Thursday, 28 February 2013


Bab 4: SESUNGGUHNYA..DIA LELAKI PELINDUNGKU


ZARA menyusup masuk ke dalam lif. Seboleh-bolehnya dia tak mahu ada orang mengenalinya. Dengan berhati-hati dia melangkah keluar dari lif dan mencari bilik yang dihuni oleh Qaiser. Sampai di pintu dia terus mengetuk beberapa kali. Zara tertunduk-tunduk apabila ada orang melepasi dirinya. Army cap yang dipakai sengaja dilorot jatuh menutupi mata. Zara memakai pakaian kasual sebagai penyamaran. Sebentar kemudian pintu dibuka,tangan Zara terus ditarik pantas ke dalam. Qaiser hanya memakai bathrob dan duduk di atas katil dengan muka berserabut. Zara amat terkejut melihat keadaan bilik yang berantakan dengan cadar dan selimut bergumpal di atas katil dan kaca bertaburan di lantai. Mata Zara terpandang beberapa foto di atas lantai lalu diambil dan diteliti lama. Qaiser membiarkan saja dengan wajah keruh. Zara sakit hati melihat foto-foto tersebut walaupun hanya belakang badan perempuan itu saja yang nampak Zara amat mengenali siapa perempuan jahanam itu. Zara ketap bibir geram. Tak tunggu lama Zara campak beg kertas berisi pakaian Qaiser di lantai dan terus berpusing menuju ke pintu. Hatinya panas. Qaiser memanggilnya hanya semata-mata mahu menunjuk hubungan mereka berdua teramat intim. Huh! Baik dia beredar cepat. Menyesal pula menuruti kemahuan Qaiser datang ke hotel. Ingatkan apa?! Rupanya..Ahh..


“Zara nak ke mana tu?” tanya Qaiser serentak bangun. Zara tak peduli terus mendapatkan pintu. Sakit hati di pejabat tak hilang lagi ditambah pula sakit hati di sini. Qaiser memang pakar menyakitkan hati orang. Urgh..


“Zara..” laungan Qaiser tak dipeduli langsung. Terus melangkah ke pintu.


“Zara..” belum sempat membuka pintu lengannya ditarik dari belakang. Zara tertarik ke belakang. Kedua belah bahu Zara dipegang dari belakang oleh Qaiser. Zara hanya mendiamkan diri. Sedari tadi tiada percakapan keluar dari bibir Zara.


“Zara nak balik!” bahunya digerak ke kiri dan ke kanan cuba meleraikan pegangan tangan Qaiser. Sentuhan Qaiser amat menyakitkan hatinya.


“Zara tunggu abang jap! Bagi abang mandi dan bersiap selepas itu kita keluar sama-sama.” pinta Qaiser.


“Zara tak boleh tunggu abang! Zara ada hal selepas ini. Abang baliklah dengan siapa-siapa pun.” Zara tak akan menunggu Qaiser. Seminit pun dia tak sanggup menunggu.


“Ala..tunggu la kejap! Okay!” kedua belah bahu Zara dipegang lagi dan terus mendorong Zara duduk di atas katil. Nak tak nak Zara terpaksa menurut dan duduk di atas katil. Demi terpandang cadar dan selimut yang bergumpal membuatkan hati Zara mendidih entah ke tahap berapa degree pun tak tau. Zara menjeruk rasa. Menunggu Qaiser mandi dan bersiap membuatkan Zara tak senang duduk. Ditambah pula Qaiser yang selamba badak keluar dari bilik air hanya bertuala separas pinggang dengan titik-titik air masih di badan memang membuatkan jiwa keperempuanan Zara bergetar hebat. Zara mengalih pandangannya ke arah lain. Tak sanggup. Qaiser sempat perasan reaksi Zara hanya tersengih. Siapa yang tak terpikat dengan bentuk badan tegap sepertinya. Qaiser bangga kerana memiliki keistimewaan itu. Selesai berpakaian Qaiser terus memaut bahu Zara bangun dan beriringan keluar dari bilik hotel. Dia kesiangan dan sudah pasti takkan masuk ke pejabat hari ini.


“Apa yang Zara nampak tadi tu..tolong rahsiakan ye! Abang sebenarnya..kena perangkap.” Qaiser terpaksa berterus-terang sewaktu mereka berdua berada di dalam kereta. Zara menoleh ke arah Qaiser saambil mengerut kening.


“Sazzy perangkap abang! Betullah kata Zara yang perempuan tu ada agenda nak kenakan abang.” keluh Qaiser menyesal kerana tak mendengar kata-kata Zara.


“Kenapa beritahu Zara? Abangkan cakap jangan sibuk-sibuk hal abang.” Zara memulang paku buah keras. Sakit hati dihalau dari pejabat lelaki itu semalam masih terasa sehingga ke hari ini. Dia pun ada hati dan tau sakit hati. Kata-kata Qaiser amat mengguris hatinya.


“Kata-kata abang menyakitkan hati Zara kan. Abang tak patut. Sorry Zara!” mohon Qaiser dan terus menggenggam tangan Zara dengan erat.


“Hantar Zara balik! Zara ada hal lagi ni.” gesa Zara sambil melepaskan tangannya yang berada di dalam genggaman tangan Qaiser. Dia malas nak mengambil tahu tentang hal Qaiser lagi.


“Okay!” Qaiser hampa bila Zara tak mengendahkan dirinya. Masalah besar yang bakal dia hadapi nanti amat merunsingkan hatinya. Dia masih belum menerima apa-apa panggilan dari sesiapa yang mungkin mengugutnya dengan foto-foto ranjangnya. Entah siapa yang durjana sangat tu? Kalau dia tahu siapa orangnya sumpah patah-riuk dikerjakan olehnya nanti. Zara yang banyak mendiamkan diri juga membuatkan dia keresahan. Hai..


SAMPAI di rumah tanpa memandang Qaiser,Zara terus meluru turun dari kereta. Pintu kereta sengaja dihempas kuat-kuat seperti hatinya yang direnyuk-renyuk oleh Qaiser sewenang-wenangnya. Tersentap jugalah Qaiser dibuatnya. Zara tak peduli. Hatinya yang sakit tak pula Qaiser ubati malah menyakitinya berulang kali.
Zara terus ke bilik dan bersiap-siap untuk keluar lagi. Dia harus berjumpa dengan seseorang.

 
Audi R8 berwarna putih siap sedia keluar dari garage. Sewaktu memandu Zara sempat update di twitter tentang satu perkara. Tak sampai beberapa minit memandu banyak komen muncul di twitter. Zara tahu dia nak ke mana selepas ini dengan bantuan teman-temannya di twitter. Zara menuju ke Mandarin Oriental Hotel kerana ada pertunjukan fesyen di sana. Dia harus bersua muka dengan seseorang untuk membuat perhitungan.

 
Sesampai di hotel,Zara terus mencari orang yang dikehendaki. Sazzy! Dari info teman-teman di twitter, perempuan bedebah itu ada fashion show di hotel itu. Zara mencari Sazzy dan menunggu masa yang sesuai untuk membuat perhintungan.
Apabila selesai fashion show Zara mengekori Sazzy dari belakang.


“Hei,perempuan!” panggil Zara. Langkah Sazzy terhenti dan menoleh.


“Oh,kau rupanya!” Sazzy tersenyum sinis sambil memeluk jambangan bunga ros dari fashion show sebentar tadi. Sazzy yang memakai pakaian berjenama yang diperagakan di atas pentas kelihatan terlalu murah pada pandangan mata Zara. Semewah mana pun pakaian membaluti perempuan itu tetap nampak murah di mata kerana perangai sundal si pemakai. Betapa meluatnya Zara.


“Apahal?” tanya Sazzy sombong. Sekejap kecil sekejap besar matanya melihat Zara yang kelihatan amat cantik walaupun hanya berpakaian kasual. Paris Hilton Malaysialah sangat! Meluat betul Sazzy dengan Zara.


“Pasal gambar! Aku nak semua gambar dan salinan yang ada. Kalau tak..” ugut Zara berani.


“Kalau tak kenapa? Kau nak buat apa?” Sazzy buat-buat gelak sengaja mengejek Zara.


“Jangan cari pasal dengan aku! Kau tau siapa aku kan! Dengan satu panggilan kau takkan dapat cari makan dengan modeling kau tu sampai bila-bila. Jadi pelacur kelas atasan sajalah kau nanti.” ugut Zara lagi tanpa rasa gentar.


“Takutnya..” Sazzy buat-buat takut kemudian tergelak.


“Frankly my dear,I don't give a damn!” Sazzy terus memukul jambangan bunga ke muka Zara berkali-kali. Sakit betul hatinya mendengar kata-kata Zara.


“Ahh..Ahh..” Zara terjerit-jerit menyuruh Sazzy berhenti. Mukanya pedih terkena duri bunga ros. Sazzy tak peduli berterusan memukul Zara di muka. Biar muka betina kat depan dia ni jadi cacat atau berparut. Biar hodoh. Biar jelik. Baru puas hatinya.


“Ugutan kau tu tak laku,okay!” terus memukul. Zara cuba mengelak pukulan tetapi asakan bertalu-talu membuatkan Zara terpaksa menahan serangan dengan tangannya. Dia tiada peluang untuk melawan kerana Sazzy berterusan memukulnya tanpa henti.


“Aku rasa kau tak tau apa itu ugutan yang sebenar. Meh,sini aku ajar kau cara nak mengugut yang betul! Ha..” Sazzy belum puas memukul Zara dengan jambangan bunga. “Nak ugut aku konon!” terus menghempas sekuat hati jambangan bunga ke muka Zara.


“Hei,berhentilah bodoh!” jerit Zara cuba menepis tetapi tak sempat. Habis mukanya tercalar dengan duri bunga ros.


“Siapa bodoh? Kaulah yang bodoh! Qaiser pun bodoh! Senang kena tipu!” ejek Sazzy menaikkan darah Zara.


“Perempuan tak guna!” maki Zara cuba menyerang tetapi sebaliknya Sazzy terlebih dahulu menolak dada Zara dengan kuat sehingga terlonjak ke belakang.


“Kaulah tak guna! Perempuan bodoh dan paling kasihan yang pernah aku tengok terhegeh-hegeh dengan Qaiser yang langsung tak sudi dengan kau. Kalau tak,tak adalah Qaiser mencari aku!” balas Sazzy sambil menunjal dahi Zara beberapa kali pula. Zara terjerit-jerit kerana tak dapat melawan Sazzy yang lebih agresif dari Zara.


“Apa kau kata?!” Zara dah tak dapat menahan diri lagi. Sedari tadi hanya dia yang menjadi mangsa pukulan dan hinaan. Ini sudah terbalik. Sepatutnya dia yang kenakan perempuan bedebah itu cukup-cukup. Zara tahu dia harus lebih kuat untuk melawan perempuan bedebah itu.


“Kaulah perempuan paling kasihan yang pernah aku jumpa.” ulang Sazzy tergelak sinis.


“Apa?” Zara terlalu sakit hati diejek-ejek. Berdiri dengan garang dan bersiap sedia untuk membalas. Kalau berakhir dengan bertarik rambut dan bercakaran pun dia sanggup sekarang ni. Untuk mengalah jauh sekali.


“Hai..kau ni memang buat aku..” Sazzy terlalu jengkel dengan Zara dan tangannya rasa ringan saja mahu menampar Zara. Tangan baru diangkat tinggi. Zara pula cepat memalingkan wajahnya ke arah lain cuba mengelak tamparan Sazzy namun ada tangan yang menghalang Sazzy dari menampar Zara. Ada seseorang telah datang menghalang Sazzy dari mengasari Zara lagi. Sazzy pula terjerit-jerit apabila kedua belah tangannya dipulas ke belakang dan ditolak sehingga ke pintu kecemasan. Lelaki itu membuka pintu kecemasan dan menolak badan Sazzy keluar dan menutup pintu kecemasan rapat-rapat. Tombol pintu ditarik-tarik dari luar,lelaki itu menarik tong sampah besi yang berada di tepi dengan kakinya. Kemudian menyendal tong sampah besi pada tombol pintu kuat-kuat.


Zara yang menunduk sedari tadi membuka mata. Dia hairan kerana masih tiada apa-apa berlaku terhadap dirinya. Dia melihat sekeliling. Kelihatan seorang lelaki menolak Sazzy yang terjerit-jerit dari belakang dengan kedua belah tangan Sazzy dipulas ke belakang menuju ke pintu kecemasan dan menolak keluar Sazzy. Kemudian menyendal pintu kecemasan itu dengan tong sampah besi. Zara terpinga-pinga dengan tindakan lelaki itu dan yang lebih membuatkan dia tercengang. Lelaki itu! Macam mana boleh berada di sini?


“Awak?!” Zara hairan bagaimana Daris boleh berada di sini.


“Ye,saya!” Daris senyum.


“Macam mana awak boleh ada kat sini?” Zara buat muka pelik bin ajaib. Comel je Daris tengok.


“Saya ada hal kat sini tadi. Jumpa klien. Saya nampak awak dari jauh. Itu yang ikut awak dari belakang. Ingat nak tegur awak jap sekali lain pula yang saya nampak.” jelas Daris memandang tepat ke wajah Zara. Matanya tertancap sesuatu pada pipi Zara. Darah ke tu?


“Eh,Pipi awak berdarahlah!” Daris terkejut melihat darah di pipi Zara terus menyebak rambut Zara yang menutupi pipi. Jarinya mengelus lembut di tepi luka dengan penuh perhatian. Zara juga terkejut bila Daris cakap ada darah di pipinya. Pantas merasai pipinya yang perit dengan jari. Kemudian membawa jari yang basah ke depan mata. Betullah dia berdarah.


“Bleeding..” Zara pejam mata. Air matanya tumpah. “Perempuan paling kasihan yang pernah aku jumpa!” terngiang-ngiang kata-kata Sazzy sebentar tadi. Emosinya 'down' sangat-sangat.


“Awak okay tak?” Daris cemas melihat Zara menangis tiba-tiba. Sakit sangatkah?


“Saya perempuan paling kasihan..paling kasihan..” Zara mengulangi kata-kata Sazzy. Benar,dialah perempuan paling kasihan kerana terlalu mencintai Qaiser yang tak pernah membalas perasaannya. Qaiser tak pernah mencuba untuk mengenalinya malah tak pernah mencuba untuk mencintainya. Zara menangis tersedu-sedu.


“Awak..jangan risau kita ada Allah di sisi kita. Tiada siapa yang paling kasihan di muka bumi ini melainkan hamba-Nya yang dimurkai oleh Allah dan tidak diampuni dosanya oleh Allah. Itulah manusia paling kasihan Zara.” Daris menenangkan Zara. Kemudian dia tersenyum. Zara yang melihat senyuman Daris ibarat sesejuk embun pagi merasa tenang dengan tiba-tiba.


“Apabila kesusahan datang mendatangi kita. Ucapkanlah..La ilaha illallah..Tiada Tuhan melainkan Allah. Hanya pada Dia kita meminta pertolongan dan mengadu Zara. Okay Zara?” ucapan Daris mendamaikan jiwanya entah kenapa. Zara mengangguk mengiyakan kata-kata Daris memang ada benarnya.


“Terima kasih awak! Kata-kata awak amat bermakna buat saya.” akhirnya Zara dapat tersenyum. Senyuman ikhlas lahir dari jiwa.


“Awak tau tak! Senyum awak tu mahal. Bila awak senyum macam ni macam saya menang duit sejuta tau.” dah keluar dah ayat player tak hengat dia.


“You're such a player!” Zara menolak pipi Daris ke tepi lalu tersengih. Daris memusingkan wajahnya kembali dan tertawa.


“Tak habis-habis cakap saya player! Apa playernya?” Daris mencuit hidung Zara dengan jari telunjuk dan ketawa gelihati.


“Apa taknya! Sweet talker!” balas Zara dengan tawa kecil. Gembira dengan kehadiran Daris yang lucu dan nakal membuatkan dia lupa dengan kesedihan yang dialami.


“Saya pemain cinta handalan. Sudikah Cik Zara bermain cinta dengan saya? Saya gerenti cinta kita menjadi lagenda terindah sepanjang musim.” Zara dah terkedu dengan tutur kata yang indah. Jika hatinya bukan pada Qaiser mungkin sudah lama dia terpaut pada lelaki di hadapannya.


“Cukup Daris! Simpan kata-kata tu untuk perempuan awak.” Daris harus dihentikan. Jika melalut lebih jauh dia mungkin akan terjatuh hati pula. Lelaki seperti Daris pasti bersusun perempuan meminati. Dia cuma mahukan Qaiser bukan lelaki lain. Dia akan setia untuk Qaiser. Walaupun kesetiaannya tak dihargai.


“Perempuan saya? Awak ni..saya tak pernah kenal perempuan sedekat ini kecuali awak tau.” memang betul pun. Dah lama dia tak sedekat ini dengan perempuan sejak balik dari luar negara selepas tamat pengajian.


“Woohoo..enough Daris!” Zara cepat-cepat hentikan Daris.


“Okay,Daris! Saya pulang dulu. Keep in touch! Senang-senang twitlah saya,okay!” Zara tak boleh berlama lagi dengan Daris nanti bertambah melalut. Lagipun dia ada hal nak berjumpa seseorang yang boleh menolongnya mencari dalang yang 'prank' Qaiser. Uncle George ketua security keluarganya pasti boleh menolongnya mencari siapa dalangnya. Uncle George lelaki campuran india dan portugis itu banyak kaki sudah tentu tidak sukar untuk mencari. Zara berlalu meninggalkan Daris. Dia harus cepat untuk selesaikan masalah Qaiser sebelum dalangnya memulakan permainan jahat. Dia faham sangat dengan manusia sebegitu takkan berhenti selagi boleh meminta wang. Ingat apa? Bank negara apa nak bagi duit. Bank pun tak senang-senang bagi macam tu der. Yang dia nak tau sangat siapa yang nak tengok Qaiser jatuh sangat tu? Siapa?


Pesanan penulis:
Bila sang pemimpi mula berangan..
Banyak idea datang mencurah-curah..
Berbaris cerita keluar..hehe..
Harap sukalah buah tangan saya tak seberapa ni..
Time kaceh..





Wednesday, 27 February 2013


Bab 3: SESUNGGUHNYA..DIA LELAKI PELINDUNGKU


“DASAR perempuan murah! Muka tak original! Cucuk sana sini! Ada hati nakkan Qaiser. Cerminlah muka tu sikit!” herdik Zara kuat. Menyirap melihat Sazzy model yang baru nak meningkat naik begitu mesra dengan Qaiser di dalam pejabat.


“Siapa ni,sayang? Macam mak lampir terjerit-jerit!” Sazzy merengek. Tangan memeluk erat lengan Qaiser.


“Mak lampir? Hoah..memang cari nahas!” Zara melenting gila bila dipanggil mak lampir. Stiletto Jimmy Choo setinggi 2 inci sebentar lagi mau terpacak kat dahi minah kampung tak sedar diri ni. Bikin panas!


Zara terus meluru ke arah Qaiser kerana Sazzy dengan enaknya memeluk Qaiser dari belakang cuba melindungi dirinya dari serangan Zara. Lagi menyirap melihat Sazzy selamba giler peluk Qaiser sesuka hati. Sah-sah stiletto Jimmy Choo ni terpacak kat dahi kau jap gi!! Zara betul-betul naik hantu.


Qaiser yang sedang asyik melayan kemanjaan terlampau Sazzy terkejut betul dengan kedatangan Zara yang muncul dengan tiba-tiba. Qaiser rasa seperti dia baru saja di 'ambush' oleh biniku gangster lagaknya. Qaiser bengang. Zara sudah melampau kerana mencampuri urusan peribadinya. Padahal mereka bukanlah pasangan kekasih pun.


“Zara! Stop! Zara..” Qaiser menahan Zara dari menghampiri Sazzy.


“Abang ke tepi! Biar Zara ajar model tak laku ni!” stiletto merah dengan tumit yang begitu runcing ditanggalkan dari kaki. Perempuan murah itu harus diajar. Bukan dia tak tahu Sazzy menempel dengan Qaiser hanya kerana wang semata-mata. Zara percaya Sazzy mungkin anjing suruhan musuh perniagaan Qaiser. Diupah untuk menjatuhkan Qaiser.


“Enough!” tempik Qaiser kuat. Bulat mata Zara menerima tempikan kuat Qaiser. Terkejut.


“Ab..abang..” tergagap Zara memanggil Qaiser. Tak mengerti.


“I've had enough of you,Zara Diandra!” Qaiser dengan muka menyinga.


“Tapi,Zara..just nak tolong abang. Perempuan ni nak perangkap abang. Dia ada agenda,abang!” Zara cuba nak jelaskan. Niat dia baik.


“No need,Zara! Abang tau nak jaga diri. Zara tak perlu sibuk-sibuk nak jaga atau ambil tahu pasal abang. Zara bukan sesiapa pun bagi abang! Bukan sesiapa!” Qaiser bersuara dengan nada agak tinggi dan tegas. Baginya Zara semakin melampau. Harus diajar.


“Zara..sayangkan abang! Zara buat semua ni kerana abang! Zara..” tak sempat habis Qaiser dah memotong.


“Stop Zara! Sudah! Pergi balik!” halau Qaiser tak mahu mendengar apa-apa lagi. Sazzy tersengih-sengih menang bila Zara dihalau pergi.


“Shuh..shuh..” Sazzy menghalau dengan senyuman sinis. Hambik kau! Kau yang kena halau. Sazzy tergelak sakan di dalam hati.


“Sampai hati abang!” bentak Zara sambil menghentak kaki. Berpusing dan keluar dari pejabat Qaiser dengan perasaan sakit hati sangat-sangat.


“Miss Zara!” Arni bingkas bangun cepat bila Zara keluar dan melalui meja Arni. Zara tak peduli terus berlalu. Meninggalkan Arni dengan penuh tanda tanya.


DHAMIRAH berjalan menuju ke bilik air perempuan. Masuk ke dalam bilik air tiba-tiba dia terdengar bunyi seseorang sedang menangis teresak-esak. Cuak jugak manalah tau ada 'benda' nak main-mainkan dia. Dhamirah dekatkan diri dengan pintu tandas yang kedengaran bunyi menangis. Teragak-agak nak mengetuk.


“Cik! Cik! Okay ke?” tanya Dhamirah risau. Jangan dibuat bukan-bukan di dalam sudahlah. Lama Dhamirah menunggu tetapi tiada respon.


“Cik..Jangan macam ni! Jangan nangis-nangis dalam tandas macam ni! Tak elok! Orang kalau dengar tak fikir lain dah dia orang mesti ingat ada han..” pintu tandas terus terbuka. Terjegul seorang perempuan dengan rambut emas yang kusut-masai menutupi ke seluruh wajah.


“Tu..hah! Astarghfirullah..” Dhamirah mengucap beberapa kali terkejut melihat perempuan yang entah betulkah orang. Cuak betul Dhamirah melihat wanita dengan rambut kusut-masai yang menutupi hampir keseluruh wajah.


“Er..er..awak okay tak?” tanya Dhamirah takut-takut. Perempuan itu mula menyebak rambut yang sedang menutupi wajahnya. Jantung Dhamirah dah melantun laju sikit lagi nak pecah dadanya kerana terlalu takut. Sekali,apa yang dia lihat muka lencun dengan air mata. Mata pula..mak aii..macam mata panda dah bila menengoknya,apa taknya habis luntur maskara yang dipakai. Ada macam budak gothic pun ada. Dhamirah tercengang sambil menutup mulut dengan jemari.


“None of your business!” perempuan itu menepis badan Dhamirah yang menghalang langkahnya. Dhamirah terpinga-pinga melihat seorang perempuan cantik tetapi biadap berlalu di depannya. Dhamirah menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya,yang tadi tu manusia. Dhamirah geleng kepala beberapa kali. Mengomel kerana masyarakat masa kini terlalu kurang budi bahasa. Dhamirah jungkit bahu. Malas nak layan,baik dia layan hajatnya yang tak sampai lagi ni.


QAISER cuba mencari Zara. Entah kenapa dia rasa bersalah pula memarahi Zara dengan teruk. Bukan niat dia nak memarahi Zara sebegitu rupa. Dia bengang sangat kerana Zara terlalu mengambil tahu tentang dirinya. Dia rasa rimas dan bosan. Zara berkelakuan seperti seorang isteri kepada dirinya padahal mereka bukannya ada apa-apa pun. Sambil bercekak pinggang Qaiser menunggu lif sampai ke bawah. Bila lif terbuka dia menonong keluar. Tak sengaja terlanggar seseorang. Nasib dia sempat memaut bahu perempuan itu dari terjatuh. Di saat mata menatap mata itu,Qaiser terpanar. Cantik sungguh! Terkesima.


“Er..cik tak apa-apa?” Qaiser bertanya. Walaupun terlanggarnya tak adalah kuat sangat pun. Kot-kot la tercedera kat mana-mana. Ulat beluncas gergasi dah naik daun bila terpandang perempuan cantik. Apalagi..nak try la jugak seposen dua.


“Eh,tak! Saya tak apa-apa! Okay je!” terdengar saja suara perempuan itu Qaiser dah terpegun. Lagi buat matanya tak berkelip melihat keayuan wajah gadis itu. Bersih dan suci. Wajah yang lama dia ternanti-nanti. Polos! Edisi yang amat susah dicari masa kini. Sesuatu yang rare la..


“Kalau macam tu,baguslah!” Qaiser senyum macho.


“Maaf ye! Saya pergi dulu!” ucap gadis melayu terakhir yang begitu cantik mengenakan baju kurung polos dengan rambut panjang dibiar lepas bebas. Aduhai..


“Cik! Cik!” Qaiser sempat menahan. Mana boleh pergi macam tu je kot!


“Ada phone number,tak?” ish! Dah macam budak sekolah mengorat je! Lantaklah,janji dapat kenal! Qaiser cuba nasib. CEO boleh buat perangai macam ni? Memang terbaik!


“Maaf,saya tak bagi pada orang yang saya tak kenal.” si gadis tak habis-habis nak minta maaf. Tersipu-sipu selayaknya gadis melayu. Qaiser gigit bibir kemudian tersengih.


“Saya CEO awak pun tak boleh minta nombor telefon ke?” terpaksalah guna kuasa. Kalau tak,melepas! Terkejut betul gadis itu bila sebut perkataan CEO. Nasib matanya sempat melihat ID yang tergantung dileher gadis itu. Pekerja syarikatnya rupanya. Bagaimanalah dia boleh terlepas pandang gadis yang sebegini cantik.


“Maaf,bos besar! Saya tak tahu!” tengok tu! Tak habis-habis dengan maaf. Siap panggil bos besar pulak tu! Qaiser tersengih lucu.


“Bos besar bapak saya! Saya bos kecik je..” Qaiser sengih nakal. Tersipu-sipu lagi gadis itu. Qaiser benar-benar tertarik.


“Nama awak siapa ye?” tanya Qaiser.


“Dhamirah!”


DARIS bawa motosikal kesayangannya dengan laju di hadapan syarikat dia bekerja. Saja nak test power Suzuki Hayabusa. Tak menyangka ada makhluk yang begitu berani menyeberangi jalan dengan tiba-tiba. Daris terpaksa membrek motosikalnya sekuat hati. Terseret motosikal kesayangan mengguris jalan dan Daris juga ikut sama tergesel. Perempuan yang hampir dilanggar terduduk sambil berpeluk tubuh dan memejamkan mata rapat-rapat. Daris cepat-cepat bangun pergi mendapatkan perempuan yang hampir dia langgar.


“Awak tak apa-apa?” tanya Daris cemas. Tak peduli sikunya yang terluka. Pedih ditahannya. Perempuan itu menoleh dengan wajah terpinga-pinga. Mereka bertatapan mata seketika. Daris memandang perempuan itu dengan riak amat terkejut. Dia kenal perempuan itu.


“Tak! Saya tak apa-apa! Maaf!” tergagap perempuan itu memohon maaf.


“Nasib awak tak apa-apa! Saya hampir nak langgar awak tadi.” Daris menarik perempuan itu perlahan-lahan bangun dan membawanya ke tepi jalan.


“Sorry..” mohon perempuan itu yang masih terkejut. Daris tersenyum. Tak sangka dia boleh berjumpa lagi dengan perempuan itu. Dia pun terkejut juga bila terjumpa perempuan itu kembali. Perempuan itu..


“Tak apa! Saya pun salah juga! Bawak motor laju tadi” Daris juga akui kesalahannya. Bukan salah perempuan itu seratus peratus. Perempuan itu tersenyum nipis. Wajah perempuan itu nampak terlalu pucat. Daris risau pula melihatnya.


“Nak saya bawa ke klinik? Nampak tak okay je ni?” tanya Daris risau. Perempuan itu masih menggigil. Trauma sangatkah?


“Saya okay! Thanks..” Zara bingkas bangun. Dia kenal lelaki itu. Lelaki yang pernah dapat maki free dari dia tempohari. Nak marahkan lelaki itu seperti tempohari kerana hampir langgar dia tadi? Dia penat untuk lakukan itu. Dia tak mampu nak berfikir lagi. Hatinya terlampau sedih. Tiada daya nak marah-marah orang.


“Hari tu awak garang sangat tapi saya nampak comel je. Hari ni saya nampak awak tersangat ayu bila lembut begini.” tutur kata Daris membuatkan Zara membulatkan mata.


“Are you a player?” tanya Zara tanpa sedar. Lelaki itu terlalu manis berkata-kata. Terlalu cool. Zara jadi awkward dengan lelaki seperti itu. Tak seperti Qaiser yang tak pernah melayan dirinya dengan baik. Kevin juga tak dapat nak compare walaupun terkenal dengan sikap buayanya. Lelaki itu terlalu lain.


“Wh..what? Yes,I was a soccer player. Tapi..zaman kolej dululah.” Ujar Daris tergelak-gelak. Dia tahu perempuan itu maksudkan apa sebenarnya.


“Hm..” Zara turut tergelak.


“Awak cantik sangat bila ketawa!” Zara terkedu sekejap. Tapi tak lama dia kembali tertawa. Memang betul-betul player! Tetapi..dia senang dengan lelaki itu. Lain..


“Kita kawan nak?” usul Daris tiba-tiba. Zara sekadar senyum.


QAISER benar-benar mabuk. Terperangkap dengan pujukan Sazzy supaya dia menerima cabaran dari Albert menghabiskan beberapa gelas minuman beralkohol. Tak mahu digelar bacul atau penakut Qaiser sanggup menghabiskan kesemua minuman yang ada. Sudahnya dia langsung tak mampu berdiri. Sazzy yang terpaksa memapahnya keluar dari kelab eksklusif itu tetapi dia tak pasti dia dibawa ke mana. Sedar-sedar dia sudah terlentang di atas katil tanpa seurat benang. Banyak kali berfikir untuk mengingati namun hampa. Matanya beralih ke meja solek. Terpempan melihat foto dirinya di dalam keadaan memalukan tertampal pada cermin. Qaiser termangu lama di atas katil. Dia terlalu takut jika daddynya dapat tahu tentang perkara memalukan itu terjadi terhadap dirinya. Pasti daddynya mengamuk gila. Yang lebih teruk jika para pemegang saham syarikatnya dapat tahu. Sudah pasti jawatan CEO yang disandang dipertikaikan oleh pemegang saham yang lain. Dia tak mahu perkara itu berlaku.


“Huh,dasar betina sundal!” Qaiser menyumpah Sazzy. Benarlah kata-kata Zara. Dia terlalu menyesal tak pedulikan nasihat Zara. Terlalu geram Qaiser membaling bekas kaca abu rokok ke arah cermin meja solek.


“Mana pulak aku punya baju ni! Sial!” Qaiser bertambah bengang kerana pakaiannya telah dibawa pergi oleh Sazzy. Sumpah! Betina sial itu akan diajar secukup-cukupnya nanti. Qaiser mengetap bibir geram. Sekarang,apa yang harus dia lakukan? Dia termenung seketika. Nak dapatkan bantuan ahli keluarganya? Mummy? Pengsan bangun pengsan balik kalau mummy lihat dia macam ni. Mummy tak boleh. Daddy? Huh! Bukan daddy yang pengsan bangun pengsan balik entah-entah dia yang selamat kena tanam hidup-hidup. Perkara memalukan seperti ini Tan sri Megat Arman Zainal Abidin nak bertoleransi? Dalam mimpilah..
Sebelum daddy ketahuan dia harus selesaikan masalah ini. Yang pasti hanya wang akan menutup aibnya dan Qaiser tahu ongkos yang bakal keluar bukan sedikit. Siapalah dalang durjana tu? Qaiser betul-betul menyirap.


Dalam terpaksa Qaiser terpaksa menghubungi Zara kerana hanya Zara Diandra yang dapat menolongnya.


“Zara..tolong abang! Yang penting bawa pakaian abang ke hotel..”


Pesanan penulis:
Truly sorry..
Enjoy reading n jgn lupa utk komen.
Sgt hargai setiap komen anda semua..


Wednesday, 6 February 2013


BAB 2: SESUNGGUHNYA..DIA LELAKI PELINDUNGKU


DARIS Hadif sedang memasukkan plan projek ke dalam plan holder. Dia perlu berkejar ke tapak pembinaan secepat mungkin untuk melawat tapak projek. Kamera Nikon D4 juga dia bawa untuk mengambil gambar di tapak pembinaan. Turun dari lif dia tergesa-gesa keluar kerana pemandu yang akan membawanya ke tapak projek sedang menanti. Dia tak mahu orang ternanti-nanti akan dirinya walaupun dia menyandang pangkat yang lebih besar. Ayah dan emak menasihatinya supaya menerapkan sifat zuhud di dalam diri biarpun telah berpangkat besar. Dia sentiasa ingat tentang itu. Mencari keredhaan Allah itu adalah wajib sebagai umat-Nya.


Sewaktu menuruni tangga, mata Daris sibuk mencari Pajero syarikat yang akan membawanya ke tapak projek. Rupanya,Pajero sedang menunggunya di seberang jalan. Dia faham mungkin Maniam tak dapat masuk ke dalam kerana banyak sangat kereta sedang memasuki kawasan entrance syarikatnya. Tanpa menunggu lebih lama dia melangkah ke tepi jalan menunggu lampu isyarat untuk pejalan kaki bertukar hijau. Maniam yang berada di dalam kereta diberikan isyarat tangan supaya bersabar menunggunya melintas jalan. Kemudian matanya sabar menanti lampu isyarat bertukar hijau. Cermin mata hitam Rayban Sharp shooter dibetulkan letak duduknya. Matanya pandang ke seberang jalan,dia ternampak seorang wanita muda juga sedang menunggu lampu isyarat bertukar hijau. Di sebelah wanita muda itu,ada seorang pakcik tua bertongkat memakai cermin mata hitam. Matanya fokus kembali ke arah wanita muda itu. Orangnya tersangat cantik. Daris sempat membuat penilaian.


Lampu isyarat bertukar hijau. Semua pejalan kaki yang menunggu sibuk melintas tidak terkecuali Daris. Dalam kesibukan manusia melintasi jalan, Daris sempat melihat wanita muda itu membuat sesuatu yang amat menyentuh hatinya. Wanita muda itu sedang memimpin pakcik tua yang buta melintasi jalan dengan cukup berhati-hati. Daris terkesima. Bila wanita muda dan pakcik tua itu melewati tempat dia berdiri Daris masih tercegat. Bila lampu isyarat hampir bertukar merah baru dia tersedar dan cepat-cepat melintasi jalan dengan kelam-kabut. Selepas itu,dia berpusing ke belakang melihat wanita muda itu lagi. Dia nampak wanita muda itu sedang bercakap sesuatu dengan pakcik tua itu dan Daris terkesima lagi melihat betapa indahnya ciptaan Allah sedang merekahkan senyuman paling manis yang pernah dia lihat. Walaupun senyuman itu untuk pakcik tua,dia pula yang seperti tak jejak di bumi. Terawang-awang. Dia rasa dia sudah jatuh cinta..


QAISER menghadiri Super GT Launch Party di Zouk KL dengan membawa Lambourghini kesayangannya. Malam keraian di mana Super GT Fans berkumpul. Malam yang meriah dengan ramai peminat kereta Super GT dan gadis-gadis GT berpakaian seksi. Party starter memulakan irama rancak memanaskan suasana. Hingar-bingar muzik amat merangsang adrenalin menyerbu ke segenap tubuh. Qaiser tanpa segan menyisip arak kesukaannya ditemani perempuan-perempuan seksi yang tanpa jemu cuba menarik perhatiannya. Teman-temannya juga sibuk berpeleseran dengan entah mana-mana perempuan. Asal berdahi licin semuanya disapu. Mereka hanya mahu berseronok. Adat lelaki urban dan kaya sepertinya. Sibuk dan berparti sehingga ke pagi. Esok Ahad,no hal la.


“Look who's here? Qaiser..” Kevin Shah menyapa. Dia tak berseorangan juga ditemani perempuan kiri dan kanan.


“Well..” Qaiser hanya mengangkat keningnya. Tak berminat dan tak nak ambil tahu. Dia memang tak suka dengan lelaki itu, bajet kononnya hebat sangat. Setakat anak tauke commercial airline tambang murah apa barang! Kutuk Qaiser dengan menzahirkan senyuman herot ke arah Kevin.


“Mana Zara?” selamba Kevin bertanya. Perempuan cantik berambut emas walaupun dah tahu sangat bukan original colour still buat dia susah nak tidur malam tu. Mungkin cara perempuan tu dibawa pergi membuatkan dia rasa tercabar dan tak puas hati.


“Kenapa tanya aku? Aku tak jaga dia.” Qaiser sengih sinis. Menyirap juga bila mamat perasan bagus ni bertanya tentang Zara.


“Chills,bro! Just asking..” Kevin balas dengan senyum. Tak terkesan dengan kata-kata Qaiser. Mamat berlagak itu harus diajar tapi ada caranya. Kevin terus senyum.


What da..Qaiser hampir nak menyumpah. “Hm..you asking to the wrong person,bro!” bunyi ala menyampah. Senyum herot.


Kevin tergelak. “Enjoy the party,bro!” mengejek.


“I will..” Qaiser panas hati tapi saja buat cool. Gelas alkohol yang dipenuhi ais di acu ke arah Kevin. Dalam hati menyumpah bila nak berambus.


Kevin tergelak lagi sebelum beredar membawa perempuan murahannya. Qaiser bersandar dengan perasaan tak puas hati. Alkohol diteguk rakus bila teringatkan Zara. Perempuan-perempuan di kiri dan kanan sudah tak menarik perhatiannya lagi. Mood berparti hilang.


“Kat sini abang rupanya!” orang yang difikir tiba-tiba muncul tanpa disangka-sangka. Mata Qaiser agak bulat memandang Zara Diandra yang tercegat dengan dress singkat berwarna merah hati dengan bukaan luas di dada.


“Satu hari kalau tak mengekor abang tak boleh ke?!” dengan wajah bosan. Zara hanya tersengih.


“Zara pun dapat jemputan tau. Lagipun Zara datang dengan kawan perempuan Zara,okay! Tapi,tak sangka abang ada kat sini.” jelas Zara. Dia pun tak sangka Qaiser ada di situ. Gembiranya hati.


“Kalau macam tu pergilah enjoy dengan kawan-kawan Zara! Buat apa datang kat abang.” halau Qaiser dengan riak dingin.


“Zara nak pergilah ni!” Zara bengang. Perempuan-perempuan yang berkepit dengan Qaiser memandang sinis ke arahnya membuatkan Zara sakit hati. Jatuh maruahnya dihalau di depan perempuan-perempuan murahan. Zara terus angkat kaki.


Zara pergi mendapatkan kawan-kawan perempuannya yang sedang ligat menari. Hati tengah panas nak menari pun tak ada mood lantas diheret kakinya ke bar pula. Memesan sesuatu yang sejuk. Bila kesejukan menyusuri kerongkongnya dia mula bertenang. Dia datang ke sini untuk enjoy jadi dia akan enjoy sepuas-puas hatinya. Matanya sempat menjeling ke meja Qaiser duduki. Menyampah melihat perempuan-perempuan murahan yang sibuk menarik perhatian Qaiser siap tanpa malu-malu menggeselkan aset-aset murahan mereka pada tubuh badan Qaiser. Zara kembali panas hati. Dia perlukan sesuatu yang khayal yang boleh membuatkan dia lupakan segalanya malam ini. Tanpa fikir banyak Zara memesan lagi minuman untuk menyejukkan hatinya. Bila kepalanya mula terangguk-angguk mendengar irama ,dia melangkah ke arah kawan-kawannya dan mula menari dengan riang.


Kehadiran Zara disedari,lenggok seksi Zara menari membuatkan ramai lelaki menghampiri. Zara tak peduli terus menari mengikut alunan muzik. Zara menjadi perhatian ramai,tanpa disangka dia diangkat sekumpulan lelaki ke pentas yang lebih tinggi yang ada tiang di tengah-tengahnya. Zara terus menari dengan liuk-lentuk yang seksi. Semua bersorak bila Zara berpusing-pusing mengelilingi tiang dan tunduk.


Kevin yang berada tak jauh dapat mengesan kehadiran Zara terus pergi mendapatkan Zara. Dengan penuh gentleman Kevin menghulurkan tangan ke arah Zara dan Zara menunduk menghulurkan kedua belah tangannya mengisyaratkan Kevin supaya menurunkan dia dari atas pentas. Pucuk dicita ulam mendatang, Kevin terus memegang pinggul Zara bagi menurunkan Zara dari pentas. Bila kaki Zara jejak ke lantai terus Kevin memeluk pinggang Zara dan mereka menari kerana kebetulan irama perlahan mula mengambil alih.


“I bertuah malam ni!” bisik Kevin di tepi telinga Zara.


“Hm..” Zara hanya tersenyum. Kepala tak berapa nak betul.


“Kerana you ada!” Kevin mula meng'ayat'. Zara tertawa.


Qaiser melihat Zara menari tiang di atas pentas. Dia tak suka Zara begitu tetapi dia tak pula pergi mendapatkan Zara kerana mahu menjaga reputasinya. Bila Zara diturunkan oleh Kevin dari atas pentas tak semena-mena dia tegak berdiri. Bila Kevin dengan selamba memeluk Zara dan menari dengan gaya sensual siap tangan Kevin merayap ke sana ke sini. Dia tak boleh tahan. Meluru ke arah Zara dan Kevin. Merentap tangan Kevin dan menarik tangan Zara pergi dari situ. Kevin terpinga-pinga lagi.


Zara terus dihenyak ke seat apabila pintu kereta dibuka. Zara yang separa sedar dipengaruhi alkohol terduduk diam. Zara tengah blur tak dapat nak berfikir dengan jelas membuatkan Qaiser menggelengkan kepala beberapa kali.


“Apa abang nak buat dengan Zara ni? Hai..” Qaiser tunduk menarik tali pinggang dan ingin lock tetapi perbuatannya terhenti. Matanya merayap ke wajah Zara yang sedang memejamkan mata. Hanya seketika. Kemudian terus memecut Lambourghininya ke rumah Zara.


“Zara!” seru Qaiser bila sampai ke destinasi. Tiada respon. Qaiser terdiam memerhati Zara yang tertidur. Berkira-kira nak dikejutkan atau tak. Tapi di hati rasa kasihan pula. Akhirnya,Qaiser memutuskan untuk mencempung Zara masuk ke dalam rumah dan membaringkan Zara ke tempat peraduannya. Orang gaji yang mengekori Qaiser ketika mengangkat Zara ke bilik cepat-cepat beredar. Qaiser memandang Zara yang nyenyak tidur seperti tuan puteri.


“Good night,adik!” Qaiser tunduk mencium dahi Zara. Walau apa pun Zara adalah teman masa kecilnya. Dia masih ingat itu.


PESANAN:
Mintak sorry byk2..
Fokus kat DPCA itu yang delay jap cite ni..
Hehe..
TQ..


Sunday, 20 January 2013


SESUNGGUHNYA..DIA LELAKI PELINDUNGKU


BAB 1: SESUNGGUHNYA..DIA LELAKI PELINDUNGKU


SETIAUSAHA ARNI sedang menyusun atur keperluan CEO di atas meja dengan cukup berhati-hati. Bimbang jika ada yang tidak sempurna. Bekas kaca kristal diisikan dengan gula-gula berperisa pudina dan kopi. Tidak lupa coklat berjenama mahal dimasukkan ke dalam bekas kaca kristal sebagai kudapan CEO yang disegani.
Surat khabar berbahasa inggeris diletakkan di tepi sisi meja. Business Times dan Newstraightstimes merupakan surat khabar kegemaran CEO yang terkenal dengan kredibilitinya mengendalikan perniagaan warisan keluarga yang bernilai berbilion dollar dan paun sterling. Setiausaha Arni sempat menjeling jam ditangan dan mulutnya berdecit kerana terlupa sesuatu yang teramat penting. Lagi beberapa minit menunggu ketibaan CEO, dia masih belum menyediakan secawan kopi espresso dan roti croissant sebagai sarapan ringan sebelum CEO memulakan kerjanya. Setiausaha Arni mula cemas menyediakan kopi dan roti croissant. Dia bergegas ke pantry pejabat.


“Habislah!” Setiausaha Arni lintang-pukang menyediakan kopi dan memasukkan roti croissant yang dibeli ke dalam ketuhar gelombang mikro. Berharap CEO lambat sedikit hari ini. Kalau tak masaklah dia dengan seseorang.


“Ehem..ehem..” muncul seorang wanita cantik dengan penampilan ala diva dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki. Sekali pandang nampak macam Paris Hilton dengan rambut emasnya. Dua kali pandang nampak macam patung Barbie pun ada. Setiausaha Arni mula menggigil. Nasib semuanya dah siap,tinggal nak letak di atas meja CEO sahaja. Setiausaha Arni tunduk. Dia yakin dia akan dimarahi sebentar lagi.


“Arni! Berapa kali I nak cakap dengan you.” Zara Diandra menggelengkan kepalanya beberapa kali. Kasut dihentak berkali-kali sambil berpeluk tubuh. Dia langsung tidak berpuas hati dengan perfomances pekerja di hadapannya itu kerana tidak mematuhi setiap arahannya. Perkara rutin setiap hari pun tak dapat nak dilakukan dengan betul. Bukannya susah sangat pun! Bebel Zara Diandra di dalam hati.



“Er..maafkan saya Miss Zara. Lain kali saya tak buat lagi.” Memohon maaf tanpa mendongakkan wajah. Dia terlalu takut kehilangan kerjanya.


“Hm..bak sini dulang tu! Biar I sendiri yang hidangkan. Harapkan you,taklah!” omel Zara Diandra dengan wajah serius. Setiausaha Arni masih menundukkan kepala. Maklumlah dia hanyalah mentimun. Di hadapannya durian musang king. Jangan cari pasal nanti tak pasal-pasal periuk nasinya berisi pasir. Hilang mata pencarian, dia dan anaknya mahu makan apa. Sudahlah dia seorang janda. Nak mencari pekerjaan di masa sekarang bukannya mudah. Tunduk sajalah.


“Maaf Miss Zara!” sambil menghulur dulang kepada wanita cantik itu. Tunduk hormat.


“Lain kali jangan buat lagi! Kalau tak I cari setiausaha baru.” Berkata tanpa perasaan. Zara Diandra berpusing dan melangkah ke arah pejabat CEO pujaan hati. Kebetulan CEO baru saja tiba dan sedang bersandar tenang di kerusi empuk. Zara Diandra datang dengan senyuman manis. CEO memandang Zara Diandra dengan wajah bersahaja tanpa riak.


“Hm..Zara buat apa kat sini? Pagi-pagi dah muncul. Tak ada kerja ke?” CEO bersuara sinis. Rimas dengan kehadiran wanita gedik di hadapannya. “Huh! Pagi-pagi dah tunjuk muka! Dasar muka konkrit!” cemuh Megat Qaiser Zulkarnain di dalam hati dengan wajah cukup menyampah.


"Hai,Abang Qaiser!” Zara Diandra menyapa dengan wajah paling manis.


“Hm..hai..” Qaiser menjawab malas. Bosan!


“Zara datang nak tengok abang je! Rindu..” ujar Zara Diandra dengan suara manja. Benar dia rindukan lelaki itu. Sudah seminggu tidak berjumpa kerana Qaiser telah pergi ke luar negara diatas urusan perniagaan.


“Zara,ini ofis! Hanya urusan perniagaan berlaku di sini. Baik,Zara balik!” malas betul nak melayan budak tak cukup matang. Menggedik saja pandai!


“Ala..seminggu lebih Zara tak jumpa abang! Halau Zara balik pulak!” rengek Zara Diandra tidak terkesan dengan kata-kata Qaiser.


“Zara,abang ada banyak kerja! Lepas ni abang ada board meeting,okay!” berharap Zara Diandra cepat-cepat blah. Dia betul-betul malas nak melayan.


‘Abang ni!” Zara Diandra menghentak-hentak kaki menunjukkan protes tidak puas hati.


“Zara! Please..” Qaiser tunjuk muka serius.


“Okay! As you wish!” Zara Diandra muncung kerana dihalau. Kemudian keluar dengan hati yang panas. Setiausaha Arni bangun sewaktu Zara Diandra melintasi mejanya sambil menunduk hormat. Langkah Zara Diandra terhenti kemudian berpatah balik ke meja Setiausaha Arni dengan wajah menyinga. Kemarahan yang sedang berkumpul di dalam hati harus diluahkan. Mangsa kemarahannya siapa lagi kalau bukan setiausaha Arni.


“Ini you punya pasal! Kerja tak betul! Lembap!” maki Zara Diandra sesuka hati.


“Esok pastikan semuanya disediakan dengan sempurna. Sut Armani dua pasang di dalam bilik ingatkan CEO pilih yang mana satu dia suka untuk dipakai waktu majlis tertutup Armada Group di Hilton. Jangan lupa! Atau..you jangan datang bekerja esok pagi!” keras amaran Zara Diandra. Setiausaha Arni hanya menunduk dan mendengar arahan wanita berpengaruh itu.


“You faham tak?” Zara Diandra bertanya kasar bimbang setiusaha Qaiser tidak mengerti arahannya.


“Faham,Miss Zara!” ujar Setiausaha Arni dengan suara terketar-ketar. Masih menunduk hormat.


“Ingat!! Atau..jangan datang bekerja esok pagi! Mengerti!!” Zara Diandra menghentak pen yang ada diatas meja dengan kuat sampai terpelanting jatuh ke bawah.


“Fa..faham..Miss Zara!” takut nak memandang wanita itu.


“Huh!” Zara Diandra berlalu dengan wajah masih menyinga. Sampai di pintu lif dia terus masuk dan berlaku perlanggaran tidak disengajakan dengan seorang lelaki.


“Mata letak kat lutut,eh?!!” Zara Diandra yang tengah baran menunjukkan jarinya pada mata dan kemudian turun ke lutut. Terpinga-pinga lelaki itu dengan sikap agresif Zara Diandra.


“Er..Maaf!” lelaki itu meminta maaf. Wajah kacak dan redup lelaki itu tidak menggoyahkan jiwa Zara Diandra.


“Hm..lain kali mata tu tengok betul-betul!” Zara Diandra menggumam geram sambil berpeluk tubuh dengan sombongnya. Lelaki itu hanya tersenyum langsung tidak tercuit dengan perangai baran wanita muda di hadapannya. Salahnya juga tidak berhati-hati.


“Hm..lain kali saya akan lebih berhati-hati. Terima kasih mengingatkan saya.” Ujar Daris Hadif dengan senyuman tidak lekang dibibir.


“Tak payah nak perli saya!” lain pula penerimaan Zara Diandra yang terasa dia diperli oleh lelaki muda itu.


“Betul ni! Saya tak perli,saya cakap yang benar.” Daris ketawa kecil.


“Hm..” Zara malas dah nak melayan. Dia membatukan diri sambil menanti lif sampai ke destinasi. Daris Hadif pula relaks menyandar pada dinding lif juga sedang menanti.


QAISER menghirup kopi espresso kegemarannya bersama dengan roti croissant yang enak hanya boleh didapati di kedai roti yang terkenal di ibu kota. Memang kena dengan seleranya yang suka bersarapan ringan sahaja sebelum memulakan kerja. Selesai bersarapan dia mengulum gula-gula pudina untuk menyegarkan mindanya sambil menyandar tenang melihat Apple flat screen touch computer. Dia sedang menyusun atur strategi perniagaannya. Tiba-tiba Iphone 5 miliknya berbunyi nada dering Maroon Five – One more night. Qaiser pandang skrin Iphone five,tertera nama Mummy. Qaiser tarik nafas dalam-dalam. Dah tau sangat apa yang bakal dibicarakan oleh mummy.


“Yes,mummy! Hm..” Qaiser terpaksa menjawab panggilan mummynya.


“Majlis tertutup Armada Group nanti bawa Zara sebagai teman Qaiser,okay!” arah Puan Sri Raja Qarlina. Qaiser mendengus tidak puas hati. Terdengar jelas oleh Puan Sri Raja Qarlina.


“Son..can you do me a favour? Zara bukan orang lain. Dia bakal isteri Qaiser.” Ujar Puan Sri Raja Qarlina. Qaiser lagi mendengus geram.


“Son!” panggil Puan Sri Raja Qarlina dengan lembut. Dia tahu Qaiser tidak setuju dijodohkan dengan Zara tetapi adat perniagaan menggabungkan kuasa-kuasa besar melalui perkahwinan.


“Orait,mummy! As you wish!” Qaiser bersuara malas. Dia cukup bosan dengan konsep penggabungan syarikat-syarikat besar dengan perkahwinan. Dialah diantara mangsanya terpaksa berkahwin dengan budak gedik entah hapa-hapa tu. Bajet Paris Hilton Malaysia konon. Qaiser sempat mencemuh. Huh!


“Hm..macam tu la anak mummy!” Puan Sri Raja Qarlina lega mendengar persetujuan anak lelaki tunggalnya itu. Qaiser menggumam sebal tak habis-habis.


Ketukan dipintu..


“Masuk!” Qaiser bersuara apabila terdengar ketukan di pintu.


“Bos! Saya nak ingatkan jadual untuk hari ini.” Beritahu setiausaha Arni dengan penuh sopan. Qaiser hanya mengangguk lemah. Semangat nak bekerja hari ini terus luntur dengan panggilan mummy. Dia hanya mendengar tetapi tidak memberi perhatian. Kepalanya berserabut.


“Bos! Er..bos..” panggil Arni berkali-kali. Majikannya kelihatan sedang mengelamun. Tiada respon. Entah apa yang difikirkan dia pun tak tahu. Lagak seperti perdana menteri berfikir tentang masalah negara.


“Er..bos!” Arni memanggil lagi. Kali ini dengan suara yang agak kuat. Qaiser tersentak.


“Hm..apa?” Tanya Qaiser dengan pandangan kosong.


“Bos,Miss Zara ada berpesan dengan saya tunjukkan sut Armani ni kat bos. Ada dua pasang ni,bos! Cantik-cantik semuanya. Bos nak pilih yang mana?” Tanya Arni sambil menayangkan dua pasang sut Armani. Qaiser pandang sut Armani tersebut. Dua-dua dilihatnya cantik. Pasti Zara menempahnya di Paris. Bukan dia tidak tahu rekaan sut seperti itu hanya boleh didapati di Paris. Dalam diam dia menyetujui pilihan Zara yang menepati citarasanya.


“Hm..yang kanan! Nanti suruh Ramli bawa balik semua sut tu ke rumah saya.” Arah Qaiser. Arni mengangguk dan keluar dari bilik dengan membawa sut-sut tersebut. Dia juga begitu berkenan dengan pilihan Miss Zara yang mengikut peredaran fesyen semasa.


ZARA Diandra mengamati wajahnya dicermin. Setelah berpuas hati dengan penampilan diri. Dia menyembur minyak wangi Dior kegemarannya di leher dan sedikit dirambut supaya berbau wangi. Zara begitu gembira pada malam ini kerana Qaiser akan membawanya ke majlis tertutup di Hotel Hilton. Penampilan diri ditilik lagi. Dia memusingkan badannya ke sisi memperlihatkan belakangnya terdedah luas. Dia memakai gaun baldu labuh berwarna hitam mengikut bentuk badan tertutup penuh di hadapan namun terbuka luas di belakang sehingga ke pinggang. Rambutnya yang panjang disanggul tinggi. Cukup seksi.


“Hm..anak mama! There must be an angle with a smile on your face. Qaiser pasti terpesona. Cantik sangat,sayang!” puji Datin Sri Delilah. Teruja melihat anak gadis sendiri yang kelihatan begitu menawan dengan gaun malam rekaan Giorgio Armani yang dibeli ketika Milan Fashion Week.


“Betul ke mama? Zara nampak cantik?” Zara gementar dengan penampilan diri. Bimbang penampilannya tidak memenuhi citarasa Qaiser sebagai teman di majlis yang gah.


“Taklah,Zara! You’re damn gorgeous! Trust me!” Datin sri Delilah menggenggam tangan Zara dengan kemas memberi semangat. Dia tahu Zara amat menyukai Qaiser sejak dari zaman remaja lagi.


“Thanks mama! I love you so much!” pipi Datin Sri Delilah dicium rapat.


Qaiser menanti Zara bersiap di ruang tamu. Hanya wajah serius terpamer.


“Lama tunggu?” sapa Zara dengan senyuman manis tatkala turun dari tingkat atas. Qaiser berpusing dan terkaku seketika melihat Zara Diandra yang begitu jelita dengan gaun malam berwarna hitam.


“Er..taklah lama sangat! Er..jom! Dah lambat ni!” ajak Qaiser agak tergagap. Maunya tak tergagap melihat Zara Diandra yang jelita. Tetapi tidak lama tahap keterujaannya menurun mendadak bila terfikir mereka berdua akan dijodohkan kerana urusan perniagaan. Qaiser membuka pintu Lambourghininya buat Zara. Kemudian tergesa-gesa ke tempat pemandu. Berharap mereka tidak terlewat ke majlis.


Di Hotel Hilton..


Majlis keraian sempena kejayaan syarikat mengaut keuntungan tiga kali ganda dari tahun yang sudah. Banyak kenalan berpengaruh menghadiri majlis tersebut. Zara mendapat perhatian ramai dengan penampilan ala Paris Hiltonnya yang seksi. Menjadi bahan bualan para jejaka hidung belang dan lelaki kaya tua gatal tidak tahan melihat kegebuan kulit Zara yang putih melepak. Qaiser tidak mengendahkan pasangan yang dibawanya tadi. Dia ke hulu dan ke hilir berbual dengan potensi rakan niaga baru. Zara terpinggir di majlis itu,nak bermesra dengan para tetamu wanita banyak yang menunjukkan wajah tidak menyenanginya. Bila melihat wajah-wajah wanita yang tidak menyenanginya Zara hanya mendiamkan diri dengan wajah sombong. Dia bukan seorang yang mudah mengalah atau cepat tersentap. Dia tahu ramai yang cemburu dengan dirinya. Zara mengambil tempat di satu sudut dengan minuman ditangan. Memerhati Qaiser dari tempat dia duduki. Ramai wanita di majlis itu tidak kira tua atau muda memandang calon suaminya dengan mata bersinar-sinar. Menimbulkan perasaan jengkel di hati Zara. Bengang!


“Korek bijik mata tu karang!” omel Zara di dalam hati. Buahan potong yang berada di dalam piring dia korek-korek dengan garfu. Geram.


“Hai,beautiful girl! Kenapa ni?” tegur seorang jejaka bernama Kevin Shah anak kepada billionaire Tan Sri Hussein well known as Malaysian entrepreneur. Seorang founder of commercial airline with budget no-frills airline. Senang cerita anak tauke kapal terbang tambang murah. Zara sekadar senyum plastik. Bukan dia tidak kenal dengan buaya titanium yang berada di depannya itu. Jangan cari pasal!


“Teman you ke mana? Sanggup tinggalkan teman secantik ini sorang-sorang di sini. Satu pembaziran!” Kevin menyoal dengan senyuman nakal.


“Owh..dia busy melayan potential rakan niaga baru. Biarlah dia..” Zara senyum.


“I temankan you,boleh?” Kevin mencuba nasib. Gadis secantik ini nak dibiarkan saja. Bukan dia orangnya!


“Sure!” Zara tak sudah-sudah tersenyum. Kevin dan Zara mendapat perhatian umum di majlis itu kerana masing-masing kelihatan rancak berbual dan ketawa. Lebih-lebih lagi Zara kelihatan amat gedik di samping Kevin.


“You tak nak ikut I ke club selepas ini?” ajak Kevin mahu melanjutkan lagi perbualan mereka. Sebenarnya dia ada niat yang tersembunyi. Zara faham sangat dengan minda jantan jalang seperti Kevin ini. Tetapi dia buat tidak mengerti dan naif.


“Tak bolehlah macam tu! I datang dengan Qaiser balik pun dengan Qaiser. You fahamkan!” Zara memujuk sambil menggenggam tangan Kevin supaya mengerti.


“Zara! Jom,balik!” tiba-tiba muncul Qaiser entah dari mana. Selamba menarik tangan Zara pergi dari situ. Kevin terpinga-pinga.


Di dalam kereta..


“Gedik kau ni tak kira tempatkan?! Runtuh akhlak betul!” cemuh Qaiser sakit hati melihat Zara begitu selamba menggenggam tangan lelaki lain. Padahal terlalu jelas Zara sebagai teman Qaiser di dalam majlis itu tadi. Malu betul mukanya tadi sehingga tidak tahu nak disorok ke mana.


“Apa abang cakap ni? Zara berbual sajalah tadi. Bukan ada apa-apa pun!” nafi Zara bengang kerana dituduh.


“Mudah sangat mesra dengan lelaki. Nampak jalang tau tak!” Qaiser tak sudah mencemuh kegedikan Zara.


“Zara tak gediklah,abang! Zara borak saja tadi.” Zara cuba mempertahankan diri.



“Zara pegang-pegang tangan jantan tu tadi! Tak nampak macam perempuan jalang?” tembak Qaiser geram. Tercalar imej korporatnya dengan kegedikan Zara.


“Abang ni kenapa? Pegang tangan je kot! Bukan berpeluk atau bercium!” protes Zara tak puas hati.


“Zara! Zara! Hai..” Qaiser tak tahu nak kata apa lagi. Dia pandang Zara yang menunduk. Belakang badan Zara yang terdedah terpamer. Cukup seksi. Hati Qaiser tercuit sesuatu. Badannya tiba-tiba panas.


“ Abang tau tak Zara sayang abang sorang je!” Zara bersuara dengan tiba-tiba membuatkan Qaiser terdiam. Zara angkat wajahnya lalu dipandang wajah lelaki yang selalu menjadi pujaan hatinya. Dia teramat menyukai Qaiser sedari zaman remaja lagi.


“Abang..Zara,sayangkan abang sangat-sangat! Zara,cintakan abang!” tangan Qaiser digenggam erat. Matanya bersinar-sinar memandang wajah lelaki yang amat dia cintai. Tidak semena-mena Zara mendekatkan wajahnya ke wajah Qaiser. Tanpa perasaan malu Zara menciumi pipi Qaiser.


“Zara!” tidak percaya dengan kelakuan Zara yang terlalu berani. Dia seorang lelaki! Bukan jantanlah namanya kalau dia membiarkan saja lauk yang sudah berada di depan mata. Tanpa kata dia menarik Zara di dalam pelukan. Apabila tangan merasai belakang badan Zara yang terdedah. Qaiser tidak dapat lagi menahan dirinya. Wajah dirapatkan ke wajah Zara. Dengan rakus dia mencumbui Zara. Kelihatan Zara merelakan perlakuannya. Qaiser hampir lupa diri tetapi bila teringat perkahwinan mereka di atas urusan perniagaan nafsunya tiba-tiba mati. Masaklah dia jika mereka berdua terlanjur. Sudah pasti perkahwinan itu wajib terjadi.


“Abang!” Zara hairan kenapa Qaiser tidak meneruskannya lagi.


“Kita balik!”


Buat kalian! Hm..suddenly timbul idea baru. Padahal DPCA belum siap sepenuhnya lagi.
Just,buat kalian yang selalu menjenguk blog saya..
Sekurang-kurangnya,taklah kecewa tengok teaser DPCA bila nak update..
Hehe..



Sunday, 13 January 2013

TEASER BULAN MADU: Di Penghujung Cintaku..Adelia



SUASANA pagi yang indah dan menyegarkan walaupun keadaan masih gelap lagi. Kedinginan mencengkam setiap inci tubuh. Nik Pasha membuang pandang ke arah ladang tea yang luas. Selesai bersolat subuh tadi dia hanya berdiri di tepi beranda mengamati keindahan alam. Dia berpusing melihat isterinya masih berselubung dengan comforter tebal. Merenung lama. Hatinya tiba-tiba menjadi sayu tatkala melihat wajah isteri yang kelihatan amat polos. Dia memegang dada merasai denyutan jantung. Walaupun Allah membenarkan jantungnya berdenyut namun pemberi semangatnya untuk melalui hari-hari adalah Adelia.
Dia amat mencintai isterinya. Di dalam doanya,dia memohon kepada Allah semoga mereka berdua akan kekal menjadi suami isteri di dunia dan di akhirat. Nik Pasha tarik nafas dalam-dalam. Dia bertekad dan sudah bersedia untuk berterus terang dengan Darwina selepas pulang dari Cameron Highland. Dia akan menerima segalanya dari Darwina tidak kira kemarahan atau kekecewaan. Dia yang bersalah. Dia tidak sepatutnya memulakan sesuatu yang tidak patut dia mulakan. Dia akui segalanya adalah silapnya. Dia manusia biasa dan berharap Allah mengampuni segala dosa-dosanya kerana menzalimi seorang isteri dan menganiaya hati seorang wanita lain kerana kejahilannya. Ya,Allah..ampunkanlah aku!


Adelia dapat merasai udara sejuk menampar pipinya lantas membuka mata. Langsir ditiup angin pagi dan mengibar-ngibar dari pintu sliding door yang terbuka. Adelia dapat melihat dengan jelas suaminya sedang berdiri di beranda. Kemudian matanya dihala ke arah jam di dinding bilik. Hah! Lagi setengah jam nak ke pukul tujuh. Adelia terkejut. Dia bingkas bangun tergesa-gesa.


Aahhh..” Adelia terjerit lagi. Terkejut apabila kulitnya merasai kedinganan yang keterlaluan. Dengan kalut dia menarik comforter dan pantas menyelimuti tubuhnya. Bagaimana boleh dia terlupa? Rasa nak tepuk dahi banyak kali.


Selamat pagi sayang..” tegur Nik Pasha dengan sorotan mata tajam dan nakal.


Hei..” Adelia janggal melihat panahan mata Nik Pasha yang aneh.


Apa?” Nik Pasha sengih nakal.


Don't look at me like that!” Adelia memperkemas balutan comforternya.


Kenapa?” Nik Pasha mengusik lagi. Hatinya lucu melihat Adelia masih malu-malu dengannya.


Jangan tanya!” memang malu giler!


Kau malu?” sengaja memprovok. Mata tidak lepas menyorot pandangan nakal.


Look away,Pasha!” Pipinya berbahang walaupun suasana amat dingin sekali. Sebelum Nik Pasha menggiatnya lagi baik dia ke bilik air. Waktu pun dah tinggal hujung-hujung dah ni. Adelia cepat berpusing.


Last night,I saw everything! No point nak cover bagai,Adelia!” tergelak melihat Adelia dengan comforter nak masuk ke bilik air.


Pasha,jangan mengarut,boleh!” Adelia bertambah malu.


Last night,how many times we do it,Adelia? Do you remember?” Nik Pasha tak habis-habis mengiat Adelia. Lucu melihat wajah Adelia kemerahan menahan rasa malu.


Weiii..tak ada orang cakap pasal tu,Pasha!” Adelia menjerit. Geram kerana dipermainkan. Adelia malu sampai dia tak tahu nak sorok muka dia di mana?! Comforter ditarik rapat menutup sebahagian muka hanya menampakkan dua biji mata. Terkelip-kelip..


Apa yang nak dimalukan? Kitakan halal,Adelia!” Nik Pasha senyum. Dia menggamit Adelia datang kepadanya. Adelia mengeraskan diri.


Adelia,come!” Nik Pasha memanggil dan menggamit lagi supaya datang kepadanya. Adelia dalam terpaksa melangkah perlahan ke arah suaminya dengan mulut tak habis-habis menggumam tak puas hati. Nik Pasha hanya tersenyum.


Good girl!” Adelia sudah berada di dalam dakapan Nik Pasha. Adelia meronta kecil bila dipanggil sebegitu. Tunjuk protes secara manja. Nik Pasha mengeratkan dakapannya. Setelah itu wajah isteri ditatap dan dengan penuh syahdunya dia mengucup dahi isterinya. Adelia terpejam mata disaat bibir suaminya menyentuh dahi. Adelia cukup terharu.


Dengan mata berkaca-kaca..


You don't know how much it kills me inside..If I didn't tell you this..”


I Love You So Much..Adelia.”


----> RINDU KAMOOO SEMUAA --->

Saturday, 1 December 2012

TEASER ISTIMEWA: Di Penghujung Cintaku..Adelia


PASHA macam mana ma?” tidak sempat bertanya khabar mertua Adelia terus bertanya tentang Nik Pasha. Terkejut mendapat panggilan dari mama memberitahu suaminya sakit. Adelia tidak fikir panjang terus rempit dengan ER6N pulang ke Gombak. Dengan lampu-lampu merah dia langgar. Berdesup. Matlamatnya satu untuk sampai ke pangkuan suami secepat yang mungkin. Dia terlalu bimbangkan suaminya. Ditambah insiden berpeluk dengan Irfan membuatkan dia lagi tidak sedap hati.


Maria terangkat kening. Membuat memek muka semacam. “Lama tak balik, tiba-tiba tanya pasal Pasha je? Mama ni sihat ke tidak, tak ada pula nak bertanya ye?!” gaya merajuk. Adelia tertawa kecil. Aduhai..mama mertua sudah merajuk macam mana mau pujuk? Adelia terus memeluk mama dengan seeratnya.


I miss you..mama!” ciuman dihadiahkan di kedua belah pipi mama. Adelia tersengih dengan memek muka nakal dan comel. Saja nak umpan belas kasihan dari mama.


Sudahlah,tak payahlah nak buat muka seposen kat mama. Taula mama ni siapa!” Aii..dah mula dah Slot Drama Lestari dan Zehra mama.


Mama Yayalah siapa lagi. The best Mama in the world.” siap mendepakan tangan besar-besar. “Terbaik,mama! Tahun depan gerenti Ibu Mithali goes to you tanpa dapat disangkal lagi.” sambung Adelia dengan muka nakal. Tersengih.


Yo..owwlah,Yaya!” pipi Adelia ditarik kuat.


Adoi,ma! Sakitlah..kalau tak copy fiil tok wan tak boleh ke? Ingat Yayanya pipi ni doh karipap mama ke? Sakit tau..” bebel Adelia sambil menggosok pipi yang mula kemerahan. Maria tergelak. Nakal betul! Tapi,menyenangkan hati.


Meh,mama tengok!” pipi menantu di paut kedua belah. “Hm..tak payah pakai blusher. Jimat duit!” lelucon mama membuatkan Adelia muncung.


Sudahlah tu! Suami awak tu ada di atas. Dia tengah tak sedap badan tu. Sehari suntuk dalam OT mana taknya!” beritahu mama perihal Nik Pasha yang tidak sihat. Adelia terfikir mungkin kesihatan Nik Pasha dipengaruhi dengan insiden petang tadi. Suami mana yang tak sakit hati melihat isteri berpeluk dengan lelaki lain. Pantas terselit perasaan bersalah.


Yeke ma? Yaya nak tengok suami Yaya boleh tak ma?”


Suami awak, buat apalah tanya mama!” Maria senyum herot.


Ye tak ye jugak! Suami Yayakan! Bolehlah..Yaya pergi tengok suami Yayakan?” gaya minta izin versi mengada-ngada pun ada. Kalau terus pergi berjumpa dengan Nik Pasha nampak sangat gatalnya. Hehehe..mama masih belum tahu lagi tentang perhubungan mereka berdua yang sudah berbaik-baik. Pada dasarnyalah..


Tak payah nak buat muka gatal. Pergi sajalah! Jumpa suami awak tu.” terus menunjal dahi menantu kesayangannya.


Ma..” Adelia tidak sempat mengelak. Memang copypaste tok wan betul!


NIK PASHA sedang berselubung dengan comforter langsung tidak nampak kepala. Perasaan risau terus menyerbu di hati. Pantas kaki dihayun ke arah katil.


Pasha..kau tak sihat ke? Kau okay tak?” tanya Adelia sebaik saja dia melabuhkan punggung di tepi katil. Tangan pula pantas membuka selimut. Terbeliak mata bulatnya apabila melihat otot-otot maskulin suaminya yang sasa terpamer. Shirtless,dowh..
Tersipu-sipu Adelia dibuatnya.


Pasha..” Nik Pasha berat hendak membuka mata. Dia tidak larat. Ditambah dengan insiden petang tadi di antara isterinya dan anaest sengal itu membuatkan dia sakit hati sangat-sangat. Kehadiran Adelia ketika ini amat menggembirakan hatinya tetapi dia buat tidak tahu. Sengaja ingin mendera hati Adelia.


Hm..” malas nak bersuara. Tekak pun dah perit. Hidung dah berair. Badan pula dah terasa seram sejuk nak menggigil walaupun suhu badannya 39 degree setelah diperiksa sebentar tadi. Demam penyu kot! Selalu orang cakap demam kura-kura. Takpun demam ninja turtle. Merepek betul!


Kau marahkan aku ke?” tanya Adelia. Perasaan bersalah semakin menghimpit. Nik Pasha bingkas bangun dan duduk bersila. Mereka saling mengadap. Bertentang mata.


Kau takut?” soal Nik Pasha tiba-tiba. Soalan jauh menyimpang dari situasi.


Takut?” Adelia mengerut dahi. Takutkan apa? Pertanyaaan yang pelik. Demam tinggi sangatkah? Sampai merepek yang bukan-bukan ni. Delirium pasal suhu tinggi sangat kot! Adelia bertambah risau.


Takut melukakan hati Anaest tu? Mana tahukan..” intonasi suara mendatar. Sebenarnya dia yang takut Adelia akan pergi meninggalkannya dan mengikuti lelaki lain kerana tidak pernah bahagia bersama dengannya. Teringat pula kata-kata anaest itu memujuk rayu isterinya. Boleh sakit jiwa mendengarnya. Huh!


Er..hm..aku tak boleh nak halang perasaan orang. Biarlah dia..”


Kalau aku tak fikir banyak tadi. Aku tak tahulah what terrible things I would've done to him.” ringan je tangannya nak menibai. Bagi patah satu, dua gigi biar puas hati. Gigi diketap rapat.


Kau cepat melatah! Aku bukannya ada apa-apa pun dengan Irfan.” Adelia cuba membela Irfan.


Cepat melatah? Oh..peluk isteri orang benda kecik la,jangan cepat melatahlah..macam tu?” hangin satu badan. Lagi hangin bila Adelia memanggil anaest tu dengan nama. Gigi diketap kuat-kuat.


Er..” Adelia menyesal pula dengan kata-katanya. Mulut ditepuk perlahan.


Keluar!” Nik Pasha hangin. Sikap kerek Nik Pasha datang kembali. Wajah serius pembunuh upahan terpamer. Adelia telan liur.


Kenapa ni? Tak naklah marah-marah.” pujuk Adelia perlahan. Masih enggan keluar. Ingat mudah baginya untuk melukakan hati orang? Dia rasa bersalah sangat-sangat tetapi dia harus lakukan apa?


Kau keluar!” menunding jari ke pintu.


Now,he turn to his old self back! Kalau dah jenis mamat stone tetap mamat stone jugak,huh!” gumam hati Adelia. Geram.


Berapa suhu badan?” Adelia buat bodoh. Dia enggan keluar. Tapak tangan dilekap di dahi suami. Nik Pasha pula pantas melarikan kepalanya kerana masih marahkan Adelia.


Ish! Panasnya..berapa suhu badan?” Adelia bertanya lagi dengan renungan dalam ke arah Nik Pasha. Sakit macam ini pun nak tunjuk lagak! Perangai tak boleh blah tak pernah nak ubah. Adelia geleng kepala.


Didn't take it! Lupa.” kata Nik Pasha dengan sambil lewa. Sengaja tunjuk protes.


Badan panas macam ini pun boleh lupa?” suara dah naik satu oktah. Geram kerana Nik Pasha tidak menjaga diri dengan sepatutnya.


Okay! 39 degree! So..annoying!” rimas dengan pertanyaan Adelia.


Dah makan ubat?”


More annoying than my mom,huh!” Nik Pasha makin rimas. Sakit hati belum reda.


Ada ambil ubat tak?” Adelia tidak kisah dengan kata-kata suaminya terus bertanya.


Tak!”


Tak? How old are you? Still don't know how to take care of yourself,hah?” Adelia pula yang hangin. Ubat je kot! Itu pun susah.
Nik Pasha terdiam. Malas nak menjawab,hati tengah sakit lagi ni. Adelia keluar mencari Panadol.


Sebelum memberi ubat dia memeriksa suhu badan Nik Pasha dengan mesin suhu digital yang diletakkan dicelah ketiak. Mesin suhu berbunyi.


Let me see your temperature.”


Tak payahlah! Aku rasa suhu dah okay kot!” Nik Pasha berdegil. Sengaja tunjuk perangai.


Meh,sini aku tengok!” menghulur tapak tangan menanti mesin suhu digital diberikan kepadanya.


Aku dah okaylah..” masih tunjuk perangai.


Mehlah sini, aku tengok!” Ha..kan dah naik suara lagi. Nik Pasha lambat-lambat memberikan mesin suhu digital kepada Adelia. Sengaja bengangkan Adelia.


40 degree! Ada apa-apa nak cakap?” Tadi Nik Pasha yang berang dengan Adelia. Sekarang dah terbalik pulak. Adelia pula yang berang.


Aku okaylah.” nafi Nik Pasha. Pride haruslah dijaga.


Do you know how worried I was when I heard you fall sick? I wanted to see you immediately to know you were okay. But,at the same time, I was worried that you weren't.” Adelia mula membebel.


I didn't know you'd be worried.” kemarahan Nik Pasha mula mengendur.


You didn't know?” Urgh..geram tak hengat. Bila ingat balik bagaimana dia merempit tadi semata-mata kerana Nik Pasha. Memang terasa hati giler.


I was so worried,Pasha! I couldn't stay any longer. I ride..main langgar semua lampu kuning dan merah. Now,you say you didn't know?!” macam bertih goreng Adelia melepaskan apa yang terbuku di hati.


Calm down,Adelia..” Nik Pasha menyabarkan Adelia. Dia pula yang terasa bersalah kerana marah-marahkan isterinya.


Bila kau buat aku macam ni. Aku rasa aku tidak diperlukan. Like I can't be trusted or depended on. Kalau Darwina kau tak macam nikan?” hati Adelia sayu. Nampak sangat dia tidak penting untuk Nik Pasha. Sakit pun tidak mahu memberitahu. Dia tahu pun kerana mama yang memberitahu. Nak harapkan Nik Pasha memberitahu memang taklah. Terasanya..


Nik Pasha tersentuh. Dia bangun dan merapatkan diri ke arah Adelia. Lantas tersenyum.


Of coz I need you..now,hug me!” Nik Pasha senyum nakal. Hatinya mula sejuk dengan sikap rajuk Adelia yang comel.


Why should I?” merajuk. Adelia membatukan diri.


Oh..dengan anaest tu boleh pula berpeluk. Tak kira! Hug me!” desak Nik Pasha sambil merenung mata Adelia dekat-dekat.


I did not! Aku tak peluk tapi dipeluk,okay!” bela diri. Bukan dia yang gatal nak berpeluk. Kalau dia tahu Irfan nak peluk dah lama dia angkat kaki.


Yo owwlah..” mencebik.


Betullah..”


You know what? I was so mad! Suddenly, my fever went up to high degree.”


Aku tak peluklah!”


You did! Sakan je berpeluk. Dengan suami sendiri tak mau. Keciknya hati..” sengaja memprovok Adelia. Sakit pula hatinya bila teringat balik adegan berpeluk tak boleh blah tu. Huh!


Bukan akulah.” Adelia cuba menafikan lagi.


Adoi! Adoi! Headache! Headache! Maybe..my fever rising again?” Nik Pasha berbaring sambil memicit kepala. Auta semata-mata cuba memancing rasa kasihan dari Adelia.


Okay! Okay!” Adelia terus memeluk erat. Ini kali kedua dia terperangkap dengan kata-kata suaminya. Tempohari notty kiss. Kali ini hug pula. Kepala Nik Pasha memang licik betul kalau mencari tipu muslihat nakal yang sweet.


Peluk apa macam ni? Tak ada feel.” komen Nik Pasha dengan menggelengkan kepala berkali-kali. Tidak berpuas hati dengan pelukan Adelia.


Okaylah ni! Nak macam mana lagi.” banyak songeh pulak! Adelia geram.


Tak macam semalam. Macam ni..” menggelengkan kepala lagi dan siap mahu memberi contoh pelukan. Lantas diraih Adelia di dalam pelukan dengan erat. Kemudian dia meraup kedua belah pipi Adelia dan tersengih. Adelia menunggu kerana Nik pasha seakan ingin berkata sesuatu. Tetapi lain pula yang dilakukan oleh Nik Pasha. Satu ciuman diberikan. Adelia memejamkan mata. Seminit. Buka mata nampak Nik Pasha tersenyum nakal.


Hah?” terpinga-pinga.


You're improving..” muka nakal.


Kau jahat!” Adelia buat muka tak puas hati walaupun hati sebenarnya berbunga-bunga. Bila Nik Pasha mula mempamerkan ekspresi hatinya yang so.. sweet Adelia mula lemah. Ekspresi..sikap..Nik Pasha membuatkan Adelia tidak akan pernah faham. Namun dalam masa yang sama membuatkan Adelia merasakan Nik Pasha adalah seorang yang terlalu sweet dengan tingkahnya yang unpredictable.


But I'm the one you love,right?!” terjungkit senyuman sinis. Tak habis-habis dengan high grade confident level dia yang tahu sangat Adelia amat mencintai dia.


I hate you..coz I love you..huh!!” buat muka sebal. Adelia melepaskan pelukan Nik Pasha. Tiba-tiba terlintas difikiran,terlalu indah apa yang dia rasakan seperti mimpi dan bila-bila masa akan sirna membuatkan Adelia terlalu takut. Darwina masih tidak tahu perhubungan mereka. Entah bagaimana Nik Pasha akan memberitahu Darwina? Adelia mula monyok bila terfikirkan Darwina. Pasti sukar untuk Nik Pasha berterus terang.


Kenapa ni?” muka monyok Adelia membuatkan Nik Pasha bertanya.


Bila kau nak berterus terang dengan Darwina?” soalan membunuh. Terus riak wajah Nik Pasha berubah. Adelia menanti jawapan..


MARIA membuka pintu bilik anak sulungnya. Niat nak melihat keadaan anak lelakinya yang tidak sihat. Disamping itu mahu mengejutkan anak lelakinya itu bangun dari tidur untuk bersolat subuh. Lagi setengah jam nak ke pukul tujuh. Keadaan sekeliling masih gelap kerana tirai belum dibuka. Lampu dipetik.


Pasha! Bangunlah tidur! Solat subuh,waktu dah nak habis ni.” kecoh mulut Maria mengejutkan anak lelaki sulungnya bangun dari tidur. Mata belum fokus dengan betul. Sesaat kemudian dia terlopong. Terkejut besar.


Hah!” tak percaya dengan dua makhluk yang enak mengulit mimpi di atas satu katil. Berpelukan.


Suasana yang tiba-tiba cerah membuatkan kedua mereka terpisat-pisat. Adelia membuka mata. Dalam masa yang sama Nik Pasha membuka mata. Sama-sama memandang. Masih lagi blur. Sesaat kemudian mereka berdua berpaling ke arah pintu. Tercegat mama bercekak pinggang dan tersenyum herot.


Ada apa-apa mama tak tahu? Both of you..owe me an explanation.” mama berpeluk tubuh. Dengan jari jemari bergerak-gerak dilengan berkali-kali.

Mereka berdua berpaling, kembali memandang antara satu sama lain. Juga turut terkejut besar. Masing-masing ternganga. Tanpa sedar Adelia tertendang Nik Pasha terus terjatuh dari katil. Maria tertutup mata bila melihat anak lelakinya terjatuh dari katil macam nangka busuk.


Ouch!” sengal bontot Nik Pasha terjatuh. Adelia ternganga lagi. Terkejut dengan tindakan reflek menendang suaminya jatuh. Adelia jenguk ke bawah katil. Adelia tersengih membuat muka tidak sengaja ke arah Nik Pasha.


DI DAPUR..


Kenapa ni,Mar?” tanya Nik Nazrin sewaktu sedang bersarapan pagi. Wajah isterinya nampak lain dari biasa. Nampak seperti terkejut dengan sesuatu. Nik Nazrin ingin tahu. “Muka macam terkejut seperti nampak sale on line Zalora je, Mar?” Nik Nazrin tergelak apabila teringat iklan Zalora di tv. Iklan yang amat lucu.


You never believe what I saw just now.” tersenyum pulak. Membuat Nik Nazrin lagi ingin tahu.


Hah?!”


They slept together..in one bed..” kali ini tersenyum girang. Maknanya mereka berdua dah berbaik-baik seperti yang sepatutnya. Maria bersyukur ke hadrat Ilahi. Doanya selama ini dimakbulkan oleh Allah. Alhamdulillah..


Apa Mar?” Nik Nazrin tidak faham.


Soon..you will be a grandpa,abang! Pasha and Yaya dah berbaik-baik. Alhamdulillah..” jelas Maria dengan gembira. Nik Nazrin terkejut tetapi tidak lama kemudian dia tersenyum dan menadah tangan turut juga bersyukur. Akhirnya anak lelaki sulungnya sedar akan tanggungjawabnya sebagai suami.


Bestkan,Mar!” Nik Nazrin buat muka nakal.


Apa yang best,abang?”


Dapat cucu!” tergelak. Maria tersengih. Kemudian mereka berdua tergelak gembira bersama.


SELEPAS bersolat Subuh..


Demam dah kurang?” tangannya pantas melekapkan tapak tangan didahi Nik Pasha.


I'm fine! Almost recovered.” tangan Adelia diturunkan. Nik Pasha tersenyum.


Baguslah..”


Thank you..”


Kenapa nak berterima kasih?! Sayakan isteri awak..” Eh,isteri awak?! Adelia menepuk mulutnya yang ringan sangat berawak-saya. Kedengaran seperti gatal pulak. Adelia tersengih cuba menyembunyikan cepat kata-katanya yang tersasul.


Apa dia?” Nik Pasha tersenyum nakal. Suka pula dia mendengar perkataan isteri dari mulut comel Adelia. Alangkah ruginya dia kerana mengambil masa hampir tujuh tahun untuk menyedarinya. Banyak waktu terbuang kerana egonya. Biarpun terlewat dia akan tebus waktu-waktu itu dengan menyayangi dan mencintai Adelia dengan sepenuh hatinya.


Tak ada apalah. Aku nak keluar bersarapan. Mama dah panggil banyak kali dah.” Adelia buat muka tak tahu dan mahu keluar dari bilik. Nik Pasha pula pantas menahan dengan memaut lengan Adelia erat.


Hah?” Adelia pandang Nik Pasha yang menahannya dari keluar.


Ulang sekali lagi!” Nik Pasha mendesak. Dia ingin mendengarnya lagi.


Apa?”


Yang tadi tu? Yang sweet tadi tu?” Nik Pasha menyakat. Wajah Adelia bertukar merah. Malu.


Apa sweet-sweet?! Boleh sakit gigi tau!” nafi Adelia cuba menyembunyikan perasaan malu. Nampak comel.


You blushing,eh?!” menyakat.


Mana ada!” cute je!


You know what? You look so..adorable.”




Monday, 16 July 2012


Bab 19: Di Penghujung Cintaku..Adelia


Pengembaraan bermula..


Walaupun hati tengah bleeding..Plus! Plus! Namun..konvoi tetap diteruskan seperti yang di rancangkan. Cikgu Hisyam sudah lama menunggu di Tol Gombak. Sesampai saja di Stesen Minyak Shell di Tol Gombak, Cikgu Hisyam atau kini menyandang gelaran Dr juga tetapi Dr PHD seorang pensyarah di Universiti Malaya sedang bersarapan pagi di McDonald. Adelia senyum apabila melihat wajah Cikgu Hisyam di hadapannya yang juga turut tersenyum apabila melihat Adelia.


Assalamualaikum,Cikgu!” sapa Adelia macam budak sekolah. Saja berlawak dengan cikgu yang banyak membantu dia di dalam pelajaran dulu. Adelia lantas menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan cikgu kesayangannya.


Waalaikumussalam,anak murid!” Hisyam sengih lantas menarik pipi Adelia dengan kuat-kuat.


Adoi! Adoi! Sakitlah Cikgu!” Adelia menarik tangan Hisyam yang sedap mencubit pipi gebunya. Cikgu ni..


Cikgu ni..sakit tau!” Adelia mencebik. Konon marah..


Alooolooo..cubit sikit je! Geram tengok pipi gebu anak murid macam telur ghebus!!” Hisyam ketawa. Suka hatinya dapat mengenakan anak murid kesayangannya. Puas hati. Dah lama dia tidak berjumpa Adelia membuatkan hatinya membuak rindu.


Geram-geram ni marah pulak orang tu. Kena marah Adel tak tau. Ahaa..tak tahu..” Adelia menunjuk jari ke arah Hisyam dan ketawa. Adelia melilau mencari seseorang. Mana kakak ni?


Tak payah nak jenguk-jenguk. Kakak kamu pergi ladies tadi. Kejap lagi datanglah tu.” beritahu Hisyam.


Oh,yeke! Ada beli sarapan untuk Adel tak? Lapor ni..” Adelia sengih sambil menggosok perutnya. Wajah nakal Adelia terpamer.


Beli sendiri! Kakak tak nak beli lagi tadi takut sejuk. Nak tunggu Tuan Puteri bukan main lama lagi.” omel Hisyam. Kepala Adelia yang dilitupi tudung syria di tolak perlahan. Adelia sengih lantas membuat muka comel pula. Hisyam tergelak.


Dah sampai pun adik kakak ni. Bangun tidur lambatkah sayang?” kepala Adelia digosok beberapa kali dengan sentuhan lembut. Amelia. Isteri kepada Cikgu Hisyam seorang engineer kanan di sebuah syarikat developer yang terkenal. Seorang yang lemah-lembut dan berkarisma. Adelia mengagumi Kak Amelia.


Tidur lewat sikit malam tadi. Balik rumah mama tidur sana.” ujar Adelia. Sebenarnya dia susah hendak melelapkan mata semalaman. Selepas azan Subuh dia baru dapat melelapkan mata barang seminit dua tetapi terlajak ke pukul tujuh. Subuh gajahlah jawabnya. Tak baiknya..


Kak tengok macam berjaga semalaman je. Mata tu dah jadi macam mata panda dah kak tengok. Excited sangat nak berkonvoi ke?” usik Amelia bersama perasaan musykil melihat wajah Adelia yang sugul.


Haahlah,Sayang! Abang baru perasan budak ni mendung semacam je ni. Apa cer? ” Hisyam turut sama menilik wajah Adelia. Siap menjungkitkan keningnya ala The Rock. Kak Amelia pula mengangkat keningnya seperti Ziana Zain. Padan betullah couple dua orang ini. Adelia geli hati.


Mana ada apa!” nafi Adelia siap tergelak. Sebolehnya cuba menyembunyikan perasaan gundah di hati. Soal mangkuk ayun..sengal..poyo..itu Adelia tolak jauh-jauh. Dia hendak melapangkan fikiran dan menenangkan jiwanya. Dengan aktiviti berkonvoi ini nyahlah semua bayangan suaminya di minda. Setelah berakhirnya konvoi ini Adelia ada perhintungan yang perlu dia dilakukan. End of this marriage..


Tada apa-apa? Are you sure,Del?” Amelia pandang telus ke arah Adelia seperti sedang psikik otak Adelia. Matanya mengecil kononnya sedang analisis apa yang sedang bermain di fikiran Adelia.


Don't hack my memory,sis! I'm fine!” Adelia siap menyilang tangan menjadi pangkah di paras wajahnya. Konon menghalang kuasa psikik Amelia mencari 'main problem' di dalam fikirannya. Kemudian,Adelia tergelak-gelak.


Naughty!” Amelia pula dengan selamba mencubit pipi Adelia dengan kuat-kuat. Terjerit Adelia di kala itu juga.


Huh! You two..memang betullah husband and wife. Sehati berdansa. Suka sangat cubit pipi Adel la.” omel Adelia sambil menggosok pipinya yang sudah berbirat merah. Aku ni comel sangatkah? Suka sangat mencubit pipi. Adoi..
Adelia memuncung.


Padan muka! Siapa suruh buat lawak kanak-kanak ribena kat sini.” usik Hisyam bergurau. Saja nak buat Adelia hangin. Dah lama tak bergurau-senda dengan adik angkat kesayangannya. Gelaran anak murid dah di upgrade kepada adik angkat. Dulu,dia pernah ada perasaan sesuatu terhadap Adelia tetapi perasaan itu tidak pergi jauh apabila mendapat perkhabaran yang Adelia akan dikahwinkan dengan budak biadap yang pernah dia jumpa di rumah Adelia dulu sewaktu Adelia masih bersekolah. Terpaksa dikahwinkan di atas sebab-sebab tertentu. Adelia berahsia dengan dirinya. Hisyam mengagak perkahwinan aturan orang tua. Huh!


Sudahlah tu! Adel nak makan apa? Akak belikan.” soal Amelia dengan senyuman penuh keibuan. Memang mendamaikan..


Hm..Mcmuffin with egg and chicken roll. Air kopi. Hm..bubur ayam kecil satu.” order Adelia.


Mak aii! Ini breakfast ke?! Nak makan kenduri?! Kuat betul makan!” usik Hisyam lagi. Tergelak.


Cikgu,diam! Adel dah lapor giler ni. Tak makan McD nanti Adel makan Cikgu” Adel muncung. Geram sejak dari tadi di 'bahan' oleh abang angkat kesayangannya. Hii..


Sudahla tu! Abang ni..tak habis-habis nak sakat Adel.” marah Amelia. Suaminya memang kalau dah jumpa adik kesayangannya tiada kerja lain asyik membuli saja kerjanya. Nanti dibuat merajuk Adelia baru terngadah. Tiada di depan mata di seru-seru. Ada di depan mata membuli saja kerjanya. Amelia geleng kepala.


Bila lagi nak menyakat. Adik sayang ni bukannya nak datang rumah kita dah. Sibuk memanjang. Maklumlah suami dah balik.” luah Hisyam tidak puas hati dengan Adelia yang sudah mengabaikan mereka berdua.


You absolutely correct abang! Ha..ni akak nak 'join venture' dengan abang ni..Kenapa Adel dah lama tak datang rumah?” Sambil bercekak pinggang Amelia pandang Adelia dengan pandangan marah. Adelia mengecilkan dirinya. Tahu..salahnya juga kerana terlupa nak bersilatulrahim dengan abang dan kakak angkatnya seperti selalu sebelum suaminya pulang dari abroad. Kepulangan Nik Pasha banyak merombak susun atur jadual hidupnya.


Sorry..”Adelia menundukkan wajah. Terasa bersalah sangat-sangat.


Kenapa,Del? Ada problem dengan suami?” soal Amelia. Terlintas tiba-tiba difikirannya, mendung yang hadir di wajah adik angkatnya mungkin berpunca dari kepulangan suami yang sudah lama di luar negara. Perkahwinan aturan keluarga dengarnya. Ada sesuatu terjadikah?


Eh,mana ada! Kita orang baik-baik saja.” nafi Adelia. Baiklah sangat!


Cikgu tak percaya! Budak tu biadap boleh tahan. Mesti budak tu ada buat Adel sakit hati ni.” telah Hisyam tidak percaya dengan perkahwinan adik angkatnya baik-baik saja. Kalau ikut logik akal perkahwinan aturan keluarga. Suami melanjutkan pelajaran ke luar negara. Tidak pernah berhubung. Bila dah pulang dari abroad tidak pula mendengar untuk tinggal bersama. Adakah baik-baik saja seperti yang dikatakan oleh adik angkatnya? Tak mungkin..


Kita orang dalam fasa menyesuaikan diri. Take time! Don't worry..okay...” panjang perkataan okay disebut. Adelia menutupi kegundahan hati dengan senyuman yang paling lebar. Hisyam dan Amelia berpandangan sesama sendiri.


Okaylah,kak! Cikgu! Don't worry..” Adelia tepuk bahu kedua orang suami isteri itu. Lantas,senyum lagi. Wajah dibuat-buat ceria.


Sesudah sarapan...


Tepat pukul 10 pagi. Mereka bertiga dengan jentera moden masing-masing bersiap sedia untuk memulakan perjalanan. Adelia dengan Kawasaki ER6N. Cikgu Hisyam dengan Ducati Streetfighter. Amelia dengan Kawasaki Z1000. Begitu bergaya masing-masing dengan suit lengkap superbike. Bikers yang lain sedang menunggu di Tol Karak. Lebih kurang 20 orang termasuk dua orang marshal bertauliah mengikuti konvoi ini. Adelia sudah teruja sangat. Siap mengambil gambar di tepi divider jalan berhadapan Tol Karak. Jurugambarnya Kak Amelia. Dua tiga pose di samping motorbike kesayangannya. Hisyam pula dengan selamba enterframe di dalam foto Adelia siap selamba memeluk bahu Adelia yang dilitupi jacket. Mereka bergambar di dalam suasana yang ceria dan tersenyum lebar. Kemudian giliran Hisyam dengan Amelia bergambar. Bukan main daring lagi Hisyam memeluk dan mencium pipi isterinya sewaktu bergambar. Adelia mencebik. Sajalah tu..nak tunjuk dialah seorang ada isteri.


Wekk..ingat dia seorang ada isteri.” Adelia mencebik. Tak heran!


Cemburu ke?” Hisyam gelak besar.


Poyo!!” Adelia mencebik lagi. Malas nak melayan kerenah abang angkatnya Adelia sibuk mencari gambar yang cun untuk di upload di dalam Facebook. Aha..yang ni cun sebab aku tersenyum lebar. Tapi..ada pak sibuklah pulak. Lantaklah..
Adelia upload gambarnya bersama Cikgu Hisyam yang selamba memeluk bahunya. Saja nak bikin gempak. Pasti ramai yang tertanya-tanya siapa jejaka hensem kat sebelah aku ni? Hehe..tengok siapa yang peduli...Irfan? Hehe..


Kak,tengok ni! Adel upload pic dengan cikgu.” Adelia tunjuk smartphonenya pada Amelia.


Sajalah tu! Nanti ramai yang salah faham pula.” Amelia geleng kepala. Nakal betul adik angkat seorang ini. Amelia tidak cemburu. Tidak pernah terlintas di hatinya untuk cemburu. Dia tahu hati suaminya. Dan..dia tahu hati Adelia bagaimana. Kepercayaan teras perhubungan..


Biarlah! Adel nak tengok siapa yang cepat bagi respon.” Adelia tergelak.


Status Facebook di pandang..At Tol Karak with Hisyam..



Mama! Tengok ni..gambar Dak Akak dengan Cikgu Hisyam. Pergh..cayalah tengok motorbike dia orang ni mama.” Nik Airil yang sedang melayari laman sesawang muka buku melalui Samsung Galaxy Tablet 7 inch memanggil mamanya yang sedang berada di hadapan tv. Maria pula sedang leka menonton sinetronnya di tv3. Tidak sedar kek cawannya di dapur apa cerita.


Meh,sini mama nak tengok!” panggil Maria. Malas nak bangun kerana sinetron tengah part best ni. Mata masih di hala ke arah TV LED 60 inch. Tidak sedar kek cawannya di dapur hampir sampai waktu pembakarannya.


Nah,ma!” Nik Airil menunjukkan Facebooknya.


Cantik menantu mamakan?” suka hatinya melihat Adelia yang girang tersenyum. Kecantikan Adelia terserlah apabila kulitnya dibakar mentari pagi. Kemerahan. Lelaki disebelah Adelia sekadar dipandang tanpa komen. Maria tahu siapa Cikgu Hisyam.


Mestilah cantik! Kakak ipar Arilkan! Ma nak tau tak? Kawan-kawan Aril semua tanya siapa Dak Akak. Bila dia orang dapat tahu Dak Akak kakak ipar Aril semua frust.” Nik Airil ketawa. Hendak tergelak melihat muka Hafiz,Imran dan budak-budak satu hostel dengannya frust menonggeng bila mendapat tahu Adelia adalah kakak iparnya. Maria turut tergelak. Menantu mama memang the best. Nik Pasha saja yang tak pernah nak tahu. Genius..tapi lembap di dalam soal percintaan. Kutuk Maria tanpa perasaan walaupun anak sendiri.


Cun siot! Takkanlah kakak ipar kau kot! Muda lagi nak kahwin. Kau tipu kita orangkan? Saja tak nak kita orang ushar kakak kau kan?” Imran tidak puas hati. Awek cun bermotosikal besar yang menghantar kawannya Aril ke hostel sudah berkahwin? Tipulah..Macam tidak percaya.


Nik Airil lagi nak tergelak selepas kakak iparnya menghantarnya balik ke hostel. Layanan kawan-kawan terhadap dirinya berubah 100%. Semua hendak membodek. Siap ada yang nak tolong basuh baju tau. Kuat betul penangan kakak ipar yang cun tak hengat.


Mama..apa yang bau hangit ni?”soal Nik Airil apabila tiba-tiba terhidu bau hangit dari arah dapur. Maria menoleh pantas ke dapur terus menepuk dahi.


Ya,Allah! Kek cawan mama?!!” Maria baru teringat kek cawannya yang di bakar sejam lalu. Ingat nak relaks sambil tengok tv sekejap tetapi dia boleh pula terleka.


Cepat,ma!” Nik Airil turut mengekor mamanya ke dapur. Samsung Galaxy Tablet 7 inch dicampak ke atas sofa tanpa log out Facebook dan gambar Adelia dan Cikgu Hisyam terpampang besar dimuka skrin.


Nik Pasha yang baru balik dari kerja dengan tidak sengaja terlihat gambar isterinya dengan seorang lelaki di dalam Facebook adik lelakinya. Dia kenal lelaki itu. Hidup lagi rupanya mamat ini. Nik Pasha geram. Tanpa sedar dia mengepal penumbuk. Perasaannya meluap-luap dengan cemburu. Ingatkan tadi nak berehat sambil menonton tv seketika untuk menghilangkan stress bekerja tetapi lain pula jadinya tatkala terpandang gambar itu. Nik Pasha mendengus geram. Ahh..


Singgah di Kuantan...


Makan-makan time. Menjamu selera di restoran Ana Ikan Bakar Petai di Tanjung Lumpur. Sambil menunggu hidangan makanan laut yang beraneka jenis siap di masak. Mereka lepak beramai-ramai mengadap laut yang terbentang luas. Berborak dan bergelak ketawa. Mereka semua relaks dan menenangkan fikiran masing-masing daripada tekanan kerja dan persekitaran hidup mereka yang sentiasa menyesakkan fikiran mereka.


Adelia pula duduk di atas batu besar. Mata di hala ke arah laut. Lama. Fikirannya masih lagi berserabut dengan permasalahan di antara dia dan suaminya. Sikap Nik Pasha sejak akhir-akhir ini yang selalu mengasak,menuduh dan menghinanya sesuka hati membuatkan Adelia sebal. Adelia bingung kenapa Nik Pasha yang dulu tidak pernah ambil peduli pasal dirinya tiba-tiba berubah dan mengongkong hidupnya. Kenapa? Tanda soal besar terpampang dibenaknya kini. Keliru.


Menginjak malam..


Mereka semua check in di Hyatt Regency Kuantan Resort di Teluk Cempedak selepas menjamu selera di Tanjung Lumpur. Adelia menginap seorang diri di kamar hotel. Wanita lain yang mengikuti acara berkonvoi itu semua adalah isteri orang yang turut sama mengikuti suami mereka berkonvoi. Hanya dirinya seorang isteri orang yang membawa diri jauh daripada suami. Statement sodih betul..
Cikgu Hisyam dan Kak Amelia awal-awal lagi dah bagi Adelia warning do not disturb. Husband and wife session. Hampeh!


Akhirnya,dia bersendirian..kebosanan..nak tidur macam awal lagi. Baru pukul 8 lebih. Nak tengok tv..buat apa? Pergi cuti-cuti Malaysia macam ini takkanlah nak dihabiskan masa dengan tengok tv di bilik hotel kot. Adelia membuat keputusan untuk keluar bersiar-siar di luar. Ambil angin malam lagi bagus. Tenangkan fikiran..itulah tujuan utama mengikuti konvoi ini.


Adelia berada di tepi kolam renang di tepi tembok dan kolam renang itu mengadap laut. Tembok itu tinggi dan dari pandangan atas memang tinggi jugalah apabila melihat ke bawah. Gayat Adelia apabila dia terlalu lama melihat ke bawah. Walaupun kelam malam menghilangkan kebiruan air laut namun Adelia masih dapat merasakan bayu laut yang kuat menampar pipinya bersama bau air masin laut yang pada pendapat Adelia berbau menyegarkan. Adelia menarik nafas dalam-dalam cuba menghayati panorama yang mendamaikan jiwa. Terlepas sedikit demi sedikit tekanan yang menyesakkan fikirannya selama ini. Terasa hadir sedikit demi sedikit jalan penyelesaian yang harus dia ambil untuk menoktahkan apa yang terbeban dihatinya kini. Sudah tiba masanya dia mengambil jalan hidupnya sendiri. Mama..maafkan Yaya!


Apa yang dimenungkan sangat tu?” muncul satu suara garau tidak dikenali di perdengarannya. Suara dari belakang. Adelia menoleh. Seorang lelaki separuh abad mungkin berumur 50 tahun lebih kurang sedang tersenyum memandang ke arahnya. Adelia tidak menyukai orang yang tidak dikenali menegurnya. Adelia ingin berlalu sepantas yang mungkin. Don't talk with the stranger.


Anak..Uncle tiada niat jahat. Cuma bertanya..” jelas lelaki tua itu dengan senyum masih meniti dibibirnya.


I'm sorry! Saya harus beredar.” Adelia mengambil langkah berjaga-jaga. Hati manusia kita tak tahu..


Anak ada masalah?” soal lelaki tua itu tidak putus asa. Adelia tahu tidak manis pula dia rasakan kalau membiarkan lelaki tua itu begitu saja. Apa salahnya sekadar berbasa-basi sedikit kemudian beredar. Walaupun di hati Adelia gusar namun dia cuba berfikiran positif. Kalau orang tua ini tiba-tiba bertukar rupa silatkan orang tua ini cukup-cukup. Adelia bersedia..


Saya okay Uncle! Tiada masalah!” Adelia senyum manis menafikan apa yang berlegar difikirannya. Menunggu butir bicara dari lelaki tua itu lagi. Kalau tiada apa yang penting Adelia kalau boleh hendak beredar saja.


Ohh..tadi lama Uncle tengok anak ni termenung. Lepas itu mengeluh. Macam ada masalah besar Uncle tengok. Boleh Uncle tolong mana tau nasihat orang dah tua macam Uncle ini boleh digunakan nanti.” ujar lelaki tua itu dengan penuh perasaan prihatin. Adelia terdiam lama. Kemudian tanpa dipinta air matanya mengalir tidak semena-mena. Dia sekarang amat-amat memerlukan tempat untuk mengadu. Apa yang difikirannya adalah ayah. Tiba-tiba dia menjadi rindu pada ayah. Terlalu rindu.


Saya memang ada masalah besar. Terlalu besar tetapi biarlah saya seorang saja yang tahu. Terima kasih kerana prihatin. Saya hargai.” Adelia tidak mahu berkongsi masalahnya dengan orang yang dia tidak kenal. Biarlah air mata ini saja yang jatuh di hadapan manusia tidak di kenali kalau itu mampu menghindarkan kesedihannya seketika. Teresak-esak Adelia menangis tanpa rasa malu sedikit pun. Sepuas hati..sesungguh hati..


"Menangislah sepuas-puas hati anak! Biarkan segala kepahitan itu berlalu dengan tangisan yang mengalir. Anak harus kuat. Jadikan apa yang berlaku semalam sebagai pengajaran di masa hadapan. Be strong! Be brave!” lelaki tua itu memberi kata-kata semangat. Dia jatuh kasihan apabila melihat gadis itu menangis sampai teresak-esak. Nampak terlalu berat masalah yang ditanggung oleh gadis itu. Apa masalah agaknya?


Terima kasih,Uncle! Saya ni manjakan Uncle. Buat malu saja menangis depan orang tak kenal.” Adelia mengelap air mata yang berjejeran di pipi. Terlalu cengeng Adelia rasakan ketika ini. Merah pipi dan hidung Adelia apabila menangis terlalu banyak.


Tak mengapa! Dah lega sikit?” tanya lelaki tua itu lagi.


Saya dah lega Uncle! Saya dah tahu apa yang harus saya lakukan.” ujar Adelia bersemangat bersama satu tekad. Tersenyum orang tua itu melihat Adelia tiba-tiba menjadi cergas. Tidak seperti sebelum ini lemau saja dia tengok.


Bagus! Kalau dah okay Uncle balik bilik dululah. Tadi ingat nak ambil angin malam. Tergendala pula tengok anak ni sedih-sedih kat tepi tembok. Tadi Uncle fikir anak ni macam nak terjun saja. Itu yang Uncle tegur.” jelas lelaki tua itu. Oh..baru Adelia tahu kenapa ramah sangat lelaki tua itu menegurnya rupanya dia bimbang akan dirinya melakukan sesuatu yang membahayakan kesihatan. Oh,tidak! Kalau kerana mangkuk ayun itu dia hendak membunuh diri memang taklah. Mintak simpanglah..Astarghfirullah..Ya,Allah..tiada langsung terniat di hati.


Eh,Uncle fikir saya nak cuba..tak Uncle! saya waras lagi. Saya cuma termenung saja. Tak terfikir langsung dihati nak buat sesuatu yang mengarut.” nafi Adelia serius.


Uncle pulak yang lega dengar penjelasan anak. Kalau macam tu anak patut masuk bilik sekarang dah malam sangat ni. Duduk di tepi laut sorang-sorang macam ni,bahaya!” lelaki tua itu menyuruh Adelia beredar ke biliknya. Adelia sedar hari sudah jauh malam. Esok pagi-pagi mereka semua akan ride ke Kuala Terengganu pula. Dia perlukan rehat yang secukupnya.


Uncle,Saya ucapkan terima kasih sekali lagi. Harap kalau ada umur yang panjang kita berjumpa lagi and that time..saya belanja Uncle makan.” Adelia sengih comel. Sesungguhnya kehadiran lelaki tua itu serba sedikit membantu dirinya berfikiran wajar dan membuatkan dia membulatkan tekad. Fighting Adelia!



Irfan Farel..

Demi terpandangkan seorang lelaki di sebelah Adelia siap selamba lelaki itu memeluk bahu Adelia. Luluh hati Irfan melihatnya. Irfan mudah membuat kesimpulan yang selama ini Adelia yang sukar di dekati berpunca dari lelaki ini. Kacak pun boleh tahan. Tengok motorbike pun tak hengat jugak! Irfan frust menonggeng tidak terkata..
Tidak pernah perasaannya seperti ini. Terlalu sakit..
Hatinya benar-benar cintakan Adelia..
Sungguh..


Nik Pasha..

Sedang mengumpul ledakan lahar kemarahan berapi dan menunggu masa untuk diledakkan kepada Adelia secukup-cukupnya. Hatinya..geram! Terlalu geram dan marahkan isterinya. Perasaan seorang suami tercabar hebat. Adelia betul-betul membuatkan dirinya menjadi seorang pemarah yang tegar. Hanya untuk Adelia. Dia tidak tahu kenapa amarahnya keterlaluan. Nik Pasha tidak tahu punca. Kekuasaan sebagai suami membuatkan Nik Pasha perlu menundukkan Adelia sebagai seorang isteri.
Adelia perlu ditakluki..
Hanya itu bisa merantai isterinya dari memandang lelaki lain..
Dia tidak boleh membiarkan Adelia lagi..
Jika tidak dia seorang yang kalah..
Dia benci akan kekalahan..
Dia tidak pernah tewas..


Adzreil..

Dah banyak hari tidak nampak wajah cik nurse itu..
Hati ini mula dibibit rindu..
Teringat kepetahan mulut comel itu menjawab segala percakapannya..
Teringat senyuman cik nurse yang manis..
Teringat sorotan mata yang indah bisa mencairkan hati..
Adzreil penasaran..
Adelia..


Fairul Fahimi..

Asal masuk si gedik ini..( Suraya..hehe.. )
Jelik melihat perangai gedik-gedik cik nurse perasan cantik nih..
Mana cik nurse yang cun tak hengat itu..
Esok doktor dah halau balik..
Nak tinggal lagi kat sini..Isk! Isk! Tak mau balik!
Nak berjumpa lagi dengan cik nurse cun itu..
Hati ini dah terpikat 100%..
Nanti ku pinangmu dengan Bismillah..