BAB 17: SESUNGGUHNYA..DIA
LELAKI PELINDUNGKU
QAISER hanya termenung
mengadap komputer. Satu kerja pun tak jalan. Dia tak tahu kenapa? Beberapa hari
ini, dia rasa gelisah semacam seperti ada sesuatu yang tidak lengkap di dalam
hidupnya. Dia cuba mencari apa yang kurang? Namun, masih tidak dapat mencari
puncanya. Dia memiliki segalanya harta kekayaan warisan keluarga, jawatan CEO
di syarikat gergasi dan bakal tunang yang cantik dan penyayang. Dia perlukan
apa lagi? Qaiser tarik nafas dalam-dalam dan melepaskannya dengan perlahan.
Mungkin dia perlukan secawan espresso coffee untuk menyegarkan minda yang mula
tepu dengan urusan harian. Agak Qaiser secara rawak.
“Arni bawakan coffee
macam biasa. Jangan lupa croissant bread juga.” Qaiser memberi arahan. Macam
dah lama tak pekena dengan makanan yang dipintanya tadi. Arni pun dah ubah sarapan
pagi kebiasaannya kepada sarapan pagi yang lebih bervariasi. Dia pula tak
banyak kerenah terima saja sarapan pagi yang disediakan oleh Arni. Tiba-tiba,
dia rindu pula nak makan croissant bread yang lembut dan gebu yang selalu dia
bersarapan pagi dulu. Terliur pula bila terfikirkannya. Hm..
“Er..bos! Lambat sikit
boleh, bos! Saya pergi beli kat coffee bean dulu.” Jawab Arni takut-takut. Alamak!
Mana nak cari? Selalunya Ramli yang bawakan sarapan tu, dia langsung tak ambil
tahu dari mana sarapan itu dibeli. Sejak, Miss Zara tidak lagi datang ke
pejabat seperti kebiasaan, dia terpaksa menukarkannya kepada sarapan lain.
Hari-hari bertukar menu sarapan pagi. Pada mulanya, bimbang juga jika bosnya
tidak senang dengan perubahan baru tapi bosnya diam saja, Arni menganggap
bosnya itu tidak kisah. Alih-alih hari ini, minta pula sarapan yang dah lama
ditinggalkan sejak Miss Zara tidak lagi ke pejabat. Arni gigit bibir
kegelisahan.
“Oh, ye ke? Okay, cepat
sikit! Saya nak masuk meeting pula lepas ni.” entah kenapa Qaiser terasa hampa
pula bila mendengarnya.
Apabila roti croissant
sudah berada di tekaknya sukar pula nak menelannya walaupun sudah dikunyah.
Kenapa rasanya lain? Kenapa tak sama? Bila meneguk espresso coffee rasanya juga
tak sama. Lain!
Sudahnya, Qaiser menekan
interkom memanggil Arni masuk.
“Awak beli kat mana
sarapan ni, Arni?” tanya Qaiser dengan muka tak puas hati.
“Coffee bean dekat-dekat
sini..” Arni takut-takut nak memberitahu. Jangan bosnya melenting sudah,
bukannya dia tahu Miss Zara beli di mana? Susah betul hati Arni dibuatnya.
“Kenapa rasanya lain tak
macam selalu.” Komen Qaiser tak puas hati langsung.
“Er..bos..selalu Ramli
yang bawakan atas arahan Miss Zara. Saya tolong hidangkan saja, bos!” akhirnya
Arni terpaksa menyebut nama Miss Zara.
Wajah Qaiser tiba-tiba
berubah. Mula terfikirkan Zara yang sudah lama tidak ditemui. Mungkin dua bulan
atau tiga bulan dia tidak berjumpa dengan Zara. Dia tidak dapat mengagak dengan
tepat yang pastinya sudah lama benar dia tidak bertemu dengan Zara. Tiba-tiba
hatinya tercuit satu perasaan yang lain bila terfikirkan Zara. Ada perasaan rindu
mula bertandang di hatinya tetapi cepat ditepis jauh-jauh. Ah, bukan rindulah
tetapi kebiasaan Qaiser menelah perasaannya sendiri.
“Awak boleh keluar.” Ujar
Qaiser perlahan. Tangannya mencapai fail dan mula menyibukkan diri. Ingatan
terhadap Zara dibiarkan menjadi perkara enteng. Tak penting pun!
ZARA keluar dari bilik
mesyuarat. Papanya awal-awal lagi menyuruhnya pergi dahulu kerana masih ada
urusan dengan Uncle Man. Zara cuba meninggalkan bilik mesyuarat secepat mungkin
kerana tidak tahan bertentangan mata lagi dengan Qaiser. Dia perasan sepanjang
mesyuarat berjalan Qaiser kerap memandang ke arahnya kerana setiap kali dia
mengangkat muka pandangan matanya pasti bertembung dengan panahan mata helang
Qaiser yang menusuk jiwa. Zara tidak dapat menipu hatinya, perasaannya masih
tersentuh dengan panahan mata helang itu. Zara tidak mahu hatinya berbolak-balik.
Dia harus kuat kerana dia dan Qaiser akan sentiasa berjumpa walaupun dia cuba
melarikan diri sejauh mana pun. Qaiser tetap terpaksa dia hadap juga akhirnya
tidak kira apa pun. Apapun Zara masih belum bersedia untuk bersikap biasa-biasa
dengan Qaiser kerana hatinya masih lagi berbekas dengan perbuatan Qaiser
terhadap dirinya. Dia harus pergi secepatnya.
Zara keluar beramai-ramai
bersama pemegang-pemegang saham dan staf yang terlibat. Pantas menyelit di
antara ramai-ramai yang keluar dan laju mendapatkan lif.
Qaiser berjalan laju,
pantas menyelit di antara ramai-ramai orang cuba mengejar Zara dari belakang.
Dari jauh Qaiser nampak Zara sedang menunggu lif, Qaiser mempercepatkan
langkahnya bimbang tidak sempat mendapatkan Zara.
Zara mula bertenang
sewaktu menunggu lif, lif semakin hampir. Bila-bila masa dia akan masuk ke
dalam lif dan pulang ke rumah. Daris tiada di pejabat pergi site visit kalau
tak dah lama dia melencong ke pejabat Daris barang seminit dua.
Zara terus masuk lif
tanpa ragu-ragu. Pintu lif tertutup rapat.
Qaiser tidak sempat
mengejar Zara kerana Zara sudah masuk ke dalam lif dan lif sudah tertutup rapat
seakan memberi isyarat dengan Qaiser hati Zara sudah tertutup rapat sepenuhnya
untuk dirinya. Entah kenapa hati Qaiser menjadi hampa.
Daris sudah menunggu cik
buah hati di lobi. Tatkala, matanya terlihat kelibat Zara dari jauh dia mula
tersenyum. Tengok si genit tu! Dengan gaya korporat pun matanya masih nampak
Zara seorang yang comel. Terkedek-kedek ke arahnya dengan senyuman manis. Mana tak
cair hati teruna seperti dirinya. Dia begitu bertuah Zara Diandra menerima
cintanya juga akhirnya. Akan dia pertahankan cinta ini tidak kira apa pun yang
akan terjadi.
“Lama tunggu?”
“Lama sangat!” rungut
Daris. Boleh tahan jugalah dia menunggu di lobi.
“Meeting tu la..entah
apa-apa..semuanya ke laut! Tak faham apa! Naik kematu punggung ni tau!” rengek
Zara dengan wajah penat.
“Mana nak faham kepala
duk sibuk WeChat saja!” Daris tergelak. Mana taknya, dia yang berada di site
bukan sibuk meneliti perkembangan projek tetapi sibuk berWeChat. Pengurus
projek dah menjeling semacam melihat dia sibuk berkepit dengan handphone tak
sudah-sudah.
“Boring la awak..” rengek
Zara lagi. Kalau tak kerana papa yang mendesak bukan dia nak sangat pun pergi. Meeting
tak habis-habis.
“Nasib awak la..”
“Amboih!”
Daris tergelak.
“Kita nak ke mana ni?”
“We’re dating, right?
Kita pergi dating macam couple yang lain la.” Daris mencuit hidung Zara.
DI PANTAI Peranginan Port
Dickson..
Hujung minggu yang indah
bersama buah hati tersayang. Menyusuri gigian pantai sambil berpegangan tangan.
Daris dan Zara menyulam kasih yang baru berputik dengan bibit-bibit percintaan
yang romantis.
Zara melihat Daris
membuka ikatan tali kasut lalu membuka kasut yang dipakai. Kemudian, tersengih
ke arah Zara sampai matanya menjadi sepet dan buat muka nakal. Secara
membelakangkan laut Daris perlahan mengundur ke belakang sehingga mencecah air
dan menggamit Zara mengikutinya.
Zara menggelengkan
kepalanya. Dia tidak mahu basah.
Daris menggamit lagi
dengan pandangan redup dan disertakan dengan senyuman romantis.
Zara masih menggelengkan
kepalanya.
Daris menggelengkan
kepalanya sambil tersengih dengan kedegilan Zara yang seperti takut sangat
dengan air.
“Meh, la..takkan takut
kot dengan air? Kambing je takut dengan air.” Giat Daris. Berusaha menarik Zara
ke dalam air.
“Saya pekakkan telinga
apa yang awak kata. Saya takkan termakan dengan kata-kata awak tu. Saya..takkan
ke sana. Takkan!” Zara tahu Daris sengaja mencari helah supaya dia masuk ke
dalam air. Sorry..dia takkan basahkan dirinya.
“Hok aloh..” buat muka
hampa.
Zara masih menggelangkan
kepalanya.
Daris sengih. Kemudian,
berpaling mengadap laut yang terbentang luas. Terus berjalan ke depan sehingga
air ke paras pinggang. Dah lama tak mandi laut. Tidak berfikir panjang terus
berenang dengan pakaian yang dipakai. Tidak mengapalah mereka pun memang
berniat nak bermalam di Port Dickson ni. A..a..a..ah..lain-lain bilik hotel,
okay!
“Daris..jangan ke tengah
sangat!” Zara menjerit memberi peringatan terhadap Daris yang berenang semakin
jauh.
Daris hanya mendengar
suara Zara tenggelam timbul saja tidak jelas. Daris berpusing berenang ke darat.
Daris dapat nampak wajah Zara kalut. Bimbangkah akan dirinya? Hati Daris
berbunga.
Daris bangun dan berjalan
dari dalam air sehingga ke darat. Dengan rambut basah dan t-shirt putih yang
juga basah lencun malah melekat menampakkan susuk badan Daris yang tough
membuatkan Zara terkelip-kelip terpegun dengan ciptaan Tuhan. Hati Zara mencair
diterik mentari.
Daris pula memerah hujung
bawah t-shirtnya sambil memandang Zara. Pandangan mata Daris yang melemahkan
segala urat sendi Zara. Kenapalah lelaki di hadapannya cute sangat?
“Awak nak tau sesuatu
tak?” jerit Daris tiba-tiba. Mereka berada jauh dari diri masing-masing terpaksalah Daris menjerit. Ditambah, angin laut yang bertiup menenggelamkan suara Daris.
“Tau apa?” Zara pandang
Daris ingin tahu.
“Semalam saya bermimpi..”
“Mimpi apa?”
“Sudah menjadi
kenyataan..”
“Apa?”
Daris menunding jari ke
arah Zara dengan renungan menusuk kalbu.
Zara masih belum dapat
menangkap apa yang Daris ingin sampaikan. Tapi, figure Daris menunding jarinya ke
arah dirinya dengan renungan mata melemahkan jiwa memang buat Zara cair. Daris
semakin hari semakin menawan hatinya.
“Saya cintakan awak..”
ucap Daris dengan yakin.
Zara hanya memandang
Daris tanpa membalas. Hanya melihat Daris berjalan keluar dari air menuju ke
arahnya tanpa melepaskan sesaat pun renungan terhadap dirinya dan Daris berhenti
tepat di hadapannya dengan wajah mereka terlalu hampir. Wajah Daris serius
tanpa senyum merenung matanya dan tidak semena-mena Daris meletakkan tapak tangan
kanannya ke belakang kepala Zara dan tangan sebelah kiri di letakkan di bahu kanan
Zara. Posisi ingin memeluk tetapi Daris hanya menundukkan kepalanya di tepi
telinga Zara. Berbisik..
“Never part from me..”
Zara hanya merenung Daris
dengan pandangan berkaca-kaca. Hatinya sangat tersentuh dengan Daris yang romantis
dan perhatian. Dia tidak pernah merasai perasaan begini perasaan dicintai.
“Apa awak buat kat sini?”
Daris terkejut melihat Zara di hadapan pintu bilik hotelnya. Bilik Zara dua
pintu dari bilik dia berada.
“Daris..” meremang bulu
roma Daris mendengar suara Zara yang lembut semacam.
“Kenapa ni?” Daris
bertanya hairan.
“Boleh masuk tak?” pinta Zara dengan suara merengek.
Lemah betul hati Daris
mendengar suara Zara yang lembut meminta keizinan memasuki bilik yang dia
menginap. Jangan cari pasal Daris!
“Nop!” Daris cuba menutup pintu tetapi cepat dihalang Zara.
“Ala..awak..saya tak
dapat tidur la..please..” rengek Zara memujuk. Zara terlalu berfikiran terbuka.
“Pejam mata lama-lama
nanti tidur la.” Daris tidak setuju. Tempah bala jika membenarkan Zara masuk ke
dalam biliknya. Baik jangan!
“Daris..bukan buat apa
pun borak je..” rengek Zara dengan jiwa polos. Tidak terfikir lelaki mempunyai sembilan
akal tetapi mempunyai satu nafsu yang sukar untuk dijinakkan jika sudah menjadi
buas.
“Saya mengantuk dah ni. Awak
pergilah balik bilik. Lama-lama nanti tidurlah.” Menyesal pula mengajak Zara
ride ke Port Dickson. Iman yang senipis kulit bawang ni belum tentu dapat
menahan nafsu buas yang bila-bila masa akan keluar. Daris tidak percayakan
dirinya.
“Cakap cintakan saya..”
Zara mencebik dengan riak sedih.
“Zara..it’s not the
point! Saya memang cintakan awak tapi Zara dah malam ni..tak manis.” Daris
masih tidak membenarkan Zara masuk ke dalam biliknya.
“Kita bukan nak buat apa
pun.” Zara mencebik lagi.
“Boleh..tapi awak janji
duduk jauh-jauh dari saya. Tak mau rapat-rapat!” Daris mengalah tetapi
memberikan syarat.
Zara sengih sambil mengangguk
kepalanya beberapa kali dengan wajah nakal. Hoyeah..
“Pergilah duduk kat sofa
sana.” Arah Daris dengan wajah serius selepas membenarkan Zara memasuki
biliknya.
Zara perlahan-lahan
melangkah ke sofa. Kepalanya pula duk terteleng-teleng memandang Daris. Kenapa
Daris seperti tidak suka bercakap dengannya? Dia hanya ingin bersama Daris
sepanjang malam berbual dan mengenal hati masing-masing tetapi Daris seperti
tidak menyukai kedatangannya. Benarkah Daris mencintainya? Zara mula ragu.
Daris duduk di tepi katil
membelakangkan Zara. Hatinya berdebar. Dia tidak pasti tindakannya membenarkan
Zara masuk ke dalam biliknya apakah tindakan yang wajar? Cari nahas sebenarnya!
“Cakaplah apa yang awak
nak cakap.” Bukan sengaja dia nak menjadi dingin sebegini kerana hatinya dan
seluruh tubuhnya dah hangat semacam. Ditambah, pemakaian Zara yang hanya
mengenakan t-shirt sendat dengan bukaan leher yang luas dan legging ketat. Mungkin
pada perkiraan Zara ia hanyalah pakaian yang simple dan santai tetapi bagi
Daris parah benar matanya melihat malam-malam begini.
“Awak macam tak suka je?”
Zara terasa hati.
“Tak..Zara..” bukan tak
suka tapi sedang menahan diri.
“Awak buat begini macam
saya ni nak makan awak pula. saya tak makan orang, Daris!” Zara macam tak faham
lagi kegelisahan Daris sebenarnya.
“Awak memang tak makan
orang tapi saya ni..saya percaya yang saya akan ‘makan’ awak karang.” Jenaka dalam
nada serius.
Zara tergelak.
“Saya percaya..percaya..yang
awak akan selalu menjaga saya..selalu melindungi saya..” Zara mendekat lalu
naik ke atas katil. Daris yang membelakangkan dirinya Zara peluk dari belakang
sambil meletakkan kepalanya di belakang badan Daris.
“Awaklah lelaki pelindung
saya..” kepala Daris tertoleh. Tersentuh! Kepercayaan Zara mengekang keinginan
jahat. Cinta Zara berjaya menguatkan hatinya. Daris tidak mahu merosakkan
kepercayaan Zara terhadap dirinya. Dia lelaki pelindung Zara..jika dia
mengkhianati, dia bukan lelaki pelindung tetapi lelaki pemusnah. Dia takkan..
“Zara..” tangan Zara yang
sedang memeluk pinggangnya disentuh dan dielus lembut.
“Saya
percaya..percaya..awak cintakan saya..” Zara tenang dengan bauan dari tubuh
Daris. Perlahan menarik Daris rebah ke katil. Zara meluruskan kakinya dan
memejamkan matanya. Tanpa dipinta dia tertidur sambil memeluk erat belakang
Daris.
“Saya cintakan awak..”
Daris pula berpeluk tubuh
sambil kakinya juga diluruskan. Pejam mata dan sesaat dia sudah tertidur tanpa
berfikir apa-apa pun.
PESANAN PENULIS:
Idea tepu betul lepas raya ni. Makan banyak sangat kot! Sorry sgt2 lambat post entry terbaru. Penat travel pun ye. Balik terus keje..keje..keje..maklum la pas raya tugas yg menunggu pun byk la..hehe..ok back on the track..Daris xpercaya dgn dirinya tetapi Zara percayakan Daris. Hasil dari kepercayaan membuatkan mereka tidak terpesong, ada x mcm tu? Kuasa cinta yang suci bukan semata-mata kerana nafsu. Ok..rindu kamuuu semua lepas bercuti panjang nih..
BEST SANGAT-2 NAK LAGI YA KALAU BOLEH PANJANG SIKIT.
ReplyDeletetq baby mio..sori sb ssh nk bls komen teman2 di blog..sy cuba up entry pnjg2 yep..
Deletealahai sweet nyer...akal lebih berkuasa dari ati,tulh daris dapat atasi nafsu...syabas young man..salute u...gud sngt2 dek writer...tk puas ciput na dek...cepat2 up lg yer dek...
ReplyDeletesy cuba up entry cpt2 kak..tq ye kak..
Deleteble bce part daris ngan zara psti akn tersnym lbr but ble time watak qaiser mncl prsaan trs rase down. apa2 pon good job.
ReplyDeletetq iemira..daris ibarat angel..qaiser ibarat devil..kan..
Delete