BAB 24: SESUNGGUHNYA..DIA
LELAKI PELINDUNGKU
ZARA sangat kepenatan. Fizikal dan lebih-lebih lagi mentalnya. Terlalu penat sehinggakan Zara hanya mendiamkan diri saja sepanjang berada di dalam kereta mewah Qaiser. Kepalanya masih lagi terasa sakit, Zara memejamkan matanya dengan pipi basah dengan air mata. Membiarkan saja tanpa niat untuk menghapuskan air mata yang mengalir itu. Jiwa Zara sangat terbeban.
Ketika sampai di
perkarangan kediaman mewah Zara, barulah Zara membuka matanya. Zara membuka
pintu kereta sebaik saja sampai di hadapan kediamannya. Tanpa bersuara atau
menoleh sedikit pun ke arah Qaiser, Zara terus keluar.
Menghentam pintu kereta
Qaiser sekuat yang mungkin.
Beberapa tapak..pandangan
menjadi kelam dengan tiba-tiba..
Qaiser bengang Zara
keluar dari keretanya begitu saja. Kemudian, menyirap pula bila Zara menghempas
pintu keretanya dengan kuat. Ego Qaiser mencanak naik lagi dengan tingkah
protes Zara apalagi terus keluar dari kereta untuk mendapatkan Zara. Mungkin
Zara masih belum faham sepenuhnya dan harus diberi peringatan lagi agaknya.
Baru nak pergi
mendapatkan Zara, bayang Zara terus hilang. Masakan begitu cepat? Qaiser
menapak lagi. Matanya terpaku pada tubuh Zara yang sudah terbaring di bawah. Zara
pengsan!
Besar mata Qaiser melihat
Zara terbaring di atas tar yang keras.
“Zara!” Qaiser cepat
pergi mendapatkan Zara.
“Zara! Zara!” banyak kali
menyedarkan Zara namun tiada tindak balas.
Akhirnya, Qaiser terpaksa
mencempung Zara sehingga ke kamar. Qaiser cuba menyedarkan Zara lagi tetapi
Zara masih tidak memberi respon. Qaiser meneliti keadaan Zara lantas merasa
dahi Zara dengan tapak tangannya. Terasa membahang dengan suhu badan Zara.
Rupanya Zara demam.
“Zara!” panggil Qaiser
lagi. Berharap Zara akan sedar. Namun, masih tidak memberi respon.
“Zara!” cuba memanggil
lagi. Qaiser menyebak rambut Zara ke belakang dan membelai beberapa kali.
Qaiser dapat merasakan kulit Zara semakin membahang. Terlalu panas!
Qaiser bingkas bangun
sambil mengeluarkan handphone. Niat untuk menelefon doktor peribadi
keluarganya, Dr Ishak. Baru saja nak mendail, telinga Qaiser tiba-tiba
terdengar suara Zara bercakap sesuatu. Terus berpaling dan pergi mendapatkan
Zara di katil.
Qaiser melihat Zara
sedang menangis teresak-esak di dalam lenanya dengan tangan sedang
menepis-nepis sesuatu. Qaiser menahan kedua belah tangan Zara dari
menepis-nepis entah apa-apa. Qaiser menepuk pipi Zara perlahan cuba menyedarkan
Zara. Namun, mata Zara masih terpejam rapat malah tangan Zara semakin rancak
menepis-nepis sehinggakan Qaiser terpaksa mengalah.
“Zara okay tak ni?” tanya
Qaiser. Mungkin Zara sudah sedarkan diri. Tapi, mata Zara masih terpejam rapat
dan sedang menangis teresak-esak. Qaiser blur sekejap dengan telatah Zara. Kenapa
ni? Cemas pula hatinya melihat Zara begini.
Terbit rasa bersalah di sebalik hatinya yang dibaluti kemas dengan perasaan
selfish dan ego melangit.
“Abang..jangan..kasihanilah
Zara..” Zara mengongoi di dalam tidurnya
merayu dikasihani.
Qaiser terdiam kerana dia tahu sangat dengan siapa Zara merayu.
“Kenapa abang benci
sangat dengan Zara..” Zara mengongoi lagi.
Tangan Qaiser yang cuba
membelai rambut Zara terhenti tatkala mendengar rintihan Zara.
“Kenapa buat Zara macam
ni..kenapa..” suara Zara semakin lirih, perlahan dan terus hilang selepas itu. Hanya
tinggal wajah Zara yang basah dengan air mata.
Qaiser merenung Zara
dengan renungan yang sukar ditafsirkan. Tidak tahu apa yang sedang bermain di
fikiran Qaiser? Namun, wajah khuatir Qaiser amat jelas kelihatan.
Untuk seketika..
Kemudian, Qaiser telah
menelefon doktor peribadi keluarganya untuk datang melihat Zara yang demam.
Selepas, kedatangan doktor peribadi keluarganya merawat Zara, Qaiser tidak
terus pulang malah duduk bersama dengan Zara. Doktor menyarankan supaya mengelap
badan Zara dengan air bagi menurunkan suhu badan. Qaiserlah yang mengelap badan
Zara dari atas sehinggalah ke ke kaki. Pembantu rumah Filipina awal-awal lagi
telah dihalau pergi oleh Qaiser yang
ingin melakukannya sendirian.
Qaiser merasa suhu badan
Zara semakin menurun. Bingkas bangun menuju ke closet Zara yang sebesar alam,
penuh dengan segala macam pakaian. Huh! Sempat Qaiser mengeluh, apa taknya nak
mencari pyjama pun dah satu cerita. Menarik satu persatu drawer yang ada. Bila
matanya tertancap pada drawer yang berisi pakaian dalam dan lingerie. Jari
telunjuk Qaiser sempat menarik bra berwarna shocking pink ke depan mata. Tersungging
senyuman herot.
Akhirnya, Qaiser menemui
juga closet yang dipenuhi pyjama dan gaun pelbagai warna. Namun, yang menjadi
pilihan Qaiser gaun tidur spegeti singkat berwarna putih bersih. Kemudian,
berjalan menuju keluar closet sewaktu melalui drawer yang dipenuhi pakaian
dalam Zara sempat pula mencapai bra shocking pink tadi dengan seluar dalam yang
berpadanan. Tersenyum herot lagi.
Bila Zara siap dipakaikan
baju dan dirapikan. Qaiser membelai seketika wajah Zara dengan renungan lama.
Tak tahu kenapa hatinya tersentuh dengan wajah pucat Zara. Bila sudah berpuas
hati, suhu badan Zara telah menurun ke suhu normal barulah Qaiser beredar.
Sebelum beredar, Qaiser mengarahkan pembantu Filipina Zara menjaga Zara
sehingga sedar dengan sepenuhnya. Siap mengugut diberhentikan kerja jika lalai
menjaga Zara. Pucat lesi pembantu Filipina Zara dibuatnya.
SEBAIK saja mendengar Zara
tidak sihat dari pembantu rumah. Daris tidak mengambil masa yang lama untuk
sampai di kediaman Zara. Daris menunggu Zara turun dari biliknya. Daris sangat
susah hati apabila mendapat tahu Zara sakit, bimbang mungkin kesihatan Zara
terganggu disebabkan bersedih dengan sikap degilnya. Berdecit mulutnya
menyalahkan diri. Tersangat kesal.
“Lama tunggu?” Zara
muncul dengan wajah lemah dan pucat. Zara hanya memakai seluar panjang dan
sweater hoodie berwarna biru lembut.
“Zara..” Daris terus bingkas bangun. Mereka saling bertatapan.
“Are you, okay?” tanya
Daris jatuh simpati melihat wajah pucat tak bermaya Zara.
“Saya tak sihat, Daris..”
adu Zara. Semuanya tak sihat, fizikal dan mental. Tak tahu bagaimana nak
menghadapi dugaan perit ini. Zara merenung Daris lama cuba mencari sesuatu
dalam diri Daris. Sebuah keikhlasan, mungkin? Dengan keikhlasan cinta mampukah
Daris menutup mata dengan kenyataan dirinya bukan seorang yang suci lagi.
Tipikal lelaki yang berasal dari kampung seperti Daris walaupun belajar tinggi
sehingga ke luar negara mungkin masih menginginkan perempuan yang suci sebagai
pasangan hidupnya. Kalau dulu mungkin Zara tak hairankan sangat tentang isu
virgin kerana dia dibesarkan di dalam keluarga open minded dan mengamalkan
budaya barat. Bila-bila masa jika Qaiser menginginkan dirinya dulu Zara rela
menyerahkan dirinya demi cinta. Tapi, Zara tidak lagi berfikiran begitu setelah
mengenali Daris dan keluarganya. Daris banyak mengajar dirinya supaya
menyayangi dan menghargai dirinya sendiri. Menyokong dirinya supaya menjadi
seorang yang kuat, tidak lagi bersedih dan terluka dengan penolakan Qaiser
terhadapnya dulu. Kini, Zara menjadi ragu-ragu perlukah dia berterus terang
dengan Daris? Terimakah Daris jika dia berterus terang? Zara resah sendiri.
“Meh, sini..saya nak
tengok awak..” panggil Daris supaya Zara mendekatinya. Tapi, tak sempat Zara
melangkah Daris dahulu yang menghampiri. Hoodie di atas kepala Zara dilurutkan
ke bawah. Rambut Zara yang hitam bersinar dibelai dengan kedua belah tangannya.
Melurut rambut Zara dari atas sehingga ke bawah beberapa kali dengan lembut.
Kemudian, meraup kedua belah pipi Zara yang masih terasa suam-suam.
Zara hanya membiarkan
Daris meraup kedua belah pipinya. Hanya matanya mencari sinar keikhlasan di
mata Daris untuknya. Tersentuh dengan renungan mata Daris yang tulus mengambil
berat akan dirinya. Jika Daris tahu?
“Awak tak sihat betul
lagi ni..masih terasa panas.” Tangan Daris berpindah ke dahi Zara pula. Daris
risau jika demam Zara belum kebah sepenuhnya.
“Saya dah makan ubat
tadi. Mungkin selepas ni saya okaylah kot.” Zara cuba menyedapkan hati Daris.
Mungkin sekarang Zara elok sedikit kerana baru lepas makan ubat. Apabila kesan
ubat telah berkurangan panas badannya pasti kembali lagi.
“Saya rasa tak..badan
awak ni dah panas balik ni. Jom, saya bawa awak pergi berehat di bilik. Last
makan ubat tadi pukul berapa?” tanya Daris sambil memeluk bahu Zara dan
mendorong Zara ke tangga.
Zara terdiam berfikir.
Sebenarnya, Zara tak ingat waktu bila dia dah makan ubat? Ada tanda tanya
mengenai dirinya sebaik saja dia bangun. Bukan apa, bangun-bangun tadi Zara
sudah melihat dirinya berada di atas katil dengan pakaian telah bertukar.
Kepala pula basah dengan tuala kecil yang dibasahkan. Melihat dirinya memakai
gaun tidur singkat dengan pakaian dalam yang striking. Zara terfikir, pasti Si
Jenny pembantu rumah Filipinanya yang menukar pakaiannya. Zara tak percaya
boleh pula Si Jenny itu terfikir nak memakaikan dirinya dengan pakaian begitu.
Boleh tahan juga citarasa Si Jenny tu, menyeramkan!
“Awak..tadi makan ubat
pukul berapa?” tanya Daris sekali lagi bila melihat Zara boleh pula berangan
entah ke mana.
“Eh, hurmm..lupalah
awak!” kata Zara baru tersedar.
“Sampai atas nanti makan
ubat lagi. Rasanya dah lama ni..kalau tak badan takkan panas macam ni.
Ha..makin panas ni!” Daris melekap tapak tangannya di pipi Zara dalam keadaan
tangannya yang lagi satu masih memeluk bahu Zara. Dah macam berpeluk sakan di
atas tangga pula.
“Hei..you!” terdengar
suara kuat dari belakang mereka. Zara dan Daris sama-sama menoleh. Terkejut melihat
Qaiser berada di belakang mereka dengan wajah serius pembunuh upahan. Zara dah
pucat.
“Nak ke mana tu?” tanya
Qaiser serius. Renungan helang pembunuh terlalu tajam menikam redup mata Zara.
Lutut Zara terus terasa
lemah. Nasib baik Daris sedang memeluk bahu Zara. Kalau tidak mungkin Zara dah
lama rebah di situ.
“Saya nak bawa Zara ke atas. Zara demam ni.” jelas Daris. Berharap CEO syarikatnya itu tidak berfikir lain. Niat dan tujuannya hanya mahu membawa Zara berehat di kamarnya. Itu saja.
“Sudah, kamu boleh balik!
Nanti saya sendiri hantar Zara ke atas.” Dengan kuasa CEO Qaiser menyuruh Daris
beredar.
Daris terdiam. Arahan
dari CEO menyuruh Daris beredar. Tapi, rasa cinta Daris terhadap Zara melebihi
segalanya. Lagipun, mereka bukannya berada di pejabat untuk tunjuk kuasa dan
diarah. Daris hampir nak membuka mulut untuk membantah tetapi Zara pula yang
terlebih dahulu membuka mulut.
“Inikan teman lelaki
Zara..biarlah Daris hantar Zara ke atas.” Walaupun agak gentar Zara cuba
mempertahankan Daris.
“Oh..teman lelaki..belum
‘kahwin’ lagi, kan?” sengaja menekan perkataan ‘kahwin’ supaya Zara
menggelabah. Kening diangkat dengan renungan sinikal. Cuba membuatkan Zara
faham dengan maksud ‘kahwin’ yang ingin disampaikan.
Zara bengang gila! Kerana
Zara faham sangat maksud yang ingin disampaikan oleh Qaiser. Badan yang sudah
sedia panas bertambah panas suhunya. Takat suhu paling tinggi 40’C. Ini takat
berapa pun tak tahu, unread!
Daris tak faham apa yang
sedang berlaku di antara mereka berdua ini. Seperti ada sesuatu yang sulit
disembunyikan. Daris pandang Zara dan CEOnya silih berganti. Curiga!
“Daris..awak balik dulu.
Pasal saya, awak jangan risau. Jenny nanti bawakan ubat untuk saya.” Zara terpaksa
menyuruh Daris pergi. Zara tidak mahu Qaiser terlepas cakap sesuatu yang akan membuatkan
dirinya menyesal tak sudah nanti. Zara terlalu sayangkan Daris. Zara tidak mahu
Daris tersalah sangka terhadap dirinya. Biarlah mulutnya sendiri memberitahu
Daris perkara yang sebenar. Jika, sudah tersurat Daris tidak dapat menerimanya
sekurang-kurangnya Zara sudah berterus terang.
“Betul ni?” Daris macam
tak percaya Zara menyuruhnya pergi. “If you want me to stay..I will stay..”
Daris berat hati nak beredar. Daris berharap Zara tidak menyuruhnya pergi.
“Baliklah..nanti kita
jumpa, okay?” Zara cuba memujuk Daris pergi. Zara sempat menjeling Qaiser. Mata
Qaiser seperti menunggu masa saja nak meledakkan segalanya. Zara tidak punya
kekuatan untuk menghadapi fasa begitu lagi. Berharap Daris cepat-cepat pergi.
“Okay?” Zara seakan
memaksa Daris supaya bersetuju dan beredar dengan secepatnya. Membuatkan Daris
merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Hatinya berdetak semacam. Tidak sedap
hati-tidak keruan-bercampur-baur.
“Kalau macam
tu..okay..tapi..bagi saya hantar awak ke atas dulu. Bagi awak rehat dulu. Then,
saya balik.” Daris tidak gentar dengan CEOnya. Sudah terang dia adalah teman
lelaki kepada Zara Diandra. Rasanya tak salah mengambil berat terhadap teman
wanita sendiri. Cuma, Kenapa CEOnya nak menyibuk hal orang lain bukan
girlfriend dia pun?! Daris sebal.
Dengar saja kata-kata
Daris mata Zara terus memandang Qaiser yang berubah terus riak wajahnya. Zara
tahu jika membiarkan Daris berada di situ seminit lagi Qaiser pasti meletus-meledak-meletup.
Zara tak sanggup!
“Daris! Saya boleh pergi
sendiri ke bilik saya. Awak baliklah dulu.” Zara terus berlari memanjat tangga
ke atas. Walaupun, badan terasa sakit dan lemah digagahi juga. Straight tanpa
menoleh lagi.
Daris tersentak melihat Zara
pergi begitu saja seperti terlalu takutkan sesuatu. bertambah perasaan curiga
di hatinya. Wajah CEO dipandang telus. Hanya senyuman sinis dihadiahkan
untuknya.
“Well..you should leave..” dengan selamba menghalau. Qaiser berpuas hati dengan tindakan Zara.
Daris hanya diam dan
beredar perlahan-lahan. Matanya masih mengharap Zara menunjukkan diri dan tidak
membenarkannya pergi. Namun, hampa..
ZARA berpura-pura
memejamkan matanya sewaktu pintu kamarnya diketuk beberapa kali dari luar. Zara
tahu sudah pasti Qaiser. Sengaja Zara berpura-pura tidur supaya Qaiser tidak
mengganggunya lagi.
Terdengar pintu dibuka. Zara pejam mata rapat-rapat.
“Dah tidur?” terdengar
suara Qaiser bertanya. Zara membeku.
“Hm..cepatnya sudah
tertidur.” Omel Qaiser terus berlalu ke pintu.
Zara terdengar pintu
ditutup. Lega!
Zara bingkas bangun. Zara
tak nak tidur kerana badannya terasa lenguh-lenguh dan sakit-sakit badan. Baru berkira-kira
nak memanggil Jenny supaya menyediakan air mandian untuknya. Mungkin selepas
mandi badannya akan lebih segar.
Zara baru nak memanggil
Jenny. Matanya terus membulat besar tidak percaya Qaiser berada di muka pintu
dengan senyuman sinis. Tak pergi lagi rupanya! Zara betul-betul tak percaya.
Qaiser memang licik dengan helahnya, mati-mati Zara ingat Qaiser telah pergi
tadi.
“Pura-pura tidur, konon!”
Qaiser senyum sinis sambil menghampiri katil. Qaiser tak bodoh dengan tipu
helah Zara. Mudah sangat nak diteka.
“Kenapa tak pergi lagi?”
Zara mencebik geram. Berpeluk tubuh. Bengang tipu helahnya tidak berjaya.
“Saja nak tengok tuan
puteri ni dah sihat ke belum?” Qaiser cuba meletakkan tangannya ke dahi Zara
tetapi Zara cepat mengalihkan kepalanya ke lain.
Sebal! Bengang! Lelaki itulah
penyebab Zara menjadi tidak sihat begini. Lagi mau tanya! Huh!
Qaiser duduk di sebelah
Zara. Terlalu rapat.
Zara mengelak dengan
badan dan kepalanya dipalingkan ke arah lain. Risau jika Qaiser buat gila lagi.
Nampak saja Zara mengelak
Qaiser bertindak memaut bahu Zara dari belakang dan memaksa Zara berpusing ke
arahnya. Saling berhadapan. Wajah ditundukkan rapat ke wajah Zara.
“Tepilah!” Zara
mengalihkan wajahnya. Hati Zara dah cuak. Kalau nak melawan, Zara mengaku kalah
awal-awal kerana badannya terasa tersangat lemah. Kalau Qaiser buat kepala
gilanya tak mustahil Qaiser akan mengulangi lagi perbuatan jahat kepadanya.
Zara tak sanggup menampung beban perasaan itu lagi. Sungguh terseksa!
Qaiser tak peduli terus
mara. Sengaja buat Zara takut.
“Jangan nak buat tak
senonoh dengan Zara lagi! Zara..” terus menjarakkan diri. Tangan pantas
mencapai vas kecil yang comel di meja sisi. Tak serik lagi agaknya nak kena
baling dengan pasu! Zara dah mengacu.
“Kalau tak nak kepala tu
bocor lagi. Jangan nak dekat-dekat dengan Zara lagi.” ugut Zara mengacu-acu vas
comel di wajah Qaiser. Nak capai apa pun tak tahu, lampu tidur besar sangat
memerlukan kedua belah tangannya untuk mengangkat. Tangan sempat mencapai vas
comel di tepi lampu tidur. Zara dah takut gila.
“Tak habis-habis dengan pasu bunga dia! Dahi abang dah macam Harry Potter ada scar!” Qaiser tergelak kecil mengejek Zara. Setakat vas kecil tu? Apa barang!
Qaiser mara lagi.
“Jangan nak loyar
sangatlah! Karang Zara hempuk pasu ni, biar retak kepala abang tu. Bukan setakat
parut je dapat nanti. Doktor pun tak dapat tolong nak betulkan balik kepala
abang yang mereng tu!” Zara menyumpah walaupun kedengaran agak lucu di telinga
Qaiser. Dengan pasu kecil tu! Qaiser sengih.
“Dengan pasu tu! Okay..just
try..” Qaiser menyerah. Seraya tergelak sinis.
Zara geram gila!
Oho..ingat pasu ni kecik ingat tak boleh membutakan mata orang?! Karang kalau
dah transformed menjadi Kassim Selamat jangan nak banyak bunyi! Zara dah
bersedia nak menghempuk sekuat hati. Target tak ada tempat lain selain kedua
biji mata helang pembunuh Qaiser.
Zara hayun kuat-kuat.
Qaiser selamba menangkap pergelangan tangan Zara.
“Cukup satu scar Harry
Potter hadiah dari Cik puan Zara.” tersengih sinis. Sengaja mengacah Zara
tadi. Ingat betul-betul nak menyerah
diri kena hempuk senang-senang macam tu je. Sorry banyak!
“Lelaki tak guna!” maki
Zara. Bengang gila dipermainkan.
“Tak guna?” Qaiser sengaja mengangkat kening tebalnya. Mengejek!
“I’m functioning well! Mana
yang rasa tak guna tu? Kita boleh testing lagi.” tak habis bengangkan Zara.
Zara cuba bingkas bangun.
Betul-betul tak tahan dengan kerenah Qaiser.
Qaiser pantas pula
menarik Zara rebah ke atas katil. Bergelut! Kesudahannya Zara terkunci di dalam
pelukan Qaiser.
“Hei!” Zara pukul-pukul
dada Qaiser.
Qaiser yang tak tahan
kena pukul. Lantas, menangkap kedua belah tangan Zara lalu dihenyak Zara
terlentang di atas katil. Tunduk rapat-rapat di wajah Zara sehingga membuatkan
mata Zara terpejam rapat.
Qaiser tersengih lalu dicium
pipi Zara kuat-kuat. Kemudian, melepaskan kedua belah tangan Zara dan berbaring
senang hati di sebelah Zara sambil meletakkan kedua belah tangannya pula ke
belakang kepala.
“Ingat apa? Dengan muka
pucat lesi macam ni ingat abang selera nak tidur dengan Zara? Macam tidur
dengan mayat!” Qaiser tergelak sinis.
“Tak guna!” pekik Zara
geram.
“Rehat cukup-cukup. Simpan
tenaga banyak-banyak sebab abang suka Zara struggling dengan abang. Seducing me..luring
me in..” gigit bibir dengan sengihan nakal.
Zara dah berasap. Huh!
“Hmm..” Qaiser bingkas bangun. Siap buat senaman regangan pinggang seminit sebelum melangkah ke pintu. Sengaja membakar Zara dengan sengihan sinisnya.
“Tak guna!” Zara
membaling bantal ke arah Qaiser. Sakit hati punya pasal!
“Lupa pulak! Okay tak
pakaian abang pilih tadi? White gown..with shocking pink..hm..” Qaiser sengaja
membuat pembakaran terbuka lagi.
Jelingan tajam Zara
memanjangkan lagi sengihan sinis Qaiser.
“Upah ada? Upah tolong lap
badan Zara dan pakaikan baju Zara tadi!” tambah Qaiser lagi. Tak habis-habis
nak membakar.
Zara gigit bibir kuat. Baru
tergerak hati nak membaling pasu bunga. Qaiser dah lenyap di sebalik pintu. Patutlah!
Serentak itu pasu dibaling geram ke pintu. Nasib kaulah, pintu!
PESANAN PENULIS:
Really2 sorry..keep u olls waiting..this week sampai ahad sy kene keje. Sebelum tu kene hadiri conference medical. 2 hari kene kene ngadap dgn Venous Thromboembolism sampai nk mnth ijo. Nak tune balik kepala otak dengan daris n zara. garu kepala jgklah kat depan lappy. tapi, Alhamdulillah dpt jugak siapkan entry tak seberapa ni.
P/S: Daris will slowly..masuk dalam hidup Zara balik..walaupun Qaiser mendominasi entry buat beberapa bab ni. Inshaa..Allah..
kesian kat Zara,,,
ReplyDeletexske dgn si Qaiser tu,,,jahat giler,,,
cepat2 la Daris masuk dlm hidup Zara balik,,,
biar hidup Zara xkucar-kacir mcm skrg,,hhuhuhu
sy pun kesian kt zara..isk..isk..sapalah penulis kejam sgt tu..ngee..anyway thx ain..
Deletecuan zara..tseksa dpt org mcm qaiser..
ReplyDelete:( kita xtau apa yg tjd di masa dpn..mgkn qaiser akn jd baik n syg zara..
DeleteSalam... cita ni best and x sabar nk tunggu novel ni keluar... Cuma nak tnya Sapa hero dia?
ReplyDeletethx ruunna..kene folo the flow bru tau sapa hero..
DeleteHarap hero dia daris.
ReplyDeleteharap macam tu la.. :)
Deletecepatlah update
ReplyDeletesy sangat suka novel ni tak sabar
setiap kali baca dupdap..dup..dap jew hati ni boleh pecah...
boleh jadi sehebat reham moktar kalau rajin update...
plot cerita memang tak hampakan langsung...
sy teruja...
tak tahu nak luahkan macam mana bila baca novel ...
cik writer so hot...
love u..
dalam fikiran sy semestinya daris ialah pelindung..tetapi si pencinta yg menambah rasa dalam novel ialah Qaiser..
itulah kelebihan novel ni..
tak semestinya baik itu hero..
Tengok sy dah merapu kerana syok sendiri kalahkan cik writer pulak..
muah,i love u cik writer..
please update cepat...
love u too..love ur comment..sgt2 memahami..awk dpt rasa apa yg sy rasa..pelindung n pencinta..totally..hmm..i like..
Deletei hope qaiser kahwin dgn zara..please update..
ReplyDeletewe'll see..
Deletei like this novel,fantastic baby..kepala bocor
ReplyDeletethx trillion for u..
DeleteMe too..hoping for qaiser to end up with zara...hehehe mesti peminat daris marah ni... daris memang lelaki yang baik cuma zara nampak lebih sesuai dengan qaiser.
ReplyDeleteBut... kalau dah memang jodoh daris dengan zara, saya suker je :)
jodoh dh termaktub..siapa yg zara kahwin..soon..hehe..
Deletemmg dh sengal qaiser nih...cian kat daris dn zara gak...
ReplyDeletekak..pendek je..mcm frust je..
Delete