Friday 30 August 2013


BAB 21: SESUNGGUHNYA..DIA LELAKI PELINDUNGKU

APA sebenarnya yang berlaku tadi? Kenapa CEOnya keluar dari bilik Zara dengan kepala berdarah? Daris puas berfikir, menyesal pula tidak menemui Zara tadi. Kalaulah dia boleh bersabar seminit mungkin dia akan tahu apa yang telah berlaku di antara Zara dan CEOnya?


Daris tidak berhenti berfikir perkara yang bukan-bukan. Sekarang, dia tidak senang duduk. Gelisah!


ZARA merenung lengannya yang berbirat kemerahan, jika dia keluar dengan Daris dalam keadaan begini tidak mustahil Daris akan syak wasangka yang bukan-bukan terhadap dirinya. Bila Daris membatalkan acara mereka pada petang tadi, Zara sedikit lega walaupun kecewa. Perasaan Zara sedang kacau-bilau. Dia perlu bertenang dahulu barulah dapat berterus terang dengan Daris. Dia tidak mahu menyembunyikan apa-apa daripada Daris tetapi keadaan tidak mengizinkan. Zara bimbang akan menimbulkan salah faham. Zara harap Daris dapat menunggunya..

 
DI LAPANGAN Terbang Antarabangsa, Langkawi..

Zara bersama mama dan papanya. Manakala Qaiser bersama daddy dan mummynya. Masing-masing berkumpul di airport untuk pulang ke Kuala Lumpur. Sedang menunggu flight peribadi Tan Sri Megat Arman Zainal Abidin tiba tetapi terpaksa menunggu kerana flight delay akibat faktor perubahan cuaca dengan tiba-tiba. Kalau tidak setengah jam yang lalu mereka semua sudah berlepas balik ke Kuala Lumpur.

Jengkel betul hati Zara melihat wajah pura-pura Qaiser yang berada tidak jauh daripadanya berada. Hambik kau! Puas hati melihat dahi mamat tu bertampal plaster. Plaster besar pula tu! Memang padan sangat dengan muka, kurang ajar sangat! Kutuk Zara sepuas-puasnya di dalam hati.

“Son, what happened with your head?” tanya Puan Sri Raja Qarlina sebaik saja Qaiser muncul di hadapan mereka semua.

Qaiser bukan memandang mummynya dahulu tetapi memandang Zara dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Dahi yang bertampal disentuh seketika. Sakitnya masih terasa sehingga kini. Qaiser mengetap gigi sehingga rahangnya boleh kelihatan bergerak-gerak. Melepaskan perasaan geram dan sakit hati di dalam diam. Kemudian, barulah memandang mummynya.

“Oh..yang ni? Tadi, ada orang baling pasu bunga terkena kepala Qaiser. Budak tu tak taulah kenapa? Dia practice main baseball kot!” kembali merenung Zara dengan renungan helang pembunuhnya.

Semua yang berada di situ memandang Qaiser..

Zara pula buat tak tahu..

“Ish, macam teruk luka tu?” Datin Seri Delilah juga menilik dahi Qaiser.

“Kamu kacau perempuan ke, Qaiser? Kalau tak , tak adalah bocor kepala kamu tu?!” Tan Sri Arman Zainal Abidin tidak percaya. Pasti anak lelakinya ada melakukan sesuatu? Takkanlah orang saja-saja nak membaling pasu bunga kalau tak ada pasal.

“Qaiser tak kacau..tapi ada orang yang kacau hak, Qaiser!” bengang melihat Zara buat tak tahu sedari tadi. Sibuk dengan handphone di tangan.

“Habis tu kamu biarkan saja orang tu?” Puan Sri Raja Qarlina terlalu geram dan sakit hati mendengar anak kesayangannya dicederakan oleh orang sesuka hati.

“Ini Qaiserlah mummy..I won’t let her go so easily..silap besar!” Qaiser menyorot renungan helangnya ke arah Zara. Jemarinya tanpa sedar digenggam kuat.

Zara berpaling setelah mendengar kata-kata Qaiser yang cukup mendalam. Renungan helang pembunuh menusuk ke kalbu. Hati Zara tercuit perasaan tidak enak.

“Jangan lepaskan orang tu! Suka hati nak mencederakan anak orang!” Puan Sri Raja Qarlina tidak berpuas hati, Qaiser masih belum melakukan apa-apa dengan orang yang mencederakan Qaiser. Kenapa dibiarkan? Sepatutnya disaman sampai sehelai sepinggang, merempat! Puan Sri Raja Qarlina cukup geram dengan orang yang tidak tahu keturunan dan darjatnya.

“Don’t worry mummy..tahulah nasib dia..” ujar Qaiser dengan tertahan. Perasaan dendam menyelubungi hatinya. Zara..wait and see..

Zara kembali mengadap handphone di tangan. Kata-kata Qaiser dibiarkan seperti angin lalu. Dia ada perkara yang lebih penting untuk difikirkan. Daris!

Zara sibuk menelefon Daris sedari tadi tetapi gagal menghubungi, tidak tahu kenapa? Hatinya cukup gelisah kerana Daris tidak menjawab satu pun daripada panggilannya. Rasanya dah berpuluh panggilan dibuat namun satu pun tidak berjawab. Ada sesuatu terjadikah? Hati Zara berdetak tidak keruan. Tak sedap hati!

Sebelum datang ke airport tadi, Zara sempat mengetuk pintu bilik Daris dan memanggil beberapa kali tetapi tidak berjawab. Terpaksa mengalah kerana dia terpaksa bekejar ke airport pula selepas itu. Apabila sudah berada di airport, Zara masih mencuba banyak kali menelefon Daris tetapi Daris masih tidak menjawab panggilannya.

Zara susah hati dan tidak senang duduk. Akhirnya, Zara bingkas bangun. Tidak tahan dengan perasaan tertekan yang dihadapinya. Menunggu Daris menjawab panggilan seperti menunggu keputusan exam pula rasanya. Berdebar!

“Zara nak ke mana?” tanya mama tatkala melihat Zara tiba-tiba bangun.

“Pergi ladies jap, ma!” Zara memberi alasan. Stress level semakin meningkat, baik dia keluar menghirup udara segar di luar. Moga dapat menenangkan perasaaan gelisahnya. Daris..where are you? Getus hati kecil Zara yang kebimbangan.

Mendengar alasan Zara, Datin Seri Delilah hanya mengangguk dan meneruskan perbualannya dengan Puan Sri Raja Qarlina.

Zara keluar..

Tanpa sedar Qaiser mengekori dari belakang..

“Zara..” Zara yang sedang sibuk memanggil Daris melalui talian menoleh.

Zara buat muka malas nak melayan. Zara sedang tertekan Daris tidak menjawab panggilannnya, Qaiser pula datang menyibuk. Memang taklah! Zara buat tak tahu menganggap Qaiser seolah-olah udara yang tidak kelihatan.

“I’m sorry..Zara..” mohon Qaiser cuba bersabar walaupun Zara buat tidak tahu dengannya.

Zara hanya menjeling. Malas betul nak melayan lelaki biadap itu. Dia belum amnesia untuk melupakan apa yang telah Qaiser lakukan terhadapnya pada petang tadi. Huh, sorry? Jangan harap! Tunggu lain dimensi la kalau nak memaafkan pun! Zara mencemuh di dalam hatinya.

“Zara..abang..tak sengaja..” ucap Qaiser dengan suara kedengaran kesal.

Tak sengaja?

Zara terus berpusing. Tak sengaja kata kau? Pecah masuk bilik orang, harassment orang, tak sengaja? Huh! Tak masuk dek akal langsung.

“Tak sengaja? Okay..” Zara senyum buat-buat. Kemudian, melotot matanya ke atas dan berpusing membelakangkan Qaiser. Bengang betul! Damn!

“Zara..janganlah macam ni..” pujuk Qaiser memegang bahu Zara.

Zara menolak bahunya ke belakang supaya tangan Qaiser jatuh. Tidak rela dirinya disentuh lagi oleh Qaiser. Jijik!

“Zara..abang betul tak sengaja..” Qaiser mengeluarkan sekuntum bunga ros merah dari dalam kot yang dipakainya. Berharap sekuntum bunga ros itu dapat memujuk hati Zara. Qaiser sempat membeli bunga ros itu sebentar tadi di kiosk. Bunga biasa macam ni saja yang tinggal. Kalau ikutkan dia boleh belikan bertan-tan bunga ros dari luar negara tetapi ini saja pilihannya yang ada disaat ini.

Zara berpusing kembali melihat Qaiser menghulurkan sekuntum bunga ros merah dengannya. Hanya sekuntum bunga ros merah untuk memohon maaf? Sejuta bunga ros pun tidak akan melunturkan apa yang telah Qaiser lakukan terhadapnya. Apa yang Qaiser lakukan hanyalah sia-sia. Dia tidak terpujuk dengan ros itu.

“Jangan nak sweet sangatlah, abang! Pergilah! Jangan ganggu Zara lagi!” tak menghargai apa yang diberikan oleh lelaki itu terus menghalau.

“Zara..please..” masih menghulurkan bunga ros merah memujuk. Walaupun hati tengah membengkak dengan penolakan Zara.

Zara bosan. Lantas,  mengambil bunga ros di tangan Qaiser. Zara mencium keharuman bunga ros itu seketika lalu tersenyum lebar.

Qaiser tersenyum kembali melihat Zara tersenyum. Mungkin Qaiser ingat Zara telah menerima permohonan maaf darinya.

Zara masih senyum. Bunga ros di tangan dipandang seketika. Kemudian, tanpa perasaan bersalah Zara menjatuhkan bunga ros itu ke lantai.

Qaiser melihat Zara menjatuhkan bunga ros yang diberikannya ke lantai. Pandang Zara dengan wajah tidak mengerti.

Zara senyum sambil menekan bunga ros yang berada di lantai dengan tapak kasutnya. Kuat-kuat! Seperti melenyek hati Qaiser sekejam-kejamnya.

Zara senyum sinis..

“Dalam mimpi Zara akan memaafkan abang. Apa yang abang lakukan pada Zara tak boleh dimaafkan langsung! Pergilah, abang! Jangan bazirkan waktu dengan perempuan macam Zara ni. Pergi balik dengan tunang abang tu!” cemuh Zara sepuas hati. Sakit hatinya masih berbekas bukan setakat apa yang berlaku di dalam bilik hotelnya tadi tetapi setiap apa yang Qaiser pernah lakukan terhadapnya sebelum ini. Terlalu banyak kelukaan yang telah ditinggalkan oleh lelaki itu untuknya. Dia takkan pernah melupakannya. Terlalu pahit!

“You’re so..arrogant, Zara!” tiba-tiba Qaiser bersuara perlahan namun kedengaran amat berdendam. Qaiser sakit hati dengan penolakan Zara. Kewibawaannya benar-benar tercabar. 

Zara hanya menjungkitkan bahunya dan terus berlalu.

Qaiser menahan geram..

 
PENANTIAN Zara berakhir apabila satu pesanan ringkas masuk.

Zara..saya tak sihat..

Pendek! Tetapi, membuatkan Zara terus bingkas bangun. Daris tak sihat? Jantung Zara berdetak laju. Hatinya yang berasa tidak sedap sedari tadi akhirnya berasas juga. Zara terlalu bimbangkan Daris. Tanpa berfikir panjang Zara telah membuat keputusan.

“Papa..mama..Zara tak dapat nak hantar papa dan mama ke France malam ni. Zara akan balik sendiri esok.” Ujar Zara dengan wajah cemas.

“Kenapa ni?” tanya mama. Risau melihat wajah kalut anak perempuannya.

“Ada hal penting! Nanti sampai France call Zara, okay?” beritahu Zara dengan kalut.

Dia harus segera ke hotel melihat Daris.

“Okay, but..promise me to take care of yourself.” Datin Seri Delilah berat hati membenarkan Zara pergi tetapi tidak menghalang niat anaknya itu. Berfikir yang baik-baik saja. Datin Seri Delilah cuba berfikiran positif.

“Orait, ma..” Zara senyum mendatar. Kalut nak bergegas keluar dari airport dengan segera.

Qaiser hanya memerhati..

 
DARIS bergegas ke airport. Dia sepatutnya sudah sampai ke airport sejam yang lalu tetapi kereta yang dinaikinya boleh pula rosak di tengah jalan. Kalau tidak, dah lama dia dapat berjumpa dengan Zara. Daris kesal kerana melayan kedegilan hatinya tadi, kalau tidak, dia sudah berjumpa dengan Zara dan meleraikan persoalan yang menyesakkan hati. Kalaulah dia membuka pintu biliknya tadi, sewaktu Zara mengetuk pintu dan memanggilnya banyak kali tak adalah dia begini. Daris terlalu kesal kerana terbawa-bawa dengan perasaan cemburu dan curiga.

Mungkin Zara telah pergi. Daris menyeluk poket seluar cuba mencapai handphone tetapi tiada. Ah, tertinggal agaknya! Agak Daris dengan perasaan kesal lagi. Oh..waktu-waktu macam inilah handphone boleh tertinggal. Rungut Daris bertambah kesal. Terpaksa menunggu kereta siap dibaiki dahulu. Namun, Daris amat pasti dia takkan bisa mengejar Zara lagi. Zara mungkin sudah berada berada di awan. Melankolik! Seakan sukar digapai lagi.
 
Daris mengeluh untuk kesekian kalinya lagi..

 
BERGEGAS mendapatkan teksi, Zara cuba menelefon Daris lagi. Namun, panggilannya tidak dijawab membuatkan Zara bertambah risau. Jangan-jangan Daris jatuh pengsan? Sorang-sorang di dalam bilik hotel? Oh, Tuhan..janganlah sesuatu yang buruk berlaku terhadap Daris. Pohon Zara bimbang.

“Could you hurry, sir? I have an urgency.” Zara menyuruh pemandu teksi supaya cepat-cepat memandu ke hotel. Tak tahu apa yang sedang berlaku terhadap Daris? Zara benar-benar takut.

Sampai di hotel, Zara terus bergegas..

Baru nak melangkah ke anak tangga, kereta Chevrolet Camaro Bumble Bee milik Qaiser khas untuk bersantai menghalang Zara dari melintas. Zara terkejut! Bila masa pula Qaiser mengekorinya? Takkan tak faham-faham lagi kot, makhluk sorang ni! Zara menyampah. Sudahlah, dia nak cepat menemui Daris, Qaiser pula menghalang. Kalau nak cari pasal dan bergaduh cari hari lain, boleh?! Bukan hari ini!!

Zara tiada masa nak melayan perangai budak darjah satu yang ditunjukkan Qaiser sekarang ni. Tanpa mempedulikan Qaiser, Zara terus berjalan ke arah lain untuk melintas. Kereta Qaiser mengundur, menghalang jalan Zara lagi.

“Ish, dia ni!” Zara geram kerana dia hampir terjatuh.

Zara tidak mempedulikan Qaiser terus melangkah mengikut arah lain pula.

Tiba-tiba, Qaiser turun dari keretanya dan menarik Zara dengan paksa masuk ke dalam keretanya. Sekuat mana pun Zara meronta, Qaiser tetap menarik Zara masuk ke dalam kereta.

Zara dihenyak kuat..pintu ditutup keras..

“Hei! Apa ni?” Zara menjerit marah. Apa yang Qaiser cuba lakukan ni? Zara tak faham.

Qaiser hanya diam tidak mempedulikan jeritan Zara, memandu keluar dari kawasan hotel.

“Abang ni kenapa? Kenapa paksa Zara ikut abang macam ni? ” tanya Zara cemas bila Qaiser mula memandu laju. Terasa kering darahnya dengan aksi memandu laju begitu.

Qaiser masih tidak mempedulikan setiap kata-kata Zara. Terus memandu laju.

“Turunkan, Zara! Turunkan Zara sekarang jugak!” Zara menjerit lagi. Bahu Qaiser digoncang memaksa Qaiser memberhentikan keretanya.

“Berhenti kereta ni, abang! Zara nak pergi jumpa dengan Daris. Daris mungkin tak sihat tu!” Zara memaksa lagi. Dia harus berjumpa dengan Daris. Dia tak tahu apa yang terjadi dengan Daris? Zara terlalu bimbangkan Daris. Tapi, Qaiser buat perangai gila pula. Urghhh..geram betul hati Zara.

Terdengar nama lelaki lain di bibir Zara, Qaiser semakin naik angin. Tangan Zara yang tak reti duduk diam sedari tadi asyik menggoncang bahunya ditangkap dan diramas kuat.

“Jangan berani-berani sebut nama lelaki lain depan, abang!” wajah Zara direnung tajam seperti ingin menelan Zara hidup-hidup. Renungan cukup serius.

“Kenapa tak boleh pulak? Bukan urusan abang pun! Turunkan Zara! Kalau tak Zara terjun dari kereta ni!” ugut Zara. Dia memang tak berani tetapi mungkin dengan mengugut terjun dari kereta Qaiser akan memberhentikan keretanya.

“Terjunlah! Kalau nak kulit cantik Zara tersiat-siat! Kalau hidup lagilah.” Qaiser tak hairan dengan ugutan Zara. Malah, menakutkan Zara pula.

Dah tentulah Zara tiada keberanian untuk terjun dari kereta ni. Zara pandang Qaiser dengan geram. Apa yang Qaiser nak ni? Tak faham langsung!

“Habis tu! Kenapa abang buat Zara macam ni?” tanya Zara bengang. Kalau nak sambung bergaduh dan menyakitkan hati pasal tak puas hati dengannya di airport tadi. Tunggu bila dia ada masa, bila ada masa nanti nak bergaduh dari pagi ke malam sambung ke esok pagi pun boleh. Sekarang ni, dia perlu berjumpa dengan Daris.

“Zara akan tahu nanti..”
 
PESANAN PENULIS:
Ohoo..Qaiser ni..main paksa-paksa pulak! Buat pengetahuan semua SDLP akan diberhentikan bila sampai bab 25, ye. SDLP terpilih untuk dinilai terbit. Kalau ada rezeki SDLP akan menemui anda semua tahun depan. Doakan saya, ye. Big..big..hug from me..

10 comments:

  1. yay..xsabar nak tunggu terbit..ish..geram dgn qaiser ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thx awk..Alhamdulillah ada penerbit yg bminat juga dgn novel ni..

      Delete
  2. mmg hampeh qaiser nih!!!makin melampau..wah...tk sabar nyer nk peluk ketat2 novel zara n daris...tahniah dek...mmg superb lh...

    ReplyDelete
  3. WAH TAHNIAH X SABAR TUNGGU PELUK NOVEL.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun dpn tau mgkin bulan 2..klu ada rezeki..

      Delete
  4. saya doa kan supaya lulus penilaian dan diterbitkan...amin.
    wish u good luck!!!;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thx..harap begitulah..klu lulus thn dpn dpt peluk SDLP ni..

      Delete
  5. DPCA.......bila akan kuar? Nk tahu progress nyer

    ReplyDelete
    Replies
    1. DPCA hujung September ni..dah dekat dah..klu nak tahu cpt ttg pkembangan tbaru DPCA ayu salina add FB sy..

      Delete