Thursday 24 April 2014




                             ~ SESUNGGUHNYA..DIA LELAKI PELINDUNGKU ~

~ SUDAH BERADA DI PASARAN - JOM SEMUA DAPATKAN DI BOOTH LOVE NOVEL PUBLICATION DI PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR DI PWTC, KL - BERMULA HARI INI 24 APRIL - 4 MEI 2014.

~ SAYA AKAN BERADA DI BOOTH LOVE NOVEL PADA 26 APRIL & 27 APRIL & 3 MEI & 4 MEI - HARAP DAPAT BERJUMPA KAMU SEMUA DI SANA.

~ SELAIN TANDATANGAN, ADA JUGA GIFT COMEL UNTUK KALIAN SEMUA.



TEASER:

“Terima kasih awak..sesungguhnya, awaklah makhluk Tuhan yang paling saya sayang dan cinta. Saya inginkan awak selalu bahagia walaupun tanpa saya. Awak..” air mata yang berlinang menyukarkan Daris menuturkan kata-katanya lagi. Lelaki itu teresak dan Zara juga turut sama teresak.
“Saya lepaskan awak..” Daris terus melepaskan ke semua jari jemarinya walaupun hatinya amat berat.

“Demi cinta, saya relakan akhiri segalanya tentang kita..” Daris mengalah..

“Awak..” Zara tidak dapat menahan dirinya lagi, menangis semahunya.

“Saya tak sanggup lihat awak menitiskan air mata lagi, cukuplah! Berhenti menangis, awak..” Daris tidak sanggup melihat perempuan yang paling disayangi menangis lagi.

Daris tidak sanggup lagi melihat, terus berpaling. Biar dia saja yang pergi, satu harapannya supaya Zara bahagia walaupun tanpanya.

“Jangan pergi awak..” Zara sempat pegang tangan Daris.

“Zara!” tangan Zara dipegang seseorang dari belakang. Zara berpaling ke belakang. Sangat terkejut, Qaiser sedang memegang tangannya.

Saling memandang antara satu sama lain. Zara kebingungan..

Adakah ini waktunya dia harus memilih?


~ ADAKAH DARIS ATAU QAISER? DAPATKAN SECEPAT MUNGKIN KERANA BANYAK ELEMEN SURPRISE ~








4 comments:

  1. cayalah! confirm beli! tahniah!

    ReplyDelete
  2. tahniah dik...akk harap dpt jumpa u di pbakl...

    ReplyDelete
  3. Salam
    Bestnya dah ada dlm versi cetak...camna sy nak miliki novek ini..sy d penang...love novel belum lg publish online...dah x sabaq nak peluk sdlp...

    ReplyDelete
  4. dah beli. dah baca, mmg best. kesian zara. mantap!

    ReplyDelete