, okay?” jelas Zara. Sebenarnya, dia bimbangkan Daris kalau pulang lewat sangat.

“Hm..ni yang buat saya sayang awak sangat, nih! Jadi, awak..saya ni accepted atau rejected. Saya menunggu ni, Zara..” gurau Daris dengan penuh mengharap. Zara masih belum memberi apa-apa respon terhadap  pengakuannya tadi. Dia terlalu inginkan jawapan dari Zara. Adakah perasaan cintanya terhadap gadis itu berbalas? Dada Daris berdebar menunggu jawapan dari Zara.

Zara senyum nipis.

“Daris..semuanya berlaku terlalu pantas. Beri saya masa, Daris!” ujar Zara serba-salah.

Terus air muka Daris berubah mendung.

“Hok aloh..” Daris menepuk-nepuk helmetnya beberapa kali dengan wajah frust tak hengat.

“Kita berkawan dulu, boleh?” Zara membuat tawaran. Nak terus bercouple dia bukannya budak remaja yang terus melompat-lompat tak hengat kalau declare couple.

“Sejujurnya, saya frustrated Cik Zara tapi apa yang boleh saya buat.” Wajah Daris betul-betul frust. Daris tersenyum nipis menunduk merenung helmetnya. Betapa kecewanya dia!

PINTU bilik dibuka dan Zara melangkah masuk dengan langkah lesu. Terasa sengal di seluruh badan dan fikirannya pula terlalu berkecamuk. Zara pergi ke meja solek lalu menilik wajahnya di cermin. Pipi kemerahan bukannya kerana blusher dan bibir lebam bukannya kerana lipstick. Betul-betul dapat mekap free hari ini, bukan tajaan MAC atau Bobby Brown tetapi cap tengkorak ayam punya mekap. Kurang ajar betul perempuan gila tu! Sakit betul hatinya kerana tidak dapat melawan habis-habisan. Patutnya, dia ambil kelas kickboxing atau kungfu kot tak adalah menjadi mangsa perempuan meroyan selalu. Asal perampas dituduhnya dia, asal dia saja dituduh perampas. Huh! Ingat hadap sangat ke?!

“Ouchh..” Zara berdecit sakit bila secara tidak sengaja menggigit bibirnya kerana terlalu geram. Jarinya terus menyentuh bibirnya yang sakit dan ketika itu dia mula teringatkan Daris yang begitu lembut mengusap dan meniup bibirnya tadi. Tiba-tiba, badannya terasa panas dan hangat semacam. Pipi terasa membahang.

“You drown me, Zara..” makin laju Zara mengipas blausnya.

“Drown me in love..I love you, Zara..” Zara menepuk kedua belah pipinya beberapa kali. Ayat Daris memang melemahkan jiwa raga. Zara terus merebahkan badannya ke tilam dan terkelip-kelip matanya merenung siling. Zara memejamkan matanya pula tetapi jiwanya dilanda keresahan lagi kerana hidungnya bagaikan terhidu-hidu keharuman dari badan Daris. Membuatkan jantungnya berdenyut dengan kapasiti luar biasa. Menyerbu ke segenap salur darah. Hot sangat kot!!

“Kita berkawan dulu, boleh?” Zara tiba-tiba menepuk mulutnya beberapa kali. Kenapalah lancar sangat dia berkata begitu? Pasti hati Daris terluka dengan kata-katanya. Zara pejam mata rapat-rapat. Dia begitu kesal.

“Zara..” nama Zara dipanggil dari luar pintu. Zara membuka matanya dan mama sudah tercegat di hadapannya.

“Zara..kenapa ni sayang?” mama nampaknya terkejut dengan perubahan dirinya. Zara bangun dari pembaringannya dan mama sekali lagi terkejut melihat wajah anaknya yang lebam dan merah di sana-sini.

“Kenapa teruk sangat anak mama ni? Zara bergaduh ke?” Datin Seri Delilah cemas melihat anak kesayangannya nampak begitu teruk di matanya. Apa yang terjadi?

Zara hanya terdiam.

“Zara…kenapa sampai boleh bergaduh ni?” mama berterusan bertanya.

Zara tidak tahu nak bermula dari mana. Banyak perkara berlaku di dalam hidupnya sekarang. Berbagai dugaan dan dia tidak tahu kenapa dia yang harus melaluinya?

“Zara penat mama..mental and physical..kita bincang lain kali, ya?” kata Zara dengan harapan mamanya akan memahami dirinya. Sungguh..dia terlalu penat dengan dirinya.

“Zara..mama tak pandai bercakap tetapi mama pandai mendengar. Mama sentiasa ada  untuk mendengar luahan hati anak mama ni. Mama takkan memaksa Zara. Tidurlah..” ujar Datin Seri Delilah. Kasihan anaknya itu, harta berjuta pun masih tidak dapat mengubati kelukaan hati anaknya. Dia akui itulah kegagalannya sebagai seorang ibu walaupun mempunyai harta berjuta. Kasih sayang dan kebahagiaan terlalu jelas tidak dapat dibeli dengan wang berjuta. Datin Seri Delilah seakan tersedar sesuatu. Dia terlalu leka dengan duniawi, itu yang nyata.

“Ma..” Zara menangis teresak-esak. Sungguh..bukan mudah untuk dia melupakan lelaki bernama Qaiser. Jiwanya sudah sebati. Itulah perkara yang paling dia kesali.

“Kasihan anak mama..” Datin Seri Delilah mengusap ubun-ubun kepala anak kesayangannya dengan penuh kasih sayang.

 
DARIS terasa kehilangan bila Zara mendiamkan diri dengannya sudah beberapa hari sejak dari hari itu. Hidupnya menjadi pudar dan suram tanpa Zara. Daris menjadi hilang punca. Daris mengusap rambutnya beberapa kali sambil mengeluh di tepi cermin kaca. Matanya sedang memerhati suasana kotaraya yang sentiasa sibuk dan sesak.

“Daris..are you there..” Daris terus berpaling bila telinganya mendengar namanya dipanggil. Wajah yang suram mula bercahaya.

“Zara?” matanya bagaikan tidak percaya melihat Zara berada di depan matanya dengan senyuman paling manis. Daris bimbang dia hanya bermimpi kerana terlalu rindukan Zara.

“Zara?” betul ke? Daris cuba mengelipkan matanya. Manalah tahukan kalau memang benar dia hanya bermimpi. Angau sangat, kan!

“Daris..” Zara mendekati Daris.

“Daris..are you okay?” Zara melambai-lambai di depan wajah Daris. Pelik melihat Daris merenung dirinya terlalu lama.

“Zara..” bukan mimpi membuatkan Daris terus melebarkan senyuman. Lega hatinya kerana Zara sudah berada di depan mata.

“Kenapa ni?” Zara tak faham.

“Tak..terkejut lihat awak ada di sini.” Daris akhirnya dapat tersenyum. Kalau tak kalut semacam sepanjang ketiadaan Zara.

“Oh..saya baru habis board meeting tadi. Itu yang saya datang ke sini tengok awak.” Penjelasan Zara membuatkan senyuman Daris terus mati. Kalau bukan pasal board meeting Zara tidak akan datang menemuinya. Entah kenapa hatinya terasa hampa bila mendengarnya.

“Oh..” suara Daris perlahan.

“Jom, pergi minum dengan saya.” Ajak Zara. Sudah lama dia tidak bertemu dengan Daris. Seminggu dia berada di Paris, kononnya nak terapi minda dengan shopping non stop. Ini mama punya idea,  treatment untuk merawat hati tapi apa yang dia dapat hanyalah kekosongan. Jenama-jenama terkenal tidak mengujakan hatinya langsung. Hatinya masih juga begitu tetapi ada sesuatu yang baru kerana sepanjang berada di Paris dia selalu teringatkan Daris dan  kata-kata Daris yang melemahkan jiwanya. You drown me..oh my..sebenarnya siapa yang dah drown siapa ni? Zara confused kejap!

“Tak dapat kot! Saya ada hal jap lagi.” tolak Daris. Sebenarnya dia tiada apa-apa pun, nak melawat site pun petang karang. Hanya kerja-kerja pejabat saja pagi ini, kalau nak skip pun boleh saja tetapi disebabkan hatinya dah terusik Daris menolak mentah-mentah.

“Daris..please..” pujuk Zara. Dia harus mengajak Daris keluar kerana dia amat memerlukan bantuan Daris. Ini Bianca punya pasallah ni! Heboh mengajaknya hi tea di Hilton kononnya nak memberi nasihat dan menyuruh dia move on. Tapi, diakan Zara Diandra mana boleh nampak dia seorang yang lemah. Dia tidak akan sesekali membiarkan orang memandang kasihan terhadap dirinya. Dia masih seorang Zara Diandra yang angkuh dan bongkak. Dengan adanya Daris, Zara tahu Bianca dan teman-temannya akan menutup mulutnya.

“Saya sibuk, Zara..” dalih Daris.

“Daris..jomlah..” Zara mendekat lalu memeluk lengan Daris dengan intonasi suara merengek. Walau apa pun, dia harus berjaya memujuk Daris.


“Tak nak! Saya ada kerja.” Tangan Zara dilepaskan. Tak teruja langsung dengan sentuhan Zara yang terlalu rapat.

 Zara mencebik. Ini merajuk apa? Tak faham dengan perangai lelaki sorang ni! Zara berpeluk tubuh dengan perasaan bengang  kerana pelawaannya dengan mudah di reject tanpa berfikir walau seminit oleh Daris. Hei..tiada lelaki reject ajakan Zara Diandra, okay!

“Zara..awak ke mana?” tiba-tiba Daris bertanya. Zara angkat kepalanya dan mata Daris terus tepat memandang ke arahnya. Siap terjungkit keningnya yang tebal.

“Paris..” sepatah.

“Paris?” Daris agak terkejut. Zara pergi tanpa memberitahu dengannya langsung. Hati Daris agak terguris.

“Mama yang ajak pergi shopping. Saya ikut aje. Sorry awak..” Zara mendekat lagi dengan Daris. Buat muka kasihan.

“Saya hanya risaukan awak. Saya ingat awak  tak suka dengan apa yang saya cakap pada awak hari itu.” luah Daris serius.

“Tak! Bukan macam tu..saya..” Zara masih tidak dapat menghuraikan perasaannya lagi.

“Awak..jomlah..keluar dengan saya. Pergi minum je..” rengek Zara cuba alih topik. Dia bukan sengaja mengelak. Hatinya..dia masih belum pasti.

Daris terdiam. Zara mengelak dengan kata-katanya. Hati Daris sakit dengan tiba-tiba. Zara mungkin tiada perasaan dengannya, hanya dia yang terhegeh-hegeh. Gila tak frust!

“Zara..saya sibuk!” tolak Daris. Buat apa nak keluar lagi?

“Ala..” Zara merengek lantas menarik lengan Daris supaya rapat dengan dirinya lagi. Daris terkejut kerana Zara memeluk lengannya terlalu rapat. Menadah senyuman sambil mendongak tepat ke wajahnya. Hati Daris berdetak  tidak keruan dengan panahan mata Zara. Daris berdehem cuba menyembunyikan perasaannya. Berpaling ke arah lain sambil menyeluk poket seluar.

“Saya malas! Ada banyak kerja, Zara..” Daris menolak dengan wajah stone. Tanpa riak.

“Hm..tolonglah, Daris..temankanlah saya..” Zara terus melentok kepalanya di dada Daris. Mereka terlalu rapat dan melekat sehinggakan Daris dapat menghidu bau harum rambut Zara dan terasa kulit Zara yang mulus. Hati Daris semakin kencang.

“Nop! Dah! Dah! Lepaskan saya, Zara!” Daris cepat-cepat menolak badan Zara jauh.

Daris bimbang dia tidak dapat mengawal dirinya nanti.

“Daris..hm..” Zara merengek sambil menarik lengan Daris lagi seperti budak kecil siap mencebik bibir kasihan.

“Zara..sudahlah tu! Saya tak nak pergilah..” Daris cuba melepaskan tangan Zara tetapi Zara tetap berdegil buat muka kasihan.

Daris menggelengkan kepalanya masih tidak bersetuju untuk keluar bersama.

“Tak nak sudahlah! Saya pergi dan takkan kacau awak lagi!” Zara melepaskan tangannya dengan kasar. Sakit betul hatinya kerana Daris menolak permintaannya. Zara terus berpusing dan mendapatkan pintu. Serius dia merajuk gila dengan Daris.

“You never see me again, Daris! Sampai bila-bila..” Zara sempat mengugut Daris sebelum dia mencapai tombol pintu. Huh! Geramnya!

“Jangan buat drama kat sini la, Zara! Dah, kita pergi..” Daris terus mengalah setelah mendengar kata-kata Zara. Gila tak nak jumpa sampai bila-bila? Seminggu tak berjumpa pun dah buat dia hilang arah, kalau selama-lamanya? Mau hilang akal! Pandainya, budak ni mengugut. Sungguh..cinta butakanku..tutup mata dan redha sajalah dengan perangai Zara. Lengan Zara terus dipaut dan keluar bersama-sama.

“Tau pun!” Zara senyum menang kerana dapat membawa Daris keluar juga akhirnya. Hoyeahh!!

 
MENYESAL sangat-sangat memperkenalkan Daris dengan Bianca. Sudahnya, dia juga yang makan hati melihat Bianca dan Memey bukan main menggedik dengan Daris. Mulut inilah! Zara menepuk mulutnya banyak kali. Mulut ni ringan sangat berkata Daris hanyalah seorang kawan. Apalagi, Bianca dan Memey teruslah menggedik tak hengat semasa mereka hi tea di Hilton tempohari.

Selepas itu, Bianca selalu menelefonnya bertanyakan tentang Daris dengan pelbagai pertanyaan yang membuatkan dirinya sedikit lagi nak meletup dan dia terpaksa mengarang cerita bohong Daris itulah Daris inilah. Bianca pula macam tak reti bahasa. Last-last..

“Bianca..I have to tell you something..Daris not what you expected..he’s gay! ” terbaik punya cerita bohong. Zara sudah kehabisan idea mengelak Bianca lagi. Kalaulah Daris tahu mau kena babap selang seminit. Kalaulah Zara tahu fitnah itu lagi besar dosanya dari membunuh. Kalaulah..

Hari ini, mereka keluar bersama-sama. Zara sedang menunggu Daris membeli pop corn dan soft drink. Mereka akan masuk menonton Fast and Furious 6 di GSC Midvalley bersama sebentar lagi. Sambil menanti, Zara melihat persekitaran yang penuh dengan ramai orang. Daris datang dengan satu pop corn yang besar dan satu soft drink yang besar.

“Satu je?” tanya Zara menunjukkan satu jarinya yang comel.

“Haah..share boleh, kan?” Daris sengih nakal. Sengaja dia membeli setiapnya satu. Bukan kerana dia kedekut tetapi sengaja nak meromantiskan diri. Suap menyuap, kan! Tak ke sweet? Daris sengih nakal.

“Sharing is caring, right?” Zara tergelak kecil.

“Tau tak apa!” Daris menyua pop corn ke mulut Zara sambil tersenyum. Okay, bermulalah adegan sweet muweet. Hati Daris berbunga riang.

Belum sempat Zara membuka mulut, mereka terdengar dari jauh nama Daris dipanggil. Mereka sama-sama menoleh. Bianca? Erk!!

“Daris, is that you? Waaa..” muncul Bianca entah datang dari mana. Siap menjerit macam mak tarzan happy sangatlah kononnya bertemu Daris.

Zara pula dah tarik muncung sedepa. Sambil berpeluk tubuh. Kacau betul!

“You all  buat apa kat sini?” tanya Bianca dengan wajah teruja sangat melihat Daris. Macam ulat beluncas pula Zara menengoknya. Tergedik-gedik! Sungguh..tak mau mengaku kawan! Zara tiba-tiba rasa moodnya dah terjun ke laut. Spoil gila!!

“Fast and Furious 6!” Daris menunjukkan dua tiket wayang kepada Bianca. Daris sebenarnya pelik melihat kawan Zara yang seorang ini, macam budak hyperactive pun ada. Tapi, dah kawan Zara layankan sajalah. Mungkin macam ni kot perangai anak-anak orang kaya. Daris hanya tersenyum selepas itu.

“Zara..please take my picture with Daris! He is so sweet..” Bianca menyuruh Zara mengambil gambarnya dengan Daris.

“Bolehkan, Daris! Please..” pinta Bianca tanpa perasaan malu. Bianca terlalu gembira dapat bertemu dengan Daris yang terlalu kacak. Tujuan dia meminta untuk bergambar dengan Daris kerana nak upload di dalam facebooknya nanti. Pasti ramai yang jealous dia bergambar dengan lelaki hot seperti Daris. Bianca terlalu teruja.

Daris garu kepalanya. Pening melihat perangai hyperactive budak sorang ni!

“Boleh ye, Daris? Please..please..” dah tahap merayu Daris terpaksa mengangguk bersetuju. Banyak mata di hadapan GSC memandang ke arah mereka. Maunya tak dengan perangai hyperactive Bianca yang menarik perhatian.

Nak tak nak Zara terpaksa mengambil Galaxy Note ii yang dihulur oleh Bianca. Air muka Zara sekeruh-keruhnya. Bianca betul-betul merosakkan keheningan petangnya bersama Daris. Sweet moment kononnya dah melayang entah ke mana. Grrrr..

“Damn! You’re so cute, Daris!” puji Bianca melambung. Nampak Daris macam nampak artis K-pop. Terjerit-jerit! Betul-betul macam budak kena sawan. Entah apa-apa entah! Sempat Zara mengutuk kawannya sendiri.

Dengan tak rela Zara mengambil gambar mereka berdua. Muka Zara dah macam cekodok basi. Sebal gila!!

“Dah lama I nak jumpa dengan you..” kata Bianca dengan Daris selepas mereka berdua bergambar. Lepas tu terjerit lagi apabila melihat gambar mereka yang telah diambil.

“So..cute..”

Daris hanya mampu tersengih. Budak ni, kalau tak menjerit tak boleh ke?

“I suka sangat tengok you..you cute sangat! I nak jumpa you tapi Zara cakap you busy sangat sampai tak ada masa.” Bianca macam bertih goreng bercakap.

Daris terpaksa menadah telinga mendengar dan hanya tersengih melihat perangai hyperactive budak sorang, nih! Tak penat ke mulut tu? Bercakap tak ada noktah. Eh, budak ni cakap apa tadi?

“Hah?” Daris terus pandang Zara. Kenapa Zara tak bagi Bianca bertemu dengannya? Memang betul dia sibuk tapi kalau ada hal penting sangat dia boleh je mencari masa.

“You ada hal penting nak jumpa I ke?” tanya Daris lurus.

“Haah..I nak tahu sendiri betul ke you yang sebegini cute dan baik orangnya. Er..sorry to say..you bukan gay, kan?” bulat mata Daris mendengar kata-kata Bianca. Terkejut!

“Hah? Gay?” mata Daris terus pandang Zara amat memerlukan penjelasan.

“Ok..oww..” Zara terus memusingkan badannya ke arah lain. Sah kena babap selang seminit, nih! Bianca..betul-betul malapetaca! Zara gigit bibir.

“Zara..” panggil Daris dengan suara tertahan-tahan. Gay? Nauzubillah..minta dijauhkan mengikuti kaum Nabi Luth itu. Astarghfirullah..Daris mengucap panjang. Budak, nih! Grr..

Zara buat tak dengar dan terus berlalu masuk ke dalam GSC, kebetulan nombor panggung mereka telah dibenarkan masuk.

“I have to go, Bianca! It’s time..” Daris minta diri dengan tergesa-gesa dan cepat-cepat pergi mendapatkan Zara yang sudah jauh ke depan.

“Zara!” panggil Daris lagi selepas mereka masuk ke dalam. Mereka sedang mencari panggung yang menayangkan Fast and Furious 6.

Zara tak dapat mengelak lagi.

“Ya, Daris!” Zara senyum selebarnya walaupun palsu semata-mata. Dia tahu dia sudah tertangkap. Nak buat apa lagi? Senyum sajalah..

“Awak cakap dengan Bianca saya gay?” tanya Daris geram. Sesuka hati Zara memfitnah dia gay? Dia sebegini macho, muscle berketul-ketul dan yang paling penting wajah suci murni versi lelaki baik-baik ni dikatakan gay? Huh! Mana tak geram, der!

“She’s so annoying, Daris! Hari-hari bertanya pasal awak. Saya jadi stress dan terlepas cakap awak gay.” Zara terpaksa mengaku.

“Kot ye pun..takkan gay, Zara?’ Daris menggelengkan kepalanya.

“Saya tak nak dia kacau awak. Budak tu bukan boleh percaya sangat! Saya tak nak awak terperangkap dengan perempuan macam tu.” Zara cuba menjelaskan kenapa dia terpaksa berbuat begitu.

“So, awak cakap kat dia yang saya ni gay pasal awak takut saya kena kacau kena perangkap macam tu?” Daris bengang. Gay? Idea Zara betul-betul gila semata-mata untuk menjauhkan Bianca dari dirinya.

“Betul tu!” Zara tayang sengih.

“Tapi, Zara..saya rasa saya suka kena kacau dengan dia. Dia nak perangkap saya pun saya tak kisah. Dia comel apa?! Walaupun agak hyperactive sikit! Seronok bila ada orang sukakan kita tau.” balas Daris sengaja memprovok Zara. Kalaulah statement dia adalah gay tersebar mana nak letak mukanya nanti. Habislah reputasi lelaki melayu terakhirnya nanti. Memang tak patut, der!

“Apa awak?” Zara dah terkejut besar. Bengang pula dengan statement Daris sukakan Bianca.

“Budak macam terkena sawan macam tu pun awak suka ke?” Bianca tu? Hek..eleh..tak ada kelas! Menggedik je tahu! Zara mencebik.

“Sekurang-kurangnya dia mengaku dia sukakan saya. Tak macam orang tu, kan?!” provok Daris lagi sengaja buat Zara sakit hati seperti mana hatinya sakit dikatakan gay.

“Daris..awak ni..” Zara dah geram gila.

“Dahlah, Zara! Saya ni masih terasa dengan tuduhan awak tu. Awak tahu tak menuduh seseorang sama ertinya dengan memfitnah kalau tak ada bukti yang jelas. Awak cakap saya gay, Zara! Awak tau tak dosa memfitnah lebih besar dosanya dari membunuh?” Daris meluahkan perasaan sakit hatinya dituduh gay supaya Zara faham sengaja mereka-reka cerita yang tidak betul adalah salah. Buat orang tersalah faham dan seterusnya menjatuhkan maruah orang. Zara tidak patut berkata begitu walaupun alasannya ingin melindungi Daris.

Zara menggelengkan kepalanya. Sungguh..dia tak tahu.

“Baik awak bunuh saya saja, Zara!” nada Daris kedengaran tersangat kesal.

Zara terdiam lama. Dia mula faham apa yang dimaksudkan oleh Daris. Dia sudah melampau walaupun pada mulanya dia hanya berniat untuk melindungi Daris. Dia tak mahu Bianca mengacau Daris. Dia..Oh, Tuhan..adakah ini perasaan cemburu?

“Daris..I didn’t mean it happened that way..” luah Zara dengan penuh kesalan.

“Dahlah, Zara! Kita masuk dalam. Saya pun tak tahu hati saya ni boleh layan ke tidak Fast and Furious 6 ni lagi. Hati dah separuh, Zara!” Daris juga kedengaran seperti tersangat kesal. Zara terasa sangat-sangat bersalah.

“Daris..maafkan saya..”
 
PESANAN PENULIS:
Terlebih dahulu saya nak ucapkan..Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir dan Batin..
Berharap hari raya kali ini memberi seribu kebahagiaan buat kita semua.
SDLP..Inshaa..Allah akan dibukukan..untuk komen2 kamu semua saya amat berterima kasih. Maaf kerana tidak membalas komen anda kerana waktu saya amat terhad dengan tugasan dan pekerjaan. Apapun saya amat menghargai komen2 kamu semua. Terima kasih ye semua! ;)
 

3 comments:

  1. mau nyer daris tk sentap...cam tu punyer macho di lebel Gay...zara wat fitnah yg berunsur kn jeles tuh...dek Ego tk ngaku...on... jer lh zara...couple jer lh sebelum nyesal,kot tetiba jer si minah hyperactive tuh wat strategi ngorat daris lak...mase tuh jgn main tarik2 rambut udah ler...campak kn jejauh jerrr nama si qaiser tuh....hehe suker sngt kalu zara terima jer daris dek...

    ReplyDelete