Wednesday 27 June 2012


Bab 17: Di Penghujung Cintaku..Adelia



Hari ini Adelia cuma berkereta ke tempat kerja. Relaks saja tiada hati nak terkejar-kejar waktu. Berpakaian santai bukan beruniform. Adelia ditugaskan oleh Sister untuk mengemaskini fail peribadi ke semua staf yang bekerja di dalam wadnya. Ini pasal akreditasi punya pasallah ni..
Adelia bergerak malas ke wad. Tiada hati langsung nak bekerja. Sah-sah kena hadap jugak mamat sengal tu di wad nanti. Hai..langkah Adelia berat. Dia dah berjanji pada diri supaya menjadi kuat. Namun,setiap hari bila terpaksa bekerja bersama dengan Nik Pasha Adelia berasa resah sepanjang waktu. Jiwanya tiada ketenangan. Fokusnya hilang. Seperti hari ini. Malasnya..
Sampai saja di wad, Sister dengan wajah selamba tanpa rasa bersalah meletakkan sebeban fail untuk dikemaskini. Tingginya melepasi kepala Adelia. Siap disuruh fotokopi beberapa salinan. Adoila..paperwork macam ni memang membuatkan Adelia bisa diserang migrain. Tension woo..
Adelia membawa kesemua fail ke bilik seminar dan bersedia untuk mengadap fail-fail tersebut seharian. Biar sampai muntah! Yerkk!!!
Bawa fail banyak-banyak dengan mata tak nampak lagi memang saja cari adegan terlanggar. Harap taklah...
Belum sempat Adelia habis mengomel di dalam hati dia dah terlanggar seseorang.


Kot!!!!”Adelia tersebut perkataan tidak habis di dalam hatinya tadi. Berteraburan fail-fail di lantai. Adelia pandang wajah segerombolan manusia berkot putih dihadapannya. Kenapalah..malang suka sangat dengan bau aku?!! wangi sangat ke?!! Adelia segera tunduk mengutip fail-fail yang terjatuh. Berlagak selamba seboleh yang mungkin di hadapan Mr Adzreil dan 'konco-konconya' termasuk mamat sengal tu yang tak sudah-sudah nak pandang dirinya dengan panahan mata 'Hawk Eyenya'. Sengal!
Ada jugalah HO yang baik hati menolong Adelia mengutip fail-fail yang terjatuh. Adelia bersyukur sangat sekurang-kurangnya adalah yang sudi menolong dari sekadar memandang tanpa menolong. Adelia senyum dan seraya ingin mengucapkan terima kasih kepada HO yang sudi menolongnya. Tetapi,apabila matanya tepat memandang orang yang menolongnya tadi adalah Mr Adzreil. Mata Adelia membulat secara tiba-tiba. Tidak percaya! Terkedu Adelia dibuatnya.


Mana nak letak fail ni?” soal Adzreil apabila siap menyusun fail yang berteraburan. Entah kenapa ringan pula tangannya membantu. Tanpa dorongan apa-apa secara gerakan semulajadi tangannya dan badannya bergerak menunduk dan membantu jururawat yang sedang memukau pandangan matanya. Asyik..


Eh,Tak pe! Tak pe! Saya boleh buat sendiri.” Adelia cuba mengambil fail dari tangan Mr Bossy di hadapannya. Baik pula mamat angin kus-kus hari ini?! Semalam mimpi apa agaknya baik hati sangat hari ini?! Adelia hairan.


Cepat beritahu saya mana nak letak fail ini semua.” Adzreil bertegas. Pantang betul jika ada orang yang membantah cakapnya. Dan,jururawat dihadapannya ini adalah satu-satunya manusia yang tak habis-habis membantah cakapnya dan menjawab cakapnya. Tentang hal remeh ini pun nak di bantah. Saja nak naikkan temperature akulah cik misi ni. Adzreil panas hati juga. Bila dah terbiasa berangin tiba-tiba nak jadi mamat cool memang menggunakan full strenght kekuatan hatilah. Nak-nak berhadapan dengan cik misi yang cun tak hengat ni. Sudahlah mata terlalu asyik merenung wajah polos itu dan terpanar dengan penampilan gadis itu yang sempoi tetapi menarik di matanya dengan blouse longgar kaler lilac dan dipadankan dengan jeans lusuh. Tudung bawal biasa dipakai secara luar biasa caranya tidak pernah pula Adzreil melihat cara pemakaian itu lagi setakat ini. Cukup trendy..


Tak payahlah,bos!” Adelia masih lagi membantah. Para doktor yang ada memandang pelik ke arah surgeon yang terkenal dengan perwatakan stone tiba-tiba berbaik hati pula menolong. Selepas itu,semua para doktor yang ada di situ memandang Adelia pula. Oh..patutlah! Rata-rata menyetujui di dalam hati patutlah surgeon stone boleh menjadi mamat cool penangan wanita cantik ini rupanya. Awek cun tak hengat! Siapa tak cair..


Cepat cik misi! Saya ni nak tengok pesakit lagi ni.” kalau dah azali perangainya suka berangin nak cool macam mana pun dapat orang yang macam Adelia yang suka sangat membantah memang tak dapat der..


Okay,kat dalam bilik seminar bos!” cepat Adelia berkata bila wajah Mr Bossy sikit lagi nak bertukar hijau. Tengah angin sepoi-sepoi ni kang tiba-tiba bertukar angin Taufan Katrina pulak kang! Adelia tidak sanggup.


Ha..kan bagus follow je cakap saya. Kalau tak, nak naikkan temperature saya selalu awak ni.” sempat pulak surgeon poyo ni buat lawak sarkastik. Adelia harus ketawa atau buat muka bodoh je dengan kata-kata lawak tak berasas surgeon yang terkenal stone itu. Memang betul spesies mamat sengal itu jugak rupanya.


Terima kasih,bos!” Adelia sengih segan. Takkanlah nak buat bodoh pulak. Macam tak manis pula. Tak luak pun setakat berterima kasih pahala lagi. Adelia tiba-tiba tersenyum manis. Hatinya ikhlas..
Lain pula Adzreil apabila melihat senyuman Adelia. Terpesona..


Bos! Round tengok pesakit tak habis lagi ni!” panggil salah seorang dari 'konco-konco' Adzreil yang sedari tadi melihat ketua mereka yang tak habis-habis menjual minyak urat dengan cik misi cantik. Sudah-sudahlah tu bos!
Adzreil menoleh. Wajahnya tiba-tiba memerah menahan perasaan malu. Macam mana boleh terlayan perasaan pula di depan 'konco-konconya' dia ni? Menurun lagi percentage kredibilitinya sebagai seorang surgeon yang disegani. Cik misi ni betullah..


Ehem..okay,jalan tengok pesakit.” Adzreil berdehem mencari kredibilitinya balik. Now,serious! Siaplah korang semua kalau tak dapat jawab soalan aku nanti. Kenakan aku lagi!
Adzreil berjalan mendahului 'konco-konconya'. Sempat pula matanya memandang sekilas ke arah cik misi yang sedang duduk mengadap fail. Hatinya sempat berkata. Kalaulah dia hadir dulu di dalam hidupku..


Adelia leka menyusun segala mak nenek kertas di dalam fail secara berperingkat. Naik berpinar matanya memandang ke sana dan ke mari. Sakit kepala dowh..ingat tak sakit ke duk mengadap timbunan fail sejak dari pukul 8 pagi tadi. Sekarang dah pukul 10 pagi. Perut pun dah berkeroncong minta diisi sesuap nasi. Nak berhenti tapi tangan duk ligat lagi mencari kertas dan menyusun. Kejap lagi kot!


Tiba-tiba..


Kau memang macam ini kan!” satu suara kedengaran dicuping telinga Adelia. Dekat sekali. Adelia berpusing pantas dengan kerusi yang boleh di putar senang saja dia berpusing. Terpempan sejenak..
Makhluk ini tak habis-habis membuat sesuatu yang unpredictable..


"Hah!” riak wajah Adelia haruslah terkejut apabila melihat Nik Pasha berada di dalam bilik itu. Mata sempat pula melihat pintu bilik seminar telah ditutup rapat. Adelia langsung tidak menyedari kehadiran Nik Pasha yang persis seperti seorang pencuri. Langsung tiada bunyi.
Nik Pasha betul-betul berada di hadapan Adelia kini. Terpaksalah Adelia mendongak. Sudahlah mamat itu tingginya 6 kaki. Sakit tengkuk dibuatnya melihat secara duduk begitu.


Apa kau buat kat sini?” Adelia hairan.


Nak guna PC ke? Kat luarkan ada banyak lagi.” sambung Adelia tidak menaruh syak yang bukan-bukan. Mungkin PC di luar sudah digunakan oleh doktor lain agaknya sampai ke sini mamat itu masuk. Mengacau je la..


Kau tak faham aku cakap tadi? Aku cakap kau memang selalu macam ini kan?!! Suka mencari perhatian orang! Suka mencari perhatian lelaki! Kau tak ada kerja lain ke?!!” marah Nik Pasha dengan suara yang ditahan-tahan. Cuba mengurangkan volume suaranya seminimum yang mungkin. Kalau tidak bergema satu bilik ini dengan amarah yang membuak-buak. Hangin betul melihat Adelia yang tak sudah-sudah mencari tumpuan dan perhatian lelaki. Budget artis ke? Yang memang kerjanya cari tumpuan dan perhatian. Ini setakat nurse je kot! Lagak macam primadona. Cemuh Nik Pasha. Perasaan geramnya memuncak tidak dapat ditahan.


Apa maksud kau?” soal Adelia tidak mengerti. Apa pasal nak marah-marah ni?!! Adelia bengang.


Kaulah..kenapa datang ke wad berpakaian macam ni? Saja nak tunjuk yang kau ni cantiklah dengan fesyen tudung pelik-pelik kau ni. Konon model tudung la?! Ingat..kau tu cuma nurse!” Mak aii!! Pedihnya kata-kata hinaan Nik Pasha terhadap dirinya. Adelia terkedu. Hatinya cukup tersentap. Ingat aku hadap sangat nak datang ke wad ini kalau tidak pasal kerja. Masalahnya kenapa nak marah-marah aku dengan perkara tidak masuk akal macam ini? Adelia tilik pakaian yang dipakai. Ini baju dua tahun sudah. Jeans yang di pakai lagilah banyak tahun dah dipakai. Lusuh. Tudung ini pulak aku beli sepuluh ringgit je kot di pasar malam. Cara pakai tudung ni aku ikut Dian Pelangi. Salahkah?
Tapi..marahkan aku macam aku pakai baju tak cukup sifat. Terdedah ke? Seksi ke? Aku rasa tak kot! Habis yang dimarahnya aku macam ni sekali,kenapa?


Weh,kau ni kenapa? Aku pakai seksi ke?! Tak pakai baju ke?! Kepala aku nak tutup dengan tudung saji pun apa kau kisah kalau dah itu fesyen tudung masa kini aku nak ikut. Kau apa kisah!!!!” Adelia melawan. Ingat aku nak diam ke? Sorry ek !!


Kau memang saja! Dah gatal sangat?! Nak perhatian lelaki sangat kan..” lengan Adelia dicengkam kuat dan Nik Pasha menarik kuat Adelia ke dalam pelukannya. Adelia yang tidak bersedia dengan serangan tersembam di dada Nik Pasha. Pelukan diperkemaskan. Adelia lemas dan cemas.


Weh,ini hospitallah bongok!” Adelia cuba melepaskan diri siap menghamun Nik Pasha supaya sedar mereka kini berada di hospital. Di dalam bilik seminar dan di sebelah bilik Sister pula tu. Dibuatnya Sister tiba-tiba datang dan melihat mereka di dalam keadaan berpelukan macam ini memang cari nahas. Nik Pasha bagaikan baru tersedar terus melepaskan pelukannya. Entah rasukan mana membuatkan dirinya teralpa pun Nik Pasha tidak tahu. Dia kalah dengan hatinya yang diamuk perasaan marah apabila melihat Adelia yang tidak sudah-sudah mencabar hati lelakinya.


Baik kau keluar sekarang! Sekali Darwina kau datang kau nak cakap apa?!! Nak peluk-peluk pergi cari Darwina kaulah.” Marah Adelia berapi. Penghinaan dan cemuhan Nik Pasha kepadanya membuatkan Adelia terlalu bengangkan Nik Pasha. Maruahnya bagai di pijak-pijak.


Keluarlah,bongok!!!” Adelia menahan suaranya dari menjerit. Nik Pasha memandangnya tajam tanpa sepatah kata. Bagi Nik Pasha dia masih belum berpuas hati. Masih ada perhitungan yang perlu dilangsaikan. Oleh kerana mereka berada di tempat yang salah Nik Pasha perlu pendamkan dahulu. Nanti-nantilah..


Kau lepas kali ini. Lain kali kau buat lagi perkara yang menaikkan darah aku. Siaplah kau!” ugut Nik Pasha tanpa perasaan bersalah. Perasaannya masih berbuku. Adelia perlu diajar supaya jangan terlalu menjaja pesonanya ke merata tempat. Duduk diam-diam tak boleh ke?!! Sudahnya Nik Pasha ingin keluar tetapi sebelum itu tangannya sempat menunjal dahi Adelia perlahan. Pulak dah!


Adelia langsung tidak faham dengan sikap Nik Pasha. Itu cemburukah? Teragak-agak Adelia hendak membuat kesimpulan yang Nik Pasha sedang dikuasai perasaan cemburu. Adelia takut dia tersalah tafsir. Apa sikap yang nak ditonjolkan oleh Nik Pasha itu sebenarnya? Kekuasaannya sebagai suamikah? Buntu.


Suraya dengan muka bersahaja merampas buku request cuti dari Adelia yang sedang rancak menulis. Adelia hangin! Dahlah kepalanya sakit melayan angin Nik Pasha yang pelik dan mengadap fail yang menimbun membuatkan Adelia sikit lagi nak termuntah hijau dibuatnya. Minah senget ini menguji kesabarannya ditengahari ini pula. Adoila..kesabarannya rasanya sudah berada di takat sikit lagi nak ke sifar. Sabar hati! Sabar Jiwa!


Tengok ni! Adel nak cuti panjang...” Suraya berlelucon memanaskan hati. Ingat lucu sangatlah tu!


Bak sini Suraya!” Adelia malas nak naikkan volume suara kerana dia dah penat mengadap perangai jelik Nik Pasha hari ini. Dia kalau boleh nak cepat-cepat cabut dari wad itu. Kalau tak diingatkan Sister nak mengambil buku request untuk roster baru tak ada makna nak lepak di kaunter dengan Suraya yang otak tak berapa nak betul ni.


Kau nak pergi mana ni start dari hari Jumaat sampai ke selasa ni?” soal Suraya kecoh. Nik Pasha yang kebetulan berada berhampiran memasang telinga. Cuti panjang? Nik Pasha terngadah mendengar Adelia yang tidak akan berada di wad beberapa hari. Dia rasa kehilangan pula.


Tak payah nak sibuklah Suraya!” Adelia malas betul nak melayan perangai Suraya. Aku punya cuti ikut suka mak tiri atuk jiran nenek akula nak pergi mana pun. Adelia lantas bangun. Baik dia blah..


Adelia amat memerlukan cuti yang panjang untuk menghilangkan stress yang melanda perasaannya kini. Jadi,ajakan Cikgu Hisyam untuk berkonvoi ke Pantai Timur dia bersetuju. Bawa diri jauh-jauh dari lelaki bernama Nik Pasha. Itu pilihan yang dia rasakan bagus ketika ini.
Perasaannya cukup terdera..


7 comments:

  1. alahai,rasa tak puas bace la...tak nak si pasha-senget tu kacau del masa cuti! kalu dia nak jugak enterframe bagi dr irfan ikut knvoi ngan del..ha lagi best 'best-man-win'..terbaek ayu!

    ReplyDelete
  2. ahaha.. pasha jeles tak hengat. ngeeeee...... padan muka pasha. tq cik writer for the new entry. xsbr plak nk baca the next entry... ehehe :-)

    ReplyDelete
  3. xpuas baca ye..entry yg sterusnya mgkn lmbt skit sb nk kene buat research pasal konvoi2 ni. then,cari idea nk bg pasha hot dgn adel lg..mgkn dr irfan x ikt skali kut konvoi. tengoklah camne! pndapat u oll camne?

    ReplyDelete
  4. Nik Pasha dah meroyan....come on Adel..make him feel the pain..cayaalah miss writer...solute to your idea and tallent. hehehehe

    ReplyDelete
  5. eleh poyo jek mamat tu,dulu kemain benci....skrg ni mcm kata cik kalam meroyan x igt.........cayalah Adel.....

    ReplyDelete
  6. kalau pasha ikut konvoi tu cun jugak,tapi asik makan hati je la. nak2 kena tgk adegan cikgu hisyam n adel. ahahahaha.....

    ReplyDelete
  7. tak pe,tak pe, ayu buat research byk2, pastu buat n3 pnjg2, sape2 yg ayu bagi msk knvoi kite sokong, yg pasti mau..'make him feel d pain'..cam kalam cinta ckp...hehehe jahat jugak aku ni yeh(sbb at dis point of time rasa kesian tak de kat pasha, cuma rasa geram-meluat ada...sori ye cik ayu!)

    ReplyDelete