Saturday 14 September 2013


BAB 24: SESUNGGUHNYA..DIA LELAKI PELINDUNGKU


ZARA sangat kepenatan. Fizikal dan lebih-lebih lagi mentalnya. Terlalu penat sehinggakan Zara hanya mendiamkan diri saja sepanjang berada di dalam kereta mewah Qaiser. Kepalanya masih lagi terasa sakit, Zara memejamkan matanya dengan pipi basah dengan air mata. Membiarkan saja tanpa niat untuk menghapuskan air mata yang mengalir itu. Jiwa Zara sangat terbeban.

Ketika sampai di perkarangan kediaman mewah Zara, barulah Zara membuka matanya. Zara membuka pintu kereta sebaik saja sampai di hadapan kediamannya. Tanpa bersuara atau menoleh sedikit pun ke arah Qaiser, Zara terus keluar.

Menghentam pintu kereta Qaiser sekuat yang mungkin.

Beberapa tapak..pandangan menjadi kelam dengan tiba-tiba..

Qaiser bengang Zara keluar dari keretanya begitu saja. Kemudian, menyirap pula bila Zara menghempas pintu keretanya dengan kuat. Ego Qaiser mencanak naik lagi dengan tingkah protes Zara apalagi terus keluar dari kereta untuk mendapatkan Zara. Mungkin Zara masih belum faham sepenuhnya dan harus diberi peringatan lagi agaknya.

Baru nak pergi mendapatkan Zara, bayang Zara terus hilang. Masakan begitu cepat? Qaiser menapak lagi. Matanya terpaku pada tubuh Zara yang sudah terbaring di bawah. Zara pengsan!

Besar mata Qaiser melihat Zara terbaring di atas tar yang keras.

“Zara!” Qaiser cepat pergi mendapatkan Zara.

“Zara! Zara!” banyak kali menyedarkan Zara namun tiada tindak balas.

Akhirnya, Qaiser terpaksa mencempung Zara sehingga ke kamar. Qaiser cuba menyedarkan Zara lagi tetapi Zara masih tidak memberi respon. Qaiser meneliti keadaan Zara lantas merasa dahi Zara dengan tapak tangannya. Terasa membahang dengan suhu badan Zara. Rupanya Zara demam.

“Zara!” panggil Qaiser lagi. Berharap Zara akan sedar. Namun, masih tidak memberi respon.

“Zara!” cuba memanggil lagi. Qaiser menyebak rambut Zara ke belakang dan membelai beberapa kali. Qaiser dapat merasakan kulit Zara semakin membahang. Terlalu panas!

Qaiser bingkas bangun sambil mengeluarkan handphone. Niat untuk menelefon doktor peribadi keluarganya, Dr Ishak. Baru saja nak mendail, telinga Qaiser tiba-tiba terdengar suara Zara bercakap sesuatu. Terus berpaling dan pergi mendapatkan Zara di katil.

Qaiser melihat Zara sedang menangis teresak-esak di dalam lenanya dengan tangan sedang menepis-nepis sesuatu. Qaiser menahan kedua belah tangan Zara dari menepis-nepis entah apa-apa. Qaiser menepuk pipi Zara perlahan cuba menyedarkan Zara. Namun, mata Zara masih terpejam rapat malah tangan Zara semakin rancak menepis-nepis sehinggakan Qaiser terpaksa mengalah.

“Zara okay tak ni?” tanya Qaiser. Mungkin Zara sudah sedarkan diri. Tapi, mata Zara masih terpejam rapat dan sedang menangis teresak-esak. Qaiser blur sekejap dengan telatah Zara. Kenapa ni? Cemas pula hatinya  melihat Zara begini. Terbit rasa bersalah di sebalik hatinya yang dibaluti kemas dengan perasaan selfish dan ego melangit.

“Abang..jangan..kasihanilah Zara..” Zara mengongoi di dalam tidurnya  merayu dikasihani.

Qaiser terdiam kerana dia tahu sangat dengan siapa Zara merayu.

“Kenapa abang benci sangat dengan Zara..” Zara mengongoi lagi.

Tangan Qaiser yang cuba membelai rambut Zara terhenti tatkala mendengar rintihan Zara.

“Kenapa buat Zara macam ni..kenapa..” suara Zara semakin lirih, perlahan dan terus hilang selepas itu. Hanya tinggal wajah Zara yang basah dengan air mata.

Qaiser merenung Zara dengan renungan yang sukar ditafsirkan. Tidak tahu apa yang sedang bermain di fikiran Qaiser? Namun, wajah khuatir Qaiser amat jelas kelihatan.

Untuk seketika..

Kemudian, Qaiser telah menelefon doktor peribadi keluarganya untuk datang melihat Zara yang demam. Selepas, kedatangan doktor peribadi keluarganya merawat Zara, Qaiser tidak terus pulang malah duduk bersama dengan Zara. Doktor menyarankan supaya mengelap badan Zara dengan air bagi menurunkan suhu badan. Qaiserlah yang mengelap badan Zara dari atas sehinggalah ke ke kaki. Pembantu rumah Filipina awal-awal lagi telah dihalau pergi oleh  Qaiser yang ingin melakukannya sendirian.

Qaiser merasa suhu badan Zara semakin menurun. Bingkas bangun menuju ke closet Zara yang sebesar alam, penuh dengan segala macam pakaian. Huh! Sempat Qaiser mengeluh, apa taknya nak mencari pyjama pun dah satu cerita. Menarik satu persatu drawer yang ada. Bila matanya tertancap pada drawer yang berisi pakaian dalam dan lingerie. Jari telunjuk Qaiser sempat menarik bra berwarna shocking pink ke depan mata. Tersungging senyuman herot.

Akhirnya, Qaiser menemui juga closet yang dipenuhi pyjama dan gaun pelbagai warna. Namun, yang menjadi pilihan Qaiser gaun tidur spegeti singkat berwarna putih bersih. Kemudian, berjalan menuju keluar closet sewaktu melalui drawer yang dipenuhi pakaian dalam Zara sempat pula mencapai bra shocking pink tadi dengan seluar dalam yang berpadanan. Tersenyum herot lagi.

Bila Zara siap dipakaikan baju dan dirapikan. Qaiser membelai seketika wajah Zara dengan renungan lama. Tak tahu kenapa hatinya tersentuh dengan wajah pucat Zara. Bila sudah berpuas hati, suhu badan Zara telah menurun ke suhu normal barulah Qaiser beredar. Sebelum beredar, Qaiser mengarahkan pembantu Filipina Zara menjaga Zara sehingga sedar dengan sepenuhnya. Siap mengugut diberhentikan kerja jika lalai menjaga Zara. Pucat lesi pembantu Filipina Zara dibuatnya.

SEBAIK saja mendengar Zara tidak sihat dari pembantu rumah. Daris tidak mengambil masa yang lama untuk sampai di kediaman Zara. Daris menunggu Zara turun dari biliknya. Daris sangat susah hati apabila mendapat tahu Zara sakit, bimbang mungkin kesihatan Zara terganggu disebabkan bersedih dengan sikap degilnya. Berdecit mulutnya menyalahkan diri. Tersangat kesal.

“Lama tunggu?” Zara muncul dengan wajah lemah dan pucat. Zara hanya memakai seluar panjang dan sweater hoodie berwarna biru lembut.

“Zara..” Daris terus bingkas bangun. Mereka saling bertatapan.

“Are you, okay?” tanya Daris jatuh simpati melihat wajah pucat tak bermaya Zara.

“Saya tak sihat, Daris..” adu Zara. Semuanya tak sihat, fizikal dan mental. Tak tahu bagaimana nak menghadapi dugaan perit ini. Zara merenung Daris lama cuba mencari sesuatu dalam diri Daris. Sebuah keikhlasan, mungkin? Dengan keikhlasan cinta mampukah Daris menutup mata dengan kenyataan dirinya bukan seorang yang suci lagi. Tipikal lelaki yang berasal dari kampung seperti Daris walaupun belajar tinggi sehingga ke luar negara mungkin masih menginginkan perempuan yang suci sebagai pasangan hidupnya. Kalau dulu mungkin Zara tak hairankan sangat tentang isu virgin kerana dia dibesarkan di dalam keluarga open minded dan mengamalkan budaya barat. Bila-bila masa jika Qaiser menginginkan dirinya dulu Zara rela menyerahkan dirinya demi cinta. Tapi, Zara tidak lagi berfikiran begitu setelah mengenali Daris dan keluarganya. Daris banyak mengajar dirinya supaya menyayangi dan menghargai dirinya sendiri. Menyokong dirinya supaya menjadi seorang yang kuat, tidak lagi bersedih dan terluka dengan penolakan Qaiser terhadapnya dulu. Kini, Zara menjadi ragu-ragu perlukah dia berterus terang dengan Daris? Terimakah Daris jika dia berterus terang? Zara resah sendiri.

“Meh, sini..saya nak tengok awak..” panggil Daris supaya Zara mendekatinya. Tapi, tak sempat Zara melangkah Daris dahulu yang menghampiri. Hoodie di atas kepala Zara dilurutkan ke bawah. Rambut Zara yang hitam bersinar dibelai dengan kedua belah tangannya. Melurut rambut Zara dari atas sehingga ke bawah beberapa kali dengan lembut. Kemudian, meraup kedua belah pipi Zara yang masih terasa suam-suam.

Zara hanya membiarkan Daris meraup kedua belah pipinya. Hanya matanya mencari sinar keikhlasan di mata Daris untuknya. Tersentuh dengan renungan mata Daris yang tulus mengambil berat akan dirinya. Jika Daris tahu?

“Awak tak sihat betul lagi ni..masih terasa panas.” Tangan Daris berpindah ke dahi Zara pula. Daris risau jika demam Zara belum kebah sepenuhnya.

“Saya dah makan ubat tadi. Mungkin selepas ni saya okaylah kot.” Zara cuba menyedapkan hati Daris. Mungkin sekarang Zara elok sedikit kerana baru lepas makan ubat. Apabila kesan ubat telah berkurangan panas badannya pasti kembali lagi.

“Saya rasa tak..badan awak ni dah panas balik ni. Jom, saya bawa awak pergi berehat di bilik. Last makan ubat tadi pukul berapa?” tanya Daris sambil memeluk bahu Zara dan mendorong Zara ke tangga.

Zara terdiam berfikir. Sebenarnya, Zara tak ingat waktu bila dia dah makan ubat? Ada tanda tanya mengenai dirinya sebaik saja dia bangun. Bukan apa, bangun-bangun tadi Zara sudah melihat dirinya berada di atas katil dengan pakaian telah bertukar. Kepala pula basah dengan tuala kecil yang dibasahkan. Melihat dirinya memakai gaun tidur singkat dengan pakaian dalam yang striking. Zara terfikir, pasti Si Jenny pembantu rumah Filipinanya yang menukar pakaiannya. Zara tak percaya boleh pula Si Jenny itu terfikir nak memakaikan dirinya dengan pakaian begitu. Boleh tahan juga citarasa Si Jenny tu, menyeramkan!

“Awak..tadi makan ubat pukul berapa?” tanya Daris sekali lagi bila melihat Zara boleh pula berangan entah ke mana.

“Eh, hurmm..lupalah awak!” kata Zara baru tersedar.

“Sampai atas nanti makan ubat lagi. Rasanya dah lama ni..kalau tak badan takkan panas macam ni. Ha..makin panas ni!” Daris melekap tapak tangannya di pipi Zara dalam keadaan tangannya yang lagi satu masih memeluk bahu Zara. Dah macam berpeluk sakan di atas tangga pula.

“Hei..you!” terdengar suara kuat dari belakang mereka. Zara dan Daris sama-sama menoleh. Terkejut melihat Qaiser berada di belakang mereka dengan wajah serius pembunuh upahan. Zara dah pucat.  

“Nak ke mana tu?” tanya Qaiser serius. Renungan helang pembunuh terlalu tajam menikam redup mata Zara.

Lutut Zara terus terasa lemah. Nasib baik Daris sedang memeluk bahu Zara. Kalau tidak mungkin Zara dah lama rebah di situ.

“Saya nak bawa Zara ke atas. Zara demam ni.” jelas Daris. Berharap CEO syarikatnya itu tidak berfikir lain. Niat dan tujuannya hanya mahu membawa Zara berehat di kamarnya. Itu saja.

“Sudah, kamu boleh balik! Nanti saya sendiri hantar Zara ke atas.” Dengan kuasa CEO Qaiser menyuruh Daris beredar.

Daris terdiam. Arahan dari CEO menyuruh Daris beredar. Tapi, rasa cinta Daris terhadap Zara melebihi segalanya. Lagipun, mereka bukannya berada di pejabat untuk tunjuk kuasa dan diarah. Daris hampir nak membuka mulut untuk membantah tetapi Zara pula yang terlebih dahulu membuka mulut.

“Inikan teman lelaki Zara..biarlah Daris hantar Zara ke atas.” Walaupun agak gentar Zara cuba mempertahankan Daris.

“Oh..teman lelaki..belum ‘kahwin’ lagi, kan?” sengaja menekan perkataan ‘kahwin’ supaya Zara menggelabah. Kening diangkat dengan renungan sinikal. Cuba membuatkan Zara faham dengan maksud ‘kahwin’ yang ingin disampaikan.

Zara bengang gila! Kerana Zara faham sangat maksud yang ingin disampaikan oleh Qaiser. Badan yang sudah sedia panas bertambah panas suhunya. Takat suhu paling tinggi 40’C. Ini takat berapa pun tak tahu, unread!

Daris tak faham apa yang sedang berlaku di antara mereka berdua ini. Seperti ada sesuatu yang sulit disembunyikan. Daris pandang Zara dan CEOnya silih berganti. Curiga!

“Daris..awak balik dulu. Pasal saya, awak jangan risau. Jenny nanti bawakan ubat untuk saya.” Zara terpaksa menyuruh Daris pergi. Zara tidak mahu Qaiser terlepas cakap sesuatu yang akan membuatkan dirinya menyesal tak sudah nanti. Zara terlalu sayangkan Daris. Zara tidak mahu Daris tersalah sangka terhadap dirinya. Biarlah mulutnya sendiri memberitahu Daris perkara yang sebenar. Jika, sudah tersurat Daris tidak dapat menerimanya sekurang-kurangnya Zara sudah berterus terang.

“Betul ni?” Daris macam tak percaya Zara menyuruhnya pergi. “If you want me to stay..I will stay..” Daris berat hati nak beredar. Daris berharap Zara tidak menyuruhnya pergi.

“Baliklah..nanti kita jumpa, okay?” Zara cuba memujuk Daris pergi. Zara sempat menjeling Qaiser. Mata Qaiser seperti menunggu masa saja nak meledakkan segalanya. Zara tidak punya kekuatan untuk menghadapi fasa begitu lagi. Berharap Daris cepat-cepat pergi.

“Okay?” Zara seakan memaksa Daris supaya bersetuju dan beredar dengan secepatnya. Membuatkan Daris merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Hatinya berdetak semacam. Tidak sedap hati-tidak keruan-bercampur-baur.

“Kalau macam tu..okay..tapi..bagi saya hantar awak ke atas dulu. Bagi awak rehat dulu. Then, saya balik.” Daris tidak gentar dengan CEOnya. Sudah terang dia adalah teman lelaki kepada Zara Diandra. Rasanya tak salah mengambil berat terhadap teman wanita sendiri. Cuma, Kenapa CEOnya nak menyibuk hal orang lain bukan girlfriend dia pun?! Daris sebal.

Dengar saja kata-kata Daris mata Zara terus memandang Qaiser yang berubah terus riak wajahnya. Zara tahu jika membiarkan Daris berada di situ seminit lagi Qaiser pasti meletus-meledak-meletup. Zara tak sanggup!

“Daris! Saya boleh pergi sendiri ke bilik saya. Awak baliklah dulu.” Zara terus berlari memanjat tangga ke atas. Walaupun, badan terasa sakit dan lemah digagahi juga. Straight tanpa menoleh lagi.

Daris tersentak melihat Zara pergi begitu saja seperti terlalu takutkan sesuatu. bertambah perasaan curiga di hatinya. Wajah CEO dipandang telus. Hanya senyuman sinis dihadiahkan untuknya.

“Well..you should leave..” dengan selamba menghalau. Qaiser berpuas hati dengan tindakan Zara.

Daris hanya diam dan beredar perlahan-lahan. Matanya masih mengharap Zara menunjukkan diri dan tidak membenarkannya pergi. Namun, hampa..

 
ZARA berpura-pura memejamkan matanya sewaktu pintu kamarnya diketuk beberapa kali dari luar. Zara tahu sudah pasti Qaiser. Sengaja Zara berpura-pura tidur supaya Qaiser tidak mengganggunya lagi.

Terdengar pintu dibuka. Zara pejam mata rapat-rapat.

“Dah tidur?” terdengar suara Qaiser bertanya. Zara membeku.

“Hm..cepatnya sudah tertidur.” Omel Qaiser terus berlalu ke pintu.

Zara terdengar pintu ditutup. Lega!

Zara bingkas bangun. Zara tak nak tidur kerana badannya terasa lenguh-lenguh dan sakit-sakit badan. Baru berkira-kira nak memanggil Jenny supaya menyediakan air mandian untuknya. Mungkin selepas mandi badannya akan lebih segar.

Zara baru nak memanggil Jenny. Matanya terus membulat besar tidak percaya Qaiser berada di muka pintu dengan senyuman sinis. Tak pergi lagi rupanya! Zara betul-betul tak percaya. Qaiser memang licik dengan helahnya, mati-mati Zara ingat Qaiser telah pergi tadi.

“Pura-pura tidur, konon!” Qaiser senyum sinis sambil menghampiri katil. Qaiser tak bodoh dengan tipu helah Zara. Mudah sangat nak diteka.

“Kenapa tak pergi lagi?” Zara mencebik geram. Berpeluk tubuh. Bengang tipu helahnya tidak berjaya.

“Saja nak tengok tuan puteri ni dah sihat ke belum?” Qaiser cuba meletakkan tangannya ke dahi Zara tetapi Zara cepat mengalihkan kepalanya ke lain.

Sebal! Bengang! Lelaki itulah penyebab Zara menjadi tidak sihat begini. Lagi mau tanya! Huh!

Qaiser duduk di sebelah Zara. Terlalu rapat.

Zara mengelak dengan badan dan kepalanya dipalingkan ke arah lain. Risau jika Qaiser buat gila lagi.

Nampak saja Zara mengelak Qaiser bertindak memaut bahu Zara dari belakang dan memaksa Zara berpusing ke arahnya. Saling berhadapan. Wajah ditundukkan  rapat ke wajah Zara.

“Tepilah!” Zara mengalihkan wajahnya. Hati Zara dah cuak. Kalau nak melawan, Zara mengaku kalah awal-awal kerana badannya terasa tersangat lemah. Kalau Qaiser buat kepala gilanya tak mustahil Qaiser akan mengulangi lagi perbuatan jahat kepadanya. Zara tak sanggup menampung beban perasaan itu lagi. Sungguh terseksa!

Qaiser tak peduli terus mara. Sengaja buat Zara takut.

“Jangan nak buat tak senonoh dengan Zara lagi! Zara..” terus menjarakkan diri. Tangan pantas mencapai vas kecil yang comel di meja sisi. Tak serik lagi agaknya nak kena baling dengan pasu! Zara dah mengacu.

“Kalau tak nak kepala tu bocor lagi. Jangan nak dekat-dekat dengan Zara lagi.” ugut Zara mengacu-acu vas comel di wajah Qaiser. Nak capai apa pun tak tahu, lampu tidur besar sangat memerlukan kedua belah tangannya untuk mengangkat. Tangan sempat mencapai vas comel di tepi lampu tidur. Zara dah takut gila.

“Tak habis-habis dengan pasu bunga dia! Dahi abang dah macam Harry Potter ada scar!” Qaiser tergelak kecil mengejek Zara. Setakat vas kecil tu? Apa barang!

Qaiser mara lagi.

“Jangan nak loyar sangatlah! Karang Zara hempuk pasu ni, biar retak kepala abang tu. Bukan setakat parut je dapat nanti. Doktor pun tak dapat tolong nak betulkan balik kepala abang yang mereng tu!” Zara menyumpah walaupun kedengaran agak lucu di telinga Qaiser. Dengan pasu kecil tu! Qaiser sengih.

“Dengan pasu tu! Okay..just try..” Qaiser menyerah. Seraya tergelak sinis.

Zara geram gila! Oho..ingat pasu ni kecik ingat tak boleh membutakan mata orang?! Karang kalau dah transformed menjadi Kassim Selamat jangan nak banyak bunyi! Zara dah bersedia nak menghempuk sekuat hati. Target tak ada tempat lain selain kedua biji mata helang pembunuh Qaiser.

Zara hayun kuat-kuat.

Qaiser selamba menangkap pergelangan tangan Zara.

“Cukup satu scar Harry Potter hadiah dari Cik puan Zara.” tersengih sinis. Sengaja mengacah Zara tadi.  Ingat betul-betul nak menyerah diri kena hempuk senang-senang macam tu je. Sorry banyak!

“Lelaki tak guna!” maki Zara. Bengang gila dipermainkan.


“Tak guna?” Qaiser sengaja mengangkat kening tebalnya. Mengejek!

“I’m functioning well! Mana yang rasa tak guna tu? Kita boleh testing lagi.” tak habis bengangkan Zara.

Zara cuba bingkas bangun. Betul-betul tak tahan dengan kerenah Qaiser.

Qaiser pantas pula menarik Zara rebah ke atas katil. Bergelut! Kesudahannya Zara terkunci di dalam pelukan Qaiser.

“Hei!” Zara pukul-pukul dada Qaiser.

Qaiser yang tak tahan kena pukul. Lantas, menangkap kedua belah tangan Zara lalu dihenyak Zara terlentang di atas katil. Tunduk rapat-rapat di wajah Zara sehingga membuatkan mata Zara terpejam rapat.

Qaiser tersengih lalu dicium pipi Zara kuat-kuat. Kemudian, melepaskan kedua belah tangan Zara dan berbaring senang hati di sebelah Zara sambil meletakkan kedua belah tangannya pula ke belakang kepala.

“Ingat apa? Dengan muka pucat lesi macam ni ingat abang selera nak tidur dengan Zara? Macam tidur dengan mayat!” Qaiser tergelak sinis.

“Tak guna!” pekik Zara geram.

“Rehat cukup-cukup. Simpan tenaga banyak-banyak sebab abang suka Zara struggling dengan abang. Seducing me..luring me in..” gigit bibir dengan sengihan nakal.

Zara dah berasap. Huh!


“Hmm..” Qaiser bingkas bangun. Siap buat senaman regangan pinggang seminit sebelum melangkah ke pintu. Sengaja membakar Zara dengan sengihan sinisnya.

“Tak guna!” Zara membaling bantal ke arah Qaiser. Sakit hati punya pasal!

“Lupa pulak! Okay tak pakaian abang pilih tadi? White gown..with shocking pink..hm..” Qaiser sengaja membuat pembakaran terbuka lagi.

Jelingan tajam Zara memanjangkan lagi sengihan sinis Qaiser.

“Upah ada? Upah tolong lap badan Zara dan pakaikan baju Zara tadi!” tambah Qaiser lagi. Tak habis-habis nak membakar.

Zara gigit bibir kuat. Baru tergerak hati nak membaling pasu bunga. Qaiser dah lenyap di sebalik pintu. Patutlah! Serentak itu pasu dibaling geram ke pintu. Nasib kaulah, pintu!
 
PESANAN PENULIS:
Really2 sorry..keep u olls waiting..this week sampai ahad sy kene keje. Sebelum tu kene hadiri conference medical. 2 hari kene kene ngadap dgn Venous Thromboembolism sampai nk mnth ijo. Nak tune balik kepala otak dengan daris n zara. garu kepala jgklah kat depan lappy. tapi, Alhamdulillah dpt jugak siapkan entry tak seberapa ni.
P/S: Daris will slowly..masuk dalam hidup Zara balik..walaupun Qaiser mendominasi entry buat beberapa bab ni. Inshaa..Allah..

18 comments:

  1. kesian kat Zara,,,
    xske dgn si Qaiser tu,,,jahat giler,,,
    cepat2 la Daris masuk dlm hidup Zara balik,,,
    biar hidup Zara xkucar-kacir mcm skrg,,hhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pun kesian kt zara..isk..isk..sapalah penulis kejam sgt tu..ngee..anyway thx ain..

      Delete
  2. cuan zara..tseksa dpt org mcm qaiser..

    ReplyDelete
    Replies
    1. :( kita xtau apa yg tjd di masa dpn..mgkn qaiser akn jd baik n syg zara..

      Delete
  3. Salam... cita ni best and x sabar nk tunggu novel ni keluar... Cuma nak tnya Sapa hero dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. thx ruunna..kene folo the flow bru tau sapa hero..

      Delete
  4. cepatlah update
    sy sangat suka novel ni tak sabar
    setiap kali baca dupdap..dup..dap jew hati ni boleh pecah...
    boleh jadi sehebat reham moktar kalau rajin update...
    plot cerita memang tak hampakan langsung...
    sy teruja...
    tak tahu nak luahkan macam mana bila baca novel ...
    cik writer so hot...
    love u..
    dalam fikiran sy semestinya daris ialah pelindung..tetapi si pencinta yg menambah rasa dalam novel ialah Qaiser..
    itulah kelebihan novel ni..
    tak semestinya baik itu hero..
    Tengok sy dah merapu kerana syok sendiri kalahkan cik writer pulak..
    muah,i love u cik writer..
    please update cepat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. love u too..love ur comment..sgt2 memahami..awk dpt rasa apa yg sy rasa..pelindung n pencinta..totally..hmm..i like..

      Delete
  5. i hope qaiser kahwin dgn zara..please update..

    ReplyDelete
  6. i like this novel,fantastic baby..kepala bocor

    ReplyDelete
  7. Me too..hoping for qaiser to end up with zara...hehehe mesti peminat daris marah ni... daris memang lelaki yang baik cuma zara nampak lebih sesuai dengan qaiser.

    But... kalau dah memang jodoh daris dengan zara, saya suker je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jodoh dh termaktub..siapa yg zara kahwin..soon..hehe..

      Delete
  8. mmg dh sengal qaiser nih...cian kat daris dn zara gak...

    ReplyDelete