Sunday 13 January 2013

TEASER BULAN MADU: Di Penghujung Cintaku..Adelia



SUASANA pagi yang indah dan menyegarkan walaupun keadaan masih gelap lagi. Kedinginan mencengkam setiap inci tubuh. Nik Pasha membuang pandang ke arah ladang tea yang luas. Selesai bersolat subuh tadi dia hanya berdiri di tepi beranda mengamati keindahan alam. Dia berpusing melihat isterinya masih berselubung dengan comforter tebal. Merenung lama. Hatinya tiba-tiba menjadi sayu tatkala melihat wajah isteri yang kelihatan amat polos. Dia memegang dada merasai denyutan jantung. Walaupun Allah membenarkan jantungnya berdenyut namun pemberi semangatnya untuk melalui hari-hari adalah Adelia.
Dia amat mencintai isterinya. Di dalam doanya,dia memohon kepada Allah semoga mereka berdua akan kekal menjadi suami isteri di dunia dan di akhirat. Nik Pasha tarik nafas dalam-dalam. Dia bertekad dan sudah bersedia untuk berterus terang dengan Darwina selepas pulang dari Cameron Highland. Dia akan menerima segalanya dari Darwina tidak kira kemarahan atau kekecewaan. Dia yang bersalah. Dia tidak sepatutnya memulakan sesuatu yang tidak patut dia mulakan. Dia akui segalanya adalah silapnya. Dia manusia biasa dan berharap Allah mengampuni segala dosa-dosanya kerana menzalimi seorang isteri dan menganiaya hati seorang wanita lain kerana kejahilannya. Ya,Allah..ampunkanlah aku!


Adelia dapat merasai udara sejuk menampar pipinya lantas membuka mata. Langsir ditiup angin pagi dan mengibar-ngibar dari pintu sliding door yang terbuka. Adelia dapat melihat dengan jelas suaminya sedang berdiri di beranda. Kemudian matanya dihala ke arah jam di dinding bilik. Hah! Lagi setengah jam nak ke pukul tujuh. Adelia terkejut. Dia bingkas bangun tergesa-gesa.


Aahhh..” Adelia terjerit lagi. Terkejut apabila kulitnya merasai kedinganan yang keterlaluan. Dengan kalut dia menarik comforter dan pantas menyelimuti tubuhnya. Bagaimana boleh dia terlupa? Rasa nak tepuk dahi banyak kali.


Selamat pagi sayang..” tegur Nik Pasha dengan sorotan mata tajam dan nakal.


Hei..” Adelia janggal melihat panahan mata Nik Pasha yang aneh.


Apa?” Nik Pasha sengih nakal.


Don't look at me like that!” Adelia memperkemas balutan comforternya.


Kenapa?” Nik Pasha mengusik lagi. Hatinya lucu melihat Adelia masih malu-malu dengannya.


Jangan tanya!” memang malu giler!


Kau malu?” sengaja memprovok. Mata tidak lepas menyorot pandangan nakal.


Look away,Pasha!” Pipinya berbahang walaupun suasana amat dingin sekali. Sebelum Nik Pasha menggiatnya lagi baik dia ke bilik air. Waktu pun dah tinggal hujung-hujung dah ni. Adelia cepat berpusing.


Last night,I saw everything! No point nak cover bagai,Adelia!” tergelak melihat Adelia dengan comforter nak masuk ke bilik air.


Pasha,jangan mengarut,boleh!” Adelia bertambah malu.


Last night,how many times we do it,Adelia? Do you remember?” Nik Pasha tak habis-habis mengiat Adelia. Lucu melihat wajah Adelia kemerahan menahan rasa malu.


Weiii..tak ada orang cakap pasal tu,Pasha!” Adelia menjerit. Geram kerana dipermainkan. Adelia malu sampai dia tak tahu nak sorok muka dia di mana?! Comforter ditarik rapat menutup sebahagian muka hanya menampakkan dua biji mata. Terkelip-kelip..


Apa yang nak dimalukan? Kitakan halal,Adelia!” Nik Pasha senyum. Dia menggamit Adelia datang kepadanya. Adelia mengeraskan diri.


Adelia,come!” Nik Pasha memanggil dan menggamit lagi supaya datang kepadanya. Adelia dalam terpaksa melangkah perlahan ke arah suaminya dengan mulut tak habis-habis menggumam tak puas hati. Nik Pasha hanya tersenyum.


Good girl!” Adelia sudah berada di dalam dakapan Nik Pasha. Adelia meronta kecil bila dipanggil sebegitu. Tunjuk protes secara manja. Nik Pasha mengeratkan dakapannya. Setelah itu wajah isteri ditatap dan dengan penuh syahdunya dia mengucup dahi isterinya. Adelia terpejam mata disaat bibir suaminya menyentuh dahi. Adelia cukup terharu.


Dengan mata berkaca-kaca..


You don't know how much it kills me inside..If I didn't tell you this..”


I Love You So Much..Adelia.”


----> RINDU KAMOOO SEMUAA --->

17 comments:

  1. Weeeeeee~~~~best org 1st yg komen ke saya ni??yuhhhuuuu sweet sgt....

    ReplyDelete
  2. Rindu sangat.... akhirnya pergi honeymoon....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeayy..honeymoon..tp manis bulan madu hanya seketika..

      Delete
  3. so romantik so sweet n amat mengasyik kn...berhoneymoon berbahgia hope bahgia mereka hingga hujung nyawa...ilang dh rindu kat depa neh dek hehe....tk sabar nk tahu ape perasaan darwina bile nik pasha luah kn segala rase dihati pd isteri tercinta...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..tq kak..doakan dapat dibukukan nt boleh peluk2..

      Delete
  4. ya allah sukanya n3 kali nie huhuhuu hooooneymoon semoga semua di permudahkan xsbr nak tahu apa tindakan darwina bila tahu sian la pulak huhuhuhu

    ReplyDelete
  5. Honeymoon dah.. Kami ni yang rasa melayang macam ke moon dah. Ngee.. Sukanya. Cuma takkan still lagi berbahasa kau aku kut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..bleh jd angkasawan. psl pggilan tu ada bab mreka bncg nk pggl apa. tggu tau..

      Delete
  6. waahhh rinduuunyaa dengan awak....kemana menghilang????

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pun..sy ada cuma sibuk dgn keje n nk sdhkan manuskrip cpt2..tp ttp mcm siput. idea mcm ada jadual dtg seminggu skali. haha..xtau le nape. tq ingt kat sy..

      Delete
  7. At lasttttt!!! Ade jgk entry baru!!! Sooooooo sweeeeeTttttttt :D

    ReplyDelete
  8. bila novel ini akan diterbitkan??

    ReplyDelete
  9. Novel ni mmg best tapi.... jgnlah cedok sgt perangai emak Pasha sebijik mcm mak Baek Seung Jo dlm cerita "Naughty Kiss". Ada jugak part tak sesuai dgn budaya masyarakat Msia, mak bpk nk biar anak 'lovey dovey' dpn mata diaorang. Cuma skadar pandangan saya ye Cik writer. Jgn marah :)

    ReplyDelete
  10. novel ni best.. bile nk sambung... xsbr...

    ReplyDelete