Sunday 28 July 2013


BAB 14: SESUNGGUHNYA..DIA LELAKI PELINDUNGKU

“DO you know how much I..” belum sempat Daris menghabiskan ayatnya kedengaran dentingan pinggan dan meja mereka ditepuk kasar. Semuanya berlaku dengan pantas dan sedar-sedar wajah Zara telah disimbah dengan caffe latte yang sudah tinggal separuh.

“Oh..inilah perempuan yang you tergila-gilakan sangat tu?” seorang perempuan datang menyerang Zara dengan bertubi-tubi. Tidak cukup menyimbah air ditunjalnya dahi Zara berkali-kali. Zara pula masih tercengang dan fikirannya lambat nak mencerna apa yang sedang berlaku akibat terlalu terkejut. Zara blur hanya melihat Kevin datang menghalang perempuan itu dari menyakiti dirinya. Daris pula cuba menariknya ke belakang tetapi kakinya masih terpaku di situ. Tidak berganjak!

“Antasya..enough! Enough, okay!” Kevin berusaha menghalang perbuatan gila perempuan bernama Antasya itu dari terus menyakiti Zara. Tidak menyangka spare-partnya boleh berada di café itu dan menyaksikan dia menggatal dengan Zara tadi. Itu yang dia tergesa-gesa keluar apabila mendapat panggilan dari Antasya, rupanya Antasya sudah lama memerhatikan dia dan Zara. Mereka bergaduh di luar café, Antasya tidak berpuas hati dengan penjelasannya dan akhirnya meluru masuk menyerang Zara. Semuanya berlaku di luar kawalan.

“Biar I ajar perempuan ni! Ada hati nak merampas boyfriend I. Dasar perempuan jalang!” terus menunjal dahi Zara lagi dan lagi.

Perempuan jalang? Zara tersentak lalu tersedar apabila dirinya diherdik sebagai perempuan jalang. Zara yang dalam mood terkejut terus bertukar mood bengang. Amboih! Sesedap rasa melabelkan dirinya perempuan jalang? You’re so dead, bitch!

Tangan perempuan gila yang masih menunjal dahinya ditepis kuat. Mata Zara merah merenung perempuan gila di hadapannya. Berani betul meletakkan tangan ke atas badannya. Memang betul-betul mencari pasal! Zara berang.

“You make a big mistake! You crazy maniac..B.U.L.L..S.H.I.T woman!!” terus melempang perempuan gila itu sekuat hati. Zara tidak akan membiarkan dirinya disakiti lagi. Zara yang angkuh dan bongkak masih ada di dalam dirinya. Jangan ingat dia akan membiarkan dirinya disakiti sewenang-wenangnya. Zara merenung tajam perempuan gila itu dengan garang.

“Zara..sudahlah tu! Kita balik, okay!” Daris cuba menarik tangan Zara supaya pergi dari situ tetapi Zara mengeraskan dirinya. Masih merenung garang ke arah perempuan gila yang kelihatan amat terkejut dengan tindak balasnya. Pantang betul tok nenek and  moyangnya ada orang suka-suka memaki hamun dan menamparnya. Betul-betul silap orang, der!!

“Jangan cuba-cuba letakkan tangan kotor kau ke badan aku lagi, betina!!” dengan nada keras sambil menunding jarinya tepat ke muka perempuan gila itu. Zara memberi amaran. Kemudian, berpaling mengambil handbag dan berlalu. Zara merasakan tamparannya tadi  sudah cukup mengajar perempuan bedebah itu. Daris pula tergesa-gesa mengekori Zara.

“Kurang ajar kau perempuan sial!!” Antasya tidak mahu mengaku kalah mengejar Zara dari belakang. Menarik rambut Zara dengan kasar dan melempang pipi Zara pula.

“Perampas macam kau ni memang patut diajar! Kemaruk jantan! Bohsia! Sundal!” maki Antasya dengan kata-kata kesat yang seangkatan dengannya.

“Apa dia perempuan gilaaa!!! Kaulah sundal! Jalang!”

Pergaduhan besar tidak dapat dielakkan lagi. Kedua perempuan itu saling bertarik rambut dan memukul. Kevin dan Daris masing-masing cuba menarik perempuan mereka dari berhentam lagi. Suasana café hingar-bingar dengan babak drama yang tak dijangka.

“Antasya! Jangan buat malu kat sini!” Kevin cuba meleraikan mereka yang saling menarik rambut. Perempuan kalau bergaduh, parah gila!! Kevin tak tahu nak meleraikan mereka macam mana? Malunya tak payah ceritalah. Kevin terpaksa menebalkan muka cuba menghentikan pergaduhan. Perempuan memang leceh!!

“You..shut up, Kev! It’s all your fault!” Antasya menolak Kevin jauh-jauh.

Daris pula cuba melepaskan tangan Antasya dari menarik rambut Zara tetapi ditepis-tepis kasar oleh Antasya. Tak padan dengan perempuan, kasar gila! Getus hati Daris terkejut dengan sikap agresif perempuan itu. Daris melihat hanya Zara yang menjadi mangsa pukulan dan tarikan rambut tanpa dapat membalas sedari tadi. Daris dah tak sanggup melihat Zara disakiti lagi. Dia terpaksa bertindak kasar dengan perempuan itu tatkala melihat bibir Zara sudah berdarah.

“Sudah!” Daris menolak Antasya jauh-jauh dari Zara. Bila Antasya masih berdegil tidak mahu melepaskan rambut Zara terpaksalah Daris menolak Antasya dengan kuat sehingga Antasya terdorong ke belakang.

Zara yang telah bebas dari tarikan rambut Antasya tidak berpuas hati terus menerkam ke arah Antasya cuba  membalas pukulan perempuan gila itu. Tetapi, cepat pula ditahan oleh Daris. Zara tetap berdegil nak mengerjakan perempuan gila itu. Daris terpaksa mendukung Zara pergi dari situ. Zara yang masih tidak berpuas hati cuba meronta-ronta di dalam dukungan Daris kerana tidak dapat membalas dengan secukupnya dengan perempuan gila itu. Sakit betul hatinya kerana dirinya yang teruk kena belasah dengan perempuan gila itu. Geram juga pada diri kerana tidak dapat melawan perempuan gila itu sehabis-habisnya. Eeeiiii..geramnya!!

“Turunkan saya, Daris! Turunkan saya! Biar saya ganyang perempuan gila tu! Turunkan!” jerit Zara masih meronta-ronta. Daris tidak mengendahkan kata-kata Zara terus mendukung Zara sehingga ke tempat parkir di mana kereta Zara diletakkan.

“Zara..” pujuk Daris sewaktu mereka berada di tempat parkir. Zara hanya membeku di tepi Audi R8nya sambil berpeluk tubuh. Sakit hatinya masih belum reda. Sakit juga hatinya kerana Daris menghalangnya dari terus mengerjakan perempuan gila tu.

“Zara..”

“Aarrrgghhhhhh..” Zara tiba-tiba menjerit. Dia betul-betul geram kerana tidak dapat membalas setiap perbuatan perempuan gila itu terhadap dirinya. Kenapa dia begitu lemah? Dia betul-betul sakit hati dan tidak dapat menerima kenyataan dirinya yang selalu menjadi mangsa. Kenapa dia yang selalu disakiti? Zara tidak dapat menerima semua itu lagi.

“Dear..” dah keluar ayat keramat memujuk Daris. Bahu Zara disentuh lembut dan Daris menunduk mencari anak mata Zara.

“Sudahlah, Daris!” terus membeku. Terlalu sakit hatinya kalau nak dibandingkan dengan badannya yang dah sengal-sengal.

“Dear..please..hm..” dagu Zara diangkat. Mata mereka bertatapan. Zara tidak jadi nak memberontak. Kepalanya tiba-tiba berhenti berfikir tatkala mendengar suara Daris yang lembut.

“Awak terluka..” bibir Zara yang berdarah diusap perlahan. Zara dilihatnya berdecit sakit.

“Sakit sangat ke?” tanya Daris cemas.

Air mata Zara tiba-tiba bergenang. Daris bertambah cemas.

“Awak sakit sangat ke?” hati Zara terus dan terus tersentuh dengan sikap Daris. Lelaki itu selalu menggoyahkan perasaannya.

Zara tiba-tiba menangis tanpa dapat ditahan-tahan lagi.

“Saya benar-benar orang yang paling kasihan, kan? So..pathetic..” amat kesal dengan dirinya sendiri. Sudahlah cinta tak berbalas. Kena hentam dengan perempuan gila sudah dua kali pula tu. Dia betul-betul, hopeless!

“Dear..jangan macam ni?” Daris yang lembut dan cukup prihatin. Zara hanya mampu menggelengkan kepalanya. Menunduk. Dia tidak tahu..tidak faham..dia keliru..

“I’m hopeless, Daris!” Zara mengongoi kesedihan.

Daris terdiam hanya tangannya menarik Zara ke dalam pelukan. Menepuk dan mengggosok belakang Zara dengan lembut.

“Ouchh..” Zara berdecit kesakitan bila bibirnya tergesel kolar baju Daris.

“Bibir sakit lagi?” tanya Daris menjenguk Zara yang masih berada di dalam pelukannya. Zara mendongak lalu mengangguk sambil mencebik kasihan.

“Bibir tu nak ubat tu!” ujar Daris di tepi telinga Zara.

“Hah?” mata Zara membulat terkejut dengan kata-kata nakal Daris.

Daris tersenyum herot.

“Sapu ubat..” jelas Daris dengan mata bersinar nakal.

“Saya sakit ni..jangan nak buat perangai terejal kat sini!” Zara menolak Daris jauh. Bengang dipermainkan. Orang dahlah sakit, nih!

“Hok aloh..merajuk pulak! Okay, tunggu kat sini jap! Saya nak pergi Seven E..jap! Tunggu tau!” Daris menyuruh Zara menunggu sementara dia pergi ke Seven Eleven untuk mencari bandage dan ubat sapu.

Daris muncul tak lama kemudian..

“Okay, ke sini kakak princess! Meh, saya ubatkan kakak princess yang cantik ni.” Daris menarik Zara mendekat dan menundukkan wajahnya mencari bibir Zara yang terluka.

“Analgesic ointment tak ada just ada Bonjela for mouth ulcer. Maybe..boleh pakai kot takut bibir yang terluka tu jadi ulcer pulak. Okay, dear?” pipi Zara diusap lembut.

“Hm..apa-apa aje la..sakit ni..” rengek Zara.

Daris tergelak.

“Okay..meh sini..”

“Gentle, okay..” ujar Zara mula tersenyum.

“Okay..” Daris juga tersenyum. Gembira apabila melihat Zara mula tersenyum. Tangannya memicit sedikit ointment di jari lalu diacu ke bibir Zara. Belum sempat menyentuh Zara sudah menjerit.

“Hei..belum sentuh lagilah! Kenapa nak menjerit?!” Daris tergelak.

“Sakit awak..” rengek Zara. Sakit hati akibat insiden di café makin berkurangan dengan sikap Daris yang cukup perhatian. Bila diingatkan balik dia terasa malu pula kerana Daris telah mendukung dirinya di hadapan ramai orang tadi.

“Tahan sikit tau!” Penuh perhatian Daris mengusap bibir Zara dengan ubat sapu. Kemudian, menampal plaster comel di tepi bibir Zara.

Zara sedang merenung Daris.

“Okay, siap!” Daris sengih.

Masih lagi merenung Daris.

“Kenapa ni? sakit lagi ke?” tanya Daris tatkal melihat Zara merenungnya sedari tadi.

“Awak baik sangat, Daris!” ucap Zara tersenyum manis.

“Baru tahu ke?” Daris angkat kening berlagak.

Zara tergelak tetapi tidak lama dia mengaduh sakit pula. Dah tau bibir tu sakit buat apa tergelak Cik Zara oii..

“Ha..kan dah sakit!” Daris memegang pipi Zara lalu mengusap bibir Zara yang telah ditampal plaster. Tanpa sedar Daris merapatkan wajahnya lalu ditiup perlahan di tepi bibir Zara kononnya nak mengurangkan rasa sakit Zara. Perbuatan romantis Daris benar-benat membuatkan Zara..speechless..
 
Daris tersedar dia terlalu rapat dengan Zara. Entah kenapa bila selalu berada dekat dengan Zara dia akan mula lupa diri.
“Zara..” seru Daris dengan suara hampir berbisik dan hati Zara bergetar aneh.
“Daris..I have to go..” Zara tidak dapat bertahan lagi. Hatinya semakin goyah. Dada Daris ditolak perlahan lalu menarik pintu keretanya. Dia perlu pergi untuk memahami dirinya.
Tangan Daris pula menolak pintu kereta Zara. Dia tidak akan membiarkan Zara pergi tanpa mendengar luahan hatinya.
“Zara..saya tak pernah terfikir saya segila ini..tapi..you drown me, Zara!”
 “Drown me in love..I love you, Zara..” Zara harus tahu tentang perasaannya. Dia tidak dapat menyimpannya lagi.
PESANAN PENULIS:
Okehh..bermulalah fasa percintaan Zara dan Daris..
Romantica de amor la pulak!
Enjoy reading ya all!!

9 comments:

  1. Sweetnyeee..nk lg!!!!!..
    Cepat2 sambung ye...

    ReplyDelete
  2. Lebih manis dari madu....sukanya....

    ReplyDelete
  3. cikit nyer dek...terkulat kulat lak baca nyer...hehe nk lg pleaseeeee

    ReplyDelete
  4. Sweet gilerrr...melting tgk daris ni.

    ReplyDelete
  5. Amor...ssgat..hahaha..gila klo pom bgduh smp mcm 2 skli.. Klo lah sy jd mcm zara..mmg jd mgsa jer lah... Huargg meyeramkn btl..

    ReplyDelete
  6. Bestnya nak lg pendek pulak kali ni.

    ReplyDelete