BAB 12: SESUNGGUHNYA ..DIA
LELAKI PELINDUNGKU
HAMPIR dua belas malam
mereka sampai di kediaman mewah Zara. Daris memberhentikan keretanya dan
kemudiannya menoleh ke sisi. Hok aloh..tidur tak hengat dunia! Melihat Zara
yang lena sangat tidur, langsung tidak sedar mereka telah sampai. Daris senyum.
“Zara..Zara..Zara..” panggil
Daris beberapa kali tapi no respone! Daris menggoyangkan bahu Zara beberapa
kali, masih juga no respone. Hm..sah! Dah ke bulan, ke bintang dah ni. Daris
menggelengkan kepala.
“Zara..bangunlah..kita
dah sampai ni..” Daris cuba mengejutkan Zara lagi dengan nada suara yang agak
kuat supaya Zara tersedar tetapi hampeh.
“Hm..apa nak buat ni?”
Daris mengeluh. Takkan nak dibiarkan Zara tidur di dalam kereta ni sampai ke
sudah. Esok dia pun bekerja. Daris garu kepala cuba berfikir.
Daris keluar dari kereta
dan berlalu ke pintu satu lagi untuk mengejutkan Zara.
“Zara..Zara.Zara..” masih
berusaha mengejutkan Zara. Aii..budak ni! Kalau orang buat apa-apa langsung tak
sedar. Membahayakan kesejahteraan hidup betullah! Nasib baik dia masih
tergolong dalam golongan manusia ‘baik-baik’. Kalau tak baik, dah ‘selamat’ dah
budak ni. Daris merenung Zara yang begitu lena sekali mengulit mimpi. Matanya jatuh
ke leher Zara yang putih mulus membuatkan hati lelakinya bergetar. Daris yang sedang
membongkok di tepi pintu kereta menegakkan badannya kembali sambil
mengibas-ngibas kolar t-shirt yang dipakainya. Tiba-tiba rasa panas semacam pula
tak tahu kenapa? Fuhh..
“Apa nak buat ni?” Daris
memandang sekeliling cuba mencari akal. Matanya terpandang security guard yang
menjaga kediaman Zara. Ha..suruh saja security guard ni bawa Zara masuk.
“Encik!” panggil Daris
sambil menggamit security guard yang menjaga pintu kediaman Zara.
“Ada apa tuan?” tanya
security guard berbangsa india itu setelah berada di hadapan Daris.
“Boleh bawa Cik Zara ni
masuk ke dalam,” beritahu Daris sambil menunjukkan Zara yang sedang tidur
dengan lenanya.
Security guard itu
menjenguk Zara yang berada di dalam kereta. Tertelan air liur melihat Zara
sedang tidur dengan lenanya. Bulat pula matanya meneroka badan Zara yang berbalut berbaju kurung dari atas
sehingga ke bawah. Pandangan mata x-ray seperti boleh tembus apa yang berada di
sebalik baju.
Daris pula pandang
security guard itu dengan curiga. Boleh percaya ke ni? Daris ragu-ragu. Berat hati
pula nak membiarkan security guard itu membawa Zara masuk ke dalam yang sah-sah
kena papah.
“Tuan, kalau mau saya
angkat ini cik muda..boleh..boleh..” security guard india itu bersetuju dengan
mata bersinar-sinar. Dah bersiap sedia nak memegang Zara dengan gopoh.
“Eh, nanti..nanti.” Daris
menahan dengan mencengkam bahu security guard itu dengan kuat. Security guard
itu berpaling dengan muka bengang.
“Tadi suruh saya kasi
angkat.” Security guard itu pandang Daris tak puas hati. Baru nak merasa pegang
perempuan cantik sudah kasi potong itu stim la.
“Tak payah! Bukak itu gate
saya yang kasi masuk ini cik muda,” Daris berkata tegas. Menyesal pula menyuruh
security guard itu, nampak sangat gelojoh dengan perempuan.
“Cett! Tadi suruh kasi
angkat..sekarang tada jadi..cakap tada supa bikin,” security guard india itu
membebel tak puas hati.
Daris buat pekak. Perhatiannya
tertumpu pada Zara yang masih tidur dengan lenanya. Tak terkejut langsung bila
mendengar bunyi bising-bising. Tidur macam telan Xanax! Daris menggelengkan
kepalanya lagi.
Daris membongkok di tepi
Zara. Nak tak nak terpaksa memapah Zara masuk ke dalam rumah.
“Zara..Zara..” masih cuba
mengejutkan Zara. Tetap hampeh!
Dah bosan cuba mengejut
Zara sedari tadi tak dapat-dapat. Daris
merapatkan badannya ke arah Zara cuba melepaskan lock seatbelt yang
berada di sebelah sana. Sewaktu badan mereka bersentuhan Daris cuba menahan
nafasnya. Gementar sihh..
“Zara..kita masuk dalam,
ye!” Daris tarik nafas dalam-dalam sebelum mengangkat dan mencempung Zara.
“Homak aihh..” boleh
tahan berat juga budak nih! Berat tulang ke? Berat dosa ni? Daris sempat
mengomel. Zara bergerak-gerak sewaktu dicempung oleh Daris.
“Ingat atas katil apa
ni?!” omel Daris lagi bila Zara cuba berpusing. Dengan sekuat tenaga Daris
membetulkan badan Zara supaya mudah untuk dicempung. Kepala Zara terlentok lalu
terkena pipi Daris dan Daris terus menoleh cuba melihat wajah Zara. Tapi, tak
sangka pula hidung mereka pula yang berlaga. Jantung Daris dah berdebar
laju-laju. Mujur tak melantun keluar. Daris hampir semput menahan rasa. Daris
tarik nafas dalam-dalam dan bertenang. Bila getaran hatinya bergetar sekata
barulah Daris mencempung Zara masuk ke dalam rumah.
Security guard india itu
membuka gate dengan muka masih tak berpuas hati. Jeles tak hengat dengan Daris
yang dapat merasa memegang perempuan cantik. Cett!!
Pembantu rumah Zara
membuka pintu dan menunjukkan arah ke bilik Zara. Sepanjang ke bilik Zara,
Daris sempat memerhati sekeliling kediaman Zara yang cantik dan serba-serbi
mewah. Memang seronok menjadi orang berharta berbilion ni. Getus hati Daris.
Zara diletakkan di atas
katil lalu diselimuti. Daris merenung wajah Zara yang enak mengulit mimpi. Terlalu
polos. Entah kenapa ringan saja tangannya mengelus rambut dan pipi Zara. Bibirnya
merekah senyuman bila melihat wajah Zara berkerut-kerut.
“No! No! Pak ngah..kakak
princess cop dulu,” tiba-tiba Zara mengigau di dalam tidurnya dan Daris dapat
menangkap jelas apa yang diperkatakan oleh Zara. Tersengih Daris dibuatnya. Oh..dah
pandai main-main cop-cop, yer! Tadi jual mahal sangat! Teringat Zara yang
bersungguh-sungguh menidakkan kata-kata Salsabila tadi.
“Budak cute, nih! Betullah..”
pipi Zara dicubit perlahan. Kemudian, jarinya menjalar ke bibir Zara pula. Hati
Daris begitu tergoda dengan ulas bibir Zara yang merah merekah. Wajahnya tanpa
sedar di dekatkan ke wajah Zara. Semakin hampir..
“Little girl!” muncul
George of the jungle. Daris kantoi!
“Hei..who are you?” tanya
George dengan bengis. George terkejut melihat lelaki asing berada di dalam
bilik anak majikannya dengan tingkah mencurigakan.
Daris yang tertunduk
rapat dengan wajah Zara terus bingkas bangun mendadak.
“I..er..am..her..friend..yap..i’m
her friend.” Kalut Daris memperkenalkan dirinya. Bimbang dia disalahertikan.
“Friend?” George
mengangkat keningnya tanpa senyum.
“Er..yes..” tergagap
Daris. Dia cukup menggeletar bila berhadapan dengan bodyguard Zara yang persis
men in black itu. Sudahlah tertangkap dalam keadaan mencurigakan dengan Zara. Risau
pula hatinya, takut tak pasal-pasal free kena belasah. Tertelan air liur Daris bila
terfikirkan perkara itu. Lagi buat Daris telan liur melihat men in black di
hadapannya dengan figure berketul-ketul. Sekali kena libas tak pasal makan ikut
tiub pula nanti.
“What are you doing here,
young man?” tanya George dengan pandangan curiga.
“Oh..just getting her
into bed..” Daris cuba explain niatnya yang ‘suci murni’.
“What? Are you trying to
get her into bed??” George fikir lain.
“No! No! What I meant was..
getting her.. into..her..bed.” satu persatu Daris cuba buat men in black sorang
ni faham bahasa.
“Really? Man always want
to get their woman into bed..am I right, young man?” kata George dengan wajah
tanpa riak. Stone! Sebijik muka men in black.
“Okay, Mr! If that’s what you’re thinking, you’re wrong!”
Daris dah mula bosan. Syak wasangka walaupun ada kebenarannya mula buat Daris
bengang. Dia lelaki bermaruah, okay! Dia mengaku ada perasaan itu tetapi
hatinya hanya teringin menyentuh bibir Zara sahaja. Hatinya geram dan tergoda
dengan bibir itu. Hanya itu! Kalau tak..dah lama Zara dah ‘selamat’ di bilik
hotel semalam. Gerutu hati Daris.
“Okay, I copy that! So ,
young man! Until when are you going to be here?” amboih! Menghalau nampak.
“Oh..I should leave right
now..” faham-faham sudah. Daris pandang Zara seketika sebelum dia mula
melangkah ke pintu. Bibirnya tersenyum sedikit tatkala melihat Zara mengubah
posisi tidurnya. Good night..dear..
George memberi laluan
kepada Daris sewaktu Daris cuba melintasinya. Sebelum sempat Daris melintasi
bahunya ditepuk dan dicengkam kemas. Daris menoleh. Terkejut!
“Do not hurt my little
girl feelings.” George memberi amaran. Pandangan mata George yang tajam
membuatkan Daris benar-benar terancam.
Daris terangguk-angguk. Dia
lebih kepada terkejut sebenarnya ingatkan nak kena tibai rupanya kena ‘last
warning’ yang pertama. Pheww..Daris lega.
“I will..no!! I mean..I
won’t hurt her,” cepat-cepat Daris memperbetulkan kata-katanya sebelum men in black
karate tengkuknya pula nanti. Haish..apsal duk salah cakap aje ni! Daris tepuk
mulutnya yang asyik tersasul.
“Good..” bahu Daris
ditepuk beberapa kali. Entah kenapa Daris merasakan tepukan di bahunya seperti memberi
amaran keras. Huh! Men in black betul..
“Special delivery breakfast
for you..hot chocolate, sardine puff and tuna sandwich.” Zara meletakkan ke
semua makanan yang di bawanya di depan Daris. Tanpa dipelawa Zara duduk di
kerusi di depan Daris. Wajah Zara amat ceria pagi ini. Bersemangat!
“Thanks, Zara! Tapi..kenapa
baik hati sangat ni?” tanya Daris agak pelik. Tapi, dia suka sangat apa yang
Zara lakukan untuknya di pagi-pagi hari bekerja seperti ini. Buat dia
bersemangat nak bekerja. Tadi, macam malas pun ada biasalah Monday blues..
“Thank you..coz you
brought me home last night. Saya tak sedar langsung dah sampai rumah tau. Awak
angkat saya waktu saya tengah tidur, ye? Saya ada buat perkara memalukan tak?”
tanya Zara pula. Sungguh..dia tak sedar langsung. Sedar-sedar sudah pagi dan
dia sudah berada di atas katilnya sendiri. Siapa lagi yang membawanya masuk ke
bilik kalau bukan Daris. Telahannya tepat apabila dia bertanya Martha pembantu Filipinanya
siapa yang menghantar dirinya ke bilik semalam adalah Daris. Cuma yang tak
bestnya, bimbang jika dia melakukan sesuatu yang memalukan. Manalah taukan! Diakan
tengah tak sedarkan diri. Mama cakap kalau dia tidur boleh tahan tak
senonohnya. Adoila..menurun percentage keayuannya. Malu..malu..
“Tak adalah..biasa je..”
nafi Daris dengan suara agak bergetar. Tiba-tiba, rasa bersalah pula bila
teringat balik dia hampir nak menciumi gadis itu semalam. Kalau tidak dengan
kemunculan bodyguard men in black Zara semalam sah-sah dah selamat kena cium
dah. Daris berdehem sedikit cuba menyembunyikan perasaannya dan cuba berlagak
biasa.
“Betul ke? Leganya..takut
juga buat sesuatu yang memalukan,” Zara tersenyum lega.
Daris terkedu melihat
senyuman lebar Zara. Sebenarnya, terkedu melihat bibir Zara yang hampir
disentuhnya semalam yang merekah senyuman manis untuknya.
“Thank you so much,
Daris! Kalau macam tu saya balik dululah, bye!” Zara terus bangun dari kerusi
dan berpusing pergi ke pintu. Dia gembira kerana tidak melakukan perkara yang
memalukan. Hoyeh!!
“Zara!” Daris
cepat pergi mendapatkan Zara dan memegang tangan Zara dari belakang.
Zara berpaling dan
memandang Daris dengan wajah hairan. Zara senyum menanti Daris berkata sesuatu
untuknya kerana Daris terlalu lama mengamati wajahnya seperti ada perkara yang
amat penting untuk diberitahu. Zara senyum lagi menanti..
Daris teragak-agak..
“Zara..lain kali jangan
tertidur di mana-mana tanpa saya,” luah Daris akhirnya setelah lama bertatapan
mata. Dia risau jika Zara buat perangai macam semalam tanpa dirinya. Memang membahayakan
diri, tidur tak ingat dunia. Orang cuba mengambil kesempatan pun tak
sedar-sedar. Bahaya betul!
“Hah? Ooo..okay..” Zara
terkejut mendengar permintaan Daris yang dia rasakan pelik. Zara masih senyum
memandang Daris dan dari sinar matanya bagaikan cuba bertanya Daris kenapa
Daris bersikap sedemikian.
“Okay..” Daris juga
senyum. Zara benar-benar buat dia merasakan sesuatu yang indah.
“What’s wrong with you,
Daris?” tanya Zara masih lagi hairan dengan perangai Daris yang kelihatan lain
sangat.
“Eh, mana ada apa-apa!
Biasa je..” nafi Daris terus mengalihkan pandangannya ke arah lain. Tak kuat
hatinya memandang wajah Zara yang setiap hari mewarnai hatinya.
“Awak sakit ke, Daris?”
risau pula melihat sikap pelik Daris. Jangan-jangan Daris sakit kot?
“Saya okaylah, awak..”
Daris tergelak kecil. Sakit? Sakit angau kot?
“Yelah..awak nampak lain!”
Zara merenung dalam ke mata Daris cuba mencungkil apa yang terselindung di
sebalik hati Daris sebenarnya.
“Merepeklah awak..saya
biasa je la..” Daris melarikan matanya ke arah lain.
“Jangan sorok..” tangan
Zara cepat menarik bahu Daris mengadap dirinya kembali. Zara merenung tajam
anak mata Daris masih cuba mencungkil apa yang tersirat.
Daris terkedu melihat renungan tajam dari Zara yang amat melemahkan jiwanya. Haish..
“Mana ada apa-apa! Saya
macam biasalah,” tak habis-habis menafikan perasaannya.
“Okay, fine..” Zara dah
malas nak memaksa lagi.
“Saya ada meeting jap
lagi. Terima kasih bawakan saya sarapan pagi. Nak-nak hot chocolate ni..tau
saya sukakan hot chocolate, ye!” Daris berterima kasih.
“Saya masih ingat lagi.
Okay, bye!” Zara senyum menganggukkan kepala dan berlalu keluar.
Selepas ditinggalkan oleh
Zara, Daris termenung seketika.
Perasaannya..hatinya..hm..
QAISER lambat masuk ke
pejabat hari ini. Dari jauh dia ternampak Zara yang berada di lobi Armada. Mungkin
Zara ingin bertemu dengannya tetapi dia masih belum sampai di pejabat lagi. Seperti
biasalah Zara tu, tak pernah berubah rutin hariannya yang akan datang ke
pejabatnya setiap hari hanya ingin bertemu dengannya dan menguruskan kehidupan
hariannya. Hanya kebelakangan ini Zara tidak mengikut kebiasaannya. Daris buat
tak kisah dengan kehadiran Zara di situ terus pergi mendapatkan lif tanpa
apa-apa perasaan selepas mengumumkan pertunangannya yang akan berlangsung tidak
lama lagi. Hati Zara langsung dia tidak kisah.
“Zara ada datang sini, Arni?” tanya Qaiser sewaktu melintasi
meja setiausahanya.
Arni yang sedang mengadap
komputer terkejut dengan pertanyaan bosnya kerana sejak dari dia masuk bekerja hari
ini bayang Miss Zara tidak pernah kelihatan. Terkejut juga dengan pertanyaan
bosnya yang tidak pernah-pernah bertanyakan Miss Zara sebelum ini. Rasanya dah
agak lama Miss Zara tidak ke pejabat bosnya itu. Lagilah, selepas bosnya
mengumumkan pertunangannya dengan gadis lain pada Sabtu lepas.
“Tak ada pula Miss Zara
ke sini pagi ini.” Beritahu Arni.
Langkah Qaiser terhenti. Ternyata
apa yang difikirkannya meleset.
“Owh..yeke? Okay, saya
masuk dalam dulu.” Qaiser hairan. Tetapi, tidak lama kerana banyak perkara yang
ingin dia lakukan pada hari ini. Zara tidak termasuk di dalam senarainya.
PESANAN PENULIS:
Hope you guys happy dengan perkembangan Daris n Zara. Lately, diorang mula rapat. Teman tetapi mesra you..hehehe..selepas ini hidup Zara dipenuhi warna-warni dengan kehadiran Daris. Tiada lagi kelukaan dan kesedihan disebabkan Qaiser. Hoyehh!! Enjoy reading..
hehe suka2 ^^
ReplyDeleteStiasa mnanti n3...hehehe
ReplyDeleteHoyeahhhhh... Mak sukaa sgt!
ReplyDeleteBest....!!! #^_^
ReplyDeletecepat2 lh dek writer...wat zara tangkap cintan ngan daris...nk qaiser plak rase sakit cam yg die bwat kat zara selama nih...terhegeh hegeh jer zara tampa dihargai...ape pn biar lh daris yg jadik buah ati zara tk mo qaiser...
ReplyDeleteyeah sweet sgt daris ngan zara.. <3
ReplyDeleteSWEETNYA DARIS NGAN ZARA NAK LAGi BOLEH.
ReplyDeletefinally..huhu
ReplyDelete