ZARA kepayahan membawa tong gas dari stor yang berada di belakang kedai. Ghaz pembantu dapur bercuti pula hari ini kalau tidak sudah lama disuruhnya budak itu mengangkat tong gas ke dapur. Boleh pula hari ini gas nak habis! Rungut Zara kepenatan menggelek tong gas sendirian dari luar. Nak sampai ke dapur sikit punya mengah.
“Kak Za ni..kenapa tak panggil Erin?” Erin muncul tetapi tidak bersendirian. Ada lelaki di sebelah Erin.
“Meh, saya tolong!” lelaki itu dengan gentlemannya ingin menolong.
“Eh, tak apa! Tak apa! Saya boleh buat.” Tolak Zara tanpa memandang lelaki itu. Zara sengaja bersikap dingin dengan lelaki itu. Tanpa mempedulikan mereka berdua Zara menunduk bersedia untuk menggelek tong gas itu lagi.
“Saya tolong, okay!”
tanpa menunggu persetujuan Zara lelaki itu terus mengangkat tong gas lalu
diletakkan ke atas bahu. Tong gas yang berat itu kelihatan ringan saja lelaki
itu mengangkat terus diletakkan ke atas bahu. Zara terlopong seketika. Berat
tu!
“Nak letak ke mana?”
tanya lelaki itu.
Zara boleh pula terlongo
mendengar pertanyaan lelaki itu. Terkagum pula
melihat kegagahan lelaki itu mengangkat tong gas dengan selamba. Setakat
angkat tong gas aje kot, Zara! Wake up, Zara! Zara geleng kepalanya moga cepat
sedar diri.
“Kat situ!” Zara terus
menunjukkan tempat tong gas diletakkan.
“Kuatnya Abang Daris!”
Erin siap bertepuk tangan kononnya kagum sangat dengan lelaki pujaannya selamba
saja mengangkat tong gas yang berat. Zara mencebik.
“Erin, kat sini rupanya, order
melambak kat depan ni!” panggil Nana dari tadi mencari Erin. Pelbagai pesanan
kopi diterima tetapi tukang baristanya boleh pula lesap entah ke mana.
“Yelah! Yelah!” Erin
tergelak melihat muka cemberut Nana. Tanpa menunggu Abang Daris, Erin terus ke
depan.
Mereka berdua
ditinggalkan bersendirian di dapur. Zara hanya berpeluk tubuh melihat Daris
meletakkan tong gas dan memasang kepala tong gas. Hanya memerhati.
“Dah siap!” Daris
bersuara.
“Terima kasih!” ringkas.
Kemudian berpusing bersedia untuk melangkah ke bahagian tempat simpanan
bahan-bahan kering. Baik dia pergi mengambil bahan untuk dibuat pastry dari
berlama-lamaan dengan lelaki itu lagi.
“Sekejap!” Daris menahan.
“Hm..?” Mata Zara
terkelip-kelip memandang lelaki itu. Muka blur!
“Ada apa-apa lagi nak
saya tolong?” tanya Daris. Masih belum puas bersama dengan Zara. Dia harus bijak
mengambil peluang yang sudah berada di depan mata.
“Tak ada apa lagi. Terima
kasih!” ucap Zara dengan tidak ikhlasnya. Masih menunjukkan sikap dingin dengan
lelaki itu.
“Okay..” Daris senyum
tetapi jelas hampa kerana Zara sudah mematah percubaan sulungnya untuk merapati
Zara dengan lebih dekat. Dengan berat hati Daris terpaksa beredar ke depan.
“Jauhkan diri awak dengan
Erin?” kata-kata Zara yang tiba-tiba membuatkan langkah Daris terhenti dengan
tiba-tiba juga.
“Hah?” Daris nyata
terkejut.
“Awak tak ikhlas dengan
Erin. Jangan mainkan hati dia!” tegas Zara memberi amaran.
“Macam mana awak tahu
yang saya ni ikhlas atau pun tidak? Awak tak rasa ayat awak tu macam biadap
sikit?” Daris pamer senyum. Berlagak bersahaja cuba mengawal dirinya. Mungkin
inilah pendekatan yang diharapkan. Kasar tetapi tidak mengapalah dari tidak ada
langsung komunikasi.
“Biadap? Oh, really?
Hantar anak dara orang balik lewat malam siapa yang biadap sebenarnya? Erin adik
saya, dia budak baik-baik dan tidak patut berjumpa dengan lelaki player seperti
awak ni.” Zara menuduh melulu. Bercekak pinggang dengan wajah garang.
“Player?” Daris tersenyum
lagi. Sah, memang Zara! Hanya Zara suka menuduh dirinya seorang player.
“Yelah, girlfriend
sana-sini.” Fakta mana dipakai oleh Zara pun dia tidak tahu main tuduh melulu
saja. Sabar sajalah!
“Amboih, awak! For your
information..I. DON’T. HAVE. A. GIRLFRIEND.” Daris sebut satu-satu sambil
tergelak. Tuduhan Zara sungguh menggelikan hatinya. Sikap comel-comel Zara
masih ada rupanya. Layankan sajalah!
“Boleh percaya ke?” Zara
mencebik. Tidak percaya.
“Cara awak bertanya ni
macam bertanya bagi pihak awak aje? Cik Zara minat kat saya ke?” acah Daris
sengaja menduga hati Zara.
“Jangan nak perasan, ya!
Saya tak nak awak main-mainkan adik saya, itu saja!” Zara sangat melenting.
“Oh, begitu! Kenapa
bimbang sangat? Awak ada experiences kena main dengan lelaki ke? Tapi, apa yang
saya nampak, macam awak yang selalu mainkan hati lelaki.” Bidas Daris belum
puas mengenakan Zara. Bila Zara melenting macam ni, Daris dapat melihat Zara
yang dulu. Zara yang sangat dirinduinya.
“Jangan sesuka hati cakap
orang macam-macam, ya! Jaga mulut tu sikit!” Zara semakin naik angin. Ringan
saja tangannya mencapai penutup periuk di tepi sinki hampir nak melibas lengan
lelaki itu tetapi cepat pula lelaki itu memegang tangannya.
Mata mereka bersatu..
“Dengan attitude macam
ni, lelaki mana yang boleh tahan dengan perempuan macam awak ni, ya?!” sindir
Daris. Tidak puas membuat Zara melenting. Daris sengaja membuat Zara marah
supaya Zara mengaku mengenali dirinya. Zara yang berada di hadapannya kini
berlagak tidak mengenali dirinya? Atau sengaja berpura-pura tidak mengenalinya?
Daris sungguh terseksa ingin tahu kenapa.
“Saya tak perlu lelaki
tahan dengan perangai saya!” terus menendang betis Daris. Sakit betul hatinya
mendengar kata-kata lelaki itu.
“Arghh..” Daris mengaduh
sakit.
“Padan muka!” Zara buat
muka mengejek.
“Awak emosi sangat ni
kenapa? Sanggup tendang saya macam ni? Awak kakak angkat sajakan dengan Erin.
Jadi dengan siapa Erin nak dating dia punya sukalah.” Balas Daris. Bengang
ditendang oleh Zara. Tidak menyangka Zara seagresif begini sekarang. Kenapa Zara
boleh berubah jauh sebegini? Daris benar-benar ingin tahu.
“Hei, awak! Kakak angkat
pun, saya dah anggap Erin macam adik kandung saya sendiri tau! Saya takkan
biarkan awak yang tak ikhlas ni mainkan hati dia.” Zara memberi amaran. Zara
tahu sangat lelaki itu tidak ikhlas dengan Erin. Zara tahu agenda sebenar
lelaki itu. Zara tidak mahu hati Erin terluka kerananya.
“Dah! Dah! Keluar!
Keluar!” Zara menghalau sambil menolak kasar Daris. Tetapi, tubuh sasa Daris
langsung tidak bergerak ditolak Zara.
Daris pejam mata dan
tarik nafas dalam-dalam. Zara ni, harus diberikan pencerahan sedikit. Kemudian,
Daris buka mata dengan wajah paling serius. Daris menghampiri Zara sehingga
Zara terpaksa mengundur sehingga tidak dapat bergerak lagi kerana dihalang
dengan peti ais.
“Beginilah, ikhlas atau tidak
terpulang kepada awak sendiri, Cik Zara! I don’t care! Saya dan Erin serius! Saya
suka dengan Erin! From now on, Erin and I..officially dating!” dengan tegas Daris
berkata. Tajam mata Daris menyapu segenap wajah Zara.
PESANAN PENULIS:
Maaf sangat2 hanya dapat bagi sedikit teaser. Next time, saya bagi lagi, ya. Rindu sangat2 dgn kamu2 semua. TQ.
KENAPA DENGAN ZARA.
ReplyDeleteAdoi...Zara hilang ingatan ke? Kenapa dia tinggal dengan Erin? Bukan ke dia tinggal dengan parentsnya?
ReplyDeletebest bila nk kuar novel
ReplyDeleteaii nape tbe2 zara n daris bgduh nie.. apa yg mbuatkn zara lari dari daris..
ReplyDeleteHanging.....no clueless at all
ReplyDeleteCam na Zara and Daris boleh separate...more teater please