Tuesday, 18 June 2013


BAB 9: SESUNGGUHNYA..DIA LELAKI PELINDUNGKU


“DENGAR sini, adik! Lepas ni, abang tak nak tengok adik layan budak form six tu lagi. Ingat! Adik jangan nak berbalas surat dengan budak form six tu lagi. Faham tak?” marah Qaiser. Dia cukup menyirap dengan budak lelaki form six yang selalu mengirim surat dengan Zara.

Apsal pulak? Zara suka dialah, abang! Dia budak lelaki form six yang paling hensem tau kat sekolah ni. Budak-budak perempuan sekolah lain pun ramai yang minat dengan dia. Tapi..dia minat Zara.” Zara sengih tidak peduli dengan teguran Qaiser. Dia memang sukakan Abang Riyan. Mereka dah declare couple dah!

“Abang tak suka adik berkawan dengan budak perasan bagus tu! Nak termuntah abang!” Qaiser cukup meluat dengan Riyan yang begitu terkenal dikalangan pelajar perempuan. Huh! Macam bagus!

“Zara dah couple dengan Abang Riyan la..” Zara tak suka Qaiser menghalangnya dari berkawan dengan Abang Riyan.

“Putuskan! Dengar cakap abang ni! Adik tak boleh ada hubungan dengan sesiapa pun kecuali abang!” bentak Qaiser kuat. Sakit betul hatinya melihat Zara berbual mesra dengan budak form six itu di perpustakaan tadi. Kalau tak disabarkan hati mau ditibai budak form six tu kat tengah jalan karang.

“Kenapa Zara nak dengar cakap abang? Zara bukan adik betul abang pun. Abang anak Auntie Qarlina kawan mama Zara je, kan?” bantah Zara dengan sakit hati. Dia tak pernah kata apa pun bila kawan-kawan perempuannya meminati lelaki itu. Dia yang selalu menjadi orang tengah kepada mereka yang meminati Qaiser. Dia sekali pun tak pernah merungut.

“Adik kena dengar! Kalau tak abang report kat papa dan mama adik bercinta dengan budak form six! Adik nak kena grounded ke? No more Disneyland, no more shopping..kelas persendirian..duduk rumah dua puluh empat jam siap bodyguard, nak?” ugut Qaiser.

“Abang jahat!” air mata Zara terus tumpah. Qaiser telah menakutkan dirinya. Dia mana boleh hidup dua puluh empat jam di rumah saja. Siapa boleh tahan dikurung walaupun di dalam sangkar emas? Zara tak rela. Dia sanggup mengakhiri hubungannya dengan abang Riyan jika dapat mengekalkan kebebasannya seperti sekarang.

“Ingat, adik! Kalau abang nampak adik dengan mana-mana lelaki lain lagi. Abang terus report dengan Auntie Delilah.” Qaiser tak habis-habis dengan mengugut. Sakit betul hatinya Zara menjadi rebutan budak-budak lelaki sekolahnya.

“Abang ni memanglah! Zara benci abang!” Zara merajuk terus berpeluk tubuh dengan geram lalu dipalingkan badannya ke arah lain. Tunjuk protes!

“Adik..abangkan ada! Buat apa berkawan dengan budak lelaki lain. Adik nak keluar dengan abang bila-bila masa pun boleh. Mama adik percayakan abang. Dengan budak lelaki lain adik tak boleh berkawan sesuka hati. Nak keluar pun tak dapat tanpa bodyguard. Hm..?” pujuk Qaiser. Dia sangat-sangat tahu Zara amat menghargai kebebasan, Hanya dia satu-satunya pintu kebebasan Zara.

“Adik..” pujuk Qaiser lembut. Rambut Zara dielus dari belakang.

Okay..Zara putus..” ujar Zara dengan wajah paling monyok. Abang Riyan..sob..sob..putus kerana terpaksa..

“Macam tu la adik abang.” Qaiser mengusap rambut Zara yang lembut beralun.

“Zara nak balik!” dah tak ada mood! Mood dah diambil oleh Encik Mahmood. Bergurau dengan hatinya sendiri yang dah tentu-tentu bengang giler! Urghhh..

“Abang hantar?” pelawa Qaiser.

“Tak payah!” masih menunjuk protes.

Okay..karang abang ambil adik tengok wayang, nak?” tanya Qaiser cuba mengembalikan keriangan Zara.

“Tak de mood!” pendek.

Hm..kalau tak nak tak apa. Abang tak paksa. Abang balik dulu. Make sure adik balik dengan Uncle George. Kalau abang tahu adik balik dengan orang lain abang tak teragak-agak beritahu Auntie Delilah adik tak nak dengar nasihat abang.” Sakit hati dengan penolakan Zara yang banyak kali, masih sempat mengugut.

Huh!” Zara menghentak kakinya membentak tanda protes dan teramat geramkan Qaiser yang terlalu mengawal dirinya.

Qaiser tergelak. “Adik..” tangan Zara ditarik supaya Zara mendekat. Wajah comel Zara dipandang dekat. Geram betul melihat bibir mungil Zara yang merah asli sedang muncung sedepa. Kepala Zara digosok-gosok perlahan dengan sengihan nakal. Dengan tidak semena-mena Qaiser meraup kedua belah pipi Zara lalu memberi satu ciuman di dahi.

Zara terus tersedu. Terkejut!

ZARA tersedar dari lamunan. Teringat zaman kanak-kanak, remaja dan menginjak dewasa yang sentiasa membesar bersama Qaiser. Satu waktu dulu, mereka terlalu rapat. Qaiser terlalu menyayangi dirinya. Namun, tidak lagi..Qaiser bukan seperti dulu. Dia bukan lagi keutamaan Qaiser. Dia bukan sesiapa bagi lelaki itu lagi. Hati Zara terlalu bersedih apabila terfikirkan kenangan lama.

Zara terus berjalan. Langit mendung seperti memahami perasaan Zara yang terlalu terluka. Air mata Zara jatuh berderaian. Serentak itu, hujan mula menitik. Zara meneruskan langkahnya langsung tidak mempedulikan rintik hujan yang mula terasa keras jatuh di kulitnya.

“Zara..” terasa lengannya dicapai. Zara menoleh dan kelihatan Daris dengan sekaki payung. Zara hanya dapat merasakan badannya ditarik dan dipeluk. Sedar-sedar dia sudah berada di bawah sekaki payung bersama Daris. Bahunya dipeluk erat dari belakang dan kehangatan dapat dirasai kerana mereka begitu melekat seperti gam UHU. Terus terngiang kata-kata Daris.

For every girl with broken heart there is a guy with a glue. Untuk cantum semula hati yang berkeping-keping tu, don’t worry!” Zara merenung lama wajah Daris tanpa Daris sedari. Zara seperti tersedar akan sesuatu.

Daris yang melihat Zara dari jauh dibasahi hujan terus mencari sekaki payung di tempat security guard yang menjaga di hadapan lobi syarikat.

“Payung ada, uncle?” tanya Daris kepada security guard yang menjaga.

Security guard tak banyak bunyi terus meminjamkan sekaki payung kepada Daris.

Daris dengan tergesa-gesa berlari mendapatkan Zara yang sudah menjauh. Bila sudah hampir dengan Zara terus menarik Zara berteduh di bawah sekaki payung yang dibawanya semata-mata kerana perempuan itu.. Tanpa diduga dia memeluk bahu Zara dan menarik badan mereka supaya rapat di antara satu sama lain. Niat Daris hanya satu tidak mahu Zara kebasahan lagi.


“Kenapa berhujan? Nanti demam, Zara!” tanya Daris. Kedengarannya seperti marahkan Zara berhujan.

Zara kelu nak bersuara. Sikap Daris membuatkan dia sukar nak berkata-kata. Dia tidak tahu kenapa harus ada Daris di setiap saat dia terluka? Pelindung? Malaikat penjaga? Zara tidak tahu. Apa yang dia rasakan kini? Dia mula menerima seorang lelaki lain selain Qaiser di dalam hidupnya.

“Zara? Are you listen what I’m saying? Zara? Awak okay tak ni? Jangan takutkan saya, Zara?” kedengaran suara Daris cemas pula.

Zara masih memerhati wajah Daris dari riak wajah tegang marahkan dirinya bertukar menjadi cemas risaukan dirinya. Hati Zara tersentuh.

“Zara?” Daris cukup risau melihat Zara merenung dirinya tanpa berkelip. Apa yang tak kena? Daris tidak dapat menangkap apa yang sedang berlaku dengan Zara? Seperti Zara baru mengalami shock sehinggakan tiada kata-kata yang mampu diucapkan.

“Bertenang, Zara! Ikut saya ke café, okay?” Daris cuba menenangkan Zara ingin membawa Zara ke café yang berdekatan.

Daris mendorong Zara dengan memeluk bahu Zara disepanjang perjalanan mereka ke café.

“Daris!” Zara tiba-tiba bersuara sewaktu mereka masih berjalan menuju ke café di dalam renyai-renyai hujan. Mendongakkan wajah merenung Daris.

Daris menundukkan  wajah melihat Zara dengan pandangan tidak mengerti.

Mereka saling memandang..

“Saya akan mengingati awak setiap kali hujan mula menitik. Perasaan hujan dan kehangatan di samping awak membuatkan saya kuat. Awak balut jiwa saya dengan sikap hangat awak. Terima kasih, awak! Kerana selalu ada..” tangan Daris yang sedang memegang pemegang payung di genggam lembut. Zara merenung lembut ke dasar mata Daris biarpun matanya masih berkaca-kaca.

Mereka masih berpandangan.

“Zara..” Daris dapat merasakan hati Zara yang bersedih. Tidak semena-mena menarik Zara rapat ke dadanya.

“Menangislah sepuas-puas hati..” Daris rela dadanya basah dek air mata jika dapat mengembalikan keriangan di wajah Zara.

“Daris..” Zara teresak-esak di dada Daris dengan semahu-mahunya.

Hujan semakin deras membasahi bumi. Mereka berdua di bawah sekaki payung. Saling menyandarkan hati masing-masing.

TAN SRI Megat Arman Zainal Abidin menganjurkan majlis makan malam tahunan syarikatnya. Kesemua pekerja tidak kira pekerja atasan atau bawahan dijemput memeriahkan majlis. Tidak terkecuali Zara sebagai pemegang saham dan rapat dengan keluarga Qaiser dia tiada alasan untuk tidak menghadiri majlis itu. Zara menghadiri majlis itu separuh hati. Bila teringatkan Daris juga menghadiri majlis itu barulah Zara bersemangat sedikit untuk menghadirinya.

Zara berhias cantik dengan gaun malam berwarna keemasan. Gaun yang terdedah di dada dan belakang. Fesyen berkemban! Rekaan dari rumah fesyen terkemuka di New York. Bila sudah berpuas hati, Zara turun ke bawah. Dia akan mengikuti papa dan mama ke majlis itu. Dia tidak mengharapkan Qaiser datang menjemputnya seperti waktu yang sudah-sudah. Dia dan Qaiser sudah lama tidak berhubungan.

Dato Sri Farid hanya menggelengkan kepala melihat anak daranya berfesyen dengan gaun malam yang terlalu terdedah. Matanya dijelingkan pula ke arah isterinya menunjukkan perasaan tidak puas hati dengan sikap anak dara yang terlalu berani dengan fesyen tidak cukup kain. Datin Sri Delilah hanya menjungkitkan bahu. Dato Sri Farid masih menggeleng-gelengkan kepalanya sewaktu George membukakan pintu limo.

George juga menjungkitkan bahu sewaktu Dato Sri Farid melabuhkan punggungnya ke seat yang empuk. Huh! Ramai betul yang menyebelahi anak manjanya itu termasuk ketua securitynya. Zara! Zara!

MAJLIS berlangsung dengan gilang gemilang sewaktu Zara melangkah masuk. Lampu disorot ke arahnya sewaktu dia sedang berjalan masuk ke dalam ballroom. Zara tidak gentar kerana dia sudah biasa begitu. Menjadi perhatian setiap mata di dalam majlis itu. Zara umpama patung cendana ada yang menggelarkan Zara seperti patung Barbie pun ada. Dengan rambut yang keemasan dan gaun malam yang juga keemasan. Terlalu menarik dan menjadi perhatian.

Zara mengikuti papa dan mamanya ke meja makan VVIP.  Tidak sampai beberapa minit dia duduk di situ Zara mula tidak betah. Dia dilanda kebosanan. Selalunya dia bersama dengan Qaiser setiap masa jika menghadiri apa-apa majlis. Tetapi, perkara itu tidak lagi menjadi kebiasaannya lagi.

Zara tidak tahu dia harus lakukan apa? Dia langsung tidak teringatkan Daris. Sewaktu pengacara majlis mengumumkan ketibaan Tan Sri Megat Arman Zainal Abidin pengerusi Armada. Zara menoleh kerana dia tahu pasti Qaiser juga berada di situ. Dia ingin tahu adakah Qaiser juga berseorangan seperti dirinya? Ternyata sangkaannya meleset sama sekali. Zara melihat Qaiser begitu megah bergandingan dengan seorang gadis yang lembut dan ayu dengan gaun malam berwarna hijau emerald. Semangat Zara terus down dengan tiba-tiba. Tubir matanya mula panas dek takungan air mata. Zara cuba kuat tetapi dia tidak berdaya. Hatinya terlalu sakit melihat perempuan lain berjalan bergadingan dengan Qaiser sambil memeluk lengan perkasa Qaiser yang satu waktu dulu dia juga terlalu megah apabila berjalan bergandingan dengan lelaki itu.

Qaiser dilihatnya terlalu kacak dengan tuksedo putihnya. Alam bagaikan terhenti sewaktu melihat Qaiser melangkah masuk ke dalam ballroom seperti seorang putera raja sedang melangkah ke singgahsana. Qaiser nampak begitu gembira dengan pasangannya. Hati Zara tidak berdaya memandang Qaiser tersenyum lebar memandang pasangannya. Senyuman semanis itu tidak pernah terukir sekali pun untuk dirinya. Hati Zara menjadi sayu.

Hati yang sudah terluka bagai disiram cuka bila Qaiser dan pasangannya mengambil tempat di meja yang sama dengan Zara duduki. Zara cuba tersenyum walaupun awkward sewaktu Qaiser menyapa. Tanpa sedar Zara menggenggam napkin di atas riba dengan kuat cuba menahan dirinya sedaya yang mungkin. Wajah Qaiser yang bersahaja sewaktu mata mereka berlaga membuatkan Zara mengetap bibir dengan tiba-tiba. Lelaki itu benar-benar tiada perasaan! Qaiser melayannya seolah-olah dia seorang yang asing. Setiap yang pernah berlaku di dalam hidup mereka tidak  memberi apa-apa makna bagi lelaki itu. Every moment..every kiss..even the fight and the pain. Zara amat kecewa.

Excuse me..” Zara bingkas bangun. Dia tidak dapat bertahan lagi. Dia harus pergi. Mata, telinga dan lebih-lebih lagi hatinya tidak dapat bertahan jika dia masih berada di situ. Tanpa memandang Qaiser dan pasangannya Zara terus beredar. Zara sempat menjeling mama yang memandang simpati ke arahnya. Zara hanya memandang mama dengan mata yang sudah berkaca-kaca. Zara menggelengkan kepala sebelum berlalu.

Baru separuh jalan Zara melangkah, kedengaran pengumuman dari pengacara majlis. Jelas di telinga Zara pengacara majlis menjemput Qaiser memberi ucapan. Zara berpusing ke belakang. Entah kenapa dia teringin melihat Qaiser di atas pentas. Mungkin itulah kali terakhir dia melihat Qaiser. Zara tersenyum nipis melihat Qaiser yang segak dengan tuksedo pilihannya. Zara baru teringat itulah pilihannya yang terakhir untuk lelaki itu. Selepas ini, tak akan ada lagi.

Zara menunduk dan mula melangkah. Dia tidak sepatutnya berada di situ dari awal lagi. Langkah Zara tiba-tiba terhenti. Telinganya dapat menangkap suara Qaiser sedang mengumumkan sesuatu. Zara berpusing lagi.

Terpempan!

Kelihatan Qaiser begitu erat memeluk pinggang bakal tunangannya yang akan berlangsung tidak lama lagi. Itulah pengumuman Qaiser sebentar tadi. Zara hampir tumbang mendengar pengumuman dari Qaiser. Hatinya seakan ditikam berkali-kali sehinggakan dia sukar untuk bernafas. Zara cuba bernafas seperti biasa namun dia terasa semput. Salur pernafasannya terasa sempit dan membuatkan Zara memegang dada dan leher. Ditambah tepukan gemuruh bergema di seluruh ballroom membuatkan Zara memejamkan mata. Dia dapat merasakan badannya ringan dan semakin ringan.

“Zara!”

“Daris..” terus memeluk Daris. Kakinya teramat longlai dan sukar untuk berdiri dengan dayanya sendiri. Dia terpaksa berpaut pada Daris.

“Bertenang Zara..” Daris menyokong Zara dari rebah. Memaut bahu Zara dengan erat. Kemudian, mendorong Zara keluar dari ballroom. Zara perlukan udara segar.

Okay sikit tak?” tanya Daris sambil menghulur air mineral kepada Zara yang duduk di sofa di ruang lobi.. Daris lihat wajah Zara kelihatan amat pucat walaupun dilitupi mekap.

Zara hanya mengangguk lesu sambil meneguk sedikit air mineral pemberian Daris.

“Zara..saya hantar awak balik.” Daris fikir yang dia patut menghantar Zara pulang. Zara kelihatan terlalu lemah pada pandangan matanya. Dia tahu Zara tidak dapat menerima kenyataan yang CEO mereka akan bertunang dengan perempuan lain. Dia tahu hati Zara amat terluka tetapi dia buntu tidak tahu bagaimana harus memujuk?

Tanpa menunggu Zara bersuara Daris memegang kedua belah bahu Zara dan membangunkan Zara supaya berdiri. Zara hanya menurut dengan lemah. Hatinya lesu.

Zara masih mendiamkan diri di dalam kereta. Daris hanya mampu mengeluh. Dia terlalu kasihankan Zara. Perempuan itu walaupun pada luarannya kelihatan angkuh dan sombong namun bukan begitu dalamannya. Daris melihat Zara dari sudut berlainan. Dia nampak sisi Zara yang bersedih dan terluka. Zara seorang yang amat memerlukan perhatian dan  perlindungan. Oleh kerana itu, dia selalu terdorong untuk menjaga dan melindungi perempuan itu. Terjadi begitu saja tanpa alasan..

Dear..” seru Daris cuba memujuk. Bukan dia sengaja mengada-ngada memanggil Zara begitu. Ia hanya perkataan lembut untuk memujuk. Dia tiada niat lain.

“Daris..hug me!” Zara yang lama berdiam diri tiba-tiba bersuara.

Hah?” Permintaan Zara amat mengejutkan Daris.

“Buat saya lupakan Qaiser!” suara Zara kedengaran bukan meminta tetapi seperti arahan. Daris blur dengan sikap Zara yang tiba-tiba berubah dari lesu kecewa bertukar menjadi agresif dan menggoda.

“Saya tak faham, Zara?” Daris merenung Zara dari sisi tanpa berkelip. Sedang berfikir apa yang dimaksudkan oleh Zara sebenarnya.

“Saya akan buat awak faham, Daris!” Zara yang hanya memandang ke hadapan nekad melakukan sesuatu yang berani. Dia hanya ingin melupakan lelaki bernama Qaiser. Jika begini jalan yang boleh membuatkan dia melupakan Qaiser sampai bila-bila dia sanggup!

Zara terus membawa badannya merapati Daris dan terus mengucup bibir Daris.
 
Dunia seakan terhenti..


Daris tercengang dengan kucupan Zara yang masih melekat di bibirnya. Tidak berkelip merenung Zara. Terkejut pada mulanya kemudian naluri lelakinya menjalar ke segenap salur darah. Dia juga seorang lelaki.

Wajah Zara direnung tajam.

Zara kembali menyandar. Dia tidak percaya dengan dirinya kerana terlalu nekad. Tangannya tanpa sedar menyentuh bibirnya yang masih basah. Zara menoleh ke arah Daris. Lelaki itu sedang merenungnya dengan renungan yang tajam. Zara mengagak Daris marah dengan sikap nekadnya. Perasaan kesal mula bertandang di hati kerana membuat Daris begitu. Dia cuba mempergunakan Daris bagi tujuan melupakan Qaiser. Betapa selfishnya dia!

I’m sorry, Daris! Saya tak patut! Oh..” Zara rasa bersalah sangat-sangat.

Situasi mereka menjadi janggal dan Zara tidak senang duduk.

“Kita balik, Daris!” ajak Zara cuba menjernihkan suasana. Seat belt yang berada di sisi ditarik bersedia untuk memulakan perjalanan namun belum sempat dia lock seat belt tangan Zara ditarik pantas oleh Daris sehingga rapat.

Terlalu rapat! Hidung bertemu hidung.

Zara pula yang tercengang. Tidak faham dengan sikap Daris pula.

Sewaktu Daris mula mendekatkan wajahnya Zara memejamkan matanya. Dia dapat merasakan bibirnya dikucup lembut. Zara membuka matanya. Terasa bibirnya dikucup lembut kemudian bertukar rentak menjadi liar. Zara sukar bernafas dan perasaannya mula dilanda sesuatu yang sukar diungkap. Tanpa sedar Zara mula membalas kucupan demi kucupan sehingga tidak terkawal lagi.

“Hotel?” desah Daris di telinga Zara kerana dia tidak dapat menahan dirinya lagi. Nafsunya tidak dapat dibendung lagi. Dia hanyalah manusia biasa. Kehidupan yang cuba dia tinggalkan sewaktu di US tersingkap satu persatu. Bila cuba berubah kepada yang lebih baik cubaan semakin keras menghujani diri.

Melihat anggukan Zara membuatkan Daris menjadi lebih tidak terkawal.
 
PESANAN PENULIS:
What will happen next? Big hug from  me.. ;p

14 comments:

  1. hope...daris dpt kawal nafsu yg....andai takdir zara bkn berjodoh ngan qaiser,agar daris lh pelindung zara dlm duka nestapa nyer...usah lh terjebak dlm godaan maksiat daris...please.halal kn segala tindakan.akk suker sngt dek andai daris for zara.....Daris lh pelindung zara dunia akhirat....pleaseeeeeeee

    ReplyDelete
  2. Hope Daris tak buat benda bodoh pada Zara....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kot..dariskan pelindung zara, kan...?

      Delete
  3. jahat qaiser ni x suka geram betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. qaiser mmg heartless but one day dia akn sedar juga

      Delete
  4. daris x kan buat zara macam tu kan ,nak lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kot...? sy akn update ASAP..

      Delete
  5. err.. tolong buat qaiser merana sebab buat zara mcm tu. ahahaha... kasi kijam sket...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lom lg lg coz zara yg byk mnderita shingga satu tragedi

      Delete
  6. sy hrp qaiser still akn jd hero n akn brsama zara blik eventhough skarang ni die kejam ngn zara tp hopefully dia sedar yg sbnrnye die cintakn zara not dhamirah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq mizcleo krn memilih qaiser.. :)

      Delete
  7. Agree with mizcleo. Still hoping qaiser is the hero :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kura2 pun pilih qaiser..hmmmmmm..hehe..

      Delete