BAB 13: SESUNGGUHNYA..DIA
LELAKI PELINDUNGKU
LANGKAH Zara ceria
sewaktu keluar dari bangunan empayar perniagaan Armada. Dia ada perjumpaan
dengan teman-temannya di Pavillion. Saja lepak-lepak sambil minum-minum dan
bergosip. Pasal Qaiser, Zara dah tutup buku. Mungkin tidak tutup sepenuhnya
namun dia akan berusaha menutup segala kenangan dan rasa cinta yang ada ini
walaupun sukar. Zara amat berterima kasih dengan kehadiran Daris disaat dia
bersedih dan terluka. Sesungguhnya..Daris bagaikan pelindung kepada dirinya.
Lelaki itu, tidak pernah mengecewakan, sentiasa ada disaat dirinya hampir jatuh
dan menyokong supaya dia bisa bangun dan berdiri kembali. Dia tidak tahu apa
akan terjadi terhadap dirinya jika Daris tiada. Mungkin dia jatuh dan sukar
untuk bangun lagi. Zara hirup udara pagi dengan lembaran baru. Walaupun, di
hati kecil masih tersimpan perasaan cinta yang mendalam terhadap Qaiser dia
akan cuba melupakannya. Dia akan berusaha untuk melupakan walaupun dia harus
mengambil masa seumur hidup. Orang dah tak sudikan buat apa dia tersua-sua
lagi. Hurmmm..
Handphone Zara berdering
dengan nada ‘I knew you were a trouble’.
Zara mengambil handphone yang berada di dalam handbag lalu menjawabnya.
“Yes, already heading to Pavi..”
terus Zara mendapatkan Audi R8nya di tempat parking khas. Teman-teman sudah
menantinya di Pavilion.
Daris tersengih melihat
hot chocolate yang masih berasap dan makanan yang dibawa oleh Zara. Perasaaannya
terlalu gembira kerana pagi-pagi lagi Zara dah muncul di hadapan matanya. Betul-betul
buat dia bersemangat nak bekerja hari ni. Nak menghadiri mesyuarat yang
membosankan pun dah tak rasa apa. Kuat betul penangan Cik Zara ni. Alahai..
Selepas perjumpaan dengan
teman-temannya, Zara ke spa untuk merelakskan badan dan fikirannya. Mungkin
selepas memanjakan diri segala kerunsingan yang bertamu di hati akan
berkurangan. Setelah itu, Zara ke salun pula untuk mendandan rambutnya. Sewaktu
di salun, Zara membelek majalah terbaru tentang fesyen terkini. Sementara
rambutnya di syampu Zara mengambil lagi majalah yang lain dan Zara amat tertarik dengan majalah
yang baru diambilnya itu kerana menampilkan fesyen-fesyen berhijab yang
cantik-cantik. Hatinya teringin untuk mengenakan hijab seperti model-model
muslimah itu. Walaupun kepala bertutup litup mereka semua tetap nampak cantik
malah terlalu cantik dari mereka yang tidak mengenakan hijab. Zara pandang
cermin, melihat rambutnya yang keemasan. Rasanya sudah lama dia mewarnakan
rambutnya dengan warna blonde. Dia terlalu obsess dengan gaya Paris Hilton dan
sentiasa mengikuti gaya Paris Hilton. Ketaksubannya dengan Paris Hilton
membuatkan dia pernah mencuba untuk memasuki Reality TV Show BFF Paris Hilton
tetapi tidak pernah terpilih. Sungguh..waktu tu dia frust sangat. Sekarang, dia
rasakan dia terlalu naïf dan terlalu mengikut perasaan remajanya. Zara rasa dia
harus berubah. Hatinya bagaikan terbuka untuk berubah.
“Alice..I need a new look
for my hair.” Zara sudah nekad untuk berubah. Perubahan yang pertama adalah
dari segi rambutnya. Tiada lagi blonde., okay!
Zara pun tak tahu kenapa harus Daris. Tetapi,
Daris adalah orang pertama dia ingin jumpa selepas make over dirinya yang baru.
Mungkin perubahannya belum sepenuhnya tetapi dia akan cuba berubah. Zara
menunggu Daris di hadapan bangunan Armada. Zara sedikit pun tiada kerisauan
jika bertembung dengan Qaiser. Lantaklah, dia ke sini hanya untuk bertemu
dengan Daris. Zara menyandar pada pintu kereta sementara menanti Daris keluar
dari pejabatnya. Jam menunjukkan pukul lima petang, Zara menunggu dengan sabar.
“Phewitt..” kedengaran
siulan nakal dari anak-anak muda yang lalu-lalang. Zara buat tak tahu saja.
Zara kelihatan sangat cantik pada petang itu, dengan gaun separa lutut berwarna
putih bersih. Rambut barunya yang hitam berkilat dan panjang mengurai. Tiada
lagi blonde dan curly. Hitam dan lurus. Diserikan dengan cekak berwarna merah
hati dengan hiasan batu-batu swarozki berwarna hitam yang berkilauan. Zara kelihatan
persis Snow white pula dengan mekap nipis tetapi bibirnya dioles gincu bibir
berwarna merah ceri.
“Zara!” suara itu Zara
kenal, siapa lagi Darislah orangnya. Zara mendongak. Lantas, membuahkan
senyuman paling manis.
“What a surprise..?! Hampir
saya tak kenal tadi.” Daris menghampiri dengan senyuman menawan. Zara hanya
tersenyum sambil menjungkitkan bahunya. Well..
“How do I look?” tanya
Zara sambil mendepakan kedua belah tangannya dan tersenyum comel siap
terkelip-kelip matanya. Sebijik macam anak patung.
“Hm..well..I’m impress.
But, Zara..the beauty of a woman is not in the clothes she wears, the figure
that she carries, or the way she style her hair. The beauty of a woman is seen
in her eyes and true beauty in a woman is reflected in her soul. Terima kasih
kepada Allah menciptakan makhluk-NYA sebaik-baik kejadian.” Daris tunduk
melihat anak mata Zara yang bercahaya. Tangannya membelai rambut Zara yang
lembut bak sutera dan berbau harum. Dia suka melihat Zara berubah dan mungkin
Zara masih belum mendapat hidayah sepenuhnya tetapi sikap ingin berubah
merupakan jalan untuk menuju hidayah – NYA. Daris sedar Zara perlukan bimbingan
dan dorongan seperti dirinya yang masih bertatih cuba berubah untuk menjadi manusia
yang lebih baik. Dia juga bukan sempurna. Dia juga pernah alpa dan itu adalah
saat-saat dia yang paling dia kesali.
Zara kelihatan
terpinga-pinga tetapi Daris cepat-cepat menarik Zara ke tempat pemandu.
“Okay, Zara! Kita jumpa di café yang dulu tu. Awak suka caffé latte kat sana, kan” ujar Daris selepas Zara duduk di kerusi Audi R8nya.
Zara mengangguk.
“Awak pergi dulu. Saya
ride ke sana dengan motor saya, okay?” Daris sempat mengenyitkan matanya
sebelum menutup pintu kereta Zara.
Sewaktu ke café yang
dimaksudkan Zara terfikirkan kata-kata Daris. Zara tahu dia terlalu kekurangan
sesuatu. Meskipun dia terlalu kaya dengan harta berbillion namun jiwanya
terlalu kosong. Malangnya, dia tidak memahami kekosongan itu.
Di Café..
Daris sudah menunggu Zara
dengan secawan caffe latte yang masih berasap. Daris senyum sendiri. Daris akui
Zara seorang gadis yang terlalu cantik. Kecantikan Zara membuatkan dirinya
sering tidak dapat mengawal diri dan dah tentu-tentu hatinya yang semakin hari
semakin terpikat dengan Zara. Dia akui dia menyimpan perasaan terhadap gadis
itu.
“Lama tunggu?” muncul
Zara dengan seseorang Daris tidak kenali. Seorang lelaki! Daris terus bangun
menunjukkan rasa hormatnya. Namun, hatinya berdetik pedih. Dia tidak senang
melihat Zara dengan lelaki lain. Melihat lelaki itu dengan mudah meletakkan
tangan ke bahu Zara membuatkan hatinya panas mendidih.
“Daris..sorry..saya
terjumpa kawan di luar tadi. Ini..Kevin..kenalkan.” Zara senyum memperkenalkan
Kevin Shah. Boleh pula terjumpa Kevin di luar café dan beriya-iya pula nak
mengikutnya. Nak tak nak Zara terpaksa membawa Kevin sekali untuk berjumpa
Daris. Dia kurang selesaa namun dia rasa tidak manis pula membiarkan Kevin
begitu saja.
“I’m Daris..” Daris
menghulurkan tangan untuk bersalam. Lelaki bernama Kevin itu menyambut huluran
salamnya dengan senyum sinis. Daris faham maksud lelaki itu. Apabila tangan
mereka saling menggenggam Daris dapat merasakan tangannya digenggam kuat dan
terasa menyakitkan. Daris bertahan dan turut sama tersenyum. Dia juga lelaki, kalau
diikutkan ego seorang lelaki ingin juga mahu membalasnya. Tetapi, bertenang
Daris..orang yang rasional tidak rugi.
Pandangan Daris kemudiannya
jatuh kepada Zara. Lantas, Daris menghadiahkan senyuman manis terhadap Zara. Zara
juga membalasnya dengan senyuman paling manis. Mata Daris memandang kembali ke arah
lelaki bernama Kevin namun lelaki itu tidak lagi tersenyum malah memandangnya
dengan tajam sekali. Pandangan bagaikan nak bertumbuk lagaknya.
Kedua mereka melepaskan
tangan masing-masing dan duduk. Zara memilih duduk di sebelah Daris dan Daris
seperti memenangi Zara sepenuhnya kerana Zara memilih untuk duduk bersama
dengannya. Nampak jelas lelaki bernama Kevin itu bengang kerana Zara lebih
memilih dirinya. Daris senyum herot.
“Dah lama kenal, Zara?”
soal lelaki bernama Kevin itu dengan riak wajah yang serius. Tajam pandangan
mata Kevin meratah wajah Daris seperti ingin menelan Daris hidup-hidup.
“Lama tu taklah sangat. Tapi,
bolehlah..” ujar Daris sambil memandang Zara dan senyum lagi. Sengaja menaikkan
darah lelaki itu. Penyibuk sangat, kan!
“Oh..tak adalah lama sangat,
kan!” Kevin mengangkat keningnya dengan kerek. Pandangan mencabar dilontarkan
pula.
Daris senyum herot lagi. Mereka berdua nampaknya sedang berperang di dalam diam. Daris hanya mengikut rentak lelaki itu. Dia tidak akan melatah dengan mudah.
“You nak minum apa, Kev?
I pesankan.” Zara bertanya selepas dia menghirup caffe latte yang amat menggoda
hatinya sedari tadi. Hm..penuh nikmat Zara menikmati caffe latte kesukaannya.
“Tak perlu! You punya
coffee ni pun dah cukup untuk I.” selamba mengambil cawan kepunyaan Zara.
“Wah..ada kesan bibir
you.” Kevin terus menghirup coffee di tempat kesan bibir Zara.
Zara dan Daris sama-sama
tersentak dengan tindakan drastik Kevin. Bulat mata Zara begitu juga bulatnya
mata Daris. Ini sudah lebih! Temperature sudah naik.
“Eh, you..you..tak patut
minum coffee I macam tu. Itu coffee I..” tergagap Zara berkata. Dia betul-betul
tidak menyangka Kevin sanggup minum coffee dari cawannya yang ada kesan
bibirnya. Walaupun hanya pada cawan, Zara tidak menyukainya seperti dirinya pula
diambil kesempatan. Zara dah tak senang duduk dan gelisah sekejap-sekejap dia
melihat Daris.
“Walaupun pada cawan, I
tetap dapat merasakan kemanisan bibir you. I feel like I kissing you..”
tersenyum menggoda dengan merenung tajam ke dalam mata Zara. Lelaki di sebelah
Zara dia buat tak reti. Bukan tandingannya kerana dia tahu dia lebih hebat daripada
lelaki itu. Jadi tiang lampu sajalah!
“Kev..it’s not proper,
you know?!” Zara rasa Kevin sudah melampau. Salah dia juga kerana tidak
membataskan diri sewaktu bergaul dengan Kevin. Mereka ke kelab, minum bersama,
berdansa dan berpelukan. Kalaulah waktu dapat diulang kembali Zara tidak mahu
lepas laku seperti itu lagi. Betapa tidak bermoralnya dia dulu demi membuatkan
Qaiser cemburu.
“You..macam tak biasa
dengan I.” tangan Zara dicapai dan digenggam lembut. Daris pula dijeling dengan
senyuman herot.
“Kev..hm..you nak I pesan
you another coffee?” Zara mengelak sambil melepaskan tangannya di dalam
genggaman Kevin. Zara betul-betul terasa dirinya seperti seorang perempuan yang
mudah bila Kevin sesuka hati menyentuh dan bermesra dengannya di hadapan Daris.
Zara bimbang sangat jika Daris salah faham dengannya.
“No need..actually,
Zara..I dah lama tak nampak you di kelab. You ke mana?” tanya Kevin sambil
menyandarkan badannya ke kerusi. Pandangan mata masih tidak dilepaskan ke arah Zara.
Apabila terdengar berita yang Qaiser akan bertunang dengan perempuan lain dialah
orang yang paling gembira di dalam dunia. Keputusan Qaiser bertunang dengan
perempuan lain membuatkan dia tidak jadi menggunakan gambar-gambar ‘panas’
Qaiser dan Sazzy untuk menjatuhkan Qaiser. Semua itu sudah tidak diperlukan
lagi. Selamat kau, Qaiser!
“I memang dah jarang ke
sana. I ada hal.” Dalih Zara padahal bukan jarang tetapi sudah lama dia tidak
menjejakkan kaki ke kelab. Dia sudah
malas melepaskan perasaan dan masalahnya di tempat hiruk-pikuk itu. Tidak
menenangkan pun malah membuatkan jiwanya berserabut lagi ada. Zara menoleh ke arah
Daris yang hanya terdiam dan air muka Daris nampak keruh. Mungkin Daris tidak
selesa dengan Kevin yang terlalu lepas laku dan suka hatinya saja. Zara merasa
bersalah sangat-sangat dengan Daris.
“You masih bersedih lagi pasal
Qaiser the loser tu?” selamba mengutuk Qaiser. Seselamba itu juga Kevin
mencapai tangan Zara lagi lalu membelai lembut.
Daris yang hanya memerhati
sedari tadi hampir nak meletup. Panas hati betul melihat malaun sorang ni
pantang betul tengok Zara meletakkan tangan di atas meja. Cepat betul mengambil
kesempatan. Ini baru dinamakan player cap bapak buaya sebenarnya Zara oii!
Hish!!
“Eh, taklah! Buat apa I
bersedih pasal Qaiser. I bukannya ada apa-apa dengan dia pun.” Zara melepaskan
tangannya lagi. Zara dah naik malu dengan perangai miang Kevin di hadapan
Daris. Dia tak nak Daris tersalah anggap dengan dirinya. Dia bukan perempuan
mudah. Oh..menyesal pula berbuat baik dengan Kevin ni. Haish..
“Glad to hear it! You tak
sesuai dengan loser seperti Qaiser tu! Don’t worry..I kan ada..” Kevin senyum
menggoda. Zara dilihatnya semakin hari semakin cantik, dengan penampilan baru
Zara yang nampak innocent dan suci lagilah buat dirinya begitu ingin memiliki
Zara. No matter what..by hook or by crook! Lelaki di sebelah Zara tu dia tidak
tergugat langsung setakat ikan bilis bila-bila masa pun boleh zasss!!
“Thanks Kev for your
sup..” Zara baru nak meletakkan tangannya kembali ke atas meja tetapi dia
merasakan tangannya digenggam dari bawah. Zara terus menoleh ke arah Daris
dengan riak wajah terkejut sangat-sangat. Daris menggenggam tangannya dengan
erat dari bawah meja. Zara terus memandang Daris dan dilihatnya Daris buat
tidak tahu saja. Bersahaja menghirup hot chocolatenya dengan tangan lagi satu. Kedengaran
Daris berdehem kecil seperti tiada apa yang berlaku. Zara mujur tidak melopong
waktu itu dan cepat tersedar dia masih belum membalas habis kata-kata Kevin
sebentar tadi. Berpaling mengadap wajah Kevin yang menanti kata-kata darinya.
“Kev..thanks for your
support. I appreciate it very much!” ucap Zara hampir tersenyum tetapi cepat pula
dia menyembunyikan senyumannya dari terus mekar. Zara lucu sebenarnya dengan
sikap Daris yang tidak dijangka itu. Zara sempat menjeling Daris yang masih
dengan gaya bersahajanya. Tengok tu, selamba bermain game di handphone dengan
sebelah tangan sahaja. Zara hampir nak tergelak. Memang terejal! Rasa macam
tengah skandal saja!
“Don’t mention it! Za..”
kata-kata Kevin terhenti apabila diganggu dengan deringan handphone miliknya. Nak
tak nak Kevin terpaksa menjawab.
“Hello..yes..” Kevin
terus bangun.
“Wait..hold on..” Kevin
pandang Zara sambil menekup handphonenya supaya tidak kedengaran di talian
sebelah sana.
“I have to go..nanti I
call you, okay!” kata Kevin sebelum beredar sempat menepuk bahu Zara dan
meramas lembut. Kononnya nak kelihatan seperti memberi sokongan emosi tetapi
pada pandangan Daris hanyalah gatal semata-mata. Huh!
Kevin berlalu
meninggalkan mereka berdua. Tangan Zara masih di dalam genggaman Daris dan
Daris masih leka dengan permainan di dalam handphonenya. Zara tidak pula cuba
melepaskannya, hanya merenung Daris yang buat tidak tahu dengan pandangan
matanya.
“Hm..kena mintak nyawa
pulak! Ish! Kena hantar notification kat siapa, ek?” Daris masih bersahaja. Skrol
Facebook mencari teman-teman yang boleh memberikan nyawa untuknya. Sebenarnya,
dia benar-benar ingin minta nyawa kerana hatinya sikit lagi nak meletup tadi. Tapi,
nasib baik dapat diselamatkan dengan kehangatan tangan bidadari di sebelahnya
ini. Kalau tidak disabarkan hatinya tadi mau dipatahkan dua, tiga batang gigi
mamat sengal itu tadi biar buruk rupanya. Bajet hensem sangatlah tu!
“Daris..tangan saya dah
berpeluh ni. Bila awak nak lepaskan?” tanya Zara dengan senyuman penuh makna
dengan Daris. Kenapa Daris bersikap begini? Nampak seperti seorang lelaki
sedang cemburu dengan kekasih hatinya. Zara confused dengan sikap Daris.
Jangan-jangan..
Daris terus melepaskan
tangan Zara dari genggaman tangannya. Masih menunduk meneruskan permainan di
dalam handphonenya. Nasib baik ada yang baik hati memberikannya nyawa. Zara
tidak dipedulikan. Daris kelihatan seperti orang sedang merajuk gayanya.
“Kenapa awak buat macam
ni, Daris?” Zara merenung Daris dari sisi cuba menelah perasaan Daris.
“Buat apa?” Daris cuba
mengelak. Dingin saja suara Daris.
“Daris..” Zara seakan
memaksa Daris berterus-terang.
“Saya tak suka mamat tu
sentuh awak suka-suka hati dia saja. Okay?!” akhirnya Daris meluahkan perasaan
tidak puas hatinya. Sakit betul hatinya.
“Dia kawan saya,” Zara serba-salah dengan Daris. Dia tidak mahu Daris mempunyai perasaan istimewa untuknya. Dia tidak yakin dengan hatinya lagi. Dia bimbang akan melukakan hati Daris jika dia masih tidak dapat melupakan Qaiser. Tidak adil bagi Daris. Perasaannya masih berkecamuk.
“Next time, jangan bagi
mamat tu sentuh awak. Hati saya sakit melihatnya.” Akui Daris terus berpaling
dan merenung tepat ke dalam mata Zara. Dia tidak dapat menyimpan perasaannya lama-lama lagi kerana semakin lama semakin sesak jantungnya menahan perasaan
itu.
“Daris.." hati Zara sayu. Jika hatinya boleh setting siapa yang harus dia sukai dan cintai sudah lama dia setting perasaannya itu. Tetapi, mustahil..hanya waktu yang akan menentukannya.
PESANAN PENULIS:
Daris dah tak dapat nak menyimpan perasaannya lagi. Zara masih belum pulih dari kelukaannya lagi.
Harap waktu cepat menyembuhkan hati Zara. Sila fahami perasaan Zara. Bukan mudah..
Read from bottom of your heart..u can feel what Zara feel..big hug from me.. :)
daris jeles. hehe i like;)
ReplyDeletetapi...tk adil perasaan zara yg polos wat lelaki cam qaiser yg tk hargai dn hormati ati zara...cepat2 lh soh zara terima daris...yg mmg dh angau kn zara...yg penting buang terus nama qaiser dlm rase yg ade disudut ati zara...cian kat daris makan ati...bile ade mamat2 buaya yg usha2 zara!mane tk terbakar rentung ati bile sesenang mak enon jer si poyo kev tuh sentuh2 zara,leh minum secawan plak tuh!!daris ngaku jer lh pada zara ape yg terpendam kat ati tuh...ubah lh zara jadik muslimah bab, cam zara dh dapat hidayah tuk ke arah yg baik...hehe akk dh mula rase sayang kat watak zara yg amat polos dek writer...daris lh hero dihati zara dek...please......
ReplyDeleteCian zara.. Kelvinnie suka2 jer pgag org...nk mcm nk jer bg penumbuk...
ReplyDeleteBEST NAK LAGI BOLEH TQ.
ReplyDeleteAdehhhh...cweetnya daris ni... Harap citer ni dpt publish la yer... Best sgt..
ReplyDelete