Saturday 3 August 2013


BAB 16: SESUNGGUHNYA..DIA LELAKI PELINDUNGKU

“KENAPA tak pergi kelas lagi ni?” Datin Seri Delilah pelik melihat Zara mundar-mandir dengan Ipad di tangan. Gelisah semacam.

Zara pandang mama seketika sambil menggigit ibu jarinya. Kelihatan Zara sedang berfikir sesuatu yang serius.

“Kenapa ni?” pening kepala Datin Seri Delilah melihat anak perempuannya berkawad ke hulu ke hilir sedari tadi. Apa halnya ni? Musykil pula jiwa tuanya melihatnya.

“Owh..just internal problem sikit! But, don’t worry mama..small matter..” small matter la sangat! Dari tadi duk ke hulu ke hilir gelisah mengalahkan kucing tengah contraction nak beranak saja.

“Really? You look like you’re having such an internal national problem saja!” wajah mama riak curiga.

Zara sengih. National problem? Interpretasi mama sungguh di luar jangkauan. Jauh sangat perginya!

“Eh, taklah ma..sikit-sikit je. Benda boleh settle!” Zara tergelak kecil. Ipad dipandang lagi. Owhh..

“Baguslah..mama tak nak Zara terlibat dengan masalah-masalah dalaman negara ni, biar PM saja yang risaukan, okay?” kata-kata mama ni berjenaka atau kata-kata sindiran semata-mata. Zara garu kepala.

“Dah, Zara! Tak payah nak fikir sangat. Mama dan papa nak ke Russia mungkin dua atau tiga minggu agaknya. Papa ada meeting dengan company International Launch Service kat sana.” Beritahu Datin Seri Delilah terus bangun dari sofa.

“Yeke, ma? Lamanya..” rengek Zara. Padahal, bukannya tak pernah kena tinggal lama-lama, saja nak mengada-ngada. Haih..anak mama sorang, nih!

“Drama sangatlah anak mama ni, macam tak biasa! Hm..papa serius nak ada satelit sendiri. Kita kena sokong papa, Zara.” beritahu Datin Seri Delilah tentang impian Dato’ Seri Farid yang bercita-cita tinggi untuk memiliki satelitnya sendiri yang sudah pasti memerlukan perbelanjaan yang memakan jutaan ringgit. Rangkaian telekomunikasi syarikat gergasi mereka semakin berkembang dan jika mereka mempunyai satelit sendiri itu akan memajukan lagi syarikat mereka dan berdiri kukuh.

ZARACOM atau ZARA Communication merupakan antara syarikat komunikasi terbesar di Asia. Jika, rancangan satelit ZARASAT berjaya bermakna ZARASAT merupakan salah satu barisan satelit komunikasi Malaysia. Dato’ Seri Farid telah membina pusat kawalan satelitnya sendiri di Langkawi. ZARACOM telah memesan satellite Boeing 601HP, dinamakan ZARASAT dan akan menyertai satelit Malaysia yang sedia ada seperti MEASAT . Oleh kerana itu, Dato’ Seri Farid akan ke Russia untuk berbincang dengan syarikat pembekal pelancar di sana.

“Wah, papa was incredibly ambitious man..respect him!” Zara memuji papanya. Dah lama papa sibuk berurusan perihal satelit.

“Itulah, projek super mega ni terlalu berisiko tapi tak apalah kita akan usahakan sampai berjaya. Armada juga di antara pelabur utama kita tapi bila Qaiser memutuskan nak bertunang dengan perempuan lain papa tak pasti mereka akan bergabung dengan kita lagi atau tak?” ujar Datin Seri Delilah.

“Biarlah mereka, ma! Zara dah tak kisah pasal Qaiser lagi. Kalau projek papa ni berjaya mereka yang rugi.” Zara dah malas nak berfikir tentang Qaiser lagi. Bosan pula mendengarnya sejak akhir-akhir ini. Daris juga membuatkan dia bersemangat setiap hari termasuklah hari ini tapi ada sesuatu yang membuatkan dia so..annoyed hari ini. Facebook Bianca dengan profile picture Bianca dan Daris direnung dengan renungan pembunuh. Grrr..huh!

“Betulkah dah tak kisah?” mama menjungkitkan keningnya sengaja mengusik Zara yang dah tahu sangat sukar nak melupakan Qaiser.

“Zara akan cuba sampai Zara berjaya walaupun terpaksa mengambil masa beribu tahun sekali pun, ma! Ops, ayat bunga-bungalah pulak tapi itulah yang Zara akan lakukan. Zara serius ni, ma! Sokong Zara, okay?” Zara buat muka bersemangat. Disatu sudut hatinya terselit rasa sayu.

“Mama sentiasa menyokong anak mama tak kira walau apa pun. Zara kena kuat, biarpun mama dan papa dah tak ada lagi.” Kata-kata mama membuatkan Zara terus menoleh ke arah mama.

“Jangan cakap macam tu, ma! Zara takut, ma!” Zara tidak dapat membayangkan jika mama dan papanya telah tiada. Sungguh..dia takkan kuat untuk melaluinya.

“Mama cakap kalau..tapi apapun Zara kena kuat.” Datin Seri Delilah terus memeluk anaknya dengan erat. Mencium ubun-ubun kepala anaknya dengan penuh rasa kasih sayang. Inilah satu-satunya anugerah Tuhan yang tidak terhingga yang dia dan suaminya miliki, Zara Diandra.

“I love you so much, ma..” ucap Zara sayu.

 “I love you so much too..” rambut anaknya diusap lembut.

“Hm..sudahlah tu! Zara kena move on lupakan Qaiser tu. Eh, hari tu Uncle George cakap Zara ada kenal dengan lelaki lain, kan?” tanya mama tiba-tiba. Zara yang dalam mood sayu terus bertukar mood terkejut. Cepat merungkai pelukan mama. Zara nampak mama senyum semacam. Erk!!

“Owh..lelaki tu..kawan je ma..” Zara tayang sengih. Betulkah hanya sekadar kawan?

“Uncle George cakap that guy very good looking, so..?” Datin Seri Delilah mengusik anaknya. Kalau Zara sudah mula keluar dengan lelaki lain dia merasa lega sedikit sekurang-kurangnya Zara boleh divert perasaannya itu dari memikirkan Qaiser lagi.

“Yeke, ma! Zara..pergi kelas dululah ma dah lambat ni.” Zara cuba mengelak bercerita tentang Daris. Kelam-kabut dia bangun pergi mendapatkan beg tangannya.

“Eh, lari pulak dia!” omel mama. Zara tersengih-sengih menyalami tangan mama sebelum beredar. Belum masanya lagi, ma! Bagi anak mama ni realized apa yang terbuku di hati ini sebenarnya dulu.

“Dah nak pergi kelas ke?” bertembung dengan papa baru turun dari tingkat atas. Zara terus pergi mendapatkan papa lalu disalami tangan papa pula.

“Haah, pa! Zara pergi dulu..” Zara sengih. Sengaja buat kelam-kabut dah lambat pergi ke kelas.

Datin Seri Delilah hanya menggelengkan kepala. Pandai betul budak bertuah sorang ni!

 
STATUS Bianca pada pukul satu pagi membuatkan Zara keresahan sepanjang malam. Sudahlah pagi sebelumnya Bianca upload profile picture dia dengan Daris. Ramai pula yang like gambar tu.  Itu yang terbako hatinya..

Disebabkan status Bianca, seawal jam lapan pagi Zara sudah tercegat di hadapan apartment Daris. Dia tidak dapat tidur semalaman berfikir tentang status Bianca di Facebook yang terlalu gembira kerana akan keluar dengan seorang lelaki pada hari ini. Dia cuba menelefon Daris pada  pukul enam pagi tadi tetapi tidak dijawab oleh Daris. Dia keresahan apabila terfikir kemungkinan besar Darislah lelaki yang akan keluar berpacaran dengan Bianca pada hari ini. Disebabkan itu, Zara tidak dapat menahan hatinya lagi tanpa berfikir panjang mencari Daris di apartmentnya. Kerja gila tapi dia akan lagi gila jika betul Daris keluar dating dengan Bianca.

Zara terus merempuh masuk apabila Daris membuka pintu. Tercengang mamat tu dengan keselambaan Zara merempuh masuk dengan bagi salam pun tidak. Daris pula dalam keadaan tidak bersedia langsung menerima tetamu di pagi-pagi hari hanya memakai seluar pendek dan  t-shirt putih yang agak sendat dengan sleeping face yang garing semacam. Zara juga tercengang melihat panorama pagi yang mendebarkan dada. Messy but look too sexy..

“Zara buat apa kat sini?” betul-betul terkejut dengan kunjungan Zara yang tidak dijemput malah main rempuh saja. Baru nak tidur lama sedikit selepas Subuh tadi tetapi ada gangguan pula. Daris mengekori Zara dari belakang sambil menggosok-gosok rambutnya. Zara berpusing sebaik saja mendengar kata-kata Daris dan kebetulan Daris betul-betul berada di belakangnya. Wajah Zara hampir nak berlaga dengan dada Daris. Zara mendongak dan melihat Daris dengan sebelah tangannya sedang menggosok rambut. Kedudukan mereka pegun sebentar masing-masing saling bertatapan. Zara dipukau dan Daris terpukau. Hanya jantung berdetak dan bagai terdengar di telinga masing-masing.

 “Er..”

 “Er..”

 Masing-masing dah ter’er’ ter’a’ ter’u’..awkward scene..

“Awak buat apa kat sini?” tanya Daris ulang balik pertanyaannya tadi.

 Zara yang dah tune balik fikirannya yang goes up and goes down tu kepada equal balance pandang Daris dengan muka berkerut-kerut siap terjungkit keningnya.

 “Awak ada apa-apa nak buat hari ini?” tanya Zara siap berpeluk tubuh. Jangan cakap nak keluar dating dengan Bianca! Sah-sah Zara meletup di situ juga.

“Hah? Awak datang pagi-pagi ni hanya nak bertanyakan itu saja ke?” Daris sungguh tak percaya. Pukul lapan pagi ni! Hujung minggu pula tu. Daris bercekak pinggang beserta keluhan. Kot ye pun..

“Saja tanya takkan salah kot!” Zara buat muka tak ada perasaan.

“Saja tanya?! Pagi-pagi macam ni? Handphone awak bermasalah ke? Anak tauke telekomunikasi tak bayar bil, eh?!” Apa ni? kegunaan telefon dah ketinggalan zaman ke sekarang ni? Setakat nak bertanya macam tu dalam telefon pun boleh.

“Tak boleh ke?” Zara buat lagi muka tak ada perasaan. Habis tu nak buat muka macam mana lagi? Kalau tak buat rupa macam ni dia takkan sampai ke sini untuk bertanyakan pasal agenda dating sedunia Bianca dan lelaki temujanjinya.

“Boleh..boleh..ha..nak tanya apa tadi? Nak buat apa hari ni, kan? Saya nak keluar karang, puas hati?” mata masih mengantuk lepas tu melayan pula kerenah entah apa-apa Zara ni. Budak ni tak tahu ke ini rumah anak teruna? Main redah saja, kalau ada orang ternampak ke tadi, tak pasal-pasal kena tangkap kering dan-dan tu jugak. Hati Daris cuak pula bila terfikirkan hal itu.

“Awak nak keluar dengan siapa?” cara Zara bertanya seperti seorang isteri sedang bertanya kepada suaminya.

Terjungkit kening Daris mendengarnya. Sejak bila dia berbini ni?

“Saya nak keluar dengan kawan sayalah..” tanpa syak wasangka lagi.

“Kawan awak tu siapa?” makin menyibuk pula si Zara ni.

“Kawan saya tu namanya..eh, jap-jap..awak ni dah kenapa? Tanya banyak sangat!” Daris yang masih terpisat-pisat pandang Zara dengan pandangan tak percaya. Apa kes ni? Daris tak faham dengan sikap aneh Zara yang pagi-pagi hari dah muncul dan bertanya perkara yang bukan-bukan.

“Eh, mana ada kenapa..saja bertanya.”

“Awak datang ke sini semata-mata nak bertanya itu saja?” Daris makin tak percaya.

“Yelah..takkan tak boleh kot!”

Lama berfikir baru Daris dapat menangkap sesuatu. Mungkinkah pasal..

“Bianca ajak saya keluar semalam!” Daris senyum penuh makna dengan Zara. Nak main roller coaster sangat, kan! Terus terangkan senang Cik Zara oii..tak payahlah corner sana-sini kalau setakat nak bertanya tentang kawan awak sorang tu. Bebel Daris di dalam hati. Kes cemburu la ni..

“Apa? Dia masih ajak awak keluar walaupun dah banyak kali saya cakap jangan kacau awak?” Zara tak percaya. Degil betul si budak Bianca ni! Hai..

“Ye, awak!” Daris sengih pula, buat muka seronok nak keluar berdating dan Zara pula dah hangin semacam.

“Hish, dah berbuih mulut saya cakap jangan kacau awak dia kacau juga. Memang sengaja nak cari pasal, tak tahu ke awak ni saya punya. Kawan punya pun nak carass!!” Zara berkata dengan geram.

Daris dah tersengih mendengar kata-kata Zara. Akhirnya, Zara mengaku juga..

“Ops..hm..Daris..” Zara rasa dia tersasul sesuatu. Alamak! Haish..mana nak letak muka yang flawless sangat ni? Malunya..

“Saja bertanyalah sangat!.Kan, dah terbongkar semua. Awak ni..” Daris tergelak sambil menunjuk-nunjuk jarinya berkali-kali ke arah Zara siap menggelengkan kepalanya.

“Daris..” Zara tahu dia sudah terjerat.

“Kenapa awak buat macam ni, Zara?” tanya Daris. Hati Zara perlu disingkap dan diungkap. Kalau nak menunggu Zara mengaku sampai bila entah nak mengaku.

“Bianca tu la..kenapa nak ajak awak keluar?” Zara tak puas hati. Tak ada orang lainkah selain Daris?

“Dia nak berkawan dengan saya rasanya tak salah, Zara.” balas Daris bersahaja.

“Salah! Salah banyak!” Zara tak setuju langsung!

“Kenapa? Boleh bagi tahu saya alasannya?” Daris masih menduga.

“Owh..alasan, eh? Okay..saya tak nak berkongsi kawan dengan Bianca. Dia ada banyak kawan lelaki. Kalau tak ada awak sorang pun tak apa.” Entah apa-apa alasan entah. Namun, di sudut hati Zara dia tahu dia merasakan sesuatu hanya hatinya terlalu berat nak mengaku.

“Itu saja alasan awak? Awak pernah dengar tak berkawan biar beribu, bercinta biarlah satu? Saya rasa alasan awak tu tak relevan tapi kalau awak ada alasan yang paling logik saya takkan keluar dengan Bianca. So..ada?” cabar Daris. Bengang Zara masih lagi nak bermain tarik tali. Perkara dah terang lagi nyata masih tak nak mengaku.

“Tak ada alasan? Fine..saya akan keluar dengan Bianca karang.” Daris dah mula bosan dengan sikap Zara yang suka sangat bermain tarik tali dengannya. Susah sangatkah nak mengaku? Atau sememangnya Zara tidak pernah sedetik pun merasakan sesuatu untuknya. Hanya dia yang terhegeh-hegeh. Perit pula jika ianya benar.

Daris berpaling. Perasaannya kecewa sangat!

“Okay! Okay! I don’t want anyone to get involve with you. I don’t know why I get so protective and jealous over you when you’re not even mine!” akui Zara akhirnya. Dia tak tahu kenapa dia terlalu takut kehilangan Daris. Dia tidak mahu Daris terlepas pergi dengan mana-mana perempuan. Dia tidak boleh terima itu semua.

“Saya tolak dia, Zara..” perlahan Daris bersuara.

 “Hah?” Zara tak faham

“Saya dah tolak ajakan Bianca untuk keluar malam tadi.” Jelas Daris. Jerat sudah mengena dan Zara sudah mengaku apa yang tersirat di hatinya.

“What? Why are you doing this to me, hah? Suka tengok saya macam ni, eh? Macam orang tak betul! Awak tak patut permainkan saya macam ni!” Zara berang seperti dia dipermainkan.

“Awak suka saya tapi masih tak mahu mengaku. Siapa yang permainkan hati siapa, Zara?” luah Daris kesal.

“Daris..saya rasa..saya harus pergi..maaf, Daris!” Zara masih mengelak walaupun sudah terbukti jelas perasaan Zara terhadap Daris.

Zara mengambil beg tangannya di sofa dan berlalu di hadapan Daris.

Daris cepat menghalang Zara dengan meletakkan tapak tangannya ke dinding. Langkah Zara terhenti. Zara berhadapan dengan Daris dan Daris semakin merapati Zara serapatnya sehinggakan Zara terkurung di dalam tawanan Daris. Mereka saling bertatapan.

“Daris!” mata sudah bergenang.

“You don’t have the guts to tell the truth that you love me, hah?” Daris tidak dapat menahan perasaannya lagi.

“Don’t lie to your self, Zara!” Daris merenung dalam.

Zara juga tidak dapat menahan perasaannya juga menangis semahunya. Menangis sampai tertunduk-tunduk. Dia tahu tentang hatinya tapi dia terlalu takut untuk mengakuinya. Dia takut dia akan dikecewakan lagi. Jika dia jatuh lagi dia takut dia tak akan bisa bangun lagi. Itulah ketakutan utamanya.

“Forget what hurt you in the past, Zara! I know..It’s like once you’ve been hurt, you’re so scared to get attached again, like you have this fear that every person you start to like is going to break your heart. No, I won’t Zara! I’m gonna love you more and more..and more..and more..” bisik Daris di telinga Zara dan seraya itu Daris menarik Zara ke dalam pelukannya setiap detik dia berkata..and more..and more..and more..

Zara teresak-esak di dalam pelukan Daris. Ya, dia juga mencintai Daris.

“You drown me, Daris..”
 
PESANAN PENULIS:
Seperti yang dijanjikan entry sebelum raya. Bijak tak Daris trick Zara? Akhirnya, mengaku jugak si Zara, nih! Salam Aidilfitri untuk semua. Berhati-hati di jalan raya. Makan kuih ingatlah kat saya..hehe..Thank you..
 

6 comments:

  1. Bijak..bijak.. daris mmg ada otak bergeliga...

    ReplyDelete
  2. BEST,MINGGU DEPAN ADA N3 BARU X SEBELUM RAYA KE .

    ReplyDelete
  3. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN SEMUA.

    ReplyDelete
  4. Uihhh pdai btl daris..akhirnya mgaku jugak zara yek..

    P/s
    Selamat hari raya
    Masuk n3 cpt2 yek..

    ReplyDelete
  5. luv u more n more n more ..zara,so romantik nyer daris...akk pn luv u more n more dek writer...kalu leh nk lg sungguh tk puas...salam raya gak dari akk dek writer...kalu ade terkomen yg agak keterlaluan tuh akk mohon maap yer dek...

    ReplyDelete
  6. best..luv u too three four five nk n3 baru....

    ReplyDelete