Tuesday 23 July 2013


BAB 13: SESUNGGUHNYA..DIA LELAKI PELINDUNGKU

LANGKAH Zara ceria sewaktu keluar dari bangunan empayar perniagaan Armada. Dia ada perjumpaan dengan teman-temannya di Pavillion. Saja lepak-lepak sambil minum-minum dan bergosip. Pasal Qaiser, Zara dah tutup buku. Mungkin tidak tutup sepenuhnya namun dia akan berusaha menutup segala kenangan dan rasa cinta yang ada ini walaupun sukar. Zara amat berterima kasih dengan kehadiran Daris disaat dia bersedih dan terluka. Sesungguhnya..Daris bagaikan pelindung kepada dirinya. Lelaki itu, tidak pernah mengecewakan, sentiasa ada disaat dirinya hampir jatuh dan menyokong supaya dia bisa bangun dan berdiri kembali. Dia tidak tahu apa akan terjadi terhadap dirinya jika Daris tiada. Mungkin dia jatuh dan sukar untuk bangun lagi. Zara hirup udara pagi dengan lembaran baru. Walaupun, di hati kecil masih tersimpan perasaan cinta yang mendalam terhadap Qaiser dia akan cuba melupakannya. Dia akan berusaha untuk melupakan walaupun dia harus mengambil masa seumur hidup. Orang dah tak sudikan buat apa dia tersua-sua lagi. Hurmmm..

Handphone Zara berdering dengan nada ‘I knew you were a  trouble’. Zara mengambil handphone yang berada di dalam handbag lalu menjawabnya.

“Yes, already heading to Pavi..” terus Zara mendapatkan Audi R8nya di tempat parking khas. Teman-teman sudah menantinya di Pavilion.

Daris tersengih melihat hot chocolate yang masih berasap dan makanan yang dibawa oleh Zara. Perasaaannya terlalu gembira kerana pagi-pagi lagi Zara dah muncul di hadapan matanya. Betul-betul buat dia bersemangat nak bekerja hari ni. Nak menghadiri mesyuarat yang membosankan pun dah tak rasa apa. Kuat betul penangan Cik Zara ni. Alahai..

Selepas perjumpaan dengan teman-temannya, Zara ke spa untuk merelakskan badan dan fikirannya. Mungkin selepas memanjakan diri segala kerunsingan yang bertamu di hati akan berkurangan. Setelah itu, Zara ke salun pula untuk mendandan rambutnya. Sewaktu di salun, Zara membelek majalah terbaru tentang fesyen terkini. Sementara rambutnya di syampu Zara mengambil lagi majalah yang  lain dan Zara amat tertarik dengan majalah yang baru diambilnya itu kerana menampilkan fesyen-fesyen berhijab yang cantik-cantik. Hatinya teringin untuk mengenakan hijab seperti model-model muslimah itu. Walaupun kepala bertutup litup mereka semua tetap nampak cantik malah terlalu cantik dari mereka yang tidak mengenakan hijab. Zara pandang cermin, melihat rambutnya yang keemasan. Rasanya sudah lama dia mewarnakan rambutnya dengan warna blonde. Dia terlalu obsess dengan gaya Paris Hilton dan sentiasa mengikuti gaya Paris Hilton. Ketaksubannya dengan Paris Hilton membuatkan dia pernah mencuba untuk memasuki Reality TV Show BFF Paris Hilton tetapi tidak pernah terpilih. Sungguh..waktu tu dia frust sangat. Sekarang, dia rasakan dia terlalu naïf dan terlalu mengikut perasaan remajanya. Zara rasa dia harus berubah. Hatinya bagaikan terbuka untuk berubah.

“Alice..I need a new look for my hair.” Zara sudah nekad untuk berubah. Perubahan yang pertama adalah dari segi rambutnya. Tiada lagi blonde., okay!

Zara pun tak tahu kenapa harus Daris. Tetapi, Daris adalah orang pertama dia ingin jumpa selepas make over dirinya yang baru. Mungkin perubahannya belum sepenuhnya tetapi dia akan cuba berubah. Zara menunggu Daris di hadapan bangunan Armada. Zara sedikit pun tiada kerisauan jika bertembung dengan Qaiser. Lantaklah, dia ke sini hanya untuk bertemu dengan Daris. Zara menyandar pada pintu kereta sementara menanti Daris keluar dari pejabatnya. Jam menunjukkan pukul lima petang, Zara menunggu dengan sabar.

“Phewitt..” kedengaran siulan nakal dari anak-anak muda yang lalu-lalang. Zara buat tak tahu saja. Zara kelihatan sangat cantik pada petang itu, dengan gaun separa lutut berwarna putih bersih. Rambut barunya yang hitam berkilat dan panjang mengurai. Tiada lagi blonde dan curly. Hitam dan lurus. Diserikan dengan cekak berwarna merah hati dengan hiasan batu-batu swarozki berwarna hitam yang berkilauan. Zara kelihatan persis Snow white pula dengan mekap nipis tetapi bibirnya dioles gincu bibir berwarna merah ceri.

“Zara!” suara itu Zara kenal, siapa lagi Darislah orangnya. Zara mendongak. Lantas, membuahkan senyuman paling manis.

“What a surprise..?! Hampir saya tak kenal tadi.” Daris menghampiri dengan senyuman menawan. Zara hanya tersenyum sambil menjungkitkan bahunya. Well..

“How do I look?” tanya Zara sambil mendepakan kedua belah tangannya dan tersenyum comel siap terkelip-kelip matanya. Sebijik macam anak patung.

“Hm..well..I’m impress. But, Zara..the beauty of a woman is not in the clothes she wears, the figure that she carries, or the way she style her hair. The beauty of a woman is seen in her eyes and true beauty in a woman is reflected in her soul. Terima kasih kepada Allah menciptakan makhluk-NYA sebaik-baik kejadian.” Daris tunduk melihat anak mata Zara yang bercahaya. Tangannya membelai rambut Zara yang lembut bak sutera dan berbau harum. Dia suka melihat Zara berubah dan mungkin Zara masih belum mendapat hidayah sepenuhnya tetapi sikap ingin berubah merupakan jalan untuk menuju hidayah – NYA. Daris sedar Zara perlukan bimbingan dan dorongan seperti dirinya yang masih bertatih cuba berubah untuk menjadi manusia yang lebih baik. Dia juga bukan sempurna. Dia juga pernah alpa dan itu adalah saat-saat dia yang paling dia kesali.

Zara kelihatan terpinga-pinga tetapi Daris cepat-cepat menarik Zara ke tempat pemandu.

“Okay, Zara! Kita jumpa di café yang dulu tu. Awak suka caffé  latte kat sana, kan” ujar Daris selepas Zara duduk di kerusi Audi R8nya.

Zara mengangguk.

“Awak pergi dulu. Saya ride ke sana dengan motor saya, okay?” Daris sempat mengenyitkan matanya sebelum menutup pintu kereta Zara.

Sewaktu ke café yang dimaksudkan Zara terfikirkan kata-kata Daris. Zara tahu dia terlalu kekurangan sesuatu. Meskipun dia terlalu kaya dengan harta berbillion namun jiwanya terlalu kosong. Malangnya, dia tidak memahami kekosongan itu.

 
Di Café..

Daris sudah menunggu Zara dengan secawan caffe latte yang masih berasap. Daris senyum sendiri. Daris akui Zara seorang gadis yang terlalu cantik. Kecantikan Zara membuatkan dirinya sering tidak dapat mengawal diri dan dah tentu-tentu hatinya yang semakin hari semakin terpikat dengan Zara. Dia akui dia menyimpan perasaan terhadap gadis itu.

“Lama tunggu?” muncul Zara dengan seseorang Daris tidak kenali. Seorang lelaki! Daris terus bangun menunjukkan rasa hormatnya. Namun, hatinya berdetik pedih. Dia tidak senang melihat Zara dengan lelaki lain. Melihat lelaki itu dengan mudah meletakkan tangan ke bahu Zara membuatkan hatinya panas mendidih.

“Daris..sorry..saya terjumpa kawan di luar tadi. Ini..Kevin..kenalkan.” Zara senyum memperkenalkan Kevin Shah. Boleh pula terjumpa Kevin di luar café dan beriya-iya pula nak mengikutnya. Nak tak nak Zara terpaksa membawa Kevin sekali untuk berjumpa Daris. Dia kurang selesaa namun dia rasa tidak manis pula membiarkan Kevin begitu saja.

“I’m Daris..” Daris menghulurkan tangan untuk bersalam. Lelaki bernama Kevin itu menyambut huluran salamnya dengan senyum sinis. Daris faham maksud lelaki itu. Apabila tangan mereka saling menggenggam Daris dapat merasakan tangannya digenggam kuat dan terasa menyakitkan. Daris bertahan dan turut sama tersenyum. Dia juga lelaki, kalau diikutkan ego seorang lelaki ingin juga mahu membalasnya. Tetapi, bertenang Daris..orang yang rasional tidak rugi.

Pandangan Daris kemudiannya jatuh kepada Zara. Lantas, Daris menghadiahkan senyuman manis terhadap Zara. Zara juga membalasnya dengan senyuman paling manis. Mata Daris memandang kembali ke arah lelaki bernama Kevin namun lelaki itu tidak lagi tersenyum malah memandangnya dengan tajam sekali. Pandangan bagaikan nak bertumbuk lagaknya.

Kedua mereka melepaskan tangan masing-masing dan duduk. Zara memilih duduk di sebelah Daris dan Daris seperti memenangi Zara sepenuhnya kerana Zara memilih untuk duduk bersama dengannya. Nampak jelas lelaki bernama Kevin itu bengang kerana Zara lebih memilih dirinya. Daris senyum herot.

“Dah lama kenal, Zara?” soal lelaki bernama Kevin itu dengan riak wajah yang serius. Tajam pandangan mata Kevin meratah wajah Daris seperti ingin menelan Daris hidup-hidup.

“Lama tu taklah sangat. Tapi, bolehlah..” ujar Daris sambil memandang Zara dan senyum lagi. Sengaja menaikkan darah lelaki itu. Penyibuk sangat, kan!

“Oh..tak adalah lama sangat, kan!” Kevin mengangkat keningnya dengan kerek. Pandangan mencabar dilontarkan pula.


Daris senyum herot lagi. Mereka berdua nampaknya sedang berperang di dalam diam. Daris hanya mengikut rentak lelaki itu. Dia tidak akan melatah dengan mudah.

“You nak minum apa, Kev? I pesankan.” Zara bertanya selepas dia menghirup caffe latte yang amat menggoda hatinya sedari tadi. Hm..penuh nikmat Zara menikmati caffe latte kesukaannya.

“Tak perlu! You punya coffee ni pun dah cukup untuk I.” selamba mengambil cawan kepunyaan Zara.

“Wah..ada kesan bibir you.” Kevin terus menghirup coffee di tempat kesan bibir Zara.

Zara dan Daris sama-sama tersentak dengan tindakan drastik Kevin. Bulat mata Zara begitu juga bulatnya mata Daris. Ini sudah lebih! Temperature sudah naik.

“Eh, you..you..tak patut minum coffee I macam tu. Itu coffee I..” tergagap Zara berkata. Dia betul-betul tidak menyangka Kevin sanggup minum coffee dari cawannya yang ada kesan bibirnya. Walaupun hanya pada cawan, Zara tidak menyukainya seperti dirinya pula diambil kesempatan. Zara dah tak senang duduk dan gelisah sekejap-sekejap dia melihat Daris.

“Walaupun pada cawan, I tetap dapat merasakan kemanisan bibir you. I feel like I kissing you..” tersenyum menggoda dengan merenung tajam ke dalam mata Zara. Lelaki di sebelah Zara dia buat tak reti. Bukan tandingannya kerana dia tahu dia lebih hebat daripada lelaki itu. Jadi tiang lampu sajalah!

“Kev..it’s not proper, you know?!” Zara rasa Kevin sudah melampau. Salah dia juga kerana tidak membataskan diri sewaktu bergaul dengan Kevin. Mereka ke kelab, minum bersama, berdansa dan berpelukan. Kalaulah waktu dapat diulang kembali Zara tidak mahu lepas laku seperti itu lagi. Betapa tidak bermoralnya dia dulu demi membuatkan Qaiser cemburu.

“You..macam tak biasa dengan I.” tangan Zara dicapai dan digenggam lembut. Daris pula dijeling dengan senyuman herot.

“Kev..hm..you nak I pesan you another coffee?” Zara mengelak sambil melepaskan tangannya di dalam genggaman Kevin. Zara betul-betul terasa dirinya seperti seorang perempuan yang mudah bila Kevin sesuka hati menyentuh dan bermesra dengannya di hadapan Daris. Zara bimbang sangat jika Daris salah faham dengannya.

“No need..actually, Zara..I dah lama tak nampak you di kelab. You ke mana?” tanya Kevin sambil menyandarkan badannya ke kerusi. Pandangan mata masih tidak dilepaskan ke arah Zara. Apabila terdengar berita yang Qaiser akan bertunang dengan perempuan lain dialah orang yang paling gembira di dalam dunia. Keputusan Qaiser bertunang dengan perempuan lain membuatkan dia tidak jadi menggunakan gambar-gambar ‘panas’ Qaiser dan Sazzy untuk menjatuhkan Qaiser. Semua itu sudah tidak diperlukan lagi. Selamat kau, Qaiser!

“I memang dah jarang ke sana. I ada hal.” Dalih Zara padahal bukan jarang tetapi sudah lama dia tidak menjejakkan kaki ke  kelab. Dia sudah malas melepaskan perasaan dan masalahnya di tempat hiruk-pikuk itu. Tidak menenangkan pun malah membuatkan jiwanya berserabut lagi ada. Zara menoleh ke arah Daris yang hanya terdiam dan air muka Daris nampak keruh. Mungkin Daris tidak selesa dengan Kevin yang terlalu lepas laku dan suka hatinya saja. Zara merasa bersalah sangat-sangat dengan Daris.

“You masih bersedih lagi pasal Qaiser the loser tu?” selamba mengutuk Qaiser. Seselamba itu juga Kevin mencapai tangan Zara lagi lalu membelai lembut.

Daris yang hanya memerhati sedari tadi hampir nak meletup. Panas hati betul melihat malaun sorang ni pantang betul tengok Zara meletakkan tangan di atas meja. Cepat betul mengambil kesempatan. Ini baru dinamakan player cap bapak buaya sebenarnya Zara oii! Hish!!

“Eh, taklah! Buat apa I bersedih pasal Qaiser. I bukannya ada apa-apa dengan dia pun.” Zara melepaskan tangannya lagi. Zara dah naik malu dengan perangai miang Kevin di hadapan Daris. Dia tak nak Daris tersalah anggap dengan dirinya. Dia bukan perempuan mudah. Oh..menyesal pula berbuat baik dengan Kevin ni. Haish..

“Glad to hear it! You tak sesuai dengan loser seperti Qaiser tu! Don’t worry..I kan ada..” Kevin senyum menggoda. Zara dilihatnya semakin hari semakin cantik, dengan penampilan baru Zara yang nampak innocent dan suci lagilah buat dirinya begitu ingin memiliki Zara. No matter what..by hook or by crook! Lelaki di sebelah Zara tu dia tidak tergugat langsung setakat ikan bilis bila-bila masa pun boleh zasss!!

“Thanks Kev for your sup..” Zara baru nak meletakkan tangannya kembali ke atas meja tetapi dia merasakan tangannya digenggam dari bawah. Zara terus menoleh ke arah Daris dengan riak wajah terkejut sangat-sangat. Daris menggenggam tangannya dengan erat dari bawah meja. Zara terus memandang Daris dan dilihatnya Daris buat tidak tahu saja. Bersahaja menghirup hot chocolatenya dengan tangan lagi satu. Kedengaran Daris berdehem kecil seperti tiada apa yang berlaku. Zara mujur tidak melopong waktu itu dan cepat tersedar dia masih belum membalas habis kata-kata Kevin sebentar tadi. Berpaling mengadap wajah Kevin yang menanti kata-kata darinya.

“Kev..thanks for your support. I appreciate it very much!” ucap Zara hampir tersenyum tetapi cepat pula dia menyembunyikan senyumannya dari terus mekar. Zara lucu sebenarnya dengan sikap Daris yang tidak dijangka itu. Zara sempat menjeling Daris yang masih dengan gaya bersahajanya. Tengok tu, selamba bermain game di handphone dengan sebelah tangan sahaja. Zara hampir nak tergelak. Memang terejal! Rasa macam tengah skandal saja!

“Don’t mention it! Za..” kata-kata Kevin terhenti apabila diganggu dengan deringan handphone miliknya. Nak tak nak Kevin terpaksa menjawab.

“Hello..yes..” Kevin terus bangun.

“Wait..hold on..” Kevin pandang Zara sambil menekup handphonenya supaya tidak kedengaran di talian sebelah sana.

“I have to go..nanti I call you, okay!” kata Kevin sebelum beredar sempat menepuk bahu Zara dan meramas lembut. Kononnya nak kelihatan seperti memberi sokongan emosi tetapi pada pandangan Daris hanyalah gatal semata-mata. Huh!

Kevin berlalu meninggalkan mereka berdua. Tangan Zara masih di dalam genggaman Daris dan Daris masih leka dengan permainan di dalam handphonenya. Zara tidak pula cuba melepaskannya, hanya merenung Daris yang buat tidak tahu dengan pandangan matanya.

“Hm..kena mintak nyawa pulak! Ish! Kena hantar notification kat siapa, ek?” Daris masih bersahaja. Skrol Facebook mencari teman-teman yang boleh memberikan nyawa untuknya. Sebenarnya, dia benar-benar ingin minta nyawa kerana hatinya sikit lagi nak meletup tadi. Tapi, nasib baik dapat diselamatkan dengan kehangatan tangan bidadari di sebelahnya ini. Kalau tidak disabarkan hatinya tadi mau dipatahkan dua, tiga batang gigi mamat sengal itu tadi biar buruk rupanya. Bajet hensem sangatlah tu!

“Daris..tangan saya dah berpeluh ni. Bila awak nak lepaskan?” tanya Zara dengan senyuman penuh makna dengan Daris. Kenapa Daris bersikap begini? Nampak seperti seorang lelaki sedang cemburu dengan kekasih hatinya. Zara confused dengan sikap Daris. Jangan-jangan..

Daris terus melepaskan tangan Zara dari genggaman tangannya. Masih menunduk meneruskan permainan di dalam handphonenya. Nasib baik ada yang baik hati memberikannya nyawa. Zara tidak dipedulikan. Daris kelihatan seperti orang sedang merajuk gayanya.

“Kenapa awak buat macam ni, Daris?” Zara merenung Daris dari sisi cuba menelah perasaan Daris.

“Buat apa?” Daris cuba mengelak. Dingin saja suara Daris.

“Daris..” Zara seakan memaksa Daris berterus-terang.

“Saya tak suka mamat tu sentuh awak suka-suka hati dia saja. Okay?!” akhirnya Daris meluahkan perasaan tidak puas hatinya. Sakit betul hatinya.

“Dia kawan saya,” Zara serba-salah dengan Daris. Dia tidak mahu Daris mempunyai perasaan istimewa untuknya. Dia tidak yakin dengan hatinya lagi. Dia bimbang akan melukakan hati Daris jika dia masih tidak dapat melupakan Qaiser. Tidak adil bagi Daris. Perasaannya masih berkecamuk.

“Next time, jangan bagi mamat tu sentuh awak. Hati saya sakit melihatnya.” Akui Daris terus berpaling dan merenung tepat ke dalam mata Zara. Dia tidak dapat menyimpan perasaannya lama-lama lagi kerana semakin lama semakin sesak jantungnya menahan perasaan itu.

“Daris.." hati Zara sayu. Jika hatinya boleh setting siapa yang harus dia sukai dan cintai sudah lama dia setting perasaannya itu. Tetapi, mustahil..hanya waktu yang akan menentukannya.
 
PESANAN PENULIS:
Daris dah tak dapat nak menyimpan perasaannya lagi. Zara masih belum pulih dari kelukaannya lagi.
Harap waktu cepat menyembuhkan hati Zara. Sila fahami perasaan Zara. Bukan mudah..
Read from bottom of your heart..u can feel what Zara feel..big hug from me.. :)

5 comments:

  1. tapi...tk adil perasaan zara yg polos wat lelaki cam qaiser yg tk hargai dn hormati ati zara...cepat2 lh soh zara terima daris...yg mmg dh angau kn zara...yg penting buang terus nama qaiser dlm rase yg ade disudut ati zara...cian kat daris makan ati...bile ade mamat2 buaya yg usha2 zara!mane tk terbakar rentung ati bile sesenang mak enon jer si poyo kev tuh sentuh2 zara,leh minum secawan plak tuh!!daris ngaku jer lh pada zara ape yg terpendam kat ati tuh...ubah lh zara jadik muslimah bab, cam zara dh dapat hidayah tuk ke arah yg baik...hehe akk dh mula rase sayang kat watak zara yg amat polos dek writer...daris lh hero dihati zara dek...please......

    ReplyDelete
  2. Cian zara.. Kelvinnie suka2 jer pgag org...nk mcm nk jer bg penumbuk...

    ReplyDelete
  3. Adehhhh...cweetnya daris ni... Harap citer ni dpt publish la yer... Best sgt..

    ReplyDelete