Wednesday 27 February 2013


Bab 3: SESUNGGUHNYA..DIA LELAKI PELINDUNGKU


“DASAR perempuan murah! Muka tak original! Cucuk sana sini! Ada hati nakkan Qaiser. Cerminlah muka tu sikit!” herdik Zara kuat. Menyirap melihat Sazzy model yang baru nak meningkat naik begitu mesra dengan Qaiser di dalam pejabat.


“Siapa ni,sayang? Macam mak lampir terjerit-jerit!” Sazzy merengek. Tangan memeluk erat lengan Qaiser.


“Mak lampir? Hoah..memang cari nahas!” Zara melenting gila bila dipanggil mak lampir. Stiletto Jimmy Choo setinggi 2 inci sebentar lagi mau terpacak kat dahi minah kampung tak sedar diri ni. Bikin panas!


Zara terus meluru ke arah Qaiser kerana Sazzy dengan enaknya memeluk Qaiser dari belakang cuba melindungi dirinya dari serangan Zara. Lagi menyirap melihat Sazzy selamba giler peluk Qaiser sesuka hati. Sah-sah stiletto Jimmy Choo ni terpacak kat dahi kau jap gi!! Zara betul-betul naik hantu.


Qaiser yang sedang asyik melayan kemanjaan terlampau Sazzy terkejut betul dengan kedatangan Zara yang muncul dengan tiba-tiba. Qaiser rasa seperti dia baru saja di 'ambush' oleh biniku gangster lagaknya. Qaiser bengang. Zara sudah melampau kerana mencampuri urusan peribadinya. Padahal mereka bukanlah pasangan kekasih pun.


“Zara! Stop! Zara..” Qaiser menahan Zara dari menghampiri Sazzy.


“Abang ke tepi! Biar Zara ajar model tak laku ni!” stiletto merah dengan tumit yang begitu runcing ditanggalkan dari kaki. Perempuan murah itu harus diajar. Bukan dia tak tahu Sazzy menempel dengan Qaiser hanya kerana wang semata-mata. Zara percaya Sazzy mungkin anjing suruhan musuh perniagaan Qaiser. Diupah untuk menjatuhkan Qaiser.


“Enough!” tempik Qaiser kuat. Bulat mata Zara menerima tempikan kuat Qaiser. Terkejut.


“Ab..abang..” tergagap Zara memanggil Qaiser. Tak mengerti.


“I've had enough of you,Zara Diandra!” Qaiser dengan muka menyinga.


“Tapi,Zara..just nak tolong abang. Perempuan ni nak perangkap abang. Dia ada agenda,abang!” Zara cuba nak jelaskan. Niat dia baik.


“No need,Zara! Abang tau nak jaga diri. Zara tak perlu sibuk-sibuk nak jaga atau ambil tahu pasal abang. Zara bukan sesiapa pun bagi abang! Bukan sesiapa!” Qaiser bersuara dengan nada agak tinggi dan tegas. Baginya Zara semakin melampau. Harus diajar.


“Zara..sayangkan abang! Zara buat semua ni kerana abang! Zara..” tak sempat habis Qaiser dah memotong.


“Stop Zara! Sudah! Pergi balik!” halau Qaiser tak mahu mendengar apa-apa lagi. Sazzy tersengih-sengih menang bila Zara dihalau pergi.


“Shuh..shuh..” Sazzy menghalau dengan senyuman sinis. Hambik kau! Kau yang kena halau. Sazzy tergelak sakan di dalam hati.


“Sampai hati abang!” bentak Zara sambil menghentak kaki. Berpusing dan keluar dari pejabat Qaiser dengan perasaan sakit hati sangat-sangat.


“Miss Zara!” Arni bingkas bangun cepat bila Zara keluar dan melalui meja Arni. Zara tak peduli terus berlalu. Meninggalkan Arni dengan penuh tanda tanya.


DHAMIRAH berjalan menuju ke bilik air perempuan. Masuk ke dalam bilik air tiba-tiba dia terdengar bunyi seseorang sedang menangis teresak-esak. Cuak jugak manalah tau ada 'benda' nak main-mainkan dia. Dhamirah dekatkan diri dengan pintu tandas yang kedengaran bunyi menangis. Teragak-agak nak mengetuk.


“Cik! Cik! Okay ke?” tanya Dhamirah risau. Jangan dibuat bukan-bukan di dalam sudahlah. Lama Dhamirah menunggu tetapi tiada respon.


“Cik..Jangan macam ni! Jangan nangis-nangis dalam tandas macam ni! Tak elok! Orang kalau dengar tak fikir lain dah dia orang mesti ingat ada han..” pintu tandas terus terbuka. Terjegul seorang perempuan dengan rambut emas yang kusut-masai menutupi ke seluruh wajah.


“Tu..hah! Astarghfirullah..” Dhamirah mengucap beberapa kali terkejut melihat perempuan yang entah betulkah orang. Cuak betul Dhamirah melihat wanita dengan rambut kusut-masai yang menutupi hampir keseluruh wajah.


“Er..er..awak okay tak?” tanya Dhamirah takut-takut. Perempuan itu mula menyebak rambut yang sedang menutupi wajahnya. Jantung Dhamirah dah melantun laju sikit lagi nak pecah dadanya kerana terlalu takut. Sekali,apa yang dia lihat muka lencun dengan air mata. Mata pula..mak aii..macam mata panda dah bila menengoknya,apa taknya habis luntur maskara yang dipakai. Ada macam budak gothic pun ada. Dhamirah tercengang sambil menutup mulut dengan jemari.


“None of your business!” perempuan itu menepis badan Dhamirah yang menghalang langkahnya. Dhamirah terpinga-pinga melihat seorang perempuan cantik tetapi biadap berlalu di depannya. Dhamirah menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya,yang tadi tu manusia. Dhamirah geleng kepala beberapa kali. Mengomel kerana masyarakat masa kini terlalu kurang budi bahasa. Dhamirah jungkit bahu. Malas nak layan,baik dia layan hajatnya yang tak sampai lagi ni.


QAISER cuba mencari Zara. Entah kenapa dia rasa bersalah pula memarahi Zara dengan teruk. Bukan niat dia nak memarahi Zara sebegitu rupa. Dia bengang sangat kerana Zara terlalu mengambil tahu tentang dirinya. Dia rasa rimas dan bosan. Zara berkelakuan seperti seorang isteri kepada dirinya padahal mereka bukannya ada apa-apa pun. Sambil bercekak pinggang Qaiser menunggu lif sampai ke bawah. Bila lif terbuka dia menonong keluar. Tak sengaja terlanggar seseorang. Nasib dia sempat memaut bahu perempuan itu dari terjatuh. Di saat mata menatap mata itu,Qaiser terpanar. Cantik sungguh! Terkesima.


“Er..cik tak apa-apa?” Qaiser bertanya. Walaupun terlanggarnya tak adalah kuat sangat pun. Kot-kot la tercedera kat mana-mana. Ulat beluncas gergasi dah naik daun bila terpandang perempuan cantik. Apalagi..nak try la jugak seposen dua.


“Eh,tak! Saya tak apa-apa! Okay je!” terdengar saja suara perempuan itu Qaiser dah terpegun. Lagi buat matanya tak berkelip melihat keayuan wajah gadis itu. Bersih dan suci. Wajah yang lama dia ternanti-nanti. Polos! Edisi yang amat susah dicari masa kini. Sesuatu yang rare la..


“Kalau macam tu,baguslah!” Qaiser senyum macho.


“Maaf ye! Saya pergi dulu!” ucap gadis melayu terakhir yang begitu cantik mengenakan baju kurung polos dengan rambut panjang dibiar lepas bebas. Aduhai..


“Cik! Cik!” Qaiser sempat menahan. Mana boleh pergi macam tu je kot!


“Ada phone number,tak?” ish! Dah macam budak sekolah mengorat je! Lantaklah,janji dapat kenal! Qaiser cuba nasib. CEO boleh buat perangai macam ni? Memang terbaik!


“Maaf,saya tak bagi pada orang yang saya tak kenal.” si gadis tak habis-habis nak minta maaf. Tersipu-sipu selayaknya gadis melayu. Qaiser gigit bibir kemudian tersengih.


“Saya CEO awak pun tak boleh minta nombor telefon ke?” terpaksalah guna kuasa. Kalau tak,melepas! Terkejut betul gadis itu bila sebut perkataan CEO. Nasib matanya sempat melihat ID yang tergantung dileher gadis itu. Pekerja syarikatnya rupanya. Bagaimanalah dia boleh terlepas pandang gadis yang sebegini cantik.


“Maaf,bos besar! Saya tak tahu!” tengok tu! Tak habis-habis dengan maaf. Siap panggil bos besar pulak tu! Qaiser tersengih lucu.


“Bos besar bapak saya! Saya bos kecik je..” Qaiser sengih nakal. Tersipu-sipu lagi gadis itu. Qaiser benar-benar tertarik.


“Nama awak siapa ye?” tanya Qaiser.


“Dhamirah!”


DARIS bawa motosikal kesayangannya dengan laju di hadapan syarikat dia bekerja. Saja nak test power Suzuki Hayabusa. Tak menyangka ada makhluk yang begitu berani menyeberangi jalan dengan tiba-tiba. Daris terpaksa membrek motosikalnya sekuat hati. Terseret motosikal kesayangan mengguris jalan dan Daris juga ikut sama tergesel. Perempuan yang hampir dilanggar terduduk sambil berpeluk tubuh dan memejamkan mata rapat-rapat. Daris cepat-cepat bangun pergi mendapatkan perempuan yang hampir dia langgar.


“Awak tak apa-apa?” tanya Daris cemas. Tak peduli sikunya yang terluka. Pedih ditahannya. Perempuan itu menoleh dengan wajah terpinga-pinga. Mereka bertatapan mata seketika. Daris memandang perempuan itu dengan riak amat terkejut. Dia kenal perempuan itu.


“Tak! Saya tak apa-apa! Maaf!” tergagap perempuan itu memohon maaf.


“Nasib awak tak apa-apa! Saya hampir nak langgar awak tadi.” Daris menarik perempuan itu perlahan-lahan bangun dan membawanya ke tepi jalan.


“Sorry..” mohon perempuan itu yang masih terkejut. Daris tersenyum. Tak sangka dia boleh berjumpa lagi dengan perempuan itu. Dia pun terkejut juga bila terjumpa perempuan itu kembali. Perempuan itu..


“Tak apa! Saya pun salah juga! Bawak motor laju tadi” Daris juga akui kesalahannya. Bukan salah perempuan itu seratus peratus. Perempuan itu tersenyum nipis. Wajah perempuan itu nampak terlalu pucat. Daris risau pula melihatnya.


“Nak saya bawa ke klinik? Nampak tak okay je ni?” tanya Daris risau. Perempuan itu masih menggigil. Trauma sangatkah?


“Saya okay! Thanks..” Zara bingkas bangun. Dia kenal lelaki itu. Lelaki yang pernah dapat maki free dari dia tempohari. Nak marahkan lelaki itu seperti tempohari kerana hampir langgar dia tadi? Dia penat untuk lakukan itu. Dia tak mampu nak berfikir lagi. Hatinya terlampau sedih. Tiada daya nak marah-marah orang.


“Hari tu awak garang sangat tapi saya nampak comel je. Hari ni saya nampak awak tersangat ayu bila lembut begini.” tutur kata Daris membuatkan Zara membulatkan mata.


“Are you a player?” tanya Zara tanpa sedar. Lelaki itu terlalu manis berkata-kata. Terlalu cool. Zara jadi awkward dengan lelaki seperti itu. Tak seperti Qaiser yang tak pernah melayan dirinya dengan baik. Kevin juga tak dapat nak compare walaupun terkenal dengan sikap buayanya. Lelaki itu terlalu lain.


“Wh..what? Yes,I was a soccer player. Tapi..zaman kolej dululah.” Ujar Daris tergelak-gelak. Dia tahu perempuan itu maksudkan apa sebenarnya.


“Hm..” Zara turut tergelak.


“Awak cantik sangat bila ketawa!” Zara terkedu sekejap. Tapi tak lama dia kembali tertawa. Memang betul-betul player! Tetapi..dia senang dengan lelaki itu. Lain..


“Kita kawan nak?” usul Daris tiba-tiba. Zara sekadar senyum.


QAISER benar-benar mabuk. Terperangkap dengan pujukan Sazzy supaya dia menerima cabaran dari Albert menghabiskan beberapa gelas minuman beralkohol. Tak mahu digelar bacul atau penakut Qaiser sanggup menghabiskan kesemua minuman yang ada. Sudahnya dia langsung tak mampu berdiri. Sazzy yang terpaksa memapahnya keluar dari kelab eksklusif itu tetapi dia tak pasti dia dibawa ke mana. Sedar-sedar dia sudah terlentang di atas katil tanpa seurat benang. Banyak kali berfikir untuk mengingati namun hampa. Matanya beralih ke meja solek. Terpempan melihat foto dirinya di dalam keadaan memalukan tertampal pada cermin. Qaiser termangu lama di atas katil. Dia terlalu takut jika daddynya dapat tahu tentang perkara memalukan itu terjadi terhadap dirinya. Pasti daddynya mengamuk gila. Yang lebih teruk jika para pemegang saham syarikatnya dapat tahu. Sudah pasti jawatan CEO yang disandang dipertikaikan oleh pemegang saham yang lain. Dia tak mahu perkara itu berlaku.


“Huh,dasar betina sundal!” Qaiser menyumpah Sazzy. Benarlah kata-kata Zara. Dia terlalu menyesal tak pedulikan nasihat Zara. Terlalu geram Qaiser membaling bekas kaca abu rokok ke arah cermin meja solek.


“Mana pulak aku punya baju ni! Sial!” Qaiser bertambah bengang kerana pakaiannya telah dibawa pergi oleh Sazzy. Sumpah! Betina sial itu akan diajar secukup-cukupnya nanti. Qaiser mengetap bibir geram. Sekarang,apa yang harus dia lakukan? Dia termenung seketika. Nak dapatkan bantuan ahli keluarganya? Mummy? Pengsan bangun pengsan balik kalau mummy lihat dia macam ni. Mummy tak boleh. Daddy? Huh! Bukan daddy yang pengsan bangun pengsan balik entah-entah dia yang selamat kena tanam hidup-hidup. Perkara memalukan seperti ini Tan sri Megat Arman Zainal Abidin nak bertoleransi? Dalam mimpilah..
Sebelum daddy ketahuan dia harus selesaikan masalah ini. Yang pasti hanya wang akan menutup aibnya dan Qaiser tahu ongkos yang bakal keluar bukan sedikit. Siapalah dalang durjana tu? Qaiser betul-betul menyirap.


Dalam terpaksa Qaiser terpaksa menghubungi Zara kerana hanya Zara Diandra yang dapat menolongnya.


“Zara..tolong abang! Yang penting bawa pakaian abang ke hotel..”


Pesanan penulis:
Truly sorry..
Enjoy reading n jgn lupa utk komen.
Sgt hargai setiap komen anda semua..


4 comments:

  1. Qaiser si panas baran yg hensem xhengat..
    Daris si mamat cool yg xkurang hebatnya dr segi rupa..
    Tp sy nk Daris jd hero coz dlm DPCA Pasha the bad boy - karektor yg buat sume cair dgn sweet ganasnye..
    Skrg kasi tbalik la plak Daris yg cool jd hero coz mamat baik hati pom bleh buat pmpn cair n rasa romantik sgt..
    Nantikan sweet2 scene..hehe..

    ReplyDelete
  2. wah.. dek leh akk wat usulan ker?pd akk cam watak daris leh jer pegi jadik hero nyer coz cukup pakej...agama lh leh bentuk akhlak seseorg...qaiser jejaka encom idaman gadis2... yg player...mudah terjerat ngan yg cantik jer...n akk suker ngan watak zara yg sudah nye hidup ikut hukum2 agama.so cam yg layak pasti lh daris..miliki zara but lg baik kalu 'bmw'...mmg best ur story dek sesangat...superb

    ReplyDelete
  3. Assalam kak penulis.memang saya sentiasa ternanti-nanti buah tangan daripada akak.cerita akak memang membuatkan hati ni teruja nak tahu apa yang seterusnya bakal berlaku....gaya penceritaan akak memang super duper WOW...

    ReplyDelete