BAB 23: SESUNGGUHNYA..DIA
LELAKI PELINDUNGKU
HATI Daris sayu sangat sewaktu
tiba di balai ketibaan. Tidak tahu kenapa dirinya menjadi terlalu sayu begini.
Fikirannya terlalu rungsing memikirkan Zara, menyesal pula kerana berdegil. Kalaulah
dia bersabar dan mendengar apa yang ingin Zara sampaikan..
“Zara..” berserta keluhan
panjang.
Daris mengintai teksi
yang kosong untuk dinaiki. Setelah mendapatkan teksi, Daris menyandar dan
merenung handphonenya. Bila terfikirkan handphonenya Daris menjadi pelik kerana
fikirnya semalam dia ketinggalan handphonenya di dalam bilik hotel sewaktu
mengejar Zara di lapangan terbang. Tetapi, terlalu terkejut bila receptionist
menyapanya sewaktu dia melalui kaunter memberitahu mereka terjumpa handphonenya
di ruang lobi pula. Yang membuatkan Daris terlalu pelik, bagaimana pihak hotel
tahu pula handphone itu miliknya? Daris yang rungsing memikirkan Zara tidak
dapat meneruskan pertanyaan hatinya mengenai handphonenya lagi.
Jari-jemarinya membelek
skrin handphone di tangan. Membelek aplikasi yang tertera pada skrin handphone.
Matanya tertumpu pada permainan Scrabble. Inilah permainan favourite dia dan
Zara secara on line. Daris mengusap perkataan-perkataan yang sudah mereka
letakkan pada papan scrabble di alam maya. Sebenarnya, giliran Daris tetapi
masih tidak dipenuhi lagi. Daris mengamati huruf-huruf yang tinggal dan perkataan yang telah di
upload. Jarinya menolak huruf-huruf yang dikehendaki pada papan scrabble di alam
maya..
S
LORRY
R
R
Y
Daris berharap Zara
melihat apa yang dia lakukan. Daris terlalu cintakan Zara, cinta yang mengalir
menyelusuri segenap jiwanya hanyalah untuk Zara Diandra. Maafkan saya, Zara..
ZARA membeku di tempat duduk ruang menunggu, pesawat peribadi Tan Sri Megat Arman Zainal Abidin masih belum mendarat. Tiada sepatah perkataan yang keluar sebaik saja Zara keluar dari villa yang mengjahanamkan hidupnya. Zara tiada niat langsung nak bercakap dengan Qaiser. Di dalam hatinya, sibuk menggumpal kebencian menggunung untuk lelaki itu. Sungguh..dia terlalu membenci lelaki itu!
“Come..” sejak bila Qaiser sudah berdiri di hadapannya Zara tidak perasan. Zara hanya diam-berpeluktubuh-membeku tidak menghiraukan Qaiser yang sedang menghulurkan tangannya.
“Cuba jangan berdegil,
Zara..” dalam nada tertahan.
Zara buat pekak.
“Zara..” suara sudah naik
satu oktaf.
Zara terus bangun bukan
kerana dia takutkan Qaiser. Zara hanya malas nak melayan perangai Qaiser yang
entah apa-apa nanti. Lagipun, Zara ingin cepat-cepat pulang supaya dia tidak
lagi mengadap muka tembok Qaiser yang terlalu menyakitkan hatinya.
“That’s my girl!” bahu
Zara dipeluk dari belakang.
Tangan Qaiser yang
mendarat selamba di bahunya, Zara tepis dengan kedua belah tangannya dengan
kasar. Jangan nak berani sentuh, okay! Bengkak pula hati Zara dengan sikap
Qaiser yang tak sudah-sudah.
Qaiser hanya mencebik dan
menjungkitkan bahunya. Namun, Zara harus diberi peringatan!
Qaiser cepat menghampiri
Zara lalu dibisikkan ayat membuatkan Zara terkedu dan terkunci langkahnya.
“No matter what..jangan
lupa hal semalam..you’re mine..” bisikan halus di telinganya membuatkan Zara menggigit
bibirnya dengan geram sekali.
Zara membiarkan Qaiser
mendahuluinya, sengaja supaya Zara dapat melihat Qaiser duduk di mana. Bila melihat
Qaiser telah duduk dengan selesanya di seat VIP nya. Zara mencari tempat duduk
paling jauh dari Qaiser. Lantak!
Zara mengeluarkan
handphone, cepat-cepat membuka aplikasi sebelum pesawat berlepas. Melihat jika
ada pesanan untuknya dari Daris. Inbox dan FB , tiada! Zara hampa. Namun, bila
matanya terpandang ikon permainan Scrabble Zara terus skrol tangannya mencari
aplikasi Scrabble. Membuka!
Mata Zara tertancap pada perkataan
baru, SORRY. Air mata Zara mula bergenang di tubir mata. Sepatutnya, dialah
orangnya yang perlu memohon maaf bukan Daris. Air mata Zara mula meleleh
perlahan. Zara melihat perkataan yang ada untuknya. Jarinya menarik huruf untuk
disambungkan di papan Scrabble bersama deraian air mata yang mula deras
menuruni lurah pipinya.
W
S H
LORRY
R
R
Y
SENT!
Tidak lama kemudian, ikon Scrabble muncul lagi.
W
S HURT
LORRY
R
R
Y
HURT! Zara faham kenapa?
Zara tahu Daris bukan sengaja melukakan hatinya dan tidak mempedulikannya. Kalaulah
Daris tahu apa yang telah berlaku terhadap dirinya pasti hati Daris lagi
terluka dari dirinya. Air mata Zara semakin laju. Zara tidak sanggup meneruskannya
lagi. Zara sudah tiada perkataan seperti dirinya kini tiada lagi perkataan
untuk Daris. Segalanya telah menjadi buntu, tiada jalan keluar lagi.
Zara tertunduk menahan
perasaannya yang terlalu sakit. Menangis dalam esakan yang ditahan-tahan. Zara
tidak mahu Qaiser yang berada di hadapan mendengar tangisannya.
“Menangis lagi?! Tak habis-habis lagi ke?” entah bila makhluk kejam seorang ini dah tercegat di tepi seat pun tak tahu. Zara berpaling keluar tingkap tak rela memandang Qaiser yang terlalu menyakitkan hati. Sungguh..kalaulah dia punyai kekuatan dan keberanian dah lama dibunuh jantan paling teruk di muka bumi ini.
“Mulut tu dah bisu?”
bengang Zara tidak mempedulikan dirinya.
Zara buat pekak. Air mata
yang mengalir dikesat cepat. Dia takkan membiarkan Qaiser melihat dirinya
menangis begini. Zara takkan membiarkan Qaiser merasakan telah menang
sepenuhnya. Tidak!
“Zara!” suara Qaiser
memetir.
Pramugari yang baru
keluar dari kokpit terkejut besar mendengar Qaiser menjerit. Niat nak menyuruh
anak kapal VIPnya bersiap sedia terbantut. Sebelum, dia dimarahi atau dipecat
baik dia masuk ke dalam kokpit memberitahu pilot supaya delay penerbangan untuk
seketika.
“Listen here, young lady!
Oh..not really..or..what should I call you now..madam?!” Qaiser tunduk dan
berbisik di telinga Zara dengan penuh sinikal.
Zara berpaling dengan
muka masam mencuka. Sakit betul hatinya!
“Ha..tau pun! Mulut tu jangan nak bisu sangatlah! Apa pun perkara dah berlaku, Zara! No turning back! You’re mine..only mine..” tak habis-habis mengingatkan Zara.
“Until my last
breath..you’ll never get over me!” Zara tidak menjerit tetapi terlalu tegas
diperdengaran Qaiser dan terlalu menyakitkan hati Qaiser mendengarnya. Seperti hampir
dikalahkan.
“Okay..wait until your
last breath..then, I release you.” Qaiser maksudkan apa yang dikatakannya.
“I.HATE.YOU!” Zara terus
menghambur kebencian dari dalam hatinya. Biar terzahir keras di mata Qaiser
betapa dia terlalu membenci lelaki itu.
“Me neither..don’t love
you at all, Zara!” balas Qaiser kesat. Tidak mahu kalah walaupun hatinya sakit
mendengar Zara terlalu membenci dirinya.
“Glad to hear!” Zara
tambah lagi semarak api di dada Qaiser. Mencabar!
“Get up! I said get up!”
Qaiser memaksa Zara bangun. Zara dah cukup mencabar dirinya. Qaiser takkan
membenarkan Zara menang.
Zara berdegil. Tidak mahu
bangun. Biar Qaiser terjerit-jerit macam orang gila.
“Oho..” Qaiser sakit hati
tak hengat dengan kedegilan Zara.
Qaiser menarik Zara bangun secara paksa. Bila Zara berdegil Qaiser bertindak kasar mencekak kolar leher baju Zara membuatkan Zara terpaksa juga bangun. Kasar gila!
Zara dah tak hairan dengan kekasaran Qaiser
hanya membiarkan dirinya disakiti berkali-kali. Membeku walaupun kolar lehernya
dicekak kasar dan masih belum dilepaskan.
Zara berpaling tidak
ingin langsung memandang wajah Qaiser yang amat menjengkelkan hatinya.
Qaiser semakin naik darah
dengan Zara yang hanya membeku tidak melawan. Sakit hatinya melihat Zara
nampaknya tidak terkesan langsung dengan perbuatannya. Sekurang-kurangnya bila
Zara melawan dia tahu apa yang sedang bermain difikiran Zara. Tetapi, dengan
sikap membeku seperti ini Qaiser merasakan dirinya kalah.
“Membisu lagi? Nak kena
cium?” ugut Qaiser sengaja menyakitkan hati Zara supaya Zara bertindak balas
dengannya.
Zara masih membeku.
“Betullah ni nak kena cium..boleh je..” Qaiser mengacah bibirnya ke bibir Zara.
Zara berusaha menjauhkan
wajahnya, tidak rela dirinya diperlakukan sesuka hati lagi.
“Sumpah..wherever you go..I
cursed you..go to hell!!” Zara menyumpah Qaiser tanpa berfikir banyak kali.
“Fine with me, Zara!
Coz..I was in heaven last night. Worth it! Trust me!” Qaiser gelak sinis. Sengaja
menyakitkan hati Zara lagi. Siapa tak bengang kena sumpah pergi ke neraka? Huh,
bila dibiarkan bercakap menyakitkan hati pulak! Menyesal, baik membisu saja.
“Kau!” Zara dah mula
angkat pelempang tapi Qaiser cepat menangkap tangan Zara.
“It’s happened, Zara! Kalau
Zara dengar cakap abang dan tak melawan. Perkara semalam takkan berlaku..I’m
not gay or tok imam..looking at you..seduce me with your play-hard-to-get attitude
tu..ingat abang nak lepas Zara macam tu je! Dah tentu taklah, kan?!” kata Qaiser
dengan nada mengejek.
“You’re such a jerk! Totally..a
JERK!!” maki Zara dah geram gila. Sakit hati maruahnya diperlekehkan oleh
Qaiser. Dia bukan perempuan murahan!
Qaiser hanya tersengih sinis. Kening diangkat mengejek.
“Dengar sini..bedebah!”
Zara dah tak peduli penggunaan bahasanya lagi dengan lelaki jahat seperti
Qaiser. Tak guna pun!
“Sampai di KL nanti, aku
akan buat laporan tentang apa yang telah kau lakukan terhadap aku. I’ll put you
in jail!! Mengerti?!!” Zara dah tak tahan lagi dengan Qaiser. Lelaki itu harus
mendapat pembalasan yang setimpal. Zara dah tak peduli pasal maruah dan nama
baik. Apa yang Zara mahu Qaiser mendapat pembalasan yang sepatutnya.
“Wah, sudah berani
nampaknya! Tapi, Zara harus ingat..you’re not underage anymore. Lagipun, Zara
dah hapus bukti utama tau tak?” provoke Qaiser. Zara salah orang nak mengugut,
dia lulusan law, okay!
“Hah?” Zara pula yang tak
mengerti apa yang ingin disampaikan oleh Qaiser.
“Zara dah mandi tadi,
kan! Seterusnya melupuskan segala bukti yang ada. Kalau pun, doktor buat pemeriksaan..secara paksa or sowhatever..ingat mudah nak percayakan juri dan hakim? Gaya hidup
Zara sebelum ini pun, dah buatkan orang melihat Zara perempuan yang suka
berpeleseran.” Sambung Qaiser supaya Zara faham.
Zara betul-betul tak
percaya dengan kata-kata Qaiser yang amat menyakitkan hati. Walaupun sukar
untuk mengakuinya, kata-kata Qaiser sememangnya betul dan Zara semakin sakit
hati terpaksa mengakui kata-kata Qaiser itu. Undang-undang terlalu percayakan
bukti dari penjelasan seorang perempuan yang hilang kesuciannya. Terlalu pahit!
“Jangan nak tunjuk pandai
sangatlah, Zara! Tak fikir tentang harga diri? Tak fikir tentang maruah
keluarga? Press suka sangat dengan berita sensasi macam ni..tujuh keturunan pun
tak basi berita sensasi ni!” Qaiser mengingatkan Zara tentang press dan paparazzi
yang suka sangat mengambil tahu hal keluarga mereka. Hatta, sekecil-kecil hama
pun dihebahkan di akhbar.
Zara terus terdiam dengan
wajah pucat seperti mayat. Baru terfikirkan hal itu.
“Tak fikir kalau budak tu
tahu apa yang terjadi? Fikir banyak kali, Zara..” Qaiser tak puas mengingatkan Zara lagi tentang
Daris jika mengetahui kebenaran tentang dirinya.
Wajah Zara semakin pucat
bila teringatkan Daris.
Zara terduduk!
“The only thing you have
to worry about is..when you might get pregnant, Zara!”
Zara berpaling ke arah
Qaiser dengan wajah terlalu pucat lesi. Terkejut dengan statement Qaiser yang
kemungkinan besar bakal berlaku. Bertimpa-timpa!
“Forget about him, Zara!
Zara tak mungkin akan bersama dengan budak tu kalau dia dapat tahu. Percayalah!”
ujar Qaiser terlalu yakin. Siapa yang nak yang sudah ditebuk tupai?
“I..really..really..hate
you..” perlahan. Tiada yang lain selayaknya untuk Qaiser hanyalah kebencian
yang mendalam.
“Hate..love..it’s just so
ridiculous!” Qaiser bosan mendengarnya.
DI BALAI Ketibaan..
Zara tidak mahu berlama lagi dengan Qaiser walaupun sesaat. Sebaik saja keluar dari balai ketibaan Zara
terus melencong ke arah lain tidak ingin mengikuti Qaiser. Cukuplah! Zara tidak
akan membiarkan dirinya di bawah telunjuk Qaiser lagi.
“Zara nak ke mana tu?” sempat menahan Zara. Lengan Zara dipegang kejap.
“Balik!” Zara merentap kuat lengannya. Tangan Qaiser terlepas.
“Balik dengan abang!” tarik lengan Zara lagi.
“Tak perlu!” Zara rentap lagi tangannya dan terus melarikan dirinya. Cepat
menyelinap di antara orang ramai. Biar Qaiser tidak dapat mengesan dirinya
lagi.
Zara telah jauh dari
Qaiser dan baru dapat menarik nafas dengan tenang sedikit walaupun hatinya
berantakan. Zara melambai tangan menahan limo yang ada. Sebelum sempat Zara pergi
mendapatkan limo badan Zara telah diheret kasar ke kereta Lambourghini milik
Qaiser.
Terpinga-pinga!
Dihenyak dan pintu
dihempas kuat!
Zara terkedu.
“Don’t try to escape! I’ll
never let go..what’s mine is mine!” bentak Qaiser kasar. Sakit hati Zara boleh
meluru keluar macam tu saja. Huh!
“Jangan ingat Zara ni
barang!!” bentak Zara pula.
“Biasakan diri..”
tersungging senyuman herot di bibir Qaiser. Lambourghini dipandu laju.
PESANAN PENULIS:
Nak lariiikk..tapi..menyerah sajalah..what to do..Qaiser memang macam ni..hurmmm..
tension la mcm nie
ReplyDeleteiskkkk hopefully zara cerita semua kt daris
pastu berserah either daris percaya ke tak
if daris tak percaya just move on larikkk pegi mane2 and be better person ...nyah kan aje qaiser
adess..penulis pun tensen nih..sb pnulis xsuka heroin lari2 ni tp idea to be a better person i like so much..thx yoo zara
DeleteQAISER JAHAT.
ReplyDeletebad..bad..boy..kene babap sejuta x..
DeleteDaris ttp akan terima Zara..sbb sejarah silam dia sendiri........
ReplyDeletewe'll see hass..lelaki kan ada pride die sndri w/pun die pnh buat jht. sume msti cuak statement mcm ni..huhu..
DeleteBenci dengan Qaiser!!!!
ReplyDelete:)
DeleteLgpun apa yg berlaku bukan kehendak zara......qaiser yg jahat dan bernafsu bagai binatang
ReplyDeletetrue3
Deletekesian qaiser..kan..mesti kena maki kaw kaw ngan pembaca..tetapi kalau kita ditempat qaiser ..mungkin itu sajalah caranya untuk dirinya memilikki zara..WALAUPUN CARANYA MMG KEJAM DAN TIDAK BERETIKA..kan...
ReplyDeletekan..sume ada pndirian msg2..
Delete"...what's mine is mine!" hmmm neurotic, psychopath, haaa obsessive dgn zara la tu...so, cik ayu i nak c mcm mane daris terima d situation...zara, i think will be strong mcm adel...wat's up your sleeve????
ReplyDeleteof coz zara pun kuat mcm adelia..we'll see how they goes..
Deletemenangis la baca part ni.harap2 zara dapat lari dari qaisar durjana tu. darissss cepat2 la datang selamatkan zara.
ReplyDeleteakk dh jadik tk terkata dek....serius di sudut ati nih sungguh tk berpuas ati ngan qaiser!tu dh kira menzalimi zahir batin zara...di ceroboh namun tk mencintai!kalu ia pn usah lh pertikai kn lg maruah zara!!!dh dapat,nape nk perlekeh kn jiwa raga zara...walau pn tiada cinta belajar lh hormati perasaan insan yg qaiser sendiri akui tiada perasaan sehama pn pd nyer!!!ingat lh qaiser akn karma...andai itu lh insan yg diri mu pandang,satu tika pasti yg hina tu lh akn menjerat segala rase yg ade diruang ati...sape sebenar nye di hati mu...ZARA or tunang mu...akn bertatih ati mu menagih cinta zara yg mmg telah mati wat mu qaiser!!!huhuhuhuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....nk meraung dek writer...
ReplyDeletelelaki suka sgt bksar dgn pom.. dia nk kita stiasa mjd hak dia..tp dia blh buat ssuka ati kn.. cian kt zara.. lg kesian kt daris..apa yg bkal tjd pd daris nti..
ReplyDeleteNo, tuhan tu dah ciptakan takdir buat hamba2nya. Kat sini boleh nmpk hanya zara yang mampu mengubah Qaiser that's why tragedi ini berlaku. Buat Darris kesakitan yg menimpa boleh dirawat kerana fitrah Darris yg telah dididik dgn Iman dan agama. Persoalannya is Zara might pregnant? Adakah zara akan menyendiri mengenang nasib atau mampukan qaiser berubah kearah keinsafan. Pelukan satu nya terkorban baru qaiser tersedar dan berubah..h... byknya persoalan...selagi penulis x mau menyambung kisah seterusnya.
ReplyDelete