Saturday 17 August 2013


BAB 17: SESUNGGUHNYA..DIA LELAKI PELINDUNGKU

QAISER hanya termenung mengadap komputer. Satu kerja pun tak jalan. Dia tak tahu kenapa? Beberapa hari ini, dia rasa gelisah semacam seperti ada sesuatu yang tidak lengkap di dalam hidupnya. Dia cuba mencari apa yang kurang? Namun, masih tidak dapat mencari puncanya. Dia memiliki segalanya harta kekayaan warisan keluarga, jawatan CEO di syarikat gergasi dan bakal tunang yang cantik dan penyayang. Dia perlukan apa lagi? Qaiser tarik nafas dalam-dalam dan melepaskannya dengan perlahan. Mungkin dia perlukan secawan espresso coffee untuk menyegarkan minda yang mula tepu dengan urusan harian. Agak Qaiser secara rawak.

“Arni bawakan coffee macam biasa. Jangan lupa croissant bread juga.” Qaiser memberi arahan. Macam dah lama tak pekena dengan makanan yang dipintanya tadi. Arni pun dah ubah sarapan pagi kebiasaannya kepada sarapan pagi yang lebih bervariasi. Dia pula tak banyak kerenah terima saja sarapan pagi yang disediakan oleh Arni. Tiba-tiba, dia rindu pula nak makan croissant bread yang lembut dan gebu yang selalu dia bersarapan pagi dulu. Terliur pula bila terfikirkannya. Hm..

“Er..bos! Lambat sikit boleh, bos! Saya pergi beli kat coffee bean dulu.” Jawab Arni takut-takut. Alamak! Mana nak cari? Selalunya Ramli yang bawakan sarapan tu, dia langsung tak ambil tahu dari mana sarapan itu dibeli. Sejak, Miss Zara tidak lagi datang ke pejabat seperti kebiasaan, dia terpaksa menukarkannya kepada sarapan lain. Hari-hari bertukar menu sarapan pagi. Pada mulanya, bimbang juga jika bosnya tidak senang dengan perubahan baru tapi bosnya diam saja, Arni menganggap bosnya itu tidak kisah. Alih-alih hari ini, minta pula sarapan yang dah lama ditinggalkan sejak Miss Zara tidak lagi ke pejabat. Arni gigit bibir kegelisahan.

“Oh, ye ke? Okay, cepat sikit! Saya nak masuk meeting pula lepas ni.” entah kenapa Qaiser terasa hampa pula bila mendengarnya.

Apabila roti croissant sudah berada di tekaknya sukar pula nak menelannya walaupun sudah dikunyah. Kenapa rasanya lain? Kenapa tak sama? Bila meneguk espresso coffee rasanya juga tak sama. Lain!

Sudahnya, Qaiser menekan interkom memanggil Arni masuk.

“Awak beli kat mana sarapan ni, Arni?” tanya Qaiser dengan muka tak puas hati.

“Coffee bean dekat-dekat sini..” Arni takut-takut nak memberitahu. Jangan bosnya melenting sudah, bukannya dia tahu Miss Zara beli di mana? Susah betul hati Arni dibuatnya.

“Kenapa rasanya lain tak macam selalu.” Komen Qaiser tak puas hati langsung.

“Er..bos..selalu Ramli yang bawakan atas arahan Miss Zara. Saya tolong hidangkan saja, bos!” akhirnya Arni terpaksa menyebut nama Miss Zara.

Wajah Qaiser tiba-tiba berubah. Mula terfikirkan Zara yang sudah lama tidak ditemui. Mungkin dua bulan atau tiga bulan dia tidak berjumpa dengan Zara. Dia tidak dapat mengagak dengan tepat yang pastinya sudah lama benar dia tidak bertemu dengan Zara. Tiba-tiba hatinya tercuit satu perasaan yang lain bila terfikirkan Zara. Ada perasaan rindu mula bertandang di hatinya tetapi cepat ditepis jauh-jauh. Ah, bukan rindulah tetapi kebiasaan Qaiser menelah perasaannya sendiri.

“Awak boleh keluar.” Ujar Qaiser perlahan. Tangannya mencapai fail dan mula menyibukkan diri. Ingatan terhadap Zara dibiarkan menjadi perkara enteng. Tak penting pun!

ZARA keluar dari bilik mesyuarat. Papanya awal-awal lagi menyuruhnya pergi dahulu kerana masih ada urusan dengan Uncle Man. Zara cuba meninggalkan bilik mesyuarat secepat mungkin kerana tidak tahan bertentangan mata lagi dengan Qaiser. Dia perasan sepanjang mesyuarat berjalan Qaiser kerap memandang ke arahnya kerana setiap kali dia mengangkat muka pandangan matanya pasti bertembung dengan panahan mata helang Qaiser yang menusuk jiwa. Zara tidak dapat menipu hatinya, perasaannya masih tersentuh dengan panahan mata helang itu. Zara tidak mahu hatinya berbolak-balik. Dia harus kuat kerana dia dan Qaiser akan sentiasa berjumpa walaupun dia cuba melarikan diri sejauh mana pun. Qaiser tetap terpaksa dia hadap juga akhirnya tidak kira apa pun. Apapun Zara masih belum bersedia untuk bersikap biasa-biasa dengan Qaiser kerana hatinya masih lagi berbekas dengan perbuatan Qaiser terhadap dirinya. Dia harus pergi secepatnya.

Zara keluar beramai-ramai bersama pemegang-pemegang saham dan staf yang terlibat. Pantas menyelit di antara ramai-ramai yang keluar dan laju mendapatkan lif.

Qaiser berjalan laju, pantas menyelit di antara ramai-ramai orang cuba mengejar Zara dari belakang. Dari jauh Qaiser nampak Zara sedang menunggu lif, Qaiser mempercepatkan langkahnya bimbang tidak sempat mendapatkan Zara.

Zara mula bertenang sewaktu menunggu lif, lif semakin hampir. Bila-bila masa dia akan masuk ke dalam lif dan pulang ke rumah. Daris tiada di pejabat pergi site visit kalau tak dah lama dia melencong ke pejabat Daris barang seminit dua.

Zara terus masuk lif tanpa ragu-ragu. Pintu lif tertutup rapat.

Qaiser tidak sempat mengejar Zara kerana Zara sudah masuk ke dalam lif dan lif sudah tertutup rapat seakan memberi isyarat dengan Qaiser hati Zara sudah tertutup rapat sepenuhnya untuk dirinya. Entah kenapa hati Qaiser menjadi hampa.

Daris sudah menunggu cik buah hati di lobi. Tatkala, matanya terlihat kelibat Zara dari jauh dia mula tersenyum. Tengok si genit tu! Dengan gaya korporat pun matanya masih nampak Zara seorang yang comel. Terkedek-kedek ke arahnya dengan senyuman manis. Mana tak cair hati teruna seperti dirinya. Dia begitu bertuah Zara Diandra menerima cintanya juga akhirnya. Akan dia pertahankan cinta ini tidak kira apa pun yang akan terjadi.

“Lama tunggu?”

“Lama sangat!” rungut Daris. Boleh tahan jugalah dia menunggu di lobi.

“Meeting tu la..entah apa-apa..semuanya ke laut! Tak faham apa! Naik kematu punggung ni tau!” rengek Zara dengan wajah penat.

“Mana nak faham kepala duk sibuk WeChat saja!” Daris tergelak. Mana taknya, dia yang berada di site bukan sibuk meneliti perkembangan projek tetapi sibuk berWeChat. Pengurus projek dah menjeling semacam melihat dia sibuk berkepit dengan handphone tak sudah-sudah.

“Boring la awak..” rengek Zara lagi. Kalau tak kerana papa yang mendesak bukan dia nak sangat pun pergi. Meeting tak habis-habis.

“Nasib awak la..”

“Amboih!”

Daris tergelak.

“Kita nak ke mana ni?”

“We’re dating, right? Kita pergi dating macam couple yang lain la.” Daris mencuit hidung Zara.

 
DI PANTAI Peranginan Port Dickson..

Hujung minggu yang indah bersama buah hati tersayang. Menyusuri gigian pantai sambil berpegangan tangan. Daris dan Zara menyulam kasih yang baru berputik dengan bibit-bibit percintaan yang romantis.

Zara melihat Daris membuka ikatan tali kasut lalu membuka kasut yang dipakai. Kemudian, tersengih ke arah Zara sampai matanya menjadi sepet dan buat muka nakal. Secara membelakangkan laut Daris perlahan mengundur ke belakang sehingga mencecah air dan menggamit Zara mengikutinya.

Zara menggelengkan kepalanya. Dia tidak mahu basah.

Daris menggamit lagi dengan pandangan redup dan disertakan dengan senyuman romantis.

Zara masih menggelengkan kepalanya.

Daris menggelengkan kepalanya sambil tersengih dengan kedegilan Zara yang seperti takut sangat dengan air.

“Meh, la..takkan takut kot dengan air? Kambing je takut dengan air.” Giat Daris. Berusaha menarik Zara ke dalam air.

“Saya pekakkan telinga apa yang awak kata. Saya takkan termakan dengan kata-kata awak tu. Saya..takkan ke sana. Takkan!” Zara tahu Daris sengaja mencari helah supaya dia masuk ke dalam air. Sorry..dia takkan basahkan dirinya.

“Hok aloh..” buat muka hampa.

Zara masih menggelangkan kepalanya.

Daris sengih. Kemudian, berpaling mengadap laut yang terbentang luas. Terus berjalan ke depan sehingga air ke paras pinggang. Dah lama tak mandi laut. Tidak berfikir panjang terus berenang dengan pakaian yang dipakai. Tidak mengapalah mereka pun memang berniat nak bermalam di Port Dickson ni. A..a..a..ah..lain-lain bilik hotel, okay!

“Daris..jangan ke tengah sangat!” Zara menjerit memberi peringatan terhadap Daris yang berenang semakin jauh.

Daris hanya mendengar suara Zara tenggelam timbul saja tidak jelas. Daris berpusing berenang ke darat. Daris dapat nampak wajah Zara kalut. Bimbangkah akan dirinya? Hati Daris berbunga.

Daris bangun dan berjalan dari dalam air sehingga ke darat. Dengan rambut basah dan t-shirt putih yang juga basah lencun malah melekat menampakkan susuk badan Daris yang tough membuatkan Zara terkelip-kelip terpegun dengan ciptaan Tuhan. Hati Zara mencair diterik mentari.

Daris pula memerah hujung bawah t-shirtnya sambil memandang Zara. Pandangan mata Daris yang melemahkan segala urat sendi Zara. Kenapalah lelaki di hadapannya cute sangat?

“Awak nak tau sesuatu tak?” jerit  Daris tiba-tiba. Mereka berada jauh dari diri masing-masing terpaksalah Daris menjerit. Ditambah, angin laut yang bertiup menenggelamkan suara Daris.

“Tau apa?” Zara pandang Daris ingin tahu.

“Semalam saya bermimpi..”

“Mimpi apa?”

“Sudah menjadi kenyataan..”

“Apa?”

Daris menunding jari ke arah Zara dengan renungan menusuk kalbu.

Zara masih belum dapat menangkap apa yang Daris ingin sampaikan. Tapi, figure Daris menunding jarinya ke arah dirinya dengan renungan mata melemahkan jiwa memang buat Zara cair. Daris semakin hari semakin menawan hatinya.

“Saya cintakan awak..” ucap Daris dengan yakin.

Zara hanya memandang Daris tanpa membalas. Hanya melihat Daris berjalan keluar dari air menuju ke arahnya tanpa melepaskan sesaat pun renungan terhadap dirinya dan Daris berhenti tepat di hadapannya dengan wajah mereka terlalu hampir. Wajah Daris serius tanpa senyum merenung matanya dan tidak semena-mena Daris meletakkan tapak tangan kanannya ke belakang kepala Zara dan tangan sebelah kiri di letakkan di bahu kanan Zara. Posisi ingin memeluk tetapi Daris hanya menundukkan kepalanya di tepi telinga Zara. Berbisik..

“Never part from me..”

Zara hanya merenung Daris dengan pandangan berkaca-kaca. Hatinya sangat tersentuh dengan Daris yang romantis dan perhatian. Dia tidak pernah merasai perasaan begini perasaan dicintai.

 
MEREKA check in di hotel..
 
Daris buka pintu bilik hotel yang dia menginap. Kelihatan Zara dengan wajah comel dan manis tersenyum.

“Apa awak buat kat sini?” Daris terkejut melihat Zara di hadapan pintu bilik hotelnya. Bilik Zara dua pintu dari bilik dia berada.

“Daris..” meremang bulu roma Daris mendengar suara Zara yang lembut semacam.

“Kenapa ni?” Daris bertanya hairan.

“Boleh masuk tak?” pinta Zara dengan suara merengek.

Lemah betul hati Daris mendengar suara Zara yang lembut meminta keizinan memasuki bilik yang dia menginap. Jangan cari pasal Daris!

“Nop!” Daris cuba menutup pintu tetapi cepat dihalang Zara.

“Ala..awak..saya tak dapat tidur la..please..” rengek Zara memujuk. Zara terlalu berfikiran terbuka.

“Pejam mata lama-lama nanti tidur la.” Daris tidak setuju. Tempah bala jika membenarkan Zara masuk ke dalam biliknya. Baik jangan!

“Daris..bukan buat apa pun borak je..” rengek Zara dengan jiwa polos. Tidak terfikir lelaki mempunyai sembilan akal tetapi mempunyai satu nafsu yang sukar untuk dijinakkan jika sudah menjadi buas.

“Saya mengantuk dah ni. Awak pergilah balik bilik. Lama-lama nanti tidurlah.” Menyesal pula mengajak Zara ride ke Port Dickson. Iman yang senipis kulit bawang ni belum tentu dapat menahan nafsu buas yang bila-bila masa akan keluar. Daris tidak percayakan dirinya.

“Cakap cintakan saya..” Zara mencebik dengan riak sedih.

“Zara..it’s not the point! Saya memang cintakan awak tapi Zara dah malam ni..tak manis.” Daris masih tidak membenarkan Zara masuk ke dalam biliknya.

“Kita bukan nak buat apa pun.” Zara mencebik lagi.

 Daris kehabisan kata.

“Boleh..tapi awak janji duduk jauh-jauh dari saya. Tak mau rapat-rapat!” Daris mengalah tetapi memberikan syarat.

Zara sengih sambil mengangguk kepalanya beberapa kali dengan wajah nakal. Hoyeah..

“Pergilah duduk kat sofa sana.” Arah Daris dengan wajah serius selepas membenarkan Zara memasuki biliknya.

Zara perlahan-lahan melangkah ke sofa. Kepalanya pula duk terteleng-teleng memandang Daris. Kenapa Daris seperti tidak suka bercakap dengannya? Dia hanya ingin bersama Daris sepanjang malam berbual dan mengenal hati masing-masing tetapi Daris seperti tidak menyukai kedatangannya. Benarkah Daris mencintainya? Zara mula ragu.

Daris duduk di tepi katil membelakangkan Zara. Hatinya berdebar. Dia tidak pasti tindakannya membenarkan Zara masuk ke dalam biliknya apakah tindakan yang wajar? Cari nahas sebenarnya!

“Cakaplah apa yang awak nak cakap.” Bukan sengaja dia nak menjadi dingin sebegini kerana hatinya dan seluruh tubuhnya dah hangat semacam. Ditambah, pemakaian Zara yang hanya mengenakan t-shirt sendat dengan bukaan leher yang luas dan legging ketat. Mungkin pada perkiraan Zara ia hanyalah pakaian yang simple dan santai tetapi bagi Daris parah benar matanya melihat malam-malam begini.

“Awak macam tak suka je?” Zara terasa hati.

“Tak..Zara..” bukan tak suka tapi sedang menahan diri.

“Awak buat begini macam saya ni nak makan awak pula. saya tak makan orang, Daris!” Zara macam tak faham lagi kegelisahan Daris sebenarnya.

“Awak memang tak makan orang tapi saya ni..saya percaya yang saya akan ‘makan’ awak karang.” Jenaka dalam nada serius.

Zara tergelak.

“Saya percaya..percaya..yang awak akan selalu menjaga saya..selalu melindungi saya..” Zara mendekat lalu naik ke atas katil. Daris yang membelakangkan dirinya Zara peluk dari belakang sambil meletakkan kepalanya di belakang badan Daris.

“Awaklah lelaki pelindung saya..” kepala Daris tertoleh. Tersentuh! Kepercayaan Zara mengekang keinginan jahat. Cinta Zara berjaya menguatkan hatinya. Daris tidak mahu merosakkan kepercayaan Zara terhadap dirinya. Dia lelaki pelindung Zara..jika dia mengkhianati, dia bukan lelaki pelindung tetapi lelaki pemusnah. Dia takkan..

“Zara..” tangan Zara yang sedang memeluk pinggangnya disentuh dan dielus lembut.

“Saya percaya..percaya..awak cintakan saya..” Zara tenang dengan bauan dari tubuh Daris. Perlahan menarik Daris rebah ke katil. Zara meluruskan kakinya dan memejamkan matanya. Tanpa dipinta dia tertidur sambil memeluk erat belakang Daris.

“Saya cintakan awak..”

Daris pula berpeluk tubuh sambil kakinya juga diluruskan. Pejam mata dan sesaat dia sudah tertidur tanpa berfikir apa-apa pun.

Bangun pagi keesokkan harinya masih dengan posisi yang sama. Masing-masing hanya tersengih.
 
PESANAN PENULIS:
Idea tepu betul lepas raya ni. Makan banyak sangat kot! Sorry sgt2 lambat post entry terbaru. Penat travel pun ye. Balik terus keje..keje..keje..maklum la pas raya tugas yg menunggu pun byk la..hehe..ok back on the track..Daris xpercaya dgn dirinya tetapi Zara percayakan Daris. Hasil dari kepercayaan membuatkan mereka tidak terpesong, ada x mcm tu? Kuasa cinta yang suci bukan semata-mata kerana nafsu. Ok..rindu kamuuu semua lepas bercuti panjang nih..

6 comments:

  1. BEST SANGAT-2 NAK LAGI YA KALAU BOLEH PANJANG SIKIT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq baby mio..sori sb ssh nk bls komen teman2 di blog..sy cuba up entry pnjg2 yep..

      Delete
  2. alahai sweet nyer...akal lebih berkuasa dari ati,tulh daris dapat atasi nafsu...syabas young man..salute u...gud sngt2 dek writer...tk puas ciput na dek...cepat2 up lg yer dek...

    ReplyDelete
  3. ble bce part daris ngan zara psti akn tersnym lbr but ble time watak qaiser mncl prsaan trs rase down. apa2 pon good job.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq iemira..daris ibarat angel..qaiser ibarat devil..kan..

      Delete