BAB 4: DIA PEMILIK
CINTA AKU
EDLIN
letak
skuternya di barisan parking motosikal. Tak lama kemudian, Shasha pula tiba
dengan motosikalnya. Mereka berdua baru balik dari bekerja pagi. Sewaktu
berjalan ke arah Shasha, tiba-tiba sebuah kereta Honda CRZ berhenti di sebelah
Shasha. Edlin nampak Shasha berbual-bual dengan pemandu kereta mahal itu. Belum
sempat Edlin sampai ke tempat Shasha, Honda CRZ telah berlalu.
“Siapa tu?” tanya
Edlin.
“Oo..tu Dr Azrul, MO
ENT..” beritahu Shasha siap tersengih. Malu-malu..
“Bila masa kenal?” pelik,
masa bila pula teman serumahnya berdating dengan doktor? Selama mereka tinggal
serumah, tak nampak pula Shasha ni ligat keluar dengan mana-mana lelaki. Itu
yang buat dia terkejut!
“Baru kenal semalam,”
selamba.
Edlin buat muka
suspicious.
“Rileks la kak..semalam
pergi ENT hantar pesakit, Sha bagi fail pesakit sambil tu Sha selit call number
Sha,” terang Shasha tak habis tersengih dari tadi.
“Hah?” Edlin susah nak
percaya, biar betul Shasha ni, selamba gila!
“Rileks la
kak..untung-untung dia call Sha, paling tak pun kena tong sampah. Cuba nasib
aje..” mudahnya budak seorang ni berkata-kata. Mana perasaan malu seorang
perempuan?
“Biar betul Sha, tak
malu eh?” tak percaya sungguh!
“Buat apa nak malu, Siti
Khadijah isteri Nabi Muhammad yang mulakan dahulu perhubungan dengan nabi kita,
inikan kita umatnya. Cuba aje, lain-lain fikir kemudian..” memang tebal betul muka
tembok cina Shasha ni. Edlin tak terkata.
“Sha tak rasa mudah
sangat bagi call number kat lelaki?” perempuan yang mulakan dahulu seperti pergi mencari timba,
nampak tak elok di mata orang. Shasha pula begitu mudah memberi nombornya
kepada lelaki. Kalau terbagi kepada orang yang salah, yang berniat jahat
bagaimana? Tidakkah merbahaya?
“Call number aje, bukan
nombor mesin ATM, kalau bagi pun berapa sen sangatlah yang ada kat dalam tu,
kenapa nak susah sangat!” tak habis-habis dengan selambanya.
“Sha, kalau terbagi
pada orang yang salah bagaimana? Gila seks ke?”
“Kak, nak bagi pun
tengoklah dulu orangnya, macam Dr Azrul ni..” Shasha sengih lagi, teringat
kembali bagaimana dia begitu nekad memberi nombornya. Shasha benar-benar jatuh
hati melihat Dr Azrul mengagah, mengambil bayi berada di dalam babycot yang nak
dihantar ke NICU. Shasha perhatikan, doktor itu selamba memeluk, mencium bayi
yang baru ditemui di hadapan lif tanpa rasa malu biarpun ramai pelawat hospital
melihat telatahnya. Sweet gila! Sebab itu, bila terjumpa doktor itu di klinik
ENT tanpa rasa malu Shasha nekad. Jika jodoh sudah ditentukan..
“Kak..perasaan tu..bila
tiba masanya, akak akan tahu nanti,” ujar Shasha. Ada perkara tidak dapat
diterangkan, kena praktikal dahulu baru tahu.
Edlin jeda, cuba nak
faham tapi macam susah nak faham.
“AWAK! Awak! Ed..” Edlin pusing kepala, siapa yang sibuk panggil dia
di tengah-tengah alam macam ni. Kacau orang nak berjogging aje! Edlin pandang
sekeliling Tasik Putrajaya. Terus tegak lehernya tatkala terlihat doktor anaest
Adel. Doktor anaest Adel? Istimewa sungguh sleeping beauty seorang itu!
“Larh..doktor ke?!”
Edlin terkejut, boleh pula terjumpa doktor lemau seorang ini di sini. Dari riak
wajah terkejut bertukar riak curiga. Stalker ke apa ni? Selalu sangat
bertembung.
“Kat mana saya pergi
selalu terjumpa doktor, suratan atau kebetulan? Atau, doktor ni stalk saya..”
kata Edlin dengan keningnya diangkat sekali bersama renungan curiga.
“Anggap saja suratan
sebab saya memang tak stalk awak pun, saya pun pelik selalu sangat bertembung
dengan awak sejak akhir-akhir ini. Padahal, sebelum ni bertahun saya kerja
sebumbung dengan awak, saya tak perasan pun awak,” kata Irfan sewaktu mendekati
Edlin.
“Doktor perasan Adel
aje, kan!” Edlin mencebik, terasa siot! Iyelah, siapalah kita ni sampai nak
buat orang perasan, kan..
“Sorry awak..kehidupan
kita memang macam tu, kan..” Irfan mohon maaf.
“Hm..betul la tu..”
kenyataan hidup, kan..
“Kak Ed!” panggil
Shasha, baru sampai.
“Kawan saya dah
sampai,” Edlin tunjuk ke arah Shasha yang semakin mendekati mereka.
“Oo..” Irfan senyum.
“Siapa ni?” tanya
Shasha bila sudah sampai di depan mereka.
“Ni doktor kita jugak,
anaest!” beritahu Edlin.
“Ye ke, patutlah tak
pernah nampak, selalu dalam OT, kan, kenal Dr Azrul tak?” tanya Shasha dengan
ramahnya. Sempat pula bertanya pasal doktor telinga, hidung dan tekaknya. Edlin
mencebik. Angau kot!
“Dr Azrul, MO ENT tu?”
tanya Irfan balik.
“Ha, betul la tu!”
semangat Edlin mengiyakan pertanyaan Irfan. Sengih-sengih..
“Sama-sama housemanship
kat sini dulu, kenapa?” Irfan bertanya lagi.
“Dia baik, kan?!”
Shasha sengih, nampak gedik gila di mata Edlin. Huu..orang tengah angau, kan! Melotot
mata Edlin ke atas.
Irfan macam terkedu
sekejap sebelum kepalanya mencerna. Kemudian, tersenyum. Baru faham..
“Haah, baik sangat!”
Irfan iyakan saja. Dia tak rapat sangat dengan Azrul. Baik macam-macam tu aje.
“Ha, kan! Betul tak
cakap Sha,” riang sungguh Shasha bila lelaki dipuja dikatakan baik.
“Hm, iyelah..” Edlin
mencebik.
Irfan tumpang ketawa,
gelihati dengan telatah dua orang gadis itu.
“Lupa, ini Shasha,”
Edlin lupa nak kenalkan mereka berdua. “Teman serumah!” sambung Edlin.
“Saya Irfan,” Irfan
juga kenalkan dirinya. Senyum.
“Hai,” Shasha balas
senyum sambil tunjuk peace dua jari.
“Saya jogging dulu,
ya!” Irfan minta diri. Sudah hampir ke pukul tujuh, satu lap pun dia tak pusing
lagi.
“Kalau jumpa Dr Azrul
dalam OT kirim salam, ya!” pinta Shasha tanpa malu.
“Oh, boleh, boleh..”
Irfan ketawa, sempat lagi.
“Doktor seorang aje ke?
Mana isteri dan anak-anak?” Shasha sibuk bertanya lagi padahal tahu doktor itu
dah bersedia nak berjogging.
Edlin yang mendengar
buka mata luas-luas. Apasal sibuk sangat ni?
“Saya belum kahwin,”
jawab Irfan hampir nak tersedak mendengar pertanyaan gadis itu. Dia nampak
macam suami orang ke? Aduh..
“Tak percaya, semua
lelaki akan cakap macam tu bila jumpa perempuan comel, kan?” Shasha tunjuk jari
telunjuknya berkali-kali, tidak percaya.
“Saya akan cakap macam
ni juga kalau jumpa perempuan tak comel pun,” Irfan gelak kecil, kawan Edlin ni
banyak benar celotehnya. Menghiburkan, sampai niat nak berjogging pun terbantut.
“Doktor pergilah
jogging, jangan kisah pasal kami. Budak ni kalau dilayan, tak habis-habis!”
Edlin segan dengan perangai lepas laku teman serumahnya. Sejak bila, Shasha
selamba macam ni pun dia tak tahu.
“Tak apa, seronok juga
berbual macam ni,” Irfan senyum lagi.
Mereka rancak
berborak..
“Kak Ed, lupa nak tanya
pasal handphone akak. Saya call akak banyak kali tadi tak dapat, handphone akak
hilang ke?” tiba-tiba Shasha bertanya pasal handphonenya. Edlin kerutkan
dahinya. Sebab, Shasha tahu sangat kalau mereka berdua berjogging hanya dia
seorang yang bawa handphone. Shasha tak pernah bawa handphone katanya beratlah,
takut hilanglah. Handphonenya ada aje dalam poket. Handphone murah, kecil sikit
dari tapak tangan. Senang nak dibawa ke sana dan ke mari, tak macam handphone
sekarang, semua leper-leper dan besar-besar. Peredaran model handphone sekarang
dah kembali seperti zaman dulu-dulu,
besar-besar, cuma tak leper macam sekarang. Teringat model handphone
dulu-dulu, handphone botol air! Suka sangat bawak air dengan botol air
handphone tu dulu. Rindunya nak pergi sekolah balik.
“Ada la..” Edlin baru
nak seluk poket tapi cepat pula ditahan oleh Shasha. Lengannya dicengkam kuat.
“Cakap hilang, ada ke?’
Irfan juga sibuk bertanya.
“Apa la akak ni,
handphone hilang pun tak sedar,” lengan Edlin masih dicengkam kuat, mata Shasha
macam sesuatu. Edlin sungguh tak faham. Handphonenya ada aje, boleh terasa
dalam poket. Apa jadahnya, cakap handphonenya hilang. Tak fahamnya!
“Doktor tolong call
number Kak Ed, boleh? Kut la terjatuh kat sini-sini aje,” pinta Shasha
sungguh-sungguh. Semangat nak menolong kakak serumahnya yang telah kehilangan handphone.
Mulia sungguh!
“Ah, okey!” Irfan
setuju terus keluarkan smartphone dari dalam poket. “Call number berapa?” tanya
Irfan siap sedia nak mendail.
Belum sempat Edlin buka
mulut nak cakap handphonenya ada aje dalam poket, Shasha cepat pintas
memberikan nombornya laju-laju. Buat Edlin lagi tak faham!
“Saya call sekarang,”
Irfan tekan memanggil.
Kedengaran bunyi nada
dering kuat-kuat dari dalam poket Edlin. Buat Irfan dan Edlin terpinga-pinga!
“Terima kasih, doktor!
Ada kat dalam poket Kak Ed rupanya. Kenapa tak cakap awal-awal ada dalam poket?
Akak ni..susahkan doktor aje!” Shasha tepuk bahu Edlin kuat-kuat, selepas itu
ketawa.
Irfan juga ketawa.
Macam faham saja niat kawan serumah Edlin. Nakal tapi ideanya sungguh brilliant! Irfan geleng
kepala dalam ketawanya. Sungguh, dia terhibur. Hilang seketika perasaan
sedihnya bila teringatkan Adelia yang masih belum sedar.
“Shasha..” Edlin tak
puas hati. Kenakan dia atau apa ni? Tapi, nombor doktor anest itu sudah selamat
tersimpan kemas dalam memori handphone cabuknya. Teringat strategi Shasha
mengorat doktor telinga, hidung dan tekaknya. Edlin geleng kepala juga. Shasha,
Shasha..idea bengong sungguh tapi menjadi pula tu. Nak respek atau tidak ni,
nak terima kasih atau tidak ni?! Berkira-kira dalam hati.
Mereka berpisah,
selepas berborak lama. Irfan sudah menghilang dengan Ducati Monster merahnya.
Sudahnya, langsung tak jadi nak berjogging. Masing-masing sibuk berborak.
Edlin pusing kepala ke
arah Shasha, serentak itu juga tangannya ringan sekeh kepala Shasha kuat-kuat.
“Adoi!” Shasha mengaduh
sakit, apahal tiba-tiba kena sekeh ni?
“Sha buat apa tadi?
Malu akak tau,” baru dapat lepaskan perasaan tak puas hati yang tersimpan sejak
dari tadi.
“Apa akak ni..sakit
la..” Shasha gosok kepalanya yang terasa sakit sikit-sikit.
“Habis tu, handphone
akak ada aje tadi, kenapa cakap handphone akak hilang?” tanya Edlin.
“Akak ni, kepala tu
jangan lurus macam rambut kena rebonding, boleh..” kata Shasha. Mereka sudah
sampai ke motosikal masing-masing. Shasha terus naik motosikalnya.
“Apa?”
“Itu namanya strategi,
macam tak tahu akak suka kat dia, kan?” giat Shasha. Dari pandangan mata kakak
serumahnya dengan doktor anaest itu dah buat Shasha faham. Kak Ed ada hati
dengan doktor itu. Macam tak tahu!
“Akak ni slow
sangatlah, cuba kembangkan sikit otak tu,” selamba mengutuk kakak serumahnya.
“Sha, otak kau memang
bengong!” itu saja yang mampu Edlin kutuk. Geleng kepala, tetapi dalam hati
berbunga setaman pasal dapat nombor doktor anaest itu. Persoalannya, siapa nak
call siapa dulu? Perigi cari timba? Edlin keliru sedikit di situ.
“Yang penting bukan
suami orang, single! Lepas tu, call number pun dah ada, cuma tunggu akak aje. Guna
sebaik-baiknya peluang yang ada ni,” nasihat terejal seorang teman serumah.P/S: Please komen..haha..sunyi sepi..dgr bunyi cengkerik aje ni.. ;P
BEST NAK LAGI.
ReplyDeletesuke ed sempoi!shasha great idea!hehe
ReplyDelete