Thursday, 6 June 2013


BAB 7: SESUNGGUHNYA..DIA LELAKI PELINDUNGKU

 BUAT pertama kalinya, Zara hanya termangu di atas katil tanpa berbuat apa-apa atau berfikir apa-apa. Dia hanya bermalasan. Dia tidak tergesa-gesa untuk bangun melakukan aktiviti kebiasaannya. Dia hanya terfikirkan seorang lelaki bernama Daris. semakin lama dia merasakan Daris seolah-olah utusan Tuhan menjadi pelindungnya. Dia tidak tahu kenapa dia boleh terfikirkan begitu. Daris istimewa orangnya, melihat seseorang bukan dari lahiriah tetapi dengan mata hati. Walaupun dia berlagak dingin dan sombong, Daris masih tetap tersenyum dan melayaninya dengan penuh penghormatan. Zara terasa dirinya sangat dihargai oleh lelaki itu. Hatinya sentiasa tenang disamping lelaki itu. Daris sememangnya lelaki yang baik. Zara akui itu.

 Zara berpusing badan menghala mengadap siling. Terkelip-kelip matanya memandang siling. Kemudian, matanya dihala ke arah jam di dinding.  Dia sudah terlewat banyak untuk melakukan rutin hariannya. Hari ini, dia tiada angin nak menjejakkan kaki ke pejabat Qaiser. Hatinya masih sakit. Tidak sekali pun panggilan dari Qaiser selepas majlis di hotel semalam. Zara betul-betul berkecil hati dengan Qaiser yang langsung tidak mengambil tahu apa yang telah berlaku terhadap dirinya. Siapakah dia di mata Qaiser pun dia tidak tahu? Dia mula tertanya pada diri, kenapa dia boleh jatuh cinta dengan lelaki bernama Qaiser?

 “Zara, sayang..belum bersiap lagi? Tak nak pergi pejabat Qaiserkah?” Tanya mama. Pelik melihat Zara masih bermalasan di atas katil. Selalunya, anak perempuannya yang seorang itu pagi-pagi lagi sudah bangun dan bersiap-siap untuk ke pejabat Qaiser dan selepas itu akan menghadiri beberapa kelas khas.

“Tak kot, ma! Malas la..” ujar Zara dengan senyum nipis. Dia betul-betul tiada angin dan lebih kepada tawar hati. Perasaan excited tu semakin hari semakin pudar setiap hari apabila dilayan oleh Qaiser sesuka hati. Dia juga punya perasaan. Dia bukan Barbie doll buat pelepas kebosanan dan nafsu. Dia..hm..tak kuasalah!

“Lepas tu? Kelas macam mana, sayang?” Tanya mama. Mungkin anaknya nak berehat agaknya. Setiap hari melalui banyak rutin yang telah disediakan khas. Penat agaknya tu! Telah Datin Sri Delilah.
 
Zara pandang mama dengan tersengih. “Tuang boleh, ma?
 
Hm..penat ke?” Tanya mama lagi.

“Penat, ma! Campur malas sekali..hehehe.” Zara sengih comel. Dia penat mental sebenarnya.


Hm..” mama geleng kepala. Sebelum bangun sempat dibelai rambut anak perempuan kesayangannya. Itulah satu-satunya permata hatinya. Tiada yang lain.


“Jangan amalkan selalu. Kita perlu ada prinsip dan ada ketetapan di dalam hidup.” Datin Sri Delilah mengingatkan anaknya itu. Benar, dia manjakan anaknya namun bukan bermakna dia membiarkan anaknya tidak berdisiplin dan tiada matlamat di dalam hidup. Oleh kerana itu, dia sedaya upaya menyediakan Zara Diandra sebagai seorang isteri CEO yang disegani. Bukan sekadar isteri CEO semata-mata tetapi sebagai pemangkin dan penggerak kepada seorang CEO yang berkaliber.


Behind every successful man there is a woman..” getus hati kecil Datin Sri Delilah.

I know, ma! Just for today..I need rest.” Zara merengek kasihan.

Just for today!” Datin Sri Delilah mengingatkan lagi anaknya. Siap dengan jari telunjuk ditunjuk berkali-kali.


I..I..ma’am.” Zara memberi tabik ke arah mama sambil tersenyum lebar.


Good..”  Datin Sri Delilah senyum sebelum keluar.

QAISER meneliti fail tetapi tidak dapat menumpukan perhatiannya. Seperti ada sesuatu yang kurang hari ini. Apa, ya? Qaiser cuba berfikir tetapi masih tidak dapat menelah perasaannya. Seminit, dia menjungkit bahunya sambil mencebik. Buat apa susah-susah fikir ni! Tak penting!

 Qaiser menekan butang memanggil setiausahanya.

 “Arni, masuk!” arah Qaiser pendek.

 Call bahagian marketing saya nak jumpa managernya. Bawa laporan bulan lepas.” Arah Qaiser. Tidak terkesan dengan ketidakhadiran Zara pada hari ini.

 “Baik, bos!” Arni mengangguk faham.

Ketika keluar, Arni sempat memandang jam di tangan hampir ke tengahari tetapi Miss Zara belum muncul seperti kebiasaan. Terasa sesuatu yang kurang pada hari ini. Tetapi, bosnya pula tidak bertanya apa-apa pun pasal Miss Zara. Arni menggelengkan kepalanya.

 Qaiser bangun dari kerusi lalu berlalu ke tepi tingkap memandang suasana kota di bawah yang jelas kelihatan padat dengan hiruk-pikuk manusia dan kenderaan. Entah kenapa dia teringatkan Dhamirah pula, teringat sewaktu mereka berada di bumbung bangunan. Entah kenapa dia senang dengan gadis itu. Hatinya begitu tercuit.

 Dengan tidak semena-mena, Qaiser lantas mencapai kot Armani pilihan Zara lalu dipakainya. Hatinya tiba-tiba teringin sangat ingin menemui Dhamirah dikala ini. Kakinya dihayun ke arah pejabat human resource. Dia berjalan dengan wajah berseri-seri seperti dilamun cinta.

 Demi terpandangkan Dhamirah yang sedang berada di meja kerjanya. Qaiser terus meletakkan kedua belah tangannya di atas meja lalu tersenyum ke arah gadis idaman hati. Dia nampak mata bulat Dhamirah yang terkejut besar dan amat menggelikan hatinya. Nampak comel sangat!

 Jom?” ajak Qaiser dengan senyuman melumpuhkan segala sendi setiap wanita yang melihatnya. Dhamirah tidak terkecuali, lututnya dah lembik melihat senyuman seorang lelaki kacak yang terlampau. Sikit lagi jantungnya mungkin tembus menerusi dinding dada agaknya. Terlalu berdebar.

Hah?” terpinga-pinga apabila diajak ‘Jom’. Ke mana? Hanya terlintas di hati. Bibir masih terkelu.

Dhamirah menonong ditarik oleh Qaiser keluar dari pejabat human resource. Banyak mata memandang. Masing-masing tercengang melihat drama sebabak yang menimbulkan pelbagai spekulasi.

 Qaiser membawa Dhamirah ke sebuah restoran eksklusif di ibu kota. Dhamirah hanya berbaju kurung cotton perlahan-lahan mengikuti bos besar dari belakang. Perasaannya terlalu segan dan malu dengan kekurangan diri apabila dibawa ke tempat eksklusif seperti ini. Sungguh..dia terlalu janggal. Bukan tempatnya di sini. Bukan tarafnya.

Namun, dipaksa kakinya melangkah dengan wajah hanya ditundukkan sedari tadi.

 Seorang pelayan dengan bertuksedo datang menunjukkan tempat mereka. Mereka dibawa ke sebuah bilik persendirian dan mejanya berada di tepi tingkap lutsinar dan boleh melihat suasana di luar sana. Dhamirah sempat menjenguk ke bawah. Tingginya! Dhamirah menelan air liurnya.

 Nevermind!” Qaiser menunjukkan tangannya dengan ‘sign’ tidak mengapa. Dia sendiri akan menarik kerusi untuk gadis idaman hati.

 “Silakan duduk!” pelawa Qaiser dengan hormat kepada Dhamirah dengan senyuman paling menawan.

 Dhamirah dah terpaku dan terkelu. Terpinga-pinga!

 “Dhamirah..” seru Qaiser dengan sengihan yang cukup sweet.

 Er..” dengan wajah teragak-agak Dhamirah duduk di kerusi yang disediakan oleh CEO company tempat dia bekerja. Sekali lagi diulang CEO, okay! Mau tak terkedu.

 Dhamirah benar-benar ‘culture shock’ dengan apa yang sedang dilaluinya kini. Dia awkward. Dia tidak tahu apa yang harus dia katakan.

“Dhamirah macam orang terkejut je? Kenapa?” Qaiser menyoal lembut.

Dhamirah mengangkat kepalanya cuba memandang CEO yang paling disegani berada di hadapannya.
 
 “Taklah, saya..er..okay je ni..” tergagap-gagap nak menghabiskan ayat. Nafasnya semput.

 Qaiser ketawa kecil. Dia tahu Dhamirah malu-malu dan segannya. “Relaks..hari tu awak belanja saya makan, so..kali ni saya belanja awak makan pula.” Ujar Qaiser tentang niatnya. Dalam masa yang sama cuba mengurangkan perasaan tidak selesa di hati gadis itu.

 Eh, bos! Itu tak seberapa, setakat nasi berlauk je pun. Saya masak sendiri. Berapalah sangat, bos! Saya tak minta balasan pun. Saya ikhlas, bos!” bersungguh Dhamirah menolak. Kalau nak membalas budi pun bawa pergi makan di kedai mamak di hadapan company mereka yang cekik darah tu pun dah okay sangat-sangat. Ini, di sini? Dhamirah telan liur. Tidak tercapai dek akalnya dia boleh sampai ke tempat eksklusif begini.

 It’s, okay! My treat..don’t worry.” Qaiser senyum. Begitu tercuit dengan telatah innocent gadis itu. Dia terpikat!

 Er..” Dhamirah tidak tahu nak berkata apa lagi. Kiranya rezeki tergolek-golek dialah hari ini. Syukur..Ya, Allah..bukan selalu tetapi kalau selalu dua lalu pun terima kasih..Ya, Allah..

“Dah..jangan difikirkan lagi. Kita makan, ya?” ajak Qaiser. Perutnya dah menggelodak dah. Lapar!

 “Saya ikut bos je!” balas Dhamirah dengan perasaan segan tidak pernah surut.

 Ha..macam tu la..” Qaiser senyum menawan lagi.

 Dhamirah beristirghfar di dalam hati kerana hatinya lemah geliut melihat senyuman menawan itu. Dhamirah tarik nafas dan cuba membalas senyuman walaupun nampak sangat canggungnya.

Sewaktu pelayan mengambil order tadi dia memberi sepenuhnya tanggungjawab mengorder dengan bos besarnya. Gila tak! Mana dia tahu nak sebut semua menu yang tertera di dalam buku menu tu. Tulisan perancis maa..nak menyebut pun boleh tergeliat lidah. Dia redha je la apa-apa saja makanan yang diorder oleh bos besarnya. Telan saja la labu!

Makanan sampai..

 Dhamirah dah tertelan liur melihat stik apa entah masih berasap-asap di dalam pinggang. Nampak menyelerakan! Hm..kontrol weh, karang air liur terluaq? Buat malu company,  ja!

“Jemput makan!” pelawa Qaiser tidak habis-habis dengan senyuman menawannya.

 Nak makan ni..Dhamirah teragak-agak mencapai sudu yang bersusun. Tidak tahu menggunakan yang mana? Terkial-kial!

Qaiser ketawa kecil. Bukan sengaja nak gelak cuma tidak dapat menahan hatinya yang begitu tercuit dengan telatah comel gadis itu.

Look here!” panggil Qaiser.

 Tangannya sedang menunjuk sudu dan garfu yang perlu diambil. Dia faham keadaan Dhamirah dan latar belakang Dhamirah. Oleh kerana itu, dia tidak kisah.

 Oh, I forget!” Qaiser terlupa mengingatkan Dhamirah. Dia terus bangun mengambil napkin di atas meja lalu di buka dan dengan penuh gentleman meletakkan napkin di atas riba gadis itu. Qaiser boleh nampak wajah gadis itu terkejut. Tersengih!

 Selepas makan, mereka keluar beriringan..

Qaiser membukakan pintu kereta untuk gadis idaman hati. Lagi-lagi muka terkejut yang ditunjukkan oleh Dhamirah sedari tadi. Cute sangat!

 Di dalam kereta, Qaiser tidak terus memandu tetapi menatap wajah Dhamirah dari sisi. Gadis itu tersangat ayu. Membuatkan hatinya terpaut. Dia tahu hatinya sedang menyukai gadis itu. Mungkin dia telah jatuh cinta.

“Sejuk, eh?” perasan Dhamirah duk asyik bermain dengan tangannya. Qaiser berpusing ke seat belakang dan mencapai mafela dari material kashmir yang diberi oleh Zara. Dengan penuh perhatian, Qaiser meletakkan mafela ke atas tangan Dhamirah yang sejuk.

 Dhamirah terpinga-pinga lagi dan lagi. Dia betul-betul ‘culture shock’. Dia gadis biasa dan dibesarkan di dalam keluarga biasa. Apabila diri dilayan dengan begitu istimewa dia memang terkejut gila. Hatinya dengan mudah mencair dan tidak mengambil masa yang lama untuk jatuh hati dengan lelaki kacak seperti Qaiser. Sungguh..dia merasakan hidupnya seperti fairytale.

 HUJAN..

 Zara tidak dapat keluar dari Audi R8nya kerana hujan. Dia menjenguk keluar. Hm..

 Dari dalam kereta, Zara nampak susuk tubuh yang amat dikenali sedang berlari dengan beg sandang dijadikan perlindungan dari terkena air hujan yang menimpa. Zara cepat-cepat membuka tingkap keretanya, melaung nama lelaki itu kuat-kuat melawan bunyi hujan yang turun dan membasahi bumi. Lelaki itu berpaling lalu tanpa banyak soal meredah hujan dan berlari ke arah kereta Zara.

Daris tersenyum sewaktu melabuhkan punggungnya di seat kereta Zara. Hampir basah keseluruhan baju yang dipakainya. Dia cuba mengelap air hujan yang membasahi bajunya bimbang buatkan kereta Zara basah dengan air hujan yang dibawa olehnya.

I don’t mind!” Zara tahu Daris serba-salah dengan dirinya yang kebasahan.

 Aaachumm..” Daris terbersin.

Zara terus pandang Daris.


Excuse me..sorry! Tindakan luar kawalan.” Sempat melawak sebenarnya segan.

 It’s, okay!” Zara tergelak kecil.

“Macam nak kena selsema je?” Zara berkata lagi.

“Mungkin kot! Ermm..aachuummm..” Daris terbersin sekali lagi.

“Bukan kot lagi dah..memang betul dah selsema.” Zara tergelak lagi. Orang sakit dia gelakkan lagi. Ish, tak patut!

Ermm..tak kesian kat saya ke?” rengek Daris tidak semena-mena. Tidak terlintas pun di hati nak mengada-ngada sebenarnya.

Aloo..” tanpa sedar Zara meletakkan tapak tangannya di bahu Daris. tindakan spontan.

Daris pandang tangan Zara yang jatuh ke bahunya. Bibirnya membuahkan senyum.

“Awak nak ke mana sebenarnya?” Tanya Zara teringat tadi Daris meredah hujan. Entah dari mana?

 “Oh..baru balik dari site. Hujan pulak!” jawab Daris tersengih. Hidungnya dah mula berair.

 “Nah, ambil tisu ni.” Zara menghulurkan tisu untuk Daris.

 Thanks!

 “Lepas ni nak pegi mana?” Tanya Zara lagi.

 “Balik ofis jap! Hantar barang then tunggu pukul lima sharp saya balik la,” jawab Daris setelah berfikir apa yang harus dia lakukan selepas ini.

“Balik teruslah! Awakkan dah basah ni.” Zara tidak setuju.

 “Saya ni kerja makan gaji kenalah ikut masa bekerja, kan?” balas Daris.

 I forget..awak ni bakal pekerja cemerlang tahun ni, kan?” perli Zara. Senyum herot.

“Saya setakat pekerja biasa je, Zara.” Daris bersuara perlahan. Terasa hati kot?

 I’m sorry..saya tak patut cakap macam tu,” mohon Zara terlajak katalah pula. Mulut ni betullah!

 I don’t mind! Saya ni siapa, kan? Kuli je kot!” Daris menyembunyikan senyum. Gelihati kerana Zara boleh feeling pula dengan kata-katanya. Dia okay je..nak terasa hati bagai tak adalah.

Jom, kita pergi mana-mana café. Punch card karang saya hantar awak balik ofis. Jangan argue dengan saya! Just ikut je!” Zara memberi arahan. Dia juga mempunyai kuasa di dalam board director. Setakat bawa staf pergi minum kopi, no hallah!

 Di Coffee Bean Café..

 “Awak duduk di sini dulu. Jangan pergi mana-mana! Saya nak pergi somewhere, jap! Awak order apa saja, saya nak caffe latte.” Zara menyuruh Daris menunggu di situ sementara dia pergi ke satu tempat yang tidak diketahui oleh Daris.

Daris hanya sengih. Lucu dengan pesanan Zara. Jangan pergi mana-mana!

 “Saya maksudkannya, Daris!” geram Daris gelakkan dirinya.

Okay..” Daris tergelak kecil.

 Daris menghirup hot chocolate dengan penuh nikmat. Sejuk-sejuk begini jika mendapat minum panas seperti ini. Memang heaven!

 Daris masih menunggu Zara..


Hampir dua puluh minit, baru nampak kelibat Zara sedang membawa satu beg kertas berjenama. Hm..perempuan..shopping memanjang..

“Lama tunggu?” soalan yang malas betul Daris nak menjawab.

 “Tak adalah lama sangatt..” saja Daris menekan suaranya.

 Zara tergelak.

“Saya belikan awak pakaian baru ni. Pakaian kasual je! Nanti awak tukar, ya? Kalau tak makin melarat selsema awak tu pakai baju basah?” Zara menolak beg kertas berjenama ke arah Daris. Dia risaukan Daris selsema nanti. Dia hanya ingin membalas jasa lelaki itu yang selalu menolongnya dikala dia kesusahan.

Eh, tak payah susah-susah, Zara! Baju basah sikit je ni!” tolak Daris yang tak menyangka Zara pergi lama-lama tadi sebenarnya mencari pakaian kering untuknya. Berjenama pula tu! Segan pula dirinya.

“Saya penat la..nak main tarik tali. Awak ambil je la! Nanti pergi tukar, okay!” arah Zara dengan suara tegas. Penat-penat dia mencari pakaian yang bersesuaian nak menolak pula. Terasa hatinya!

Hm..saya sebenarnya tak nak susahkan awak tapi kalau itu yang awak nak saya terima je.” Jawab Daris dengan suara serba-salah.

“Macam tu la..” Zara senyum sambil menghirup caffe latte.

Hm..dah sejuk!” omel Zara dengan caffe lattenya yang dah sejuk.

 “Awak pergi lama sangat! Tukar yang baru, okay!” Daris terus menggamit pelayan untuk memesan caffe latte  yang baru.

Zara menghirup caffe latte yang baru dan masih panas dengan penuh nikmat. Dia memang penggemar coffee.

 “Sedap sangatkah?” Tanya Daris apabila melihat memek wajah Zara yang terlalu lega sewaktu menghirup coffee itu.

 Coffee? I’m addicted with coffee. Satu hari tak lengkap tanpa coffee secawan.” Akui Zara.

You know, it’s vasoconstrictor? Banyak disease berpunca dari coffee. Yang common, gastric. Tahap aciditynya tinggi.” Daris menjelaskan tanpa dipinta.

Zara sengih. Dah jadi Dr Daris pulak!

“Macam yang saya cakap tadi..I’m addicted with coffee.” Ulang Zara dengan senyuman.

 “Hm..saya just bagi nasihat tak bertauliah je.” Daris jungkit bahu. Kemudian, tunduk menghirup hot chocolatenya.

 Okay, saya dengar nasihat awak tu! Tapi, saya ni penagih tegar coffee.” Zara juga menjungkit bahunya dan menghirup caffe lattenya. Buih-buih caffe latte melekat pada bibir atasnya.

 Daris nampak bibir Zara comot dengan buih-buih caffe latte tanpa berfikir panjang terus membawa badannnya ke depan dan tangannya ringan saja menyapu buih-buih caffe latte pada atas bibir Zara. Menyapu dengan ibu jarinya seakan membelai bibir Zara yang kebasahan.

 Mata Zara membulat. Terkejut dengan perbuatan Daris yang berani dan tidak dijangka. Jantungnya terus berdegup laju.

 Sorry, ada foam caffe latte pada bibir awak. Nampak comot!” jelas Daris masih memegang sedikit kulit pipi Zara. Mengelus buih-buih caffe latte yang tersisa sedikit di tepi bibir.

 Daris masih memerhatikan wajah Zara secara dekat.

 Zara baru tersedar dari lamunan terus memalingkan wajahnya ke arah lain. Dia pasti wajahnya pasti sedang memerah sekarang. Erti kata lain, blushing!

 Ehem..” Zara cuba menutup perasaan awkwardnya dengan batuk dibuat-buat.

“Kenapa ni?” tanya Daris tidak faham dengan wajah Zara yang berubah benar. Nampak merah seperti dipanggang.

 Nothing!” cepat mengelak dari ditanya yang bukan-bukan. Dia tak sanggup nak menjawab jika bertanya riak wajahnya sekarang.

Jantungnya masih berdebar. Dia tak tahu kenapa setiap perbuatan dan pergerakan lelaki itu selalu membuatkan jantung dan perasaannya bergetar aneh.

 
Pesanan penulis:
New entry..harap sukalah..
Masing-masing cuba membalas budi..
Enjoy, reading..
TQ..
 

 

 

 

 

 

 

Monday, 15 April 2013


SAMBUNGAN BAB 6: SESUNGGUHNYA..DIA LELAKI PELINDUNGKU

 
“AWAK,okay tak ni?” Tanya Daris sewaktu mereka keluar dari lif. Zara yang masih terkejut hanya menganguk kecil. Kakinya masih goyah untuk berdiri betul. Hampir darahnya kering tadi. Kalau tak kerana Daris dia pun tak tahu bagaimana nak melepasi para press yang tak reti bahasa tu.

 
“OMG!” Zara teringat kembali kata-kata press. Mabuk? Habislah..ini pasti angkara cina mangkuk tingkat tu! Sial!

 
“Hei..what’s wrong?” Tanya Daris pelik.

 
“Nothing..” habislah..

 
“Betul okay?” Tanya Daris bimbang melihat wajah Zara yang pucat lesi.

 
“I guess..” Zara berjalan perlahan walaupun lututnya terasa lemah.

 
“I guess not! Come! Saya papah. Nak ke mana?” Daris terus memegang lengan Zara dengan selamba. Nak tak nak Zara akur dengan pertolongan Daris. Dia memang terasa lemah sangat-sangat. Mungkin separuh semangatnya telah hilang dengan onar press tadi. Apa kata Qaiser nanti? Dia bukan nak menolong tetapi menambahkan masalah pada Qaiser.

 
“Pejabat CEO.” Kening Daris terus terangkat. Dia pernah dengar tentang hubungan CEOnya dengan anak pemilik saham kedua terbesar di syarikatnya. Desas-desus hubungan mereka lebih kepada company merging relationship. Mungkin ada kebenarannya?

 
“Miss Zara..kenapa ni?” Arni meluru ke arah Zara membantu memapah Zara juga. Belum sempat mereka berjalan ke pintu bilik CEO ada suara menegur kasar.

 
“What the hell are you doing here,Zara! Stop bothering me!” tanpa perasaan Qaiser memuntahkan lahar kemarahannya. Dia betul-betul bengang apabila mendapat tahu yang Zara bergaduh dengan Sazzy dan melibatkan dia. Sudah pasti video yang tersiar di Youtube orang dapat mengagak siapa orangnya? Terkini,dia baru menerima khabar yang Zara mabuk teruk di kelab malam dan melibatkan namanya juga. Teruk dia diperli dengan para pemegang saham yang lain.

 
“Don’t mix business with pleasure” berdesing telinganya dengan sindiran Datuk Fikri di meja mesyuarat. Semua yang ada di bilik mesyuarat memandangnya dengan pandangan serong dan sinis.

 
“Er..bos! Miss Zara tak sihat ni!” Arni terpaksa bersuara. Kasihan pula dengan Miss Zara yang nampak pucat.

 
“Rehatkan dia di bilik saya. Menyusahkan betul!” Qaiser merengus dan  berlalu masuk ke dalam biliknya siap menghentam pintu dengan kuat.

 
Daris yang melihat perangai tak semengah bos besarnya hanya mampu memandang simpati ke arah Zara. Tak patut gadis itu diperlakukan sedemikian. Setiap manusia mempunyai darjat dan maruahnya tersendiri. Bukankah manusia itu adalah sebaik-baik kejadian yang Allah ciptakan di atas muka bumi ini? Daris menunduk hormat kepada Zara sebelum dia beredar. Tanpa kata. Dia sendiri kelu nak bersuara.

 
Di dalam bilik,Zara teruk dimarahi oleh Qaiser. Arni yang berada di luar bilik boleh mendengarnya. Nasib baik bilik CEO jauh dari pejabat staf kalau tak dah tentu  ramai yang tak jadi buat kerja,menguping telinga! Arni jatuh kasihan dengan Miss Zara. Sombong-sombong dan cerewet-cerewet Miss Zara pun segalanya untuk bosnya. Dari susun atur perabot,failing di meja kerja dan makanan semuanya dijaga rapi oleh Miss Zara kerana dia tahu bosnya adalah cerewet yang amat orangnya. Itupun bosnya masih belum sedar tentang kebaikan Miss Zara. Khabar gossip terbaru yang didengari,bosnya itu ada ushar seorang awek di jabatan human resource. Arni pernah nampak budak tu sewaktu mengambil borang guarantee letter ketika anak sakit. Nampak budak baik-baik. Berbaju kurung dan berambut lepas bebas. Lari dari citarasa bos sebelum ini yang selalu dikerumuni perempuan-perempuan berbedak sepuluh inci dan berskirt singkat. Arni perasan dua,tiga menjak ni bosnya kelihatan baik saja. Dah kurang perempuan-perempuan tak cukup kain datang ke ofis. Tak macam dulu. Mungkin bosnya serius dengan budak human resource itu agaknya? Miss Zara tau tak agaknya? Arni terfikir.


“Eh,Miss Zara!” pintu dikuak dan keluar susuk tubuh Zara dari balik pintu dengan langkah lemah. Arni terus mendapatkan Zara lalu dipegang lengan Zara untuk memapah.

 
“Tak payah,Arni! Buat kerja you.” Tolak Zara sambil menolak tangan Arni yang memegang lengannya.

 
“Saya tolong Miss Zara.” Arni pandang Zara dengan mengharap cuba mencapai lengan Zara lagi.

 
“Thanks..but no thanks.” Zara menepis tangan Arni dan terus berlalu.

 
“Miss Zara..” panggil Arni cuba menahan tetapi kelibat Zara telah menghilang di sebalik pintu.

 
ZARA bersiap secantik mungkin dengan dress labuh satin berwarna kuning lembut yang terbelah tinggi sehingga menampakkan kakinya yang panjang. Dengan sanggul ringkas dan make up natural look. Zara menunggu ketibaan Qaiser. Dia teringat disaat-saat dia dimarahi oleh Qaiser tadi. Sebelum dia keluar dari bilik itu Qaiser sempat meminta pertolongan darinya. Kalau diikutkan hati tak kuasa dia menolong kerana terlalu sakit dengan kata-kata Qaiser yang amat melukakan hatinya. Tetapi,dia tak sampai hati pula. Inilah peluang Qaiser membuktikan kredibiltinya sebagai seorang CEO. Inilah satu-satunya cara Qaiser mempertahankan jawatan CEOnya.

 
“You look stunning as always..” puji Qaiser sewaktu mereka di dalam Lambourghini. Sepert biasa Zara pandai menghias dirinya dan kelihatan amat cantik. Qaiser akui kehebatan Zara. Namun,Zara tidak pernah mengujakan hatinya. Zara tidak dapat membuatkan dia rasa ada kupu-kupu di dalam perutnya atau membuat adrenalinnya merembes keluar. Perasaan tu! Tiada! Tidak seperti Dhamirah,tanpa make up yang tebal atau dress yang seksi Dhamirah bisa menbuatkan jantungnya berdegup laju biarpun hanya mencium bau harum rambutnya dari jarak satu kaki. Dengan hanya berbaju kurung dia memandang Dhamirah penuh dengan daya penarik. Dhamirah buatkan Adrenalinnya menderu laju.

 
“You look gorgeous in that dress. I’m surprised!” puji Qaiser melangit. Zara curiga. Ada sesuatu ni..

 
“Thank you..er..” Zara berterima kasih dengan pujian Qaiser tetapi mengerutkan dahinya. Menunggu,apa yang sebenarnya Qaiser cuba sampaikan?

 
“Penampilan Zara macam ni menyenangkan our big project tonight.”

 
‘Big project?”

 
“Ye,Zara! Nampak tak dua orang lelaki tua perut buncit kat sana tu?”

 
“Yang mana?” Tanya Zara masih tidak nampak siapa yang dimaksudkan.

 
“Yang tu! Dekat dengan stage tu.”

 
“Okay Zara nampak.” Zara baru nampak lelaki-lelaki tua berperut buncit yang dah tentu-tentu berpangkat datuk atau tan sri. Zara fokus kembali dengan Qaiser. Menunggu lagi apa yang cuba Qaiser sampaikan.

 
“They’re with Global Holding our competitor in the AXL industries deal.”

 
“Okay..”

 
“Mr Jang ada di sini malam ni. Dia pengerusi AXL Industries syarikat terbesar di Korea.” Zara mengangguk walaupun tak faham sepenuhnya.

 
“So,I need you to get as close as possible to them. Pretend that you interested with them. You gorgeous! Dah tentu-tentu datuk-datuk buncit tu terpikat. Then,korek rahsia mereka.”

 
“Find out everything you can about their meeting with Mr Jang.” Sambung Qaiser lagi.

 
“Wait,you’re saying..hm..you want me to spy on them?” Zara tak percaya dengan permintaan Qaiser. Zara tiba-tiba menjadi bengang. Dia dipergunakan!

 
Qaiser hanya mengangguk mengiyakan kata-kata Zara.

 
“Am not Angelina Jolie in Mr & Mr Smith. Why should I?” bantah Zara. Ingatkan jadi teman parti saja rupanya dah naik pangkat jadi spy pulak. Zara hangin.

 
“Tolong abang Zara?” Qaiser meminta pertolongan dengan suara sayu. Zara terdiam. Dia masih tak setuju sebenarnya. Sebelum sempat dia berkata lebih lanjut.

 
“Qaiser! Well look what we have here?” tegur kenalan perempuan Qaiser.

 
“Hei,Shiela!” Qaiser membalas teguran kenalannya.

 
“Go ahead!”  Qaiser terus berlalu kea rah kenalannya meninggalkan Zara terkulat-kulat.

 
“Oh..” Zara geram tak hengat. dia dapat mandat tak masuk akal manakala Qaiser bersuka-ria? Huh,tak aci! Zara rasa nak menjerit. Terus berpeluk tubuh dengan geram. Grr..

 
Zara pergi mendapatkan lelaki-lelaki tua tak sedar diri itu. Dia harus memulakan perkenalan dengan mereka berdua. Eeuuww..tengok perut buncit dengan rambut hampir botak tu! Zara betul-betul geli-geleman. Hadap saja,Zara! Lakukan demi Qaiser. Orang yang kau amat cintai. Zara cuba kuatkan dirinya.

 
Tak sampai beberapa minit,hanya berdiri berdekatan dengan mereka sambil minum cocktail sudah menarik perhatian mereka. Kecantikan Zara memang tiada tolok bandingnya. Sesiapa pun takkan terlepas pandang melihat kecantikan Zara seperti patung cendana. Datuk-datuk tua tak sedar diri datang menghampiri. Menegur Zara dengan karektor kononnya Don Juan pencen. Zara hampir nak termuntah dibuatnya tetapi terpaksa memaniskan muka. Melayan mereka berbual-bual dan sesekali tangan datuk-datuk tua itu tak segan-segan meletakkan tangan mereka di bahu Zara amat merimaskan Zara. Rasa nak dipotong tangan gatal mereka berdua itu. Zara sempat melirik matanya mencari Qaiser dicelah tetamu-tetamu yang hadir. Lebih membuatkan dia menyirap melihat Qaiser begitu seronok berbual dengan sekumpulan perempuan. OMG!

 
Datuk-datuk tua itu mengajak Zara keluar minum di lounge sambil berbual dengan lebih selesa. Zara berat hati nak mengikuti mereka tetapi demi Qaiser dia turuti. Tangan datuk-datuk itu memang tak reti duduk diam. Zara cuba bertahan sambil tersenyum plastik. Sampai di lif,Zara mengikuti mereka masuk ke dalam lif yang transparent. Zara boleh nampak persekitaran hotel. Zara cuba berlagak biasa dan mesra. Apabila butang lif ditekan. Zara terpempan. Apabila lif mula naik ke tingkat atas. Zara terngadah. Cakap nak berbual di lounge? Kenapa ke atas pula yang dah tentu-tentu hanya bilik-bilik hotel. Zara cemas.

 
“Datuk cakap nak pergi loungekan?” Tanya Zara tergagap. “Buat apa kat atas?” Zara dah tersandar di dinding lif. Melihat pandangan menakutkan dari datuk-datuk itu membuatkan Zara hampir kering darahnya. Zara cuba beralih sedikit cuba mencapai butang lif tetapi malangnya tangannya ditahan dan digenggam kuat.

 
“Lounge tak privasi! Kita berbual di atas, di bilik I baru ada privasi and..kita enjoy. Don’t worry! I’ll give you anything! Ferrari! Lambourghini! Diamond! Shopping non stop Paris,Milan!” offer datuk itu seperti tak tahu pula yang berada di hadapannya adalah anak sudu perak. Sedari kecil dipenuhi dengan kemewahan.

 
“I nak balik datuk!’ Zara merentap tangannya dan cuba mencapai butang lif. Tergapai-gapai tangannya tetapi dihalang oleh kedua datuk itu. Kuat pula tenaga mereka walaupun sudah setengah abad. Zara hampir menangis di situ. Di dalam fikirannya hanya terlintas nama Qaiser. Berharap Qaiser perasan dengan kehilangannya di majlis.

 
Pintu lif terbuka..

 
Zara dipaksa keluar dari lif dan di bawa dengan paksa ke bilik mereka. Zara meronta-ronta minta dilepaskan tetapi tidak dipedulikan langsung oleh mereka berdua.

 
“Tadi manja macam kucing parsi. Jangan berlagak baiklah!” tangan Zara ditarik kasar. Kuat pegangan tangan datuk itu dan sudah pasti akan membuatkan pergelangan tangan Zara lebam.

 
“Lepaslah,datuk! I tak nak! Jangan paksa I!” Zara cuba merentap kuat.

 
“Kau ni kalau dah sundal tu jangan nak berlagak baiklah! Ikut aku!” datuk yang seorang lagi memaksa Zara dengan memaut pinggang Zara pula. Sempat pula tangan yang satu lagi menyusup masuk ke dalam dress yang terbelah tinggi meramas peha Zara yang pejal. Datuk-datuk itu sudah kemarukkan Zara yang gebu.

 
“Don’t touch me!’ marah Zara. Dia amat menyesal kerana terlalu berani mengikut datuk-datuk kurang ajar itu. Di dalam hatinya masih berharap Qaiser akan menyelamatkan dia.

 
“Don’t touch her!” jerit satu suara kuat. Zara berpaling. Qaiser? Hah! Bukan! Daris!

 
“Keep your hands off of her!” Daris meluru ke arah lelaki yang memaut pinggang Zara. Merentap dan menolak lelaki tua gayut tak sedar diri itu ke tepi dinding dengan kuat. Pantas pula tangannya mengeluarkan Iphone menunjukkan perangai binatang lelaki-lelaki tua itu yang telah diambil oleh Daris tadi sebelum dia datang mendapatkan Zara. Terus bertumbuk bukanlah idea yang cerdik walaupun ringan saja tangannya nak mendebik lelaki-lelaki gayut tak sedar diri itu cukup-cukup. Harus ada idea yang bernas nak menangani orang-orang seperti ini.

 
“Nah,tengok ni! Lihat gambar-gambar pakcik yang tak bermoral ni? Saya akan laporkan kepada polis atas tuduhan mencabul dan memperkosa.” Ugut Daris sambil menunjukkan gambar lelaki-lelaki tua itu yang sedang memaksa Zara. Hanya wajah kedua mereka saja yang nampak kerana Zara membelakangi kamera. Kecut wajah tua gayut mereka berdua.

 
Zara berdiri di belakang Daris sambil memegang baju Daris. Dia teramat takut. Tangan Daris yang erat memegang tangannya sedikit sebanyak mengurangakan perasaan ketakutannya.

 
‘Saya ada,Zara!” bisik Daris supaya Zara bertenang.

 
“Okay! Enough of this! Delete the picture! We’ll be gone forever!” datuk itu cuba berunding dengan Daris. Mereka lebih takutkan  reputasi mereka tercemar dari takutkan balasan dari Allah kerana perbuatan jahat mereka. Daris rasa orang sebegini tidak patut dilepaskan.

 
“Let them go,Daris! Enough with this!” kata Zara perlahan. Dia juga tak sanggup. Bimbang nama baik keluarganya tercemar. Walaupun hakikatnya hanya sekadar nama. Itulah duniawi.

 
Daris merengus..

 
“Please..Daris!” rayu Zara dengan suara sayu.

 
“Pakcik-pakcik selamat kali ni!” Daris menunding jarinya ke arah lelaki-lelaki tua itu dengan perasaan marah. Kemudian menarik tangan Zara sehingga ke lif.

 
“Pakcik? Aku taklah tua sangat lagi.” Salah seorang dari datuk itu tak berpuas hati dan sakit hati apabila dipanggil pakcik. Dia rasakan dirinya masih muda belia. Lebih sakit hati lauk mereka telah dibawa pergi.

 
Daris tersangat marahkan Zara. Marah kerana Zara melepaskan lelaki-lelaki tua tak sedar diri itu begitu saja. Daris tak bercakap walau sepatah pun. Menonong menarik Zara sehingga ke lobi.

 
Kebetulan sewaktu Daris menarik tangan Zara,Qaiser baru keluar dari ballroom. Qaiser nampak seorang lelaki muda menonong menarik tangan Zara bergegas keluar. Cara Zara mengikuti lelaki itu seperti dah kenal lama. Qaiser pelik. Zara tak pernah rapat dengan mana-mana lelaki selain dia. Qaiser cuba mengekori mereka.

 
Daris menarik Zara sehingga ke tempat parkir motosikal. Nasib baik dia bawa dua helmet. Kalau tidak kerana menghantar temannya dari US balik ke hotelnya Daris tak akan bertembung dengan Zara. Kebetulan yang Allah aturkan telah menyelamatkan maruah gadis itu dari jenayah pemerkosaan. Syukur..Ya,Allah! Cuma geram dan sakit hati dengan Zara yang melepaskan mereka tak hilang lagi ni. Senang-senang lepaskan penjenayah macam tu? Esok-esok anak gadis orang lain yang jadi mangsa mereka. Daris betul-betul tak setuju dengan Zara. Itu yang buat dia panas hati.

 
“Nah,helmet!” helmet dihulur ke arah Zara. Langsung tak menilai pakaian Zara yang seksi gila dan dah tentu-tentu sukar nak membonceng di belakang Daris.

 
“Er..my dress..” Zara serba-salah melihat pada pakaiannya yang ketat dan terbelah. Sudah tentu susah untuk menaiki motosikal besar seperti itu.

 
“Your dress..hm..” Daris termenung sejenak. “Jangan marah tau!” selamba bawah kain Zara dikoyakkan sekelilingnya sehingga ke lutut. Kemudian membuka jaket yang dipakai olehnya lalu dipakaikan dipinggang Zara dan diikat kemas-kemas. Sekurang-kuarangnya yang terbelah tu tertutup walaupun betis terdedah. Senang nak naik motor. Fikir Daris.

 
“Dress ni mahalkan? Tak apa ke?” Tanya Daris. Zara terdiam saja melihat dress Versacenya dah jadi macam baju mak tarzan.

 
“Dah koyak pun,Daris!” Zara muncung. Mahal tau!

 
“Jangan buat macam tu! Itu yang pakcik-pakcik tua tu tak tahan. Muncung itik ni seksi sangat!” tindakan refleks Daris mencuit mulut muncung Zara yang seksi menggamit rasa geram di hati. Dia juga teralpa dengan godaan syaitan walaupun sebentar.

 
“Dasar player!” Zara muncung lagi sambil berpeluk tubuh. Perli-perli pulak! Bengang!

 
“Okay,jom! Saya hantar awak balik. Meh,sini saya pakaikan helmet.” Daris menarik kedua belah bahu Zara dekat dengan dirinya. Dengan senyuman menyindir Daris menyarungkan helmet ke atas kepala Zara. Lalu diketap tali safety di leher. Daris merenung Zara lama.

 
“Okay,budak baik?” helmet di kepala di tepuk-tepuk lembut sambil tersengih. Hilang rasa marahnya tadi dengan kecomelan Zara memakai helmet.

 
“Budak baik?” Zara menjegilkan matanya. Marah.

 
“Awak cute sangat!” Daris mencuit hidung Zara lalu ketawa kecil.

 
“Awak..” marah dipermainkan.

 
“Dah,jom naik!” menarik tangan Zara dan menyuruh Zara menaiki motosikal yang sudah dia naiki sebentar tadi. Dengan bantuan Daris,Zara dapat menaiki motosikal Daris dengan jayanya. Menonggek di belakang motosikal besar Daris rasa tak selesa. Apabila Daris mula memecut motosikalnya hati Zara yang kecut terus memeluk belakang Daris dengan kuat dan kemas. Jantungnya hampir melantun agaknya?

 
Jantung Daris yang melantun sebenarnya..


Pesanan penulis:
Sambungan dari bab 6..hehe..
hari tu ngantuk sangat..xleh bukak mata dah tu yg pendek tu..
hope enjoy with Daris Hadif yang cool..

Friday, 12 April 2013


Bab 6: SESUNGGUHNYA..DIA LELAKI PELINDUNGKU


DARIS baru balik dari melawat tapak projek di Setia Alam. Dia berpuas hati dengan peratusan yang telah siap mengikut masa yang telah ditetapkan. Para pekerja pula tidak banyak ragam. Terik matahari buat Daris tidak terus ke pejabat tetapi teringin pula membasahkan tekaknya dengan cendol Mat Ali. Lagipun,dia belum makan tengahari lagi pekena dengan mee rojak pun cantik jugak ni. Gerai cendol Mat Ali yang berada tidak jauh dari pejabatnya menjadi pilihan. Gerai kecil atau lebih tepat lagi motosikal beroda tiga menjadi tempat berjualan mee rojak dan cendol sebenarnya. Daris mencari  bangku kosong untuk duduk. Meja yang ada hanya dua. Sharing is caring la kepada sesiapa yang nak menjamu selera di sini. Nak selesa pergi makan kat hotel sana tu.


“Ali..rojak mee satu! Cendol special satu!” order Daris sebaik saja dia duduk di bangku kosong. Matanya beralih ke hadapan, teman makan cendolnya perempuan rupanya. Ingatkan lelaki tadi siap pakai topi bagai. Menunduk saja sedari tadi menyudu cendol. Memang patut orang cakap mak mertua lalu pun tak sedar pasal makan kusyuk sangat. Sebaik saja perempuan itu mengangkat kepala Daris pula yang terkedu.


“Masya..Allah!” terkejut sakan Daris dengan perempuan di hadapannya. Sesuatu yang susah nak diterima akal. Sesuatu yang mustahil la.


“Eh,awak?” perempuan itu juga terkejut.


“Awak?” kemudian mereka berdua tertawa.


“Buat apa kat sini?” Daris menyoal dengan wajah tidak percaya. Zara boleh makan kat sini? Unbelievable..


“Buat kuih koci,Daris! Dah tentu-tentu mamam cendolkan?” Zara angkat sudunya yang dipenuhi cendol sambil tersengih.


“Saya masih tak percaya ni.” Luah Daris rasa tak percayanya. Anak billionaire seperti Zara makan di tempat macam ni? Biar betul!


“Shh..perlahan sikit! Cendol kat sini sedap. Buat saya nak datang lagi bila dah makan sekali. Nak-nak bila cuaca panas macam ni.” Ujar Zara.


“Memang sedap! Tapi..macam mana boleh tau tempat ni?” Tanya Daris. Nak tahu juga anak orang kaya seperti Zara boleh pula makan di tempat-tempat macam ni.

 
“Saya tak tahu nak story macam mana. Saya nak lari dari press,menyamar dan keluar dari Armada dengan berjalan kaki. Kebetulan saya lalu di sini dan duduk di sini sambil menanti bodyguard saya datang ambil. Cuaca panas dan saya tengok orang yang makan di sini nampak berselera saja. Saya try la. Sekali..superb! Then,saya datang lagi try rojak pula..superb! Then,the end of my story.” Panjang lebar Zara bercerita. Entah kenapa dengan Daris dia boleh menjadi dirinya.

 
“Amazing story..” Daris memuji Zara yang tidak cerewet walaupun makan di gerai di tepi jalan seperti ini.

 
“Syokkan makan di sini? Saya boleh makan sesuka hati. Sampai kenyang.” Zara tergelak. Hatinya yang walang terubat sedikit dengan kehadiran Daris yang menghiburkan hati. Kesan alkohol yang diteguk semalam totally hilang dengan kesedapan cendol. Bila teringat balik bagaimana dia boleh meneguk minuman keras bergelas-gelas dia masih tak percaya dengan dirinya boleh melakukan itu. Pahit dan keras. Amat meloyakan. Bukan sedap pun! Rundingan tak berjaya pula tu. Hampeh betul cina mangkuk tingkat tu! Seranah Zara di dalam hati.

 
“Awak ni tak seperti yang disangka. Mengenali awak dari hari ke hari buat saya kagum.” Daris kagum dengan sikap Zara. Walaupun pada mulanya Zara nampak sombong dan berlagak ternyata bukan begitu sikap orangnya yang sebenarnya. Daris nampak sifat zuhud di dalam diri gadis itu. Sikap yang orang lain tak nampak. Bukanlah seperti yang digembar-gemburkan oleh orang-orang di syarikatnya. Dia tertarik dengan sikap gadis itu. Betullah kata pepatah jangan menilai buku dari kulitnya.

 
“Awak memang macam ni,eh?” Zara bertanya. Pada pandangan matanya lelaki itu nampak seperti seorang yang pendiam,pemalu dan tak banyak cakap. Tetapi,bila sekali buka mulut ayat yang dikeluarkan manis-manis bahasanya. Orang boleh salah faham dengan sikap terlalu gentleman dan lembut lelaki itu. Seperti dirinya diawal perkenalan. Bila dah banyak kali bertemu, barulah dia sedar perwatakan lelaki itu sememangnya begitu. Itu yang selamba dia cop lelaki tu,player! Sweet talker,kalah Kevin Shah otai player satu KL ni.

 
“Macam apa?” tak faham apa yang nak dimaksudkan oleh Zara.

 
“Saya perasan. Awak ni kan..bila berkata-kata tak pernah mengeluarkan percakapan yang tak elok didengar. Semuanya kedengaran manis saja.” Beritahu Zara tentang pendapatnya.

 
“Saya biasa-biasa saja Zara! Hanya Hamba Allah. Apa yang ada pada saya adalah milik Allah.” Ujar Daris merendah diri.

 
Zara terdiam mendengar kata-kata Daris. Tangkai hatinya tercuit sesuatu. Seakan perit tetapi dia tak tahu apa. Dia tak dapat tafsir.

 
“Saya..saya nak balik ke Armada.” Tiba-tiba Zara bersuara selepas beberapa saat terdiam dengan kata-kata Daris.  Sungguh dia kelu.

 
“Saya pun nak balik ke Armada juga. Kita jalan samalah.” Ajak Daris terus bingkas bangun dan pergi membayar makanan yang dipesan termasuklah yang Zara punya.

 
“Awak bayar saya punya?” Tanya Zara segan. Dia yang melantak orang lain yang bayarkan. Banyak cantik kau,Zara!

 
Daris mengisyaratkan tangannya ‘tak apa’ dan membayar segalanya. Zara mengangkat kedua belah bahunya. Well..

 
Mereka sama-sama berjalan menuju ke Armada. Zara ingin berjumpa dengan Qaiser sebenarnya tetapi Qaiser berada di dalam bilik mesyuarat terlalu lama. Itu yang dia melencong ke sini. Dia datang ke Armada semata-mata nak beritahu Qaiser supaya berhati-hati dengan Albert yang berkemungkinan besar berpakat dengan seseorang yang ingin menjatuhkan empayar perniagaan keluarga Megat Arman Zainal Abidin.

 
Sesampai di lif,sedang menanti ketibaan lif. Tiba-tiba mereka berdua di kepung dengan beberapa orang yang membawa kamera. Zara sedar mereka semua itu adalah press tetapi dia tak tahu kenapa dia dicari oleh press? Terpinga-pinga dengan kehadiran press yang mengerumuninya.

 
“Boleh Cik Zara jelaskan tentang pergaduhan Cik Zara dengan model terkenal Sazzy di Mandarin Oriental Hotel pada hari ahad yang lepas? Kami dapat berita Cik Zara bergaduh hanya kerana rebutkan seorang lelaki berpengaruh. Benarkah?” Tanya press dengan selambanya tanpa menghiraukan perasaan Zara.

 
“Ap..apa? Saya tak faham apa yang kamu semua maksudkan?” Zara menafikan dengan tergagap.

 
“Kami juga mendapat berita yang Cik Zara mabuk teruk di sebuah kelab malam ternama kerana kecewa dengan perhubungan model itu dengan lelaki berpengaruh tersebut?” Zara diasak dengan pertanyaan press yang lain.


Zara dah pucat lesi. Dia tak tahu bagaimana berita itu boleh tersebar? Tak tahu nak jelaskan apa? Fikirannya tak dapat nak berfikir apa pun apabila diasak bertalu-talu dengan soalan sebegitu.

 
“Saya..saya..no komen!” itu saja yang mampu dia katakan. Sesungguhnya..dia lemas dengan kehadiran press yang mengasak tanpa jemu. Dia mahu beredar tetapi ditahan pula meminta dia menjelaskan dengan segera tentang apa yang berlaku. Dia terperangkap. Setiap butir percakapannya perlu dijaga jika tidak dia,Qaiser dan keluarga mereka akan susah. Zara cuba beredar lagi tetapi gagal mengeluarkan dirinya dari kepungan press. Zara hampir menjerit dibuatnya.

 
Daris pula yang ditolak sehingga ke tepi terpaksa menyelinap dikalangan press tersebut dan bila dia mendapat peluang yang terbuka luas apabila lif terbuka dan hampir tertutup. Daris terus menarik tangan Zara dan memaut belakang Zara terus masuk ke dalam lif siap berpusing membelakangkan press. Sengaja dia berbuat begitu supaya press tidak sempat melihat wajahnya. Lif tertutup rapat tetapi tangan mereka berdua masih erat menggenggam tangan masing-masing dan saling berhadapan dengan rapat sekali. Terlalu rapat sehinggakan hidung Zara mengenai dada Daris. Zara tertunduk dengan perasaan berdebar kencang. Bau harum badan Daris menambah pecutan jantungnya berdetak. Mata Zara tertancap lama pada tangan mereka yang masih saling menggenggam. Daris juga memandang sama dengan cepat dia melepaskan genggaman tangannya dengan wajah rasa bersalah. Apabila lif mula bergerak Daris terus tersandar lega di dinding lif siap tergelak.

 
“That was so close! Hampir..kalau tak sempat tadi saya minta maaf,ye!” Daris senyum nakal sambil mencuit hidung Zara. Sengaja dia berbuat begitu supaya Zara hilang perasaan gemuruhnya. Pucat lesi sangat!

 
“I don’t know why? Why do you keep appearing in front of me? Who are you?” Zara tak faham. Dia sendiri tersandar di dinding lif. Ketar lututnya nak berdiri betul.

 
“Saya pun tak tahu,Zara! Saya bukan sesiapa melainkan hamba-NYA.” Daris menjungkit bahunya.


Pesanan Penulis:
Sori pendek sangat..
Enjoy reading..
Tq..

Saturday, 23 March 2013


Bab 5: SESUNGGUHNYA..DIA LELAKI PELINDUNGKU


SATU tumbukan padu menghentam permukaan meja. Kuat, sehinggakan meja bergegar dan barangan di atas meja terbalik. Qaiser betul-betul panas hati melihat foto-foto ranjangnya bersama Sazzy telah diupload di dalam youtube tetapi wajahnya dan wajah Sazzy sengaja dikaburkan. Tak lama kemudian, dia menerima satu pesanan di twitter entah dari siapa yang hanya menggunakan nama samaran ananymous, mengungut mahu menyebarkan lagi adegan ranjangnya dengan jelas. Qaiser duduk sambil meraup wajahnya yang tegang. Dia bimbang jika video itu tersebar sudah pasti daddynya akan mengamuk gila dan pemegang saham akan mempertikaikan kewibawaannya sebagai CEO Armada Group. Habislah jika diketahui ramai pasti dia akan dilucutkan jawatan serta-merta dan daddy pasti akan 'pos laju' dia ke luar negara dengan segera kerana memalukan nama baik company. Qaiser tidak tahu apa yang harus dia lakukan? Buntu kepalanya cuba mencari jalan penyelesaian. Siapalah dalang jahanam itu? Betul-betul menyusahkan hidupnya.


“ Ahh..” barangan di atas meja Qaiser campak ke lantai. Dia amat tertekan.


“Bos! Kenapa ni, bos?” Arni muncul dengan wajah kalut. Terkejut mendengar jeritan dari luar. Bila masuk ke dalam bilik bos lagi buat dia terkejut melihat bilik yang dikemas pagi tadi bersepah-sepah.


“Er..bos! Are you, okay?” Arni cuba bertanya walaupun dia takut-takut. Angin monsun mana yang merasuk bosnya hari ini dia pun tak tahu. Arni beranikan mengutip barang-barang yang terjatuh di lantai.


“Keluar!” belum sempat Arni mengemas Qaiser terus menghalau. Dibentak kuat pula tu! Nasib jantungnya sihat kalau yang banyak kolesterol mungkin dah lama kena serangan jantung. Arni menikus mengundur diri.


“Apa masalah bos agaknya, ye?” Arni garu kepala yang tidak gatal. Bos nampak tertekan sangat, selalu tak macam ni? Arni hairan dengan sikap bosnya hari ini. Nak kata tak dapat tender, tahun ni dah banyak tender bernilai jutaan ringgit dapat. Tan Sri Megat Arman Zainal Abidin tersenyum saja setiap hari kalau terjumpa di mana-mana menandakan company manyak untung ma! Jadi, apa yang dirisaukan oleh bosnya agaknya?


“You ni kenapa, Arni? Curi tulang, eh?” terjah Zara dengan muka kerek. Sikap sombong Zara tak pernah berubah. Arni tersentak dan hanya tersenyum tipis.


“Miss Zara..er..saya..bos..er..tengah mengamuk!” ujar Arni gugup. Dia terpaksa memberitahu gadis cantik itu mengenai bosnya yang tengah angin kus-kus. Karang tak pasal-pasal kena marah dengan bosnya pula nanti. Bila dah kena marah dengan bos dia juga yang menjadi mangsa tak puas hati nanti.


Zara mengecilkan matanya bila mendengar kata-kata Arni. Mengamuk? Mungkin pasal kes di hotel tempohari. Dia tahu jika dia masuk ke dalam hatinya pasti dilapah-lapah dengan kata-kata kesat Qaiser. Hmm..


“Nah, cupcake ni tolong bahagikan kepada semua staf. Cakap orang lain yang bagi bukan I.” kotak berisi cupcake diletakkan di atas meja Arni. Kemudian, dia melangkah ke pintu bilik Qaiser dan membuka sedikit. Kelihatan Qaiser mundar-mandir keresahan. Timbul rasa kasihan di dalam hati Zara. Dia menutup pintu bilik kembali.


“Arni! Tengahari nanti Ramli akan hantarkan makanan untuk bos. Pastikan bos makan. Schedule bos hari ini, kalau yang tak penting tu postpone hari yang lain. Kalau yang penting tanya bos dulu nak pergi atau tak? Kalau dia tak ada mood, postpone tarikh lain.” arah Zara satu persatu. Dia yakin Qaiser pasti tak akan keluar dari biliknya waktu makan tengahari nanti. Dia akan menyuruh Ramli bawakan makanan kesukaan Qaiser nanti. Kasihan, abang! Nanti Zara tolong abang. Abang bertahan, ye! Getus hati Zara.


“Baiklah, Miss Zara!” Arni mengangguk faham. Ini yang dia respect sangat dengan anak orang kaya ni. Dalam sombong-sombong ada kebaikan yang terselit. Hanya dia yang nampak kebaikan Zara. Walaupun dia selalu disindir dan dimarah, dia tahu salahnya juga kerana selalu cuai menjalankan tugas.


Tanpa senyum Zara melangkah pergi. Sampai di lif, dia mengeluarkan Samsung Galaxy Note II dari dalam tote begnya. Dia harus menelefon Uncle George. Apa perkembangan terbaru hasil siasatan Uncle George. Dah seminggu kejadian di bilik hotel berlaku, takkan tak ada apa-apa lagi kot!


“Hello, uncle! Zara ni, pasal kes yang Zara cakap hari tu bagaimana?” tanya Zara tak sabar.


“Lambat sangat ni, uncle! Takkan tak ada apa-apa info langsung? Apa, uncle? Model tak guna tu dah keluar negara? Huh! Agency model mana? Buta agaknya! Perempuan macam tu bagi job sampai ke luar negara? Uncle nak siasat siapa yang melabur dalam agency model tu? Okay, nanti inform Zara cepat.” Zara menutup talian. Geram dan meluat dengan Sazzy model murahan itu. Dapat job sampai ke luar negara? Tidur dengan jantan la tu! Kalau tak jangan harap muka kampung macam tu dapat job macam tu. Cemuh Zara.


QAISER keresahan. Sudahnya dia mengambil udara segar di bumbung bangunan syarikatnya. Di situ ada taman buatan dan tempat berehat. Qaiser menyeluk poket dan memandang panorama Kuala Lumpur di tengahari dari tingkat paling teratas. Dia cuba mencari jalan penyelesaian tetapi buntu. Dia betul-betul terperangkap. Kakinya menguis-nguis rumput carpet tetapi perbuatannya terhenti apabila hidungnya dapat menghidu sesuatu. Bau yang harum dan menyelerakan. Qaiser mencari bau yang enak itu datang. Matanya terpandang seseorang sedang duduk bersila di atas kertas surat khabar dan ada hidangan di atasnya. Oh, dari sini rupanya! Qaiser mendekat.


“Awak rupanya!” tegur Qaiser. Terkejut betul Dhamirah dengan kehadiran CEO syarikatnya yang tiba-tiba. Mujur nasi yang dikunyah tidak menyembur. Cepat-cepat Dhamirah meneguk air mineral.


“Er..bos besar rupanya!” Dhamirah berkata perlahan. Dia malu sebenarnya ditegur sewaktu tengah makan bersendirian. Sebenarnya dia lagi malu kerana bawa bekal ke tempat kerja. Nak berjimat punya pasal Dhamirah sanggup masak di rumah dan menapau makanan ke ofis. Selain berjimat dia lagi puas hati makan masakan dari rumah terjamin kebersihannya dari makan di luar dan mahal harganya. Cukup sekali dia beli makanan di luar. Dia pernah pergi satu kedai nasi campur ni sebenarnya gerai je la bukanlah taraf restoran, dia ambil lauk sotong sederhana kecil dalam dua tiga ekor masak sambal kicap dan nasi kosong dicaj sampai RM10.50. Cekik darah betul!Apa yang mahal sangat pun tak tau? Sotong KZM ( kurang zat makanan ) sampai RM2 ke? Huh! Kaut untung secara tidak relevan, mau tauke kedai pergi Mekah balik hari dapat rezeki mencekik darah orang. Dhamirah mendongak sambil tersenyum buat-buat ke arah bos besar.


“Awak makan kat sini sorang-sorang?” tanya Qaiser turut tersenyum. Gembira dapat bertemu lagi dengan gadis itu.


“Jemput makan, bos! Tengah lunch ni.” Dhamirah sengih. Apalagi yang boleh dia kata? Takkan nak buat tak tau kot bos besar depan mata.


“Hm..nampak sedap je lunch awak tu? Dari jauh saya dah boleh bau.” Qaiser menjenguk makanan yang dibawa oleh gadis itu.


“Eh, bos! Lauk biasa-biasa je ni!” Dhamirah rendah diri. Setakat masak sambal udang petai, ikan cencaru goreng dengan goreng sayur kacang panjang. Masakan simple yang sempat dia masak pagi tadi sebelum ke tempat kerja.


“Saya nampak sedap sampai kecur lidah saya tengok tau!” akui Qaiser yang nampak lapar. Mau tak lapar sudah seminggu lebih dia kurang selera makan. Sarapan pagi tadi pun dia skip. Terlalu memikirkan 'masalah negara' berpunca dari kebodohan dirinya sendiri. Menyesal pula kerana tidak mendengar cakap Zara. Bila teringat Zara dia jadi terlalu ralat dan kesal. Kenapa dia sukar untuk mendengar kata-kata dari Zara? Bila berkaitan dengan Zara dia selalu memandang remeh? Entah kenapa? Padahal Zara yang selalu ada bersamanya tidak kira walau apa pun.


“Jomlah, makan sekali! Saya tak bawa banyak tapi cukuplah untuk dua orang makan.” pelawa Dhamirah segan.


“Betul ni?” tengok makanan nampak menyelerakan tak sabar pula Qaiser nak makan.


“Ye, bos! Makan la.” Dhamirah ceduk nasi dari dalam bekas tupperware lalu diletakkan ke atas tudung tupperware. Kemudian, meletakkan lauk-pauk yang ada ke atas nasi lalu dihulur ke arah bosnya yang dah selesa duk bersila di atas kertas surat khabar. CEO makan bersila atas surat khabar, okay! Mana nak cari bos berjiwa staf macam ni? Dhamirah mula menyukai sikap bosnya yang ternyata seorang yang sporting dan merendah diri.


“Atas tudung tupperware je bos! Tak apa ke?” tanya Dhamirah segan.


“Saya okay je!” menyambut huluran makanan dari Dhamirah sambil tersenyum manis. Qaiser basuh tangan dengan air mineral dan dengan lafaz Bismillah tanpa bunyi Qaiser makan dengan penuh berselera. Rasanya, inilah kali pertama dia makan dengan penuh berselera dan amat menghargai rezeki.


“Bos makan petai tak?” tanya Dhamirah bimbang orang bandar macam bosnya tidak pernah makan petai. Karang bau busuk mulut jangan disaman dirinya sudah. Dhamirah bimbang jugak.


“Petai? Pernah dengar tapi saya tak pernah makan.” beritahu Qaiser.


“Yeke? Tadi tu, bos makan petai la. Tapi, bos! Kalau makan petai mulut ada bau sikit tak apa ke?” jelas Dhamirah.


Terhenti sebentar suapan di mulut. Qaiser memerhati tupperware yang berisi udang dan petai yang dimaksudkan. Kemudian, dia cuba bau mulutnya. Hm..


“Actually, sedap jugak! Pasal bau tu nanti saya gosok gigi dan berkumur. Apapun masakan awak terbaiklah!” ujar Qaiser. Tidak kisah dengan apa yang dikatakan oleh Dhamirah. Lagipun sedap tak hengat kot! Qaiser sambung makan. Hilang sebentar masalah dari fikiran bila bertemu dengan gadis itu.


“Terima kasih! Biasa-biasa je ni!” Dhamirah malu-malu dipuji. Bos besar kot! Malu-malu juga dia nak sambung makan di depan bos besar. Apapun hari ini dalam sejarah..


DI KELAB malam di ibukota..


Zara mencari seseorang dicelah-celah pengunjung kelab yang penuh sesak. Dia mendapat tahu dalang yang prank Qaiser berada di situ. Albert! Seorang lelaki cina berusia tiga puluhan, seorang ketua gangster dan banyak terlibat dengan kegiatan haram. Dia gentar sebenarnya nak berjumpa dengan Albert tetapi dia terpaksa juga kerana dengan berjumpa ketua gangster itu saja dapat menyelesaikan masalah Qaiser.


George mengekori Zara dari belakang. Walapun dia tidak setuju membawa Zara ke sini tetapi dia tiada pilihan apabila Zara terlalu memaksa. Dia pula tak sampai hati menolak permintaan Zara yang dikenali sedari kecil. George dan beberapa orang bawahannya mengawal dan menjaga Zara. Dia bimbang konco-konco Albert mungkin mengapa-apakan Zara. Keselamatan Zara adalah tanggungjawab dirinya.


Akhirnya, Zara dapat menemui Albert ketua gangster kampung pandan jauh ketengah di dalam bilik VVIP sedang minum-minum bersama beberapa orang GRO. Zara hanya menjeling perempuan-perempuan GRO yang ada. Jelik!


“Hai, Albert! I ada hal nak cakap sama you.” sapa Zara tanpa senyum. Albert yang duduk bersantai memeluk pinggang perempuan GRO hanya tersengih pelik ke arah Zara. Ada perempuan cantik menyerah diri? Manyak untung ma!


“Amoi cantik mau apa sama I, hm..?” Albert senyum lebar. Bila George dan anak-anak buahnya tampil ke depan dengan pakaian men in blacknya mematikan senyuman Albert. Dia kenal perempuan cantik itu anak kepada konglomerat rangkaian komunikasi terbesar di Asia Tenggara. Sehebat Maxis dan Celcom.


“Regarding CEO Megat Qaiser Armada Group!” ringkas. Zara harap ketua gangster tu fahamlah apa yang dimaksudkan olehnya.


“I thought you had come up for pleasure!” sengaja main-mainkan Zara.


“No, I need the picture! Whatever it may cost!” Zara malas nak berbasa-basi. Straight shoot apa yang dikehendaki. Kalau ketua gangter tu nak duit? Dia sanggup. Apalah sangat nak dibandingkan dengan Qaiser.


“Hm..what picture? I don't understand what you mean, darling?” Albert masih main-mainkan Zara.


“Listen! Am here for the picture! Just give me that picture!” Zara dah hangin.


“It may cost a lot, darling! Therefore, you and me better spend some time together. And, I will think about it.” senyum penuh makna.


“Little girl! Come! We have to get out of this place.” George mencelah bila Albert mula merepek bukan-bukan.


“Not yet, uncle! Until, I get what I want.” Zara berdegil.


“Lu banyak berani, little girl!” ejek Albert.


“Tak adalah berani sangat! Just, I nak semua gambar yang you ada. That's all!” Zara panas hati tetapi dia masih bersabar.


“Duduk sini, little girl! Drink some beer and relax.” panggil Albert menyuruh Zara duduk dekat dengannya. Perempuan cantik itu amat menarik perhatiannya.


“You want that picture, right?” seakan mengugut.


George menahan Zara dengan tangan bila melihat Zara mula melangkah sedikit.


“Don't go, little girl!” halang George siap memberi isyarat kepada anak buahnya supaya bersedia.


“It's okay,uncle! I have to settle this.”


“Zara..”


“No, uncle!” Zara berdegil.


“Good girl!” Albert menepuk bahu Zara lembut lalu menghulur segelas besar beer. Albert sengaja mempermainkan Zara lagi. Dia cukup suka melihat kesungguhan dan keberanian perempuan itu dan dia mahu lihat sejauh mana perempuan itu boleh pergi.


“Drink it!” arah Albert.


Zara terpaksa minum beer tersebut walaupun dia tidak sanggup sebenarnya. Nak termuntah Zara dibuatnya untuk menghabiskan segelas beer tersebut. Bila segelas lagi dihulur Zara teragak-agak mahu mencapainya. George menawarkan diri untuk minum tetapi ditahan oleh Albert dengan senyum sinis. Zara telan liur. Dia terpaksa minum beer tersebut demi Qaiser. Segelas beer lagi habis diminum oleh Zara. Kepala Zara mula pening. Albert menyua lagi segelas besar beer lagi. Zara terpaksa mengambil beer itu. Dia tahu Albert sengaja buat begitu untuk mempermainkan dirinya tetapi dia tidak peduli. Dia harus kuat melawan. Dia takkan mengalah. Zara menghabiskan lagi beer itu. Tanpa sedar Zara menigalirkan air mata.


Albert nampak Zara mengalirkan air mata membuatkan Albert bertambah kejam mempermainkan Zara. Dengan tidak semena-mena Albert menuang segelas beer ke atas kepala Zara. Habis basah Zara dibuatnya. Zara tersedu-sedu menahan perasaannya yang marah, geram dan sakit hati. Terngiang-ngiang kembali kata-kata Sazzy kepadanya yang dialah orang yang paling kasihan di muka bumi ini. Perasaan Zara mula down.


“Enough with this nonsense, little girl!” George datang mendapatkan Zara yang sudah mabuk dan kelihatan amat kasihan. Mata Zara yang kuyu memandang George dengan senyuman pahit.


“Nanti abang Qaiser susah, uncle! Zara tak nak abang Qaiser susah..hiks!” ujar Zara sayu sambil tersedu. George memapah Zara yang kelihatan amat comot. Habis make up di muka cair, dengan maskara luntur membuatkan mata Zara kelihatan seperti budak gothic. George dah tak tahu nak berkata apa terhadap Zara. Dia tahu Zara amat mencintai Qaiser.


“Sediakan kereta!” arah George kepada anak buahnya.


“I have done nothing wrong!” Albert angkat kedua belah bahunya bila George merenung tajam ke arahnya.


“You don't know who you are messing with..” George memberi amaran sebelum beredar.


Selepas pemergian Zara dan bodyguardnya. Albert sambil menghisap rokok menjeling seseorang yang berada di sebelahnya. Baru saja datang tadi.


“You don't know who you are messing with..Kevin?” Albert mengulangi kata-kata bodyguard Zara.


“I don't care!”


“She's attractive, don't you?” Albert memuji Zara.


“She's mine!”

Pesanan penulis:
Baru dapat meluangkan masa..
Tengah struggle siapkan DPCA and working so hectic..
TQ..enjoy your reading tau!
Kalau ada apa-apa yang tak kena dengan my story ni let me know..
am just human being..
Big hugs and miss you all..

Thursday, 28 February 2013


Bab 4: SESUNGGUHNYA..DIA LELAKI PELINDUNGKU


ZARA menyusup masuk ke dalam lif. Seboleh-bolehnya dia tak mahu ada orang mengenalinya. Dengan berhati-hati dia melangkah keluar dari lif dan mencari bilik yang dihuni oleh Qaiser. Sampai di pintu dia terus mengetuk beberapa kali. Zara tertunduk-tunduk apabila ada orang melepasi dirinya. Army cap yang dipakai sengaja dilorot jatuh menutupi mata. Zara memakai pakaian kasual sebagai penyamaran. Sebentar kemudian pintu dibuka,tangan Zara terus ditarik pantas ke dalam. Qaiser hanya memakai bathrob dan duduk di atas katil dengan muka berserabut. Zara amat terkejut melihat keadaan bilik yang berantakan dengan cadar dan selimut bergumpal di atas katil dan kaca bertaburan di lantai. Mata Zara terpandang beberapa foto di atas lantai lalu diambil dan diteliti lama. Qaiser membiarkan saja dengan wajah keruh. Zara sakit hati melihat foto-foto tersebut walaupun hanya belakang badan perempuan itu saja yang nampak Zara amat mengenali siapa perempuan jahanam itu. Zara ketap bibir geram. Tak tunggu lama Zara campak beg kertas berisi pakaian Qaiser di lantai dan terus berpusing menuju ke pintu. Hatinya panas. Qaiser memanggilnya hanya semata-mata mahu menunjuk hubungan mereka berdua teramat intim. Huh! Baik dia beredar cepat. Menyesal pula menuruti kemahuan Qaiser datang ke hotel. Ingatkan apa?! Rupanya..Ahh..


“Zara nak ke mana tu?” tanya Qaiser serentak bangun. Zara tak peduli terus mendapatkan pintu. Sakit hati di pejabat tak hilang lagi ditambah pula sakit hati di sini. Qaiser memang pakar menyakitkan hati orang. Urgh..


“Zara..” laungan Qaiser tak dipeduli langsung. Terus melangkah ke pintu.


“Zara..” belum sempat membuka pintu lengannya ditarik dari belakang. Zara tertarik ke belakang. Kedua belah bahu Zara dipegang dari belakang oleh Qaiser. Zara hanya mendiamkan diri. Sedari tadi tiada percakapan keluar dari bibir Zara.


“Zara nak balik!” bahunya digerak ke kiri dan ke kanan cuba meleraikan pegangan tangan Qaiser. Sentuhan Qaiser amat menyakitkan hatinya.


“Zara tunggu abang jap! Bagi abang mandi dan bersiap selepas itu kita keluar sama-sama.” pinta Qaiser.


“Zara tak boleh tunggu abang! Zara ada hal selepas ini. Abang baliklah dengan siapa-siapa pun.” Zara tak akan menunggu Qaiser. Seminit pun dia tak sanggup menunggu.


“Ala..tunggu la kejap! Okay!” kedua belah bahu Zara dipegang lagi dan terus mendorong Zara duduk di atas katil. Nak tak nak Zara terpaksa menurut dan duduk di atas katil. Demi terpandang cadar dan selimut yang bergumpal membuatkan hati Zara mendidih entah ke tahap berapa degree pun tak tau. Zara menjeruk rasa. Menunggu Qaiser mandi dan bersiap membuatkan Zara tak senang duduk. Ditambah pula Qaiser yang selamba badak keluar dari bilik air hanya bertuala separas pinggang dengan titik-titik air masih di badan memang membuatkan jiwa keperempuanan Zara bergetar hebat. Zara mengalih pandangannya ke arah lain. Tak sanggup. Qaiser sempat perasan reaksi Zara hanya tersengih. Siapa yang tak terpikat dengan bentuk badan tegap sepertinya. Qaiser bangga kerana memiliki keistimewaan itu. Selesai berpakaian Qaiser terus memaut bahu Zara bangun dan beriringan keluar dari bilik hotel. Dia kesiangan dan sudah pasti takkan masuk ke pejabat hari ini.


“Apa yang Zara nampak tadi tu..tolong rahsiakan ye! Abang sebenarnya..kena perangkap.” Qaiser terpaksa berterus-terang sewaktu mereka berdua berada di dalam kereta. Zara menoleh ke arah Qaiser saambil mengerut kening.


“Sazzy perangkap abang! Betullah kata Zara yang perempuan tu ada agenda nak kenakan abang.” keluh Qaiser menyesal kerana tak mendengar kata-kata Zara.


“Kenapa beritahu Zara? Abangkan cakap jangan sibuk-sibuk hal abang.” Zara memulang paku buah keras. Sakit hati dihalau dari pejabat lelaki itu semalam masih terasa sehingga ke hari ini. Dia pun ada hati dan tau sakit hati. Kata-kata Qaiser amat mengguris hatinya.


“Kata-kata abang menyakitkan hati Zara kan. Abang tak patut. Sorry Zara!” mohon Qaiser dan terus menggenggam tangan Zara dengan erat.


“Hantar Zara balik! Zara ada hal lagi ni.” gesa Zara sambil melepaskan tangannya yang berada di dalam genggaman tangan Qaiser. Dia malas nak mengambil tahu tentang hal Qaiser lagi.


“Okay!” Qaiser hampa bila Zara tak mengendahkan dirinya. Masalah besar yang bakal dia hadapi nanti amat merunsingkan hatinya. Dia masih belum menerima apa-apa panggilan dari sesiapa yang mungkin mengugutnya dengan foto-foto ranjangnya. Entah siapa yang durjana sangat tu? Kalau dia tahu siapa orangnya sumpah patah-riuk dikerjakan olehnya nanti. Zara yang banyak mendiamkan diri juga membuatkan dia keresahan. Hai..


SAMPAI di rumah tanpa memandang Qaiser,Zara terus meluru turun dari kereta. Pintu kereta sengaja dihempas kuat-kuat seperti hatinya yang direnyuk-renyuk oleh Qaiser sewenang-wenangnya. Tersentap jugalah Qaiser dibuatnya. Zara tak peduli. Hatinya yang sakit tak pula Qaiser ubati malah menyakitinya berulang kali.
Zara terus ke bilik dan bersiap-siap untuk keluar lagi. Dia harus berjumpa dengan seseorang.

 
Audi R8 berwarna putih siap sedia keluar dari garage. Sewaktu memandu Zara sempat update di twitter tentang satu perkara. Tak sampai beberapa minit memandu banyak komen muncul di twitter. Zara tahu dia nak ke mana selepas ini dengan bantuan teman-temannya di twitter. Zara menuju ke Mandarin Oriental Hotel kerana ada pertunjukan fesyen di sana. Dia harus bersua muka dengan seseorang untuk membuat perhitungan.

 
Sesampai di hotel,Zara terus mencari orang yang dikehendaki. Sazzy! Dari info teman-teman di twitter, perempuan bedebah itu ada fashion show di hotel itu. Zara mencari Sazzy dan menunggu masa yang sesuai untuk membuat perhintungan.
Apabila selesai fashion show Zara mengekori Sazzy dari belakang.


“Hei,perempuan!” panggil Zara. Langkah Sazzy terhenti dan menoleh.


“Oh,kau rupanya!” Sazzy tersenyum sinis sambil memeluk jambangan bunga ros dari fashion show sebentar tadi. Sazzy yang memakai pakaian berjenama yang diperagakan di atas pentas kelihatan terlalu murah pada pandangan mata Zara. Semewah mana pun pakaian membaluti perempuan itu tetap nampak murah di mata kerana perangai sundal si pemakai. Betapa meluatnya Zara.


“Apahal?” tanya Sazzy sombong. Sekejap kecil sekejap besar matanya melihat Zara yang kelihatan amat cantik walaupun hanya berpakaian kasual. Paris Hilton Malaysialah sangat! Meluat betul Sazzy dengan Zara.


“Pasal gambar! Aku nak semua gambar dan salinan yang ada. Kalau tak..” ugut Zara berani.


“Kalau tak kenapa? Kau nak buat apa?” Sazzy buat-buat gelak sengaja mengejek Zara.


“Jangan cari pasal dengan aku! Kau tau siapa aku kan! Dengan satu panggilan kau takkan dapat cari makan dengan modeling kau tu sampai bila-bila. Jadi pelacur kelas atasan sajalah kau nanti.” ugut Zara lagi tanpa rasa gentar.


“Takutnya..” Sazzy buat-buat takut kemudian tergelak.


“Frankly my dear,I don't give a damn!” Sazzy terus memukul jambangan bunga ke muka Zara berkali-kali. Sakit betul hatinya mendengar kata-kata Zara.


“Ahh..Ahh..” Zara terjerit-jerit menyuruh Sazzy berhenti. Mukanya pedih terkena duri bunga ros. Sazzy tak peduli berterusan memukul Zara di muka. Biar muka betina kat depan dia ni jadi cacat atau berparut. Biar hodoh. Biar jelik. Baru puas hatinya.


“Ugutan kau tu tak laku,okay!” terus memukul. Zara cuba mengelak pukulan tetapi asakan bertalu-talu membuatkan Zara terpaksa menahan serangan dengan tangannya. Dia tiada peluang untuk melawan kerana Sazzy berterusan memukulnya tanpa henti.


“Aku rasa kau tak tau apa itu ugutan yang sebenar. Meh,sini aku ajar kau cara nak mengugut yang betul! Ha..” Sazzy belum puas memukul Zara dengan jambangan bunga. “Nak ugut aku konon!” terus menghempas sekuat hati jambangan bunga ke muka Zara.


“Hei,berhentilah bodoh!” jerit Zara cuba menepis tetapi tak sempat. Habis mukanya tercalar dengan duri bunga ros.


“Siapa bodoh? Kaulah yang bodoh! Qaiser pun bodoh! Senang kena tipu!” ejek Sazzy menaikkan darah Zara.


“Perempuan tak guna!” maki Zara cuba menyerang tetapi sebaliknya Sazzy terlebih dahulu menolak dada Zara dengan kuat sehingga terlonjak ke belakang.


“Kaulah tak guna! Perempuan bodoh dan paling kasihan yang pernah aku tengok terhegeh-hegeh dengan Qaiser yang langsung tak sudi dengan kau. Kalau tak,tak adalah Qaiser mencari aku!” balas Sazzy sambil menunjal dahi Zara beberapa kali pula. Zara terjerit-jerit kerana tak dapat melawan Sazzy yang lebih agresif dari Zara.


“Apa kau kata?!” Zara dah tak dapat menahan diri lagi. Sedari tadi hanya dia yang menjadi mangsa pukulan dan hinaan. Ini sudah terbalik. Sepatutnya dia yang kenakan perempuan bedebah itu cukup-cukup. Zara tahu dia harus lebih kuat untuk melawan perempuan bedebah itu.


“Kaulah perempuan paling kasihan yang pernah aku jumpa.” ulang Sazzy tergelak sinis.


“Apa?” Zara terlalu sakit hati diejek-ejek. Berdiri dengan garang dan bersiap sedia untuk membalas. Kalau berakhir dengan bertarik rambut dan bercakaran pun dia sanggup sekarang ni. Untuk mengalah jauh sekali.


“Hai..kau ni memang buat aku..” Sazzy terlalu jengkel dengan Zara dan tangannya rasa ringan saja mahu menampar Zara. Tangan baru diangkat tinggi. Zara pula cepat memalingkan wajahnya ke arah lain cuba mengelak tamparan Sazzy namun ada tangan yang menghalang Sazzy dari menampar Zara. Ada seseorang telah datang menghalang Sazzy dari mengasari Zara lagi. Sazzy pula terjerit-jerit apabila kedua belah tangannya dipulas ke belakang dan ditolak sehingga ke pintu kecemasan. Lelaki itu membuka pintu kecemasan dan menolak badan Sazzy keluar dan menutup pintu kecemasan rapat-rapat. Tombol pintu ditarik-tarik dari luar,lelaki itu menarik tong sampah besi yang berada di tepi dengan kakinya. Kemudian menyendal tong sampah besi pada tombol pintu kuat-kuat.


Zara yang menunduk sedari tadi membuka mata. Dia hairan kerana masih tiada apa-apa berlaku terhadap dirinya. Dia melihat sekeliling. Kelihatan seorang lelaki menolak Sazzy yang terjerit-jerit dari belakang dengan kedua belah tangan Sazzy dipulas ke belakang menuju ke pintu kecemasan dan menolak keluar Sazzy. Kemudian menyendal pintu kecemasan itu dengan tong sampah besi. Zara terpinga-pinga dengan tindakan lelaki itu dan yang lebih membuatkan dia tercengang. Lelaki itu! Macam mana boleh berada di sini?


“Awak?!” Zara hairan bagaimana Daris boleh berada di sini.


“Ye,saya!” Daris senyum.


“Macam mana awak boleh ada kat sini?” Zara buat muka pelik bin ajaib. Comel je Daris tengok.


“Saya ada hal kat sini tadi. Jumpa klien. Saya nampak awak dari jauh. Itu yang ikut awak dari belakang. Ingat nak tegur awak jap sekali lain pula yang saya nampak.” jelas Daris memandang tepat ke wajah Zara. Matanya tertancap sesuatu pada pipi Zara. Darah ke tu?


“Eh,Pipi awak berdarahlah!” Daris terkejut melihat darah di pipi Zara terus menyebak rambut Zara yang menutupi pipi. Jarinya mengelus lembut di tepi luka dengan penuh perhatian. Zara juga terkejut bila Daris cakap ada darah di pipinya. Pantas merasai pipinya yang perit dengan jari. Kemudian membawa jari yang basah ke depan mata. Betullah dia berdarah.


“Bleeding..” Zara pejam mata. Air matanya tumpah. “Perempuan paling kasihan yang pernah aku jumpa!” terngiang-ngiang kata-kata Sazzy sebentar tadi. Emosinya 'down' sangat-sangat.


“Awak okay tak?” Daris cemas melihat Zara menangis tiba-tiba. Sakit sangatkah?


“Saya perempuan paling kasihan..paling kasihan..” Zara mengulangi kata-kata Sazzy. Benar,dialah perempuan paling kasihan kerana terlalu mencintai Qaiser yang tak pernah membalas perasaannya. Qaiser tak pernah mencuba untuk mengenalinya malah tak pernah mencuba untuk mencintainya. Zara menangis tersedu-sedu.


“Awak..jangan risau kita ada Allah di sisi kita. Tiada siapa yang paling kasihan di muka bumi ini melainkan hamba-Nya yang dimurkai oleh Allah dan tidak diampuni dosanya oleh Allah. Itulah manusia paling kasihan Zara.” Daris menenangkan Zara. Kemudian dia tersenyum. Zara yang melihat senyuman Daris ibarat sesejuk embun pagi merasa tenang dengan tiba-tiba.


“Apabila kesusahan datang mendatangi kita. Ucapkanlah..La ilaha illallah..Tiada Tuhan melainkan Allah. Hanya pada Dia kita meminta pertolongan dan mengadu Zara. Okay Zara?” ucapan Daris mendamaikan jiwanya entah kenapa. Zara mengangguk mengiyakan kata-kata Daris memang ada benarnya.


“Terima kasih awak! Kata-kata awak amat bermakna buat saya.” akhirnya Zara dapat tersenyum. Senyuman ikhlas lahir dari jiwa.


“Awak tau tak! Senyum awak tu mahal. Bila awak senyum macam ni macam saya menang duit sejuta tau.” dah keluar dah ayat player tak hengat dia.


“You're such a player!” Zara menolak pipi Daris ke tepi lalu tersengih. Daris memusingkan wajahnya kembali dan tertawa.


“Tak habis-habis cakap saya player! Apa playernya?” Daris mencuit hidung Zara dengan jari telunjuk dan ketawa gelihati.


“Apa taknya! Sweet talker!” balas Zara dengan tawa kecil. Gembira dengan kehadiran Daris yang lucu dan nakal membuatkan dia lupa dengan kesedihan yang dialami.


“Saya pemain cinta handalan. Sudikah Cik Zara bermain cinta dengan saya? Saya gerenti cinta kita menjadi lagenda terindah sepanjang musim.” Zara dah terkedu dengan tutur kata yang indah. Jika hatinya bukan pada Qaiser mungkin sudah lama dia terpaut pada lelaki di hadapannya.


“Cukup Daris! Simpan kata-kata tu untuk perempuan awak.” Daris harus dihentikan. Jika melalut lebih jauh dia mungkin akan terjatuh hati pula. Lelaki seperti Daris pasti bersusun perempuan meminati. Dia cuma mahukan Qaiser bukan lelaki lain. Dia akan setia untuk Qaiser. Walaupun kesetiaannya tak dihargai.


“Perempuan saya? Awak ni..saya tak pernah kenal perempuan sedekat ini kecuali awak tau.” memang betul pun. Dah lama dia tak sedekat ini dengan perempuan sejak balik dari luar negara selepas tamat pengajian.


“Woohoo..enough Daris!” Zara cepat-cepat hentikan Daris.


“Okay,Daris! Saya pulang dulu. Keep in touch! Senang-senang twitlah saya,okay!” Zara tak boleh berlama lagi dengan Daris nanti bertambah melalut. Lagipun dia ada hal nak berjumpa seseorang yang boleh menolongnya mencari dalang yang 'prank' Qaiser. Uncle George ketua security keluarganya pasti boleh menolongnya mencari siapa dalangnya. Uncle George lelaki campuran india dan portugis itu banyak kaki sudah tentu tidak sukar untuk mencari. Zara berlalu meninggalkan Daris. Dia harus cepat untuk selesaikan masalah Qaiser sebelum dalangnya memulakan permainan jahat. Dia faham sangat dengan manusia sebegitu takkan berhenti selagi boleh meminta wang. Ingat apa? Bank negara apa nak bagi duit. Bank pun tak senang-senang bagi macam tu der. Yang dia nak tau sangat siapa yang nak tengok Qaiser jatuh sangat tu? Siapa?


Pesanan penulis:
Bila sang pemimpi mula berangan..
Banyak idea datang mencurah-curah..
Berbaris cerita keluar..hehe..
Harap sukalah buah tangan saya tak seberapa ni..
Time kaceh..





Wednesday, 27 February 2013


Bab 3: SESUNGGUHNYA..DIA LELAKI PELINDUNGKU


“DASAR perempuan murah! Muka tak original! Cucuk sana sini! Ada hati nakkan Qaiser. Cerminlah muka tu sikit!” herdik Zara kuat. Menyirap melihat Sazzy model yang baru nak meningkat naik begitu mesra dengan Qaiser di dalam pejabat.


“Siapa ni,sayang? Macam mak lampir terjerit-jerit!” Sazzy merengek. Tangan memeluk erat lengan Qaiser.


“Mak lampir? Hoah..memang cari nahas!” Zara melenting gila bila dipanggil mak lampir. Stiletto Jimmy Choo setinggi 2 inci sebentar lagi mau terpacak kat dahi minah kampung tak sedar diri ni. Bikin panas!


Zara terus meluru ke arah Qaiser kerana Sazzy dengan enaknya memeluk Qaiser dari belakang cuba melindungi dirinya dari serangan Zara. Lagi menyirap melihat Sazzy selamba giler peluk Qaiser sesuka hati. Sah-sah stiletto Jimmy Choo ni terpacak kat dahi kau jap gi!! Zara betul-betul naik hantu.


Qaiser yang sedang asyik melayan kemanjaan terlampau Sazzy terkejut betul dengan kedatangan Zara yang muncul dengan tiba-tiba. Qaiser rasa seperti dia baru saja di 'ambush' oleh biniku gangster lagaknya. Qaiser bengang. Zara sudah melampau kerana mencampuri urusan peribadinya. Padahal mereka bukanlah pasangan kekasih pun.


“Zara! Stop! Zara..” Qaiser menahan Zara dari menghampiri Sazzy.


“Abang ke tepi! Biar Zara ajar model tak laku ni!” stiletto merah dengan tumit yang begitu runcing ditanggalkan dari kaki. Perempuan murah itu harus diajar. Bukan dia tak tahu Sazzy menempel dengan Qaiser hanya kerana wang semata-mata. Zara percaya Sazzy mungkin anjing suruhan musuh perniagaan Qaiser. Diupah untuk menjatuhkan Qaiser.


“Enough!” tempik Qaiser kuat. Bulat mata Zara menerima tempikan kuat Qaiser. Terkejut.


“Ab..abang..” tergagap Zara memanggil Qaiser. Tak mengerti.


“I've had enough of you,Zara Diandra!” Qaiser dengan muka menyinga.


“Tapi,Zara..just nak tolong abang. Perempuan ni nak perangkap abang. Dia ada agenda,abang!” Zara cuba nak jelaskan. Niat dia baik.


“No need,Zara! Abang tau nak jaga diri. Zara tak perlu sibuk-sibuk nak jaga atau ambil tahu pasal abang. Zara bukan sesiapa pun bagi abang! Bukan sesiapa!” Qaiser bersuara dengan nada agak tinggi dan tegas. Baginya Zara semakin melampau. Harus diajar.


“Zara..sayangkan abang! Zara buat semua ni kerana abang! Zara..” tak sempat habis Qaiser dah memotong.


“Stop Zara! Sudah! Pergi balik!” halau Qaiser tak mahu mendengar apa-apa lagi. Sazzy tersengih-sengih menang bila Zara dihalau pergi.


“Shuh..shuh..” Sazzy menghalau dengan senyuman sinis. Hambik kau! Kau yang kena halau. Sazzy tergelak sakan di dalam hati.


“Sampai hati abang!” bentak Zara sambil menghentak kaki. Berpusing dan keluar dari pejabat Qaiser dengan perasaan sakit hati sangat-sangat.


“Miss Zara!” Arni bingkas bangun cepat bila Zara keluar dan melalui meja Arni. Zara tak peduli terus berlalu. Meninggalkan Arni dengan penuh tanda tanya.


DHAMIRAH berjalan menuju ke bilik air perempuan. Masuk ke dalam bilik air tiba-tiba dia terdengar bunyi seseorang sedang menangis teresak-esak. Cuak jugak manalah tau ada 'benda' nak main-mainkan dia. Dhamirah dekatkan diri dengan pintu tandas yang kedengaran bunyi menangis. Teragak-agak nak mengetuk.


“Cik! Cik! Okay ke?” tanya Dhamirah risau. Jangan dibuat bukan-bukan di dalam sudahlah. Lama Dhamirah menunggu tetapi tiada respon.


“Cik..Jangan macam ni! Jangan nangis-nangis dalam tandas macam ni! Tak elok! Orang kalau dengar tak fikir lain dah dia orang mesti ingat ada han..” pintu tandas terus terbuka. Terjegul seorang perempuan dengan rambut emas yang kusut-masai menutupi ke seluruh wajah.


“Tu..hah! Astarghfirullah..” Dhamirah mengucap beberapa kali terkejut melihat perempuan yang entah betulkah orang. Cuak betul Dhamirah melihat wanita dengan rambut kusut-masai yang menutupi hampir keseluruh wajah.


“Er..er..awak okay tak?” tanya Dhamirah takut-takut. Perempuan itu mula menyebak rambut yang sedang menutupi wajahnya. Jantung Dhamirah dah melantun laju sikit lagi nak pecah dadanya kerana terlalu takut. Sekali,apa yang dia lihat muka lencun dengan air mata. Mata pula..mak aii..macam mata panda dah bila menengoknya,apa taknya habis luntur maskara yang dipakai. Ada macam budak gothic pun ada. Dhamirah tercengang sambil menutup mulut dengan jemari.


“None of your business!” perempuan itu menepis badan Dhamirah yang menghalang langkahnya. Dhamirah terpinga-pinga melihat seorang perempuan cantik tetapi biadap berlalu di depannya. Dhamirah menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya,yang tadi tu manusia. Dhamirah geleng kepala beberapa kali. Mengomel kerana masyarakat masa kini terlalu kurang budi bahasa. Dhamirah jungkit bahu. Malas nak layan,baik dia layan hajatnya yang tak sampai lagi ni.


QAISER cuba mencari Zara. Entah kenapa dia rasa bersalah pula memarahi Zara dengan teruk. Bukan niat dia nak memarahi Zara sebegitu rupa. Dia bengang sangat kerana Zara terlalu mengambil tahu tentang dirinya. Dia rasa rimas dan bosan. Zara berkelakuan seperti seorang isteri kepada dirinya padahal mereka bukannya ada apa-apa pun. Sambil bercekak pinggang Qaiser menunggu lif sampai ke bawah. Bila lif terbuka dia menonong keluar. Tak sengaja terlanggar seseorang. Nasib dia sempat memaut bahu perempuan itu dari terjatuh. Di saat mata menatap mata itu,Qaiser terpanar. Cantik sungguh! Terkesima.


“Er..cik tak apa-apa?” Qaiser bertanya. Walaupun terlanggarnya tak adalah kuat sangat pun. Kot-kot la tercedera kat mana-mana. Ulat beluncas gergasi dah naik daun bila terpandang perempuan cantik. Apalagi..nak try la jugak seposen dua.


“Eh,tak! Saya tak apa-apa! Okay je!” terdengar saja suara perempuan itu Qaiser dah terpegun. Lagi buat matanya tak berkelip melihat keayuan wajah gadis itu. Bersih dan suci. Wajah yang lama dia ternanti-nanti. Polos! Edisi yang amat susah dicari masa kini. Sesuatu yang rare la..


“Kalau macam tu,baguslah!” Qaiser senyum macho.


“Maaf ye! Saya pergi dulu!” ucap gadis melayu terakhir yang begitu cantik mengenakan baju kurung polos dengan rambut panjang dibiar lepas bebas. Aduhai..


“Cik! Cik!” Qaiser sempat menahan. Mana boleh pergi macam tu je kot!


“Ada phone number,tak?” ish! Dah macam budak sekolah mengorat je! Lantaklah,janji dapat kenal! Qaiser cuba nasib. CEO boleh buat perangai macam ni? Memang terbaik!


“Maaf,saya tak bagi pada orang yang saya tak kenal.” si gadis tak habis-habis nak minta maaf. Tersipu-sipu selayaknya gadis melayu. Qaiser gigit bibir kemudian tersengih.


“Saya CEO awak pun tak boleh minta nombor telefon ke?” terpaksalah guna kuasa. Kalau tak,melepas! Terkejut betul gadis itu bila sebut perkataan CEO. Nasib matanya sempat melihat ID yang tergantung dileher gadis itu. Pekerja syarikatnya rupanya. Bagaimanalah dia boleh terlepas pandang gadis yang sebegini cantik.


“Maaf,bos besar! Saya tak tahu!” tengok tu! Tak habis-habis dengan maaf. Siap panggil bos besar pulak tu! Qaiser tersengih lucu.


“Bos besar bapak saya! Saya bos kecik je..” Qaiser sengih nakal. Tersipu-sipu lagi gadis itu. Qaiser benar-benar tertarik.


“Nama awak siapa ye?” tanya Qaiser.


“Dhamirah!”


DARIS bawa motosikal kesayangannya dengan laju di hadapan syarikat dia bekerja. Saja nak test power Suzuki Hayabusa. Tak menyangka ada makhluk yang begitu berani menyeberangi jalan dengan tiba-tiba. Daris terpaksa membrek motosikalnya sekuat hati. Terseret motosikal kesayangan mengguris jalan dan Daris juga ikut sama tergesel. Perempuan yang hampir dilanggar terduduk sambil berpeluk tubuh dan memejamkan mata rapat-rapat. Daris cepat-cepat bangun pergi mendapatkan perempuan yang hampir dia langgar.


“Awak tak apa-apa?” tanya Daris cemas. Tak peduli sikunya yang terluka. Pedih ditahannya. Perempuan itu menoleh dengan wajah terpinga-pinga. Mereka bertatapan mata seketika. Daris memandang perempuan itu dengan riak amat terkejut. Dia kenal perempuan itu.


“Tak! Saya tak apa-apa! Maaf!” tergagap perempuan itu memohon maaf.


“Nasib awak tak apa-apa! Saya hampir nak langgar awak tadi.” Daris menarik perempuan itu perlahan-lahan bangun dan membawanya ke tepi jalan.


“Sorry..” mohon perempuan itu yang masih terkejut. Daris tersenyum. Tak sangka dia boleh berjumpa lagi dengan perempuan itu. Dia pun terkejut juga bila terjumpa perempuan itu kembali. Perempuan itu..


“Tak apa! Saya pun salah juga! Bawak motor laju tadi” Daris juga akui kesalahannya. Bukan salah perempuan itu seratus peratus. Perempuan itu tersenyum nipis. Wajah perempuan itu nampak terlalu pucat. Daris risau pula melihatnya.


“Nak saya bawa ke klinik? Nampak tak okay je ni?” tanya Daris risau. Perempuan itu masih menggigil. Trauma sangatkah?


“Saya okay! Thanks..” Zara bingkas bangun. Dia kenal lelaki itu. Lelaki yang pernah dapat maki free dari dia tempohari. Nak marahkan lelaki itu seperti tempohari kerana hampir langgar dia tadi? Dia penat untuk lakukan itu. Dia tak mampu nak berfikir lagi. Hatinya terlampau sedih. Tiada daya nak marah-marah orang.


“Hari tu awak garang sangat tapi saya nampak comel je. Hari ni saya nampak awak tersangat ayu bila lembut begini.” tutur kata Daris membuatkan Zara membulatkan mata.


“Are you a player?” tanya Zara tanpa sedar. Lelaki itu terlalu manis berkata-kata. Terlalu cool. Zara jadi awkward dengan lelaki seperti itu. Tak seperti Qaiser yang tak pernah melayan dirinya dengan baik. Kevin juga tak dapat nak compare walaupun terkenal dengan sikap buayanya. Lelaki itu terlalu lain.


“Wh..what? Yes,I was a soccer player. Tapi..zaman kolej dululah.” Ujar Daris tergelak-gelak. Dia tahu perempuan itu maksudkan apa sebenarnya.


“Hm..” Zara turut tergelak.


“Awak cantik sangat bila ketawa!” Zara terkedu sekejap. Tapi tak lama dia kembali tertawa. Memang betul-betul player! Tetapi..dia senang dengan lelaki itu. Lain..


“Kita kawan nak?” usul Daris tiba-tiba. Zara sekadar senyum.


QAISER benar-benar mabuk. Terperangkap dengan pujukan Sazzy supaya dia menerima cabaran dari Albert menghabiskan beberapa gelas minuman beralkohol. Tak mahu digelar bacul atau penakut Qaiser sanggup menghabiskan kesemua minuman yang ada. Sudahnya dia langsung tak mampu berdiri. Sazzy yang terpaksa memapahnya keluar dari kelab eksklusif itu tetapi dia tak pasti dia dibawa ke mana. Sedar-sedar dia sudah terlentang di atas katil tanpa seurat benang. Banyak kali berfikir untuk mengingati namun hampa. Matanya beralih ke meja solek. Terpempan melihat foto dirinya di dalam keadaan memalukan tertampal pada cermin. Qaiser termangu lama di atas katil. Dia terlalu takut jika daddynya dapat tahu tentang perkara memalukan itu terjadi terhadap dirinya. Pasti daddynya mengamuk gila. Yang lebih teruk jika para pemegang saham syarikatnya dapat tahu. Sudah pasti jawatan CEO yang disandang dipertikaikan oleh pemegang saham yang lain. Dia tak mahu perkara itu berlaku.


“Huh,dasar betina sundal!” Qaiser menyumpah Sazzy. Benarlah kata-kata Zara. Dia terlalu menyesal tak pedulikan nasihat Zara. Terlalu geram Qaiser membaling bekas kaca abu rokok ke arah cermin meja solek.


“Mana pulak aku punya baju ni! Sial!” Qaiser bertambah bengang kerana pakaiannya telah dibawa pergi oleh Sazzy. Sumpah! Betina sial itu akan diajar secukup-cukupnya nanti. Qaiser mengetap bibir geram. Sekarang,apa yang harus dia lakukan? Dia termenung seketika. Nak dapatkan bantuan ahli keluarganya? Mummy? Pengsan bangun pengsan balik kalau mummy lihat dia macam ni. Mummy tak boleh. Daddy? Huh! Bukan daddy yang pengsan bangun pengsan balik entah-entah dia yang selamat kena tanam hidup-hidup. Perkara memalukan seperti ini Tan sri Megat Arman Zainal Abidin nak bertoleransi? Dalam mimpilah..
Sebelum daddy ketahuan dia harus selesaikan masalah ini. Yang pasti hanya wang akan menutup aibnya dan Qaiser tahu ongkos yang bakal keluar bukan sedikit. Siapalah dalang durjana tu? Qaiser betul-betul menyirap.


Dalam terpaksa Qaiser terpaksa menghubungi Zara kerana hanya Zara Diandra yang dapat menolongnya.


“Zara..tolong abang! Yang penting bawa pakaian abang ke hotel..”


Pesanan penulis:
Truly sorry..
Enjoy reading n jgn lupa utk komen.
Sgt hargai setiap komen anda semua..


Wednesday, 6 February 2013


BAB 2: SESUNGGUHNYA..DIA LELAKI PELINDUNGKU


DARIS Hadif sedang memasukkan plan projek ke dalam plan holder. Dia perlu berkejar ke tapak pembinaan secepat mungkin untuk melawat tapak projek. Kamera Nikon D4 juga dia bawa untuk mengambil gambar di tapak pembinaan. Turun dari lif dia tergesa-gesa keluar kerana pemandu yang akan membawanya ke tapak projek sedang menanti. Dia tak mahu orang ternanti-nanti akan dirinya walaupun dia menyandang pangkat yang lebih besar. Ayah dan emak menasihatinya supaya menerapkan sifat zuhud di dalam diri biarpun telah berpangkat besar. Dia sentiasa ingat tentang itu. Mencari keredhaan Allah itu adalah wajib sebagai umat-Nya.


Sewaktu menuruni tangga, mata Daris sibuk mencari Pajero syarikat yang akan membawanya ke tapak projek. Rupanya,Pajero sedang menunggunya di seberang jalan. Dia faham mungkin Maniam tak dapat masuk ke dalam kerana banyak sangat kereta sedang memasuki kawasan entrance syarikatnya. Tanpa menunggu lebih lama dia melangkah ke tepi jalan menunggu lampu isyarat untuk pejalan kaki bertukar hijau. Maniam yang berada di dalam kereta diberikan isyarat tangan supaya bersabar menunggunya melintas jalan. Kemudian matanya sabar menanti lampu isyarat bertukar hijau. Cermin mata hitam Rayban Sharp shooter dibetulkan letak duduknya. Matanya pandang ke seberang jalan,dia ternampak seorang wanita muda juga sedang menunggu lampu isyarat bertukar hijau. Di sebelah wanita muda itu,ada seorang pakcik tua bertongkat memakai cermin mata hitam. Matanya fokus kembali ke arah wanita muda itu. Orangnya tersangat cantik. Daris sempat membuat penilaian.


Lampu isyarat bertukar hijau. Semua pejalan kaki yang menunggu sibuk melintas tidak terkecuali Daris. Dalam kesibukan manusia melintasi jalan, Daris sempat melihat wanita muda itu membuat sesuatu yang amat menyentuh hatinya. Wanita muda itu sedang memimpin pakcik tua yang buta melintasi jalan dengan cukup berhati-hati. Daris terkesima. Bila wanita muda dan pakcik tua itu melewati tempat dia berdiri Daris masih tercegat. Bila lampu isyarat hampir bertukar merah baru dia tersedar dan cepat-cepat melintasi jalan dengan kelam-kabut. Selepas itu,dia berpusing ke belakang melihat wanita muda itu lagi. Dia nampak wanita muda itu sedang bercakap sesuatu dengan pakcik tua itu dan Daris terkesima lagi melihat betapa indahnya ciptaan Allah sedang merekahkan senyuman paling manis yang pernah dia lihat. Walaupun senyuman itu untuk pakcik tua,dia pula yang seperti tak jejak di bumi. Terawang-awang. Dia rasa dia sudah jatuh cinta..


QAISER menghadiri Super GT Launch Party di Zouk KL dengan membawa Lambourghini kesayangannya. Malam keraian di mana Super GT Fans berkumpul. Malam yang meriah dengan ramai peminat kereta Super GT dan gadis-gadis GT berpakaian seksi. Party starter memulakan irama rancak memanaskan suasana. Hingar-bingar muzik amat merangsang adrenalin menyerbu ke segenap tubuh. Qaiser tanpa segan menyisip arak kesukaannya ditemani perempuan-perempuan seksi yang tanpa jemu cuba menarik perhatiannya. Teman-temannya juga sibuk berpeleseran dengan entah mana-mana perempuan. Asal berdahi licin semuanya disapu. Mereka hanya mahu berseronok. Adat lelaki urban dan kaya sepertinya. Sibuk dan berparti sehingga ke pagi. Esok Ahad,no hal la.


“Look who's here? Qaiser..” Kevin Shah menyapa. Dia tak berseorangan juga ditemani perempuan kiri dan kanan.


“Well..” Qaiser hanya mengangkat keningnya. Tak berminat dan tak nak ambil tahu. Dia memang tak suka dengan lelaki itu, bajet kononnya hebat sangat. Setakat anak tauke commercial airline tambang murah apa barang! Kutuk Qaiser dengan menzahirkan senyuman herot ke arah Kevin.


“Mana Zara?” selamba Kevin bertanya. Perempuan cantik berambut emas walaupun dah tahu sangat bukan original colour still buat dia susah nak tidur malam tu. Mungkin cara perempuan tu dibawa pergi membuatkan dia rasa tercabar dan tak puas hati.


“Kenapa tanya aku? Aku tak jaga dia.” Qaiser sengih sinis. Menyirap juga bila mamat perasan bagus ni bertanya tentang Zara.


“Chills,bro! Just asking..” Kevin balas dengan senyum. Tak terkesan dengan kata-kata Qaiser. Mamat berlagak itu harus diajar tapi ada caranya. Kevin terus senyum.


What da..Qaiser hampir nak menyumpah. “Hm..you asking to the wrong person,bro!” bunyi ala menyampah. Senyum herot.


Kevin tergelak. “Enjoy the party,bro!” mengejek.


“I will..” Qaiser panas hati tapi saja buat cool. Gelas alkohol yang dipenuhi ais di acu ke arah Kevin. Dalam hati menyumpah bila nak berambus.


Kevin tergelak lagi sebelum beredar membawa perempuan murahannya. Qaiser bersandar dengan perasaan tak puas hati. Alkohol diteguk rakus bila teringatkan Zara. Perempuan-perempuan di kiri dan kanan sudah tak menarik perhatiannya lagi. Mood berparti hilang.


“Kat sini abang rupanya!” orang yang difikir tiba-tiba muncul tanpa disangka-sangka. Mata Qaiser agak bulat memandang Zara Diandra yang tercegat dengan dress singkat berwarna merah hati dengan bukaan luas di dada.


“Satu hari kalau tak mengekor abang tak boleh ke?!” dengan wajah bosan. Zara hanya tersengih.


“Zara pun dapat jemputan tau. Lagipun Zara datang dengan kawan perempuan Zara,okay! Tapi,tak sangka abang ada kat sini.” jelas Zara. Dia pun tak sangka Qaiser ada di situ. Gembiranya hati.


“Kalau macam tu pergilah enjoy dengan kawan-kawan Zara! Buat apa datang kat abang.” halau Qaiser dengan riak dingin.


“Zara nak pergilah ni!” Zara bengang. Perempuan-perempuan yang berkepit dengan Qaiser memandang sinis ke arahnya membuatkan Zara sakit hati. Jatuh maruahnya dihalau di depan perempuan-perempuan murahan. Zara terus angkat kaki.


Zara pergi mendapatkan kawan-kawan perempuannya yang sedang ligat menari. Hati tengah panas nak menari pun tak ada mood lantas diheret kakinya ke bar pula. Memesan sesuatu yang sejuk. Bila kesejukan menyusuri kerongkongnya dia mula bertenang. Dia datang ke sini untuk enjoy jadi dia akan enjoy sepuas-puas hatinya. Matanya sempat menjeling ke meja Qaiser duduki. Menyampah melihat perempuan-perempuan murahan yang sibuk menarik perhatian Qaiser siap tanpa malu-malu menggeselkan aset-aset murahan mereka pada tubuh badan Qaiser. Zara kembali panas hati. Dia perlukan sesuatu yang khayal yang boleh membuatkan dia lupakan segalanya malam ini. Tanpa fikir banyak Zara memesan lagi minuman untuk menyejukkan hatinya. Bila kepalanya mula terangguk-angguk mendengar irama ,dia melangkah ke arah kawan-kawannya dan mula menari dengan riang.


Kehadiran Zara disedari,lenggok seksi Zara menari membuatkan ramai lelaki menghampiri. Zara tak peduli terus menari mengikut alunan muzik. Zara menjadi perhatian ramai,tanpa disangka dia diangkat sekumpulan lelaki ke pentas yang lebih tinggi yang ada tiang di tengah-tengahnya. Zara terus menari dengan liuk-lentuk yang seksi. Semua bersorak bila Zara berpusing-pusing mengelilingi tiang dan tunduk.


Kevin yang berada tak jauh dapat mengesan kehadiran Zara terus pergi mendapatkan Zara. Dengan penuh gentleman Kevin menghulurkan tangan ke arah Zara dan Zara menunduk menghulurkan kedua belah tangannya mengisyaratkan Kevin supaya menurunkan dia dari atas pentas. Pucuk dicita ulam mendatang, Kevin terus memegang pinggul Zara bagi menurunkan Zara dari pentas. Bila kaki Zara jejak ke lantai terus Kevin memeluk pinggang Zara dan mereka menari kerana kebetulan irama perlahan mula mengambil alih.


“I bertuah malam ni!” bisik Kevin di tepi telinga Zara.


“Hm..” Zara hanya tersenyum. Kepala tak berapa nak betul.


“Kerana you ada!” Kevin mula meng'ayat'. Zara tertawa.


Qaiser melihat Zara menari tiang di atas pentas. Dia tak suka Zara begitu tetapi dia tak pula pergi mendapatkan Zara kerana mahu menjaga reputasinya. Bila Zara diturunkan oleh Kevin dari atas pentas tak semena-mena dia tegak berdiri. Bila Kevin dengan selamba memeluk Zara dan menari dengan gaya sensual siap tangan Kevin merayap ke sana ke sini. Dia tak boleh tahan. Meluru ke arah Zara dan Kevin. Merentap tangan Kevin dan menarik tangan Zara pergi dari situ. Kevin terpinga-pinga lagi.


Zara terus dihenyak ke seat apabila pintu kereta dibuka. Zara yang separa sedar dipengaruhi alkohol terduduk diam. Zara tengah blur tak dapat nak berfikir dengan jelas membuatkan Qaiser menggelengkan kepala beberapa kali.


“Apa abang nak buat dengan Zara ni? Hai..” Qaiser tunduk menarik tali pinggang dan ingin lock tetapi perbuatannya terhenti. Matanya merayap ke wajah Zara yang sedang memejamkan mata. Hanya seketika. Kemudian terus memecut Lambourghininya ke rumah Zara.


“Zara!” seru Qaiser bila sampai ke destinasi. Tiada respon. Qaiser terdiam memerhati Zara yang tertidur. Berkira-kira nak dikejutkan atau tak. Tapi di hati rasa kasihan pula. Akhirnya,Qaiser memutuskan untuk mencempung Zara masuk ke dalam rumah dan membaringkan Zara ke tempat peraduannya. Orang gaji yang mengekori Qaiser ketika mengangkat Zara ke bilik cepat-cepat beredar. Qaiser memandang Zara yang nyenyak tidur seperti tuan puteri.


“Good night,adik!” Qaiser tunduk mencium dahi Zara. Walau apa pun Zara adalah teman masa kecilnya. Dia masih ingat itu.


PESANAN:
Mintak sorry byk2..
Fokus kat DPCA itu yang delay jap cite ni..
Hehe..
TQ..