Thursday 28 February 2013


Bab 4: SESUNGGUHNYA..DIA LELAKI PELINDUNGKU


ZARA menyusup masuk ke dalam lif. Seboleh-bolehnya dia tak mahu ada orang mengenalinya. Dengan berhati-hati dia melangkah keluar dari lif dan mencari bilik yang dihuni oleh Qaiser. Sampai di pintu dia terus mengetuk beberapa kali. Zara tertunduk-tunduk apabila ada orang melepasi dirinya. Army cap yang dipakai sengaja dilorot jatuh menutupi mata. Zara memakai pakaian kasual sebagai penyamaran. Sebentar kemudian pintu dibuka,tangan Zara terus ditarik pantas ke dalam. Qaiser hanya memakai bathrob dan duduk di atas katil dengan muka berserabut. Zara amat terkejut melihat keadaan bilik yang berantakan dengan cadar dan selimut bergumpal di atas katil dan kaca bertaburan di lantai. Mata Zara terpandang beberapa foto di atas lantai lalu diambil dan diteliti lama. Qaiser membiarkan saja dengan wajah keruh. Zara sakit hati melihat foto-foto tersebut walaupun hanya belakang badan perempuan itu saja yang nampak Zara amat mengenali siapa perempuan jahanam itu. Zara ketap bibir geram. Tak tunggu lama Zara campak beg kertas berisi pakaian Qaiser di lantai dan terus berpusing menuju ke pintu. Hatinya panas. Qaiser memanggilnya hanya semata-mata mahu menunjuk hubungan mereka berdua teramat intim. Huh! Baik dia beredar cepat. Menyesal pula menuruti kemahuan Qaiser datang ke hotel. Ingatkan apa?! Rupanya..Ahh..


“Zara nak ke mana tu?” tanya Qaiser serentak bangun. Zara tak peduli terus mendapatkan pintu. Sakit hati di pejabat tak hilang lagi ditambah pula sakit hati di sini. Qaiser memang pakar menyakitkan hati orang. Urgh..


“Zara..” laungan Qaiser tak dipeduli langsung. Terus melangkah ke pintu.


“Zara..” belum sempat membuka pintu lengannya ditarik dari belakang. Zara tertarik ke belakang. Kedua belah bahu Zara dipegang dari belakang oleh Qaiser. Zara hanya mendiamkan diri. Sedari tadi tiada percakapan keluar dari bibir Zara.


“Zara nak balik!” bahunya digerak ke kiri dan ke kanan cuba meleraikan pegangan tangan Qaiser. Sentuhan Qaiser amat menyakitkan hatinya.


“Zara tunggu abang jap! Bagi abang mandi dan bersiap selepas itu kita keluar sama-sama.” pinta Qaiser.


“Zara tak boleh tunggu abang! Zara ada hal selepas ini. Abang baliklah dengan siapa-siapa pun.” Zara tak akan menunggu Qaiser. Seminit pun dia tak sanggup menunggu.


“Ala..tunggu la kejap! Okay!” kedua belah bahu Zara dipegang lagi dan terus mendorong Zara duduk di atas katil. Nak tak nak Zara terpaksa menurut dan duduk di atas katil. Demi terpandang cadar dan selimut yang bergumpal membuatkan hati Zara mendidih entah ke tahap berapa degree pun tak tau. Zara menjeruk rasa. Menunggu Qaiser mandi dan bersiap membuatkan Zara tak senang duduk. Ditambah pula Qaiser yang selamba badak keluar dari bilik air hanya bertuala separas pinggang dengan titik-titik air masih di badan memang membuatkan jiwa keperempuanan Zara bergetar hebat. Zara mengalih pandangannya ke arah lain. Tak sanggup. Qaiser sempat perasan reaksi Zara hanya tersengih. Siapa yang tak terpikat dengan bentuk badan tegap sepertinya. Qaiser bangga kerana memiliki keistimewaan itu. Selesai berpakaian Qaiser terus memaut bahu Zara bangun dan beriringan keluar dari bilik hotel. Dia kesiangan dan sudah pasti takkan masuk ke pejabat hari ini.


“Apa yang Zara nampak tadi tu..tolong rahsiakan ye! Abang sebenarnya..kena perangkap.” Qaiser terpaksa berterus-terang sewaktu mereka berdua berada di dalam kereta. Zara menoleh ke arah Qaiser saambil mengerut kening.


“Sazzy perangkap abang! Betullah kata Zara yang perempuan tu ada agenda nak kenakan abang.” keluh Qaiser menyesal kerana tak mendengar kata-kata Zara.


“Kenapa beritahu Zara? Abangkan cakap jangan sibuk-sibuk hal abang.” Zara memulang paku buah keras. Sakit hati dihalau dari pejabat lelaki itu semalam masih terasa sehingga ke hari ini. Dia pun ada hati dan tau sakit hati. Kata-kata Qaiser amat mengguris hatinya.


“Kata-kata abang menyakitkan hati Zara kan. Abang tak patut. Sorry Zara!” mohon Qaiser dan terus menggenggam tangan Zara dengan erat.


“Hantar Zara balik! Zara ada hal lagi ni.” gesa Zara sambil melepaskan tangannya yang berada di dalam genggaman tangan Qaiser. Dia malas nak mengambil tahu tentang hal Qaiser lagi.


“Okay!” Qaiser hampa bila Zara tak mengendahkan dirinya. Masalah besar yang bakal dia hadapi nanti amat merunsingkan hatinya. Dia masih belum menerima apa-apa panggilan dari sesiapa yang mungkin mengugutnya dengan foto-foto ranjangnya. Entah siapa yang durjana sangat tu? Kalau dia tahu siapa orangnya sumpah patah-riuk dikerjakan olehnya nanti. Zara yang banyak mendiamkan diri juga membuatkan dia keresahan. Hai..


SAMPAI di rumah tanpa memandang Qaiser,Zara terus meluru turun dari kereta. Pintu kereta sengaja dihempas kuat-kuat seperti hatinya yang direnyuk-renyuk oleh Qaiser sewenang-wenangnya. Tersentap jugalah Qaiser dibuatnya. Zara tak peduli. Hatinya yang sakit tak pula Qaiser ubati malah menyakitinya berulang kali.
Zara terus ke bilik dan bersiap-siap untuk keluar lagi. Dia harus berjumpa dengan seseorang.

 
Audi R8 berwarna putih siap sedia keluar dari garage. Sewaktu memandu Zara sempat update di twitter tentang satu perkara. Tak sampai beberapa minit memandu banyak komen muncul di twitter. Zara tahu dia nak ke mana selepas ini dengan bantuan teman-temannya di twitter. Zara menuju ke Mandarin Oriental Hotel kerana ada pertunjukan fesyen di sana. Dia harus bersua muka dengan seseorang untuk membuat perhitungan.

 
Sesampai di hotel,Zara terus mencari orang yang dikehendaki. Sazzy! Dari info teman-teman di twitter, perempuan bedebah itu ada fashion show di hotel itu. Zara mencari Sazzy dan menunggu masa yang sesuai untuk membuat perhintungan.
Apabila selesai fashion show Zara mengekori Sazzy dari belakang.


“Hei,perempuan!” panggil Zara. Langkah Sazzy terhenti dan menoleh.


“Oh,kau rupanya!” Sazzy tersenyum sinis sambil memeluk jambangan bunga ros dari fashion show sebentar tadi. Sazzy yang memakai pakaian berjenama yang diperagakan di atas pentas kelihatan terlalu murah pada pandangan mata Zara. Semewah mana pun pakaian membaluti perempuan itu tetap nampak murah di mata kerana perangai sundal si pemakai. Betapa meluatnya Zara.


“Apahal?” tanya Sazzy sombong. Sekejap kecil sekejap besar matanya melihat Zara yang kelihatan amat cantik walaupun hanya berpakaian kasual. Paris Hilton Malaysialah sangat! Meluat betul Sazzy dengan Zara.


“Pasal gambar! Aku nak semua gambar dan salinan yang ada. Kalau tak..” ugut Zara berani.


“Kalau tak kenapa? Kau nak buat apa?” Sazzy buat-buat gelak sengaja mengejek Zara.


“Jangan cari pasal dengan aku! Kau tau siapa aku kan! Dengan satu panggilan kau takkan dapat cari makan dengan modeling kau tu sampai bila-bila. Jadi pelacur kelas atasan sajalah kau nanti.” ugut Zara lagi tanpa rasa gentar.


“Takutnya..” Sazzy buat-buat takut kemudian tergelak.


“Frankly my dear,I don't give a damn!” Sazzy terus memukul jambangan bunga ke muka Zara berkali-kali. Sakit betul hatinya mendengar kata-kata Zara.


“Ahh..Ahh..” Zara terjerit-jerit menyuruh Sazzy berhenti. Mukanya pedih terkena duri bunga ros. Sazzy tak peduli berterusan memukul Zara di muka. Biar muka betina kat depan dia ni jadi cacat atau berparut. Biar hodoh. Biar jelik. Baru puas hatinya.


“Ugutan kau tu tak laku,okay!” terus memukul. Zara cuba mengelak pukulan tetapi asakan bertalu-talu membuatkan Zara terpaksa menahan serangan dengan tangannya. Dia tiada peluang untuk melawan kerana Sazzy berterusan memukulnya tanpa henti.


“Aku rasa kau tak tau apa itu ugutan yang sebenar. Meh,sini aku ajar kau cara nak mengugut yang betul! Ha..” Sazzy belum puas memukul Zara dengan jambangan bunga. “Nak ugut aku konon!” terus menghempas sekuat hati jambangan bunga ke muka Zara.


“Hei,berhentilah bodoh!” jerit Zara cuba menepis tetapi tak sempat. Habis mukanya tercalar dengan duri bunga ros.


“Siapa bodoh? Kaulah yang bodoh! Qaiser pun bodoh! Senang kena tipu!” ejek Sazzy menaikkan darah Zara.


“Perempuan tak guna!” maki Zara cuba menyerang tetapi sebaliknya Sazzy terlebih dahulu menolak dada Zara dengan kuat sehingga terlonjak ke belakang.


“Kaulah tak guna! Perempuan bodoh dan paling kasihan yang pernah aku tengok terhegeh-hegeh dengan Qaiser yang langsung tak sudi dengan kau. Kalau tak,tak adalah Qaiser mencari aku!” balas Sazzy sambil menunjal dahi Zara beberapa kali pula. Zara terjerit-jerit kerana tak dapat melawan Sazzy yang lebih agresif dari Zara.


“Apa kau kata?!” Zara dah tak dapat menahan diri lagi. Sedari tadi hanya dia yang menjadi mangsa pukulan dan hinaan. Ini sudah terbalik. Sepatutnya dia yang kenakan perempuan bedebah itu cukup-cukup. Zara tahu dia harus lebih kuat untuk melawan perempuan bedebah itu.


“Kaulah perempuan paling kasihan yang pernah aku jumpa.” ulang Sazzy tergelak sinis.


“Apa?” Zara terlalu sakit hati diejek-ejek. Berdiri dengan garang dan bersiap sedia untuk membalas. Kalau berakhir dengan bertarik rambut dan bercakaran pun dia sanggup sekarang ni. Untuk mengalah jauh sekali.


“Hai..kau ni memang buat aku..” Sazzy terlalu jengkel dengan Zara dan tangannya rasa ringan saja mahu menampar Zara. Tangan baru diangkat tinggi. Zara pula cepat memalingkan wajahnya ke arah lain cuba mengelak tamparan Sazzy namun ada tangan yang menghalang Sazzy dari menampar Zara. Ada seseorang telah datang menghalang Sazzy dari mengasari Zara lagi. Sazzy pula terjerit-jerit apabila kedua belah tangannya dipulas ke belakang dan ditolak sehingga ke pintu kecemasan. Lelaki itu membuka pintu kecemasan dan menolak badan Sazzy keluar dan menutup pintu kecemasan rapat-rapat. Tombol pintu ditarik-tarik dari luar,lelaki itu menarik tong sampah besi yang berada di tepi dengan kakinya. Kemudian menyendal tong sampah besi pada tombol pintu kuat-kuat.


Zara yang menunduk sedari tadi membuka mata. Dia hairan kerana masih tiada apa-apa berlaku terhadap dirinya. Dia melihat sekeliling. Kelihatan seorang lelaki menolak Sazzy yang terjerit-jerit dari belakang dengan kedua belah tangan Sazzy dipulas ke belakang menuju ke pintu kecemasan dan menolak keluar Sazzy. Kemudian menyendal pintu kecemasan itu dengan tong sampah besi. Zara terpinga-pinga dengan tindakan lelaki itu dan yang lebih membuatkan dia tercengang. Lelaki itu! Macam mana boleh berada di sini?


“Awak?!” Zara hairan bagaimana Daris boleh berada di sini.


“Ye,saya!” Daris senyum.


“Macam mana awak boleh ada kat sini?” Zara buat muka pelik bin ajaib. Comel je Daris tengok.


“Saya ada hal kat sini tadi. Jumpa klien. Saya nampak awak dari jauh. Itu yang ikut awak dari belakang. Ingat nak tegur awak jap sekali lain pula yang saya nampak.” jelas Daris memandang tepat ke wajah Zara. Matanya tertancap sesuatu pada pipi Zara. Darah ke tu?


“Eh,Pipi awak berdarahlah!” Daris terkejut melihat darah di pipi Zara terus menyebak rambut Zara yang menutupi pipi. Jarinya mengelus lembut di tepi luka dengan penuh perhatian. Zara juga terkejut bila Daris cakap ada darah di pipinya. Pantas merasai pipinya yang perit dengan jari. Kemudian membawa jari yang basah ke depan mata. Betullah dia berdarah.


“Bleeding..” Zara pejam mata. Air matanya tumpah. “Perempuan paling kasihan yang pernah aku jumpa!” terngiang-ngiang kata-kata Sazzy sebentar tadi. Emosinya 'down' sangat-sangat.


“Awak okay tak?” Daris cemas melihat Zara menangis tiba-tiba. Sakit sangatkah?


“Saya perempuan paling kasihan..paling kasihan..” Zara mengulangi kata-kata Sazzy. Benar,dialah perempuan paling kasihan kerana terlalu mencintai Qaiser yang tak pernah membalas perasaannya. Qaiser tak pernah mencuba untuk mengenalinya malah tak pernah mencuba untuk mencintainya. Zara menangis tersedu-sedu.


“Awak..jangan risau kita ada Allah di sisi kita. Tiada siapa yang paling kasihan di muka bumi ini melainkan hamba-Nya yang dimurkai oleh Allah dan tidak diampuni dosanya oleh Allah. Itulah manusia paling kasihan Zara.” Daris menenangkan Zara. Kemudian dia tersenyum. Zara yang melihat senyuman Daris ibarat sesejuk embun pagi merasa tenang dengan tiba-tiba.


“Apabila kesusahan datang mendatangi kita. Ucapkanlah..La ilaha illallah..Tiada Tuhan melainkan Allah. Hanya pada Dia kita meminta pertolongan dan mengadu Zara. Okay Zara?” ucapan Daris mendamaikan jiwanya entah kenapa. Zara mengangguk mengiyakan kata-kata Daris memang ada benarnya.


“Terima kasih awak! Kata-kata awak amat bermakna buat saya.” akhirnya Zara dapat tersenyum. Senyuman ikhlas lahir dari jiwa.


“Awak tau tak! Senyum awak tu mahal. Bila awak senyum macam ni macam saya menang duit sejuta tau.” dah keluar dah ayat player tak hengat dia.


“You're such a player!” Zara menolak pipi Daris ke tepi lalu tersengih. Daris memusingkan wajahnya kembali dan tertawa.


“Tak habis-habis cakap saya player! Apa playernya?” Daris mencuit hidung Zara dengan jari telunjuk dan ketawa gelihati.


“Apa taknya! Sweet talker!” balas Zara dengan tawa kecil. Gembira dengan kehadiran Daris yang lucu dan nakal membuatkan dia lupa dengan kesedihan yang dialami.


“Saya pemain cinta handalan. Sudikah Cik Zara bermain cinta dengan saya? Saya gerenti cinta kita menjadi lagenda terindah sepanjang musim.” Zara dah terkedu dengan tutur kata yang indah. Jika hatinya bukan pada Qaiser mungkin sudah lama dia terpaut pada lelaki di hadapannya.


“Cukup Daris! Simpan kata-kata tu untuk perempuan awak.” Daris harus dihentikan. Jika melalut lebih jauh dia mungkin akan terjatuh hati pula. Lelaki seperti Daris pasti bersusun perempuan meminati. Dia cuma mahukan Qaiser bukan lelaki lain. Dia akan setia untuk Qaiser. Walaupun kesetiaannya tak dihargai.


“Perempuan saya? Awak ni..saya tak pernah kenal perempuan sedekat ini kecuali awak tau.” memang betul pun. Dah lama dia tak sedekat ini dengan perempuan sejak balik dari luar negara selepas tamat pengajian.


“Woohoo..enough Daris!” Zara cepat-cepat hentikan Daris.


“Okay,Daris! Saya pulang dulu. Keep in touch! Senang-senang twitlah saya,okay!” Zara tak boleh berlama lagi dengan Daris nanti bertambah melalut. Lagipun dia ada hal nak berjumpa seseorang yang boleh menolongnya mencari dalang yang 'prank' Qaiser. Uncle George ketua security keluarganya pasti boleh menolongnya mencari siapa dalangnya. Uncle George lelaki campuran india dan portugis itu banyak kaki sudah tentu tidak sukar untuk mencari. Zara berlalu meninggalkan Daris. Dia harus cepat untuk selesaikan masalah Qaiser sebelum dalangnya memulakan permainan jahat. Dia faham sangat dengan manusia sebegitu takkan berhenti selagi boleh meminta wang. Ingat apa? Bank negara apa nak bagi duit. Bank pun tak senang-senang bagi macam tu der. Yang dia nak tau sangat siapa yang nak tengok Qaiser jatuh sangat tu? Siapa?


Pesanan penulis:
Bila sang pemimpi mula berangan..
Banyak idea datang mencurah-curah..
Berbaris cerita keluar..hehe..
Harap sukalah buah tangan saya tak seberapa ni..
Time kaceh..





6 comments:

  1. izinkan daku untuk menumbuk si sazzy tu... I love Darris...sesungguhnya Darris lelaki pelindung Zara...

    ReplyDelete
  2. fuhyoo..ganas btl c sazzy nie.. ish2 nape lah zara nie bodoh sgt...qaiser xpdg..darris kn ada... nk thegeh2 pd yg xsudi nk watpe..buag masa jer..

    ReplyDelete
  3. mmg hampeh tk ingt betul lh si pempuan tk bermoral tuh..duk sedap die jer melanyak zara,nasib gak ade abg darris yg nolong kalu tk tak tau lh ape jadik nyer kat zara...nape lh zara nih nampak jer cam nk garang tp lenbut jer watak nyer,asyik kena buli jer ngan pempuan tk ingat diri tuh!!!!!!!please lh zara usah lh ade ruang dihati mu pd insan yg tk tahu menilai n merghargai diri n cinta u...isi kn la pd yg sudi zara...pandang n buka lh mata hati u pd yg sedang tagih kasih mu....fahami n selami lh...

    ReplyDelete
  4. isssh zara ni 'poor-lil-rich-girl' tul laaa...loose the tag zara...abg Q tolak laut bagi die blajar swimming sensorang kejap...abg daris tlg bagi kelas 'motivasi' kat zara...pas tu uncle george leh lah steam-roll sazzy & d gang tu...best cik ayu!

    ReplyDelete
  5. Daris tlh menjadi pelindung dr tamparan wanita murahan...
    Ape lg yg akn daris lindugi zara..
    Sungguh x saba nk tau.. :)

    ReplyDelete