Wednesday 6 February 2013


BAB 2: SESUNGGUHNYA..DIA LELAKI PELINDUNGKU


DARIS Hadif sedang memasukkan plan projek ke dalam plan holder. Dia perlu berkejar ke tapak pembinaan secepat mungkin untuk melawat tapak projek. Kamera Nikon D4 juga dia bawa untuk mengambil gambar di tapak pembinaan. Turun dari lif dia tergesa-gesa keluar kerana pemandu yang akan membawanya ke tapak projek sedang menanti. Dia tak mahu orang ternanti-nanti akan dirinya walaupun dia menyandang pangkat yang lebih besar. Ayah dan emak menasihatinya supaya menerapkan sifat zuhud di dalam diri biarpun telah berpangkat besar. Dia sentiasa ingat tentang itu. Mencari keredhaan Allah itu adalah wajib sebagai umat-Nya.


Sewaktu menuruni tangga, mata Daris sibuk mencari Pajero syarikat yang akan membawanya ke tapak projek. Rupanya,Pajero sedang menunggunya di seberang jalan. Dia faham mungkin Maniam tak dapat masuk ke dalam kerana banyak sangat kereta sedang memasuki kawasan entrance syarikatnya. Tanpa menunggu lebih lama dia melangkah ke tepi jalan menunggu lampu isyarat untuk pejalan kaki bertukar hijau. Maniam yang berada di dalam kereta diberikan isyarat tangan supaya bersabar menunggunya melintas jalan. Kemudian matanya sabar menanti lampu isyarat bertukar hijau. Cermin mata hitam Rayban Sharp shooter dibetulkan letak duduknya. Matanya pandang ke seberang jalan,dia ternampak seorang wanita muda juga sedang menunggu lampu isyarat bertukar hijau. Di sebelah wanita muda itu,ada seorang pakcik tua bertongkat memakai cermin mata hitam. Matanya fokus kembali ke arah wanita muda itu. Orangnya tersangat cantik. Daris sempat membuat penilaian.


Lampu isyarat bertukar hijau. Semua pejalan kaki yang menunggu sibuk melintas tidak terkecuali Daris. Dalam kesibukan manusia melintasi jalan, Daris sempat melihat wanita muda itu membuat sesuatu yang amat menyentuh hatinya. Wanita muda itu sedang memimpin pakcik tua yang buta melintasi jalan dengan cukup berhati-hati. Daris terkesima. Bila wanita muda dan pakcik tua itu melewati tempat dia berdiri Daris masih tercegat. Bila lampu isyarat hampir bertukar merah baru dia tersedar dan cepat-cepat melintasi jalan dengan kelam-kabut. Selepas itu,dia berpusing ke belakang melihat wanita muda itu lagi. Dia nampak wanita muda itu sedang bercakap sesuatu dengan pakcik tua itu dan Daris terkesima lagi melihat betapa indahnya ciptaan Allah sedang merekahkan senyuman paling manis yang pernah dia lihat. Walaupun senyuman itu untuk pakcik tua,dia pula yang seperti tak jejak di bumi. Terawang-awang. Dia rasa dia sudah jatuh cinta..


QAISER menghadiri Super GT Launch Party di Zouk KL dengan membawa Lambourghini kesayangannya. Malam keraian di mana Super GT Fans berkumpul. Malam yang meriah dengan ramai peminat kereta Super GT dan gadis-gadis GT berpakaian seksi. Party starter memulakan irama rancak memanaskan suasana. Hingar-bingar muzik amat merangsang adrenalin menyerbu ke segenap tubuh. Qaiser tanpa segan menyisip arak kesukaannya ditemani perempuan-perempuan seksi yang tanpa jemu cuba menarik perhatiannya. Teman-temannya juga sibuk berpeleseran dengan entah mana-mana perempuan. Asal berdahi licin semuanya disapu. Mereka hanya mahu berseronok. Adat lelaki urban dan kaya sepertinya. Sibuk dan berparti sehingga ke pagi. Esok Ahad,no hal la.


“Look who's here? Qaiser..” Kevin Shah menyapa. Dia tak berseorangan juga ditemani perempuan kiri dan kanan.


“Well..” Qaiser hanya mengangkat keningnya. Tak berminat dan tak nak ambil tahu. Dia memang tak suka dengan lelaki itu, bajet kononnya hebat sangat. Setakat anak tauke commercial airline tambang murah apa barang! Kutuk Qaiser dengan menzahirkan senyuman herot ke arah Kevin.


“Mana Zara?” selamba Kevin bertanya. Perempuan cantik berambut emas walaupun dah tahu sangat bukan original colour still buat dia susah nak tidur malam tu. Mungkin cara perempuan tu dibawa pergi membuatkan dia rasa tercabar dan tak puas hati.


“Kenapa tanya aku? Aku tak jaga dia.” Qaiser sengih sinis. Menyirap juga bila mamat perasan bagus ni bertanya tentang Zara.


“Chills,bro! Just asking..” Kevin balas dengan senyum. Tak terkesan dengan kata-kata Qaiser. Mamat berlagak itu harus diajar tapi ada caranya. Kevin terus senyum.


What da..Qaiser hampir nak menyumpah. “Hm..you asking to the wrong person,bro!” bunyi ala menyampah. Senyum herot.


Kevin tergelak. “Enjoy the party,bro!” mengejek.


“I will..” Qaiser panas hati tapi saja buat cool. Gelas alkohol yang dipenuhi ais di acu ke arah Kevin. Dalam hati menyumpah bila nak berambus.


Kevin tergelak lagi sebelum beredar membawa perempuan murahannya. Qaiser bersandar dengan perasaan tak puas hati. Alkohol diteguk rakus bila teringatkan Zara. Perempuan-perempuan di kiri dan kanan sudah tak menarik perhatiannya lagi. Mood berparti hilang.


“Kat sini abang rupanya!” orang yang difikir tiba-tiba muncul tanpa disangka-sangka. Mata Qaiser agak bulat memandang Zara Diandra yang tercegat dengan dress singkat berwarna merah hati dengan bukaan luas di dada.


“Satu hari kalau tak mengekor abang tak boleh ke?!” dengan wajah bosan. Zara hanya tersengih.


“Zara pun dapat jemputan tau. Lagipun Zara datang dengan kawan perempuan Zara,okay! Tapi,tak sangka abang ada kat sini.” jelas Zara. Dia pun tak sangka Qaiser ada di situ. Gembiranya hati.


“Kalau macam tu pergilah enjoy dengan kawan-kawan Zara! Buat apa datang kat abang.” halau Qaiser dengan riak dingin.


“Zara nak pergilah ni!” Zara bengang. Perempuan-perempuan yang berkepit dengan Qaiser memandang sinis ke arahnya membuatkan Zara sakit hati. Jatuh maruahnya dihalau di depan perempuan-perempuan murahan. Zara terus angkat kaki.


Zara pergi mendapatkan kawan-kawan perempuannya yang sedang ligat menari. Hati tengah panas nak menari pun tak ada mood lantas diheret kakinya ke bar pula. Memesan sesuatu yang sejuk. Bila kesejukan menyusuri kerongkongnya dia mula bertenang. Dia datang ke sini untuk enjoy jadi dia akan enjoy sepuas-puas hatinya. Matanya sempat menjeling ke meja Qaiser duduki. Menyampah melihat perempuan-perempuan murahan yang sibuk menarik perhatian Qaiser siap tanpa malu-malu menggeselkan aset-aset murahan mereka pada tubuh badan Qaiser. Zara kembali panas hati. Dia perlukan sesuatu yang khayal yang boleh membuatkan dia lupakan segalanya malam ini. Tanpa fikir banyak Zara memesan lagi minuman untuk menyejukkan hatinya. Bila kepalanya mula terangguk-angguk mendengar irama ,dia melangkah ke arah kawan-kawannya dan mula menari dengan riang.


Kehadiran Zara disedari,lenggok seksi Zara menari membuatkan ramai lelaki menghampiri. Zara tak peduli terus menari mengikut alunan muzik. Zara menjadi perhatian ramai,tanpa disangka dia diangkat sekumpulan lelaki ke pentas yang lebih tinggi yang ada tiang di tengah-tengahnya. Zara terus menari dengan liuk-lentuk yang seksi. Semua bersorak bila Zara berpusing-pusing mengelilingi tiang dan tunduk.


Kevin yang berada tak jauh dapat mengesan kehadiran Zara terus pergi mendapatkan Zara. Dengan penuh gentleman Kevin menghulurkan tangan ke arah Zara dan Zara menunduk menghulurkan kedua belah tangannya mengisyaratkan Kevin supaya menurunkan dia dari atas pentas. Pucuk dicita ulam mendatang, Kevin terus memegang pinggul Zara bagi menurunkan Zara dari pentas. Bila kaki Zara jejak ke lantai terus Kevin memeluk pinggang Zara dan mereka menari kerana kebetulan irama perlahan mula mengambil alih.


“I bertuah malam ni!” bisik Kevin di tepi telinga Zara.


“Hm..” Zara hanya tersenyum. Kepala tak berapa nak betul.


“Kerana you ada!” Kevin mula meng'ayat'. Zara tertawa.


Qaiser melihat Zara menari tiang di atas pentas. Dia tak suka Zara begitu tetapi dia tak pula pergi mendapatkan Zara kerana mahu menjaga reputasinya. Bila Zara diturunkan oleh Kevin dari atas pentas tak semena-mena dia tegak berdiri. Bila Kevin dengan selamba memeluk Zara dan menari dengan gaya sensual siap tangan Kevin merayap ke sana ke sini. Dia tak boleh tahan. Meluru ke arah Zara dan Kevin. Merentap tangan Kevin dan menarik tangan Zara pergi dari situ. Kevin terpinga-pinga lagi.


Zara terus dihenyak ke seat apabila pintu kereta dibuka. Zara yang separa sedar dipengaruhi alkohol terduduk diam. Zara tengah blur tak dapat nak berfikir dengan jelas membuatkan Qaiser menggelengkan kepala beberapa kali.


“Apa abang nak buat dengan Zara ni? Hai..” Qaiser tunduk menarik tali pinggang dan ingin lock tetapi perbuatannya terhenti. Matanya merayap ke wajah Zara yang sedang memejamkan mata. Hanya seketika. Kemudian terus memecut Lambourghininya ke rumah Zara.


“Zara!” seru Qaiser bila sampai ke destinasi. Tiada respon. Qaiser terdiam memerhati Zara yang tertidur. Berkira-kira nak dikejutkan atau tak. Tapi di hati rasa kasihan pula. Akhirnya,Qaiser memutuskan untuk mencempung Zara masuk ke dalam rumah dan membaringkan Zara ke tempat peraduannya. Orang gaji yang mengekori Qaiser ketika mengangkat Zara ke bilik cepat-cepat beredar. Qaiser memandang Zara yang nyenyak tidur seperti tuan puteri.


“Good night,adik!” Qaiser tunduk mencium dahi Zara. Walau apa pun Zara adalah teman masa kecilnya. Dia masih ingat itu.


PESANAN:
Mintak sorry byk2..
Fokus kat DPCA itu yang delay jap cite ni..
Hehe..
TQ..


6 comments:

  1. wahhh... menarik cerita nie...nak tanya bila abg pasha nak terjah pasaran nie.. hehehe

    ReplyDelete
  2. sape dek gadis cun yg tolong pak cik buta tu?tu kot heroin nyer...teruja betul akk ngan n3 pasnih...heehee tk sabar nk tunggu nih dek..

    ReplyDelete
  3. Blh tak bg sipnosis psl crite nie? :D sbb blurlah mase bace, hehe, peace :D

    ReplyDelete
  4. salam sy rindu pasha gn deela....sis bgi la klu agk2 bla akn kuar xsabarrr ni...uat la fan page pasha sis...hehehehe :D

    ReplyDelete
  5. HUHUHUHU RINDU SESANGAT DGN PASHA & ADELIA ... CITER NIE PUN RINDU GILER ...SUMMARY NYER ... NAK N3 BARU HUHUHUHU

    ReplyDelete