Sunday 8 July 2012


Bab 18: Di Penghujung Cintaku..Adelia


ER6N di pandu laju ke arah Tasik Putrajaya. Irfan sedang menunggu di situ. Seperti biasa Adelia mengendalikan jentera kesayangannya dengan penuh kecekapan. Apabila sampai di tempat yang dijanjikan Irfan sudah sedia menunggu di sisi motosikal Ducati Monster merahnya. Adelia meletakkan motosikalnya bersebelahan dengan motosikal Irfan. Motosikal itu sama cantik dan sama sepadan apabila diletakkan bersama seperti pinang dibelah dua pulak bila dilihat. Agaknya tuan empunya motosikal bagaimana pula kalau di padankan?! Ada tak macam Pulau Pinang terbahagi dua?!! Toing! Toing!
Irfan sudah mendekat dan dengan selamba meletakkan kedua belah tangannya di atas windshield motosikal Adelia. Kemudian menunduk mencari wajah gadis kesayangannya. Adelia pula menanggalkan helmet di kepala. Mata mereka berpandangan. Mereka tersengih.


Bila nak konvoi?” soal Irfan dengan senyuman kacak. Orang yang lalu-lalang di taman itu tidak putus-putus memandang teruna dan dara yang kelihatan hebat bermotosikal besar. Kagum melihat jentera hebat itu di punyai oleh kedua orang yang cantik dan kacak. Irfan pula tidak peduli dengan keadaan sekitarnya, yang ada di matanya hanyalah Adelia. Perhatiannya cuma untuk Adelia.


Hari Jumaat ini.” Adelia sengih. Beriya-iya Irfan mengajak dia keluar semalam apabila mendapat tahu yang dia hendak berkonvoi ke Pantai Timur. Usai shif pagi, Dia pulang ke rumah mandi,solat dan berehat sebentar kemudian dia terus bersiap-siap untuk berjumpa dengan Irfan. Kalau ikutkan plan, dia hendak ke kedai motosikal untuk menyelenggara motosikalnya sebelum berkonvoi. Tetapi,oleh kerana Irfan begitu mengharap akhirnya dia datang ke sini. Irfan pada pandangan matanya kelihatan sempoi dengan baju T QuickSilver berwarna putih. Dipadankan dengan Jeans kelabu yang season. Rambutnya yang ala panjang tak panjang itu begitu beralun lembut di sapa angin tasik yang mendamaikan. Sebenarnya, di mata Adelia lelaki itu terlampaulah hensem tak hengat. Dah tak hengat status isteri orang dah apabila melihat seorang lelaki yang kacak seperti ini berada di hadapan mata. Sikit lagi nak melting dah ni...


Eh,Lusa la kan!” Irfan terkejut. Ingat lambat lagi. Kalau tidak Irfan dah terfikir untuk mengikuti Adelia berkonvoi.


Haah!” ringkas.


Kenapa tak cakap awal-awal dengan saya. Kalau tak bolehlah saya ikut sekali. Awak ni..” Irfan cemberut. Merajuklah kalau macam ni.


Hei,awak ni! Saya tak plan pun. Cikgu Hisyam yang offer pergi konvoi. Dengar macam best saya pun setujulah” beritahu Adelia siap tergelak melihat wajah Irfan yang merajuk. Pandai merajuk jugak rupanya mamat cool ini. Aloolooo..cutenya!


Saya susah hati nak lepaskan awak pergi berkonvoi ni.” luah Irfan. Sungguh,berat hati Irfan hendak melepaskan Adelia mengikuti acara berkonvoi itu. Macam tak harap pula dia rasakan. Adelia pada pandangan matanya kelihatan rapuh dan perlu dilindungi. Perasaan protektif menyebabkan Irfan susah hati.


Don't worry! Saya dah biasalah berkonvoi. Dah banyak tempat saya dah pergi. Saya boleh jaga diri saya,Irfan!” sikap ambil berat yang di tonjolkan oleh Irfan membuatkan Adelia tersentuh. Ada juga manusia yang sudi mengambil berat akan dirinya. Nak diharapkan suami jauh sekali.


Dah tentu saya risau Adelia. Awak penting bagi saya.” ujar Irfan perlahan sambil merenung ke dalam anak mata Adelia. Panahan yang begitu mengharapkan pengertian. Adelia goyah apabila mendengar kata-kata Irfan yang menyejukkan hati. Kenapalah lelaki lain yang mengatakannya bukan Nik Pasha. Tidak sudah-sudah membandingkan lelaki lain dengan suaminya.


Terima kasih Irfan dengan sikap mengambil berat awak. Saya hargai!” itu saja yang mampu Adelia katakan. Dia tidak boleh melebihi had yang sepatutnya. Status isteri walaupun sekadar nama sahaja tetapi masih perlu dihormati.


Okay,Adelia! Now,saya nak tengok motor awak sekejap. If you don't mind let me try your motorbike,please!” pinta Irfan. Walaupun tadi dia agak tersinggung kerana Adelia seperti mengelak untuk berbicara soal hati dengan dirinya. Entah kenapa Irfan tidak faham apa yang menyebabkan Adelia begitu sukar untuk di dekati. Irfan banyak kali bagi 'hint' kepada Adelia supaya gadis itu faham dia sebenarnya ada hati dengan gadis itu. Namun,Adelia masih tetap dengan sikap buat tidak fahamnya. Irfan tahu Adelia tahu apa yang tersirat di hatinya tetapi Irfan tidak tahu apa yang menyebabkan Adelia membina tembok menghalang mereka pergi lebih jauh. Irfan penasaran dengan sikap Adelia. Ada tanda soal besar dengan sikap aneh Adelia seperti gadis itu terikat dengan sesuatu.


Okay!” Adelia bersetuju. Perasaannya berbolak-balik sekarang ini. Susah hati. Adelia tahu apa yang tersirat di hati Irfan tetapi dia tidak mampu untuk menerima lelaki itu di dalam hidupnya. Hatta,sebagai seorang janda sekali pun Adelia tahu dia tidak akan pernah sepadan dengan Irfan. Adelia berasa rendah diri. Biarlah sebagai kawan. Itu memadai. Adelia tidak mampu nak berharap pada sesiapa lagi. Suami yang sepatutnya menyayangi dirinya pun tidak pernah cuba untuk melihat dirinya selayaknya seorang isteri. Suami sendiri memusuhi dirinya. Cukuplah musuh yang satu itu. Adelia dah tak larat nak hadap perangai lelaki lagi. Cukuplah seorang itu.


Irfan membawa motosikal Adelia berpusing-pusing di sekitar taman. Dua,tiga kali tawaf jugalah. Adelia melihat Irfan membrek,melajukan motosikalnya dan kemudian membrek lagi. Selepas itu,menghenjut motosikalnya pula. Adelia hairan. Apalah yang nak dibuat oleh doktor bius itu? Takkanlah nak bagi sedation kot kat motor tu?!! Jangan buat pasal. Adelia pelik. Nampak Irfan begitu teruja dengan motosikalnya. ER6N je kot nak dibandingkan dengan Ducati Monster dia tu ER6N itu apalah sangat. Tapi itulah kesayangannya.
ER6N putih itu dibeli oleh Adelia setahun yang lepas. Sebelum ini Adelia cuba-cuba membawa Kawasaki Kips apabila dia telah cekap dan mahir di dalam bidang permotoran Adelia upgrade yang lebih power. Dalam banyak-banyak motosikal yang disarankan Adelia memilih Kawasaki ER6N. Harganya tidaklah mahal seperti motosikal besar yang lain. Paling murah di pasaran setakat ini. Dengan gaji sebagai nurse bolehlah dia afford membeli motosikal ini. Sekali terpandang motosikal ini buat kali pertama Adelia sudah jatuh hati dengan reka bentuknya yang ranggi dan bergaya. Affordable motorbike. Berbaloi. Mungkin kerana motosikal ini dipasang di Malaysia dan di anggap motor CKD – jadi taxnya tidaklah tinggi menjadikan harganya sangat murah berbanding motosikal besar yang lain. Dari segi kos maintainance pula setakat pakai motosikal ini tersangatlah minimal. Tidak membebankan Adelia.


Tidak sedar Irfan sudah berada di hadapannya. Tersedar apabila Irfan nakal membaling daun yang gugur ke wajahnya. Saja je dia ni. Adelia senyum. Wajah kacak Irfan terpamer juga tersenyum. Kehadiran Irfan sedikit sebanyak mencuit hati wanitanya. Dengan kebaikan lelaki itu pula banyak menggoyahkan perasaannya. Adelia sedaya upaya menguatkan hatinya. Jangan tersasar.


Motor ni banyak yang saya tak puas hati.” Irfan buat muka serius. Adelia agak tercengang. Mata di alih ke arah kesayangannya. Kemudian mata di hala ke arah Ducati Monster Irfan.


Hah!” tidak faham. Tak puas hati? Nak dibandingkan dengan Ducati Monster memang taklah. Apalah Irfan ni?! Memang tak patutlah nak compare kut ye pun. Motor awak tu dah tentu-tentulah super duper motorbike!


Jom! Ikut saya pergi kedai motosikal.” ajak Irfan yang tidak berpuas hati dengan performance kesayangan Adelia. Banyak nak kena touch up ni.


Kedai motosikal?” Adelia tidak faham lagi. Adelia ini memang betullah ada penyakit tak faham. Apa ubatnya pun tak tahu?!! Cium kot..Irfan sengih nakal.


Haah,kedai motosikal nak makan-makan.”selamba Irfan mengenakan Adelia. Irfan terus turun dari motosikal Adelia.


Awak..” Adelia tahu yang dia baru saja dipersendakan oleh Irfan. Memanglah dia tahu kedai motosikal hanya untuk urusan motosikal. Takkanlah nak makan-makan pula. Adelia cuma tidak faham buat apa kat sana? Nak baiki motosikal siapa? Motosikal dia rasanya elok saja cuma hajat di hati sebelum ini untuk service je kot bukan ada rosak apa-apa pun.


Adelia,ikut saya ye! Saya ada kedai motosikal yang selalu saya pergi. Di sana nanti kita boleh check 'buah hati' awak ni sihat ke tak nak jalan jauh.” jelas Irfan. Sempat lagi memerli. Cemburu pula Irfan pada motosikal itu yang menjadi kesayangan Adelia. Bilalah dia pula hendak jadi kesayangan Adelia?


Betullah ini buah hati saya!” Adelia siap cium tangki motosikalnya di hadapan Irfan. Saja nak buat Irfan panas hati. Kenakan dia balik! Irfan menjegilkan matanya kononnya marah. Kemudian tertawa lucu.


Cium di sini lagi bagus!” jari telunjuk di tunjuk ke pipinya. Adelia mencebik comel. Irfan tertawa lagi.


Jom,sayang! Follow buah hati ini pulak!” gurau Irfan dengan mimik wajah lucu namun dengan maksud mendalam. Fahamlah sayang..


Perasanlah Irfan ni!” Adelia tergelak. Malas nak melayan Irfan. Adelia menaiki motosikalnya. Menunggu Irfan menyusul dahulu.


Motor awak ni banyak nak kena tukar ni.” ujar Irfan setelah tiba di kedai motosikal yang dimaksudkan. High classnya kedai motosikal macam masuk butik motosikal rasanya. Semuanya branded aksesori. Customer rata-rata pada pandangan Adelia kaya-raya. Tengok sajalah motosikal apa yang di bawa. Semua yang dahsyat-dahsyat tak hengat! Aku setakat ER6N je kot. Inferior sekejap Adelia rasakan.


Irfan buat apa kat sini?” Soal Adelia soalan yang tidak patut betul dia tanya. Macam tidak faham pula. Irfan pandang Adelia..


Kita nak makan-makan sayang!” Irfan mengenakan Adelia lagi. Dengan sepantasnya jari-jari Adelia mengetam pinggang Irfan. Mengaduh sakit Irfan dibuatnya.


Sedapnya! Awak..Nak lagi!” Irfan buat muka nakal. Siap mengenyit matanya. Gatal.


Awak..” Adelia menggigit bibir geram. Adelia dah tak betah berada di situ. Semua yang ada memandang ke arah mereka. Kecomelan mereka berdua menjadi perhatian. Semua yang ada bersetuju mereka berdua couple yang paling sweet.


Okay! Okay!” Irfan tergelak-gelak. Lucu melihat wajah Adelia yang kemerahan menahan malu apabila semua mata di dalam kedai itu memandang Adelia. Gadis cantik sudah tentu menjadi perhatian. Irfan susah hati apabila memikirkan Adelia yang sering menjadi tumpuan. Apabila gadis itu berkonvoi nanti dan dikelilingi oleh lelaki membuatkan Irfan resah. Cemburu mengundang di hati.


Okay,serious! First sekali saya nak tukar brek motor awak ni. Untuk improve performance kita kena tukar sistem brek kepada brand yang lebih baik dan mahal. Tukar brek line kepada racing spec- brand Hel atau orang panggil Stell Braided Hose. Dua line untuk brek depan dan satu line untuk brek belakang. Kesannya,braking performance improve by 100%. Untuk lebih buat awak faham,bila kita bawa motor, brek akan rasa lebih mencengkam dan cepat responnya apabila membrek dan selepas membrek.” ujar Irfan panjang lebar supaya Adelia faham. Keselamatan gadis itu penting. Sistem brek adalah perkara utama yang perlu dititik beratkan di dalam bidang permotoran. Irfan tidak mahu sesuatu terjadi kepada Adelia. Disebabkan itu, Irfan sanggup meneliti dan menyelidik hal mengenai motosikal Kawasaki ER6N di internet dan teman-teman yang berpengalaman mengenai motosikal. Semuanya kerana Adelia.


Adelia yang mendengar cuma diam cuba memahami apa yang hendak disampaikan oleh Irfan mengenai pelajaran motosikal. Dalam waktu yang sama hati Adelia tersentuh dengan sikap Irfan yang terlalu mengambil berat akan dirinya. Lelaki itu terlalu sempurna cukup pakej boleh membuatkan ramai gadis jatuh hati termasuk dirinya yang sikit lagi nak terjatuh kalau tidak diingatkan dia adalah isteri orang. Disebabkan itu,Adelia selalu berperang dengan perasaannya. Adelia kembali menumpukan perhatiannya kepada percakapan Irfan mengenai motosikal lagi. Irfan menyambung lagi..


Motor ni horsepowernya sekitar 70hp. Saya rasa memang power dan pick up. Top speed boleh melebihi 200km/jam. Senang-senang je boleh bawa laju. Tetapi.. Adelia for you? No! No! No High speed ye! Bawak berhemah.” Irfan menunjukkan jari telunjuk ke kiri dan ke kanan memberi amaran kepada Adelia supaya jangan cuba-cuba terfikir untuk memandu laju. Adelia sekadar tersengih. Kalau dah sedap bawak 200km/jam pun tak rasa apa kalau dah di highway. Angguk je la sedapkan hati Irfan. Nanti bukannya dia tahu pun. Hehe..


Kelemahan ER6N bila memandu laju tolakan angin kuat. Kalau biker yang berbadan kurus boleh terlonjak juga ke belakang. Merbahaya! Jadi for you Adelia. Kena pasang Barracuda Windshield untuk rintangan angin.” bila menyentuh soal angin di lebuhraya membuatkan Irfan cuak untuk melepaskan Adelia. Pasal angin pun boleh menyebabkan kemalangan berlaku. Untuk itu Irfan sanggup mencari Barracuda Winshield untuk dipasang pada motosikal Adelia. Sanggup menempah dan langsung tidak berkira berapa harga yang perlu dikeluarkan. Janji di dalam masa terdekat windshield itu di pasang sebelum Adelia berkonvoi. Motosikal itu wajib dilengkapkan dengan ciri-ciri keselamatan supaya Adelia kesayangannya memandu jentera itu tanpa masalah. Di dalam kepala Irfan lagi, berkira-kira hendak mencari suit lengkap riding yang memenuhi ciri-ciri keselamatan dan kosnya sememangnya tinggi dan Irfan langsung tidak peduli. Neck protector, hum jacket, glove, knee protector, boot dan banyak lagi dalam fikirannya.


Pasal motor sudah! Sekarang pasal aksesori keselamatan. Riding suit. Everything! Banyak betul nak kena make over ni.” Irfan pegang dagunya sambil memandang Adelia siap jari di ketuk perlahan pada dagunya banyak kali. Irfan kononnya sedang membuat penilaian.


Irfan! Saya mana ada duit nak make over banyak-banyak. Saya boleh jaga diri, awak! Saya dah banyak kali dah berkonvoi. Awak tak payahlah risau.” banyak sangat nak di touch up mana ada banyak duit. Memanglah untuk keselamatan so far sampai sekarang Alhamdulillah kesayangannya masih steady. Tidak pernah buat perangai. Adelia geleng kepala. Ingat nak ke kedai motosikal cuma nak melihat brek sistem dan check kalau ada masalah saja ini banyak pula nak di touch up. Kopak duit!


No! Apa yang saya cakap tadi wajib ditukar. Everything is on me. Don't worry!” Irfan lebih mementingkan keselamatan Adelia dari wang ringgit. Duit boleh dicari tetapi Adelia seorang hanya seorang.


Eh,tak maulah!” Adelia tidak mahu. Bukan sedikit duit yang bakal dikeluarkan oleh Irfan nanti. Adelia tidak mahu menyusahkan Irfan.


Adelia! Awak kena terima atau awak tak payah pergi langsung. Saya tak benarkan!” ugut Irfan.


Irfan! Bukan sikit duit tu.” Adelia menolak. Aku ni dahlah bukan siapa-siapa pada lelaki itu. Setakat kawan je kot! Nak terima bantuan kemanusiaan banyak sangat tu.


Nop! Awak terpaksa terima. Saya maksudkannya Adelia!” Irfan berkata tegas. Adelia terdiam. Serba-salah untuk menerima.



Nik Pasha baru pulang dari hospital. Bau tumisan dari dapur menggamit kaki Nik Pasha ke dapur. Tentu mama sedang memasak lauk kegemarannya apalagi kalau bukan ketam cili. Hmm..sedapnya bau! Perut yang masih belum berisi sejak tengahari mencanak kelaparan siap membuat irama heavymetal. Nik Pasha sengih melihat mama dengan apronnya. Maria pandang Nik Pasha dengan senyuman.


Dah balik anak mama! Jumpa Yaya kat hospital?” soal Maria. Nik Pasha terkesima sejenak apabila mendengar nama isterinya disebut. Hari ini Adelia tidak bekerja dan itu membuatkan hatinya penasaran. Serba tidak kena dibuatnya. Perubahan emosinya terlalu jelas sehinggakan Darwina pun menyedarinya sehingga menegur dirinya apa yang tidak kena. Ajakan Darwina menonton wayang pula ditolak mentah-mentah. Tiada mood langsung.


Pasha! Jumpa Yaya tak?” ulang Maria dan Nik Pasha memandang mamanya dengan pandangan kosong. Soalan mama seakan tidak terserap diperdengaran telinganya. Dia mengelamun.


Pasha!” akhirnya Maria menepuk bahu anak sulung lelakinya. Nik Pasha tersedar.


Ada apa mama?” Nik Pasha pula menyoal. Maria bercekak pinggang. Siapa dulu bertanya ni? Maria geleng kepala. Nak kata post call bukan. Ini mamai je Maria melihat anaknya.


Mama tanya ada jumpa Yaya tak?” Maria sikit lagi nak hilang sabar. Nik Pasha dilihatnya mamun tidak tentu arah.


Tak mama! Tak jumpa pun!”jawab Nik Pasha dengan intonasi lemah. Maria terangkat kening.


Eh,cuti ke? Tak cakap dengan mama pun.” Maria terasa pula dengan sikap Adelia yang tidak lagi memberitahu apa-apa tentang hal diri selepas kepulangan Nik Pasha. Maria tersinggung. Kecik hati mama,Yaya!


Entah mama!” Nik Pasha jungkit bahu. Tidak tahu. Apa yang dia tahu setakat ini hari Jumaat ini Adelia akan bercuti panjang. Tidak tahu ke mana. Mungkin isterinya nak balik ke rumah ini atau pergi ke tempat lain. Nik Pasha susah hati apabila memikirkan Adelia mungkin pergi bercuti entah ke mana. Berat hati hendak melepaskan isterinya ke tempat tidak diketahui dengan orang yang dia tidak ketahui. Sikit sebanyak perasaan seorang suami mula meresap ke segenap jiwa raganya secara perlahan. Nik Pasha sedar itu.


Ini nak kena call Yaya ni! Pasha buat apa kat Yaya sampai Yaya tak nak balik rumah? Korang ada bergaduh lagi ke? Tak sudah-sudah nak bertekak. Bila nak berbaik agaknya.” bising Maria.


Mana ada mama! Biarlah dia..dah besar panjang!” Nik Pasha bosan dipersalahkan.


Yaya itu isteri Pasha. Tanggungjawab Pasha.” Maria sakit hati mendengar Nik Pasha yang acuh tak acuh dengan Adelia. Isteri tetap isteri. Nik Pasha ada tanggungjawab besar sebagai suami.


Pasha dipaksa kahwin mama! Bukan kehendak Pasha.” Nik Pasha mendengus tidak puas hati kerana dia yang dipersalahkan terus menerus. Mana boleh tahan.


Apa yang kurang pada Yaya pun tak tahu. Jangan menyesal sudah Pasha. Dahlah tu pergi naik mandi dan solat lepas tu turun makan. Biar mama yang call Yaya sendiri. Nak harapkan Pasha memang taklah.” rungut mama tidak sudah-sudah. Berjauh hati dengan tingkah-laku anak lelakinya. Seperti dia kurang mengajar anak pula Maria merasakan. Genius saja kalau tiada perasaan memang gagal betul aku sebagai mama. Keluh Maria.


Okay,fine! Bak sini phone mama biar Pasha yang call.” Nik Pasha bosan dengan bebelan mamanya terus menghulurkan tangan meminta telefon bimbit mamanya. Maria tanpa banyak soal menghulurkan telefon bimbitnya. Biar anaknya sendiri bercakap. Sekurang-kurangnya ada juga komunikasi dua hala anak dan menantunya daripada seorang ke barat dan seorang ke timur.


Pasha bercakap di bilik.” beritahu Nik Pasha terus menapak ke bilik. Maria sengih. Dia acah saja tadi sengaja buat bising nak bagi pressure pada Nik Pasha. Bukan dia kalau suka membebel. Not me okay!
Strategi merapatkan hubungan mereka berdua biarlah bergaduh daripada masing-masing senyap tiada komunikasi langsung. Mana tau dengan selalu bersua muka dan bergaduh membuatkan mereka berdua ada perkembangan baik nanti. Harap Maria di dalam doa.



Hello!” suara Nik Pasha dingin menyapa perdengaran telinga Adelia.


Hello! Er..siapa ni?” soal Adelia ragu-ragu. Siapa di talian ini? Suara macam kenal saja. Adelia mengerutkan keningnya cuba mencari dan memadankan siapa yang diagak menelefon dirinya. Dalam kepalanya muncul satu nama. Eh,dia ke?!!


Aku ni!” ringkas tetapi betul-betul membuatkan Adelia terkejut bukan sedikit. Nik Pasha?!! Mulut comel Adelia sudah membentuk O besar di ketika ini.


Pasha!” terketar-ketar bibir Adelia menyebut nama suaminya. Gugup.


Aku nak kau balik malam ini ke rumah. Tiada perkataan tidak.” Nik Pasha selamba menggunakan kuasa vetonya sebagai seorang suami supaya Adelia pulang ke rumah. Terdiam Adelia dibuatnya.


Aku cakap sekali je. Kalau kau tak balik malam ini. Aku akan ke sana.” sambung Nik Pasha dengan suara mengugut. Adelia lagi terdiam. Tiada suara yang mampu dia keluarkan. Kemudian talian dimatikan tanpa pamit. Memang kurang asam laksa betullah Nik Pasha ni. Adelia mengeluh. Nombor yang tertera di telefon bimbit diamati. Nombor yang tiada bernama. Mana suaminya tahu nombor telefonnya? Adelia resah. Bukan itu sahaja persoalannya. Yang paling membuatkan hatinya bergolak apabila disuruh pulang. Sudahlah Lusa dah nak pergi berkonvoi. Barangan belum dikemas lagi. Di paksa pulang pula ke rumah oleh suaminya. Mahu atau tidak dia wajib pulang kalau tidak Nik Pasha pasti muncul di hadapan rumahnya. Adelia tidak sanggup nak melayan kerenah Nik Pasha yang entah apa-apa itu. Walaupun di depan Nik Pasha dia selalu berlagak tenang seperti tidak terkesan namun tidak di jiwanya. Kacau tau tak! Jiwaku kacau..


Ugutan Nik Pasha membawa dia ke sini. Tidak sampai 30 minit dia telah tercegat di depan rumah. Apalagi merempitlah Si Adelia Sempit yang dah tersepit hatinya. Adelia teragak-agak hendak masuk ke dalam rumah. Dia jadi penakut pula rasanya hendak berhadapan makhluk sengal itu. Payah!
Sudahlah baju tidak bertukar hendak mandi jauh sekali. Bimbang jika Nik Pasha dibuat akal terencatnya datang ke rumah. Nanti tak pasal haru. Adelia sebenarnya seram sejuk dan gerun apabila teringat perangai Nik Pasha di bilik seminar dulu mungkin suaminya akan mengulanginya lagi jika dia membantah untuk pulang ke rumah. Too risky..


Eh,Yaya! Rindunya mama.” Maria yang baru keluar dari dapur terkejut melihat Adelia telah balik ke rumah terus memeluk menantunya siap mencium pipi. Baru bersungut dah muncul di depan mata. Apalah yang dicakapkan oleh anak lelakinya dengan menantunya tadi agaknya. Tiba-tiba dah muncul. Ajaib!


Yaya rindukan mama juga.” Adelia terus membalas pelukan mama. Benar dia rindukan mama mertuanya itu. Hari-hari dia rindu. Sebelum Nik Pasha balik ke Malaysia boleh dikatakan di dalam seminggu dia akan balik dua,tiga kali ke rumah. Kalau hari ini dia bekerja pagi dan esok bekerja petang Adelia pasti balik ke rumah. Kadang-kadang bila dia buat perangai rindu bagai nak rak pada mama dan papa hari-hari dia balik ke rumah. Dia tidak kisah Gombak ke Serdang atau Serdang ke Gombak. Hari-hari pun tak pe. Adelia terlalu rapat dengan mama dan papa mertuanya seperti orang tuanya sendiri.


Yaya,dari mana ni? Berpeluh je mama tengok.” Maria menilik Adelia yang kelihatan agak comot di matanya. Baju T dan jeans lusuh. Tudung pula syria plain saja. Berpeluh pula tu macam baru lepas lari seratus meter. Mana tidak berpeluh kena hambat dengan mamat sengal itu pulang ke rumah.


Yaya,tadi pergi service motor check apa yang patut. Lusa Yaya nak berkonvoi dengan kelab motor Yaya.” beritahu Adelia dengan sengihan panjang. Sengaja. Adelia tahu mama cukup susah hati kalau mendengar perkataan konvoi. Namun begitu selama ini mama mertuanya itu tidak pernah membantah. Kata-kata peringatan supaya berhati-hati dan doa supaya dia selamat pergi dan pulang terungkap di bibir. Mama seorang yang sporting dan memahami.


Oh..itu yang comot sangat ni. Minyak hitam siap tercalit kat pipi. Siapa yang service motor ni? Yaya ke tukang sevice tu?!” Maria menenyeh pipi yang tercalit minyak hitam di pipi Adelia. Tenyeh tiada perasaan pula itu.


Mama! Sakitlah!” rengek Adelia. Dia menggosok-gosok pipinya yang berbirat merah. Mama ni saja nak kenakan aku apa? Geram pasal lama aku tak baliklah la ni..


Cuba duduk diam-diam! Biar mama tenyeh menantu mama yang degil ni. Tak reti-reti nak balik rumah. Tak tau agaknya mama sikit punya rindu kat dia.” selamba Maria memegang kedua belah pipi Adelia siap di tekan kuat-kuat sampai mulut Adelia menjadi muncung. Geram betul mama!


Mama! Mama! Sakitlah! Ma..lepaslah ma nanti dah tak comel menantu mama ni.” rengek Adelia sepeti budak kecil. Dia suka diperlakukan seperti itu. Agaknya kalau Ibu ada mungkin pipi ini pun lunyai dikerjakan Ibu. Akukan comel tak hengat..hehe..


Dah pergi mandi. Nanti turun makan. Pasha pun ada kat atas tu. Nanti ajak sekali.” arah Maria. Terbuntang mata Adelia apabila disuruh memanggil mamat sengal itu sekali turun untuk makan malam. Huh!


Malaslah Ma! Biarlah dia turun sendiri.” bantah Adelia.


Mama dah panggil dari tadi tak turun-turun jugak. Apa yang dibuat kat dalam bilik pun tak tahu. Tidur kot! Panggillah Yaya! Nanti sampai terlajak Isyak pun tak mau bangun.” Maria senyum panjang. Siap terangkat kening. Selepas itu membuat muka kesian. Saja nak buat Adelia bersetuju. Mama ni..ratu Poker Face betullah! Macam-macam memek muka boleh dibuatnya.


Okay, Yaya panggil sekali siap dengan ketuk pintu sekali. Satu pakej je! Kalau anak lelaki mama tu tak nak bangun Yaya bolayan.” Adelia juga membuat muka bermacam-macam memek dan disudahkan dengan menjulingkan mata. Aku pun puteri Poker Face jugak. Ingat mama seorang ke?!


Okay,deal!” siap bercalit jari. Macam budak-budak perangai mertua dengan anak menantu. Macam-macam..


Setelah usai bersolat Maghrib. Adelia menapak keluar dari bilik. Kakinya berat melangkah ke arah bilik mamat sengal itu. Assignment mama ini memang tak boleh blah langsung. Salah dia juga bersetuju. Nak makan pun nak siap berjemput bagai karang aku bentangkan carpet merah dengan lampu bling-bling baru tau.


Pasha! Pasha!” nama Nik Pasha dipanggil bersama ketukan di pintu dua,tiga kali. Diam. Adelia sengih. Dah terlebih pakej ni tadi cakap kat mama satu pakej saja selain daripada itu tidak dilayan. Sekali lagi la. Adelia ketuk sekali lagi. Diam. Adelia menjungkit bahunya. Adelia sudah buat yang terdaya dan lelaki itu tak nak membuka pintu. Lantak dialah. Adelia pusingkan badannya 360 darjah. Bagus! Tak payahlah aku mengadap muka sengal itu. Aman dunia..


Weh,kau sini!” Adelia yang baru nak menapak ditarik kasar bajunya dari belakang. Entah waktu bila mamat sengal itu membuka pintu pun tak tahu. Adelia yang tidak bersedia diheret masuk ke dalam bilik Nik Pasha. Dengan selamba Nik Pasha menarik Adelia sehingga ke katil. Terduduk Adelia di katil. Terkedip-kedip matanya melihat pintu telah di tutup oleh Nik Pasha. Apa hal pulak mamat sengal ni?!!


Apa hal?” Marah Adelia kerana di tarik paksa masuk ke dalam bilik. Kasar giler! Tak gentleman langsung! Adelia segera bangun. Berada di dalam bilik bersama Nik Pasha berdua-duaan ini memang saja nak menempah bala. Baik aku keluar! Adelia segera ke pintu.


Kau nak pergi mana?” soal Nik Pasha yang juga ke pintu. Kemudian siap berpeluk tubuh dan relaks menyandarkan badannya ke pintu bilik. Adelia terngadah. Macam mana nak keluar dari bilik ini kalau Nik Pasha sudah menghalang jalan utama. Ah,sudah..


Aku nak keluarlah! Apalagi..” Adelia cuba memegang pemegang pintu. Nik Pasha cepat menghalang dengan tubuh badannya. Pemegang pintu berada di belakang Nik Pasha kini. Adelia mencerlung tajam. Nak main-main pulak mamat sengal ni. Tak berminat nak mainlah! Pergi tamanlah main kejar-kejar dengan Darwina kau lagi baguslah daripada buat lawak sengal macam ini. Tak lalu aku nak gelak. Adelia bosan.


Aku dengar kau bercuti panjang nak ke mana?” soal Nik Pasha dengan wajah serius. Adelia terkesima dengan pertanyaan Nik Pasha. Bagaimana pula mamat sengal ini tahu pula aku nak bercuti panjang ni? Adelia pandang Nik Pasha yang susah benar nak tersenyum. Mana dia tahu ni? Adelia berkerut kening. Musykil..


Kenapa tanya?” soalan dijawab dengan soalan. Wajah Adelia acuh tidak acuh. Nik Pasha berang.


Jangan uji kesabaran aku,Adelia!” Nik Pasha menahan marah. Keseriusan wajah Nik Pasha telah sampai ke tahap keseriusan wajah pembunuh upahan. Hii..asal aku je sisi pembunuh upahan mamat sengal ini tunjuk. Cubalah tunjuk wajah dalam hati ada taman sikit kat aku ni. Adelia mencebik.


Aku ada trip.” beritahu Adelia ringkas. Malas hendak bersoal jawab. Make it short then out from his room and his life too. Better..


Ke mana? Dengan siapa?” menyoal je pandai mamat sengal ini. Pergi jadi peguamlah daripada menjadi doktor kalau suka sangat nak menyoal orang tak sudah-sudah. Adelia bengang tetapi disabarkan hatinya. Bertenang..


Ride to Pantai Timur. Konvoi kelab motor. Puas hati!” selamba.


Ada aku benarkan?!!” bantah Nik Pasha keras. Konvoi kelab dah tentu ada ramai lelaki. Nik Pasha geram. Suka sangat dikelilingi lelaki tak habis-habis. Menyampah pula Nik Pasha dengan Adelia.


Kau siapa nak halang apa yang aku nak buat?” Adelia pula yang berang. Panas hatinya. Selama ini apa yang dia lakukan lelaki itu tidak pernah nak ambil peduli. Kenapa tiba-tiba nak peduli pula. Adelia geram. Akhir-akhir ini, Nik Pasha suka sangat menunjukkan kekuasaannya sebagai suami. Diktaktor. Adelia tahu Nik Pasha sengaja berbuat begitu supaya dia bengang dan mudah lelaki itu mencari pasal untuk bercerai. Tak perlulah nak mencari pasal kalau nak bercerai sekarang pun bolehlah. Dengan rela hati. Silakan..


Aku suami kaulah!”


Sejak bila!”


Aik! Kau dah nyanyuk apa muda-muda ni. Aku yang lafaz nikah. Bagi mas kahwin. Bagi hantaran lagi bukan sikit 10K tau. Kau jangan buat tak ingat pulak siapa suami kau.” perli Nik Pasha siap tersenyum sinis.


Kaukan nak ceraikan aku. Tak payah tunggu ayah balik sekarang pun boleh. Three word..just shoot! I'm listening..” Cabar Adelia. Memang benar Nik Pasha mempergunakan status suami untuk mengenakan dirinya. Atau..lebih tepat membalas dendam. Kalau dengan perkataan suami Nik Pasha suka-suki hendak membuli dan memperkotak-katikkan dirinya Adelia rela diceraikan. Perkahwinan ini pun tiada maknanya.


Weh,nak ceraikan kau macam tu je! Jangan harap! Aku bagi hantaran tinggi kat kau dulu tapi aku langsung tak dapat apa-apa. Sekurang-kurangnya bagilah pulangannya dulu.” gertak Nik Pasha dengan sengihan evil. Penuh mendalam dengan maksud yang tersirat. Adelia seram mendengar kata-kata Nik Pasha.


Pulangan apa? Jangan nak mengarutlah. Aku nak keluar. Ke tepilah!” Adelia menolak badan Nik Pasha ke tepi. Tetapi..langsung tidak bergerak. Keras macam batu. Hati kau pun batu. Tiada perasaan. Cemuh Adelia.


Adelia..kau harus ingat..” Nik Pasha selamba mencapai tangan Adelia dan menggenggam kemas. Kemudian perlahan-lahan Nik Pasha berjalan mendekati Adelia. Ketika mereka terlalu hampir Adelia mengundur ke belakang supaya mengekalkan jarak dari suaminya. Nik Pasha melangkah lagi untuk merapati isterinya. Adelia mengundur lagi. Nik Pasha masih mendekat. Pengakhirannya ketika belakang Adelia bertemu dengan dinding. Adelia gelisah. Nik Pasha memanah pandangan matanya tepat ke dalam anak mata Adelia. Adelia pantas melarikan pandangannya. Gerun melihat panahan mata suaminya. Jantung Adelia sudah berdetak kencang. Adelia tidak dapat menahan debaran di dada dengan tingkah suaminya yang pelik. Ah,sudah..
Kedua telapak tangan Nik Pasha dilekapkan ke dinding. Adelia terkepung di dalam kurungan suaminya. Adelia mendesah cemas. Panik dengan tindakan drastik suaminya. Ketika nafas suaminya begitu terasa di cuping telinga Adelia sudah kelam-kabut. Teragak-agak Adelia cuba kuatkan hati memandang suaminya. Terpamer senyuman Nik Pasha yang menyeramkan. Adelia cuak tak hengat.


Er..Aku..nak keluar..” dalih Adelia dan dengan sepenuh tenaga Adelia menolak dada suaminya. Nik Pasha terlonjak ke belakang sedikit. Lantas Nik Pasha segera menahan Adelia dari menolaknya lagi. Selepas itu, Nik Pasha selamba meletakkan dagunya ke bahu Adelia. Sebelah tangannya pula memegang tangan Adelia dan sebelah lagi melekap di dinding. Tubuh mereka berdua bersatu. Terlalu rapat sehinggakan lekuk tubuh Adelia dapat dirasai oleh Nik Pasha. Dengan tidak semena-mena suis kelakian Nik Pasha terpetik pantas. Haruman tubuh yang terbit dari Adelia menyerbukan darah panas ke segenap urat nadi Nik Pasha. Takat suhu tubuh Nik Pasha meningkat secara mendadak. Naluri suami telah tercetus. Habislah Adelia..


Belum lagi Adelia..masih ada peringatan yang harus aku berikan kepada kau supaya kau selalu ingat yang kau adalah seorang isteri.” perlahan di tepi telinga Adelia. Peringatan dari seorang suami yang egois.


Tak perlu! Aku dah tahu lama aku seorang isteri. Tapi..isteri kepada siapa ye?” ejek Adelia geram. Cuba menolak lagi tubuh Nik Pasha tetapi gagal. Hiii.. Apahal nak warning aku bagai. Sebelum nak warning tilik diri itu sendiri seorang suamikah kepada isteri yang nak diberi peringatan ini. Tidak pernah! Nik Pasha layak dilabel suami yang tidak bertanggungjawab. Selama enam tahun di luar negara suaminya langsung tidak pernah hendak mengambil tahu tentang dirinya sebagai isteri. Pulang ke Malaysia pula perkara pertama yang hendak dilakukan oleh suaminya adalah menceraikan dirinya. Wajarkah?


Isteri kepada aku..Adelia..And..glad that you realized who you are. But,I don't like at all! When you.. flirting around with another man,Adelia! Damn! I hate it!” tekan Nik Pasha siap menekan badan Adelia lagi rapat ke dinding. Hembusan nafas Nik Pasha semakin kuat di cuping telinga Adelia. Separuh marah dan separuh tuntutan naluri suami mengasak dinding dada Nik Pasha saat ini. Bergelodak..


I'm warning you..Adelia! No more man around you or you will regret. I mean what I mean Adelia.” ugut Nik Pasha dengan sombongnya. Adelia pandang Nik Pasha dengan wajah yang terlalu rapat. Mata mereka terlalu tepat dan rapat memandang di antara satu sama lain. Adelia pilu, terlalu terkesan dengan kata-kata suaminya. Adakah itu kata-kata dari seorang suami yang cemburu? Atau dari seorang suami yang egois? Membuatkan Adelia terlalu sakit hati dan tercabar. Secara tidak langsung Nik Pasha merendahkan martabatnya sebagai seorang isteri. Ingat aku ini perempuan murahan apa?! Nak tergedik-gedik dengan jantan lain. Air mata tidak dapat ditahan lagi untuk mengalir. Perasaan Adelia terlalu terluka saat ini. Dengan senangnya Nik Pasha melabelkan dia sebagai seorang isteri yang gedik merenyam tidak tentu pasal dengan mana-mana jantan. Memang tak boleh blah langsung mamat sengal ini. Penghinaan..


Pergi jahanamlah dengan warning kau tu!” Adelia menolak tubuh Nik Pasha dan terus menampar pipi Nik Pasha dengan sekuatnya. Terpempan Nik Pasha sambil memegang pipinya. Pandang Adelia dengan perasaan tidak percaya.


Tuduhan! Hinaan! Kau dah melampau Pasha! Kau tunggu panggilan dari peguam aku. Perkahwinan mengarut ini perlu diakhiri dengan segera.” teresak Adelia berkata dan terus berlari mendapatkan pintu. Dia harus cepat keluar. Perkara mengarut yang membebankan hidupnya selama enam tahun ini perlu berakhir dengan segera. Adelia sudah tidak tahan. Dia pun ada hati dan perasaan. Persetanlah dengan ugutan suaminya..Adelia tidak gentar.


10 comments:

  1. Huhu cptla smbung...... Padan muka nik pasha tu....

    ReplyDelete
  2. kurang ajar kau pasha,siap kau kejap lagi kene ngan adel...

    ReplyDelete
  3. hehe..pasha mmg panas baran. dia bleh adel xbleh..egokan?!!
    geramkan pasha lg...

    ReplyDelete
  4. kan dah sound awal...tak suke ngan si pasha ni..mengarut btl la...way-to-go adel...bagi pasha 'girl-power' sikit...yg dia tggalkan del lame2 blh...del nak gi release tension sikit tak leh pulak???!!! laaa ayu nape camni....cian irfan hehehe wats nxt????

    ReplyDelete
  5. sambung please..please..please....

    ReplyDelete
  6. huhu...bestnye kalo de yg mcm dr irfan tue suka kt kte? mesti teruja gle r...hehe
    best...cepat smbg yer...bg pasha tue penasaran lg...

    ReplyDelete
  7. semua dh jatuh hati dgn Dr Irfan..Dr Nik Pasha bad boy semua geram..hehe..
    Teruskn mnyokong sy..sy akn berusaha buat u oll feel romance in the air..
    Thanks...

    ReplyDelete
  8. i likeeeeee..... adelia is a strong girl. girl power...hehehe...

    ReplyDelete
  9. Geramnya dengan Nik Pasha ni!!!
    Tetibe pula nak mengaku suami...-_-#

    ReplyDelete
  10. nak lg2...
    pnls cpt2 la sambung...
    ^_^

    ReplyDelete