BAB 25: SESUNGGUHNYA..DIA
LELAKI PELINDUNGKU
Cawan teh diletakkan.
Roti Gardenia yang telah disapu mentega dan peanut butter dikunyah perlahan.
Selera Zara mati. Hanya memaksa diri supaya kembali bertenaga. Dari segi
fizikal, demam Zara sudah kebah. Dari segi hati dan perasaan, Zara cukup terdera.
Zara terdiam lama sambil merenung roti yang masih bersisa. Zara banyak berfikir
tentang isu virgin. Malah, tangannya juga gatal meng’google’ isu virgin di
internet. Zara ingin tahu pendapat orang di luar sana. Zara ingin bersedia
betul-betul sebelum berterus-terang dengan Daris. Sepanjang kegatalan tangannya
meng’google’ Zara terlihat satu artikel. Sesuatu yang membuatkan dirinya
merasakan sesuatu. Artikel berlandaskan satu hadis..
“Lelaki baik untuk perempuan baik, Lelaki tidak baik untuk perempuan tidak baik”
Melekat kuat di dasar
hati Zara. Entah kenapa hati Zara sangat-sangat down setiap kali terfikirkan
artikel itu. Layakkah dia untuk lelaki sebaik Daris?
Kemudian, Zara google
lagi..
“Not to be a virgin is to be dirt”
Tidak semestinya bukan dara
bermakna kotor..
Definitely, not to be a
virgin is to be a whore..
Bukan kehendak dirinya
pun..
Letak duduknya seorang
perempuan adakah kerana kesuciannya?
Zara termenung lagi..
Jika dahulu, Zara tidak mengambil kisah tentang isu dara. Kini, Zara tidak dapat menerima kenyataan pahit itu. Satu waktu dulu, Zara berusaha mempersiapkan dirinya sesempurna yang mungkin untuk menjadi seorang isteri kepada lelaki bernama Megat Qaiser Zulkarnain. Isteri kepada CEO yang disegani, Zara sanggup belajar bermacam-macam dan menjaga virginnya hanya untuk lelaki itu. Andai Qaiser menginginkannya sebelum pernikahan Zara juga tidak kisah. Semata-mata, hanya untuk lelaki itu. Zara tidak tahu apa yang ada di kepalanya waktu itu. Terlalu naïf! Menyedihkan!
“Kita keluar awak!”
tiba-tiba saja Zara menghubungi Daris mengajak Daris keluar. Zara dah nekad!
“NAK ke mana ni?” tanya
Daris. Terkejut Zara mengajaknya keluar tetapi ajakan Zara bukan setakat keluar
biasa-biasa tetapi keluar dari Kuala Lumpur..keluar dari Malaysia. Daris masih
dengan perasaan terkejutnya. Tak percaya!
Tapi, mereka kini sudah
bersiap sedia dan bila-bila masa akan berlepas sebentar lagi. Ke mana? Daris
masih blur. Nasib baik passportnya masih belum tamat tempoh. Moga-moga belum
tamat tempoh..sempat hati kecilnya menyanyi. Ish, perasaan penasaran masih
belum terungkai selagi Zara belum memberitahu mereka akan ke mana? Begini
agaknya, kehidupan anak-anak orang kaya. Asalkan hati terlintas ke mana saja
pun boleh pergi. Tiba-tiba Daris terasa kerdil pula bila berada disamping Zara.
“Bandung!” ringkas.
“Hah!” mata Daris
membulat besar. Tak percaya!
Zara hanya mengangguk.
“Saya perlukan
kedamaian..awak temankan saya, ya? Tak apa, bukan jauh pun. Esok kita
baliklah!” begitu mudah anak seorang kaya berkata.
Daris hanya tarik nafas
dalam. Kedamaian?
Akhirnya, mereka sampai
di Puncak, Indonesia
Mereka menginap di sebuah
cottage yang sangat cantik dan mendamaikan. Tempatnya juga sejuk, sebenarnya
terlalu sejuk. Hampir menggigil Daris dibuatnya. Dah lama tidak merasa suasana
dingin seperti ini. Dah banyak tahun berada di US pun Daris masih belum betah
dengan suasana dingin. Winter, musim yang paling ditunggu setiap orang tetapi
bukan untuk dirinya. Daris benci winter! Kaki yang selalu bermain bola sepak
ini selalu buat hal kalau musim sejuk menjengah. Tak tahan sengalnya!
“Cottage ni..cantik..”
ujar Daris sewaktu mereka menapak ke depan cottage itu. Daris menarik nafas
dalam-dalam. Udara dingin, bau tanah dan pokok-pokok yang menghijau.
Sungguh..mendamaikan jiwa. Daris menghayati kehijauan sambil kedua belah
tangannya menyeluk poket dan mengangkat kedua belah bahunya sambil menghirup
persekitaran yang segar. Sempat hatinya beristirghfar dan memuji kebesaran
ciptaan Allah.
“Ini hadiah papa untuk
mama..cantikkan?! Tempat istirehat favourite mama. Di sini mendamaikan jiwa.
Saya suka di sini, buat hati saya tenang.” Zara memejamkan mata. Menghirup
udara segar di sekeliling sambil mendepakan kedua belah tangannya. Berpusing
satu kitaran, cuba menyatukan diri dengan alam semulajadi. Menghayati..
Daris hanya memerhati
Zara yang cantik menghayati keindahan alam. Terpegun melihat kecantikan Zara
bersatu dengan alam semula jadi. Keduanya ciptaan Allah yang hebat. Hati Daris
yang sedia jatuh terjatuh lagi melihat Zara yang polos. Tahukah kamu, setiap
kali tidurku..ku kagumi wajahmu, setiap kali itu jantung ini berdetak kamulah
pemilik hati ini. Renungan mata Daris melekat hanya untuk wajah itu. Asyik..
Zara bila bersama dengan
lelaki dicintai di tempat yang mendamaikan ini membuatkan jiwa Zara lebih
bertenang. Tiada apa yang diinginkan olehnya lagi selain pemilik hatinya itu,
Daris! Zara buka mata lantas tersenyum manis untuk buah hati tersayang.
Sungguh..hatinya jatuh cinta untuk lelaki itu. Cinta yang sukar untuk
dinyatakan, tiada unsur berlandaskan nafsu atau kepentingan hati, hanyalah
semata-mata kerana cinta. Zara membalas renungan Daris. Sama-sama tenggelam
dalam asyik.
“Hm..jom awak..pasti Bapa Yunus sudah menunggu kita..” ujar Zara selepas seketika dengan sedikit loghat Indonesia. Sengaja! Kemudian, tersengih ke arah Daris yang sudah terangkat keningnya.
“Bisa..bisa..” Daris membalas. Mata Daris hampir sepet dengan sengihan nakalnya.
Zara tergelak kecil.
“Awak..” panggil Daris
sebelum sempat Zara melangkah ke hadapan.
Zara berpaling dan
tersenyum. “Hm..?”
“Apa tujuan awak bawa
saya ke sini?” soal Daris tiba-tiba. Daris masih penasaran untuk itu.
“Ingin bersama dengan lelaki saya cintai..” balas Zara dengan senyuman manis.
Daris tersenyum membalas.
Sejuk hati Daris mendengarnya, sesejuk udara di sekeliling mereka. Zara
benar-benar membuatkan dirinya hidup.
Zara datang menghampiri Daris lalu ditarik kedua belah tangan Daris. Berjalan membelakang. Masih tersenyum. Kemudian, melepaskan pegangan tangan dan menolak Daris dari belakang pula sehingga ke pintu. Daris sengaja mengeraskan dirinya supaya Zara berusaha gigih menolaknya. Zara ketawa mengekek di belakang Daris.
“Awak..” Zara menolak
lagi.
Daris mengalah. Berpusing
lalu dipeluk pinggang Zara dengan sebelah tangannya. Kehangatan mereka bersatu.
Daris sempat menggosok kepala Zara beberapa kali. Lalu dicium tepi kepala Zara
dengan hidungnya. Harum..
“Jom! Tak tahan sejuk dah
ni.” rengek Zara.
“Jom!”
Mereka melangkah masuk ke
dalam cottage yang cantik.
Mata Daris memerhati
sekeliling..
Binaan colonial
bercirikan english cottage..
“Rumah lama?” tanya
Daris.
“Taklah! Cottage ni..papa
bina untuk mama.” Ujar Zara. Ini bukan rumah tinggalan penjajahan Belanda di
Indonesia dulu. Dibina oleh papa bercirikan English cottage. Kalau diikutkan
cottage ni dah berusia juga mungkin 15 tahun ke 20 tahun agaknya kerana sewaktu
Zara berumur lingkungan empat tahun cottage ini sudah wujud. Zara pun
ingat-ingat lupa.
“Tapi..dah lama..mungkin
20 tahun kut usia cottage ni.” beritahu Zara.
“Oh..cantik dan terjaga
cottage ni.” Daris memerhati sekeliling rumah. Matanya tertancap ke arah
fireplace. Api sedang marak membakar kayu api di dalam pendiang. Bau kayu api
dibakar memberi aroma menenangkan di persekitaran dalaman cottage dan
seterusnya menghangatkan segenap tubuh badannya. Tenang sekali!
“Bapa Yunus yang menjaga
cottage ini. Itu yang bersih dan terjaga.” Beritahu Zara lagi.
Daris masih memerhati..
“Meh, saya tunjukkan
bilik awak.” ajak Zara.
Mereka ke tingkat atas.
Zara menunjukkan bilik tetamu yang luasnya boleh tahan juga kerana siap ada pendiang
api sendiri di dalam bilik itu. Persekitaran bilik pula berdindingkan batu-batu
alam. Katil kayu dari jenis kayu jati bersaiz king sangat-sangatlah besar.
Kelihatan sangat selesa di pandangan mata Daris. Dah macam bilik hotel bertaraf
lima bintang – Luxury hotel room.
“Nice and really
comfortable room..” puji Daris.
“Suka awak suka..awak
rehatkan diri. Dah hampir sore ni..” tak habis-habis dengan loghat Indonya.
Daris sengih.
“Cewek genit nih, memang!
Lucu bangat!” Daris menggiat Zara.
“Lucu di sini..namanya
comel..am I so cute?!” Zara buat muka comel.
“Yes you are..sampaikan..buatkan saya nak menggigit-gigit hidung awak..” balas Daris siap membuat aksi menggigit.
Comelnya! Bila Daris buat
aksi macam tu. Zara tergelak.
“Awak pergi mandi. Kita
jumpa di bawah sebentar lagi.” Zara senyum sebelum menutup pintu.
Pintu ditahan..
Zara membuka kembali
pintu dengan wajah berkerut hairan. “Hm..?”
“Saya ada cakap tak..yang awak..sangat cantik!” ucap Daris dengan wajah romantis.
Wajah Zara terus berubah
merah dengan pujian Daris. Cukup gula kata-kata itu. Zara senyum sebelum
menutup pintu sepenuhnya.
Mereka bertemu kembali di
meja makan. Hidangan makan malam telah tersedia. Siap ada ayam panggang beserta
makanan enak yang lain. Ditemani cahaya lilin.
“Candle light dinner?”
Daris duduk.
“Technically..yes it
is..but actually cottage ni pengcahayaannya tak berapa nak cukup. So..dinner
time memang kena pasang candle.” Terang Zara.
“Frust pula
mendengarnya..ingat tadi betullah candle light dinner.”
“Not really..but..we can
assume..this is candle light dinner for us.”
“Hm..apa yang penting
makan dengan orang yang tersayang.” Tambah Daris lantas tersenyum.
“Yes..it is..” Zara juga
senyum.
Sesudah makan malam mereka berehat di depan fireplace. Masing-masing hanya mendiamkan diri. Tidak tahu apa yang harus dibualkan.
“Hm..”
“Er..”
Awkward scene..
“Okay..awak..saya
rasa..hm..I feel strange..” Zara tiba-tiba bersuara. Awkward sangat!
Daris tidak bersuara
hanya merenung Zara.
“Are you angry with me?”
tiba-tiba meluncur di bibir Zara.
“About what?”
“Everything..”
“Banyak perkara yang saya
nak bertanya tapi apa yang awak nak berterus-terang dengan saya?” Daris
merenung Zara dengan mendalam. Zara kelihatan gelisah di matanya. Seperti ada
sesuatu.
“Er..hm..” Zara tiba-tiba
senyap. Renungan mata Daris amat sukar untuk ditentang. Inikah waktunya?
“Zara..” seakan memaksa
“I don’t know..” betul
tak tahu. Hati Zara masih berbelah bagi dan ragu-ragu. Mungkin belum masanya.
Zara amat takut kehilangan Daris. Hatinya tak mampu..
“Zara..”
“Apa yang saya tahu..hati
saya..” Zara membawa tangannya ke dada kiri. “Hanya untuk awak..” keberanian
datang untuk membalas renungan mata Daris. Sinar mata Daris terpancar api dari
cahaya api dari pendiangan di belakangnya. Melankolik cinta yang menyala-nyala
untuk dirinya. Hati Zara cukup tersentuh.
“Itu sudah memadai untuk
saya.” Daris senyum seraya mengelus pipi Zara dengan mesra.
Zara memegang tangan Daris.
Menggenggam erat. Dikala Zara hampir melepaskan tangannya..
“Jangan lepaskan..”
tangan Zara ditangkap kembali. Daris tidak ingin melepaskan tangan Zara seperti
takut Zara akan pergi jauh darinya selamanya jika tangan mereka dileraikan.
“Awak..” perasaan
bersalah mula melilit diri. Zara terus menarik tangannya. Tindakan refleksi
dari hati diselubungi rasa bersalah. Namun..
“Five minutes..” Daris
menahan lantas membawa tangan Zara ke wajahnya lalu dicium dengan hidungnya.
Dilekapkan ke pipinya selepas itu. Merasai kehangatan tapak tangan Zara yang
menghangatkan hatinya.
Zara berlagu sendu dalam
diam. Lidah Zara kelu. Bila tiba, segalanya mungkin berakhir.
“Awak baik..saya tak tahu
adakah saya cukup baik untuk awak?” Zara bersuara tiba-tiba kerana hatinya
semakin terdera dengan perasaan bersalah. Zara terus menarik tangannya. Menunduk.
“Jangan menilai diri
Zara..kita bukan sesiapa untuk menilai..bukan hak kita..itu ketentuan Allah..milik
kita hanya berusaha. Saya juga tidak sempurna. Saya juga ada cacat celanya.” Bicara
seorang lelaki yang tidak tahu kepastiannya. Mungkin diketika ini. Tapi, jika
kebenaran terbuka luas bisakah bicara itu dipertahankan? Zara ragu-ragu.
“Saya hargai..” Zara
hanya mampu tersenyum.
“Zara..” suara Daris
terhenti, seperti ingin menyatakan sesuatu tetapi tidak diteruskan.
“Saya mengantuklah
awak..saya pergi tidur dulu, ya?” Zara terus bingkas bangun. Sukar untuknya
berlama lagi di situ.
“Kita bercakap lagi esok,
ya? Kita bangun pagi-pagi sebab saya nak bawa awak lihat panorama matahari
terbit di sini. Awak pasti sukakannya! Sekali melihatnya, pasti ingin
melihatnya lagi di sini.” Zara baru teringat aktiviti kesukaannya bila berada
di Puncak.
“Okay..” Daris mendongak
lantas tersenyum. Menyukai cadangan dari Zara.
“Awak?” tanya Zara.
“Don’t worry about me! Kejap
lagi saya masuk tidur.” Ujar Daris.
Zara senyum sebelum
beredar.
“Er..awak..kat sini ada
tak minyak panas?” tiba-tiba Daris bertanyakan minyak panas. Malu pun ada
bertanyakan minyak panas waktu-waktu begini tapi itulah kelemahannya yang tidak
dapat dielakkan. Kakinya akan merasa sengal di tempat dingin begini. Dengan suhu
sejuk semakin menggigit perasaan Daris tahu dia pasti terseksa sehingga ke pagi
jika kakinya tidak disapu minyak panas. Inilah padahnya bermain bola sepak tak
hengat! Daris pernah mengalami soft tissue injury di lutut ketika bermain bola
sepak di zaman remajanya. Kesannya membawa sehingga ke hari ini.
Minyak panas? Mana nak
mencari? Zara menggaru-garu kepalanya.
“Kalau tak ada, tak apalah!” melihat Zara tergaru-garu
kepalanya Daris dapat mengagak pasti Zara tidak tahu minyak panas ada atau
tidak di dalam cottage itu.
“Awak sakit perut ke?”
tanya Zara sedikit kesal.
“Eh,taklah! Nak sapu kat
kaki saya ni. Kaki saya cepat lenguh kalau sejuk-sejuk begini. Ada minyak panas
tu kaki saya okay sikit.” Jelas Daris.
“Oh..nanti saya call
Bapak Yunus..mungkin dia ada kot!” Zara bergerak ke tangga, ingin ke tingkat
atas mencari handphonenya.
“Tak perlulah, Zara! Dah
lewat ni, mungkin dah tidur.” Daris menegah Zara. Tak mahu menyusahkan orang
lain.
“Awak..sorry, ek! Kalau saya
tak terburu-buru bawa awak ke sini. Mungkin saya boleh sediakan apa yang patut
untuk awak. Saya ni tuan rumah tak berhemah, kan?!” Zara rasa bersalah lagi.
“Awak..saya okaylah..don’t
worry!” Daris menyedapkan hati Zara. Kesal pula bertanyakan pasal minyak panas.
“Betul?”
“Betul, Zara! Awak
pergilah tidur.” Mengiyakan kata-kata Zara lalu menyuruh Zara pergi tidur. Biarpun
kakinya mungkin akan lenguh-lenguh dan sakit nanti. Tidak mengapalah, sekurang-kurangnya
Daris gembira berada di samping kekasih hati.
“Saya pergi tidur dulu. Apa-apa
ketuk pintu bilik saya tau!” dalam terpaksa Zara melangkah juga sambil
mengingatkan Daris jika memerlukan apa-apa segera memberitahunya.
Daris hanya mengangguk.
Tidak sampai sejam
berbaring Daris dah terasa lenguh-lenguh kakinya. Terseksanya! Daris menarik
comforter dan menggulung dirinya biar menjadi tebal namun kesengalan masih
belum berkurangan. Homak aihh..
Daris cuba statik tidak
mahu banyak pergerakan yang akan membuatkan kakinya bertambah sengal nanti. Kehangatan
dari pendiang api tidak sampai sepenuhnya sehingga ke katil. Mana taknya, katil
sebesar alam macam ni!
Daris terdengar pintu
bilik diketuk. Tak lain, itu pasti Zara. Teringat telatah Zara di Port Dickson.
Tak dapat tidur lagilah tu! Daris bangun lambat-lambat. Nak menapak..huuuu..sejuk
gila! Menggigil dibuatnya.
“Apa awak?” tanya Daris
sebaik membuka pintu. Bila mata dicelik sepenuhnya terkejut melihat Zara
membawa comforter tebal sehingga menenggelamkan Zara dari pandangan matanya.
“Buat apa angkut
comforter ni?” tanya Daris hairan. Jangan dibuat akal panjang Zara cakap nak
tidur sebilik dengannya lagi sudah. Mereka berdua dah banyak lepas laku sangat
semenjak declare couple ni. Daris tidak biasa dan bimbang. Dia bukan malaikat.
“Bagi awak la!”
terhuyung-hayang Zara membawa comforter tebal masuk ke bilik Daris. Selepas
itu, Zara membentangkan comforter tebal itu berdekatan pendiang api. Comforter yang
berada di atas katil di ambil. Biar banyak comforter, pasti Daris akan tidur
dengan selesa nanti bila berada dekat dengan pendiang api.
Daris senyum. Akhirnya, Daris tahu apa yang ingin Zara lakukan. Daris tersentuh dengan kebaikan Zara.
“Meh, la..sini..syok ni
tidur dengan comforter tebal-tebal macam ni.” ajak Zara lantas tersengih comel.
Daris senyum membalas. Terkesima
melihat karektor manja plus comel yang ditonjolkan oleh Zara. Dengan rambut
panjang hitam ditoncang sedikit di tepi kepala dengan getah rambut comel. Zara
kelihatan keanak-anakan. Daris menyenangi situasi itu.
Daris menghampiri..baru
saja nak duduk..kaki Daris bersilang terus terjatuh. Nasib baik badannya
tercampak ke atas comforter tebal yang sudah terbentang.
Zara mengekek ketawa.
“Oh..ketawa, ek! Tak lucu..”
Daris geram kena gelak.
Zara mengekek ketawa
lagi. Wajah Daris cukup lucu bila terjatuh tadi.
“Stop laughing! Zara..awak..” Daris merangkak ke arah Zara dengan renungan tajam. Persis seekor harimau merenung mangsanya. Zara seakan mencabar dirinya.
Zara terdiam tiba-tiba. Entah
dari mana, muncul idea gila di kepala Zara.
“Awak!” Zara duduk
bersila di atas comforter membiarkan Daris semakin rapat.
Zara hanya tersenyum
menggoda. Membiarkan Daris memerhati wajahnya dengan jarak yang dekat.
“Awak..” seru Zara dengan lembutnya.
Suara lembut Zara terlalu
kuat menggoda perasaan hatinya. Setegar manapun hatinya cuba menepis. Ternyata Daris
masih tak mampu.
Dengan kerelaan Zara
membiarkan dirinya dibaringkan menyemarakkan lagi geruh nafsu beraja di hati. Dia
bukan malaikat, dia seorang lelaki yang mempunyai sembilan akal namun tewas
dengan satu nafsu.
Daris menunduk cuba
merapatkan wajahnya dengan wajah Zara. Ingin sekali menyentuh bibir itu. Saat
semakin hampir..
Tangan Zara lembut
menahan kemaraan bibir Daris ke bibirnya. Menolak wajah Daris jauh dari
wajahnya.
Perbuatan Zara membuatkan
Daris terpinga-pinga! Fikirnya, Zara merelakan..
“Awak..cukup..saya bukan
perempuan baik! Awak faham maksud saya?” terus menolak dada Daris sehingga
Daris terpaksa bangun.
“Hah?”
“Saya sengaja, awak! Nak tengok
awak..supaya awak faham saya ni jenis perempuan bagaimana? Awak faham tak?”
cuba menjelaskan. Riak wajah Daris masih terpinga-pinga membuatkan Zara
merasakan mereka tiada harapan untuk bersama lagi. Tidak mengapalah, inilah
akhir cintanya. Sekurang-kurangnya, dia boleh berlapang dada tanpa kepalsuan.
Zara bangkit. Berlinang
lagi air matanya.
Menuju ke pintu..
“Tunggu!”
Langkah Zara terhenti..
“Maafkan saya!” kata maaf
Daris lebih membuatkan Zara faham ertinya.
“Tak apa!” tipikal
lelaki..
Zara terus melangkah.
“Bukan, awak!” langkah Zara
terhenti lagi. Tanpa berpaling. Hanya telinga menanti.
“Saya bukan sesiapa untuk
menghukum atau menilai, awak..” perlahan suara Daris seakan kesalkan sesuatu.
“Saya juga bukan lelaki
baik-baik. Saya juga pernah bergelumang dengan dosa. Bukan sedikit, awak..tak
terhitung..dan saya masih belum serik
mengulanginya lagi.” akui Daris dengan penuh penyesalan. Terduduk sambil
menunduk. Benarlah, kata-kata dari sepotong hadis..
“Lelaki baik untuk perempuan baik, Lelaki tidak baik untuk perempuan tidak
baik”
Sudah dijelaskan di dalam
Al-Quran..
Lidah Zara kelu apabila mendengar
kata-kata dari Daris. Lantas, Zara juga teringatkan artikel yang dibaca sebelum
ini. Mereka adalah sama. Haruskah dia gembira?
“TENGOK tu!” tunjuk Zara ke
arah matahari yang mula memancarkan cahaya merahnya sewaktu langit mula menukar
kelam kepada warna biru kekelabuan.
Mereka berdua duduk bertenggek
di atas batu sama-sama menghayati keindahan ciptaan Allah.
“Kita lupakan segalanya,
awak..” tiba-tiba Daris bersuara memecah hening pagi yang masih terlalu dingin.
“Hah?”
“Lupakan tentang masa
lalu..” cetus Daris lagi.
“Kita saling mempunyai kekurangan..dengan
kekurangan itu kita saling melengkapi diri kita masing-masing..” sambung Daris
seraya menoleh ke arah Zara dengan renungan redup.
Zara kelu lagi, hanya air
mata mengalir.
“Awak..” Daris memeluk
bahu Zara dari belakang. Melentokkan kepalanya di sisi kepala Zara. Menciumi
pipi Zara dari tepi.
“Tak pernah saya cuba
melupakan awak..biar pun seminit..saya terlalu cintakan awak.” Sekian lama,
itulah kata dari hatinya.
PESANAN PENULIS:
Ini last entry..selepas itu sy akan sudahkan skrip SDLP untuk dinilai terbit. Doakan saya ye.. THANK YOU untuk semua yang mengikuti cerita ini..
Amin... InshaAllah kalau dah rezeki tak ke mana...
ReplyDeleteAmin..thx kak..
DeleteInsyaallah dpt terbit...citer nih sgt best n sgt ohsem...x sabo nak tunggu versi cetak...hurmm..x sabo..x sabo...
ReplyDeleteThx ckp story merapu sy ni best..tp kene sabo awk..
DeleteGd luck!
ReplyDeletethx :)
Deletebila agaknya boleh keluar novel ni. x sabor nya.
ReplyDeletecies best...naseb baik daris boleh tima zara.tp jgn la qaisar kacau zara semula
Pesta buku thn dpn..Inshaa..Allah..
Deletehaaa, ni sorang lagi feveret writer ku,...'anak' dah nak 2 kluar kan...buat dwi-novel la cik ayu...kihkihkih...alahai cik ayu...i dah weng byk ni...ok menarik dgn apa dah jadi...byk persamaan dgn realiti hidup...terkenangkan kenkawan, ade yg msh hanyut d lautan...ade yg dah naik ke darat...ape si q nak buat bile tau zara cuti2 bandung ngan en dar kite????????coba teaserkan cikit.....
ReplyDeleteKetawa dulu jap! Ngeh3..dua ank skali xlarat der..satu..satu dulu..diorg bcuti kat bandung..si q da berasap mengalahkan krakatao nak mletup..jeng3..apalah si q nk buat kt Zara lg..teaser tu..harus..anyway thx zoora..miss u so much la..
Deletebest....saya doa semoga berjaya amin...
ReplyDeletethx awk..xpernah lupa dgn blog merapu sy ni..
Deletealahai...pasti akk merindui SDLP dn mendoa kn cepat dapat peluk novel u dek writer...superb best n menguja kn....wat akk siang terigau igau,malam termimpi mimpi....hehehe
ReplyDeleteRindu jgn xrindu..nt sy up teaser..buat ubat tidur akak karang xtidur lena pulak..
Deletealahai Zara.... ingt dgn Qaiser huhuhu. apapun all the best ye. tp nnti ada teaser sikit2 kan buat pelepas rindu hihihi
ReplyDeletethx arzalif..pasti ada teaser menyusul
DeleteDik.....akak nk tahu kisah adelia ( DPCA) macam mana kesudahannya?
ReplyDeleteDah diterbitkan ke? Ngan syarikat mana?
DPCA dah boleh dipeluk bermula mggu dpn..klu nk cpt boleh oder online melalui penerbitan Love Novel..thx krn sbr menunggu DPCA
DeleteDPCA dah peluk.....dah ada ulangan baca pun. Siap promote kat kawan2 lg. La ning akak menanti kisah daris dan zara plak. Walau berkonflik kisahnya......jgn rapatkan qaiser ngan zara. Uuhuu...... Jahat dan melampau sungguh perbuatannya ke atas zara.
DeleteKisah zara dan daris ni xde teaser ke dik? Asyik frust ajer bila buka blog. Hihihi....
ReplyDelete