Friday 12 April 2013


Bab 6: SESUNGGUHNYA..DIA LELAKI PELINDUNGKU


DARIS baru balik dari melawat tapak projek di Setia Alam. Dia berpuas hati dengan peratusan yang telah siap mengikut masa yang telah ditetapkan. Para pekerja pula tidak banyak ragam. Terik matahari buat Daris tidak terus ke pejabat tetapi teringin pula membasahkan tekaknya dengan cendol Mat Ali. Lagipun,dia belum makan tengahari lagi pekena dengan mee rojak pun cantik jugak ni. Gerai cendol Mat Ali yang berada tidak jauh dari pejabatnya menjadi pilihan. Gerai kecil atau lebih tepat lagi motosikal beroda tiga menjadi tempat berjualan mee rojak dan cendol sebenarnya. Daris mencari  bangku kosong untuk duduk. Meja yang ada hanya dua. Sharing is caring la kepada sesiapa yang nak menjamu selera di sini. Nak selesa pergi makan kat hotel sana tu.


“Ali..rojak mee satu! Cendol special satu!” order Daris sebaik saja dia duduk di bangku kosong. Matanya beralih ke hadapan, teman makan cendolnya perempuan rupanya. Ingatkan lelaki tadi siap pakai topi bagai. Menunduk saja sedari tadi menyudu cendol. Memang patut orang cakap mak mertua lalu pun tak sedar pasal makan kusyuk sangat. Sebaik saja perempuan itu mengangkat kepala Daris pula yang terkedu.


“Masya..Allah!” terkejut sakan Daris dengan perempuan di hadapannya. Sesuatu yang susah nak diterima akal. Sesuatu yang mustahil la.


“Eh,awak?” perempuan itu juga terkejut.


“Awak?” kemudian mereka berdua tertawa.


“Buat apa kat sini?” Daris menyoal dengan wajah tidak percaya. Zara boleh makan kat sini? Unbelievable..


“Buat kuih koci,Daris! Dah tentu-tentu mamam cendolkan?” Zara angkat sudunya yang dipenuhi cendol sambil tersengih.


“Saya masih tak percaya ni.” Luah Daris rasa tak percayanya. Anak billionaire seperti Zara makan di tempat macam ni? Biar betul!


“Shh..perlahan sikit! Cendol kat sini sedap. Buat saya nak datang lagi bila dah makan sekali. Nak-nak bila cuaca panas macam ni.” Ujar Zara.


“Memang sedap! Tapi..macam mana boleh tau tempat ni?” Tanya Daris. Nak tahu juga anak orang kaya seperti Zara boleh pula makan di tempat-tempat macam ni.

 
“Saya tak tahu nak story macam mana. Saya nak lari dari press,menyamar dan keluar dari Armada dengan berjalan kaki. Kebetulan saya lalu di sini dan duduk di sini sambil menanti bodyguard saya datang ambil. Cuaca panas dan saya tengok orang yang makan di sini nampak berselera saja. Saya try la. Sekali..superb! Then,saya datang lagi try rojak pula..superb! Then,the end of my story.” Panjang lebar Zara bercerita. Entah kenapa dengan Daris dia boleh menjadi dirinya.

 
“Amazing story..” Daris memuji Zara yang tidak cerewet walaupun makan di gerai di tepi jalan seperti ini.

 
“Syokkan makan di sini? Saya boleh makan sesuka hati. Sampai kenyang.” Zara tergelak. Hatinya yang walang terubat sedikit dengan kehadiran Daris yang menghiburkan hati. Kesan alkohol yang diteguk semalam totally hilang dengan kesedapan cendol. Bila teringat balik bagaimana dia boleh meneguk minuman keras bergelas-gelas dia masih tak percaya dengan dirinya boleh melakukan itu. Pahit dan keras. Amat meloyakan. Bukan sedap pun! Rundingan tak berjaya pula tu. Hampeh betul cina mangkuk tingkat tu! Seranah Zara di dalam hati.

 
“Awak ni tak seperti yang disangka. Mengenali awak dari hari ke hari buat saya kagum.” Daris kagum dengan sikap Zara. Walaupun pada mulanya Zara nampak sombong dan berlagak ternyata bukan begitu sikap orangnya yang sebenarnya. Daris nampak sifat zuhud di dalam diri gadis itu. Sikap yang orang lain tak nampak. Bukanlah seperti yang digembar-gemburkan oleh orang-orang di syarikatnya. Dia tertarik dengan sikap gadis itu. Betullah kata pepatah jangan menilai buku dari kulitnya.

 
“Awak memang macam ni,eh?” Zara bertanya. Pada pandangan matanya lelaki itu nampak seperti seorang yang pendiam,pemalu dan tak banyak cakap. Tetapi,bila sekali buka mulut ayat yang dikeluarkan manis-manis bahasanya. Orang boleh salah faham dengan sikap terlalu gentleman dan lembut lelaki itu. Seperti dirinya diawal perkenalan. Bila dah banyak kali bertemu, barulah dia sedar perwatakan lelaki itu sememangnya begitu. Itu yang selamba dia cop lelaki tu,player! Sweet talker,kalah Kevin Shah otai player satu KL ni.

 
“Macam apa?” tak faham apa yang nak dimaksudkan oleh Zara.

 
“Saya perasan. Awak ni kan..bila berkata-kata tak pernah mengeluarkan percakapan yang tak elok didengar. Semuanya kedengaran manis saja.” Beritahu Zara tentang pendapatnya.

 
“Saya biasa-biasa saja Zara! Hanya Hamba Allah. Apa yang ada pada saya adalah milik Allah.” Ujar Daris merendah diri.

 
Zara terdiam mendengar kata-kata Daris. Tangkai hatinya tercuit sesuatu. Seakan perit tetapi dia tak tahu apa. Dia tak dapat tafsir.

 
“Saya..saya nak balik ke Armada.” Tiba-tiba Zara bersuara selepas beberapa saat terdiam dengan kata-kata Daris.  Sungguh dia kelu.

 
“Saya pun nak balik ke Armada juga. Kita jalan samalah.” Ajak Daris terus bingkas bangun dan pergi membayar makanan yang dipesan termasuklah yang Zara punya.

 
“Awak bayar saya punya?” Tanya Zara segan. Dia yang melantak orang lain yang bayarkan. Banyak cantik kau,Zara!

 
Daris mengisyaratkan tangannya ‘tak apa’ dan membayar segalanya. Zara mengangkat kedua belah bahunya. Well..

 
Mereka sama-sama berjalan menuju ke Armada. Zara ingin berjumpa dengan Qaiser sebenarnya tetapi Qaiser berada di dalam bilik mesyuarat terlalu lama. Itu yang dia melencong ke sini. Dia datang ke Armada semata-mata nak beritahu Qaiser supaya berhati-hati dengan Albert yang berkemungkinan besar berpakat dengan seseorang yang ingin menjatuhkan empayar perniagaan keluarga Megat Arman Zainal Abidin.

 
Sesampai di lif,sedang menanti ketibaan lif. Tiba-tiba mereka berdua di kepung dengan beberapa orang yang membawa kamera. Zara sedar mereka semua itu adalah press tetapi dia tak tahu kenapa dia dicari oleh press? Terpinga-pinga dengan kehadiran press yang mengerumuninya.

 
“Boleh Cik Zara jelaskan tentang pergaduhan Cik Zara dengan model terkenal Sazzy di Mandarin Oriental Hotel pada hari ahad yang lepas? Kami dapat berita Cik Zara bergaduh hanya kerana rebutkan seorang lelaki berpengaruh. Benarkah?” Tanya press dengan selambanya tanpa menghiraukan perasaan Zara.

 
“Ap..apa? Saya tak faham apa yang kamu semua maksudkan?” Zara menafikan dengan tergagap.

 
“Kami juga mendapat berita yang Cik Zara mabuk teruk di sebuah kelab malam ternama kerana kecewa dengan perhubungan model itu dengan lelaki berpengaruh tersebut?” Zara diasak dengan pertanyaan press yang lain.


Zara dah pucat lesi. Dia tak tahu bagaimana berita itu boleh tersebar? Tak tahu nak jelaskan apa? Fikirannya tak dapat nak berfikir apa pun apabila diasak bertalu-talu dengan soalan sebegitu.

 
“Saya..saya..no komen!” itu saja yang mampu dia katakan. Sesungguhnya..dia lemas dengan kehadiran press yang mengasak tanpa jemu. Dia mahu beredar tetapi ditahan pula meminta dia menjelaskan dengan segera tentang apa yang berlaku. Dia terperangkap. Setiap butir percakapannya perlu dijaga jika tidak dia,Qaiser dan keluarga mereka akan susah. Zara cuba beredar lagi tetapi gagal mengeluarkan dirinya dari kepungan press. Zara hampir menjerit dibuatnya.

 
Daris pula yang ditolak sehingga ke tepi terpaksa menyelinap dikalangan press tersebut dan bila dia mendapat peluang yang terbuka luas apabila lif terbuka dan hampir tertutup. Daris terus menarik tangan Zara dan memaut belakang Zara terus masuk ke dalam lif siap berpusing membelakangkan press. Sengaja dia berbuat begitu supaya press tidak sempat melihat wajahnya. Lif tertutup rapat tetapi tangan mereka berdua masih erat menggenggam tangan masing-masing dan saling berhadapan dengan rapat sekali. Terlalu rapat sehinggakan hidung Zara mengenai dada Daris. Zara tertunduk dengan perasaan berdebar kencang. Bau harum badan Daris menambah pecutan jantungnya berdetak. Mata Zara tertancap lama pada tangan mereka yang masih saling menggenggam. Daris juga memandang sama dengan cepat dia melepaskan genggaman tangannya dengan wajah rasa bersalah. Apabila lif mula bergerak Daris terus tersandar lega di dinding lif siap tergelak.

 
“That was so close! Hampir..kalau tak sempat tadi saya minta maaf,ye!” Daris senyum nakal sambil mencuit hidung Zara. Sengaja dia berbuat begitu supaya Zara hilang perasaan gemuruhnya. Pucat lesi sangat!

 
“I don’t know why? Why do you keep appearing in front of me? Who are you?” Zara tak faham. Dia sendiri tersandar di dinding lif. Ketar lututnya nak berdiri betul.

 
“Saya pun tak tahu,Zara! Saya bukan sesiapa melainkan hamba-NYA.” Daris menjungkit bahunya.


Pesanan Penulis:
Sori pendek sangat..
Enjoy reading..
Tq..

4 comments: