Friday 20 December 2013

TEASER No.2: SESUNGGUHNYA..DIA LELAKI PELINDUNGKU


ZARA kepayahan membawa tong gas dari stor yang berada di belakang kedai. Ghaz pembantu dapur bercuti pula hari ini kalau tidak sudah lama disuruhnya budak itu mengangkat tong gas ke dapur. Boleh pula hari ini gas nak habis! Rungut Zara kepenatan menggelek tong gas sendirian dari luar. Nak sampai ke dapur sikit punya mengah.


“Kak Za ni..kenapa tak panggil Erin?” Erin muncul tetapi tidak bersendirian. Ada lelaki di sebelah Erin.


“Meh, saya tolong!” lelaki itu dengan gentlemannya ingin menolong.


“Eh, tak apa! Tak apa! Saya boleh buat.” Tolak Zara tanpa memandang lelaki itu. Zara sengaja bersikap dingin dengan lelaki itu. Tanpa mempedulikan mereka berdua Zara menunduk bersedia untuk menggelek tong gas itu lagi.

“Saya tolong, okay!” tanpa menunggu persetujuan Zara lelaki itu terus mengangkat tong gas lalu diletakkan ke atas bahu. Tong gas yang berat itu kelihatan ringan saja lelaki itu mengangkat terus diletakkan ke atas bahu. Zara terlopong seketika. Berat tu!

“Nak letak ke mana?” tanya lelaki itu.

Zara boleh pula terlongo mendengar pertanyaan lelaki itu. Terkagum pula  melihat kegagahan lelaki itu mengangkat tong gas dengan selamba. Setakat angkat tong gas aje kot, Zara! Wake up, Zara! Zara geleng kepalanya moga cepat sedar diri.

“Kat situ!” Zara terus menunjukkan tempat tong gas diletakkan.

“Kuatnya Abang Daris!” Erin siap bertepuk tangan kononnya kagum sangat dengan lelaki pujaannya selamba saja mengangkat tong gas yang berat. Zara mencebik.

“Erin, kat sini rupanya, order melambak kat depan ni!” panggil Nana dari tadi mencari Erin. Pelbagai pesanan kopi diterima tetapi tukang baristanya boleh pula lesap entah ke mana.

“Yelah! Yelah!” Erin tergelak melihat muka cemberut Nana. Tanpa menunggu Abang Daris, Erin terus ke depan.

Mereka berdua ditinggalkan bersendirian di dapur. Zara hanya berpeluk tubuh melihat Daris meletakkan tong gas dan memasang kepala tong gas. Hanya memerhati.

“Dah siap!” Daris bersuara.

“Terima kasih!” ringkas. Kemudian berpusing bersedia untuk melangkah ke bahagian tempat simpanan bahan-bahan kering. Baik dia pergi mengambil bahan untuk dibuat pastry dari berlama-lamaan dengan lelaki itu lagi.

“Sekejap!” Daris menahan.

“Hm..?” Mata Zara terkelip-kelip memandang lelaki itu. Muka blur!

“Ada apa-apa lagi nak saya tolong?” tanya Daris. Masih belum puas bersama dengan Zara. Dia harus bijak mengambil peluang yang sudah berada di depan mata.

“Tak ada apa lagi. Terima kasih!” ucap Zara dengan tidak ikhlasnya. Masih menunjukkan sikap dingin dengan lelaki itu.

“Okay..” Daris senyum tetapi jelas hampa kerana Zara sudah mematah percubaan sulungnya untuk merapati Zara dengan lebih dekat. Dengan berat hati Daris terpaksa beredar ke depan.

“Jauhkan diri awak dengan Erin?” kata-kata Zara yang tiba-tiba membuatkan langkah Daris terhenti dengan tiba-tiba juga.

“Hah?” Daris nyata terkejut.

“Awak tak ikhlas dengan Erin. Jangan mainkan hati dia!” tegas Zara memberi amaran.

“Macam mana awak tahu yang saya ni ikhlas atau pun tidak? Awak tak rasa ayat awak tu macam biadap sikit?” Daris pamer senyum. Berlagak bersahaja cuba mengawal dirinya. Mungkin inilah pendekatan yang diharapkan. Kasar tetapi tidak mengapalah dari tidak ada langsung komunikasi.

“Biadap? Oh, really? Hantar anak dara orang balik lewat malam siapa yang biadap sebenarnya? Erin adik saya, dia budak baik-baik dan tidak patut berjumpa dengan lelaki player seperti awak ni.” Zara menuduh melulu. Bercekak pinggang dengan wajah garang.

“Player?” Daris tersenyum lagi. Sah, memang Zara! Hanya Zara suka menuduh dirinya seorang player.

“Yelah, girlfriend sana-sini.” Fakta mana dipakai oleh Zara pun dia tidak tahu main tuduh melulu saja. Sabar sajalah!

“Amboih, awak! For your information..I. DON’T. HAVE. A. GIRLFRIEND.” Daris sebut satu-satu sambil tergelak. Tuduhan Zara sungguh menggelikan hatinya. Sikap comel-comel Zara masih ada rupanya. Layankan sajalah!

“Boleh percaya ke?” Zara mencebik. Tidak percaya.

“Cara awak bertanya ni macam bertanya bagi pihak awak aje? Cik Zara minat kat saya ke?” acah Daris sengaja menduga hati Zara.

“Jangan nak perasan, ya! Saya tak nak awak main-mainkan adik saya, itu saja!” Zara sangat melenting.

“Oh, begitu! Kenapa bimbang sangat? Awak ada experiences kena main dengan lelaki ke? Tapi, apa yang saya nampak, macam awak yang selalu mainkan hati lelaki.” Bidas Daris belum puas mengenakan Zara. Bila Zara melenting macam ni, Daris dapat melihat Zara yang dulu. Zara yang sangat dirinduinya.

“Jangan sesuka hati cakap orang macam-macam, ya! Jaga mulut tu sikit!” Zara semakin naik angin. Ringan saja tangannya mencapai penutup periuk di tepi sinki hampir nak melibas lengan lelaki itu tetapi cepat pula lelaki itu memegang tangannya.

Mata mereka bersatu..

“Dengan attitude macam ni, lelaki mana yang boleh tahan dengan perempuan macam awak ni, ya?!” sindir Daris. Tidak puas membuat Zara melenting. Daris sengaja membuat Zara marah supaya Zara mengaku mengenali dirinya. Zara yang berada di hadapannya kini berlagak tidak mengenali dirinya? Atau sengaja berpura-pura tidak mengenalinya? Daris sungguh terseksa ingin tahu kenapa.

“Saya tak perlu lelaki tahan dengan perangai saya!” terus menendang betis Daris. Sakit betul hatinya mendengar kata-kata lelaki itu.

“Arghh..” Daris mengaduh sakit.

“Padan muka!” Zara buat muka mengejek.

“Awak emosi sangat ni kenapa? Sanggup tendang saya macam ni? Awak kakak angkat sajakan dengan Erin. Jadi dengan siapa Erin nak dating dia punya sukalah.” Balas Daris. Bengang ditendang oleh Zara. Tidak menyangka Zara seagresif begini sekarang. Kenapa Zara boleh berubah jauh sebegini? Daris benar-benar ingin tahu.

“Hei, awak! Kakak angkat pun, saya dah anggap Erin macam adik kandung saya sendiri tau! Saya takkan biarkan awak yang tak ikhlas ni mainkan hati dia.” Zara memberi amaran. Zara tahu sangat lelaki itu tidak ikhlas dengan Erin. Zara tahu agenda sebenar lelaki itu. Zara tidak mahu hati Erin terluka kerananya.

“Dah! Dah! Keluar! Keluar!” Zara menghalau sambil menolak kasar Daris. Tetapi, tubuh sasa Daris langsung tidak bergerak ditolak Zara.

Daris pejam mata dan tarik nafas dalam-dalam. Zara ni, harus diberikan pencerahan sedikit. Kemudian, Daris buka mata dengan wajah paling serius. Daris menghampiri Zara sehingga Zara terpaksa mengundur sehingga tidak dapat bergerak lagi kerana dihalang dengan peti ais.

“Beginilah, ikhlas atau tidak terpulang kepada awak sendiri, Cik Zara! I don’t care! Saya dan Erin serius! Saya suka dengan Erin! From now on, Erin and I..officially dating!” dengan tegas Daris berkata. Tajam mata Daris menyapu segenap wajah Zara.
 
PESANAN PENULIS:
Maaf sangat2 hanya dapat bagi sedikit teaser. Next time, saya bagi lagi, ya. Rindu sangat2 dgn kamu2 semua. TQ.

5 comments:

  1. Adoi...Zara hilang ingatan ke? Kenapa dia tinggal dengan Erin? Bukan ke dia tinggal dengan parentsnya?

    ReplyDelete
  2. aii nape tbe2 zara n daris bgduh nie.. apa yg mbuatkn zara lari dari daris..

    ReplyDelete
  3. Hanging.....no clueless at all
    Cam na Zara and Daris boleh separate...more teater please

    ReplyDelete