Monday 8 July 2013


BAB 10: SESUNGGUHNYA..DIA LELAKI PELINDUNGKU ( FULL ENTRY )

TERPISAT-PISAT Zara membuka mata. Dia masih mengantuk lagi. Cuba menoleh ke sebelah dilihatnya Daris sedang tidur dengan lenanya. Wajah kacak Daris diamati dengan penuh perasaan. Zara terpaku tatkala cahaya mentari menyinari wajah kacak itu. Jarinya menyelusuri setiap lekuk wajah Daris dan mengelus. Daris..tercetus nama itu di hatinya dan jantungnya bergetar aneh.

“Dah bangun?” Daris tersedar dan juga terpisat-pisat membuka matanya. Lantas tersenyum ke arah Zara lalu dielus pipi Zara beberapa kali.

Zara mengangguk sambil membalas senyuman Daris. Tangan Daris dipegang dan turut mengelus tangan Daris yang masih berada di pipinya.

Tangan Zara yang menggenggam tangannya di bawa ke bibir lalu dikucup dengan penuh perasaan. Matanya merenung tepat ke mata Zara sewaktu mengucup jemari Zara.

“I’m sorry for what happened last night..” Daris tiba-tiba memohon maaf. Tangan Zara digenggam lalu diramas perlahan. Matanya dihala ke hadapan pula. Merenung jauh, tidak menyangka dia boleh bertindak sejauh itu. Apabila nafsu mengawal akal..

“Saya yang salah, Daris! Segalanya bermula dari saya. Awak tak salah! It’s okay..” akui Zara. Matanya juga dihala ke hadapan. Dia teramat malu dengan perlakuannya semalam. Terlalu berani..

“Saya..tak patut saya buat awak macam tu.” Daris teramat kesal.

“Daris..bukan awak..saya..saya yang relakan diri saya. It’s not your fault!” Zara tidak mahu Daris menyalahkan dirinya.

“Zara..”

Zara tidak mempedulikan panggilan Daris. Sengaja!

“Cantik kampung awak ni!” Zara menurunkan tingkap kereta. Udara pagi menyerbu masuk ke dalam. Zara menghirup udara segar sedalam-dalamnya.

“Hm..segar betul rasanya..” Zara memejamkan matanya pula cuba merasai keharmonian suasana kampung. Hm..tenangnya..

Daris hanya tersenyum nipis. Membiarkan Zara menikmati suasana kampung yang masih diselubungi kabus pagi. Kedua belah tangannya diletakkan di belakang kepala sambil menyandar. Daris turut menghirup udara segar pagi sambil memejamkan mata. Terasa tenang sekali perasaannya.

“Daris saya macam pernah tengok tempat ni tapi di mana, ya?” Zara cuba berfikir di mana dia pernah melihat panorama sawah padi dan tali air ni.

“Nur Kasih..” tanpa membuka mata Daris bersuara.

“Apa awak?” Zara yang leka tidak mendengar dengan jelas kata-kata Zara.

“Tempat ni pernah menjadi tempat shooting drama Nur Kasih.” Daris membuka matanya.

Zara yang terjengul kepalanya keluar tingkap menoleh. Nur Kasih? Baru pertama kali dia mendengar tentang perkara itu. Wajah Zara nampak sangat tidak pernah tahu tentang drama itu.

“Forget it! Beautiful place, isn’t it?” budak macam Zara ni banyak masa dihabiskan di luar negara. Manalah tahu tentang perkembangan dan fenomena di Malaysia ni. Terlupa pula Daris.

“Yeah..you’re right! The most beautiful place I’ve ever seen.” Benar kata-kata Daris, inilah tempat yang paling cantik yang pernah dia lihat. Kalah  pemandangan pergunungan salji di Alps dan musim luruh di Korea. Mungkin jati diri sebagai anak Malaysia membuatkan dia lebih menyukai hujan batu di negara sendiri.

Zara keluar dari kereta. Dengan gaun labuh berwarna keemasan dia keluar memandang langit. Cahaya pagi yang juga keemasan membuatkan Zara kelihatan tersangat cantik dengan rambutnya yang panjang dan ikal.


Daris melihat Zara dari sudut pandangan yang seni. Bertemakan sawah padi, tali air, kabus pagi dan mentari pagi. Kombinasi yang amat menarik. Kamera DSLR yang berada di belakang diambil lalu keluar dari kereta. Zara yang leka memandang ke langit tidak sedar Daris mengambil gambarnya. Daris semakin galak mengambil gambar Zara berbagai postur. Wajah indah Zara membuatkan Daris juga terleka.

“Daris..kenapa ambil gambar saya? Muka bangun tidur awak tau tak?” marah Zara yang baru tersedar. Cepat tangannya memekup muka.

“Awak sangat cantik..” puji Daris. Matanya tidak lepas memandang Zara.

“Jangan buat saya malu!” Zara pusingkan badannya ke arah sawah yang terbentang luas sambil berpeluk tubuh.

Postur Zara berpeluk tubuh sambil memandang ke arah sawah yang terbentang luas kelihatan seperti bidadari.

“Everything has beauty, but not everyone sees it..” Daris menghampiri Zara dari belakang. Kot yang dipakai olehnya semalam disangkut ke bahu Zara melindungi kulit yang putih mulus itu. Mereka kini berada di kampung sebentar lagi pasti ramai yang keluar ke sawah.

Zara agak terkejut apabila Daris menyangkutkan kot di bahunya. Terus menoleh. Entah kenapa setiap kata-kata Daris selalu mencuit hati kecilnya.

“Jom, balik rumah parent saya. Dah tak jauh dah..” ujar Daris. Pukul tiga pagi mereka bertolak dari Kuala Lumpur sampai dah hampir Subuh. Mata pula mengantuk tak hengat. Zara yang tidur nyenyak membuatkan Daris tidak dapat meneruskan lagi pemanduannya. Kalau diikutkan sudah dekat tetapi bila terfikir keadaan mereka yang ‘messy’ semacam Daris berfikir banyak kali nak terus ke rumahnya. Sengaja dia memberhentikan keretanya di bawah pohon mengadap sawah ini. Cuba berfikir alasan apa nak diberikan kepada orang tuanya akhirnya dia terlelap di situ. Nasib baik mereka tersedar awal pagi kalau terlajak tak pasal satu kampung heboh.

“Okay..” Zara mengangguk.

Mereka melangkah ke kereta. Sebelum memandu Daris menghela nafas resah.

“About last night..” masih tersisa perasaan bersalah walaupun Zara berkeras menganggap dirinya yang total bersalah.

“It was only a kiss..” Zara ingin Daris tahu ia hanya sekadar ciuman tidak lebih dari itu. Dia tidak mahu Daris terus menerus merasa bersalah.

“That’s our first kiss..those tight long hugs..our late night conversations..I remember them all..It’s not only a kiss..” pedih pula hati Daris mendengar kata-kata Zara yang menganggap apa yang berlaku semalam hanyalah kisah enteng.

“I still feel it in on my lips..” Daris meletakkan jarinya di bibir. Bukan hanya sekadar ciuman baginya. Ia menyelusuri setiap genap jiwa raganya. Zara membuatkan jantungnya menderu laju.

“I kiss you spontaneously..unexpected..unplanned..ones that come..hanya untuk melepaskan perasaan sakit hati dan terluka saya dengan seseorang. Ia tidak adil untuk awak mengingatinya.” Ia tidak adil bagi Daris. Zara bukan tidak mahu mengingati, baginya ianya sesuatu yang unexpected. Tanpa perasaan cinta. Kosong. Terdorong hanya kerana membalas dendam dan didorong oleh nafsu. Tiada keikhlasan.

“You really love him, don’t you?” Daris kecewa. Dia tahu hakikat itu. Hanya dirinya yang telah disentuh oleh Zara. Perasaan itu mula kuat melingkari hatinya.

“Saya tak tahu..apa yang saya rasa hanya perasaan terluka yang teruk. Saya dah tak tahu hati saya lagi, Daris..” kekecewaan hatinya sukar untuk diubati lagi. Dia akan melupakan lelaki itu walaupun terpaksa mengambil sejuta tahun untuk melupakan.

“It was only a kiss. Let’s put it that way..” dia seorang lelaki. Ada kejantanan. Dia bukan lembik. Kalau ianya sekadar ciuman..hanya ciuman..tidak memberi apa-apa makna..so..put it that way..

 
“JEMPUT minum anak..” pelawa Hajah Siti Khadijah dengan senyuman ramah. Perasaannya masih terkejut apabila anak lelakinya membawa pulang seorang teman perempuan. Melihat dari mata tuanya agak terkejut dengan penampilan gadis itu yang memakai pakaian seperti nak pergi mandi di telaga. Berkemban! Dan nampak keterlaluan dengan kain yang lip lap lip lap. Apapun hati tuanya amat berkenan melihat air muka gadis itu. Cantik!

“Maaf susahkan auntie.” Zara segan dengan kebaikan ibu Daris.

“Eh, panggil umi sudahlah.” Tangan Zara ditepuk lembut dengan senyuman manis oleh umi Daris.

“Er..umi..” Zara membalas senyuman umi dengan rasa janggalnya.

“Kamu berdua ni dari mana sebenarnya?” tanya Hajah Siti Khadijah hairan. Mereka seperti baru balik dari sesuatu majlis. Agak Hajah Siti Khadijah.

“Semalam ada majlis tahunan di syarikat kami. Zara teringin nak tengok kampung. Itu yang Ris terus bawa balik sini selepas majlis selesai.” Kata Daris tak sepenuh hati. Wajah Zara tidak dipandang. Segan memberi alasan macam budak kecil dengan ibunya.

Zara buat muka tak tahu. Di dalam hati nak tergelak besar. Pandainya dia..

“Begitu..kenapa tak tunggu siang, Ris! Bukan ambil masa lama sangat pun nak sampai di sini.” Hajah Siti Khadijah menggelengkan kepala. Apalah yang ada difikiran budak-budak zaman sekarang dia pun tak tahu.

“Esokkan dah kerja, mi! Baik terus pulang je. Jimat masa dan boleh manfaatkan masa di kampung ni.” rasa bersalah sangat-sangat memberi alasan yang entah apa-apa. Daris memejamkan mata sesaat. Munasabah diri..

Tersungging senyuman herot di bibir Zara. Daris nampak tapi buat-buat tak nampak. Zara tersengih pula.

“Betul tu, umi! Ni pertama kali Zara datang ke kampung. Suasana kampung di sini sangat cantik.” Puji Zara dengan wajah teruja.

“Zara tak ada kampung?” tanya Hajah Siti Khadijah.

Zara menggelengkan kepala.

Kasihan pula Hajah Siti Khadijah bila mendapat tahu gadis itu tidak mempunyai kampung.

“Oh iye ke? Anggap saja ini kampung anak.” lembut tangan Hajah Siti Khadijah  mengelus rambut Zara yang keemasan. Macam anak patung pula dia menengoknya. Subhanallah..kebesaran Allah yang mencipta setiap makhluk-NYA.

Hati Zara tersentuh dengan penerimaan umi Daris. Terlalu baik orangnya. Zara amat menyenanginya.

“Terima kasih, umi!” Zara senyum.

Daris melonggarkan bow tie di leher. Kemudian menyandar rileks di sofa dan terus memejamkan mata. Sedang berfikir dengan diri sendiri. Kesal kerana masih tidak dapat mengawal diri. Kesal kerana hampir melakukan kesilapan yang sama. Kesal juga kerana ketinggalan solat Subuh tadi. Kesal dengan diri yang masih belum insaf sepenuhnya. Sesungguhnya..dia seorang manusia yang tidak sempurna.

“Tahu pula kamu mengantuk, ye? Tadi cakap nak memanfaatkan masa. Takkan nak memanfaatkan masa dengan tidur pula.” Perli Hajah Siti Khadijah dengan anak lelakinya.

“Lima minit je mi..” rengek Daris tanpa membuka mata.

Zara tergelak melihat sikap Daris dengan uminya. Nampak manja..

“Biarkan Daris tu. Meh, ikut umi ke dalam.” Ajak Hajah Siti Khadijah. Sebentar lagi suaminya Haji Dhaifullah pulang. Rasanya tak manis melihat anak dara seperti Zara berpakaian sebegini. Pakaian anak gadisnya yang bongsu mungkin padan dengan Zara.

Zara mengikuti umi Daris tanpa membantah.

“Ini bilik adik Daris yang bongsu..Salsabila namanya. Anak pergilah bersihkan diri. Pakailah mana-mana pakaian yang sesuai di dalam almari tu.” Ujar Hajah Siti Khadijah menunjukkan almari baju.

“Baiklah, umi!” ucap Zara dan terus masuk ke dalam bilik.

 
ALMARI adik Daris yang bongsu diselongkar untuk mencari pakaian yang sesuai. ZARA keluar selepas siap berpakaian. Dia senang dengan pemakaiannya sekarang, baju kurung kain cotton berwarna merah jambu. Rambut diikat ponytail. Wajah bersih tanpa mekap.

Sewaktu keluar Daris sudah tiada di sofa. Tercari-cari sehingga ke dapur. Apabila hidungnya tercium bau yang enak kakinya seakan melayang ke udara terus ke dapur. Perut mula terasa lapar.

 Hajah Siti Khadijah sedang memasak lemak ikan sembilang.

“Harumnya bau..” puji Zara sambil menjenguk periuk yang sedang membuak-buak.

Hajah Siti Khadijah tersenyum senang melihat penampilan baru Zara yang kelihatan cukup manis. Ditambah dia cukup senang dengan pujian Zara tentang masakannya.

“Manis tengok anak macam ni.” Hajah Siti Khadijah turut memuji. Kepala Zara digosok lembut.

Zara dapat merasai sifat keibuan umi Daris yang menghangatkan jiwanya sewaktu umi Daris menggosok kepalanya dengan lembut. Zara cukup tersentuh.

“Eh, tak adalah umi.” Zara tersipu-sipu menafikan.

“Tak manis mi..nampak kelat!” timbul Daris entah dari mana dengan seluar track dan baju t-shirt putih dengan senyum herot.

Terkejut Zara lalu menjegilkan matanya.

“Jangan nak menyakat! Pergi ambil jantung pisang kat belakang rumah. Umi nak masukkan dalam masak lemak ni.” arah Hajah Siti Khadijah sambil menggelengkan kepala dengan perangai tak semengah anak terunanya.

“Okeh, mi! Anakanda pergi sekarang jugak!” Daris memberi tabik dengan wajah boleh tahan cute. Terlopong Zara dengan sikap Daris yang kelihatan nakal bila dengan uminya. Kalau tak..nampak pendiam saja orangnya.

“Umi..perangai Daris memang macam tu, eh?” tanya Zara dengan wajah tak percaya.

“Macam tu la..terejal!” Hajah Siti Khadijah menggelengkan kepala dengan kenakalan Daris.

“Wh..what..umi? Terejal?” Zara tak faham. Apa tu?

“Oh..terejal maksudnya nakal sangat-sangat.” Tergelak Hajah Siti Khadijah menerangkan maksud terejal kepada Zara.

“Oh..” Zara baru faham. Lantas duduk di kerusi. Zara melihat ada tepung gandum dan bahan-bahan lain untuk membuat kuih.

“Umi nak buat kuih ke?” Zara memandang umi Daris yang sibuk mengupas bawang.

“Haah..nak buat karipap inti daging. Daris suka makan karipap.” Ujar Hajah Siti Khadijah. Gulai lemak dikacau perlahan kalau tak nanti santannya pecah pula.

“Biar Zara yang buatkan boleh, umi?” pinta Zara dengan wajah excited.

“Boleh..buatlah.” Hajah Siti Khadijah tersenyum senang dengan permintaan Zara. Kalau jadi menantu pun elok juga ni. Tak kisah ke dapur. Getus hati Hajah Siti Khadijah.

Zara senyum terus menyinsing lengan baju kurung yang dipakainya. Dah lama tangannya tak mengadun tepung. Rasa gatal pula tapak tangannya. Tanpa kekok Zara mengadun tepung.

Hajah Siti Khadijah tersenyum senang melihat Zara yang tidak kekok menguli tepung.

“Mi..banyak ni boleh?” tiba-tiba muncul Daris bersama jantung pisang. Seluar dah disingsing sehingga ke lutut. Siap berpeluh-peluh pula tu.

“Ish, awak ni..peluh awak tu! Jangan sampai masuk dalam tepung ni.” Zara menolak badan Daris dengan menyondol sisi badan Daris ke tepi.

“Eh, awak buat apa ni?” Daris bercekak pinggang menjenguk apa yang Zara sedang lakukan dari belakang Zara. Apa yang diulikan sangat tu? Zara pandai masakkah? Macam tak caya je..

“Tengah main Play-Doh awak..” Zara faham reaksi dan intonasi suara Daris yang nampak sangat double standard dengan orang seperti dirinya. Ingat orang kaya tak pandai masak ke? Huh..

Daris dari belakang menundukkan badannya di tepi kepala Zara lalu memandang rapat-rapat wajah Zara yang straight focus dengan ‘Play-Doh’nya. Umi yang sedang leka dengan acara masak memasaknya dipandang sekilas. Line clear!

“Nak kena gigit?  Main-mainkan saya, eh?” bisik Daris dekat di telinga Zara.

Hampir melompat Zara bila tiba-tiba Daris berbisik di telinganya. Terkejut bukan apa dekat sangat di telinga terasa geli sangat.

“Hei..” Zara cepat mencepuk pipi Daris yang masih menunduk memandang rapat ke arahnya. Tindakan refleks. Kang dah free kena cepuk dengan tangan penuh tepung. Berbekas tapak tangan Zara di pipi Daris.  

Terpejam mata Daris setelah dicepuk. Kemudian berdiri tegak sambil bercekak pinggang. Hm..apa nak buat dengan budak sorang nih? Grrr..

“Oh my..” bulat mulut mugil Zara terlopong dengan tindakannya sebentar tadi. Dia tergelak sejurus kemudian. Muka Daris serius lawak!

“Apa kena dengan kamu berdua ni?” Hajah Siti Khadijah berpusing memandang anak-anak muda itu dengan pandangan pelik dan curiga. Pipi anaknya yang terpalit dengan tepung dipandang lama. Hati tuanya curiga. Haish.anak teruna aku ni! Anak dara orang jangan dibuat main.


“Tak ada apa-apalah, mi! Daris tengok budak ni ha..uli tepung. Nampak macam uli getah sekerap je Ris tengok.” Menyindir sinis. Pipi terasa melekat dengan sesuatu digenyeh cepat. Hm..sah dah jadi tepung gomak muka aku. Wajah Zara dipandang geram. Ni yang nak jadi monster makan budak ni..

“Amboih..belum cuba belum tau, okay..” Zara menyirap diperlekehkan. Ini air tangan Perancis mari la. Sia-sia Chef Leodegrance mengajarnya pastry hampir setengah tahun sewaktu di Perancis.

“Okay, dear..we’ll see..how it goes..” senyuman herot dengan wajah double standard terpamer. Zara rasa tercabar dengan Daris yang belum tahu siapa dirinya yang sebenarnya.

 “Challenge accepted!” we’ll see Encik Daris. Grr..

“Budak-budak ni..macam-macam.” Hajah Siti Khadijah membebel. Di dalam hati, dia patut duduk berbincang dengan anak terunanya tentang Zara lebih serius. Tak manis bertepuk tampar dan bersuka-suka begitu tanpa pertalian yang sah. Menjuruskan diri ke lembah maksiat dan Hajah Siti Khadijah tidak mahu perkara begitu berlaku dikemudian hari. Jika anaknya menyukai Zara dia sebagai umi menerima dengan seadanya.

“Saja bergurau, mi!” Daris sengih.

“Bergurau-gurau juga! Jangan melebih..kamu berdua bukan ada apa-apa ikatan lagi.” Hajah Siti Khadijah mengingatkan anak-anak muda itu.

Daris tayang sengih lagi buat muka suci murni. Padahal betul-betul terkena batang hidung. Jangan melebih? Dah melebih sangat dah nasib baik tak terbabas je. Kepala ditoleh ke arah Zara yang selamba menguli tepung. Entah kenapa tangannya terus menyentuh bibir. Menderu laju darahnya ke kepala. Hish..budak ni!

“Eh, terlupa pula nak suruh kamu ambil serai kat belakang rumah tadi.” Hajah Siti Khadijah terlupa.

“Ris boleh pergi ambil sekarang juga.” Mendengar kata-kata ibunya Daris terus memusingkan badannya ingin ke pintu keluar. Baik dia keluar cepat-cepat sebelum kepalanya melayang entah ke mana.

“Tak payah, Ris! Biar umi pergi sendiri. Kamu pergi mandi lekas. Zara dah mandi, kamu je yang belum mandi. Badan dah bau kambing!” Hajah Siti Khadijah menolak badan anak terunanya menggesa supaya pergi mandi.

“Umi..” tak puas hati. Jatuh percentage kemachoannya di depan Zara.

Umi dah hilang di sebalik pintu. Zara mengekek ketawa tanpa henti. Siap memicit hidungnya supaya tidak berbau busuk. Daris bengang!

“Oh..” laju tangan Daris cuba mencubit pipi Zara tetapi cepat pula Zara mengambil pinggang plastik cuba menutup mukanya. Tindakan spontan membuatkan Zara terlupa pinggang plastik itu berisi sisa-sisa kulit bawang yang telah dikopek. Habis mata Zara terkena sisa-sisa kulit bawang.

“Aw..awak..mata saya..pedihnya!” rengek Zara terpejam-pejam matanya kerana terlalu pedih.

“Jangan buka mata! Wait!” Daris menggelabah mencari kain bersih. Alamak! Mana nak cekau kain bersih ni? Takkan nak pakai kain buruk.? Nak cepat punya pasal baju di badan menjadi alternative. Daris terus ke sinki membasahkan hujung bawah bajunya. Setelah itu terus pergi mendapatkan Zara yang merengek tak sudah-sudah.

“Jangan bergerak, saya nak bersihkan mata awak ni.” Daris memegang sebelah bahu Zara manakala tangannya yang sebelah lagi menarik hujung bajunya sehingga tersingkap ke atas menampakkan six paxnya. Nasib baik Zara tidak dapat melihat panorama machonya. Mak aihh..

 “Jangan buka mata!” ujar Daris sewaktu Zara cuba membuka matanya. Mata Zara terpejam lagi.

Dengan penuh perhatian Daris mengelap mata Zara dengan bajunya yang basah.

“Okay, boleh buka mata.” arah Daris apabila sudah membersihkan mata Zara.

Zara membuka matanya yang sudah merah saga. Matanya masih pedih dan berair.

“Pedih..” rengek Zara dengan wajah masih terpejam-pejam. Wajah Zara yang kemerahan mendongak ke arah Daris membuatkan Daris terpaku lama. Jiwa lelakinya resah.

 “Zara..”

“Pedih awak..” Zara merengek lagi siap menggoyangkan badannya.

“Zara..” suara Daris mengendur. Dia tak tahu nak mengadap Zara bagaimana dah? Terlalu menguji keimanannya. Sudahnya, dia menarik Zara ke sinki lalu disiram air ke wajah Zara beberapa kali. Sepatutnya dari tadi dia buat begitu tak payah nak mengelap bagai. Apa yang terlintas di fikirannya tadi pun dia tak tahu?
 
PESANAN PENULIS:
Dear readers..idea btl2 stuck bila sampai kat kmpg Daris. Byk fikir nak describe family Daris bagaimana..hope enjoy the entry. Sori buat tertunggu2..
 

6 comments:

  1. Kelakarlah pulak baca ending masa selak2 baju ni..hahahah..monolog daris tak menahan...

    ReplyDelete
  2. best..best sgt2..nak lagiiii dn jgn la lama2.sweet lak zara dgn daris ni.

    ReplyDelete
  3. alahai...romantik nyer daris...berbunga hati didlm bile dh tercuit ngan perasaan indah...itu kah CINTA....caya lh daris...smbg cecepat yer dek...bestttttttttt....

    ReplyDelete
  4. Umi daris...baiknya sambutan pd zara...sweet la mak mertua yg duk kg boleh terima zara yg terejal jgk tu...hihi
    Haih ni mesti ayah daris garang ni....grrrrrr
    Okayy nak lg!

    ReplyDelete
  5. i want more. hehe agak2 bila keluar versi cetak? hope tahun ni juga :)

    ReplyDelete