BAB 18: SESUNGGUHNYA..DIA
LELAKI PELINDUNGKU
MAJLIS Pelancaran ZARASAT
di Meritus Pelangi Beach & Spa, Langkawi. Zara mengajak Daris mengikutinya
ke Langkawi. Papa dan mama Zara telah mengetahui perhubungan Zara dan Daris dan
telah merestuinya. Datin Seri Delilah amat bersetuju dan berkenan dengan
pilihan Zara sewaktu kali pertama bertemu dengan Daris yang kelihatan kacak dan
bersopan. Dato’ Seri Farid pula tidak banyak kerenah apabila diberitahu oleh
isterinya tentang Zara yang sedang berpacaran dengan Daris. Tanpa pengetahuan
Datin Seri Delilah dan Zara, sudah lama Dato’ Seri Farid mengetahui siapa Daris
yang sebenarnya melalui ketua bodyguardnya siapa lagi kalau bukan George yang
pantas menyiasat siapa Daris dan melaporkan setiap pergerakan Zara dan Daris.
Melalui info dan gambar pasangan muda itu, Dato’ Seri Farid berpuas hati dengan
Daris. Dato’ Seri Farid tidak akan buta-buta menerima lelaki di dalam hidup
anak perempuan kesayangannya begitu saja tanpa menyiasat terlebih dahulu. Dato’
Seri Farid mengharapkan yang terbaik untuk anaknya. Erti kata lain, Daris lulus
sebagai calon menantu.
Daris begitu segak dengan
bertuksedo hitam, sedang menunggu Zara di depan pintu bilik hotel Zara. Mereka
berdua akan bersama-sama pergi ke majlis pelancaran ZARASAT sebagai pasangan
couple buat pertama kalinya. Hati Daris berbunga-bunga.
Sabar menanti sang puteri
di hadapan pintu..
Tidak lama kemudian,
pintu bilik dibuka dari dalam dan berdirilah Zara dengan penampilan yang begitu
memukau pandangan. Zara kelihatan tersangat cantik dengan kebaya moden yang
chick diilhamkan oleh seorang pereka fesyen dari Indonesia dan diterbangkan
khas untuk Zara. Kebaya moden berwarna coklat keemasan dengan sulaman dan renda
berwarna keemasan begitu terletak cantik di badan Zara yang putih mulus. Rambut
Zara disanggul kemas tanpa juraian rambut sedikit pun. Dicucuk pula dengan
cucuk sanggul seperti puteri di zaman silam. Moden dan silam digabungkan
bersama maka terhasillah ‘masterpiece’ yang begitu memukau pandangan sesiapa
yang memandang Zara.
“Zara..” tiada kata-kata
yang dapat diperkatakan oleh Daris tatkala melihat Zara yang berdiri dengan
anggun. Daris terkesima.
“Daris!” seru Zara dengan
senyuman menawan.
Daris bagaikan tenggelam
di dalam khayal merenung Zara tanpa berkelip.
Zara hanya tersenyum
melihat Daris yang kelihatan terkejut dengan penampilannya. Zara sudah biasa
dengan renungan begitu. Tapi, renungan dari teman lelaki memang membuatkan hati
Zara kembang setaman. Renungan seorang kekasih.
“Kita pergi, okay!” Zara
tanpa segan terus memeluk lengan teman lelakinya dengan perasaan sangat gembira
dan teruja. Tidak pernah dia merasa sebahagia ini.
Daris terpinga-pinga
hanya menuruti langkah Zara.
Ketibaan Zara dan teman
lelakinya mendapat perhatian besar-besaran dari lensa kamera para pemberita dan
para jemputan majlis pelancaran ZARASAT. Pasangan yang sama cantik dan sama sepadan.
Sesiapa yang melihat mereka berdua pasti
memuji pasangan ideal itu.
Bagi Zara dan Daris terasa
seperti mereka sedang melalui wedding reception pula. Masing-masing cuba
stabilkan diri supaya kelihatan relaks dan steady.
Bagi Daris inilah kali
pertama dia menjadi perhatian orang ramai. Daris tidak selesa tetapi pegangan
tangan Zara dilengannya setiap masa menenangkan perasaan gemuruhnya.
Bagi Zara, sesungguhnya
dia tidak pernah segembira dan sebahagia ini. Terasa hidupnya telah lengkap.
Zara sedang menunggu
ketibaan papa dan mama, kemudian barulah majlis pelancaran akan bermula. Tidak
lama selepas ketibaan Zara, kedengaran pengumuman mengumunkan ketibaan Dato’ Seri
Farid dan Datin Seri Delilah pula.
Majlis Pelancaran ZARASAT
berjalan dengan lancar. Tepukan gemuruh para tetamu undangan kedengaran di
seluruh ballroom menandakan ZARASAT telah dirasmikan oleh Dato’ Seri Farid dan
isterinya.
Zara sedang berbual dengan
Daris sewaktu Qaiser dan pasangannya melangkah masuk ke dalam ballroom. Mata Zara
tanpa sengaja terlihat Qaiser dan pasangannya sedang melangkah masuk dan
semakin hampir dengan mereka berdua. Wajah Zara terus berubah.
Wajah Zara yang tiba-tiba berubah membuatkan Daris menoleh dan dia juga dapat melihat CEO syarikatnya sedang melangkah masuk bersama pasangannya. Daris terdiam dan mengamati riak wajah Zara sedalam-dalamnya seakan cuba menilik apa yang sedang difikirkan oleh Zara diketika ini. Hati Daris bergetar bimbang dengan tiba-tiba.
QAISER yang baru
melangkah masuk ke dalam ballroom, terlihat Zara bersama dengan seorang lelaki
yang boleh tahan kacaknya. Mata Qaiser tidak lepas memandang Zara yang
kelihatan tersangat cantik pada malam ini. Namun, hatinya tiba-tiba terasa
sangat sakit tidak tahu kenapa? Matanya tidak senang melihat Zara bersama
dengan lelaki lain. Hatinya tidak senang melihat keakraban Zara bersama lelaki
lain.
“Awak masih tak dapat nak
melupakan dia ke?” tiba-tiba Daris bersuara setelah membiarkan Zara dan CEO
syarikatnya saling berbalas pandang sedari tadi. Rasanya dah cukuplah tu kalau
dibiarkan lama-lama karang hatinya juga yang sebu semacam.
“Hah! Eh, tak adalah
awak..saya tengok awek kat sebelah tu macam kenal saja.” Zara yang baru
tersedar cepat-cepat berdalih. Tapi, memang betul pun macam kenal saja perempuan
itu. Oh, memang perempuan tu! Zara baru teringat perempuan yang baik hati
sangat memberi nasihat percuma dengan dirinya sewaktu dia menangis di dalam
tandas tidak lama dulu. Terfikirkan takdir yang berputar di antara mereka. Zara
tergelak pahit tanpa sedar.
“Oh, ye ke? That’s a
relief..I thought you would think about him because he’s such a perfect man,
isn’t it!” Ayat yang keluar dari bibir Daris kedengaran seperti cemburu dan
tergugat.
Zara pandang Daris dengan
pandangan comel dan manja cuba menenteramkan hati Daris. Zara tahu Daris
bimbang dengan hatinya yang mungkin tidak dapat melupakan Qaiser.
“Saya suka awak cemburu
begini. Look so..sexy..” pujuk Zara manja. Zara mengeratkan pegangan tangannya
di lengan Daris. Kepala sengaja dilentokkan dengan manja di dada Daris.
“Really? Just look at
him, wherever he goes, all the ladies would stare and stick their eyes on him..almost
pulling him away from his lover.” Daris menduga hati Zara. CEO syarikatnya yang
bernama Megat Qaiser Zulkarnain dipandang kemudian Daris pandang Zara dengan
kening diangkat.
“Hm..?”
Zara terjebak dengan
kata-kata Daris. Tipulah, jika hatinya tidak tersentuh langsung dengan kehadiran
Qaiser. Ah, cerita lama!
“Saya dah ada awak..hm..” Zara cuba meyakinkan Daris. Zara juga serba-salah dengan dirinya.
Tumpuan Zara dan Daris
kini tertumpu pada Puan Sri Raja Qarlina yang kelihatan anggun bergaya di
majlis itu.
Puan Sri Raja Qarlina memandang
mereka dengan penuh tanda tanya. Siapa lelaki di sebelah Zara? Hati tuanya
tidak senang.
“Oh, Auntie Qar.” Zara
terkejut melihat mummy Qaiser menyapanya dengan tiba-tiba.
“Auntie, ada sesuatu nak
bercakap dengan Zara. Boleh sekejap tak?” pinta Puan Sri Raja Qarlina lebih
kepada Daris sebenarnya supaya Daris beredar sewaktu dia ingin bercakap dengan
Zara.
Daris hanya mengangguk
walaupun berat.
“Right this way, darling!”
menyuruh Zara berlalu dahulu dan Puan Sri Raja Qarlina sempat memandang Daris
dari atas sehingglah ke bawah. Kacak! Akui Puan Sri Raja Qarlina dalam diam.
Puan Sri Raja Qarlina
menghulurkan senyuman kepada Daris sebelum membawa Zara jauh dari pemuda kacak
itu. Dia ada perkara untuk diperkatakan terhadap Zara.
“Dah lama auntie tak
berjumpa dengan Zara.” ujar Puan Sri Raja Qarlina sewaktu mereka berjalan ke arah
satu sudut untuk berbual dengan selesa.
“Zara ada je..tak ke mana
pun.” Zara senyum cuba mengambil hati bakal ibu mertua tidak jadinya.
“Zara..actually..I’m not
happy with the decision made by Qaiser..enggaged to another women.” Luah Puan
Sri Raja Qarlina ketidakpuasan hatinya dengan keputusan anak lelakinya memilih
perempuan lain untuk dijadikan isterinya. Puan Sri Raja Qarlina sememangnya
mengharapkan Zara menjadi menantunya tetapi kedegilan Qaiser yang masih memilih
perempuan biasa-biasa menjadi isteri tidak dapat dihalang lagi.
“Doakan kebahagiaan
mereka saja, auntie! Zara sudah terima kenyataan Abang Qaiser tidak memilih
Zara. Tak apalah, auntie! Zara okay je..” Zara senyum pahit. Dia harus katakan
apalagi.
“Auntie tak restui mereka
berdua.” Ujar Puan Sri Raja Qarlina masih berdegil tidak mahu menerima bakal
menantu pilihan anak lelakinya.
“Janganlah macam tu,
auntie! Mereka berdua saling mencintai. Biarkanlah mereka berdua bersama.” Zara
cuba menasihati mummy Qaiser.
“Auntie tak tahu mereka
berdua boleh bertahan sampai bila? Bukan Zara tak kenal dengan Qaiser tu kalau
dengan perempuan bagaimana? Macam chipsmore! Sekejap ada, sekejap tak ada. Hanya
Zara yang faham perangai Qaiser tu.” Perangai womanizer anak lelakinya sudah
diketahui umum dan dia tak pasti perempuan yang dipilih oleh Qaiser adalah
muktamad. Dia faham sangat dengan anak lelakinya itu.
“Zara boleh lihat Abang
Qaiser serius, auntie! Kalau tak..tak adalah Abang Qaiser umumkan pertunangan
mereka berdua.” Pujuk Zara. Walaupun tidak bersama dengan Qaiser, dia berharap
Qaiser gembira dengan kehidupannya.
“Harap begitulah..hm..Zara..auntie
tahu..you’ve been through a lot as well. Sorry for what Qaiser have done to
you. Auntie turut kesal.” Akui Puan Sri Raja Qarlina dengan perasaan tersangat
kesal.
“It’s okay, auntie! Perkara
dah berlalu..” Zara tunduk sayu. Hatinya masih berbekas dengan perbuatan
Qaiser.
“Hm..siapa lelaki dengan
Zara tadi? Handsomenya pun boleh tahan.” Tanya Puan Sri Raja Qarlina ingin tahu
siapa lelaki yang bersama Zara.
“Teman lelaki Zara,
auntie!” Zara mengaku. Daris cinta hatinya. Qaiser masa lalunya. Zara sudah
dapat memahami dirinya kini.
“Teman lelaki siapa?” tiba-tiba muncul Qaiser berseorangan menyampuk perbualan mereka.
Zara hanya mendiamkan
diri. Lidahnya kelu untuk membalas walaupun Zara teramat menyampah dengan nada
suara Qaiser seperti mengejek dirinya. Sabar sajalah, Zara..
“Seriuslah..apa yang tak
seriusnya..” Puan Sri Raja Qarlina pula yang menjawab bagi pihak Zara. Mulut
anak lelakinya itu boleh tahan juga berkata-kata bimbang pula Zara berkecil
hati. Kasar sangat!
“Budak ni selalu
main-main, mummy! Bukan betul sangat! Saja nak show off mana tahukan, mummy?!”
serkap Qaiser tidak percaya yang Zara serius dengan lelaki lain.
“Behave yourself, Qaiser!
Nak bergurau pun agak-agaklah..” Puan Sri Raja Qarlina mengingatkan anak
lelakinya. Mata dijegilkan ke arah anak lelakinya namun tidak dipedulikan.
“Zara dah biasa dengan
abang yang selalu bergurau manja ni. Betul atau main-main kita tengok sajalah
nanti.” Zara terlalu bengangkan Qaiser tetapi cuba berlagak biasa. Tidak guna
nak membalas. Dia tidak faham kenapa Qaiser bersikap sarkastik padahal Qaiser sudah
bahagia dengan bakal tunang tersayang.
Renungan helang Qaiser
tidak dipedulikan. Nak marah dengan kata-katanya tadi? Lantaklah!
“Handsome teman lelaki,
Zara! Sepadan!” puji Puan Sri Qarlina sengaja mengapi-apikan hati anak
lelakinya. Jika Qaiser tidak mempunyai perasaan terhadap Zara takkanlah
bersikap sebegini. Nampak macam nak marah saja sedari tadi. Hai..budak-budak
ni!
“Terima kasih, auntie!
Zara pergi dululah, dah lama teman lelaki Zara keseorangan. By the way, auntie!
Zara akan berkahwin tak lama lagi dengan teman lelaki Zara. Kami tak nak tunang-tunang
ni, terus kahwin saja selepas mama dan papa selesai urusan di Russia nanti. I’d
like to invite you in advance.” Ucap Zara dengan senyuman manis tetapi sengaja membakar
hati Qaiser yang terlalu angkuh. Zara tersangat puas hati kerana dapat membalas
dengan secukupnya.
Wajah Qaiser terus
berubah kerana terlalu terkejut mendengar kata-kata Zara. Mata Qaiser tidak
lepas merenung wajah Zara yang selamba. Entah kenapa hatinya terlalu sakit. Perasaan
marah mula membuak-buak di dalam dada.
Zara tidak mempedulikan
renungan helang pembunuh Qaiser terus meminta diri dan beredar. Dia perlu
mencari Daris. Ke mana Daris ni?
“Zara cantik sangat malam
ni..don’t you think, Qaiser?” kata-kata mummy semakin menaikkan kemarahan
Qaiser. Sakit betul hatinya bila ditewaskan. Qaiser berdendam.
Puan Sri Raja Qarlina
hanya memerhati Qaiser yang masih lagi tidak melepaskan renungannya terhadap
Zara yang semakin menjauh. Tidak sedap hati pula melihat sikap yang ditunjukkan
oleh anak lelakinya itu. Jangan dibuat yang bukan-bukan sudah. Keluh Puan Sri
Raja Qarlina.
ZARA resah kerana gagal
mencari Daris di dalam ballroom. Melilau matanya mencari kekasih hati namun
masih tidak ditemui. Takkan merajuk kot!
Zara mengeluarkan
handphonenya lalu mendail nombor Daris. Menunggu panggilan dijawab.
“Daris..awak ke mana?”
Zara terus bertanya selepas Daris menjawab panggilannya.
“Kat luar!” suara dingin
Daris kedengaran. Sah! Mamat ni memang merajuk. Hok..aloh..
Zara tergesa-gesa mencari
Daris di luar..
Daris berada di
gelanggang basketball di luar hotel. Ada sebiji bola buat pelepas sakit hati
dan geram. Dilantun-lantun bola ke lantai dengan perasaan sebal. Sakit betul
hatinya melihat Zara dan CEO syarikatnya berbual. Walaupun, ibu CEO juga ada
bersama tetap membuatkan hati Daris tidak keruan.
“Hai..” keluh Daris. Lantunan
bola dilepaskan dan bola terlepas ke lantai dan bergolek tidak jauh dari kaki
Daris. Daris hanya melihat bola itu di lantai. Kemudian, Daris mengeluh lagi
sambil bercekak pinggang. Selepas itu, tergelak pahit pula.
Tidak semena-mena Daris
berjalan ke depan lalu disepak bola itu dengan sekuat hati. Nasib kaulah, bola!
Hati Daris keresahan..
Kelakuan Daris menjadi
perhatian Zara sedari tadi. Hati Zara dicuit rasa bersalah sangat-sangat. Bukan
sengaja dia menyakiti hati Daris. Tiada niat pun nak menyakiti hati orang yang
disayangi.
“Daris!” panggil Zara
yang berada tidak jauh dari Daris.
Zara berlari mendapatkan
Daris dari belakang yang sedang bercekak pinggang. Bila sudah berada di
belakang Daris, Zara terus memeluk belakang Daris dengan erat.
Daris agak terkejut
dengan pelukan Zara yang tiba-tiba.
“Zara..” Zara mengeratkan
lagi pelukan pada pinggang Daris ketika namanya diseru oleh Daris. Zara
menyandarkan sisi wajahnya pada belakang Daris yang hangat. Pelukan dieratkan
lagi.
“Saya bukan alat untuk
awak sakitkan hati dia. ” lengan Zara yang sedang melingkari pinggangnya Daris
cuba ungkai tetapi Zara tetap berdegil. Daris menoleh ke tepi cuba melihat
wajah Zara tetapi sukar. Dengan kedudukan mereka begitu sukar untuk Daris
menelah perasaan Zara.
Daris hanya dapat merasakan
Zara sedang menggelengkan kepalanya beberapa kali.
“Tak..Daris..bukan..” Zara
menafikan.
“Can I turn around?” Daris
ingin sekali melihat wajah Zara saat ini. Dia ingin menyelami perasaan Zara.
Zara masih menggelengkan
kepalanya tidak membenarkan Daris berpusing ke belakang. Dia tidak mahu Daris
pergi jika dia melepaskan pelukannya.
“Saya sukakan awak,
Daris! Saya tak pernah berperasaan begini. Perasaan ini amat menakutkan saya. Tapi,
saya tetap sukakan awak.” Luah Zara sepenuh hati dengan matanya dipejam rapat. Berharap
sangat Daris mempercayai dirinya.
Daris melepaskan pegangan
tangan Zara lalu berpusing mengadap Zara. Tangan diletakkan di atas kedua belah
bahu Zara dan wajah ditundukkan mencari anak mata Zara yang sendu.
“Saya percaya..” Daris
terus memeluk Zara dengan erat. Dia percayakan Zara. Cuma, Daris tidak percaya
dengan dirinya sendiri kerana dibayangi perasaan cemburu.
“Dia bukan siapa-siapa
lagi untuk saya..” Zara cuba meyakinkan Daris dengan perasaannya.
“Glad to hear..” Sungguh..apa
yang paling dia takuti adalah kehilangan Zara Diandra. Entah kenapa hatinya
tidak keruan seperti sesuatu yang akan berlaku terhadap mereka. Daris tidak
dapat mengelak dirinya daripada berfikiran negatif walaupun banyak kali dia
cuba berfikiran positif. Tidak tahu kenapa? Zara seperti tidak selamat.
Qaiser melihat dengan
jelas drama sebabak di antara Zara dan teman lelakinya. Minuman yang pahit dan
keras di dalam gelas tirus diteguk rakus. Sebaik saja minuman itu menyelusuri
kerongkongnya terus menjulang api kemarahan di dalam dada. Qaiser terus
membaling gelas tirus yang kosong itu ke dinding.
“She’s mine..only mine..”
PESANAN PENULIS:
Qaiser sudah datang..what will happen next? Hurmm..Big2 hug from me..
tak boleh ! daris mesti ngan zara je..hehe :)
ReplyDeletebetulbetulbetulll
Deletewaa..rata2 sokong daris..tapi..ada tapinyer..we'll see the flow ok..ngeeee..
Deletewow!! haha.. syoknye.. nak lagi.. harap cpt la ye sambungannya...
ReplyDeleteberes2..nt sy up asap klu xde halangan..tenkiuuu tau..
Deletewei..wei..qaiser usah lh diri mu terlalu tamak dlm soal perasaan!pernah miliki namaun tk dihargai...so hati mu n diri mu tk layak merebut suci nyer cinta zara pd daris yg amat tulus..setulus dn seluhur cinta daris wat cinta ati nyer(zara)...so jaga lh ati sidia disisi mu hai qaiser!!!jgn lh nk rebut2 org punyer lak...no..no..no senang2 jer ngaku hak mutlak...ish..ish..ish..tk mo lh dek zara ngan qaiser...nk daris gak hehe...
ReplyDeletekak..sperti biasa komen akak sy sll nantikan tnpa komen akak blog sy ni rs kurang jer..tenkiuuuuu kak..muuuuuahhhh..syg la kt akak ni..
DeleteNak Daris..Qaiser boleh blahh!!
ReplyDeletefuyooo..qaiser boleh blah ekk..qaiser ckp xpe3..karang kua ayat pencinta wanita dia tgkp leleh plak..
DeleteSAYA PUN NAK DARIS JUGA ,BEST TERUJA SANGAT-2 BILA N3 NI.
ReplyDeletewaaa..baby mio teruja ai pun lg excited..sume nak daris abisla Zara..
Deletesemak je qaiser neh
ReplyDeletedaris ikat kuat2 zara jgn bg lepas
zara pulak pastikan ikatan daris tu sentiasa ketat
jgn sesekali biar longgar
mode: nyampah tahap gunung everest kt qaiser
cool yoo zara..jgn nyampah sgt nt cinta..
DeleteJahatnya qaiser.....dh ada tunang masih nk kacau zara.
ReplyDeleteBiarlh zara berbahagiannganndaris yg semmgnya sepadan ngan zara tu.
Sis ayu.....kasihanilah kami dan biarlah zara ngan daris akhirnya walau ada halangan dan gangguan dr qaiser yg gila bayang tu. Huhuhu
The Best 888casino Restaurants in Las Vegas, NV
ReplyDeleteThe Best 888casino Restaurants in Las 화성 출장샵 Vegas, NV - 상주 출장마사지 Restaurants with Reviews and 김제 출장마사지 Ratings. Menu, reviews 김제 출장안마 and photos from 3500 visitors 충청북도 출장샵 about buffet prices,