Wednesday 19 March 2014



BAB 1: DIA PEMILIK CINTA AKU

MATANYA terpaku lagi buat kesekian kali, terpaku pada susuk tubuh tegap yang tidak pernah jemu mengunjungi seseorang yang sudah pasti bertakhta di hati paling teratas. Bertuah kau, budak! Sebijik macam sleeping beauty kau sekarang! Ramai putera raja datang nak mengejutkan lena panjang kau tapi kau pula sibuk melayan dunia gelap. Dengan Endotracheal tube dalam mulut kau tu pasti tak syok andai ada putera raja ingin mengucupmu. Bangunlah..

“Buat apa kau kat sini? Tak guna kau kat sini! Dia tak perlukan kau!” bulat mata melihat adegan tak dijangka. Owh..jangan bertumbuk sudah. Getus hati mula cuak melihat dua orang lelaki kacak seperti ingin berhantam. Haih..sleeping beauty kau punya pasallah ni!

I have the right and don’t need your permission to stay!” balas lelaki yang baru saja sampai. Baru sampai dah diajak berhantam. Tu la..masa sleeping beauty sedar diri tak ingat pula tentang hak. Huh! Nasib baik hati tak sempat nak tersangkut dengan mamat supercold tu! Erk, yeke?! Hehe..adalah sikit..normal la, kan! Aci potong kuku kalau hati tak goyang dengan mamat kategori hensem macam tu.  Siap gelak jahat dalam hati..muahaha..

Tapi, sedihnya tengok muka hero lagi seorang itu. Setiap hari tanpa jemu datang ke sini melihat sleeping beauty tak bangun-bangun. Bila kau nak bangun, sleeping beauty? Kasihan dua orang mamat ni. Seorang muka monyok macam cekodok basi dan seorang lagi muka macam tapai masam. Berkerut-kerut muka depa menengok hang tak mau bangun-bangun. Sudah-sudahlah tu bawa diri dalam dunia gelap tu.  Mengeluh!

“Hm..aku balik dulu, Del!” ucap Edlin di dalam hati sebelum beredar. Edlin sempat mencuri pandang kedua mamat hensem itu sebelum beredar. Masing-masing merenung teman baiknya Adelia menerusi dinding kaca.  Hati Edlin sebak. Hatinya rindu dengan teman baiknya itu. Adelia adalah seorang teman dikala susah dan senangnya walaupun dikala senang yang banyak tetapi Adelialah  teman baiknya dunia dan akhirat.

Edlin kepenatan setelah seharian menjalankan tugas di wad. Setelah usai shif, Edlin pergi melawat teman baiknya di ICU. Pemandangan tetap sama. Adelia masih terbujur kaku. Bila entah akan sedarkan diri? Dah masuk seminggu lebih dah. Tetapi, Adelia masih begitu. Bertahanlah, kawan! Hati Edlin sayu.

Keluar saja dari ICU, Edlin menggunakan tangga untuk turun.  Bersemangat menggunakan tangga untuk turun dari tingkat empat. Sengaja nak membakar lemak-lemak degil di pehanya. Edlin sempat menggosok-gosok pehanya yang mantap. Haish..lemak..lemak..susah hati betul!

“Eh!” bahu dirempuh kasar. Menonong pelaku yang merempuh bahunya menuruni tangga.

“Hello, brader!” cepat betul mulutnya buka sound besar-besar. Sakit dowh! Main langgar je!

Tak sempat nak membilang anak tangga menuruni, lelaki itu terpaksa menoleh ke  arah Edlin kerana terasa sangat dirinya yang kena sound. Rahang Edlin sikit lagi nak terjatuh apabila terpandang lelaki itu. Owh..mamat tapai masam rupanya.

Edlin tekup mulut. Mata lelaki itu hanya memerhati Edlin dengan renungan yang susah nak explain.

“Tak apa! Tak apa! Teruskan..”  tangan Edlin tergayang-gayang ke depan. Memberi isyarat supaya lelaki itu mengabaikan saja apa yang berlaku di situ.

“Sorry..tengah rushing!” lelaki itu sempat memohon maaf dan zass..terus hilang di tingkat tiga. Hanya kedengaran pintu kecemasan tertutup rapat.

Edlin terkelip-kelip. Aura lelaki itu tertinggal di hati Edlin. Terasa sesuatu yang pelik sedang menyelusuri hatinya. Mata tu..betul-betul panahan arjuna! Edlin sentuh dadanya yang dup dap semacam.

“Ed..wake up!” Edlin menggelengkan kepalanya beberapa kali bagi centre sikit kepala otaknya. Tiba-tiba nak menjadi bingung, apa hal!


IRFAN tidak dapat menahan dirinya lagi. Jika dia masih berlama  di situ, tak pasal-pasal semua benda di sekeliling ICU melayang ke udara macam UFO karang. Huh, sungguh..kalau diikutkan hati mau dipatahkan anggota badan houseman hingusan itu satu persatu. Biar paralyse satu badan  baru puas hatinya. Bila diingatkan balik waktu di labour room dulu teruk juga mamat tu dikerjakan olehnya. Berbirat lebam merata di muka. Itu pun belum cukup nak membalas apa yang telah lelaki bedebah itu pernah lakukan terhadap Adelia. Teringatkan perempuan kesayangannya masih belum sedarkan diri Irfan menjadi terlalu sayu. Awak..bertabahlah! Saya sentiasa ada untuk awak, Adelia..

Mood Irfan memang jauh ke laut, tak pasal-pasal selalu melenting sejak dua menjak ni. Emosi memang merudum. Nak-nak jika matanya singgah ke wajah lelaki bedebah itu. Huh! Irfan melangkah laju keluar dari ruangan ICU. Panas hati..terbakar jiwa melihat lelaki bedebah itu. Itu yang menonong menuruni tangga dan tak sengaja merempuh bahu seorang nurse dia boleh buat tak peduli. Bila kena sound barulah mulutnya memohon maaf dan memberi alasan nak cepat. Kalau tak..menonong buat tak tahu. Sejak bila dia menjadi manusia tak berhemah pun dia tak tahu. Betul-betul berserabut sejak Adelia tidak sedarkan diri. Bangunlah, Adelia..


EDLIN menapak ke tempat parking motosikal. Anak kunci motosikal dikeluarkan, sempat matanya menilik sebuah motosikal besar berada di sebelah skuter cabuknya. Pergh..cun siot! Jenama apa, ya? Edlin tunduk melihat..oh..DUCATI..hm..MONSTER. Owh..DUCATI MONSTER! Tidak semena-mena Edlin teringatkan teman baiknya yang terbujur kaku di ICU yang juga meminati motosikal besar. Mulut minah tu selalu duk sebut-sebut jenama motosikal pujaan hatinya banyak kali. Edlin tak ambil bahagian sangat bab-bab motosikal ni. Tapi, dia salute habis dengan Adelia kerana meminati motosikal besar dan pandai membawa motosikal besar. Tak macam dia, skuter cabuk ni aje la yang dia mampu. Mana ada manyak ongkos nak melayan motosikal besar macam ni. Kalau ada duit lebih baik dia simpan, adik-adik di kampung masih bersekolah.

Edlin pakai helmet. Bersedia nak menarik skuternya keluar dari tempat parkir. Motosikal yang diletakkan bertindan-tindan menyukarkan sedikit Edlin nak mengeluarkan skuter merah jambunya. Terkial-kial!

“Nak saya tolong?” suara entah dari mana menyinggah di tepi telinga. Edlin toleh kepalanya. Tercengang kejap! Rahang yang hampir jatuh cepat-cepat ditutup. Oxygen, please! Semput..

“Hah!” Edlin ter’hah’

Perempuan di hadapannya nampak blur bila Irfan cuba menolong. Ter’hah’ pulak! Tangan Irfan laju saja menarik motosikal di sebelah skuter comel perempuan itu ke tepi sedikit supaya skuter perempuan itu boleh keluar dengan leganya. Selepas itu, Irfan ke sebelah dan terus menaiki Ducati Monsternya. Perempuan itu masih belum pergi, nampak macam tercengang. Irfan tak ambil pusing,  banyak perkara yang berpusing-pusing di dalam kepalanya dari ambil pusing tentang perempuan itu. Irfan menarik motosikalnya keluar. Bila nak memakai helmet fullfacenya Irfan pandang perempuan itu yang masih belum beredar.

“Tak nak balik?” tanya Irfan dengan senyum nipis. Pelik melihat perempuan itu seperti terkejutkan sesuatu. Kena sampuk apa tiba-tiba terdiam!

Dengan senyum nipis. Nipis saja..tetapi sudah cukup membuatkan hati Edlin rasa nak melayang. Mak aih..

“Owh..hehehe..” Edlin tayang sengih. Baru tersedar boleh pula tercegat macam kena paku di situ. Adeh..nampak sangat kesengalannya di situ. Habis percentage ayunya..owh..Edlin rasa nak meraung.

Lelaki hensem itu dengan penuh bergaya memakai helmet di kepala. Dengan dua jari saja melambai ke arahnya sebelum beredar sudah cukup membuatkan Edlin kena paku lagi di situ. Huu..betul-betul macho!

Edlin terkedek-kedek mengeluarkan skuter cabuknya dari susunan motosikal yang bagai ular kena palu. Huh! Cubalah proper sikit letak motosikalnya, aci boleh je! Omel Edlin. Bengang juga dengan pemilik-pemilik motosikal yang meletakkan motosikal mereka bersepah.


IRFAN datang lagi. Adelia masih tetap sama. Tiada perubahan. Masih bergantung dengan mesin ventilator. Irfan melihat data-data keadaan Adelia sepanjang hari semalam. Tekanan darah Adelia semakin stabil. Keputusan darah juga sudah banyak yang normal. Tapi, kenapa masih belum ingin sedar dari lena yang panjang Adelia. Bangunlah..

Irfan masuk ke dalam bilik Adelia berada. Bunyi-bunyi mesin monitor  kedengaran di telinganya. Irfan mengenakan stetoskop di telinga lalu meletakkan diaphragm di dada Adelia. Memeriksa keadaan paru-paru Adelia. Lungs clear! Irfan puas hati melihat progress Adelia yang semakin stabil.

“Awak kena kuat, Delia! Saya sedang menunggu awak.” Bisik Irfan di telinga Adelia. Luluh hatinya melihat perempuan kesayangannya terbujur kaku di situ. Hatinya benar-benar terseksa melihat Adelia begini. Dengan wayar dan tubing yang berselirat dan anggota badan yang ditusuk dengan pelbagai canula. Irfan dapat merasai kesakitan yang sedang dilalui oleh Adelia. Kasihan awak, Delia..

“Dr Irfan kat sini rupanya!” muncul seorang jururawat.

“Kenapa?” tanya Irfan tanpa senyum. Tangannya sibuk membelek lengan Adelia yang lebam. Ini kerja jururawatlah ni, suntik blood thining drug pada tempat yang sama je. Irfan tak puas hati.

“OT call cari doktor.” Beritahu jururawat itu.

“Okay!” pendek. Tahu pula staf OT mencarinya di ICU. Irfan tahu mukanya familiar sangat di ICU sekarang. Selagi Adelia masih berada di sini dia akan menjadi pengunjung setia di sini.

Irfan keluar dari bilik Adelia. Menonong dengan pakaian OT berwarna biru. Mata sibuk membelek smartphone di tangan. Scroll nama ingin dibuat panggilan.

“Hello..okay..I’ll be there in five minutes.” Irfan bertelefon sebentar. Kaki dihayun pantas. Suis pintu besar automatic ditekan dan pintu terbuka. Terus melangkah tanpa memandang sesiapa. Akibatnya, Irfan tak sengaja terlanggar orang lagi.

“Sorry..” mohon Irfan . Kemudian, Irfan seperti terkejut sedikit apabila melihat orang yang dilanggarnya.

“Tak apa! Tak apa! Teruskan..” gaya perempuan itu masih sama. Irfan rasa bersalah pula. Ini kali kedua dia terlanggar perempuan itu.

“Sorry..saya nak cepat.” Alasan yang sama diberikan. Semalam, dia tak adalah rushing sangat pun tetapi hari ini memang dia betul-betul mengejar masa.

“Eh, tak apa! Bukan ada apa pun.” Balas perempuan itu dengan senyum. Irfan balas senyum nipis. Rasanya dah tiga kali dia terserempak dengan perempuan itu.

“Sorry, ya!” Irfan dengan gaya dua jarinya melambai seketika dan kemudian berlalu.

EDLIN masuk ke dalam bilik teman baiknya. Melihat Adelia yang sedang lena beradu di dalam dunia kegelapan. Entah bila akan sedar..

“Kau dah mandi belum, Del! Busuk je aku bau. Haa..tak pun kau ‘yak’ ye, Del!” Edlin memeriksa teman baiknya itu.

“Kau minum susu ikut hidung je kot! Awat kau ‘yak’ busuk sangat ni.” hidung Edlin kembang kempis.

“Aku tukarkan diapers untuk kau, ya? Rilex la..kitakan bestfriend! Buat apa nak malu. Hari ni hari kau..esok-esok hari aku kau jangan tak pedulikan aku pulak. Sedih woo..” Edlin membebel walaupun tiada respon dari teman baiknya.

Selepas menukar diapers, Edlin membancuh susu.

“Kau hari-hari minum susu ikut hidung. Tak boring ke, Del! Aku yang tolong bagi ni pun naik muak menengoknya. Kau bangunlah! Nanti kita pergi makan pizza ramai-ramai. Huu..terliurnya nak makan pizza.” Edlin selamba berceloteh sambil menuang susu melalui tiub.

“Wei, lama kau tak masuk kerja. Aku rindulah..” tiba-tiba suara Edlin berubah sendu. Air mata bertakung tunggu nak jatuh saja tetapi Edlin menahannya sedaya mungkin.

Dan, Adelia masih juga begitu. Masih dengan lena panjangnya.

“Suami kau datang tak hari ni, Del? Aku tengok suami kau, aku geram tapi dalam waktu yang sama kesian pula aku tengok dia, Del! Dah macam hero Hindustan berjambang. Tak terurus langsung!”  Edlin selamba mengutuk suami teman baiknya.

“Kalau aku jadi kau pun, mesti susah nak maafkan. Terpulang pada kau, Del! Tapi, kau kena bangun. Kau tak boleh lari macam ni.” membebel lagi si Edlin.

“Kau tengok badan kau ni..penuh lebam-lebam kena cucuk sana-sini. Bangunlah!” membebel tapi tangan sedang membetulkan tubing drip.

“Eh, aku nak balik dululah. Boring siot bila kau tak ada ni. Aku mati kutu, kalau tak..kita boleh keluar tengok wayang ke shopping ke.” Tak jemu Edlin berceloteh.

“Okay, Del! Aku balik, esok aku cuti. Kalau aku boring-boring kat rumah aku datang sini tengok kau, ya! Kau jangan lupa bangun tau!” bila berpuas hati teman baiknya dalam keadaan kemas dan terjaga Edlin ingin keluar.

Mulut Edlin terlopong melihat Dr Pasha betul-betul berada di muka pintu dengan wajah suram. Alamak! Terdengarkah ocehannya tadi? Edlin tayang  senyum buat-buat. Oho..mulut ni betullah!

“Dr Pasha..baru sampai ke?” saja berbasa-basi.

Anggukan lemah hero Hindustan berjambang itu sudah cukup buat Edlin kasihan. Tak larat nak beramah-tamah dah hero Hindustan ni. Tak apalah, faham..

“Dr Pasha..saya baru je bagi susu.  Diapers pun saya dah tukar. Okay, doc! Saya pergi dulu, ya!” beritahu Edlin sebelum beredar.

“Terima kasih, ya!” ucap Pasha dengan suara agak serak.

Adeh, kasihannya! Edlin tak boleh lama-lama nanti dengan dia sekali menangis karang.

“Tak apa, Adel kawan baik saya. Cuma, kalau Adel bangun, tolong jangan lukakan hatinya lagi.” pesan Edlin sebelum menutup pintu.


LULUH hati Pasha melihat Adelia terbujur kaku . Sudah masuk dua minggu isterinya tidak sedarkan diri. Adelia bergantung sepenuhnya dengan mesin ventilator dan ubat-ubatan. Sepanjang itu, Pasha sentiasa dirundung dengan perasaan bersalah sangat-sangat. Dia seorang yang benar-benar teruk.

“Abang terukkan? Apa yang abang dah lakukan ni? Abang buta, sayang..sungguh..abang buta..maafkan abang. Abang tahu ucapan maaf abang takkan mampu menyembuh luka di hati sayang. Tapi, abang tak tahu lagi. Jika nyawa abang jadi pertaruhan abang rela menggantikan nyawa abang untuk sayang. Bangunlah, sayang!” penyesalan sudah tiada gunanya sekarang. Mereka telah kehilangan anak mereka dan Adelia pula tidak sedarkan diri.

Teringat kembali detik-detik cemas di labour room. Pasha pejam mata kerana terasa amat perit bila teringatkan betapa teganya dia tidak mempedulikan isterinya dikala itu. Sungguh..dia seorang pengecut! Akui Pasha dalam getir. Seketika Pasha membelai rambut Adelia dengan lembut. Wajah pucat Adelia dengan mata tertutup membuatkan Pasha hampir menangis lagi di situ.

“Anak kita perempuan sayang..abang sempat iqamatkan anak kita sebelum dia pergi. Dia hanya sempat bertahan satu jam saja. Berat lahirnya hanya 1 kilo lebih.” Beritahu Pasha dalam sendu. Bayi mereka juga bertarung nyawa untuk menjenguk dunia namun Allah lebih sayangkan anak mereka. Walaupun telah diberikan bantuan pernafasan dengan ventilator bayi mereka masih tidak mampu bertahan.

“Sayang..anak kita comel sangat.” Air mata mengalir tanpa sedar. Terimbas di minda wajah anak perempuan mereka. Sangat-sangat comel dan kemerah-merahan. Pasha tidak dapat menahan dirinya lagi terus menyembam wajahnya ke dada Adelia yang kaku. Teresak-esak dengan penuh penyesalan.

“Abang tak layak dimaafkan! Anak kita..” tanpa malu Pasha mengongoi kesedihan.

“Abang rela tidak dimaafkan oleh sayang sampai bila-bila. Asalkan sayang bangun..tolong bangun, sayang..” rayu Pasha tidak peduli lagi dengan keadaan sekeliling.

Irfan merenung tanpa jiwa ke dalam bilik Adelia menerusi cermin kaca. Irfan nampak suami Adelia sedang menangisi Adelia yang belum sedarkan diri.   Tiba-tiba Irfan mendengus sambil mengepal penumbuk. Gigi diketap rapat. Asal nampak saja malaun seorang itu memang darahnya mencanak naik.

“Huh!” 


GITAR dipeluk rapat ke dada. Hatinya sunyi..Delia bangunlah..

Irfan humming suara perlahan sambil memetik gitarnya. Dengan sayu Irfan menyanyi dengan penuh perasaan..

Dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamu

Dalam hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tuju

Dan teringat janjiku padamu suatu hari pasti ku tepati

Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku

Walau ku tahu ragamu tak utuh

Ku terima kekuranganmu dan aku tak akan mengeluh

Karena bagiku engkaulah nyawaku

Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku..

Nyanyian Irfan tiba-tiba terhenti bila suaranya mula serak dengan sendu yang tak tertahan.

“Delia..please wake up..” air mata mengalir tanpa sedar.

2 comments:

  1. sedihnya akak.... first baca tu ingatkan cerita baru, ternyata Adelia hehehehe....

    ReplyDelete