BAB 1: DIA PEMILIK
CINTA AKU
MATANYA
terpaku lagi buat kesekian kali, terpaku pada susuk tubuh tegap yang tidak
pernah jemu mengunjungi seseorang yang sudah pasti bertakhta di hati paling teratas.
Bertuah kau, budak! Sebijik macam sleeping
beauty kau sekarang! Ramai putera raja datang nak mengejutkan lena panjang
kau tapi kau pula sibuk melayan dunia gelap. Dengan Endotracheal tube dalam mulut kau tu pasti tak syok andai ada
putera raja ingin mengucupmu. Bangunlah..
“Buat apa kau kat sini?
Tak guna kau kat sini! Dia tak perlukan kau!” bulat mata melihat adegan tak
dijangka. Owh..jangan bertumbuk sudah. Getus hati mula cuak melihat dua orang
lelaki kacak seperti ingin berhantam. Haih..sleeping beauty kau punya pasallah
ni!
“I have the right and don’t need your permission to stay!” balas
lelaki yang baru saja sampai. Baru sampai dah diajak berhantam. Tu la..masa sleeping beauty sedar diri tak ingat
pula tentang hak. Huh! Nasib baik hati tak sempat nak tersangkut dengan mamat supercold tu! Erk, yeke?! Hehe..adalah
sikit..normal la, kan! Aci potong kuku kalau hati tak goyang dengan mamat
kategori hensem macam tu. Siap gelak
jahat dalam hati..muahaha..
Tapi, sedihnya tengok
muka hero lagi seorang itu. Setiap hari tanpa jemu datang ke sini melihat
sleeping beauty tak bangun-bangun. Bila kau nak bangun, sleeping beauty?
Kasihan dua orang mamat ni. Seorang muka monyok macam cekodok basi dan seorang
lagi muka macam tapai masam. Berkerut-kerut muka depa menengok hang tak mau
bangun-bangun. Sudah-sudahlah tu bawa diri dalam dunia gelap tu. Mengeluh!
“Hm..aku balik dulu,
Del!” ucap Edlin di dalam hati sebelum beredar. Edlin sempat mencuri pandang
kedua mamat hensem itu sebelum beredar. Masing-masing merenung teman baiknya
Adelia menerusi dinding kaca. Hati Edlin
sebak. Hatinya rindu dengan teman baiknya itu. Adelia adalah seorang teman
dikala susah dan senangnya walaupun dikala senang yang banyak tetapi Adelialah teman baiknya dunia dan akhirat.
Edlin kepenatan setelah
seharian menjalankan tugas di wad. Setelah usai shif, Edlin pergi melawat teman
baiknya di ICU. Pemandangan tetap sama. Adelia masih terbujur kaku. Bila entah
akan sedarkan diri? Dah masuk seminggu lebih dah. Tetapi, Adelia masih begitu. Bertahanlah,
kawan! Hati Edlin sayu.
Keluar saja dari ICU,
Edlin menggunakan tangga untuk turun.
Bersemangat menggunakan tangga untuk turun dari tingkat empat. Sengaja
nak membakar lemak-lemak degil di pehanya. Edlin sempat menggosok-gosok pehanya
yang mantap. Haish..lemak..lemak..susah hati betul!
“Eh!” bahu dirempuh
kasar. Menonong pelaku yang merempuh bahunya menuruni tangga.
“Hello, brader!” cepat
betul mulutnya buka sound besar-besar. Sakit dowh! Main langgar je!
Tak sempat nak
membilang anak tangga menuruni, lelaki itu terpaksa menoleh ke arah Edlin kerana terasa sangat dirinya yang kena
sound. Rahang Edlin sikit lagi nak terjatuh apabila terpandang lelaki itu.
Owh..mamat tapai masam rupanya.
Edlin tekup mulut. Mata
lelaki itu hanya memerhati Edlin dengan renungan yang susah nak explain.
“Tak apa! Tak apa!
Teruskan..” tangan Edlin
tergayang-gayang ke depan. Memberi isyarat supaya lelaki itu mengabaikan saja
apa yang berlaku di situ.
“Sorry..tengah
rushing!” lelaki itu sempat memohon maaf dan zass..terus hilang di tingkat
tiga. Hanya kedengaran pintu kecemasan tertutup rapat.
Edlin terkelip-kelip.
Aura lelaki itu tertinggal di hati Edlin. Terasa sesuatu yang pelik sedang
menyelusuri hatinya. Mata tu..betul-betul panahan arjuna! Edlin sentuh dadanya
yang dup dap semacam.
“Ed..wake up!” Edlin
menggelengkan kepalanya beberapa kali bagi centre sikit kepala otaknya.
Tiba-tiba nak menjadi bingung, apa hal!
IRFAN
tidak dapat menahan dirinya lagi. Jika dia masih berlama di situ, tak pasal-pasal semua benda di
sekeliling ICU melayang ke udara macam UFO karang. Huh, sungguh..kalau
diikutkan hati mau dipatahkan anggota badan houseman hingusan itu satu persatu.
Biar paralyse satu badan baru puas
hatinya. Bila diingatkan balik waktu di labour room dulu teruk juga mamat tu
dikerjakan olehnya. Berbirat lebam merata di muka. Itu pun belum cukup nak
membalas apa yang telah lelaki bedebah itu pernah lakukan terhadap Adelia.
Teringatkan perempuan kesayangannya masih belum sedarkan diri Irfan menjadi
terlalu sayu. Awak..bertabahlah! Saya sentiasa ada untuk awak, Adelia..
Mood Irfan memang jauh
ke laut, tak pasal-pasal selalu melenting sejak dua menjak ni. Emosi memang
merudum. Nak-nak jika matanya singgah ke wajah lelaki bedebah itu. Huh! Irfan
melangkah laju keluar dari ruangan ICU. Panas hati..terbakar jiwa melihat
lelaki bedebah itu. Itu yang menonong menuruni tangga dan tak sengaja merempuh
bahu seorang nurse dia boleh buat tak peduli. Bila kena sound barulah mulutnya
memohon maaf dan memberi alasan nak cepat. Kalau tak..menonong buat tak tahu.
Sejak bila dia menjadi manusia tak berhemah pun dia tak tahu. Betul-betul
berserabut sejak Adelia tidak sedarkan diri. Bangunlah, Adelia..
EDLIN
menapak
ke tempat parking motosikal. Anak kunci motosikal dikeluarkan, sempat matanya
menilik sebuah motosikal besar berada di sebelah skuter cabuknya. Pergh..cun
siot! Jenama apa, ya? Edlin tunduk melihat..oh..DUCATI..hm..MONSTER.
Owh..DUCATI MONSTER! Tidak semena-mena Edlin teringatkan teman baiknya yang
terbujur kaku di ICU yang juga meminati motosikal besar. Mulut minah tu selalu
duk sebut-sebut jenama motosikal pujaan hatinya banyak kali. Edlin tak ambil
bahagian sangat bab-bab motosikal ni. Tapi, dia salute habis dengan Adelia
kerana meminati motosikal besar dan pandai membawa motosikal besar. Tak macam
dia, skuter cabuk ni aje la yang dia mampu. Mana ada manyak ongkos nak melayan
motosikal besar macam ni. Kalau ada duit lebih baik dia simpan, adik-adik di
kampung masih bersekolah.
Edlin pakai helmet.
Bersedia nak menarik skuternya keluar dari tempat parkir. Motosikal yang
diletakkan bertindan-tindan menyukarkan sedikit Edlin nak mengeluarkan skuter
merah jambunya. Terkial-kial!
“Nak saya tolong?”
suara entah dari mana menyinggah di tepi telinga. Edlin toleh kepalanya.
Tercengang kejap! Rahang yang hampir jatuh cepat-cepat ditutup. Oxygen, please!
Semput..
“Hah!” Edlin ter’hah’
Perempuan di hadapannya
nampak blur bila Irfan cuba menolong. Ter’hah’ pulak! Tangan Irfan laju saja
menarik motosikal di sebelah skuter comel perempuan itu ke tepi sedikit supaya
skuter perempuan itu boleh keluar dengan leganya. Selepas itu, Irfan ke sebelah
dan terus menaiki Ducati Monsternya. Perempuan itu masih belum pergi, nampak
macam tercengang. Irfan tak ambil pusing,
banyak perkara yang berpusing-pusing di dalam kepalanya dari ambil
pusing tentang perempuan itu. Irfan menarik motosikalnya keluar. Bila nak
memakai helmet fullfacenya Irfan pandang perempuan itu yang masih belum
beredar.
“Tak nak balik?” tanya
Irfan dengan senyum nipis. Pelik melihat perempuan itu seperti terkejutkan
sesuatu. Kena sampuk apa tiba-tiba terdiam!
Dengan senyum nipis.
Nipis saja..tetapi sudah cukup membuatkan hati Edlin rasa nak melayang. Mak
aih..
“Owh..hehehe..” Edlin
tayang sengih. Baru tersedar boleh pula tercegat macam kena paku di situ.
Adeh..nampak sangat kesengalannya di situ. Habis percentage ayunya..owh..Edlin
rasa nak meraung.
Lelaki hensem itu
dengan penuh bergaya memakai helmet di kepala. Dengan dua jari saja melambai ke
arahnya sebelum beredar sudah cukup membuatkan Edlin kena paku lagi di situ.
Huu..betul-betul macho!
Edlin terkedek-kedek
mengeluarkan skuter cabuknya dari susunan motosikal yang bagai ular kena palu.
Huh! Cubalah proper sikit letak motosikalnya, aci boleh je! Omel Edlin. Bengang
juga dengan pemilik-pemilik motosikal yang meletakkan motosikal mereka
bersepah.
IRFAN
datang lagi. Adelia masih tetap sama. Tiada perubahan. Masih bergantung dengan
mesin ventilator. Irfan melihat data-data keadaan Adelia sepanjang hari
semalam. Tekanan darah Adelia semakin stabil. Keputusan darah juga sudah banyak
yang normal. Tapi, kenapa masih belum ingin sedar dari lena yang panjang
Adelia. Bangunlah..
Irfan masuk ke dalam
bilik Adelia berada. Bunyi-bunyi mesin monitor
kedengaran di telinganya. Irfan mengenakan stetoskop di telinga lalu
meletakkan diaphragm di dada Adelia. Memeriksa keadaan paru-paru Adelia. Lungs
clear! Irfan puas hati melihat progress Adelia yang semakin stabil.
“Awak kena kuat, Delia!
Saya sedang menunggu awak.” Bisik Irfan di telinga Adelia. Luluh hatinya
melihat perempuan kesayangannya terbujur kaku di situ. Hatinya benar-benar
terseksa melihat Adelia begini. Dengan wayar dan tubing yang berselirat dan
anggota badan yang ditusuk dengan pelbagai canula. Irfan dapat merasai
kesakitan yang sedang dilalui oleh Adelia. Kasihan awak, Delia..
“Dr Irfan kat sini
rupanya!” muncul seorang jururawat.
“Kenapa?” tanya Irfan
tanpa senyum. Tangannya sibuk membelek lengan Adelia yang lebam. Ini kerja
jururawatlah ni, suntik blood thining drug pada tempat yang sama je. Irfan tak
puas hati.
“OT call cari doktor.”
Beritahu jururawat itu.
“Okay!” pendek. Tahu
pula staf OT mencarinya di ICU. Irfan tahu mukanya familiar sangat di ICU
sekarang. Selagi Adelia masih berada di sini dia akan menjadi pengunjung setia
di sini.
Irfan keluar dari bilik
Adelia. Menonong dengan pakaian OT berwarna biru. Mata sibuk membelek
smartphone di tangan. Scroll nama ingin dibuat panggilan.
“Hello..okay..I’ll be
there in five minutes.” Irfan bertelefon sebentar. Kaki dihayun pantas. Suis
pintu besar automatic ditekan dan pintu terbuka. Terus melangkah tanpa
memandang sesiapa. Akibatnya, Irfan tak sengaja terlanggar orang lagi.
“Sorry..” mohon Irfan .
Kemudian, Irfan seperti terkejut sedikit apabila melihat orang yang
dilanggarnya.
“Tak apa! Tak apa!
Teruskan..” gaya perempuan itu masih sama. Irfan rasa bersalah pula. Ini kali
kedua dia terlanggar perempuan itu.
“Sorry..saya nak
cepat.” Alasan yang sama diberikan. Semalam, dia tak adalah rushing sangat pun
tetapi hari ini memang dia betul-betul mengejar masa.
“Eh, tak apa! Bukan ada
apa pun.” Balas perempuan itu dengan senyum. Irfan balas senyum nipis. Rasanya
dah tiga kali dia terserempak dengan perempuan itu.
“Sorry, ya!” Irfan
dengan gaya dua jarinya melambai seketika dan kemudian berlalu.
EDLIN
masuk ke dalam bilik teman baiknya. Melihat Adelia yang sedang lena beradu di
dalam dunia kegelapan. Entah bila akan sedar..
“Kau dah mandi belum,
Del! Busuk je aku bau. Haa..tak pun kau ‘yak’ ye, Del!” Edlin memeriksa teman
baiknya itu.
“Kau minum susu ikut
hidung je kot! Awat kau ‘yak’ busuk sangat ni.” hidung Edlin kembang kempis.
“Aku tukarkan diapers
untuk kau, ya? Rilex la..kitakan bestfriend! Buat apa nak malu. Hari ni hari
kau..esok-esok hari aku kau jangan tak pedulikan aku pulak. Sedih woo..” Edlin
membebel walaupun tiada respon dari teman baiknya.
Selepas menukar
diapers, Edlin membancuh susu.
“Kau hari-hari minum
susu ikut hidung. Tak boring ke, Del! Aku yang tolong bagi ni pun naik muak
menengoknya. Kau bangunlah! Nanti kita pergi makan pizza ramai-ramai.
Huu..terliurnya nak makan pizza.” Edlin selamba berceloteh sambil menuang susu
melalui tiub.
“Wei, lama kau tak
masuk kerja. Aku rindulah..” tiba-tiba suara Edlin berubah sendu. Air mata
bertakung tunggu nak jatuh saja tetapi Edlin menahannya sedaya mungkin.
Dan, Adelia masih juga
begitu. Masih dengan lena panjangnya.
“Suami kau datang tak
hari ni, Del? Aku tengok suami kau, aku geram tapi dalam waktu yang sama kesian
pula aku tengok dia, Del! Dah macam hero Hindustan berjambang. Tak terurus
langsung!” Edlin selamba mengutuk suami
teman baiknya.
“Kalau aku jadi kau
pun, mesti susah nak maafkan. Terpulang pada kau, Del! Tapi, kau kena bangun.
Kau tak boleh lari macam ni.” membebel lagi si Edlin.
“Kau tengok badan kau
ni..penuh lebam-lebam kena cucuk sana-sini. Bangunlah!” membebel tapi tangan
sedang membetulkan tubing drip.
“Eh, aku nak balik
dululah. Boring siot bila kau tak ada ni. Aku mati kutu, kalau tak..kita boleh
keluar tengok wayang ke shopping ke.” Tak jemu Edlin berceloteh.
“Okay, Del! Aku balik,
esok aku cuti. Kalau aku boring-boring kat rumah aku datang sini tengok kau,
ya! Kau jangan lupa bangun tau!” bila berpuas hati teman baiknya dalam keadaan
kemas dan terjaga Edlin ingin keluar.
Mulut Edlin terlopong
melihat Dr Pasha betul-betul berada di muka pintu dengan wajah suram. Alamak!
Terdengarkah ocehannya tadi? Edlin tayang
senyum buat-buat. Oho..mulut ni betullah!
“Dr Pasha..baru sampai
ke?” saja berbasa-basi.
Anggukan lemah hero
Hindustan berjambang itu sudah cukup buat Edlin kasihan. Tak larat nak
beramah-tamah dah hero Hindustan ni. Tak apalah, faham..
“Dr Pasha..saya baru je
bagi susu. Diapers pun saya dah tukar.
Okay, doc! Saya pergi dulu, ya!” beritahu Edlin sebelum beredar.
“Terima kasih, ya!”
ucap Pasha dengan suara agak serak.
Adeh, kasihannya! Edlin
tak boleh lama-lama nanti dengan dia sekali menangis karang.
“Tak apa, Adel kawan
baik saya. Cuma, kalau Adel bangun, tolong jangan lukakan hatinya lagi.” pesan
Edlin sebelum menutup pintu.
LULUH
hati Pasha melihat Adelia terbujur kaku . Sudah masuk dua minggu isterinya
tidak sedarkan diri. Adelia bergantung sepenuhnya dengan mesin ventilator dan
ubat-ubatan. Sepanjang itu, Pasha sentiasa dirundung dengan perasaan bersalah
sangat-sangat. Dia seorang yang benar-benar teruk.
“Abang terukkan? Apa
yang abang dah lakukan ni? Abang buta, sayang..sungguh..abang buta..maafkan
abang. Abang tahu ucapan maaf abang takkan mampu menyembuh luka di hati sayang.
Tapi, abang tak tahu lagi. Jika nyawa abang jadi pertaruhan abang rela
menggantikan nyawa abang untuk sayang. Bangunlah, sayang!” penyesalan sudah
tiada gunanya sekarang. Mereka telah kehilangan anak mereka dan Adelia pula
tidak sedarkan diri.
Teringat kembali
detik-detik cemas di labour room. Pasha pejam mata kerana terasa amat perit
bila teringatkan betapa teganya dia tidak mempedulikan isterinya dikala itu.
Sungguh..dia seorang pengecut! Akui Pasha dalam getir. Seketika Pasha membelai
rambut Adelia dengan lembut. Wajah pucat Adelia dengan mata tertutup membuatkan
Pasha hampir menangis lagi di situ.
“Anak kita perempuan
sayang..abang sempat iqamatkan anak kita sebelum dia pergi. Dia hanya sempat
bertahan satu jam saja. Berat lahirnya hanya 1 kilo lebih.” Beritahu Pasha
dalam sendu. Bayi mereka juga bertarung nyawa untuk menjenguk dunia namun Allah
lebih sayangkan anak mereka. Walaupun telah diberikan bantuan pernafasan dengan
ventilator bayi mereka masih tidak mampu bertahan.
“Sayang..anak kita
comel sangat.” Air mata mengalir tanpa sedar. Terimbas di minda wajah anak
perempuan mereka. Sangat-sangat comel dan kemerah-merahan. Pasha tidak dapat
menahan dirinya lagi terus menyembam wajahnya ke dada Adelia yang kaku.
Teresak-esak dengan penuh penyesalan.
“Abang tak layak
dimaafkan! Anak kita..” tanpa malu Pasha mengongoi kesedihan.
“Abang rela tidak
dimaafkan oleh sayang sampai bila-bila. Asalkan sayang bangun..tolong bangun,
sayang..” rayu Pasha tidak peduli lagi dengan keadaan sekeliling.
Irfan merenung tanpa jiwa ke dalam bilik
Adelia menerusi cermin kaca. Irfan nampak suami Adelia sedang menangisi Adelia
yang belum sedarkan diri. Tiba-tiba
Irfan mendengus sambil mengepal penumbuk. Gigi diketap rapat. Asal nampak saja
malaun seorang itu memang darahnya mencanak naik.
“Huh!”
GITAR
dipeluk rapat ke dada. Hatinya sunyi..Delia bangunlah..
Irfan humming suara
perlahan sambil memetik gitarnya. Dengan sayu Irfan menyanyi dengan penuh
perasaan..
Dengarlah
bintang hatiku aku akan menjagamu
Dalam
hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tuju
Dan
teringat janjiku padamu suatu hari pasti ku tepati
Aku
akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau
ku tahu ragamu tak utuh
Ku
terima kekuranganmu dan aku tak akan mengeluh
Karena
bagiku engkaulah nyawaku
Aku
akan menjagamu semampu dan sebisaku..
Nyanyian Irfan
tiba-tiba terhenti bila suaranya mula serak dengan sendu yang tak tertahan.
“Delia..please wake
up..” air mata mengalir tanpa sedar.
best.
ReplyDeletesedihnya akak.... first baca tu ingatkan cerita baru, ternyata Adelia hehehehe....
ReplyDelete