Wednesday 21 August 2013


BAB 18: SESUNGGUHNYA..DIA LELAKI PELINDUNGKU

MAJLIS Pelancaran ZARASAT di Meritus Pelangi Beach & Spa, Langkawi. Zara mengajak Daris mengikutinya ke Langkawi. Papa dan mama Zara telah mengetahui perhubungan Zara dan Daris dan telah merestuinya. Datin Seri Delilah amat bersetuju dan berkenan dengan pilihan Zara sewaktu kali pertama bertemu dengan Daris yang kelihatan kacak dan bersopan. Dato’ Seri Farid pula tidak banyak kerenah apabila diberitahu oleh isterinya tentang Zara yang sedang berpacaran dengan Daris. Tanpa pengetahuan Datin Seri Delilah dan Zara, sudah lama Dato’ Seri Farid mengetahui siapa Daris yang sebenarnya melalui ketua bodyguardnya siapa lagi kalau bukan George yang pantas menyiasat siapa Daris dan melaporkan setiap pergerakan Zara dan Daris. Melalui info dan gambar pasangan muda itu, Dato’ Seri Farid berpuas hati dengan Daris. Dato’ Seri Farid tidak akan buta-buta menerima lelaki di dalam hidup anak perempuan kesayangannya begitu saja tanpa menyiasat terlebih dahulu. Dato’ Seri Farid mengharapkan yang terbaik untuk anaknya. Erti kata lain, Daris lulus sebagai calon menantu.

Daris begitu segak dengan bertuksedo hitam, sedang menunggu Zara di depan pintu bilik hotel Zara. Mereka berdua akan bersama-sama pergi ke majlis pelancaran ZARASAT sebagai pasangan couple buat pertama kalinya. Hati Daris berbunga-bunga.

Sabar menanti sang puteri di hadapan pintu..

Tidak lama kemudian, pintu bilik dibuka dari dalam dan berdirilah Zara dengan penampilan yang begitu memukau pandangan. Zara kelihatan tersangat cantik dengan kebaya moden yang chick diilhamkan oleh seorang pereka fesyen dari Indonesia dan diterbangkan khas untuk Zara. Kebaya moden berwarna coklat keemasan dengan sulaman dan renda berwarna keemasan begitu terletak cantik di badan Zara yang putih mulus. Rambut Zara disanggul kemas tanpa juraian rambut sedikit pun. Dicucuk pula dengan cucuk sanggul seperti puteri di zaman silam. Moden dan silam digabungkan bersama maka terhasillah ‘masterpiece’ yang begitu memukau pandangan sesiapa yang memandang Zara.

“Zara..” tiada kata-kata yang dapat diperkatakan oleh Daris tatkala melihat Zara yang berdiri dengan anggun. Daris terkesima.

“Daris!” seru Zara dengan senyuman menawan.

Daris bagaikan tenggelam di dalam khayal merenung Zara tanpa berkelip.

Zara hanya tersenyum melihat Daris yang kelihatan terkejut dengan penampilannya. Zara sudah biasa dengan renungan begitu. Tapi, renungan dari teman lelaki memang membuatkan hati Zara kembang setaman. Renungan seorang kekasih.

“Kita pergi, okay!” Zara tanpa segan terus memeluk lengan teman lelakinya dengan perasaan sangat gembira dan teruja. Tidak pernah dia merasa sebahagia ini.

Daris terpinga-pinga hanya menuruti langkah Zara.

Ketibaan Zara dan teman lelakinya mendapat perhatian besar-besaran dari lensa kamera para pemberita dan para jemputan majlis pelancaran ZARASAT. Pasangan yang sama cantik dan sama sepadan. Sesiapa yang melihat mereka berdua  pasti memuji pasangan ideal itu.

Bagi Zara dan Daris terasa seperti mereka sedang melalui wedding reception pula. Masing-masing cuba stabilkan diri supaya kelihatan relaks dan steady.

Bagi Daris inilah kali pertama dia menjadi perhatian orang ramai. Daris tidak selesa tetapi pegangan tangan Zara dilengannya setiap masa menenangkan perasaan gemuruhnya.

Bagi Zara, sesungguhnya dia tidak pernah segembira dan sebahagia ini. Terasa hidupnya telah lengkap.

Zara sedang menunggu ketibaan papa dan mama, kemudian barulah majlis pelancaran akan bermula. Tidak lama selepas ketibaan Zara, kedengaran pengumuman mengumunkan ketibaan Dato’ Seri Farid dan Datin Seri Delilah pula.

Majlis Pelancaran ZARASAT berjalan dengan lancar. Tepukan gemuruh para tetamu undangan kedengaran di seluruh ballroom menandakan ZARASAT telah dirasmikan oleh Dato’ Seri Farid dan isterinya.

Zara sedang berbual dengan Daris sewaktu Qaiser dan pasangannya melangkah masuk ke dalam ballroom. Mata Zara tanpa sengaja terlihat Qaiser dan pasangannya sedang melangkah masuk dan semakin hampir dengan mereka berdua. Wajah Zara terus berubah.

Wajah Zara yang tiba-tiba berubah membuatkan Daris menoleh dan dia juga dapat melihat CEO syarikatnya sedang melangkah masuk bersama pasangannya. Daris terdiam dan mengamati riak wajah Zara sedalam-dalamnya seakan cuba menilik apa yang sedang difikirkan oleh Zara diketika ini. Hati Daris bergetar bimbang dengan tiba-tiba.

QAISER yang baru melangkah masuk ke dalam ballroom, terlihat Zara bersama dengan seorang lelaki yang boleh tahan kacaknya. Mata Qaiser tidak lepas memandang Zara yang kelihatan tersangat cantik pada malam ini. Namun, hatinya tiba-tiba terasa sangat sakit tidak tahu kenapa? Matanya tidak senang melihat Zara bersama dengan lelaki lain. Hatinya tidak senang melihat keakraban Zara bersama lelaki lain.

“Awak masih tak dapat nak melupakan dia ke?” tiba-tiba Daris bersuara setelah membiarkan Zara dan CEO syarikatnya saling berbalas pandang sedari tadi. Rasanya dah cukuplah tu kalau dibiarkan lama-lama karang hatinya juga yang sebu semacam.

“Hah! Eh, tak adalah awak..saya tengok awek kat sebelah tu macam kenal saja.” Zara yang baru tersedar cepat-cepat berdalih. Tapi, memang betul pun macam kenal saja perempuan itu. Oh, memang perempuan tu! Zara baru teringat perempuan yang baik hati sangat memberi nasihat percuma dengan dirinya sewaktu dia menangis di dalam tandas tidak lama dulu. Terfikirkan takdir yang berputar di antara mereka. Zara tergelak pahit tanpa sedar.

“Oh, ye ke? That’s a relief..I thought you would think about him because he’s such a perfect man, isn’t it!” Ayat yang keluar dari bibir Daris kedengaran seperti cemburu dan tergugat.

Zara pandang Daris dengan pandangan comel dan manja cuba menenteramkan hati Daris. Zara tahu Daris bimbang dengan hatinya yang mungkin tidak dapat melupakan Qaiser.

“Saya suka awak cemburu begini. Look so..sexy..” pujuk Zara manja. Zara mengeratkan pegangan tangannya di lengan Daris. Kepala sengaja dilentokkan dengan manja di dada Daris.

“Really? Just look at him, wherever he goes, all the ladies would stare and stick their eyes on him..almost pulling him away from his lover.” Daris menduga hati Zara. CEO syarikatnya yang bernama Megat Qaiser Zulkarnain dipandang kemudian Daris pandang Zara dengan kening diangkat.

“Hm..?”

Zara terjebak dengan kata-kata Daris. Tipulah, jika hatinya tidak tersentuh langsung dengan kehadiran Qaiser. Ah, cerita lama!

“Saya dah ada awak..hm..” Zara cuba meyakinkan Daris. Zara juga serba-salah dengan dirinya.

 “Zara..” perbualan mereka terganggu dengan kemunculan Puan Sri Raja Qarlina yang tiba-tiba.

Tumpuan Zara dan Daris kini tertumpu pada Puan Sri Raja Qarlina yang kelihatan anggun bergaya di majlis itu.

Puan Sri Raja Qarlina memandang mereka dengan penuh tanda tanya. Siapa lelaki di sebelah Zara? Hati tuanya tidak senang.

“Oh, Auntie Qar.” Zara terkejut melihat mummy Qaiser menyapanya dengan tiba-tiba.

“Auntie, ada sesuatu nak bercakap dengan Zara. Boleh sekejap tak?” pinta Puan Sri Raja Qarlina lebih kepada Daris sebenarnya supaya Daris beredar sewaktu dia ingin bercakap dengan Zara.

Daris hanya mengangguk walaupun berat.

“Right this way, darling!” menyuruh Zara berlalu dahulu dan Puan Sri Raja Qarlina sempat memandang Daris dari atas sehingglah ke bawah. Kacak! Akui Puan Sri Raja Qarlina dalam diam.

Puan Sri Raja Qarlina menghulurkan senyuman kepada Daris sebelum membawa Zara jauh dari pemuda kacak itu. Dia ada perkara untuk diperkatakan terhadap Zara.

“Dah lama auntie tak berjumpa dengan Zara.” ujar Puan Sri Raja Qarlina sewaktu mereka berjalan ke arah satu sudut untuk berbual dengan selesa.

“Zara ada je..tak ke mana pun.” Zara senyum cuba mengambil hati bakal ibu mertua tidak jadinya.

“Zara..actually..I’m not happy with the decision made by Qaiser..enggaged to another women.” Luah Puan Sri Raja Qarlina ketidakpuasan hatinya dengan keputusan anak lelakinya memilih perempuan lain untuk dijadikan isterinya. Puan Sri Raja Qarlina sememangnya mengharapkan Zara menjadi menantunya tetapi kedegilan Qaiser yang masih memilih perempuan biasa-biasa menjadi isteri tidak dapat dihalang lagi.

“Doakan kebahagiaan mereka saja, auntie! Zara sudah terima kenyataan Abang Qaiser tidak memilih Zara. Tak apalah, auntie! Zara okay je..” Zara senyum pahit. Dia harus katakan apalagi.

“Auntie tak restui mereka berdua.” Ujar Puan Sri Raja Qarlina masih berdegil tidak mahu menerima bakal menantu pilihan anak lelakinya.

“Janganlah macam tu, auntie! Mereka berdua saling mencintai. Biarkanlah mereka berdua bersama.” Zara cuba menasihati mummy Qaiser.

“Auntie tak tahu mereka berdua boleh bertahan sampai bila? Bukan Zara tak kenal dengan Qaiser tu kalau dengan perempuan bagaimana? Macam chipsmore! Sekejap ada, sekejap tak ada. Hanya Zara yang faham perangai Qaiser tu.” Perangai womanizer anak lelakinya sudah diketahui umum dan dia tak pasti perempuan yang dipilih oleh Qaiser adalah muktamad. Dia faham sangat dengan anak lelakinya itu.

“Zara boleh lihat Abang Qaiser serius, auntie! Kalau tak..tak adalah Abang Qaiser umumkan pertunangan mereka berdua.” Pujuk Zara. Walaupun tidak bersama dengan Qaiser, dia berharap Qaiser gembira dengan kehidupannya.

“Harap begitulah..hm..Zara..auntie tahu..you’ve been through a lot as well. Sorry for what Qaiser have done to you. Auntie turut kesal.” Akui Puan Sri Raja Qarlina dengan perasaan tersangat kesal.

“It’s okay, auntie! Perkara dah berlalu..” Zara tunduk sayu. Hatinya masih berbekas dengan perbuatan Qaiser.

“Hm..siapa lelaki dengan Zara tadi? Handsomenya pun boleh tahan.” Tanya Puan Sri Raja Qarlina ingin tahu siapa lelaki yang bersama Zara.

“Teman lelaki Zara, auntie!” Zara mengaku. Daris cinta hatinya. Qaiser masa lalunya. Zara sudah dapat memahami dirinya kini.


“Teman lelaki siapa?” tiba-tiba muncul Qaiser berseorangan menyampuk perbualan mereka.

 Zara terkejut dengan Qaiser yang datang dengan tiba-tiba.

 “Lelaki bersama denga Zara itulah teman lelaki Zara.” terang Puan Sri Raja Qarlina tanpa dipinta.

 “Teman lelaki main-main bukan serius pun, kan?” telah Qaiser mula merapati Zara. Renungan helang mula mencari anak mata Zara.

Zara hanya mendiamkan diri. Lidahnya kelu untuk membalas walaupun Zara teramat menyampah dengan nada suara Qaiser seperti mengejek dirinya. Sabar sajalah, Zara..

“Seriuslah..apa yang tak seriusnya..” Puan Sri Raja Qarlina pula yang menjawab bagi pihak Zara. Mulut anak lelakinya itu boleh tahan juga berkata-kata bimbang pula Zara berkecil hati. Kasar sangat!

“Budak ni selalu main-main, mummy! Bukan betul sangat! Saja nak show off mana tahukan, mummy?!” serkap Qaiser tidak percaya yang Zara serius dengan lelaki lain.

“Behave yourself, Qaiser! Nak bergurau pun agak-agaklah..” Puan Sri Raja Qarlina mengingatkan anak lelakinya. Mata dijegilkan ke arah anak lelakinya namun tidak dipedulikan.

“Zara dah biasa dengan abang yang selalu bergurau manja ni. Betul atau main-main kita tengok sajalah nanti.” Zara terlalu bengangkan Qaiser tetapi cuba berlagak biasa. Tidak guna nak membalas. Dia tidak faham kenapa Qaiser bersikap sarkastik padahal Qaiser sudah bahagia dengan bakal tunang tersayang.

Renungan helang Qaiser tidak dipedulikan. Nak marah dengan kata-katanya tadi? Lantaklah!

“Handsome teman lelaki, Zara! Sepadan!” puji Puan Sri Qarlina sengaja mengapi-apikan hati anak lelakinya. Jika Qaiser tidak mempunyai perasaan terhadap Zara takkanlah bersikap sebegini. Nampak macam nak marah saja sedari tadi. Hai..budak-budak ni!

“Terima kasih, auntie! Zara pergi dululah, dah lama teman lelaki Zara keseorangan. By the way, auntie! Zara akan berkahwin tak lama lagi dengan teman lelaki Zara. Kami tak nak tunang-tunang ni, terus kahwin saja selepas mama dan papa selesai urusan di Russia nanti. I’d like to invite you in advance.” Ucap Zara dengan senyuman manis tetapi sengaja membakar hati Qaiser yang terlalu angkuh. Zara tersangat puas hati kerana dapat membalas dengan secukupnya.

Wajah Qaiser terus berubah kerana terlalu terkejut mendengar kata-kata Zara. Mata Qaiser tidak lepas merenung wajah Zara yang selamba. Entah kenapa hatinya terlalu sakit. Perasaan marah mula membuak-buak di dalam dada.

Zara tidak mempedulikan renungan helang pembunuh Qaiser terus meminta diri dan beredar. Dia perlu mencari Daris. Ke mana Daris ni?

“Zara cantik sangat malam ni..don’t you think, Qaiser?” kata-kata mummy semakin menaikkan kemarahan Qaiser. Sakit betul hatinya bila ditewaskan. Qaiser berdendam.

Puan Sri Raja Qarlina hanya memerhati Qaiser yang masih lagi tidak melepaskan renungannya terhadap Zara yang semakin menjauh. Tidak sedap hati pula melihat sikap yang ditunjukkan oleh anak lelakinya itu. Jangan dibuat yang bukan-bukan sudah. Keluh Puan Sri Raja Qarlina.

ZARA resah kerana gagal mencari Daris di dalam ballroom. Melilau matanya mencari kekasih hati namun masih tidak ditemui. Takkan merajuk kot!

Zara mengeluarkan handphonenya lalu mendail nombor Daris. Menunggu panggilan dijawab.

“Daris..awak ke mana?” Zara terus bertanya selepas Daris menjawab panggilannya.

“Kat luar!” suara dingin Daris kedengaran. Sah! Mamat ni memang merajuk. Hok..aloh..

Zara tergesa-gesa mencari Daris di luar..

Daris berada di gelanggang basketball di luar hotel. Ada sebiji bola buat pelepas sakit hati dan geram. Dilantun-lantun bola ke lantai dengan perasaan sebal. Sakit betul hatinya melihat Zara dan CEO syarikatnya berbual. Walaupun, ibu CEO juga ada bersama tetap membuatkan hati Daris tidak keruan.

“Hai..” keluh Daris. Lantunan bola dilepaskan dan bola terlepas ke lantai dan bergolek tidak jauh dari kaki Daris. Daris hanya melihat bola itu di lantai. Kemudian, Daris mengeluh lagi sambil bercekak pinggang. Selepas itu, tergelak pahit pula.

Tidak semena-mena Daris berjalan ke depan lalu disepak bola itu dengan sekuat hati. Nasib kaulah, bola!

Hati Daris keresahan..

Kelakuan Daris menjadi perhatian Zara sedari tadi. Hati Zara dicuit rasa bersalah sangat-sangat. Bukan sengaja dia menyakiti hati Daris. Tiada niat pun nak menyakiti hati orang yang disayangi.
“Daris!” panggil Zara yang berada tidak jauh dari Daris.
 “Awak dah berjaya, Zara! Berjaya sakitkan hati dia dan awak berjaya juga sakitkan hati saya.” Daris bersuara tanpa menoleh.
Zara berlari mendapatkan Daris dari belakang yang sedang bercekak pinggang. Bila sudah berada di belakang Daris, Zara terus memeluk belakang Daris dengan erat.
Daris agak terkejut dengan pelukan Zara yang tiba-tiba.
“Zara..” Zara mengeratkan lagi pelukan pada pinggang Daris ketika namanya diseru oleh Daris. Zara menyandarkan sisi wajahnya pada belakang Daris yang hangat. Pelukan dieratkan lagi.
“Saya bukan alat untuk awak sakitkan hati dia. ” lengan Zara yang sedang melingkari pinggangnya Daris cuba ungkai tetapi Zara tetap berdegil. Daris menoleh ke tepi cuba melihat wajah Zara tetapi sukar. Dengan kedudukan mereka begitu sukar untuk Daris menelah perasaan Zara.
Daris hanya dapat merasakan Zara sedang menggelengkan kepalanya beberapa kali.
“Tak..Daris..bukan..” Zara menafikan.
“Can I turn around?” Daris ingin sekali melihat wajah Zara saat ini. Dia ingin menyelami perasaan Zara.
Zara masih menggelengkan kepalanya tidak membenarkan Daris berpusing ke belakang. Dia tidak mahu Daris pergi jika dia melepaskan pelukannya.
“Saya sukakan awak, Daris! Saya tak pernah berperasaan begini. Perasaan ini amat menakutkan saya. Tapi, saya tetap sukakan awak.” Luah Zara sepenuh hati dengan matanya dipejam rapat. Berharap sangat Daris mempercayai dirinya.
Daris melepaskan pegangan tangan Zara lalu berpusing mengadap Zara. Tangan diletakkan di atas kedua belah bahu Zara dan wajah ditundukkan mencari anak mata Zara yang sendu.
“Saya percaya..” Daris terus memeluk Zara dengan erat. Dia percayakan Zara. Cuma, Daris tidak percaya dengan dirinya sendiri kerana dibayangi perasaan cemburu.
“Dia bukan siapa-siapa lagi untuk saya..” Zara cuba meyakinkan Daris dengan perasaannya.
“Glad to hear..” Sungguh..apa yang paling dia takuti adalah kehilangan Zara Diandra. Entah kenapa hatinya tidak keruan seperti sesuatu yang akan berlaku terhadap mereka. Daris tidak dapat mengelak dirinya daripada berfikiran negatif walaupun banyak kali dia cuba berfikiran positif. Tidak tahu kenapa? Zara seperti tidak selamat.
 
Qaiser melihat dengan jelas drama sebabak di antara Zara dan teman lelakinya. Minuman yang pahit dan keras di dalam gelas tirus diteguk rakus. Sebaik saja minuman itu menyelusuri kerongkongnya terus menjulang api kemarahan di dalam dada. Qaiser terus membaling gelas tirus yang kosong itu ke dinding.
“She’s mine..only mine..”
PESANAN PENULIS:
Qaiser sudah datang..what will happen next? Hurmm..Big2 hug from me..
 
 

15 comments:

  1. tak boleh ! daris mesti ngan zara je..hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waa..rata2 sokong daris..tapi..ada tapinyer..we'll see the flow ok..ngeeee..

      Delete
  2. wow!! haha.. syoknye.. nak lagi.. harap cpt la ye sambungannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. beres2..nt sy up asap klu xde halangan..tenkiuuu tau..

      Delete
  3. wei..wei..qaiser usah lh diri mu terlalu tamak dlm soal perasaan!pernah miliki namaun tk dihargai...so hati mu n diri mu tk layak merebut suci nyer cinta zara pd daris yg amat tulus..setulus dn seluhur cinta daris wat cinta ati nyer(zara)...so jaga lh ati sidia disisi mu hai qaiser!!!jgn lh nk rebut2 org punyer lak...no..no..no senang2 jer ngaku hak mutlak...ish..ish..ish..tk mo lh dek zara ngan qaiser...nk daris gak hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak..sperti biasa komen akak sy sll nantikan tnpa komen akak blog sy ni rs kurang jer..tenkiuuuuu kak..muuuuuahhhh..syg la kt akak ni..

      Delete
  4. Replies
    1. fuyooo..qaiser boleh blah ekk..qaiser ckp xpe3..karang kua ayat pencinta wanita dia tgkp leleh plak..

      Delete
  5. SAYA PUN NAK DARIS JUGA ,BEST TERUJA SANGAT-2 BILA N3 NI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaa..baby mio teruja ai pun lg excited..sume nak daris abisla Zara..

      Delete
  6. semak je qaiser neh
    daris ikat kuat2 zara jgn bg lepas
    zara pulak pastikan ikatan daris tu sentiasa ketat
    jgn sesekali biar longgar

    mode: nyampah tahap gunung everest kt qaiser

    ReplyDelete
  7. Jahatnya qaiser.....dh ada tunang masih nk kacau zara.
    Biarlh zara berbahagiannganndaris yg semmgnya sepadan ngan zara tu.
    Sis ayu.....kasihanilah kami dan biarlah zara ngan daris akhirnya walau ada halangan dan gangguan dr qaiser yg gila bayang tu. Huhuhu

    ReplyDelete
  8. The Best 888casino Restaurants in Las Vegas, NV
    The Best 888casino Restaurants in Las 화성 출장샵 Vegas, NV - 상주 출장마사지 Restaurants with Reviews and 김제 출장마사지 Ratings. Menu, reviews 김제 출장안마 and photos from 3500 visitors 충청북도 출장샵 about buffet prices,

    ReplyDelete