Tuesday, 15 May 2012


BAB 5: Di Penghujung Cintaku..Adelia


Hari minggu yang indah..Nik Pasha menghirup udara pagi yang dingin lalu menghembuskannya perlahan-lahan. Segar. Hari ini dia berpakaian sut lengkap seperti seorang pelumba motorcross. Dia menyarung glove kulit di kedua belah tangannya. Helmet fullface jenama Arai dipakai. Motosikal motorcross Kawasaki KLX150S ditunggang. Dia memacu keluar perlahan-lahan jentera dirt bike itu menghala keluar jalan. Apabila berada di jalan besar dengan penuh keyakinan jentera itu dipacu laju. Berdesup melalui celah-celah kenderaan di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MMR2). Hanya satu perkara yang bermain difikirannya supaya mahu segera tiba ke destinasi yang bakal di tuju. Tak sabar! Dia pasti rakan-rakannya sedang menunggu di Trek Kemensah. Tekaannya ternyata benar rakan-rakan dirt bike sedang menanti dengan suasana riuh rendah dengan jentera masing-masing. Kelihatan dari jauh rakan-rakannya sedang asyik menguji skil-skil kemahiran yang ada pada mereka. Nik Pasha sudah dapat membayangkan keseronokan rakan-rakannya menguji kemahiran permotoran motorcross mereka di trek seluas lebih satu hektar itu.


Orang 'kuat' sudah datang. Apalagi bro takkan nak tengok saja kot!” usikan seorang rakannya bernama Kota membuatkan diri berasa tercabar. Oh,tengok saja ye! Hm..nanti aku tunjuk skill baru ternganga semua orang. Nik Pasha sekadar tersengih. Chill! Belum tiba waktunya lagi.


Chill bro! Jap-jap lagi turn aku tunjuk skill kasi ternganga semua orang.” ujar Nik Pasha sambil membuka helmet di kepala. Dua tiga orang gadis yang berada bersama mereka bukan main asyik memandang Nik Pasha tanpa berkelip. Maklumlah jejaka kacak terhangat dipasaran. Kota mencebik. Nik Pasha sekadar tersenyum kacak ke arah kumpulan gadis itu. Saja tunjuk macho. Rakan-rakan kelab dirt bike yang ada di situ makan hati berulam jantung melihat cikaro yang cantik-cantik dan comel-comel tanpa segan silu tergedik-gedik menayang body masing-masing ke arah Nik Pasha. Konon bersaing siapa yang lebih cantik dan mengancam. Sebelum Nik Pasha sampai bukan main lagi cikaro sekelian itu mengendeng dan menggesel mereka. Sekali Nik Pasha datang semuanya angkat kaki ke tempat Nik Pasha. Semua cikaro berlumba-lumba cuba menarik perhatian lelaki itu. Mana tak hangin!


Tengok! Kan main gedik lagi cikaro tu ushar kau. Hii..tak malu langsung!” meluat pula Kota melihatnya. Nik Pasha cuma mengangkat kedua belah bahunya. Malas hendak mengambil tahu. Tujuan dia datang ke sini nak release tension di trek. Cikaro-cikaro tiada dalam senarai. Lagipun cikaro yang gedik-gedik itu bukan taste dia. Buat cuci mata yang masih bersisa dengan perasaan mengantuk menggantikan kafein pun jadilah. Cun-cun semuanya tetapi sayang harga diri mudah dijual beli. Nik Pasha masih berpegang kepada agama dan prinsip. Skandal. Dadah. Arak. Say NO!!!


Jomlah,test power!” kata Nik Pasha lantas helmet di sarung di kepala. Kawasaki KLX150S itu dihidupkan enjinnya. Mengaum deruman enjin membingitkan telinga. Waktu untuk beraksi telah tiba. Nantikan semua kehebatan aku. Tanpa berlengah Nik Pasha memulakan aksinya. Dia memulas pendikit minyak jenteranya dan mula menjalar di atas trek. Seakan satu kepuasan pada dirinya apabila menunggang pada kelajuan tinggi melepasi selekoh tajam disamping melakukan beberapa aksi lompatan di udara. Padanya,sukan ekstrem berlitarkan jalan tanah dan debu itu merupakan permainannya sejak berumur 15 tahun lagi. Sukan motorcross bukan sahaja memerlukan keberanian malah melibatkan kemahiran mengawal motosikal. Ia penting bagi membolehkan dirt biker sepertinya berhadapan dengan rintangan seperti laluan berbukit,tidak rata dan berlumpur. Balik ke rumah dengan keadaan selekeh terpalit debu,tanah dan lumpur membuatkan mamanya dah resistance. Nik Pasha tahu mamanya bengang tapi apa boleh buat dah hobinya begitu. Kalau hujan lagi best dan lagi best bila mata mama menjegil garang padanya tatkala melihatnya di muka pintu. Berlumpur sampai ke muka. Dua biji mata aje yang berkelip-kelip dengan gigi putih tersusun cantik tersenyum melihat mamanya. Peace No War! Dah ini addict aku. My passion..


Di satu sudut yang lain..



Show off betul!” Kota menjuih bibirnya pada aksi Nik Pasha yang sedang melompat bukan main tinggi lagi mengalahkan lompatan dirt biker yang lain. Rakan-rakan kelab yang ada di situ cuma memandang iri pada kemahiran Nik Pasha yang hebat. Cikaro yang ada di situ apalagi bukan main gedik bertepuk tangan. Sudahlah masing-masing pakai baju macam balut sarung nangka. Siap terangkat-angkat menampakkan pusat. Jelik pula Kota melihatnya. Perempuan macam inilah jangan harap hendak dijadikan isteri. Buat stok touch and go bolehlah. Darjah menyampahnya rasanya dah sampai ke tahap apa pun tidak tahu.


Dah lama Kota memendam perasaan tidak puas hati dan dengki dengan Nik Pasha. Kota merasakan lelaki bernama Nik Pasha itu terlalu banyak keistimewaan, kelebihan dan keberuntungan. Kacak. Tahap IQ nya tinggi. Kategori pelajar terpintar di sekolah. Keluarga pun dari yang 'ado-ado' juga. Dan yang paling membuatkan Kota cemburu adalah Chempaka Rania. Gadis cantik dan pintar malah paling popular di sekolahnya tidak terkecuali juga tertarik dengan Nik Pasha. Chempaka Rania adalah pujaannya sejak ditingkatan satu lagi. Berbagai cara dia telah lakukan untuk menambat hati Chempaka Rania tetapi hampa. Terus terang Chempaka Rania memberitahu Kota yang gadis itu terlalu meminati Nik Pasha. Kecewa dengan penolakan Chempaka Rania membuatkan Kota terlalu sakit hati dan berdendam dengan Nik Pasha. Kota mengetap bibir.


Tak boleh jadi ni! Aku pun power jugak!” enjin motosikalnya dihidupkan. Helmet disarung pantas. Sesaat berdesup motosikal Kota menjalar ke trek. Dengan lajunya dia menyaingi Nik Pasha sambil membuat lompatan di udara seberapa tinggi yang boleh. Aku pun tererlah!


Woi,tercabar nampak!” jerit Nik Pasha dalam suasana bising dengan bunyi motosikal yang mengaum kuat. Kota cuma membuat thumbs up dan angkat kening double jerk. Huh! Berlagak eh..


Nik Pasha memulas pendikit minyak lantas memacu enjinnya menuruni laluan berbukit dan berhenti betul-betul di laluan rata yang berselut. Mengaum-ngaum motosikalnya menanti tuannya memulakan skil lompatan yang paling hebat. Seperti yang dijangka Nik Pasha membuat lompatan tinggi tetapi tidak berhenti begitu sahaja malah diteruskan lompatan berkali-kali bila melalui perbukitan kecil-kecil. Melantun-lantun motosikal Nik Pasha dan kesudahannya dengan lompatan yang paling tinggi yang tidak pernah dibuat dirt biker yang lain. Sungguh terer! Kota lagi tercabar dengan skill Nik Pasha yang terlebih advance itu. Lantas dia pun turut sama melakukan seperti gaya Nik Pasha tetapi dengan sikap terburu-burunya membawa padah. Terperusuk motosikalnya di dalam lumpur. Terjatuh tanpa sempat membuat apa-apa lompatan hebat tetapi tersungkur malu bertemankan selut. Kota geram sambil menyepak lumpur dengan kuat. Kemudian dia terus mengangkat motosikalnya. Kota menyorot pandang mencari kelibat Nik Pasha. Kelihatan dari jauh Nik Pasha pula dikerumuni cikaro gedik melampau menambahkan lagi tahap sakit hati pada lelaki itu. Tunggulah..jangan ingat kau sorang je hebat dalam dunia ini. Kota menyimpan dendam. Hasad dengki beraja dihati.


Makan selutkah bro?! Chill..practice make perfect!” Nik Pasha menepuk bahu Kota dengan harapan Kota tidak putus asa mencuba gayanya tadi. Kata-kata Nik Pasha membuat hati Kota bertambah panas. Berlagak betul! Jaga kau! Nanti aku kenakan kau cukup-cukup. Kota sengih menutup segala yang terbuku di dada. Nik Pasha menyambung semula perbualannya dengan cikaro-cikaro gedik yang tidak pernah putus asa mencari perhatian Nik Pasha yang serba-serbi hebat. Wajah kacak. Bergaya. Mempesona.


Kota gigit bibir. Dah lah Chempaka Rania pun kau rembat. Cikaro gedik pun kau nak sapu. Nik Pasha harus diajar. Berdendam..


Seperti biasa Nik Pasha pulang dengan rupa yang terlampaulah comot dan selekeh. Maria cuma mampu menggelengkan kepalanya beberapa kali. Nik Pasha tidak terus masuk ke dalam rumah tetapi menjerit pada bibik supaya mengambil tuala. Sambil menanti bibik membawa tuala yang diminta Nik Pasha membuka paip air di laman dan menyiram badannya yang dipenuhi dengan pasir dan lumpur. Bila dia puas hati ke seluruh badannya telah bersih dari lumpur yang melekat. Nik Pasha membuka satu persatu pakaiannya kecuali seluarnya sahaja. Terpampang bentuk badannya yang kelihatan maskulin. Titik-titik air yang melekat pada tubuhnya membuatkan diri Nik Pasha bertambah seksi. Tuala pada tangan bibik diambil. Bibik nampak tersengih-sengih melihat anak muda ganteng seperti Nik Pasha menunjukkan bentuk badannya. Waduh..bisa cair bibik dibuatnya. Mencicit bibik masuk ke dalam rumah tidak tahan matanya melihat panorama seksi. Nik Pasha selamba melilit tuala pada pinggang lantas menarik seluar yang basah. Kini,Nik Pasha hanya mengenakan tuala sahaja. So..seksi..


Dengan bertuala melilit dipinggang Nik Pasha selamba mencuci motosikal kesayangannya yang comot dan kotor. Tekun menjirus air sabun pada motosikal dan menyental kekotoran pada rim dan tayar. Kasi kilat-kilat. Sesiapa yang lalu lalang di hadapan rumah lelaki itu tertoleh-toleh hatta lelaki yang lalu pun turut menoleh. Perempuan lagilah sekali terpadang terus mencair macam ais krim. Ada yang tanpa segan bersuit-suit. Nik Pasha sekadar tersenyum. Malas hendak melayan perangai perempuan sekarang yang terlalu berani. Santun perempuan melayu terakhir sudah tiada di dalam kamus hidup mereka. Sorrylah..nak berkenan.


Adelia yang baru pulang dari rumah Karina terkejut cimpanzi jugalah melihat Nik Pasha di laman hanya dengan bertuala. Lelaki itu kelihatan begitu leka membelek motosikal motorcrossnya. Sekejap bangun sekejap duduk. Entah apa yang dibelek kusyuk benar. Teragak-agak Adelia hendak melintas di hadapan Nik Pasha. Segan. Dengan kepala menunduk Adelia berjalan cepat-cepat. Jantungnya melantun bukan main laju lagi. Sikit lagi nak tembus keluar dari dinding dada. Berdebar. Sambil itu sempat pula terngiang-ngiang di telinga Adelia lagu Makhluk Tuhan Paling Seksi siap dengan yang ahh..ahh..tu..meremang bulu roma Adelia lebih-lebih lagi ketika berlalu di hadapan Nik Pasha. Rasa nak terbang terus sampai ke bilik. Auntie, pleaselah tolong ajar anak teruna Auntie ni dress code kat depan rumah seperti yang selayaknya. Pakai kain pelikat pun memadai dah. Bukan macam ni. Ini penderaan pancaindera nih. Ishh..zina mata ni. Adelia beristighfar banyak kali.


Nik Pasha terpandang Adelia yang berjalan laju di hadapannya. Terangkat kening lelaki itu melihat telatah Adelia. Kena sampuk apa? Jalan macam tidak cukup tanah. Nik Pasha mencebik. Tiada perasaan. Selamba meneruskan kerjanya membelek motor tak habis-habis.


Sampai saja di dalam bilik Adelia menarik nafas lega. Show off betul! Tak segan langsung tayang body. Konon seksi sangatlah tu. Adelia mencebik meluat. Beg galas di baling selamba ke atas katil dan dengan dirinya sekali dia baling ke atas katil. Terus landing cantik. Kemudian dia meletakkan kedua belah tangannya di belakang kepala. Mata menatap siling tetapi wajah Nik Pasha pula yang menjelma. Sebenarnya bukan sekadar wajah tetapi badan Nik Pasha yang tough dan maskulin terhidang di depan mata. Ulang tayang balik keperkasaan badan lelaki itu yang menggetarkan jiwa. Serentak itu datang kembali lagu Mulan Jamilah eh..Jameela dengan tonenya yang seksi ahh..ahh.. Adelia cepat-cepat menggelengkan kepala. Kemudian menepuk kedua belah pipinya supaya cepat sedar. Panas di pipi dapat dirasakan ketika ini. Blushing gila-gila.


Adelia tersengih bila teringat Nik Pasha dan motosikalnya. Teringat karektor Azroy di dalam filem Gila-Gila Remaja. Ku jejak..jalan yang berliku..siap menyanyi di dalam hati. Hehe..Faizal Hussein teramatlah hensem di dalam filem itu maklumlah tengah budak-budak lagi waktu itu. Mat rempit zaman 80-an. Siap merajuk bawa diri sambil bawa motorcrossnya jalan jauh-jauh. Siap jenguk Rosyam Nor dipenjara bagai. Rosyam Nor pun boleh tahan cute giler. Hehe..kumpulan gagak hitam. Memang tak boleh blah. Kih..kih..kih..hilang terus bayangan seksi Nik Pasha bila diganti dengan bayangan hero Azroy. Nik Pasha..Azroy..Nehh..











BAB 4:  Di Penghujung Cintaku..Adelia

Eh,Yaya! Balik dengan siapa pula tu?” Auntie Maria menyelak langsir dari dalam rumah apabila mendengar bunyi deruman kereta di hadapan rumahnya. Nik Pasha yang sedang menonton televisyen memandang mamanya. Nik Pasha tidak sabar menunggu info dari mamanya yang masih memerhati Adelia di luar rumah dengan entah siapa. Nik Pasha dalam diam berminat juga hendak tahu. Maria mengecilkan matanya untuk melihat siapa yang menghantar Adelia pulang dari tuisyen. Dari jauh Maria melihat seorang lelaki muda yang berumur lebih kurang 25 tahun mungkin lebih umurnya Maria cuma mengagak. Handsome juga orangnya macam ada iras-iras Remy Ishak hero drama Nur Kasih. Berbual mesra dengan Adelia sebelum Adelia masuk ke dalam rumah. Maria kurang senang melihat keakraban Adelia dengan lelaki itu. Risau impiannya untuk menyatukan Nik Pasha dan Adelia tidak kesampaian. Harapannya tinggi.


Ada lelaki hantar Yaya pulang. Handsome jugak orangnya,ada iras-iras Remy Ishak.”ujar Maria. Nik Pasha dan Nik Airil yang berada di situ mendengar kata-kata mama mereka. Airil yang lincah cepat-cepat pergi ke tempat mamanya berdiri dan terus menyelak langsir.


Haahlah..macam Remy.” jerit Airil. Nik Pasha agak tersentak. Hippo macam itu pun ada lelaki yang berkenan. Buta apa?!! Cemuh Nik Pasha. Tak puas hati.


Shh..Yaya datang!” cepat -cepat Maria dan Airil meluru ke arah sofa dan duduk. Berlagak seperti biasa. Adelia masuk dan duduk di sofa. Dia tersenyum memandang Auntie Maria yang pada pandangannya kelihatan aneh sedikit. Ada hal apa agaknya? Pelik je aku tengok mereka semua ini.


Ada apa,Auntie?” soal Adelia bila semua orang memandangnya dengan semacam.


Siapa hantar Yaya tadi?” soal Maria pula tanpa menjawab soalan Adelia. Maria curious hendak tahu. Teman lelaki Yayakah? Tidak pula Adelia bercerita sebelum ini.


Oh,yang tu Cikgu Syam guru tuisyen Yaya. Dia ajar add math. Baik orangnya auntie,selalu tolong Yaya.”jelas Adelia. Wajahnya berseri-seri bila bercerita tentang guru tuisyen itu. Riak wajah Adelia membuatkan Nik Pasha tidak senang hati. Tergugat.


Dah tentu kena tolong namanya dah guru tuisyen.” kata Nik Pasha sinis. Adelia cuma mencemik mendengar kata Nik Pasha.


Yeah..you're right! Yaya naik dulu auntie. Nak mandi.” Adelia meluat dengan perangai setan gondol yang tidak habis-habis menyakitkan hatinya. Adelia cuma pandang Nik Pasha sekilas sebelum dia menapak ke tingkat atas. Malas hendak melayan. Dia seboleh-bolehnya mahu mengelak dari bertembung dengan Nik Pasha sejak dari kejadian di kamar tidurnya. Adelia tidak mahu dirinya dicop terhegeh-hegeh pula. Tak kuasa.


Pasha,boleh tak berlembut dengan Yaya. Buka mata Pasha tu. Yaya ada kelebihannya sendiri. Jangan tolak permata yang dah ada di hadapan mata Pasha.” nasihat Maria bila melihat anak lelaki bujangnya tidak habis-habis menyakat dan menyakiti hati Adelia menantu pilihan.


Apa mama ni! Tak habis-habis nak promote hippo tu kat Pasha. Pasha tak sukalah mama. Tak berkenan. Bukan taste Pashalangsung.” balas Nik Pasha. Dia yakin yang dia langsung tidak menyukai budak gedempol itu. Bulat macam kuih donat. Sorry..


Sooner or later you will know Pasha! Jangan time tu Pasha menyesal sudah bila Yaya berpaling pada yang lain. Hati perempuan sekali di sakiti susah hendak dilupa.” Maria menepuk bahu Nik Pasha sebelum beredar. Nik Pasha terdiam.

Adelia termenung di jendela biliknya memandang keluar. Hisyam, guru Add Mathnya yang handsome terlintas di fikiran. Lelaki itu baik orangnya,selalu menolongnya di dalam pelajaran add math dengan sabar walaupun dia begitu payah hendak faham. Adelia tercuit hati juga dengan gurunya itu tetapi tidaklah sampai terjatuh hati. Adelia tahu tahapnya sampai mana. Tidak sesuai untuk bercinta pada saat genting seperti sekarang. SPM sudah semakin hampir. Ayah nampaknya berharapan tinggi supaya dia lulus yang membolehkan Adelia melayakkan dirinya ke menara gading. Jadi,harapan ayah tidak akan di sia-siakan. Guru add math itu juga tidak mungkin suka akan dirinya. Tetapi,perhatian guru muda itu selalu tertumpu pada dirinya mungkin pasal aku slow sangat nak faham kut. Ah..jangan perasanlah! Adelia menyedapkan hati.


Nik Pasha juga sedang termenung juga di jendela. Kata-kata mamanya terngiang-ngiang di telinga. Hari-hari telinganya asyik di sogok dengan nama Adelia. Mama tidak pernah bosan supaya dia selalu merapatkan dirinya dengan budak poyo itu. Masalahnya dia tidak suka dan tidak berkenan langsung dengan hippo gedempol itu. Bukan citarasanya. Jauh sekali. Akhir-akhir ini, hatinya selalu membuat perkara bertentangan dengan dirinya. Perkara yang paling dia tidak percaya boleh pula dia dengan selamba memeluk budak hippo itu, pada hal dia tahu hippo tidak sengaja terpeluk dirinya dan dia pula dengan sengaja memeluk hippo. Dan,yang paling dia pelik hippo dah tak macam hippo lagi. Macam..dah kurus sedikit agaknya. Stress hendak SPM barangkali sampai kurus jadinya tapi Nik Pasha yakin habis SPM hippo akan kembali gedempol lagi. Iyelah..dah lalu makan SPM sudah selesai. Sekejap je tu. Tak habis-habis Nik Pasha mengutuk di dalam hati.


Tiga hari lagi SPM akan ditempuhinya seakan medan peperangan yang dahsyat yang terpaksa di lalui. Adelia dan Nik Pasha kelihatan serius menelaah dan mencari soalan spot SPM yang mungkin bakal keluar. Adelia masih berusaha walaupun tahap mindanya perlahan tetapi dia cukup berusaha. Nik Pasha pula ternyata pelajar yang bijak cuma perlu mencari soalan spot yang dia telah diagak akan keluar. Dia pelajar kesayangan guru di sekolah kerana kepintaran otaknya. Sentiasa berada di tempat yang pertama tidak kira pelajaran atau pun sukan. Seimbang.


Hello,cikgu! Saya tengah jawab soalan add math ni. Tapi,pening la cikgu. Ada yang tak faham.”rungut Adelia sebaik saja menerima panggilan telefon dari Cikgu Hisyam. Guru muda itu tergelak mendengar rungutan Adelia. Gadis comel itu selalu mencuit hati lelakinya.


Apa yang tak faham ni,Adel?” soal Hisyam mesra.


Pakai formula yang di beri pun Adel tak dapat nak jawab. Susahlah.”rengek Adelia. Hisyam tergelak lagi.


Susah ye! Nak cikgu pergi rumah Adel tak? Nanti cikgu boleh ajar soalan yang Adel tak tahu.” tawar Hisyam. Sebenarnya dia teringin hendak bertemu Adelia. Sudah agak lama tidak berjumpa Adelia. Rindu pula rasanya.


Datang sini?!! Nak! Nak! Cikgu datang sekarang ye. Nanti Adel beritahu Auntie Maria cikgu nak datang.” Gembira hati Adelia mendengar Cikgu Hisyam hendak datang ke rumah.


Tunggu cikgu datang tau. Okay,cikgu nak siap-siap ni.”


Okay,cikgu! Adel tunggu.” segera talian di tamatkan dan dengan tangkas dia melompat bangun. Hati gembira bukan kepalang.

Adelia berlari turun ke bawah pergi mendapatkan Auntie Maria yang sibuk mengadun kek coklat di dapur.


Auntie,nanti Cikgu Hisyam nak datang. Dia nak tolong Yaya study.”ujar Adelia agak tercungap-cungap. Maria agak terpaku. Adelia dan guru muda itu kelihatan agak rapat sekarang. Perkara yang kurang menyenangkan bagi Maria. Dia perlu lakukan sesuatu supaya Nik Pasha dan Adelia harus disatukan. Nik Pasha pun satu. Anak sulung lelakinya itu sebenarnya telah terpaut hati pada Adelia tetapi berdegil tidak mahu mengakuinya. Naluri ibu kuat mengatakan Nik Pasha sebenarnya sudah terpikat dengan Adelia. Dalam pelajaran Nik Pasha sentiasa mendahului semua rakan sebayanya tetapi soal hati terlalu ke belakang. Maria mengeluh.


Eh,auntie buat kek coklat ya! Bestnya,boleh makan dengan Cikgu Syam nanti. Bolehkan,auntie?” ujar Adelia ceria. Tidak sabar menunggu cikgu pujaannya datang. Lelaki satu-satunya yang melihat dirinya.


Apa kecoh-kecoh ni?” muncul makhluk Tuhan yang paling Adelia alergik. Nik Pasha tiba-tiba muncul di dapur. Adelia menyampah betul. Dia patut beredar dengan cepat sebelum si mulut puaka itu membuka mulut yang bisa menyakiti hatinya lagi. Dia dah tak sanggup. Dan yang pasti Adelia sebolehnya mahu mengelak dari Nik Pasha. Nanti dikata tersua-sua pula.


Cikgu tuisyen Yaya nak datang kejap lagi.”beritahu Maria. Wajah anak lelakinya di tilik dalam-dalam. Riak wajah Nik Pasha agak berubah sedikit tetapi di tahan agar tidak kelihatan yang dia berasa kurang senang bila mendengar omongan ibunya. Naluri ibunya tidak silap menilai. Tahu pula jealous! Hai..


Oh,ingat siapa nak datang tadi. Kalau Fasha Sandha yang datang kecoh tak apalah juga.” cemuh Nik Pasha seperti selalu. Adelia yang dapat mengagak persepsi Nik Pasha sekadar mencebik. Dengkilah tu. Ingat kau seorang lelaki di dalam dunia ini. Ada lagilah lelaki, malah cukup sempurna. Macam Remy Ishak lagi. Teringat kembali kata-kata Nik Pasha yang bersungguh menyuruh dia supaya jangan sukakan dirinya dan jangan jatuh hati padanya. Geram bila teringat balik kata-kata lelaki itu. Berlagak betul.


Klon Remy Ishak yang datang,okay what?”seloroh Maria. Sengaja dia berlawak melihat situasi agak tegang kala itu.


Poyo je! Remy Ishak konon.” cemuh Nik Pasha lagi. Perasaannya berasa semacam. Hatinya berdetak tidak mengikut rhythm yang sepatutnya. Gusar.


Aku lupa yang kau ni kan Mr Perfect. Boring!” Adelia mencebik dengan wajah yang dibuat-buat poyo. Mengejek Nik Pasha yang selalu berlagak dialah hebat dan bagus di dalam dunia ini.


Okay,what! Dari jadi macam kau LOSER!!!” Nik Pasha membalas sambil jarinya di buat L. Perkataan looser di tekan supaya Adelia bengang gila dengannya. Nik Pasha mengulang perkataan looser itu berkali-kali. Mengejek Adelia dengan muka dibuat berbagai ragam.


Shut up!!” jerit Adelia bengang. Terlalu bengang. Tadi ingat hendak menjauhkan diri secepat mungkin tetapi pantas benar Nik Pasha memulakan langkah menyakiti hatinya.


You..still LOSER!!!” balas Nik Pasha hampir menjerit juga. Keadaan menjadi tidak terkawal. Adelia geram tahap gaban. Tahap kesabarannya menipis. Adunan kek Auntie Maria yang berada di atas meja di ambil. Dengan cepat dia meluru ke arah Nik Pasha. Serentak adunan kek yang berada di dalam loyang pembakar di humban ke muka Nik Pasha. Habis muka Nik Pasha terkena adunan kek coklat ibunya. Maria terkejut besar dengan tindakan Adelia. Mulutnya ternganga. Adelia pula tersangat berpuas hati dapat melakukan perkara tersebut.


Nik Pasha terkesima tetapi tidak lama. Tepung kek yang berada di atas meja di ambil dan dengan pantas di baling ke arah Adelia. Tepat ke muka Adelia. Dah jadi tepung gomak muka Adelia ketika itu. Adelia bertambah geram. Sepapan telur yang berada di atas meja di ambil dengan pantas. Peperangan tidak dapat di elakkan. Maria tidak dapat berbuat apa-apa. Sekadar memerhati mereka berdua yang bertindak di luar kawalan. Alamak! Macam mana
hendak menahan mereka berkelakuan seperti orang hendak berperang ini. Maria buntu.


Jaga kau,Pasha! Kau rasa telur ni pulak!” serentak itu telur di baling ke arah Nik Pasha. Pap! Tepat ke muka. Bau hanyir telur meloyakan tekak Nik Pasha. Dia berlari keluar. Adelia mengikuti Nik Pasha dari belakang. Sebiji telur lagi hinggap di belakang kepala Nik Pasha. Lelaki itu kelam kabut melarikan diri. Adelia lagi galak membaling telur ke arah Nik Pasha. Pap! Pap!


Nak perang pergi keluar rumah.” jerit Maria bimbang rumahnya berantakan dengan peperangan mereka berdua. Biarlah mana tahu mula-mula berperang nanti bercinta pula. Mungkin itu cara mereka berkomunikasi. Terima sajalah. Maria berfikiran positif. Nampak lucu juga mereka berdua itu. Comel. Tapi yang parah nanti bibiklah yang kena mengemas.


Waduh! Waduh! Bisa terbalik rumah ini ibu.” Bibik menepuk dahi berkali-kali pening melihat sekitar rumah yang berantakan. Maria cuma tersenyum sambil menjungkit bahu. Bibik dah berlari mendapatkan mop di dapur. Ini anak-anak bikin ribut saja! Omel Bibik geram.


Mereka berlari sampai ke halaman rumah. Adelia mengejar Nik Pasha sambil membaling telur. Nik Pasha berlari sambil menyorok di belakang pokok mangga di hadapan rumahnya. Tidak boleh jadi ni asyik aku yang kena sejak dari tadi. Nik Pasha mencari akal. Sambil itu dia terpandang hos paip air di tepi dinding rumah. Dengan lagak seperti tentera yang tidak mahu terkena bidikan peluru di medan perang. Nik Pasha merangkak seperti ada kawat duri di belakang badannya meluru ke arah hos paip air. Dramatis betul lagaknya. Apabila tangannya dapat mencapai hos paip air dengan geram dia membuka air dan menghala ke arah Adelia. Hos paip air itu di tekan supaya dapat mengeluarkan air yang kuat menyembur badan Adelia. Terjerit-jerit gadis itu menahan dirinya di sembur air. Habis basah seluruh badan. Adelia semakin geram dia cuba mendapatkan Nik Pasha dan cuba merampas hos paip air di tangan Nik Pasha. Mereka berebut sambil berguling-guling cuba merampas hos paip air. Nik Pasha menolak badan Adelia yang berusaha mendapatkan hos paip air di tangannya. Air di sembur ke muka Adelia. Hampir kelemasan Adelia dengan semburan air di mukanya. Terbatuk-batuk Adelia tertelan air paip. Mau sakit perut terminum air tak masak. Adelia tidak mahu mengalah dia bangun dan bertindak melompat ke arah Nik Pasha sambil memegang tangan Nik Pasha yang memegang hos paip air. Tindakan Adelia menyebabkan Nik Pasha jatuh terlentang dan Adelia sedang berada di atas badannya. Wajah mereka hampir. Tangan Adelia masih berusaha merampas hos paip air di tangan Nik Pasha. Mereka berdua terlalu sibuk berebutkan hos paip air sampai terlupa dengan keadaan mereka yang extreme. Maria yang melihat dari beranda rumah terkekeh-kekeh ketawa. Ditangannya ada kamera video. Setiap perlakuan mereka berdua dirakam. Lucu betul mereka berdua. Comel.
Tak marah pula melihat aksi terlampau budak-budak itu. Tak apa nanti-nanti halal juga.


Lepas! Cepat lepas! Nanti aku cium kau baru tahu.” ugut Nik Pasha masih tidak mahu melepaskan hos paip air. Sorry la kalau nak aku mengalah. Satu badan dah bau telur ni. Jangan harap nak rebut dari aku. Dia pegang kuat.


Tak nak! Nak kena sepak dengan aku cubalah.” masih berusaha merampas hos paip air di tangan Nik Pasha. Aku pun tak nak mengalah la. Sorry..Siap nak ugut bagai. Tak lut ugutan kau tu la. Cubalah kalau nak tengok aku mengamuk macam orang gila.


“Kau ni degil betullah!” Nik Pasha nekad mereka berdua perlu berhenti berebut benda bodoh ini. Nik Pasha melepaskan hos paip air itu dengan tiba-tiba menyebabkan Adelia jatuh berdebuk di atas dada Nik Pasha dengan tangannya yang memegang hos paip air di atas kepala Nik Pasha. Betul-betul bersusun sudu kedudukan mereka. Wajah mereka berdua dengan tidak sengaja bersentuhan. Bibir Adelia bertemu hujung bibir Nik Pasha walaupun sentuhan sedikit di bibir tetapi consider seperti bercium. Malah bibir Adelia melekap penuh di pipi Nik Pasha. Apalagi,bulat betul mata Adelia memandang mata Nik Pasha. Seperti drama korea yang selalu di tontonnya di televisyen. Sesaat pipi Adelia blushing gila-gila punya. Malu toksah kiralah.


Nick pula lagilah terkejut tidak pernah seumur hidup dia bercium hari ini sejarah terlakar. First kiss sepatutnya berlaku dengan perempuan yang dia cintai, yang menjadi isterinya yang sah tetapi dengan hippo poyo ini pula. Aduh..Bingai betullah hippo ni.


Weh,yang sepatutnya kena sepak kaulah. Suka hati cium aku!” marah Nik Pasha. Tanpa diduga oleh Adelia serentak itu Nik Pasha menyepak punggung Adelia. Tak kuat tapi berkali-kali Nik Pasha menyepak punggung dan kaki Adelia. Asal boleh Nik Pasha terus menyepak. Adelia menjerit sambil melindungi punggungnya dari terkena sepakan.


Sudahlah tu! Sakitlah!” jerit Adelia. Mencicit Adelia melarikan diri. Nik Pasha tidak peduli dengan jeritan Adelia. Masih mengejar. Semput Adelia asyik berlari macam nak masuk lumba lari,lompat pagar gaya mereka berdua berkejaran.


Aku tak kira! Sapa suruh kau cium aku. Suka hati kau je. Gatal boleh tahan jugak kau ni hippo! Tak padan dengan hippo!” Nik Pasha menuduh. Adelia berhenti melarikan diri. Ini sudah lebih. Adelia bercekak pinggang.


Weh,ingat aku hadap sangat nak cium kau ke?!! Yang kau lepaskan hos air tiba-tiba tu kenapa? Mana tak tercampak aku kat kau.” ingat aku suka sangat dapat bercium dengan dia agaknya. Nanti aku gosok gigi kuat-kuat biar hilang kesan ciuman yang masih dapat dirasakan melekat dibibirnya. Wekk!! Adelia mencebik geram. Pandangan mata Nik Pasha di tentang berani. Ingat aku takut! Adelia masih bercekak pinggang. Nik Pasha tetapkan pandangannya pada Adelia. Mereka berdua bertentangan mata dengan wajah bengis. Masing-masing tidak mahu mengalah.


Ketawa mama di beranda begitu kuat sekali kedengaran menyebabkan mereka berdua mengalih pandangan serentak ke arah wanita ayu yang sedang ketawa terbahak-bahak. Di tangan mamanya ada kamera video dan sudah pasti peristiwa tadi dapat di rakam dengan jelas. Oh my god! Mereka berdua serentak menepuk dahi bersama. Habis! Mereka serentak memandang antara satu sama lain. Mereka tahu video itu pasti menjadi bahan tontonan mereka nanti. Mungkin diulang-ulang berkali-kali siap wajib paksa tengok bersama di waktu lapang mereka sekeluarga nanti. Harus. Apa yang mama fikir mereka sudah dapat meneka. Jangan mama buat haru upload dalam blog dia sudah. Mama bukan boleh percaya. Hantu tenet pun boleh tahan juga. Sempat Nik Pasha mengutuk mamanya. Aduhai..mama..


Ehem..” kedengaran batuk yang dibuat-buat dari belakang mereka. Mereka berdua serentak berpaling pada empunya suara. Tercegat badan sasa Cikgu Hisham yang klon Remy Ishak. Machonya siap pakai jaket kulit warna hitam. Sudah tentu cikgunya itu datang dengan motosikal Ducatinya. Teringat Remy Ishak pun kegemarannya juga motosikal berkuasa besar. Cair Adelia dibuatnya. Hm..Adelia senyum manis pada Cikgu Hisyam yang macho. Sesaat bila teringat keadaan diri yang serabai dan lintang-pukang. Adelia pantas menyorok di belakang Nik Pasha. Habis aku punya keayuan di hadapan cikgu kesukaannya.


Hisyam tergelak besar melihat Adelia lari bersembunyi di balik seorang lelaki. Siapa ya? Persoalan timbul. Hati agak tergugat dengan kemesraan Adelia dengan lelaki itu. Siap berlari-lari dan berkejaran macam filem hindustan. Apa pasal? Tanda soal besar dalam kepala Hisyam kini.


Kehadiran Hisyam pada petang itu membuatkan Nik Pasha berasakan sesuatu tetapi dia tidak tahu apa. Yang pasti dia tidak suka. Apa mamat ni datang rumah aku ni? Menyibuk je!


Aku blah! Kau selamat kali ni. Lain kali jangan harap.” siap mengugut Adelia dan sempat pula tangannya menunjal dahi Adelia beberapa kali. Adelia mengelak rimas dan sempat menjelirkan lidahnya. Nik Pasha menjegilkan matanya. Hisyam pula tersengih melihat telatah mereka berdua. Bergaduh ke? Tapi..nampak mesra melampau je aku tengok. Gaduh-gaduh manja kot. Hisyam menghulurkan tangan untuk bersalam sebelum Nik Pasha memulakan langkah.


Saya Hisyam cikgu tuisyen Adel.” tangan masih di hulur kepada Nik Pasha. Mata Nik Pasha memandang Hisyam atas dan bawah dengan muka ketat. Adelia geram melihat Nik Pasha yang selalu nak berlagak. Tak patut betul badigol ni. Sambut sajalah salam cikgu aku tu! Rasa nak menjerit Adelia pada Nik Pasha. Hisyam masih tersenyum dengan tangan masih setia dihulur. Dah datang rumah orang kenalah jaga budi bahasa. Tapi..mamat ni nak kerek pula dengan aku. Kalau tak difikir ini rumahnya mahu dihentak kepala budak sombong ini supaya tahu berbudi bahasa. Tak rugi pun budi bahasakan budaya kita sebagai rakyat Malaysia. Eceh..macam iklanlah pula.


Tangan aku kotor berbau 'telur' nanti bau pulak tangan kau.” jelas Nik pasha siap menekan perkataan telur sambil menjeling Adelia. Geram..habis satu badan bau busuk dengan bau telur. Sebenarnya dia langsung tiada hati dan malas hendak bersalam dengan cikgu klon Remy Ishak di hadapannya. Tak hingin aku! Hisyam menurunkan tangan sambil tersenyum. Alah..bukan aku tak boleh basuh tangan aku ni lepas bersalam. Lantak kaulah kalau tak mahu bersalam. Aku tak kisah sikit pun. Hisyam senyum lagi konon memahami keadaan Nik Pasha. Adelia senyum cair melihat ketampanan cikgu kesukaannya. Gentleman macam ni lah yang membuat aku terasa nak terjatuh hati ni. Tepat matanya melihat Hisyam. Nik Pasha perasan mata Adelia melekat kuat pada cikgu perasan hensem ni. Poyo betul hippo gedempol ni! Pantang nampak mamat hensem macam perempuan gedik pula aku tengok. Nik Pasha meluat gila melihat perangai gedik Adelia dikala itu.


Aku masuk dulu. Layanlah budak OKU ni baik-baik. Lembap tak boleh nak diajar langsung.” sempat Nik Pasha mengutuk Adelia sebelum berlalu ke dalam rumah. Rasa nak termuntah dengan perangai Adelia yang tergedik-gedik dengan cikgu kesayangannya itu. Loya tekak aku! Alah.. setakat klon Remy Ishak apalah sangat. Aku ni macam pelakon korea Lee Min Ho lagi hensem dan hot kot. Ada aku kisah! Boleh pula Nik Pasha memuji dirinya sendiri. Adelia bengang dengan 'statement' Nik Pasha memanggilnya OKU lembap. Siap dihentak kaki kerana geram melampau. Kehadiran Hisyam tidak di hirau geram sangat dengan mulut longkang Nik Pasha. Habis semua santun aku terbang. Ini Nik Pasha punya pasal. Adelia bercekak pinggang masih tak berpuas hati dengan Nik Pasha. Hisyam tergelak. Apa kenalah dengan mereka berdua? Dahsyat betul bergaduh.


Hisyam dan Adelia duduk di bangku kayu mengadap air terjun buatan yang cantik. Debur air yang jatuh dan mengalir ke dalam kolam yang di penuhi ikan kap dan beberapa spesies ikan yang lain menenangkan jiwa. Hisyam tersenyum melihat Adelia yang comot tetapi comel di sisinya. Sempat matanya meneliti Adelia dari sisi. Bau telur menerpa hidungnya. Busuk. Tetapi Hisyam cuba bertahan nanti Adelia terasa pula. Hendak tergelak pun ada melihat Adelia comot tak hengat ini. Apa yang digaduhkan sangat sampai comot gila semacam ini. Hisyam tertanya-tanya. Budak lelaki tadi bukan main sombong dan kerek pula tu. Mungkin pasal perangai budak lelaki itu yang membuatkan mereka bergaduh kut. Hisyam cuba serkap jarang. Aku pun rasa hendak menghentak pun ada tadi bila melihat perangai budak lelaki itu yang sombong tak bertempat. Sudah dihulur tangan hendak bersalam boleh pula sekadar memandang siap pandang aku atas dan bawah. Semacam ada yang tidak berpuas hati pula. Aku ada rampas buah hati diakah? Yang hendak kerek dengan aku.


Apa yang korang buat tadi? Nampak kecoh aje.” tanya Hisyam ingin tahu. Keadaan Adelia yang comot dan kebasahan menjadi tanda tanya kuat di kepala. Harus tahu ni.


Kita orang main perang-perang!” Adelia tersengih dengan wajah lucu.


Perang?!!” macam tidak percaya Hisyam mendengarnya.


Haah,famili kita orang memang macam ni. Main perang-perang. Baling tepung gandum. Baling telur. Siram air. Happy family!” kelentong Adelia sambil tersengih menampakkan giginya yang putih bersih. Takkan hendak bercerita perkara yang sebenar pula. Malulah!Sambil itu dia berusaha menguis kulit telur yang melekat kuat dirambutnya. Ish..susah betul nak tanggal. Bau badan pun semacam. Duduk pula dekat-dekat dengan Cikgu Hisyam. Alamak! Habis aku punya control cun wanita melayu terakhir. Hish..ini kau punya pasal Nik Pasha. Adelia menggigit bibir geram. Asal ingat Nik Pasha dia geram. Bila geram ingat Nik Pasha. Sinonim.


Auntie Adel tak mengamuk? Habis satu rumah bersepah.” tanya Hisyam. Kalau ibunya sudah pasti satu rumah bergegar dengan jeritan. Teringat pula pada ibunya. Balik nanti aku telefon sebentar untuk melepaskan rindu yang datang dengan tiba-tiba. Hisyam senyum.


Mengamuk?!” Adelia ketawa. Auntie Maria begitu sporting orangnya. Siap ketawa terbahak-bahak lagi tadi. Yang tak bestnya Auntie Maria sempat merakamkan aksi terlampau mereka tadi. Selepas ini Auntie Maria ada point kuat nak mengenakan mereka berdua. Nanti tidak habis-habis dia menjadi bahan usikan Auntie Maria bila mereka bersama satu keluarga. Oh..tidak..


Taklah,siap ketawakan kita orang tadi lagi ada la. Auntie sporting orangnya.” beritahu Adelia siap tersengih. Hm..macam mana hendak delete video terlampau mereka agaknya? Harus delete. Ahh..Auntie tak patut. Adelia masih tidak dapat nak fokus dengan kehadiran cikgu muda di sisinya kini. Mana nak fokus asyik duk teringat ciuman Nik Pasha sedari tadi. Apa?! Sebenarnya aku yang cium dialah. Adoii..lupakan cepat! Lupakan cepat!


Bagusnya,sporting!” Hisyam senyum. Rambut Adelia basah sehinggakan air bertitik-titik menitis. Adelia meramas-ramas rambutnya supaya kering. Hisyam dengan senang hati menolong Adelia dengan mengelap wajah Adelia yang comot dengan lumpur dengan sapu tangannya. Perbuatan Hisyam yang 'caring' sempat di lihat oleh Nik Pasha dari jendela kaca biliknya di tingkat atas. Nik Pasha sedang mengintai mereka berdua sedari tadi lagi. Nik Pasha mengetap bibirnya tanpa di sedari. Bagi Adelia pula perbuatan Cikgu Hisyam padanya 'sweet' sekali. Terbuai dengan kebaikan dan sikap gentleman Cikgu Hisyam. Hilang sebentar ingatan pada Nik Pasha. Budak tengkorak ayam itu memang patut jangan diingat langsung. Buat sakit hati je.


Jom,Cikgu! Masuk dalam rumah tapi sebelum itu Cikgu tarik nafas dalam-dalam dulu sebab kat dalam rumah tu ada disaster tadi. Habis satu rumah.” Adelia buat muka comel sambil tersengih. Harap cikgu muda itu tidak pening kepala melihat di dalam rumah yang berantakan.


Okay,saya cuba kuatkan semangat.” tanpa sedar Cikgu Hisyam mengenyit mata tanda dia tidak kisah dan cuba berlucu dengan anak muridnya yang semakin lama semakin mencuit hati lelakinya. Adelia agak terkejut hampir nak 'blackout' jugalah melihat cikgu tampan di hadapannya mengenyit mata. Oh my...cair hatiku..dahlah muka nak macam Remy Ishak..Coolnya..


Seperti yang dijangka apabila Cikgu Hisyam melangkah kakinya ke dalam rumah tidak semena-mena tangannya menepuk dahi. Apa sudah jadi...Adelia apalagi senyum sajalah..Control cun..


Yang kesiannya Bibik yang sedang berusaha menyental telur pada dinding. Mulut orang tua itu tidak habis-habis mengomel entah apa-apa. Sorry,bik! Nanti Yaya belanja ABC special ya! Janji Adelia. Rasa bersalah menghuni kamar hati Adelia. Ini Nik Pasha punya pasal asyik hendak menaikkan darahnya selalu. Selepas ini Adelia janji tidak mahu 'hardcore' lagi berperang dengan Nik Pasha. Selagi boleh mengelak mangkuk ayun itu selagi itu dia akan mengelak. Malas! Lagipun dia malu tercium mangkuk tingkat malaun itu tadi. Mana hendak diletakkan muka aku ni. Malu..woi..


Eh,Cikgu Hisyam! Masuklah..cikgu terus ke bilik bacaan. Kat luar ni tadi ada taufan Katrina lawan Tsunami kat Acheh sebab tu jadi macam ni.” Auntie Maria yang baru turun dari tingkat atas menyuruh mereka berdua terus ke bilik bacaan. Cikgu Hisyam sekadar tersengih. Melihat perwatakan makcik Adelia yang lembut wajarlah seperti yang di kata Adelia. Sporting. Bagus dapat ibu sporting macam Puan Maria ini tidak macam ibunya tahu nak menjerit saja kerjanya maklumlah anak kesemuanya 9 orang. Kalau baik-baik semuanya tidak apa ini semuanya nakal-nakal. Tambah lagi kesemuanya hero. Tetapi..aku sayang ibuku. Tidak dapat dibandingkan dengan ibu yang lain. Syahdu pula rasanya.


Assalamualaikum,makcik!” Cikgu Hisyam memberi salam. Terlupa pula hendak memberi salam manakan tidak terlupa apabila melihat rumah seperti dilanda bencana.


Waalaikumussalam. Yaya bawalah cepat cikgu ke bilik bacaan nanti tak pasal-pasal 'blank' pula otak nak mengajar tengok rumah macam baru lepas kena disaster.”suruh Auntie Maria. Dalam hati malu juga melihat rumah tunggang terbalik macam ini kepada tetamu.


Okay,Auntie! Jom! Cikgu ikut saya.” pantas tanpa rasa segan Adelia menarik lengan cikgu muda itu ke tingkat atas. Maria cuma terangkat keningnya melihat perilaku Adelia. Ish..tak boleh jadi ni. Aku harus lakukan sesuatu. Sebelum terlambat aku harus satukan Pasha dengan Yaya secepat mungkin.


Yaya! Pergi mandi dulu bersihkan diri. Auntie tengok tak lulus langsung rupa Yaya sekarang. Biar Bibik tunjukkan bilik bacaan.” tegur Maria. Sengaja Maria berbuat begitu. Dia tidak mahu Adelia terlalu rapat dengan guru muda itu. Adelia tersengih-sengih menapak naik ke tingkat atas menuju ke biliknya. Sempat dia bau ketiaknya yang mashem..Haha..jangan dilihat Cikgu Hisyam sudah. Tuala diambil dan lantas ke kamar mandi. Dia harus mandi wangi-wangi. Naikkan balik percentage keayuanya dihadapan Cikgu Hisyam. Harus! Harus!
BAB 3: Di Penghujung Cintaku..Adelia


Kenapa ni Adel?” tanya Karina dengan suara berbisik sewaktu mereka menghabiskan masa di perpustakaan sekolah. Adelia cuma tersenyum nipis sambil menggelengkan kepala. Sebenarnya fikirannya menerawang ke arah lelaki bernama Nik Pasha. Lelaki yang egois, sombong, berlagak, dingin dan yang paling teruk mulutnya yang laser. Complete sebagai lelaki yang jerk. Tapi..kenapa jantung ini berdebar bagai nak rak bila mereka hampir nak bercium semalam. Teringat kembali peristiwa di mana mereka jatuh bersama dan mata mereka saling bertemu. Wajah mereka terlalu rapat sehinggakan desah nafas dapat dirasakan. Hangat dan yang paling meresahkan apabila kejernihan mata Nik Pasha terlalu lembut menikam pandangan matanya tidak seperti ketajaman kata-kata dari mulut lelaki itu. Keadaan itu meresahkan Adelia. Hatinya semacam je. Fikiran Adelia berlanjutan sehingga ke rumah. Sampai di rumah dia bertembung dengan Nik Pasha yang juga baru pulang dari sekolah. Pandangan mereka bertemu. Buat pertama kali Nik Pasha cuma membiarkan Adelia berlalu tanpa kata-kata ejekan. Adelia pula naik hairan kenapa Nik Pasha tidak mengutuknya seperti biasa. Mungkin tersalah makan ubat agaknya. Laju Adelia naik ke biliknya. Hatinya berdebar semacam je bila melihat Nik Pasha cuma menyorot pandangan ke arahnya tanpa kata-kata. Handsome pula bila melihat Nik Pasha di sisi motosikal motorcrossnya yang berwarna merah hitam itu. Dan..Nampak macho pula Nik Pasha bila kemeja sekolah putihnya tersorok di balik jaket kulit berwarna coklat gelap. Helmet jenama Arai yg menutupi ke seluruhan wajah kecuali di bahagian matanya memang membuat mata Nik Pasha menggoda apabila menyorot pandang ke arahnya. Nasib Adelia masih dalam keadaan sedar diri kalau dia terleka dengan panahan arjuna Nik Pasha mahu tersalah langkah tersembam di hadapan Nik Pasha tidakkah malu besar bagi Adelia. Oh! Tidak..Tak sanggup di ketawakan lagi.


SPM semakin hampir. Walaupun Adelia belajar bersungguh-sungguh tetapi keupayaan mindanya perlahan. Tidak cukup belajar di sekolah dia pergi ke kelas tusiyen. 24 jam baginya terlalu singkat soal makan pula kalau tidak Auntie Maria membebel jangan harap dia hendak makan. Selalu miss je makan. Autie Maria seorang sahaja yang perasan Adelia semakin kurus sekarang. Kalau tidak kerana bajunya yang XXL mungkin orang akan perasan Adelia sudah semakin kurus sekarang. Dirinya langsung tidak terjaga betul-betul serabai. Adelia begitu struggle untuk berjaya di dalam SPM walaupun peluang untuk mendapat straight A memang mimpi di dalam mimpi. Siapa tahu rezekinya dan usaha gigihnya dia berjaya sekurang-kurangnya adalah A dalam dua atau tiga subjek.

Adelia sedang cuba menyelesaikan soalan matematik tambahan tetapi kepala otaknya tidak dapat mencari formula yang tepat walaupun sudah berkali-kali dia mencuba menjawabnya. Keadaan Adelia kelihatan amat lucu kerana dengan baju tidurnya bercorak kartun Garfield dan kain tuala berwarna biru gelap yang di ikat kemas di kepala. Pensil pula di selit di celah telinga. Mulut di muncung dan di herot berkali-kali. Cuba mencari penyelesaian tetapi gagal. Kepala sudah berserabut. Aduh..payah betul soalan ini. Adelia meletak kedua tangan di tepi kepala dan menekan kuat-kuat. Apa ni..payah betul..

Pintu bilik Adelia terbuka luas dan gadis itu membiarkan saja dia malas nak menutupnya kembali selepas Auntie Maria datang membawa air neslo untuknya. Adelia betul-betul serabut dengan soalan add math yang susah sangat ni. Auntie Maria pula mungkin terlupa hendak menutup pintu bilik Adelia tadi. Nik Pasha kebetulan melalui bilik Adelia berpaling ke arah bilik gadis itu dan melihat Adelia sedang tekun belajar. Nik Pasha tersengih melihat gadis itu yang pada pandangannya kelihatan lucu. Kenapa teruk sangat rupa budak ni?Comot betul!



Belajar bersungguh-sungguh result macam tu jugak.” terkejut Adelia dengan suara Nik Pasha. Pantas kepalanya berpaling. Aduh,kepala aku dahlah berserabut mangkuk ayun ini pula muncul. Adelia membiarkan saja kehadiran Nik Pasha. Dia tidak peduli. Malas hendak melayan.

Nik Pasha pula tidak berpuas hati kerana tidak mendapat respon dari Adelia cuba mencari akal untuk mengenakan Adelia. Dia menghampiri Adelia dan dengan sengaja meletakkan kedua belah tangannya dari belakang Adelia ke atas meja study gadis itu. Perbuatan Nik Pasha seakan sedang memeluk gadis itu dari belakang. Adelia lantas mendongak, mata mereka bertentangan. Sakit tengkuk Adelia melihat Nik Pasha dari sudut menegak macam itu.


“Nak apa?” soal Adelia geram. Kepalanya masih mendongak memandang lelaki itu. Nik Pasha cuma tersenyum sinis. Tetapi pada pandangan Adelia senyuman Nik Pasha kelihatan romantis. Adelia agak terkaku. Mana tidak kaku memang dah kaku pun lehernya asyik mendongak menegak sejak sedari tadi. Adelia tunduk. Lenguh lehernya. Tangannya mengurut lehernya yang sedikit sakit. Mata di sorot ke atas kertas soalan add math. Tangan Nik Pasha masih belum beralih. Bau wangian perfume Georgio Armani dari badan Nik Pasha memang menyesakkan rongga hidung. Hormon adrenalin menyerbu laju hingga ke jantung membuatkan jantungnya berdegup laju. Macam nak race pula jantung aku ini. Adelia cuba berlagak tenang. Control Yaya! Control..Jangan bagi si badigol ni nampak kau nervous.


Dari tadi jawab soalan Add Math tak sudah-sudah lagi. Ini baru soalan no.2.” sakat Nik Pasha. Hendak tergelak melihat Adelia yang kelihatan bersungguh-sungguh tetapi baru menghabiskan satu soalan saja. Tangan Nik Pasha dengan selamba menggosok kepala Adelia dengan berkali-kali. Tuala yang ada di atas kepala Adelia telah tercabut. Adelia tidak selesa dengan kelakuan Nik Pasha. Habis rambutnya berserabai. Nik Pasha ketawa dengan wajah lucu gadis itu. Adelia mencebik geram.


Apa ni?! Tak sukalah.” tangan Adelia menepis tangan Nik Pasha dari menggosok kepalanya lagi. Nik Pasha berdegil masih meneruskan perbuatannya sambil tergelak-gelak. Adelia geram dan lantas bangun dari kerusi. Dia dengan sekuat hati menolak dada Nik pasha jauh-jauh dari dirinya. Sehinggakan Nik Pasha berganjak jauh dari Adelia.


Eh,apa ni?!! Sakitlah hippo!!” Nik Pasha agak sentap juga dengan tingkah Adelia yang kasar. Boleh tahan kuat juga budak hippo ni.


Keluarlah..”Adelia menolak lagi badan Nik Pasha supaya keluar. Dia dah tak sanggup nak melawan Nik Pasha yang benar-benar menguji kesabarannya. Geram betul. Tak habis-habis nak menyakat. Dapat piala besar gajah agaknya kalau dapat menyakat aku. Adelia mendengus marah.


Kau yang tak dapat jawab add math yang senang tu nak marah aku pulak. Bodoh betul!!” bersahaja kata-kata Nik Pasha tiada perasaan bersalah mengutuk Adelia yang ternyata lembap di dalam pelajaran. Tidak pernah seumur hidupnya melihat orang yang sebegitu lembap. Mr Bean pun ada cerdiknya. Sponge Bob yang sengal pun ada bijaknya.


Aku sedar aku tak bijak. Kau tak perlu nak ingatkan aku.” ujar Adelia dengan suara terketar-ketar menahan marah. Adelia berasa hendak meletup. Kata-kata Nik Pasha seperti selalu suka merendahkan dirinya. Adelia benar-benar sakit hati.


Sedar pun diri!” balas Nik Pasha dengan senyuman sinis. Wajah kacak Nik Pasha tidak bisa menyejukkan hatinya yang panas. Kacak kalau mulut macam puaka tidak guna juga. Adelia menyampah tahap gaban dengan sikap Nik Pasha yang tidak pernah berlembut dan menyenangkan hatinya. Entah kenapa Nik Pasha memusuhinya. Adakah kerana luarannya yang tidak cantik malah lembap pula tu. Adelia berasa hendak menangis. Hiba..Apa silap dirinya di mata Nik Pasha. Salah apa aku padanya sampai begitu sekali dia membenci aku?!!


Keluar!! Aku kata keluar!!” Adelia menjerit. Dia telah hilang kesabaran sepenuhnya. Dengan kasar Adelia menolak badan Nik Pasha ke arah pintu. Nik Pasha pula sengaja mengeraskan badan menyukarkan Adelia menolak. Sedaya upaya Adelia menolak. Nik Pasha cuma tergelak menyakitkan hati Adelia. Tolakan dari Adelia tidak menggerakkan badan Nik Pasha sedikit pun. Nik Pasha berpaling dengan tiba-tiba menyebabkan Adelia tidak bersedia dan terpeluk Nik Pasha dari depan. Yang lebih panaskan hati Adelia bila lelaki itu dengan selamba membalas pelukannya dengan kuat-kuat. Eh..dia tidak tahu halal haramkah sesuka hati hendak memeluk anak dara orang?!! Adelia meronta-ronta cuba mengeluarkan dirinya dari pelukan sasa Nik Pasha.


Weh..Aku bukan bini kaulah nak peluk-peluk aku macam ni.” jerit Adelia geram. Masih berusaha melepaskan diri. Apa kes ni?! Jangan buat aku terperasan pula. Hatinya bercelaru. Macam-macam fikiran mengarut berlumba-lumba menyesakkan kepala otaknya. Di tambah jantungnya yang agaknya dah jatuh terperusuk kat buah pinggang agaknya. Mana tidaknya melantun deras macam orang kena kejar dek hantu.


Hippo,aku tau kau suka kat aku tapi aku tak sukakan kau. Sampai bila-bila pun takkan sukakan kau. Jadi jangan perasan dengan pelukan aku ni dan kalau pun kau perempuan terakhir dalam dunia ini jangan harap aku akan sukakan kau.” pelukan Nik Pasha sudahlah membuatkan Adelia terkejut beruk dan bila Nik Pasha menyembur dengan kata-kata nista membuatkan Adelia lagi macam terkena kejutan elektrik. Terus Adelia terdiam tidak lagi meronta bila mendengar Nik Pasha bukan main lagi mengutuk dan mengejinya tanpa belas.


Tolonglah..cermin dulu muka kau yang macam ikan buntal tu.” sambung Nik Pasha mencemuh tanpa rasa bersalah sedikit pun. Telinga Adelia merah bagaikan warna cili menadah telinga mendengar hinaan Nik Pasha. Siap berasap-asap lagi. Maruahnya tercabar.


Apa yang kau merepek ni?!! Aku tak suka kaulah.” Adelia tidak mahu Nik Pasha memperlekehkan dirinya lagi. Dalam hati Adelia sebenarnya tercuit jua dengan lelaki bernama Nik Pasha tetapi cuma di dalam hati. Dia sedar diri. Tidak sepadan. Dia cuma pipit.


Baguslah,mama seboleh-boleh nak padankan aku dengan kau. Jadi,jangan sekali-kali fikir yang aku akan sukakan kau. Dan,kau jangan sukakan aku. Faham!”tegas Nik Pasha yang bengang dengan mamanya yang tidak sudah-sudah hendak menyatukan dirinya dengan budak poyo di hadapannya kini. Apa yang di lihat oleh mama pun tidak tahu. Yang dia nampak gemuk, bulat dan bodoh pula. Soalan matematik tambahan yang senang pun tidak dapat diselesaikan. Berjam mengadap soalan yang sama. Bengap betul. Formula dah di beri tapi masih tidak tahu menggunakannya. Dasar bengap! Cemuh Nik Pasha di dalam hati. Gadis yang berada di hadapannya kelihatan terkulat-kulat tidak tahu hendak berkata apa.


Okay,aku faham! Sila keluar!” Adelia menunjukkan pintu. Dia sudah kehabisan tenaga hendak bertekak dengan manusia badigol macam Nik Pasha. Hati sakit,soalan add math tak dapat di jawab dan akhirnya dia stress sendiri. Nik Pasha tersengih sinis dan menapak keluar. Kemenangan di pihaknya. Suka hatinya dapat menyakiti hati Adelia. Tiada perasaan langsung. Kejam.

Pasha!”panggil Adelia sebelum lelaki itu hampir keluar dari biliknya. Nik Pasha berpaling. Serentak itu Adelia dengan sekuat hati menendang punggung Nik Pasha sampai tertungging di hadapan biliknya. Secepat mungkin Adelia menutup pintu bilik tetapi sempat juga menjelir lidahnya ke arah Nik Pasha sebelum pintu di tutup. Pintu di tutup dan dikunci rapat. Kerusi dan meja di sisi katil di tolak ke arah pintu supaya Nik Pasha tidak dapat membuka biliknya dengan mudah. Nik Pasha yang berada di luar terjerit-jerit marah kerana di tendang. Adelia terkekeh-kekeh ketawa. Puas hatinya kerana dapat menendang lelaki itu tadi. Padan muka! Itulah suka sangat hina aku. Lelaki itu ingat dia bagus sangat. Ingat aku heran!! Tak hinginlah perangai macam setan. Ketukan pintu bertalu-talu dibiarkan.

Nik Pasha menahan rasa amarah yang mendalam. Ingat hendak kenakan budak lembap itu secukupnya tetapi dia pula di tendang sampai tertungging siap tersungkur hampir terkena pagar di hadapan bilik. Sakit dadanya terkena lantai akibat terseret ke hadapan akibat tendangan Adelia yang agak bertenaga. Maklumlah hati tengah membuak marah dihina sesuka hati oleh Nik Pasha.

BAB 2: Di Penghujung Cintaku..Adelia


“Pasha nanti pergi sekolah dengan Yaya. Dia baru mula sekolah hari ini. Tak tahu apa-apa lagi. Okay,anak mama?” ujar Maria sewaktu mereka semua sedang bersarapan. Adelia yang sedang makan roti bakar hampir tercekik mendengar kata-kata Auntie Maria. Oh..no! Habislah aku..


Nik Pasha yang juga sedang makan cereal lantas mendongak dan melemparkan pandangan tajam ke arah Adelia. Gadis itu dengan pantas menundukkan muka. Takut. Alamak..dia ingat aku suka ke nak jalan pergi sekolah dengan dia. Sorry..


“Dia dah besar kenapa nak Pasha temankan. Bukan budak kecik. Dia boleh pergi sendiri.” Nik Pasha tidak menyukai cadangan dari mamanya. Aku nak bawak anak hippo naik motor dan pergi ke sekolah lagi. Sorry..


“Eh..Auntie tak payah susah-susah Yaya boleh pergi dengan bas.” tolak Adelia. Dia tahu Nik Pasha tidak suka dengan cadangan Auntie Maria supaya membawanya ke sekolah. Dah terang lelaki di hadapannya tidak menyukainya sejak awal. Tempah bala kalau pergi dengan dia. Wajah cemberut Nik Pasha agak gerun Adelia melihatnya. Jangan cari pasal.


“Yayakan first time mula persekolahan di sini. Banyak tak tahu lagi. Nak naik bas pun tak tahu yang mana lagi. Biarlah Pasha yang bawa Yaya pergi sekolah. Lepas Yaya dah tahu bas apa nak naik nanti pergi sendirilah. Okay?”ujar Maria. Dia tidak mahu Adelia kesusahan memulakan persekolahan di tempat yang baru.


“Pasha tolong mama ye?!” kata-kata mamanya bukan meminta pertolongan tetapi wajib di tunaikan. Bukan Nik Pasha tak tahu perangai mamanya. Nanti sampai tahun depan pun leteran mamanya tak habis-habis. Nak tak nak dia terpaksa juga menumpangkan hippo tak tahu malu ini ke sekolah. Oh..my god! Ranap motor aku. Kalau motor kapcai tak apalah jugak ini motorcross. Habis motor aku..


Seperti yang dijangka Adelia di tinggalkan di perhentian bas berhampiran rumah mereka. Nik Pasha tidak sanggup membawa Adelia yang di rasakan akan merosakkan reputasinya sebagai pelajar paling popular dan bijak di sekolah. Budak itu sudahlah bimbo..hippo pulak tu. Ishh..jatuh saham aku di sekolah nanti. Dengan tiada perasaan kasihan sedikit pun Adelia ditinggalkan begitu sahaja di perhentian bas. Siap di bentak gadis itu supaya turun dengan segera dari motosikalnya. Adelia terbatuk-batuk tertelan asap dari motosikal Nik Pasha. Kasihan..


Hampir menitis air mata Adelia bila di tinggalkan sendirian di perhentian bas. Dengan kasar Nik Pasha menyuruh dia turun dari motosikal. Dengan perasaan tidak bersalah Nik Pasha meninggalkan Adelia di perhentian bas. Macam kucing kurap di tinggalkan. Adelia berasa terhina dengan sikap lelaki itu. Buruk sangatkah aku? Matanya berkaca-kaca.
Sudahnya Adelia sampai lewat ke sekolah kerana dia tidak biasa dengan tempat baru. Puas dia bertanya dengan orang untuk sampai ke sekolah barunya. Kesian..
Bertembung dengan Nik Pasha di kaki lima kantin membuatkan Adelia cuma memandang dan Nik Pasha pula langsung tidak menghiraukan Adelia. Seperti tidak pernah mengenali. Pandang sebelah mata pun tidak. Buat Adelia sebal. Huh..berlagak betul! Aku tah heranlah..
Sampai lewat ke sekolah membuatkan dirinya haru-biru. Bila dalam keadaan tidak bersedia memang tidak tahu apa yang perlu di lakukan. Nasib baik ada seorang gadis berkaca mata tebal menolongnya berjumpa dengan pengetua. Karina budak kaca mata tebal. Mereka akhirnya menjadi teman baik dan membuatkan mereka lebih akrab bila mereka dapat bersama di dalam satu kelas. Sejak itu Adelia menjalani hidup baru tanpa ayah di sisi dan keluarga baru yang ada Auntie Maria yang penyayang, Uncle Nik yang baik hati yang selalu menghadiahkannya coklat seakan menggantikan ayah, adik lelaki yang comel tetapi garang si Airil perangainya lebih kurang sama dengan Nik Pasha tetapi Nik Pasha lagi teruk memang tak dapat di ubati penyakitnya yang suka menyakitkan hati Adelia tidak kira masa. Asal bertemu ada saja perkara untuk membuat Adelia sakit hati. Adelia mula menjadi kalih dengan keluarga barunya terutama dengan Nik Pasha. Lelaki berdarah sejuk tapi bikin hati aku panas selalu.


“Eh..hippo! Kau yang habiskan kek coklat dalam peti aiskan?” tuduh Nik Pasha sebaik saja membuka pintu bilik Adelia yang ketika itu sedang menyudahkan homework yang di berikan oleh gurunya. Adelia berpaling dengan muka tidak puas hati. Perangai Nik Pasha yang selalu membuka pintunya sesuka hati memang selalu membuat Adelia bengang. Memang kulit muka Nik Pasha tebal mengalahkan kulit buaya. Tidak reti berasa malu selamba aje buka pintu anak dara orang sesuka hati. Kalau aku sedang berkemban tak ke parah. Tak pun tengah bersalin baju ke. Langsung tiada perasaan hormat. Nasib setakat ini belum pernah terjadi. Dengan wajah yang teramat tidak puas hati Adelia berkata..
“Aku yang habiskan,kenapa? Tak puas hati?!” dengan memek muka mengejek Adelia cuma tersenyum sinis. Sebenarnya yang habiskan kek coklat itu adalah Airil. Adelia terserempak dengan Airil yang sedang enak menghabiskan kek coklat buatan Auntie Maria. Adelia pun sebenarnya terliur juga dengan kek coklat itu tetapi dia telah berjanji pada dirinya sendiri untuk berdiet. Dia bertekad untuk menjadi kurus. Gelaran hippo yang selalu Nik Pasha bahasakan kepadanya menjadikan dirinya bertekad supaya dia tidak mahu di gelarkan hippo lagi.


“Dasar hippo! Pantang nampak benda berlemak habis semua disapunya. Orang lain pun nak makan jugak.” marah Nik Pasha. Dia sebenarnya bukan hendakkan sangat kek coklat itu cuma sengaja nak menyakitkan hati Adelia kerana itu perkara wajib yang perlu dilakukannya di dalam satu hari.


“Dah,misi nak sakitkan hati aku hari ini sangatlah menjadi. Aku sakit hati ni. Sekarang kau boleh berambus!!”dengan wajah selamba Adelia menghalau Nik Pasha keluar dari biliknya. Nik Pasha masih tidak berpuas hati melihat Adelia seakan tidak terkesan dengan ejekannya. Tak boleh jadi ni! Sekurang-kurangnya perempuan itu perlu menangis atau marah kepadanya semula baru dia tahu misi sakitkan hati perempuan itu accomplish. Ini selamba je muka. Nik Pasha agak bengang.


“ Apa yang kau buat ni,hippo? Kerja rumah ke? Kau bukannya pandai pun. Belajar macam mana pun tetap bodoh juga.” Nik Pasha ketawa mengejek. Dia tahu tahap pembelajaran Adelia memang lemah. Adelia pekakkan telinga. Konsentrasinya terganggu dengan kehadiran Nik Pasha yang menyakitkan hati. Adelia bangun dia perlu melakukan sesuatu untuk menghalau Nik Pasha keluar dari biliknya. Nik Pasha agak tersentak bilaAdelia tiba-tiba bangun dari kerusi. Mereka berhadapan kini. Nik Pasha melihat Adelia agak lain sekarang tapi Nik Pasha tak tahu apa kelainan itu. Adakah kerana rambut Adelia sudah panjang melepasi bahu menyebabkan rambutnya yang pendek lurus dulu menjadi curly di hujung rambut. Nampak kurus sedikit wajah Adelia. Apa yang lain ye? Nik Pasha seakan terpaku. Sebenarnya Adelia dapat menurunkan berat badannya dari 62kg ke 52kg. Berkat tidak makan nasi dan bersenam membuatkan dia kehilangan berat badan. Walaupun kelihatan masih chubby tapi dia akan cuba menurunkan lagi berat badannya.


“Aku malas nak layan orang yang berlagak macam kau ni. Tak guna nak membalas membazir tenaga aku je.” pantas kaki di hayun untuk keluar dari bilik itu. Rimas dengan kehadiran Nik Pasha yang menyemakkan mata. Tak habis-habis nak sakitkan hati aku. Apa yang dia dapat pun tak tau. Trofi piala bola sepak suzuki agaknya dia dapat kalau sakitkan hati aku. Adelia selamba melangkah tetapi ditahan oleh Nik Pasha menyebabkan mereka berdua hampir berlaga. Tindakan drastik Nik Pasha membuatkan Adelia hilang imbangan diri dan terbalik ke belakang. Sebelum dia terbalik ke belakang Adelia sempat berpaut pada lengan Nik Pasha supaya dia tidak jatuh tetapi lain pula jadinya kerana mereka berdua jatuh bersama. Nik Pasha jatuh tertindih atas badan Adelia. Wajah mereka hampir bersentuhan. Mata bertentangan. Klik!! Mereka berdua sama-sama memandang ke arah pintu. Auntie Maria sedang mengambil gambar kandid mereka yang lucu. Dari tadi lagi Maria memerhati anak muda berdua itu bertengkar. Sekadar memerhati. Dia suka jikalau Nik Pasha jatuh hati dengan Adelia kerana dia begitu berkenan dengan Adelia. Kalau boleh Adelia hendak di jadikan anak perempuannya selamanya. Dia tidak rela Adelia pergi jauh dan berkeluarga dengan orang lain. Pasti ikatan ibu dan anak perempuannya akan renggang.
“Sweetnya..” Maria mengambil gambar lagi. Nik Pasha bengang dengan telatah mamanya yang suka mengambil gambar kandid. Ada saja gambar kandid yang di ambil curi-curi. Tengah makan. Tengah lepak depan tv. Tengah basuh motosikal. Tengah bergaduh dengan Adelia lagilah banyak. Siap dibingkaikan, di gantung di dinding sebelah tangga naik ke tingkat atas. Macam-macam aksi. Kandid yang ini tidak tahu pula mamanya hendak dibuat apa. Jangan dibuat bukan-bukan sudah. Mama bukannya boleh dipercayai. Ada sahaja idea mengarutnya. Keanakan pun ada mamaku ini.


“Mama..apa ni?! Pasha tak sukalah.” Nik Pasha cepat-cepat bangun. Dia berasa janggal dengan insiden yang terjadi. Kalau tak sempat nak break tadi mungkin dah tercium hippo tadi. Eii..geli!! Yakk!! Tak rela..tapi.. tadi baru pertama kali Nik Pasha sedar yang Adelia mempunyai mata yang cantik. Bulat dan irisnya berwarna hazel bercahaya. Comel. Eh..apa aku ni! Ingat! Dia tu hippo! Bimbo! Nik Pasha mengingatkan diri supaya terus membenci.


“Auntie..”cuma itu yang mampu Adelia berkata. Sebenarnya dia malu dengan insiden yang memalukan tadi. Mereka berdua hampir bercium. Oh..tidak..wajahnya memerah. Darah panas menyerbu ke wajah. Adelia mengipas-ngipas wajahnya yang panas. Comel pula tatkala Nik Pasha melihat wajah Adelia yang sedang blushing. Malulah tu..ini mama punya pasal.


“Sweet betul Auntie tengok korang berdua. Sepadan.”giat Maria dengan harapan Nik Pasha dan Adelia sama-sama jatuh hati. Harapan yang satu itu membuatkan Maria selalu melakukan sesuatu yang drastik supaya Nik Pasha akan terjatuh hati pada Adelia. Hati Adelia? Maria tahu telah lama tersentuh



dengan Nik Pasha. Dia pasti anak lelakinya itu mampu mencairkan hati mana-mana perempuan pun hatta Adelia. Bukan hendak berbangga tetapi anak lelakinya sememangnya tergolong sebagai lelaki kacak. Siapa tidak akan jatuh hati pada lelaki kacak.


“Dengan hippo ni mintak simpang la mama. Pasha tak sukalah.” tak ada tapis terus shoot kata-kata yang memedihkan hati Adelia.
Kau tak suka, aku seribu kali tak hingin la. Macam bagus je!” balas Adelia dengan cebikan menyampah. Jangan ingat aku tak tahu melawan. Aku akan berjuang sehabis-habisan melawan malaun mangkuk tingkat yang tak ada hati, tak ada jantung, tak ada limpa mengutuk mengata aku sesuka hati. Ingat aku takut. Wajah Adelia membengis. Aku pun tahu marah juga. Mata di jegil garang ke arah Nik Pasha.


“Jangan tak suka..tak suka..tapi akhirnya tersuka pulak. Mama kalau dapat tahu korang berdua tersuka terus mama suruh korang nikah je. Baru tahu!” seloroh Maria tetapi dalam diam kepalanya ligat sedang mencari strategi baru untuk menyatukan mereka berdua. Hehe..banyak idea nakal berlegar-legar di dalam kepala otak nakal Maria. Cuma tinggal timing yang sesuai je.


“Mama,jangan harap Pasha nak suka dengan hippo gedempol ni. Sorry! Dahlah mama, Pasha nak keluar!” pantas kaki di hayun. Sebelum keluar dari bilik hippo gedempol Nik Pasha sempat menjelir lidahnya. Adelia pula sempat membalas dengan kepalan penumbuk dan mencebik.


“Ada aku kisah!” jerit Adelia geram kerana terlalu sakit hati. Berjaya juga misi Nik Pasha untuk menyakiti hati Adelia seperti biasa. Adelia menyebak rambutnya dengan geram. Berpeluh juga panas hati dengan sikap azazil Nik Pasha.


“Pedulikan dengan perangai Pasha tu. Nanti tahulah Auntie nak ajar si Pasha tu.” pujuk Maria bagi menenangkan hati Adelia. Hati seorang ibu tersentuh juga dengan sikap kasar Nik Pasha. Aku ni tak cukup mengajar anak ke? Sampai Nik Pasha tidak tahu menghormati orang. Sedih juga hatinya. Nanti perangai Nik Pasha akan di beritahu kepada suaminya supaya menasihati Nik Pasha supaya berkelakuan baik dengan Adelia.


“Tak apalah Auntie! Yaya dah biasa. Biarkanlah Pasha tu nanti bila Yaya dah habis SPM Yaya ikut ayah ke Dubai. Pasha tak payah tengok muka Yaya lagi. “ sayu suara Adelia. Lagi enam bulan untuk dia menghadapi peperiksaan SPM selepas itu dia akan mengikuti ayahnya ke Dubai. Waktu itu Nik Pasha tak perlu membuang masa dan menghabiskan tenaga untuk menyakitkan hatinya lagi.
Perkara yang menakutkan dan menghantui fikiran Maria selama ini terluah juga dengan kata-kata Adelia. Dia bakal kehilangan Adelia apabila gadis itu menamatkan persekolahannya tidak lama lagi. Maria tidak sanggup kehilangan Adelia. Anak perempuan yang diharapkan selama ini.




Di Penghujung Cintaku..Adelia


BAB 1: Di Penghujung Cintaku..Adelia

Mata terpaku melihat sekujur tubuh yang begitu sempurna. Kacaknya..desis hati Adelia. Seorang pemuda yang mungkin sebaya dengan dirinya. Berdiri di hadapan Adelia tanpa senyum. Dingin. Adelia masih terpegun melihat pemuda kacak itu.

Apa tercegat kat situ?!! Macam patung buruk aku tengok.” perlahan tetapi menusuk suara lelaki itu. Bisanya kata-kata. Adelia tersentak lantas tersedar yang dia terlalu teruja mengamati wajah lelaki itu. Malunya..tetapi lelaki itu tidak sepatutnya berkata begitu. Rupa sahaja yang kacak tetapi sombong. Adelia cuma mampu tertunduk malu. Inikan rumah dia bolehlah bercakap sesuka hati. Dia harus bertahan. Ayah pun satu, pergi ke Dubai tidak mahu mengajak aku. Sanggup ayah tinggalkan aku di sini dengan keluarga yang tidak pernah aku kenal. Kata ayah kawan rapat sewaktu di universiti dulu. Ayah tak takut ke nanti aku kena dera ke? Apa ke? Percaya betul ayah kat kawan rapat dia. Tolong..aku tak nak ada cop mohor seterika kat badan aku yang putih mulus ni. Imaginasi karut datang berlumba-lumba menyesakkan kepala. Tak nak!! Adelia pantas memegang kedua belah pipinya sambil menggeleng kepala. Matanya bulat besar. Takutnya..

Eh,budak kecik! Kau ni kenapa?” tergaru-garu kepala Nik Pasha bila melihat telatah gadis poyo di hadapannya. Kepala otak budak ini ada masalah agaknya macam tak betul aje. Mama ni pun satu nak ambil anak angkat pun tengoklah dulu orangnya. Ini poyo je aku tengok. Nik Pasha menggelengkan kepalanya beberapa kali.

Siapa budak kecik?!! Ada budak kecik kat sini ke?!! Tak nampak pun!! ” Kepala Adelia ligat mencari kelibat budak kecil. Tertoleh-toleh Adelia mencari budak kecil di belakangnya. Tak ada pun. Adelia hairan..Dia ni saja nak kenakan aku apa. Adelia pandang lelaki di hadapan dengan muka confused.

Kaulah budak kecik tu. Bengap betul!” apasallah budak ni lembap sangat. Nik Pasha geram. Kecil je gadis itu di lihat oleh Nik Pasha. Kalau boleh di penyek macam semut dah lama dia buat.

Aku ke?!!” Adelia tunjuk jari ke wajahnya dengan muka tidak puas hati. Lelaki sombong itu buat muka kerek.

Siapa lagi kat sini cik adik oii..” balas Nik Pasha masih dengan muka kerek.

Kau panggil aku budak kecik! Nama aku Adelia Nur Qaireen la” jerit Adelia geram bengang kerana lelaki itu memanggilnya dengan panggilan budak kecil. Ingat aku ni budak darjah satu ke?!! aku dah berumur 16 tahun tau. Tajam mata bulat Adelia memandang wajah lelaki itu.

Badan je besar tapi IQ macam budak sekolah tadika.” sedapnya mulut Nik Pasha berkata tanpa menghiraukan perasaan Adelia. Nik Pasha relaks dengan berpeluk tubuh. Jarinya di cuit sekali di hidungnya yang mancung. Berlagak macho konon.

Kau..mulut macam longkang.” eii..rasa nak bagi penampar sebijik kat muka mangkuk ni. Ingat kau hensem sesuka hati nak kutuk orang. Geram! Geram! Bentak hati Adelia.
Poyo betul! Apa yang mama nampak kat kau pun aku tak tau.” malas nak bertekak Nik Pasha beredar dengan muka selamba naik ke tingkat atas. Bang!! Pintu bilik di hempas kuat. Tersentak Adelia dibuatnya.

Adelia cuma mampu menahan geram di dalam hati. Hish..mulut memang nak kena cili. Kurang ajar betul! Ayah..nak pergi Dubai tak nak duduk sini. Dia mencemik muka. Muka kesian..isk..isk..

Setahun je sayang..nanti bila dah habis SPM bolehlah ikut ayah ke Dubai. Auntie Maria dan Uncle Nik baik orangnya. Ayah percaya dia orang boleh jaga Yaya dengan baik. Dia orang ada anak sebaya dengan Yaya tau nanti boleh dibuat teman study. Dengar kata Pasha tu pelajar terbaik di sekolah. Boleh ajar Yaya nanti tak adalah keputusan corot aje.” hidung Adelia di cuit manja oleh ayahnya Encik Helmi. Anak nakal yang comel itu akan di rindui nanti. Terpaksa meninggalkan buah hati kesayangannya di Malaysia kerana dia tahu Adelia bukanlah tergolong orang yang cerdik. Dia tidak mahu pelajaran anaknya terganggu lagipun tinggal setahun saja lagi untuk habiskan pelajaran. Maria dan Nik Nazrin sudah berjanji mahu menjaga anaknya seperti anak mereka sendiri. Maria yang begitu beria-ria ingin menjaga Adelia kerana terlalu inginkan anak perempuan.

Adelia termangu di atas sofa teringat perbualan dia dan ayahnya. Ayah..rindu kat ayah..nak nangis ni..Air muka Adelia berubah mendung.

Eh..Yaya kenapa ni? Sedih je auntie tengok.” tegur auntie Maria sewaktu melabuhkan badannya ke sofa bersebelahan dengan Adelia. Bahu gadis sunti itu di pegang matanya menyorot mencari wajah Adelia yang suram. Kenapa ya? Soal Maria di dalam hati.

Ingat ayah ke? Janganlah sedih sayang auntiekan ada.” Maria menepuk lembut bahu Adelia anak gadis yang comel pada pandangannya. Maria telah jatuh kasih terhadap gadis comel di hadapannya itu ketika pertama kali diperkenalkan oleh teman rapat sewaktu di universiti dulu iaitu Helmi ayah kepada Adelia.

Tak adalah auntie. Yaya ok je.” Adelia senyum paksa. Bila teringatkan tingkah laku anak auntie Maria yang macam bagus tu Adelia bengang tahap gaban. Auntie Maria baik dan lemah lembut orangnya tetapi kenapa anaknya kurang ajar sangat. Mungkin kerana terlebih belajar agaknya. Terlebih bijak pun bermasalah juga. Iyelah..kepala asyik hendakkan straight A itu yang kepala jadi macam biul je aku tengok. Manners totally out!!

Betul ni..tadi auntie tengok macam nak nangis je. Pasha kacau Yaya ke? Tadi auntie macam dengar suara orang nak bergaduh je.” tanya Maria bimbang jika anak sulungnya mempermainkan Adelia. Dia maklum sangat dengan tingkah laku anaknya itu. Dingin. Macam bagus. Ish..mengutuk anak sendirilah pula. Tak baiknya aku. Tertawa kecil di dalam hati. Di luar Maria sekadar senyum tipis menjaga hati si gadis comel.

Eh..tak adalah auntie. Tadi kita orang berbual je. Mungkin bunyi tv tadi yang kuat yang auntie sangka ada orang bergaduh.” jelas Adelia perkara yang tidak benar sama sekali. Takkan nak cakap anak auntie teramatlah kurang ajar. Aku dahlah hidup menumpang buatlah cara hidup menumpang. Adelia senyum mengambil hati.

Auntie tau anak auntie macam mana Yaya tapi apapun Yaya jangan terasa hati ye. Pasha memang macam tu. Sabar ye..” Maria senyum sambil memeluk bahu Adelia dengan lembut. Adelia yang tidak pernah merasai kasih sayang ibu begitu terharu dengan kemesraan auntie Maria. Hm..ni nak nangis ni..hm..muka dah mendung semacam tunggu nak jatuh je air mata
ni. Adelia mencebik sayu.

Baiklah auntie. Yaya ok je.” suara Adelia kedengaran sebak. Maria sedar Adelia dalam kesedihan. Jauh dari ayah kandungnya dan terpaksa tinggal dengan keluarga yang tidak pernah dikenali. Baiklah,mulai sekarang Adelia Nur Qaireen adalah anak perempuannya dan akan di manja di tatang sepenuh hati. Janji Maria.

Jom kita pergi ke dapur Auntie ada buat kek tau. Sedap..” tangan Adelia di tarik dan dengan tergesa-gesa Auntie Maria menolak badan Adelia menghala ke arah dapur. Tidak sabar untuk menunjukkan kek buatannya yang disediakan khas untuk Adelia.

Wah..cantiknya kek!” Kecur liur Adelia melihat kek yang dihias cantik di hadapannya. Auntie Maria senang melihat wajah comel Adelia ceria semula.

Mari Auntie potongkan kek ini untuk Yaya.” pantas Auntie Maria mengambil pisau dan memotong kek buatannya sendiri dan meletakkannya di atas piring berbunga kecil. Lalu di letakkan berhadapan Adelia.

Jemputlah makan.” Auntie Maria tersenyum senang melihat Adelia mula mencapai sudu untuk menjamu kek yang diberi. Adelia cuma senyum. Apalagi..nyum..nyum..lazatnya kek. Rasa coklatnya moist sangat. Bestnya..

Sedapnya Auntie kalah Secret Recepie rasanya” Puji Adelia ikhlas. Dengan muka tak malu Adelia dengan gopoh menghabiskan kek coklat di hadapannya. Sedap mana boleh tak makan. Nanti nak tambah lagi. Hehe..

Tambahlah lagi,kek ni Auntie buat khas untuk Yaya.” bahagianya bila mempunyai anak perempuan. Adelia yang mendengar kata Auntie Maria terus je mencapai pemotong kek. Sepotong lagi selamat di kendurikan olehnya lagi. Pucuk dicita ulam mendatang. Rezeki jangan di tolak. Hehe..Adelia riang. Terlupa terus episod sentap dengan Nik Pasha tadi.

Ini bilik Yaya ke Auntie?” tanya Adelia tidak percaya. Wow! Kamarnya seperti kamar tuan puteri hendak beradu. Elegan. Dipenuhi dengan lace dan warna pink. Seperti cerita fantasi Barbie. Cutenya. Aku dah jadi budak girly la pula. Kalau di rumahnya dulu penataan kamar tidur biasa-biasa saja. Warna biru pula tu. Ayah yang minat sangat. Ingat aku ini anak lelaki agaknya. Ayah nakkan yang maskulin je di matanya. Sedikit sebanyak mempengaruhi Adelia juga. Sikap Adelia yang agak boyish akhirnya membuka mata Helmi bila satu waktu dia terpaksa akur Adelia adalah seorang anak perempuan apabila Adelia menjangkau umur 13 tahun Adelia di datangi haid. Sebagai lelaki menggelabah juga mencari pad di kedai seven eleven. Malu pun ada tapi apabila teringatkan wajah ketakutan dan kesakitan anak gadisnya. Helmi kuatkan semangat dan buat muka tebal belikan pad. Yang kelakarnya siap bertanya sales girl nak beli yang mana satu. Sale girls yang berkerut muka akhirnya tertawa geli hati bila di terangkan oleh Helmi. Tersentuh pun ada iyalah ayah mithali. Adelia pula ada kisah lucunya bila terlihat ada darah di atas cadar mahu bergegar satu rumah dengan jeritannya.

Ayah!!! Yaya berdarah! Yaya berdarah! Luka! Luka kat mana Yaya tak tahu.” jerit Adelia cemas sambil mencari punca perdarahan berlaku. Di pusing kanan dan kiri. Selepas itu di pandang atas dan bawah. Apabila sampai ke bawah di lihat ada darah terkeluar pada seluarnya. Perut sakit memulas teramat sangat. Apa ni..tak faham aku! Helmi yang macam tak cukup tanah berlari mengetuk pintu bilik anak perempuannya bagai nak pecah. Bila pintu terbuka melihat anak perempuannya berwajah ketakutan dia pun dilanda cuak. Ketika matanya melihat darah pada cadar. Ok..oww..Ah..sudah..Helmi tepuk dahi. Sejak itu Helmi
sedar Adelia Nur Qaireen adalah seorang anak perempuan. Ciri-ciri kewanitaan perlu di terapkan.

Cantikkan! Auntie sediakan khas untuk Yaya. Dah lama Auntie nantikan anak perempuan supaya Auntie dapat hiaskan bilik seperti ini. Nampak girly and cute kan!” seronok melihat 'anak perempuannya' teruja dengan pengubahsuaian bilik yang comel. Adelia tersenyum sampai ke telinga melihat kamar yang bakal didudukinya. Bayangan mengarut yang dia akan didera dengan teruk dengan seterika hilang begitu sahaja. Adelia sedar Auntie Maria seorang yang baik dan penyayang. Ayah benar..I love you ayah..Adelia salah kerana terlalu cepat memberi tafsiran negatif.

Thanks Auntie! Yaya hargai apa yang Auntie lakukan untuk Yaya. Baru sekarang Yaya dapat merasai kasih seorang ibu.” hampir menitis air mata Adelia terharu dengan penerimaan Auntie Maria.

Tak apalah Yaya! Auntie memang teringin sangat anak perempuan. Dengan kehadiran Yaya impian Auntie tercapai. Okay,Yaya rehat dulu ye! Auntie nak sediakan makan malam yang istimewa hari ini.” dengan lembut Maria mengusap bahu Adelia sebelum berlalu. Adelia bersendirian ketika ini. Pintu bilik yang terbuka di biarkan. Adelia memerhati persekitaran bilik. Terasa kehangatan dan kemesraan. Adelia tidak perasan yang ada seorang memerhati di muka pintu bilik. Nik Pasha memerhati dengan tajam. Gadis itu tersenyum bila melihat bukan main banyak lagi teddy bear dan soft toy yang comel-comel di persekitaran biliknya. Mak oii..macam kedai jual anak patung je. Tapi tak apa..aku suka sangat. Comel-comel anak patung yang ada ini rasa nak peluk kesemuanya. Di capai teddy bear yang besarnya hampir menyamai Adelia. Di peluk sekuat hati. Hm..geramnya..

Tak malu dah besar panjang pun nak main dengan teddy bear lagi. Macam budak kecik dahlah gedempol.” berdesing telinga Adelia mendengar suara dajal yang menyakitkan hati. Budak ini lagi tak habis-habis nak menyakitkan hati aku. Aku ada hutang apa dengan dia suka sangat buat aku sakit hati. Aku tahulah aku ini gemuk tapi tak adalah gemuk sangat pun cuma chubby je. Ini ayah punya pasallah suka sangat belikan aku coklat. Ah..aku pun salah juga yang pelahap sangat makan coklat tu kenapa. Salah siapa? Aku jugak..

Terima kasih! Aku memang dah tau aku ni siapa. Kau boleh pergi tak mata aku ni berbulu tengok kau yang kurang ajar ni.” dengan pantas Adelia menutup pintu dengan kuat. Geram. Nik Pasha yang tidak bersedia dengan tindakan Adelia tekejut sakan kerana hidungnya hampir mencium pintu. Kalau terkena pintu tadi mahu patah hidungnya yang mancung.
Nik Pasha menggosok hidungnya berkali-kali. Aset penting ni.

Eh..budak ni!” tangan Nik Pasha dengan kasar menepuk pintu bilik Adelia. Geram! Tak padan menumpang rumah orang. Nik Pasha merengus kasar. Sakit hati.

Adelia yang baru nak ceria dan gembira duduk di sini berasa tidak senang dengan sikap anak Auntie Maria yang jelas menunujukkan dia tidak suka dan mengalu-alukan kedatangan nya di rumah ini. Tapi..aku harus lakukan apa? Terima seadanya. Hm..ayah..