BAB 19: SESUNGGUHNYA..DIA
LELAKI PELINDUNGKU
MASIH di Langkawi..
“Selalu boleh je..takut berjumpa dengan Qaiser ke? Bila masa anak papa menjadi seorang penakut ni? Cakap dah tak ada feeling dengan Qaiser lagi.” usik Dato’ Seri Farid. Sengaja mengacah.
Whoa..ini nak mencabar ke
apa ni? Dia bukan penakutlah!
“Eh, Zara okay
je..ha..jomlah pa..tiba-tiba bersemangat pulak nak hayun iron, nih!” Zara buat
muka bersemangat waja terus berusaha. Tangan dihayun-hayun.
“Oh..yeah? Hm..tunggu
papa kat bawah nanti.” Dato’ Seri Farid bangun dari meja makan. Baru selesai
bersarapan pagi dengan anak dan isteri tersayang di bilik hotel.
“Abang ni sengaja nak
kenakan anak kita ke apa ni? Buat apa nak biarkan anak kita berjumpa dengan
Qaiser lagi. Mereka berdua bukannya ada apa-apa lagi dah sekarang.” Datin Seri
Delilah tidak bersetuju.
“Awak ni..Zara cakap dia
okay je..nampak tu..bersemangat nak hayun iron. Lagipun, dah lama saya tak
keluar beriadah dengan anak perempuan saya ni. Ada masa terluang ni baik
dimanfaatkan bersama anak kita ni, kalau awak nak ikut pun boleh juga. Happy
family..” bukan apa sejak dia sibuk dengan projek ZARASAT, dia selalu tiada
masa untuk anak perempuannya itu.
“Tak maulah saya, baik
saya pergi spa..body massage. Badan dah sengal-sengal dah ni..” Datin Seri
Delilah malas nak mengikuti suaminya ke padang golf yang dah tentu-tentu panas
dan berpeluh. Baik dia memanjakan dirinya di spa lagi berfaedah. Badan segar
lagi awet muda.
“Oh, ma..ini tidak
adil..Zara pula yang kena berpanas.” Rengek Zara tidak berpuas hati.
“Kalau semua tak nak ikut
tak apalah. Pa pergi sendiri sajalah nanti.” Kedengaran seperti merajuk.
“Ala..pa..Zara
ikutlah..acah saja tadi tu.” Zara dah bergayut di leher papa tanpa rasa malu. Pipi
papa yang masih tegang walaupun sudah five series dicium kuat-kuat.
“Ummuuuahhh.” Dato’ Seri
Farid hanya tersengih sehingga sepet matanya dengan ciuman Zara. Rindu betul
dengan anak perempuannya itu.
“Huh, kalau dengan
papanya..manja mengalahkan apa.” Omel Datin Seri Delilah.
“Inikan anak papa..” saja
mengusik isterinya. Terimbas kembali kenangan masa lalu sewaktu Zara masih
kecil. Zara yang tersangatlah comel seperti anak patung. Dia sememangnya geram
gila dengan anaknya sendiri. Setiap waktu, dia selalu merindui anak
perempuannya itu. Oleh kerana itu, dia hanya mengharapkan yang terbaik untuk
Zara Diandra.
“Yelah, anak abang..”
Datin Seri Delilah dah tak boleh kata apa, walaupun dia yang mengandung tetapi
anak papanya seorang. Huh, tak aci betul!
“Nak bawa Daris sekali
tak?” baru teringat kekasih hati anak perempuannya.
“Rasanya tak perlu,
banyak nak bincang pasal business nanti.” Ujar Dato’ Seri Farid.
“Pulak? Semua abang nak
buat dalam satu masa, ya? Spend time dengan anak cum business.
Bagus..bagus..bagus..amalkan selalu.” Sangatlah tidak bersetuju dengan
suaminya.
“No choice..Datin Seri
oii..awak ingat saya suka macam ni. Nantilah, bila projek kita ni berjaya. Kita
pergi vacation mana-mana. Kita bertiga saja.” Dato’ Seri Farid terpaksa,
terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan. Bukan sengaja nak mengabaikan Zara
sedangkan Zaralah buah hati pengarang jantungnya.
“Hm..yelah..jangan lupa
pula apa yang abang kata tu. Masuk projek lain dah tak ingat dah.” Datin Seri
Delilah mengomel lagi. Tak tahu samada menjadi ke tidak apa yang dikatakan oleh
suaminya itu. Mereka terlalu sibuk mengejar duniawi.
DI PADANG golf..
Mereka yang sampai dahulu
di driving range, papa sedang menanti geng kaki golfnya masih tak sampai-sampai
lagi. Betullah janji melayu!
Sebelum bermain, Zara
melakukan senaman ringan untuk merenggangkan otot-otot badannya dahulu supaya
tidak kejang dan sakit-sakit badan pula nanti. Selepas melakukan regangan
sikit-sikit, Zara dah bersemangat nak menghayun iron. Dia bukannya pro sangat
pun bermain golf ni setakat suka-suka tu bolehlah. Nak di bawah par bagai tu
tak adalah. Takat nak menyemak je bolehlah..hehehe..
Zara mula swing dua,tiga
kali mengacah bola lagak macam dah Tiger Wood sangat dah tapi tak
dipukul-pukulnya lagi bola tu. Kemudian, tangan dinaikkan sehingga ke paras
kening mengamati di kejauhan di mana bola nak dipukul. So..ready..
“Apa ke laut sangat ni?!
Pegang iron pun dah tak betul!” suara Qaiser kedengaran betul-betul di tepi
telinganya. Tidak sempat menoleh, Qaiser selamba memegang kedua belah tangannya
yang sedang memegang pemegang iron dari belakang. Zara dipeluk dari belakang oleh
Qaiser dengan selambanya tanpa amaran.
“Abang?” Sungguh..Zara
amat terkejut dengan tindakan Qaiser itu. Cepat-cepat Zara menarik tangannya
tetapi Qaiser enggan melepaskan pegangan tangannya.
“Cuba bawak
bertenang..meh, abang ajar cara pukul dengan betul.” Ujar Qaiser betul-betul di
tepi telinga Zara. Sisi kepala mereka bersentuhan rapat. Jantung Zara dah
melayang dahulu sebelum bola melayang dipukul. Dah jatuh ke mana entah hatinya
Zara pun tak tahu.
“Eh, tak apalah abang!
Zara bukannya main serius pun suka-suka je.” Tolak Zara cuba memboloskan
dirinya tetapi Qaiser masih berdegil memeluknya dari belakang. Berdiri di dalam
pelukan Qaiser membuatkan Zara lemah lutut dan dah tentu-tentu lemah jantung. Jangan
karang dia warded di wad Cardio sudah kerana heart attack.
“Whatever..yang pasti,
nak stroke ball kena betul-betul. Sakit mata abang tengok cara stroke
carca-marba macam ni.” komen Qaiser kononnya sakit mata melihat cara permainan
Zara yang cincai atau asal boleh.
“Ala..bukannya
competition pun. Main suka-suka je.” Zara menggeliang-geliut di dalam pelukan
Qaiser masih cuba melepaskan dirinya. Bolos saja dinding itu..hampeh! Nak bolos
macam mana pun dah tak tahu dah ni. Kuat sangat pegangan tangan Qaiser.
“Suka-suka
pun..betul-betullah..karang tergeliat pinggang masa nak swing siapa yang susah?
Tak ke abang yang susah?!” sejak bila Qaiser menjadi prihatin sangat ni? Sungguh..Zara
nak cubit pipinya kuat-kuat. Tak percaya!
“Tak ada kena mengena
dengan abang la kalau Zara susah pun.” Apasal baik sangat ni? Zara janggal
dengan sikap Qaiser begini. Pelik dan musykil.
“Are you sure?” Qaiser
mengacah di tepi telinga Zara. Rambut Zara yang wangi mengkhayalkan
perasaannya.
“100% sure! Lepaskan Zara
la! Sakit tau tak!” bentak Zara cuba melepaskan dirinya lagi. Tangannya sudah
terasa sakit dengan pegangan kuat Qaiser.
Qaiser melepaskan tangan
Zara sebaik saja mendengar Zara merengek sakit.
Zara cepat-cepat
menjauhkan dirinya. Bengang pula bila matanya melihat tangannya sudah berbirat
kemerahan. Huh, dasar tangan raksasa!
Mata Zara melilau pandang
sekeliling dan dia melihat papa dan daddy Qaiser dah naik golf cart pergi jauh
ke depan. Caddy pun sama mengikuti mereka. Hanya tinggal sebuah golf cart untuk
mereka di situ. Kenapalah tinggalkan mereka berdua di sini? Bala!
“Haih! Papa ni..kalau dah berbincang pasal business dah tak ingat anak dah!” rungut Zara sendirian bila ditinggalkan begitu saja oleh papanya dengan Qaiser.
Zara berpeluk tubuh
dengan raut wajah sebal.
Sakit hati pula Qaiser
melihat Zara berlagak dan jual mahal. Kalau dulu Zara begitu terhegeh-hegeh
ingin mendapatkannya.
“Kenapa Zara berlagak
sangat ni? Kalau dulu bukankah Zara suka sangat kalau abang macam ni dengan
Zara, hah?!” Qaiser hangin. Oh..try playing hard to get! Mungkin ini satu
permainan Zara untuk mendapatkan dirinya. Huh! Perempuan..mudah sangat diagak.
“Itu DULU! Sekarang, Zara
dah ada teman lelaki, okay!” balas Zara sengaja menyakitkan hati Qaiser. Sakit
betul hatinya dengan kata-kata Qaiser yang angkuh macam dia terhegeh-hegeh
sangat dulu. Huh! Satu penghinaan!
“Ingat abang nak percaya
Zara dah lupakan abang? Dah lupa bagaimana Zara dulu dengan abang? Apa yang
Zara tak pernah lakukan untuk abang? Ingat abang nak percaya Zara tak cintakan
abang lagi?” Qaiser sengaja mengingatkan Zara bagaimana Zara sanggup melakukan apa
saja untuk dirinya demi cinta. Qaiser tahu Zara takkan begitu mudah melupakan
dirinya.
“Suka hati abanglah nak
cakap apa pun yang pastinya Zara tak cintakan abang lagi. Zara cintakan orang
lain.” ujar Zara serius tanpa memandang Qaiser sedikit pun masih berpeluk
tubuh.
“Don’t try playing hard
to get sangatlah, Zara! Macam abang tak tahu, ini permainan Zara untuk dapatkan
abang, kan?” tuduh Qaiser teramat yakin dengan telahan perasaannya.
“Oho..you’re wrong, man!
Totally, WRONG! Wait until a monkey give birth to a duck then we can talk!”
Huh, bajet bagus je! Zara mencemik dan buat muka nak muntah. Jangan nak perasan
sangatlah!
“You know, women like
play hard-to-get and man love women who play hard-to-get. I know your game,
Zara!” kata-kata Qaiser penuh sinikal dan sarkastik macam Zara desperate sangat
sampai macam tu sekali.
“Jangan perasan sangatlah!
Dalam hati Zara hanya untuk teman lelaki Zara saja. Zara dah buang abang
jauh-jauh dari hati Zara la!” balas Zara tidak mahu diperlekehkan lagi. Huh!
Geramnya!!
“You’re mad at me, right!
Pasal abang akan bertunang dengan perempuan lain, kan? Sebab tu Zara buat macam
ni. Hati Zara dari dulu sampai sekarang abang tahu untuk abang sorang, kan?”
telah Qaiser masih tidak percaya Zara telah melupakan dirinya. Ini hanya
momokan Zara.
“However you understand
that’s your problem! Zara memang dah tak ada hati dengan abang.” Zara buat muka
malas nak dengar.
“Why? You’re keeping it
for your boyfriend?” Qaiser menyindir.
“Dah tentulah!” balas
Zara tidak mahu mengalah.
“Dream on, Zara! Do you
think a guy like him will accept my leftovers?” Qaiser gelak sinis menyakitkan
hati Zara.
“You!” kata-kata Qaiser
semakin melampau. Tapak tangan Zara terus melayang ke pipi Qaiser. Hambik kau!
“You challenge me too
much, Zara! Do you think you doing this nonsense and I will be interested in
you?!” cemuh Qaiser tanpa mempedulikan perasaan Zara langsung. Bengang tahap
infiniti punya pasal kerana ditampar kuat oleh Zara.
“Who the nonsense
actually? Zara dah ada teman lelakilah! Zara tak perlu nak tarik perhatian
sesiapa pun! Jangan nak perasan sangatlah!” balas Zara tahap menyampah. Bila
ingat balik betapa bodohnya dia kerana pernah sukakan lelaki itu dulu.
Zara dah tak boleh
berlama lagi dengan jantan perasan sangat ni. Serius tak boleh tahan gila!
Baik dia blah!
“Nak ke mana tu?” Qaiser
menahan.
Zara terus melangkah ke
arah golf cart langsung tidak mempedulikan pertanyaan Qaiser. Tinggalkan budak
kurang ajar ini di sini! Biar padan dengan mukanya! Mulut macam longkang
tersumbat!
Qaiser ditinggalkan
begitu saja.
“Macam bagus je!” getus
Zara perlahan. Zara tidak memberi perhatian dengan kekasihnya yang sedang
berenang-renang di dalam kolam renang.
Zara yang tenggelam dalam
lamunan terasa wajahnya tiba-tiba basah dengan air.
“Hei..” suara Zara pecah
dengan memek muka geram.
“Berangan!” Daris
merenjis air lagi ke arah Zara yang kuat berangan. Macam Mat Jenin!
“Habis muka saya la..”
rengek Zara. Cepat Zara mengelap mukanya dengan tuala.
Daris meletakkan dagunya
pada lengannya yang sedang berpaut di tepi kolam renang. Sedang merenung Zara.
“Habis tu awak berangan
je dari tadi. Fikirkan apa? Atau..siapa?” tanya Daris curiga. Selepas Zara
balik dari main golf bersama papanya, CEO dan pengerusi Daris lihat Zara banyak
berdiam diri dan termenung. Tidak tahu apa yang sedang difikirkan oleh Zara. Risau
pula hatinya jika Zara masih tidak dapat melupakan CEO syarikatnya.
“Taklah awak, saya
terpaksa balik dengan papa dan mama malam ni. Papa dan mama nak berlepas ke
France awal pagi nanti. Awak okay tak?” bukan sengaja nak menipu tetapi Zara
tidak mahu Daris terasa hati. Terpaksa memberi alasan begitu.
“Saya okay je! Lagipun,
flight saya awal pagi esok. Kita jumpa kat KL saja nanti.”
Daris menghulurkan tangannya ke arah Zara.
“Hah?” tak faham bila Daris
tiba-tiba menghulurkan tangannya.
“Tarik saya ke atas..please..”
sambil tersengih dengan raut wajah manja.
“Kat sanakan ada tangga.”
Zara menunjukkan tangga yang berada tidak jauh dari mereka.
Daris menggelengkan kepalanya.
“Tak naklah! Saya dah
kesejukan ni, nak berenang ke sana tak tahanlah..sejuk..” rengek Daris dengan
kemanjaan melampau. Waktu macam inilah nak bermanja dengan cik buah hati.
“Manjanya..” Zara
tergelak. Daris boleh tahan manja juga rupanya. So..sweet..
“Hm?” Daris menghulurkan
tangannya lagi. Kening dinaikkan juga.
“Yelah..” Zara bangun
lalu menghulurkan tangannya. Bersedia menarik buah hati manja terlampaunya naik
ke atas.
Daris tersenyum gembira
permintaannya ditunaikan terus mencapai huluran tangan Zara. Bersedia untuk
melonjakkan badannya ke atas.
“Sedia?” Zara mengangguk.
“Debush!!!” Zara dah selamat menjunam ke dalam kolam.
Daris sengaja menarik
Zara terjun ke dalam kolam.
Zara dah mencungap-cungap tenggelam timbul. Daris
menghampiri lalu dipeluk pinggang Zara di dalam air. Kemudian, menstabilkan Zara di dalam air.
Zara terus memeluk leher
Daris rapat-rapat.
Kedengaran suara Daris
tergelak-gelak.
“Daris!” jerit Zara
geram. Matanya masih tidak dapat dibuka luas. Tangan Zara meraup mukanya yang
basah baru dapat melihat Daris tersengih lucu ke arahnya.
“Awak tak adalah macam kambing
takutkan air sangat.” Usik Daris.
“Daris..awak ni, kan..”
Zara geram betul dengan Daris kerana menariknya jatuh ke dalam air. Dia bukannya
suka berenang di dalam kolam yang dikongsi ramai orang. Dah tertelan air banyak
mana tadi. Erghh..
“You look so..cute..macam
anak kucing baru diselamatkan terjatuh dalam air.” Perumpamaan Daris memang tak
boleh blah langsung menyakitkan hati Zara saja. Ada ke patut disamakan dengan
kucing terjatuh dalam air. Tadi, macam kambing takutkan air..kekasih siapalah ni..adoila..
Selepas mendengar
kata-kata Daris, Zara terus melepaskan pelukan Daris dan berpusing untuk
berenang ke tepi kolam. Merajuk!
“Oho..merajuk pulak tuan
puteri duyung ni.” Daris sempat menarik lengan Zara lalu pinggang Zara dipeluk
lagi dari belakang.
Tindakan Daris membuatkan
Zara tersentak dan ingatannya terus melayang ke arah kejadian pagi tadi. Di
mana Qaiser juga memeluknya dari belakang. Sewaktu Daris meletakkan dagunya di
bahunya, bibir Zara terketar tidak pasti kerana kesejukan atau perasaan bersalah
mula menghuni hatinya kerana dia terasa dirinya seperti sedang berselingkuh
pula.
“Daris..saya nak naik..” Zara cuba melonggarkan tangan Daris sedang memeluknya dari belakang.
“Awak marahkan saya ke?”
Daris memusingkan Zara supaya mengadap dirinya. Wajah Zara kelihatan amat sugul
sekali.
“Taklah! Saya nak naik
pasal sejuklah awak..” Dalih Zara. Matanya tidak dapat menentang mata Daris.
“Okay..kita naik.” Daris
tahu ada sesuatu yang Zara sembunyikan.
Daris membawa Zara ke
tepian. Kemudian, melonjakkan badan Zara ke birai kolam renang.
Zara duduk di tepi kolam
dan Daris pula meletakkan kedua belah tangannya di sisi Zara. Daris masih
berada di dalam kolam sedang mendongak merenung Zara.
“Maafkan saya..” ucap
Daris. Rasanya mungkin dia sudah bergurau keterlaluan dengan Zara. Kesal pula
menarik Zara masuk ke dalam kolam renang.
“Saya tak marah awak..”
Zara tak tahu apa yang dia rasakan ketika ini. Bercampur-baur dan mengelirukan.
Daris mencapai tangan
Zara lalu merenung Zara dalam-dalam.
“Saya sayangkan awak..”
lalu menyulam jemari Zara dengan jemarinya. Berharap Zara dapat merasakan
kesungguhan kasih sayangnya terhadap gadis itu.
Di satu sudut yang lain,
ada sepasang mata tidak menyenangi mereka berdua. Percikan api cemburu
menjulang-julang api kemarahan di dalam dada.
PESANAN PENULIS:
As salam..entry baru tapi inilah entry yg byk mencabar minda. Sy ambil masa 2 hari setengah utk mengarang byk sgt jemputan open house..mengarang jap tinggal..sudahnya 2 hari setengah kemudian..baru siap..hehe..sori keep u olls waiting..enjoy reading tau! Big..big..big..hug from me..
Eee qaiser nie myibuk jer.. Dulu msa org nk xnk.skrg br lah nk thegeh2..ceh xde mkna nya...vote 4 daris
ReplyDeleteyeah..vote 4 daris..ai setuju..
DeleteQaiser ni semak betul lah...
ReplyDeletemana tunang dia tu???
ada3..next entry kuo..hehe..
DeleteBEST....NAK LAGI.
ReplyDeletejap gi sy msk entry bru..hehe..
Deletepoyo lh u qaiser...kalu ade ati nk cemburu...mmg tk kena waktu lh tu,sah2 salah alamat tuan ceo...hehe...skang nih amek ko qaiser...makan ati bersup kn tulang lh...hihihi
ReplyDeleteamboihh kak..mkn ati sup tulang..ngeh3..
Deletegeramnyer!! zara ni pun satu hal.. gtau je la kat daris yg btul.. nanti truk lau slh fhm.. alahai.. cik writer sengaja nak bermain dengan emosi kami the readers nikan?? hehehe.. nak n3 baru lg.. suka daris..
ReplyDeletealahai..dont play2..jap gi msk entry baru..
Delete